Tuesday, 15 March 2016

SEWANGI CINTA ANGGERIK - BAB 7

SURIYA berpeluk tubuh. Tubuh disandarkan pada
kerusi penumpang. Muka masam mencuka. Tanda dia sedang
menunjukkan rasa protes. Okey, siapa suka kena paksa?
Dia sangat-sangat tak suka! Walaupun selama ni Rozairul
mengongkong hidupnya, tapi Rozairul tak pernah paksa dia
macam ni. Sikit lagi dia hampir-hampir kena heret depan
semua pekerja IMIA Technology. Peristiwa setengah jam yang
lalu kembali terimbau di fikiran.
Suriya sedang sibuk menyiapkan kerjanya. Bunyi
deringan telefon betul-betul mengganggu kelancaran kerjakerja
yang dilakukan. Eee... siapa pulak yang call ni? Tak tahu ke
aku tengah busy gila ni. Nak tak nak, gagang telefon dibawa juga
ke tepi telinga. Kalau dibiarkan terus, bunyi deringan itu benarbenar
membingitkan telinganya. Tambah menyerabutkan otak!
“Helo!” Kasar Suriya menyapa si pemanggil.
“Helo cik Anggerik. Awak dah lupa ke janji kita?” Suara
di hujung talian menyapa telinga. Siapa ni? Bos besar ke? Wait
a minute! Dia sorang je yang panggil aku Anggerik. Orang lain
panggil Su atau Suriya aje.
“Janji kita? Bila pulak saya berjanji?” Berani Suriya
menyoal balas.
“Kan tadi saya ajak awak jumpa client tengah hari ni.
Takkan dah lupa kut.”
Jumpa client? Tengah hari ni? Pap! Suriya tepuk dahi
sendiri. Macam mana aku boleh lupa ni? Aiseh! Tangan di
angkat separas bahu dan matanya membulat memandang jam
di pergelangan tangan. Sudah pukul 12.10 tengah hari.
“Err… Tapi saya tak cakap pun nak ikut encik. Encik
yang buat keputusan sendiri,” entah dari mana datangnya angin
nak menjawab kata-kata Iddin itu. Betul apa? Suriya tak berjanji
pun nak ikut serta. Tapi Iddin yang memaksa dia mengikutnya.
“Saya dah cakap tadi, no more excuses! Di sini saya bos
dan awak pekerja. Awak wajib patuh setiap arahan saya selagi
awak bergelar pekerja IMIA Technology Sendirian Berhad.
Ada faham? Atau awak nak saya heret awak dari meja awak ke
parking lot ni? Awak pilih mana satu yang awak nak. Yang saya
tahu, sepuluh minit, awak dah terpacak kat sini.” Iddin sedang
menggunakan kuasa vetonya sebagai majikan.
“Tapi…”
“Lima minit. No more excuses!” Tegas kata-kata Iddin.
“Yalah, yalah.” Dengan rasa bengang, gagang telefon
diletakkan kembali di tempatnya. Tangannya ligat mencapai
sebuah buku seakan diari serta beg tangan. Dia pun tak tahu
nak bawa apa. Sebab ini bukan tugasnya.
“Eh, eh, Su nak ke mana ni?” Noraini tiba-tiba menyoal.
“Hah? Su ada hal sekejap.” Kelam-kabut Suriya
menjawab.
“Hal? Hal apa?”
“Alah, banyak pulak soalan akak. Balik nanti saya cerita
ya. Lagi satu lunch nanti saya tak join. Bye kak.” Tergesa-gesa
Suriya menjawab soalan Noraini dan berlalu dari ruang kerja
itu.
“Hal apa yang penting sangat budak ni?” Noraini garu
kepala yang tak gatal. Ah... balik nanti, aku korek sampai ke
lubang cacing. Hehehe… Noraini memasang tekad.
“WAHAI TUAN puteri, sampai bila nak mengelamun kat dalam
kereta ni?” Teguran suara orang sebelah menerbangkan semua
peristiwa tadi yang baru menjengah benak Suriya.
Tanpa cakap banyak, Suriya membuka pintu dan terus
meloloskan diri keluar dari perut kereta. Iddin menyerahkan
kunci kereta kepada pekerja hotel sebelum dia berlari anak
mengejar langkah kaki Suriya. Lajunya dia ni jalan, tak pandang
kiri kanan langsung!
“Anggerik! Nanti dulu. Awak nak ke mana laju sangat
ni?” Selamba Iddin paut lengan Suriya.
“Eh, apa ni!” Kerana terkejut, Suriya renggut kasar
lengannya dari cengkaman Iddin. Matanya mencerlung
memandang Iddin. Ah, tak kiralah kau ni tuan besar ke bos
besar, sikit pun aku tak heran. Batas bersama perempuan jagalah
sikit. Ini tak, suka-suka hati pegang orang! Manalah Suriya tak
berangin.
“Jom.”
