Tuesday, 8 March 2016

SI KOLOT SUAMIKU - BAB 1



“Kita putus! I tak mahu ada apa-apa dengan you lagi lepas ni,” ucap Edrina cukup serius. Matanya singgah sekejap di wajah lelaki yang duduk berhadapan dengannya itu.
Lelaki bernama Tajuddin itu terus terkedu mendengar kata-kata Edrina. Bukan sekadar Taj sebaliknya Lara di sebelah lelaki itu juga ikut tersentak. Saiba di sebelah Edrina pula terbeliak matanya. Lagi dan lagi? Bilalah nak insaf minah ni? desis hatinya bagaikan tidak percaya Edrina memilih keputusan itu setelah dua hari dia menggalas status sebagai kekasih Taj. Mudah sungguh sahabatnya itu meletakkan noktah kepada hubungannya dengan lelaki itu. Merah padam wajah lelaki itu menahan malu.
“Beb, apa you buat ni? Baru dua hari couple dah mintak putus? Kesian dia,” bisik Saiba di tepi telinga Edrina. Dia benar-benar tidak berpuas hati dengan perbuatan temannya itu.
“I dengan dia tak serasi. Nak buat apa teruskan? Buang masa! So putus ajalah,” sambut Edrina cukup mudah tanpa memandang wajah Taj mahupun Saiba yang sedang merenung sisi wajahnya.
“Come onlah, Ed. Dia cuma tersalah sikit aja. Takkanlah itu pun you kata takde chemistry kot? Kesian Taj, Ed! Dia betul-vetul sukakan you.” Saiba berbisik kepada Edrina sambil menggeleng sendiri. Takkanlah Taj sekadar tersalah order air pun boleh sampai putus hubungan? Sikap Edrina dengan lelaki terlalu sukar dijangka. Macam orang takde hati perut pun ada. Sedap-sedap dia aja declare nak putus.
“You kesian dengan dia, you ajalah couple dengan dia, Saiba. I tak bolehlah nak paksa benda yang I tak boleh beri. Faham tak?” balas Edrina dengan kerlingan ekor mata kepada temannya itu. Banyak cakap pulak minah ni. Suka hati akulah nak sambung ke nak putus? Gerutu Edrina sendiri dalam hati. Pantang betul dia kalau dipaksa bab lelaki. Bosan dia mahu melayan. Tak boleh ke semua lelaki biarkan dia hidup aman? Ini asyik nak mengorat dia aja.
“Tapi perbuatan you ni melampau, you tahu tak? Macam orang takde perasaan belas kasihan langsung. Kut ya pun nak mintak putus.. nanti-natilah. Tunggu you berdua aja dengan dia,” desis Saiba agak tajam. Namun suaranya direndahkan hanya buat Edrina seorang.
Edrina terus menoleh kepada temannya itu. Tajam pandangannya dihadiahkan kepada Saiba seolah-olah tidak senang dengan campur tangan dalam soal hubungannya dengan Taj. Paling dia tidak gemar, Saiba membela Taj. Suka hati dialah nak couple ke tak!
“Emm.. It’s okay. Small matter aja ni. I memang dah jangka akhirnya akan jadi macam ni.” Taj segera menyampuk dengan ketenangan palsu di wajah. Dia mula tidak senang melihat Edrina dan Saiba bertelagah pula disebabkan dia.
“See? Taj sendiri don’t mind at all. Why must you being so sensitive, Saiba? Relaxlah, beb! I tak cukup baik untuk dia. Biarlah dia cari orang lain yang lebih ikhlas dengan dia,” ucap Edrina sambil memandang sinis Saiba. Temannya itu segera menggeleng meluahkan rasa kesal.
“Up to youlah, Ed..” balas Saiba akhirnya. Malas dia mahu berdebat lagi tentang hal itu. Memang dia sudah tahu Edrina memang akan kejong sekejong-kejongnya bila dengan lelaki.
“Emm.. ladies, I think I should make a move now. I ada hal ni.” Taj sempat memandang jam dipergelangan tangannya sebelum memandang semua wanita di meja itu. Dia mengangguk sedikit dalam rasa serba salah mahu berlama-lama di situ. Dia malu.
