Tuesday, 1 March 2016

UNTUK SEKALI LAGI - BAB 2



Hud Daniel mempercepatkan langkah yang sedia panjang. Tujuannya satu, tangga kecemasan! Hendak melepaskan gian yang bersarang akibat desakan perasaan yang menimpa dan mencelarukan fikiran sejak akhir – akhir ini.

Hala tuju yang paling sesuai? Bahagian atas tingkat bumbung menara Synergy Power Corporations! Tempat paling sesuai untuk menyendiri sambil menghabiskan rokok sebatang dua. Hud Daniel bukan perokok tegar. Cuma apabila rasa tertekan, Hud Daniel mencari juga benda yang umum tahu merosakkan itu. Pada hematnya, sekarang inilah masa paling sesuai untuk menikmati tar dan nikotin!

Mana nak dicari wanita untuk dijadikan isteri? Mencari wanita daripada lingkungan kenalan dan kaum keluarga pasti akan mencetus konflik kepentingan individual. Hud Daniel mencari seorang isteri untuk melahirkan zuriat, bukan mencari cinta! Masa pula semakin pantas berlalu. Nak cari wanita mengambil masa, nak merancang mendapatkan anak pun satu hal lagi! Soal rezeki anak bukan di tangan manusia fana sepertinya.

Pening... Pening...

Dia sudah ada Saffiya Safwa. Cukup. Baik buruk wanita itu sudah jelas dan dia menerima Saffiya Safwa seadanya. Baginya, sebagai sepasang suami isteri, toleransi amat penting untuk memastikan hubungan yang kekal dan sihat. Sekarang, dia terpaksa pula menikah lagi satu. Sibuk seorang Hud Daniel, tidakkan ada masa untuk bercinta – cinta.

Jadi persoalannya sekarang,wujudkah wanita yang sudi dikahwini semata – mata hanya untuk melahirkan zuriat? Tanpa cinta dan kasih – sayang daripada suami? Tanpa perhatian yang lazim diberikan oleh seorang suami? Mahukah perempuan itu pertaruhkan kemahuan dan harapan dalam institusi perkahwinan semata – mata kerana dia? Seorang lelaki yang baru dikenali dan jelas mempunyai agenda untuk kepentingan sendiri?

Hud Daniel tidak yakin mampu memberi kasih sayang kepada wanita lain selain Saffiya Safwa. Hud Daniel sebenarnya juga tidak sanggup mendera perasaan sesiapa hanya untuk kepentingan diri. Pasti akan tercetus masalah di belakang hari. Tapi, dia memang sudah terdesak. Oleh yang demikian, langkah yang paling bijak pada hemat Hud Daniel ialah mencari wanita yang juga mempunyai kepentingan yang sama dengan dirinya dalam perkahwinan ini!

Sebaik sahaja Hud Daniel menjejakkan kaki ke lantai bumbung, bunyi tangisan seorang wanita menyapa Hud Daniel terlebih dahulu. Siapa pulak yang meraung ni? Perempuan mana? Entah – entah, erk! Meremang juga bulu roma, manalah tahu kan? Tapi, takkanlah siang – siang  buta ini ada benda alah itu?

“Ya... Rose faham Pak Mail, Rose faham sangat! Pak Mail jangan susah hati, Pak Mail dah banyak bantu Rose.”

Hud Daniel masih berdiri tegak di tempat persembunyiannya. Cuma kepala dijenguk keluar mencari – cari si empunya suara. Terasa macam James Bond pulak main sembunyi – sembunyi begini, fikir Hud Daniel menyungging senyum di bibir.

“Takpalah Pak Mail, biar Rose hubungi pihak bank nanti pasal tanah dan rumah tu. Entahlah, rasa – rasanya tak dapatlah Rose jaga satu – satunya harta pusaka peninggalan arwah mak dan abah, Pak Mail! Manalah Rose nak cekau ribuan ringgit nak bayar pihak bank? Bayaran pinjaman pendidikan Rose pun lepas cukup – cukup saja dari gaji Rose sebulan, tambah lagi dengan belanja makan pakai Rose kat sini!”

Makin rancak tangisan. Beralunan irama sendu di telinga Hud Daniel. Sedih betul perempuan ni, pekerja Synergy Powerkah? Takkanlah pekerja syarikat bangunan sebelah pulak kalau dah menapak membanjir atas bumbung menara Synergy Power? Agak – agaklah Hud Daniel!