Malas melayan Suriya yang memang berangin sejak
masuk dalam kereta tadi, Iddin mempercepatkan langkah
kakinya masuk ke dalam kafe yang diberi nama Borak-borak.
Ruang dalaman kafe yang ringkas tapi cantik, menarik perhatian
Suriya. Serius, ini pertama kali dia jejak masuk ke dalam kafe
hotel yang sangat mewah di matanya.
Kafe Borak-borak terletak di lobi hotel dan mampu
memuatkan seramai 60 orang pengunjung dalam satu masa.
Hidangan di dalam kafe ini lebih kepada pastri dan kek. Pertama
sekali, mata Suriya memandang ke arah deretan makanan yang
terhidang bersebelahan dengan kaunter. Makanan ringanringan
aje? Nasi-nasi tak ada ke? Sudahlah perut tengah
berkeroncong ni!
“Duduk.” Iddin mengarah. Terperanjat Suriya. Asyik
sangat dia meneliti menu dalam kafe sampai tak sedar mereka
sudah sampai di meja yang dituju.
Dia duduk. Tapi, mana client yang dikatakan itu? Meja
yang mereka duduk masih kosong tak berpenghuni. Atau bos
besar ni sengaja tipu aku, cakap nak jumpa client. Tapi mahu
keluar lunch dengan aku. Mana tahu ada agenda tersirat. Kepala
Suriya terfikirkan perkara yang bukan-bukan.
“Sorry Encik Iddin, kami terlewat sedikit. Jalan jammed
teruk tadi, ada accident di highway.” Tiba-tiba satu suara asing
menyapa telinga Suriya.
Kepala mendongak ke atas, mahu melihat siapakah
client yang dikatakan itu. Seorang lelaki dan seorang perempuan.
Suriya ukir senyum segaris.
“Tak apa, saya pun baru sampai jugak. Oh, lupa
pulak. Ni Suriya, web developer syarikat kami,” perkenal Iddin.
Tercengang Suriya seketika. Tangan menyambut salam si
perempuan.
“Oh, ingatkan secretary baru you. Hai, I Emma,” kata
Emma selamba. Apa muka aku ni macam secretary si Iddin ni
ke? Protes Suriya di dalam hati.
“Syamsul.”
Suriya menundukkan kepala ke arah Syamsul yang
menghulurkan tangan untuk bersalam. Kelat wajah lelaki itu
sambil menarik kembali tangannya yang terbiar disambut
angin lalu.
“Apa kata kita order minum dulu sebelum kita proceed
kepada projek ni,” kata Iddin sambil menggamit pelayan ke
meja mereka.
Kemudian, mereka meneruskan perbincangan yang
dinyatakan itu. Suriya hanya bertindak sebagai pemerhati. Dia
tak ubah seperti patung cendana di tengah-tengah perbualan
itu. Nak menyampuk, rasa macam tak kena aje. Dia bukan
orang bisnes.
“OKEY, DAH settle semua. Sebarang perbincangan nanti
bolehlah dilakukan dengan Cik Suriya,” Suriya terpinga-pinga.
Dia bagai baru terjaga daripada lena. Apa hal pulak sebut nama
aku ni?
“Itu sudah semestinya,” sambut Syamsul. Syamsul dan
Emma bersiap-siap untuk bangun.
“Kami minta diri dahulu,” mereka berjabat tangan
dengan Iddin.
“Dah lama I tak nampak you kat kelab. Apa kes sayang?”
Emma melunakkan suara menyoal Iddin.
Dah nak balik tu sempat lagi menggoda bos besar aku
ni. Bisik hati kecil Suriya. Tapikan daripada gaya Emma ni,
mereka berdua macam ada apa-apa aje. Siap bersayang-sayang
bagai lagi.
“Err… Lately I busy sangat. Maklumlah, projek tengah
banyak sekarang ni.” Iddin memberikan jawapan selamat.
Sempat dia kerling sisi wajah Suriya dari ekor matanya.
Sebelum berlalu, Syamsul sempat kenyit mata ke arah
Suriya. Tersentak Suriya. Erk! Apa kes pulak main kenyit-kenyit
mata ni? Suriya pantas kalih pandangan mata ke arah lain.
Dasar lelaki miang! Gatal!
“Awak nak makan apa-apa lagi?” Iddin menyoal selepas
kelibat Emma dan Syamsul tidak lagi kelihatan di ruang mata
mereka.
“Nope.” Suriya pandang sekilas jam tangannya.
“Allah! Encik, boleh tak kita balik terus ke pejabat? Saya
banyak kerja ni. Sekarang dah pukul 4.00 petang.” Menggelabah
Suriya bertutur.
Sejujurnya kepalanya tidak lepas daripada memikirkan
perihal kerjanya yang masih belum surut. Secara zahirnya
jasadnya memang berada di hotel mewah ini. Tapi fikirannya
masih kekal di pejabat.
