Monday, 14 March 2016

SEWANGI CINTA ANGGERIK - BAB 6

“EHEM, ehem…”
Sampai saja di pejabat pagi itu, Noraini tak habis-habis
berdehem dengannya. Hingga Suriya naik pelik. Beg tangan
diletak di tempat biasa. Matanya bertentangan dengan Noraini,
dengan dahi berkerut seribu.
“Ehem…” Sekali lagi Noraini berdehem. Dia tayang
senyum sampai nampak gigi kat Suriya.
“Akak ni kenapa? Sakit tekak ke? Saya ada strepsil
ni.” Suriya bawa keluar sepaket strepsil dari beg tangannya.
Dia memang sentiasa ada stok strepsil dalam beg tangan.
Sekarangkan cuaca tak menentu. Tengah-tengah panas pun
boleh hujan. Manalah tak jatuh sakit.
“Nah!”
“Eh, siapa pulak sakit tekak ni?” Tiada lagi senyuman
di bibir Noraini. Suka-suka hati cakap aku sakit tekak. Huh!
Protesnya di dalam hati.
“Habis tu, daripada saya sampai tadi akak sibuk duk
ehem, ehem. Saya ingatkan akak sakit tekak.” Suriya membalas
selamba.
“Kura-kura dalam perahu, pura-pura tak tahu pulak.”
Noraini berkias pula.
“Ya Allah, apa akak nak cakap dengan saya ni? Apa pulak
kura-kura ni? Saya tak fahamlah kak. Saya ni student aliran IT,
bukannya sastera.” Kata Suriya sambil on komputernya dan
sebuah fail dari atas rak dicapai.
“Hmm… Ni yang susah ni. Akak nak bercakap kias sikit
pun tak boleh,” rungut Noraini tiba-tiba.
Eh, dia jugak yang cakap berbelit, alih-alih aku yang
terkena. Bebel Suriya di dalam hati.
“Habis, akak jugak yang cakap berbelit-belit. Kalau
cakap straight to the point kan senang. Tak adalah pening saya
nak faham soalan akak.”
“Okeylah, okeylah. Semalam kan,” kata-kata Noraini
terhenti. Suriya pandang Noraini. Mata Noraini melilau
memandang sekeliling ruang pejabat. Macam pencuri aje
matanya itu. Liar semacam.
“Hah, semalam apa?”
“Sekejap. Okey, confirm tak ada orang. Kita-kita aje.
Macam ni, semalam akak ternampak ada sorang pekerja sini
balik dengan bos besar. Akak ternampak, bukan akak saja-saja
nak mengintai, okey.” Laju Noraini meluahkan kata.
Suriya terkejut. Mukanya pucat tak berdarah. Kak Ani
nampak? Kecohlah satu ofis kalau macam ni. Habislah! Gerutu
Suriya di dalam hati.
“Err… Siapa?” Gugup Suriya bertanya.
“La, siapa lagi. Yang duduk sebelah akak ni la. Buatbuat
tanya pula.” Noraini tayang senyum kambing.
Dush! Dah terkena aku! Nak cakap apa kat akak sorang
ni? Nak berterus-terang ke, atau tipu je akak ni? Haih, serba
salah pulak aku rasa. Suriya berkata-kata di dalam hati.
“Saya? Akak buat apa kat sini semalam? Akak
menghendap saya ye?” Suriya cuba mengelak daripada
menjawab pertanyaan Noraini. Sengaja dia pusing soalan ke
lain.
“Eh, tak ada maknanya akak kau ni nak menghendap.
Akak lalu kat depan pejabat ni semalam sebab nak pergi ambil
cik abang akak kerja. Kau bukan tak tahu cik abang akak tu
kerja apa. Ada faham? Hmm… So, apa cer semalam?” Mulut
Noraini sudah bising. Bagai murai tercabut ekor. Yang paling
tak tahan tu, soalan terakhir Noraini buat Suriya gerun. Dalam
nak lari, terkena jugak dia jawab soalan tu. Haiya, nak kencing
apa ni? Suriya garu pelipis yang tak gatal.
“Err… Macam mana eh nak cakap. Okey, macam ni.
Semalam teksi yang biasa saya naik tu tak dapat ambil saya
sebab Pak Mail tak sihat. Semalam pulak saya terpaksa stay
kat pejabat. Banyak sangat kerjalah akak. Mula-mula tu saya
ingat awal lagi, so tak hirau sangatlah nak tengok jam. Last-last
bila Kak Liza nak balik, dia tanya kenapa saya tak balik lagi.