“Sorry, Taj. I tak berniat nak sakitkan hati you. I just can’t go on with you anymore! No heart feeling, please?” ucap Edrina tatkala memandang lelaki itu bangun. Sengaja ditunjukkan muka bersalahnya agar lelaki itu tidak berdendam dengan dia.
Taj sekadar mempamirkan senyuman hambar buat bekas teman wanitanya itu. “It’s okay. No heart feeling for me. I pergi dulu,” jawab Taj pantas.
Suasana meja itu sepi seketika. Edrina masih ralik dengan skrin tab empat segi tepat itu. Namun seketika kemudian dia dengan perasaan sedikit aneh dia mula memandang teman-temannya. Dua manusia itu sedang merenung tepat kepadanya. Pandangan sarat erti itu segera difahami Edrina. Mesti pasal kes dia dan Taj tadi.
“What?” soal Edrina macam orang tidak bersalah.
“I rasa you tak patut buat Taj macam tu. Kesian dia, Ed. Taj tu baik orangnya,” ujar Lara pula.
“Cinta tak boleh dipaksa, okay!” Edrina menjawab bosan.
“Itu ajalah ayat you semenjak dulu, Ed. I” Lara mengeluh perlahan.
“Then what I’m supposed to say to him? I memang takde perasaan langsung pada dia. Takkan nak paksa jugak kut? Sorrylah.. berpura-pura sekadar untuk jaga hati lelaki ni memang tak wujud dalam kamus hidup I. Please..” balas Edrina sedikit jengkel.
“Don’t you think 2 days is too short, dear? Melampaulah you boleh buat keputusan putuskan hubungan dengan dia dalam masa sesaat dua. At least you should take a few days to get closed to him, get to know him better and think about this for a while,” ujar Lara bersungguh. Saiba turut mengangguk setuju dengan pendapat Lara itu.
“Habis tu you nak I pergi panggil Taj balik sini semula ke apa ni?” komen Edrina agak meluat dengan nasihat itu. Lara memang pakar melayan lelaki. Jadi memang pantaslah dia menjadi kaunselor masalah hubungan orang lain. Sebab dia memang banyak pengalaman.
Lara menggeleng sedikit kepada Edrina. “I rasa you ni ada masalah hati batu kut? Boyfreind you kalau nak dibariskan, satu buku lejar pun boleh penuh agaknya, Ed. Tapi semuanya tak menjadi. Semuanya you tak suka. Kalau bukan you yang reject dia orang, you sengaja buat perangai supaya dia orang tak tahan dengan you. I tak tahulah apa sebenarnya taste you kalau lelaki macam Taj tu pun masih tak mampu nak mencairkan hati you. Seriously I memang tak faham apa yang nakkan sebenarnya,” ucap Lara sebal.
Saiba terus tergelak melihat wajah Edrina berubah digelar begitu oleh Lara. Bahu temannya itu disentuhnya.
“I nak yang macam mat saleh! Ada calon? Kalau ada cepat-cepat rekemenkan I. Tapi pastikan lelaki tu bukan bekas you, okay? Sisa orang ni tak mainlah! I nak yang masih teruna,” jawab Edrina selamba.
“Hmm.. Taste tinggi! Tapi you layan dia orang macam nak tak nak aja. Tak kuasa I nak rekeman sesiapa. Nanti I jugak yang malu bila lelaki tu komplen pasal you.” Lara membalas dengan sebuah keluhan kesal.
“Lara, I tak boleh nak ikut cara you. You lainlah.. pantang tengok yang hensem semuanya you jadikan balak you. I tak selesalah dengan semua ni. Bukannya I anti lelaki tetapi mungkin seru tu belum sampai,” jawab Edrina biasa.
Lara diam tidak menjawab. Kalau dah itulah pendirian Edrina, dia tidak mahu komen bantak lagi. Buang masa.
“I think you should try harder when you decided to be with someone else in the future, Ed. Jangan sampai you pulak yang diperlakukan orang macam tadi tu. Waktu tu you pulak yang akan terduduk dibuatnya,” ujar Saiba pula.
Edrina terkedu mendengar kata-kata Saiba. “You jangan nak takutkan I, okay! Masin mulut tu nanti, you suka ke tengok I jatuh terduduk sebab lelaki? Teruklah dia ni..” getusnya sambil menjeling Saiba.