“Rose sanggup buat apa saja Pak Mail untuk pertahankan harta mak dan abah, Rose sanggup! tapi, Rose tak mampu. Rose tak ada sesiapa yang boleh Rose mintak tolong, Rose hanya ada mak dan abah dalam hidup ni. Rose ni sebatang kara. Kalau bukan Pak Mail dan Mak Lijah yang bantu Rose sedikit – sebanyak entah apa jadi dekat Rose lepas mak dan abah tak ada!”

“Sampai Rose habis belajar ni pun, Pak Mail dan Mak Lijah yang bantu, kalau nak harapkan duit peninggalan arwah abah, dan pinjaman pendidikan Rose, tak lepas pun Pak Mail! Sebab tu, Pak Mail tak payah susah – susah hati pasal Rose, Rose faham Pak Mail tak mampu nak bantu Rose lagi!” Sambung gadis bernama Rose itu lagi.

Hud Daniel mengangguk kepala. Anak yatim rupanya. Sanggup buat apa sahaja? Terangkat kening Hud Daniel mendengar pernyataan itu. Serta – merta teringat – ingat perjanjian antara Engku Junaidah dengannya. Mencari wanita yang mempunyai kepentingan yang sama dengannya dalam perkahwinan ini, yang boleh mencapai kata sepakat demi keuntungan masing – masing. Hmm...

Semudah inikah jawapan bagi permasalahannya?

“Cik Rose?” Tegur Hud Daniel setelah selesai bicara wanita itu melalui telefon bimbitnya. Namanya Rose lah kot? Dah dia bahasakan sendiri dengan nama tu! Haisy! Fokus Hud Daniel, ada misi yang perlu dijalankan. Misilah sangat! Langkah diorak ke arah depan cuba untuk mendekati wanita yang mencuri perhatian.

“Ya?” Wanita bernama Rose itu berpaling. Terbuntang juga mata Hud Daniel melihat wajah dihadapannya. Putih dan gebu tanpa mengenakan solekan yang tebal. Rambut panjang ikal di hujung melepasi bahu bersinar indah. Ketika ini, tubuh itu sedang membelakangkan cahaya matahari, efek pergerakkan sudah menjadi macam iklan syampu rambut pula!

Tubuh langsing yang tinggi lampai itu disaluti baju kurung kapas berwarna biru. Sederhana, tapi masih mampu menggetarkan jiwa. Sekalipun jiwa yang sudah berpunya sepertinya. Ehem! Hud Daniel, tolonglah... Yang melalut ke sana ke mari ni kenapa? Macam budak remaja sahaja, hormon tak boleh kawal langsung!

Tapi, Hud Daniel masih tidak mampu menghalau rasa kagumnya. Yang paling menghambat dada Hud Daniel, ialah sepasang mata berwarna coklat yang bulat dan cerah merenungnya tak lepas. Walaupun wajah ini agak suram dan sembab kerana tangisan yang panjang, tidak terjejas langsung kemanisan asli yang dimiliki oleh wanita ini. Hud Daniel!

“Ada ap... Apa, Tuan?” Jawab Rose Raihanah tergagap – gagap. Alamak! Habis aku. Naik atas bumbung menara Synergy ni jadi satu kesalahan ke tak eh? Kira menceroboh tak? Mampus! Kena tangkap pulak oleh CEO Synergy sendiri! Rose Raihanah, hari ni memang hari malang bagi dirimu.

####

Rose Raihanah binti Razlan, berusia 23 tahun, graduan Universiti Teknologi MARA dalam bidang perakaunan. Baru sahaja berkerja di dalam Jabatan Perakaunan Synergy Power Corporations selama enam bulan sebagai pembantu. Sah jawatan setelah tiga bulan di bawah tempoh percubaan.

Status? Bujang. Prestasi bekerja yang amat bagus. Rekomendasi daripada pegawai penyelia juga sangat baik. Hud Daniel sempat mengarahkan pembantu peribadinyanya, Jennifer untuk  mengumpulkan maklumat dari jabatan sumber manusia tentang wanita yang sedang duduk termangu – mangu di hadapan mata ini. Wanita yang kewujudannya tidak pun disedari oleh Hud Daniel dalam perut bangunan Synergy sebelumnya. Sehingga sampai detik pertemuan yang tidak terduga mereka baru sebentar tadi. Pertemuan yang masih seumpama mimpi bagi keduanya.