Masa tu la saya baru sedar hari dah lewat malam. Saya apa lagi,
kelam-kabutlah nak balik. Keluar dari ofis, saya tunggu teksi
kat bus stop kat bawah tu. Tunggu punya tunggu... batang
hidung teksi tak nampak. Dahlah ada sorang mamat gian kat
belakang saya. Memang kecut perut masa tu. Nasib baiklah ada
tuan besar tu. Kalau tak ada dia, entah pukul berapa baru saya
dapat balik semalam. Macam tu je kisahnya. Tak ada apa sangat
pun.” Panjang lebar Suriya bercerita. Hanya sekadar cerita yang
penting-penting aje. Gila nak penuh daripada A sampai Z, ada
jugak yang cop dia perasan.
“Wow, macam hero yang datang menyelamatkan
heroin pulak. Lepas tu apa jadi?” Amboi cik kak ni, dah melebihlebih
excited!
“Apa jadi lagi? Tak ada apa-apalah kak. Dia hantar saya
balik, tu aje.”
“Ala… Takkan sepanjang perjalanan tu kau orang tak
sembang apa-apa? Takkan senyap aje,” Noraini menyatakan rasa
musykilnya. Dia memang, selagi tak puas hati selagi itu dia
akan korek.
Suriya pandang tepat mata Noraini.
“Kak, memang itu realitinya. Akak bukan tak kenal bos
besar akak tu macam mana, dingin macam ais! Macam mana dia
di dalam ofis, macam itulah dia di luar ofis,” habis memberikan
jawapan, Suriya kembali menumpukan perhatian kepada kerjakerjanya.
“Ehem, kau orang cakap pasal apa ni?” Satu suara
mengejutkan mereka. Badrul!
“Tak ada apa-apalah.” Noraini cepat-cepat berlalu ke
mejanya.
Mahu terhambur ketawa Suriya melihat telatah
Noraini seperti lipas kudung. Suriya hanya lempar senyum
segaris ke arah Badrul sebelum kembali memandang failnya.
Badrul hanya menggelengkan kepala. Dia tak sempat dengar
semua perbualan antara Noraini dan Suriya. Hanya hujunghujung
perbualan saja yang sempat dia dengar.
IDDIN MASUK ke pejabat seperti biasa. Sejurus masuk ke
dalam pejabat, wajah pertama yang dia lihat ialah Suriya
Anggerik. Setiap kali memandang wajah itu hatinya bergetar
hebat. Adakah ini cinta? Cinta? Sudah lama hidupnya sepi dari
perasaan yang terdiri daripada lima huruf itu. Kenangan lama
tentang cinta sentiasa menggamit hati. Kenangan dikecewakan
ketika menuntut di universiti dahulu benar-benar memberi
tamparan hebat buatnya.
Sampai satu tahap orang menggelarnya gay kerana
melihat gaya dia yang langsung tidak mahu melayan perempuan.
Bukan dia tak nak melayan tapi dia tak mahu pisang berbuah
dua kali. Cukuplah sekali disakiti. Dia tak nak menanggung
kesakitan untuk kedua kalinya.
Iddin menghenyak punggung di atas kerusi. Serentak
dengan itu terdengar bunyi ketukan di pintu biliknya.
“Masuk!” Laungnya.
“Yes, Bad?” Nampak saja kelibat Badrul yang menapak
masuk perlahan-lahan, Iddin terus menyoal.
“Bos, saya nak ambil EL hari ni. Ada emergency di
rumah.” Tanpa duduk, Badrul hulur sehelai kertas kepada Iddin.
“Hal apa pulak ni?” Iddin belek kertas itu.
“Err… Isteri saya tak sihat.”
“Oh. Tak sihat? Ke pregnant?” Iddin jongket kening.
Tak salah tekaannya ini. Adatlah orang berkahwin. Tak sihat
mungkin petanda untuk berita baik.
“Err… Tak pasti lagi. Saya nak bawa dia check kat klinik
dulu.”
“Orait,” Iddin turunkan tandatangan pada kertas itu.
“Terima kasih bos.” Ucap Badrul girang. Dia berkirakira
mahu melangkah keluar dari bilik itu.
“Eh, eh, nanti dulu. Apa appoiment saya hari ni?” Tak
menyempat! Sambung Iddin di dalam hati.