“Betullah apa I cakap tadi. Itu namanya hukum karma,” sambut Saiba dalam pada dia menahan gelak. Tahu takut kau rupanya, Edrina. Ingatkan dah takde perasaan langsung, bisik hati kecilnya sendiri.
Edrina mencebik dalam pada jiwanya sedikit bergolak dengan ucapan Saiba sebentar tadi. Tiba-tiba dia terasa ngeri pula.
“Okay, from now on I shall take your advice as my worry. Puas hati you sekarang? Jangan doa benda yang tak elok untuk I, boleh tak?” kaul Edrina sebal. Saiba yang sedang seronok ketawa di sebelah dijelingnya. Malas dia mahu melayan bicara Saiba. Makan lagi baik! Degus hatinya.
Lara dan Saiba hanya mampu memandang dan menggeleng sendiri.

Kudin menggaru kepalanya dalam pada perasaannya berperang sendiri. Beberapa hari ini kerap benar telinganya mendengar cerita tentang perkahwinan si polan dan si polan daripada mulut emaknya. Entah kenapa dia terasa dia sebenarnya sedang diperli. Kali ini pun dia mendengar benda yang sama. Anak salah seorang penduduk kampung ini baru sahaja melangsungkan perkahwinan semalam. Dia juga ada pergi ke majlis itu. Emaknya tidak habis-habis bercerita tentang itu. Pening dia dibuatnya.
“Hmm.. duit ada, semuanya ada tapi isteri takde pun tak guna jugakan? Tak lengkap hidup,” ujar Mak cik Kunah, menggumam sendiri.
“Mak, ada jodoh Kudin kahwinlah nanti,” balas Kudin perlahan sahaja. Dia tahu keinginan emaknya untuk melihat dia mempunyai isteri sedang menggebu-gebu. Dia sudah tidak tahu apa yang harus dijawabnya lagi.
“Berserah aja pada jodoh tanpa usaha mencari pun tak jadi juga, Kudin.” Komen itu segera diberikan Mak cik Kunah sedikit pahit. Bukan baru kali ini dia mendengar Kudin memberi alasan itu.
Kudin menghela nafas cuba meredakan jiwanya yang memberontak sendiri. “Mak, Kudin pun ada keinginan macam orang lain. Tapi belum ada calonnya. Susah-susah sangat mak ajalah yang carikan untuk Kudin. Siapa pilihan mak, Kudin terima aja,” jawab Kudin nekad.
“Sungguh?” tanya Mak cik Kunah pantas.
Kudin diam seketika. Sungguh ke dia tadi? Entahlah.. dia pun tidak pasti. “Kudin percaya jodoh Kudin ada disediakan Allah. Cuma mungkin belum sampai buat masa ni,” ucap Kudin lembut sahaja.
“Kudin, mak ni bukannya nak mendesak. Tapi mak bimbang tengok kamu tu macam cakna tak cakna aja tentang hal ini. Budak-budak kampung ni yang sebaya dengan kamu semuanya dah selamat. Ada yang dah ada anak pun. Kamu tu dah cukup dewasa Kudin. Segerakan mencari calonnya,” nasihat Mak cik Kunah lembut.
Bicara Mak cik Kunah dibalas dengan tolehan oleh Kudin. Tampang ibunya dipandang lama dalam pada anak muda itu berfikir sendiri.
“Kudin nak daftar dalam agensi cari jodohlah, mak.” Tiba-tiba cadangan itu pula diusulkan si Kudin selamba.
Serentak itu terbuntang mata wanita tua itu mendengar. “Kamu ni biar betul, Kudin oi! Takkanlah sampai macam tu sekali?” meninggi suara Mak cik Kunah akibat rasa terkejutnya dengan hasrat murni si Kudin itu.
“Yalah.. mak kata kena usaha. Ni Kudin nak usahalah ni,” jawab Kudin selamba.
Mak cik Kunah menggeleng sambil menghela nafas sabar. Kita maksudkan lain.. lain pulak yang masuk dalam otak budak ni, rungut wanita tua itu dalam hati.