“Saya panggil Cik Rose ini, bersebab. Saya... Err... I have a good proposal for you. Well I don’t want to beat around the bush, let me get this straight. Saya ada masalah. Saya perlukan seorang wanita untuk dijadikan isteri kedua saya dan melahirkan zuriat kami dalam satu tempoh masa yang sudah ditetapkan. Saya sebenarnya sudah pun berkahwin dengan wanita pilihan saya. Malangnya kami belum dikurniakan anak. Atas permintaan orang tua untuk mendapatkan waris kepada harta keluarga, saya terdesak untuk berkahwin lagi.”

“Saya tidak akan memulakan sebarang perhubungan dengan penipuan. Sebab itu seawal ini saya tegaskan. Sekiranya saya ingin bernikah lagi, saya tidak mahu perkahwinan ini berlangsung hanya sebagai sebuah hubungan di atas kertas. I am expecting a very civilize and mature relationship. And, to avoid conflict of interest, I’m looking for somebody with mutual benefits in this marriage. Saya mahukan awak jadi isteri saya, saya pilih awak sebagai bakal ibu kepada zuriat saya, Rose Raihanah.  Saya percaya yang you’re that somebody who will gain benefits from this marriage!

“Hah?” Rose Raihanah terlongo.

Kahwin? Siapa yang nak kahwin? Benefits? Untung apa pulak ni? Eh? Gila apa Encik CEO ini! Kenal belum pun selama mana, nak cakap pasal kahwin? Panas kepala aku terbakar dek sinaran matahari kat atas bumbung tadi belum pun reda. Kahwin? Jadi bini kedua dia pulak tu! Gila, apa? Baru sahaja Rose Raihanah ingin membuka bicara, Hud Daniel terus memintas.

“Sebelum you jump into any conclusion, biar saya jelaskan sedikit lagi.” Hud Daniel menyambung lagi.

“Saya dah dengar perbualan awak di atas bumbung tadi. Saya rasa saya boleh agak apa yang berlaku dalam hidup awak sekarang, awak perlukan duit. Banyak. Sebagai satu – satunya anak kepada kedua mak abah awak, sudah tentu awak tidak mahu kehilangan semua harta peninggalan mereka, bukan? Saya ada duit, dan saya boleh bantu awak, Rose Raihanah. Awak perlukan saya. Saya perlukan awak. Nikahi saya. Lahirkan zuriat kita, saya yakin kita kita mampu selesaikan masalah ini serentak!”

“Tuan bercakap seolah – olah semua ini semudah 1, 2, 3. Ini soal kahwin tuan. Lagipun, di mana jaminannya kalau kita berkahwin kita akan mendapatkan zuriat? Anak itu kurniaan Ilahi. Kalau ditakdirkan kita tidak juga mampu melahirkan anak, bagaimana? Tuan akan menceraikan saya, atau tuan akan bernikah lagi kali ketiga?”

“Kita boleh elakkan semua itu dengan satu pemeriksaan doktor. Sekiranya awak tidak punya apa – apa komplikasi untuk mengandung atau melahirkan, kita akan teruskan rancangan ini. Walaupun begitu, sekiranya telah ditakdirkan setelah menjalani semua pemeriksaan tersebut,  kita masih tidak dikurniakan anak, jangan risau. Saya tidak akan menceraikan awak. Hal yang lain pula, saya akan uruskan kemudian. We take one step at a time, Rose Raihanah.”

“Cukup!” Rose Raihanah bangkit dari sofa empuk itu. Tidak betah menunggu bait bicara Hud Daniel yang pada pendapatnya itu amat tidak masuk akal.

“Saya tidak tahu apa yang menyebabkan tuan terfikir yang saya akan bersetuju dengan perancangan mengarut seperti ini! Saya memang susah dan perlukan duit. Tapi, saya bukan terdesak! Cari perempuan lain tuan. Jangan sebab saya ini hanya pekerja bawahan, saya boleh dibodoh – bodohkan dengan cara sebegini! Apa yang menyebabkan tuan terfikir yang saya sanggup untuk menjadi isteri kedua? Sebab Tuan Hud Daniel ini CEO Synergy Power Corporations?” Bentak Rose Raihanah melampiaskan geram.