Langkah kaki Badrul yang mahu keluar dari bilik
bosnya terhenti mendadak.
“Err… Sekejap bos, saya ambil planner saya.” Laju kaki
Badrul merapati mejanya. Iddin menggelengkan kepala. Teruk
penangan orang dah kahwin ni.
Planner di atas meja, Badrul sambar rakus. Dia berlari
anak, kembali ke bilik Iddin. Dia berdiri tegak di hadapan meja
Iddin sambil tangan ligat membelek planner.
“Err… Bos, hari ni bos tak ada meeting penting. Cuma
tengah hari nanti bos ada lunch dengan wakil daripada syarikat
Mewah Padu Holdings berkenaan sistem baru untuk syarikat
mereka yang akan diguna pakai nanti. Pihak mereka decide nak
jumpa di Hotel Grand Bluewave. Selain daripada tu tak ada,”
ujar Badrul.
“Hmm… Okey. Dah-dah, pergilah kat isteri kesayangan
tu. Nanti lama pulak si dia menunggu.” Sempat Iddin mengusik
Badrul.
“Orait bos!” Badrul tayang sengih seperti kerang busuk
sebelum bergegas keluar dari bilik majikannya.
Iddin menggelengkan kepala. Fail dari hujung meja
dia capai dan dibelek. Meeting tengah hari ni? Takkan nak pergi
sorang. Kebiasaannya dia pergi dengan Badrul. Tapi Badrul
pulak ambil EL hari ni. Sedang dia berfikir-fikir, terlintas satu
bayang wajah di kepalanya. Senyuman terukir di bibir. Lantas
gagang telefon dicapai. Dia ada misi penting hari ni. Misi
memaksa seseorang mengikut arahannya.
DERINGAN TELEFON di atas meja Suriya mengganggu
konsentrasinya pada kerja yang tersangat banyak itu. Siapa
pulak yang mengacau ni? Tak boleh call esok ke, petang nanti
ke. Cadangan mengarut telah menjelma dibenaknya. Lambatlambat
telefon ditekap ke telinga.
“Helo.”
“Helo. Ehem. Awak sibuk tak tengah hari nanti?” Suara
tuan besar menyapa telinga. Dengar saja suara Encik Iddin,
badan Suriya terus tegak.
“Err… Agak sibuk.” Tergagap-gagap Suriya membalas.
Sambil itu matanya terpaku pada timbunan fail yang hampirhampir
memenuhi mejanya. Dia jugak yang bagi semua kerja
ni, boleh pulak tanya aku sibuk ke tak. Huhu… Rungut Suriya
di dalam hati.
“Hmm… Tak kiralah kerja awak banyak mana pun,
tengah hari ni ikut saya jumpa client. Pukul 12.00 saya tunggu
awak di parking lot. No more excuses. Titik.”
Klik!
Iddin pantas meletakkan gagang telefon. Dia senyum
segaris. Misinya menjadi. Hanya tunggu waktu tengah hari saja.
Badan disandarkan pada belakang kerusi. Kepalanya bukan ligat
memikirkan perihal kerja sekarang ni. Tapi fikirannya sudah
sampai di Hotel Grand Bluewave. Berangan!
Suriya tak lepas daripada memandang gagang telefon
yang telah membisu itu. Apa kes pulak pakcik ni? Demam ke?
Tetiba ajak aku jumpa client. Tu bukan kerja si Badrul ke? Tapi,
kenapa dia nak heret aku sama? Tu bukan kerja aku! Aduhai la...
Gagang diletakkan kembali di tempatnya.
“Kak Ani, Bad mana ek?” Suriya pantas menyoal
Noraini.
“Bad? Tadi ada je kat meja dia,” Noraini dan Suriya
sama-sama pandang meja Badrul.
“Eh, ke mana pulak mamat ni lesap?” Noraini menyoal
pelik.
“Laa… Saya tanya akak, akak tanya saya balik. Ada
pulak macam tu,” Suriya menggelengkan kepala. Macammacamlah
Kak Ani ni.
Suriya menyambung kembali kerjanya. Membiarkan
persoalan yang tadinya menghurung kepalanya tergantung
begitu sahaja. Ah, kenapa pulak aku nak beratkan kepala dengan
hal si Badrul ni? Suriya gelengkan kepala. Fokus pada kerja,
Suriya Anggerik!

No comments:

Post a Comment