“Dalam kampung ni, pekan ni, dah habis ke anak-anak dara sampai kamu nak mendaftar kat agensi cari jodoh pulak? Buatnya dipandankannya kamu dengan perempuan Vietnam.. padan muka kamu!” gerutu Mak cik Kunah geram.
Kudin ketawa tiba-tiba dengan sedikit gelengan. “Mak, janganlah fikir sangat pasal ni semua. Sampai masa nanti Kudin kahwinlah,” ucap Kudin sengaja melembutkan nada untuk menyedapkan hati wanita tua itu.
“Kamu tu cakap aja macam tu. Semua anak dara yang lalu depan mata kamu, kamu buat tak tahu aja. Macam orang takde perasaan pada perempuan pulak,” rungut Mak cik Kunah agak perlahan.
“Mak ni risau sangat kenapa? Kudin ni baru 28 tahun, mak. Bukannya dah 40 tahun. Lagipun Kudin memang belum bersedia nak fikir soal tu dalam waktu-waktu ni. Kudin ada banyak kerja nak dibuat sekarang,” jawab Kudin lembut sahaja.
“Orang lain pun ada juga yang usahakan ladang dengan kolam ikan. Tapi takdelah macam kamu sampai nak fikirkan tentang diri sendiri pun tak sempat. Kalau kamu sendiri tak bijak mencuri masa tu, keadaan ni takkan berubah sampai bila-bila, Kudin. Tuntutan dunia ni takkan habis sampailah kita mati. Kalau kita ikutkan sangat semua tu, memang 24 jam ni takkan cukup sebenarnya,” tukas Mak cik Kunah tetap tidak mampu menerima alasan anak bujangnya itu.
Kata-kata itu segera membuatkan Kudin terbedik-bedik sendiri. Ada benarnya juga kata-kata emaknya itu. Tetapi entah kenapa hati Kudin terasa berat mahu memulakan segalanya. Bimbang sejarah dia dan Lisa terulang lagi.
Bak kata emaknya tadi.. bukannya takde langsung anak-anak dara yang boleh dingoratnya. Hanya dia sahaja yang sering buat tidak nampak. Memang benar. Tetapi melihat sebahagian besar daripada mereka sudah menurun gaya Lisa yang mabuk dengan dunia serba maju ini, dia tiba-tiba merasa berat hati. Ada yang masih dalam tanggungan ibu dan ayah tetapi lagak masing-masing sudah macam gadis yang sedang menyandang kerjaya hebat dengan gadjet terkini dan fesyen ter-up to date yang berjenama mahal. Sepadankah dia yang serba sederhana ini dengan gadis-gadis itu? Walaupun sebenarnya mereka itu pun masih lagi menggalas title minah kampung! Inikan pula gadis-gadis kampung ini yang sememangnya sudah berkerjaya hebat di bandar sana. Tak layak kut!
“Fikirlah baik-baik, Kudin. Mak hanya nak yang terbaik untuk kamu. Sebagai ibu, mak nak tengok kamu hidup sama macam orang lain,” ujar Mak cik Kunah membelah pemikiran anak muda itu.
Kudin menoleh semula kepada si ibu. “Insya-Allah.. Kudin akan terima sesiapa saja kalau Allah dah lorongkan jalan untuk Kudin berkahwin. Kudin takkan beri alasan lagi pada mak,” jawab Kudin bersungguh.
Mak cik Kunah tersenyum lembut kepada anaknya itu. Jawapan Kudin itu sudah cukup memuaskan hatinya. Ini lebih baik daripada Kudin membisu sahaja seperti selalunya.

Suasana hingar bingar tingkat atas rumah itu menganggu keralikan sepasang suami isteri yang sedang menikmati sarapan pagi itu. Kedua-duanya terus menuntaskan pandangan ke arah tangga. Masing-masing sudah dapat meneka apa yang sedang berlaku di tingkat atas melalui tangga itu. Sekilas dia terdengar si empunya suara, dia sudah tahu apa yang sedang dikecohkan di atas sana. Jalan ceritanya sama sahaja seperti sebelum ini. Tidak perlulah mereka bertanya lagi. Apa lagi kalau bukan kerenah cerewet anak daranya nan seorang itu, Tengku Nur Edrina.