Hud Daniel mengeluh perlahan.

“Saya faham maksud kamu. Ini memang mengarut, cuma kalaulah awak boleh mengambil masa sedikit untuk berfikir dengan minda yang lapang, awak akan terfikir yang ini semua tidaklah seteruk mana. As for me, I’m more than ready to just simply follow with the flow. Rose Raihanah. Afterall, this is my last resort. Kalau ada rezeki, Alhamdulillah. Kalau tidak ada, saya reda. Untuk yakinkan awak, saya boleh tambah klausa dalam perjanjian pre-nuptual kita, yang saya tidak akan menceraikan awak kalau setakat sebab kita gagal mendapatkan zuriat. Saya berjanji tidak akan mensia – siakan awak, walau apapun berlaku, sekalipun awak jadi isteri kedua.”

Rose Raihanah geleng kepala. Bimbang fikiran yang semakin keliru akan membawa kepada keputusan yang salah, badan segera ingin diseret keluar dari pejabat Hud Daniel. Tiba – tiba namanya dilaung kuat.

“Rose Raihanah!”

“Hah?”

“Sebelum awak menolak terus rancangan saya ini. Beritahu saya apa perkara utama yang menghalang awak untuk bersetuju dengan perancangan yang awak anggap gila namun tidak bagi saya ini, selain daripada gelaran ‘isteri kedua’ itu? Awak sudah berkahwin? Bertunang? Atau sudah ada teman lelaki. Atau awak ada cara lain untuk selamatkan rumah dan tanah pusaka arwah ibu dan bapa awak?”

“Ada sesiapa lagi yang awak kenal yang boleh meminjamkan awak duit ribuan ringgit dalam masa terdekat ini? Awak perlu duit yang bukan sedikit, tunggakkan sudah makan berbulan. Saya tidak fikir awak mampu bayar dengan hanya gaji bulanan awak, simpanan? Berapa yang awak ada memandangkan awak baru saja mula bekerja di sini.” Hud Daniel mula memujuk lagi.

“Saya bukan ajak awak untuk berbuat perkara yang tidak baik, saya ajak awak berkahwin! Kalau awak bersetuju berkahwin dengan saya, saya akan langsaikan semua hutang – hutang itu. Awak tidak perlu membayar satu sen pun kepada saya. Malahan selepas menjadi isteri saya, perbelanjaan kehidupan awak saya akan tanggung sepenuhnya. Awak tidak akan hidup susah lagi.”

“Ya. Mungkin tidak ada cinta, tapi, saya tetap akan jalankan tanggungjawab saya sebagai suami dan In Shaa Allah, one day father to our children with all my heart! Awak tidak akan kesunyian lagi, sekurang – kurangnya awak akan mendapat sebuah keluarga baru. Seorang suami dan In Shaa Allah, anak sendiri! Face it Rose Raihanah. Kita perlukan antara satu sama lain. Kita adalah anak yang cuba untuk berbakti kepada orang tua kita. Awak bertanggungjawab untuk mempertahankan harta dan peninggalan ibu dan bapa awak dan begitu juga saya! Peluang ini takkan datang bergolek lagi.” 

Jujur, ucapan panjang – lebar daripada Hud Daniel sudah dapat menarik perhatian Rose Raihanah semula dan sedikit sebanyak membeli jiwanya. Terduduk Rose Raihanah semula di atas sofa. Bingung! Semua ini terlalu pantas, doa baru saja dipanjat awal petang tadi untuk memohon agar Dia memberikan jalan untuk melerai kebuntuan fikiran. Secepat inikah jawapannya?

Jeda.

Rose Raihanah memanggung kepala mencari wajah Hud Daniel. Satu soalan bermain – main dalam fikirannya.

“Kenapa pilih saya, tuan?”

Hud Daniel menghela nafas panjang.

“Saya berdoa kepada Allah, untuk menunjukkan saya jalan keluar untuk menyelesaikan masalah ini. Kita berdua memang dipertemukan pada masa yang tepat!”

####

Rose Raihanah menyulam jari jemari kedua tangannya. Suasana pejabat luas dan mewah yang berhawa dingin itu terasa panas. Rasanya, inilah keputusan paling sukar yang perlu dibuatnya sepanjang hidup selama 23 tahun ini. Terbayang wajah arwah mak dan abah, berselang – seli dengan gambaran rumah teres setingkat sederhana besar tempatnya lahir dan membesar.