“Hei, relaks la. Baru pukul 4.00, bukan dah nak
maghrib.” Balas Iddin selamba.
Dia bos besar, senanglah cakap. Tak terasa apa pun.
Tugas dia, arah pekerja macam aku ni buat semua projek
syarikat. Rungut hati Suriya.
“Dah sampai ke mana? Ke bulan? Ke dah sampai ke
Marikh?” Iddin menyergah sambil memetik jarinya di hadapan
muka Suriya.
“Hah!” Spontan Suriya bereaksi. Kepalanya terangkat
sama.
“Tak payah nak hah-hah sangatlah. Jom.”
Suriya tolak sedikit kerusi ke belakang dan bangun.
Mereka membisu sepanjang perjalanan balik ke pejabat. Sama
seperti mahu datang tadi juga. Kepala Suriya terfikirkan kembali
kata-kata Iddin tadi. Iddin cakap sebarang perbincangan nanti
mestilah dengan dia. Apa fungsi aku dalam projek tu? Mulut
ringan mahu bertanya orang sebelah. Tapi takut kena sergah
pulak.
“Err…” Suriya tak tahu nak mulakan dari mana.
Iddin menoleh ke kiri.
“Ada apa?”
“Err…” Isy, apasal dengan aku ni? Dalam hati sibuk
sangat nak tanya tapi tergagap-gagap.
“Awak ni kenapa, Anggerik? Dari tadi duk err aje. Saya
tak makan orang okey,” bidas Iddin selamba.
Aku ni dahlah gugup. Dia pulak cakap macam tu.
Suriya tarik nafas dalam-dalam. Nafas kemudian dihembus
perlahan-lahan. Bagai sedang mengumpul kekuatan lagaknya.
“Err… Tadi encik ada cakap dengan mereka, sebarang
perbincangan selepas ni boleh dilakukan dengan saya. Kenapa
saya? Apa fungsi saya dalam projek ni?” Akhirnya, terkeluar juga
soalan itu dari mulutnya.
“Awak tak dengar ke apa yang kami bincangkan tadi?”
Soalan berbalas soalan.
Bincang? Suriya gelengkan kepala. Serius. Dia tak
fokus langsung dalam perbualan antara Iddin bersama Emma
dan Syamsul tadi.
“Mana nak dengar, asyik mengelamun aje,” balas Iddin
perlahan.
“Syarikat Mewah Padu Holding mahu syarikat kita buat
satu sistem di atas talian, di mana sistem ini berfungsi sebagai
bilik pameran bergerak. Seperti kita sedia maklum, syarikat
Mewah Padu Holding adalah sebuah syarikat perumahan yang
sangat terkenal di Malaysia. Jadinya mereka mahukan sebuah
sistem penjualan rumah di atas talian yang sistematik dan
yang paling penting menjimatkan masa para pembeli rumah
yang biasanya tidak mempunyai masa untuk melihat rumah
contoh. Sistem begini memang agak rumit kerana melibatkan
barang yang besar dan tak boleh bergerak. Apa-apa pun, saya
nak awak study dulu tentang perjalanan sistem begini. Sebarang
perkembangan terkini saya akan inform terus kepada awak,”
panjang lebar Iddin menerangkan letak duduk perkara sebenar.
“Jadi, saya yang akan handle sistem ni?” Sistem
pembelian rumah di atas talian? Dengar nama projek ini pun
sudah buat kepala Suriya berpusing-pusing. Itu belum buat lagi
sistemnya. Adoyai!
“Hmm…”
“Tapi kenapa saya? Kenapa tidak Huzair atau Maria?”
Suriya bukan apa. Dia bimbang pekerja senior akan boikot dia
kerana dia dapat projek besar. Projek daripada Mewah Padu
Holding, siapa tak nak? Pasti lumayan upahnya.
“Kenapa awak? Sebab awak bukan Huzair dan Maria.”
Spontan sebaris ayat itu meluncur keluar dari ulas bibir Iddin.
Suriya pelik. Apa punya jawapan tu?
“Err…”
Suriya tak tahu. Iddin ada rancangan lain di sebalik
arahannya menyuruh Suriya menguruskan projek baru ni. Nak
tau apa rancangan dia? Kalau Suriya yang menguruskan projek
ni, maknanya... terpaksalah Suriya stay sampai ke malam di
ofis. Makanya, dapatlah dia lihat Suriya hari-hari. Silap-silap,
dia boleh tumpangkan Suriya macam semalam. Hehehe…
“Awak tak nak turun ke? Dah lebih dari lima minit kita
sampai ni,” Iddin memesongkan topik.
Dah sampai pejabat ke? Lantas Suriya keluar dari
kereta mewah Iddin. Dia berjalan menonong masuk ke dalam
perut lif. Langsung tidak dihiraukan bos besarnya yang terkialkial
menapak di belakang.

No comments:

Post a Comment