“Apa lagilah si Rina ni..” keluh Toh Puan Siti Aisyah mula runsing dengan kebisingan mulut anaknya itu. tidak tahan, dia terus mengangkat punggung untuk melihat keadaan di tingkat atas.
Tengku Ahmad Ehsan hanya mampu memandang. Nasib baiklah dia hanya dikurniakan seorang sahaja anak. Kalau ada dua tiga lagi anak dara.. entahkan rumah ini terpaksa dibina dengan keluli sepenuhnya. Baru tak runtuh!
Tidak lama kemudian dua beranak itu turun ke bawah. Wajah kelat Edrina menyapa pandangan si ayah.
“Ada apa lagi ni, Rina?” soal Tengku Ahmad Ehsan perlahan sahaja. Matanya tidak mampu dilarikan daripada memandang wajah cemberut anaknya itu.
“Kamilah tu.. entah kat mana dia simpan baju Rina. Rina nak bawak baju tu ke Egypt nanti, pa. Orang Kemboja tu buat kerja entah apa-apa. Habis semua baju Rina disimpannya merata-rata.” Edrina mula mengadu kepada ayahnya itu. Tercebik-cebik mulutnya untuk mengadun cerita agar dirinya kelihatan cukup malang di mata ayahnya. Ada canlah dia mahu menyingkirkan wanita Cambodia yang baru 3 bulan berkerja sebagai pembantu rumah di rumah itu.
“Baju sendiri.. simpanlah sendiri. Inilah akibatnya kalau pemalas. Baju sendiri kat mana pun boleh tak tahu. Semuanya nak harapkan orang yang buat. Apa nak jadilah dengan Rina ni.” Toh Puan Siti Aisyah terus menyampuk sambil menggeleng sendiri. Apa punya anak daralah ni.. keluh hatinya sendiri.
“Mama, apa guna orang gaji kalau semua kena buat sendiri? Kalau macam tu tak payahlah upah orang gaji. Biar kita aja yang jadi orang gaji dalam rumah sendiri,” desis Edrina tidak senang dengan jawapan emaknya itu. Tampang selamba emaknya itu dijeling geram.
Toh Puan Siti Aisyah sekadar diam. Nak marah lebih-lebih pun tak guna. Dia juga yang memuakan Edrina sampai begini sekali jadinya. Setakat nak mengambil air masak segelas pun dia boleh memekik memanggil orang suruhan. Memang pemalas tahap 7 petala langit punya anak dara! Tak tahulah macamana rupanya Edrina jika sudah bersuami nanti. Lelaki mana yang mahu memperisterikan anak daranya pemalas begini? Sudahlah pemalas, sombong, mulut pun, ya ampun! Laser!
“Rina asyik travel ke sana ke mari bila nak tolong papa di office? Papa dah bagi banyak masa untuk Rina enjoy. Sampai bila nak macam ni?” soal Tengku Ahmad Ehsan lembut. Gelagat anak dan isterinya terus dipandang dalam seribu rasa. Hakikatnya apa yang sedang dirasai oleh isterinya itu turut dirasai olehnya juga. Risau memikirkan masa depan Edrina.
“Nantilah, pa. Rina belum bersedia lagi sekarang. Lagipun Rina tak minatlah kerja kat syarikat papa tu,” jawab Edrina selamba tanpa memandang tampang ayahnya itu.
Jawapan Edrina membuatkan terbit sedikit keluhan dari celah bibir lelaki awal 50-an itu. Hilang seleranya untuk menikmati sarapa pagi. Mudah sahaja jawapan anaknya itu sedangkan hatinya sudah tercalar mendengarnya. Kepada siapa lagi hendak diharapkan jika bukan anaknya ini? Tetapi nampak gayanya dia harus terus menggagahkan diri menjalankan perniagaan keluarga sendirian. Sedangkan saat ini dia sudah mula mengharapkan ada pengganti yang dapat menggantikan tempatnya. Dia pula mahu berehat. Masalahnya Edrina anak tunggalnya.
“Papa dah letih, Rina. Papa nak bersara..” keluh Tengku Ahmad Ehsan perlahan.