Aduh! Jawab soalan final exam pun tak susah macam ni! Puas Rose Raihanah menimbang – tara baik buruk akibat daripada keputusan yang bakal diambilnya kelak. Banyak yang buruk dari yang baik sebenarnya. Namun, apa pilihan yang aku ada? Sedangkan, peluang untuk menyelesaikan masalah pula sudah ada di depan mata.

Rose Raihanah memberanikan diri mengangkat muka menghadap wajah lelaki di hadapannya. Wajah yang sebenarnya turut gelisah menanti jawapan dari mulut Rose Raihanah. Lelaki yang baru sahaja dikenalinya awal petang tadi. Di atas bumbung pula tu!

Siapa sangka terserempak pula dengan CEO Synergy Power Corporations, sedang dia buat drama melankolia tadi. Selepas itu, Rose Raihanah disuakan pula dengan rancangan yang tidak masuk akal. Bibir Rose Raihanah bergerak – gerak menuturkan sesuatu. Namun tiada bunyi yang keluar. Hud Daniel mendengus geram. Hati sudah tidak sabar!

“Miss Rose, spill it out! I need an answer now! Your answer should be very simple, it’s either yes or no?”

Tersentak Rose Raihanah dengan jerkahan Hud Daniel. Eh! Garangnya lelaki ni!

Mata bulatnya terkebil – kebil memancing simpati. Muncung itik hampir muncul, hampir! Kuat Rose! Kalau ada jalan lain, takkan aku nak menyusahkan diri begini, tapi... Jalan memang tiada. Yang ada hanyalah lorong berliku yang ditunjukkan oleh lelaki sombong perasan bagus di hadapannya ini.

Sempat lagi mengutuk! Jangan lupa wahai Rose Raihanah, lelaki sombong perasan bagus inilah yang bakal membantu kau melerai masalah yang sudah menjerut di leher! Rose Raihanah menarik nafas dalam. Cuba untuk menghalau gementar yang bertandang. Ini kerana dia tahu keputusannya ini bakal merubah hidupnya sebentar lagi.

“Tak boleh bagi masa lebih sikit nak untuk fikir dulu ke tuan?”

“Tak boleh! Saya kesuntukkan masa Miss Rose, it’s now or never!”

“Kurang – kurang bagi saya fikir sampai besok?”

“No!”

“Malam ni?”

“Miss Rose!”

“Ok... ok... Baiklah. Saya setuju dengan rancangan ini. Saya... Err... juga akur dengan semua syarat yang tuan nyatakan tadi.” Luah Rose Raihanah akhirnya, menyerah nasib diri kepada takdir. Allah! Moga – moga keputusan drastik ini tidak akan menjadi masalah kepada aku satu hari nanti.

Huh! Mendesak betul lelaki ni. Tak menyempat – nyempat nak bagi masa kat aku fikir – fikir dulu. Bukan dia tak tahu, keputusan yes or no dia tu bukan yes or no nak beli kek perisa coklat atau kek perisa vanila untuk meraihkan harijadi dia! Ini keputusan besar kot? Keputusan yang bakal merubah seluruh perjalanan hidup aku. Ya, Allah! Betulkah jalan yang aku ambil ini? Keraguan makin mengasak di jiwa Rose Raihanah.

“Awak pasti?”

“Ya. Saya pasti.”

Once we proceed, tak akan ada toleh ke belakang lagi, Rose Raihanah.”

“Ya, saya faham.”

Hud Daniel mengangguk – angguk perlahan. Lega. Masalahnya hampir selesai. Berjaya juga dia yakinkan wanita bermata bulat ini. Tidak sia – sia dia bertegas untuk menyelesaikan masalah ini dengan cara sendiri. Tanpa perlu campur tangan Saffiya Safwa ataupun Engku Junaidah. Cukup – cukuplah dia akhirnya terpaksa bersetuju dengan rancangan tidak masuk akal ini. Dia tidak mahu menambah gila lagi dengan membiarkan diri mengikut telunjuk mereka seratus – peratus! Mereka yang mencipta drama ini, tapi Hud Daniel mahu menjadi teraju utama! Hasilnya, lihatlah! Wajah polos itu direnung seketika. Dia ini wanita yang baik – baik, pasti tidak akan ada penyesalan untuk menjadikan dia isteri kelak.

Good. Besok tepat pukul 10 pagi, kita akan berjumpa di pejabat ini bersama peguam peribadi saya untuk menandatangai beberapa dokumen penting.”

Giliran Rose Raihanah mengganguk – angguk tanda faham dan setuju. Takut aku lari lah tu! Kau ingat aku sepupu – sepapat Usain Bolt ke nak main lari – lari pulak ni? Ini Rose Raihanahlah! Bodoh manapun keputusan yang aku buat, aku tetap akan teruskan juga. Rose Raihanah ini adalah seorang yang berpegang pada kata – katanya.

“Saya bukan takut awak lari, Rose Raihanah. Saya tidak sedikitpun percaya yang awak jenis tidak mengotakan apa yang dikatanya. I just want to validate this agreement in black and white, to formalize everything untuk tidak menjadi masalah di kemudian hari.”

Erk! Rose Raihanah terasa hendak tercekik. Aku cakap dalam hati ke aku cakap kuat tadi? Alamak! Dia ada sixth sense ke apa ni?

“Tak. Saya takde sixth sense or whatever. I just know. It’s written all over your face!”

Erk!

####

“Nenek sihir itu memang sudah melampau!” Dengus Saffiya Safwa.

Berita pernikahan yang bakal berlangsung antara Hud Daniel dengan perempuan entah dari ceruk mana Hud Daniel jumpa serasa seperti bom yang meletup dalam hatinya. Tercabar juga rasanya. Apa yang nak dikisahkan Hud Daniel berkahwin lagi? Saffiya Safwa bukannya kemaruk sangat dengan cinta. Kalau bukan harta Hud Daniel yang berkepuk – kepuk itu, takkan dia sanggup mengakhiri zaman bujangnya yang penuh gemilang dengan perkahwinan yang membosankan! Setia kepada seorang lelaki sepanjang hidup? Oh! Gambaran yang menakutkan. Hei! Ini Saffiya Safwa, berduyun lelaki kejar berebutkan dia, okay?

Namun, apa yang betul – betul dikisahkan olehnya apa akan jadi dengan kedudukannya disisi Hud Daniel sekiranya Hud Daniel beroleh zuriat daripada rahim perempuan lain, sedikit – sebanyak pasti akan tergugat.

Tangan pantas menggosok – gosok perut yang kempis. Huh! Hud Daniel itu bodoh, dia tidak tahu sudah berapa kali Saffiya Safwa melakukan pengguguran. Doktor peribadi mereka sudahpun dia beli dengan duit untuk memalsukan laporan perubatan mereka berdua. Hud Daniel itu yang tidak mahu faham, anak tidak termasuk langsung dalam agenda hidupnya!

Memanglah harta papa dan mama pun cukup untuk dia seorang anak tunggal, tapi, status dan kedudukan yang ada pada Hud Daniel itu yang mahal harganya! Tambahan pula, dia tahu niat sebenar Engku Junaidah itu adalah untuk menyingkirkannya daripada keluarga ini. Pada awak perkahwinannya dengan Hud Daniel, jenuh dia cuba gula – gulakan orang tua itu dengan lakonannya yang dikira mantap! Mantaplah, kalau tidak manakan jadi bodoh Hud Daniel olehnya! Sayangnya orang tua itu tidak terkesan langsung dengan lakonan – lakonan yang dipersembahkannya. Malahan, makin membenci pula nenek sihir itu! Saffiya Safwa mendengus lagi.

Darling, belum tidur lagi?” Terdengar suara garau menyapa cuping telinga Saffiya Safwa. Hariz Amrey lantas bangkit dari pembaringan katil bersaiz king yang terdampar di bilik hotel bertaraf 5 bintang di Singapura. Tangannya lantas meraih lengan Saffiya Safwa yang sedang termenung di bucu katil.

“Come on darling, its 3 am! Let’s get some sleep, I’ve a meeting tomorrow at 10 am! We have to catch flight back to Malaysia afterwards.”

Saffiya Safwa berpaling malas menyambut panggilan kekasih gelapnya. Malas berfikir tentang masalah perkahwinannya dan nenek sihir yang liat nyawanya itu! Bersambung lagi episod kecurangan seorang isteri terhadap suaminya!

No comments:

Post a Comment