“Kalau macam tu bersara ajalah!” sambut Edrina seolah tidak berperasaan.
“Senangnya Rina bercakap? Habis tu siapa nak gantikan tempat papa tu? Takkan nak biarkan orang luar yang manage syarikat keluarga kita? Nak suruh si Bad tu?” Toh Puan Siti Aisyah segera mencelah. Dia pun ikut menyirap dengan gelagat anaknya itu. Suruh kerja tak mahu.. mintak duit rajin pulak! Apa punya anak ni?
“Anak arwah Mak Long tu kan ada? Papa pergilah cari dia. Biar dia yang jaga syarikat tu. Rina tak minatlah business ni semua, papa. Jangan paksa Rina buat benda yang Rina tak suka, boleh tak?” Masih dengan gelagat yang sama Edrina menjawab. Topik yang sedang diperbincangkan itu langsung tidak menjentik rasa minat di hatinya. Dia masih tidak merasakan itu semua penting kepadanya.
Terpaku Tengku Ahmad Ehsan mendegar jawapan selamba Edrina. Macam bijak sahaja idea yang diberikan Edrina. Anaknya itu masih tidak sedar.. dia berlengah-lengah mencari Tengku Raden Emranuddin itu ada sebabnya. Kalaulah Edrina tahu apa sebabnya, pasti mulutnya itu tidak selancang ini.
Toh Puan Siti Aisyah terus mengunci mulut tidak mahu memberi komen. Bimbang jika dia tersalah cakap keadaan akan menjadi kucar kacir. Soal syarikat keluarga itu dia memang tidak mahu masuk campur sangat. Bukan urusan dia.
Namun lelaki tua itu sudah mula mengeluh sendiri. Mungkin sudah sampai masanya dia pergi mencari anak buahnya itu. Sudah tiada jalan lain lagi.
“Papa takde masalah nak cari Tengku Emran tu, Rina. Tapi bila papa dah jumpa dia nanti, keadaan Rina pun takkan sesenang ini,” ujar Tengku Ahmad Ehsan serius merenung tampang kosong anak daranya itu.
Edrina yang sedang menikmati roti di tangannya itu terus memandang ayahnya. “Apa maksud papa ni?” soalnya pantas. Spontan kunyahannya menjadi lambat.
Mahu sahaja lelaki itu membentangkan rahsia yang sudah beberapa bulan disimpannya. Namun Tengku Ahmad Ehsan tahu ini bukan masa yang sesuai untuk mereka bercakap soal itu.
“Nanti Rina akan tahu juga. Kalau Rina tak masuk kerja juga dalam tempoh terdekat ni, bermakna papa kena juga cari Tengku Emran. Lepas tu apa nak jadi, jadilah!” ucap Tengku Ahmad Ehsan serius.
Edrina terus tercengang memandang gelagat papanya. Apa yang jadilah? Dia mula tertanya sendiri. Masuk kerja dalam masa terdekat ini? Tak mahu! Malas! Detik hati Edrina bersungguh.
“Ai..” Tengku Ahmad Ehsan memanggil isterinya yang berjeda sendiri.
“Ya..” sambut wanita itu lembut.
“Tolong tengokkan bonda. Pastikan bonda makan ubat macam biasa,” ucap lelaki itu kepada isterinya. Toh Puan Siti Aisyah terus mengangguk.
Tanpa kata lagi Tengku Ahmad Ehsan terus bangun. Pandangan Edrina yang masih terhala kepadanya langsung tidak dibalas. Kali ini dia serius dengan kata duanya. Dia tahu kalau dia tidak buat begini, Edrina takkan mahu mendengar cakapnya. Dia sendiri sudah letih melayan kerenah anak manjanya itu.
Edrina di meja makan terus terkulat-kulat memandang ayahnya berlalu. Belum sempat dia bertanya lanjut kepada emaknya, wanita itu juga bangun untuk menghantar suaminya ke kereta. Fikiran gadis itu masih terus berkisar kepada bicara ayahnya yang kedengaran agak aneh sebentar tadi. Apa maksud papanya itu? Entah.. dia tidak tahu.
“Papa ni suka buat orang takut tau!” ucap Edrina sambil menggeleng sendiri.





No comments:

Post a Comment