“Tok tidak
peduli Hud. Ini peluang terakhir Tok beri pada kamu. Kalau kamu ikut cakap Tok
dengan mummy kamu, nama kamu akan
terus kekal dalam wasiat Tok sebagai pewaris.” Engku Junaidah memaku pandangan
pada satu – satunya cucunya itu. Dia mahu pastikan Hud Daniel faham yang dia
sudah tidak betah bermain kata – kata, biarlah keputusannya ini menjadi kata pemutus.
“Kalau kamu
bantah cakap Tok kali ini, kamu tak akan dapat walau sesen pun harta Tok!
Pandai – pandai kamu dengan bini pilihan kamu ini nak hidup sendiri. Harta ni
Tok akan sedekah pada rumah anak – anak yatim!” Sambung Engku Junaidah tegas.
Tersentak Hud
Daniel mendengar patah – patah akhir ayat Engku Junaidah. Ini sudah jadi drama
tipikal melayu! Pandangan dialih ke wajah Datin Zara, mummynya untuk meraih sokongan. Datin Zara cuma mampu menekur
lantai berlapis permaidani import dari luar negara. Kata –kata ibu mertuanya
itu tidak mampu dilawan. Rasa hormatnya pada wanita tua itu yang telah menjaga
dan menyayanginya seperti anak sendiri selama ini menyebabkan dia hanya mampu
akur. Tambahan pula, jauh disudut hati Datin Zara masih berharap Hud Daniel
akhirnya dapat memahami bahawa semua ini adalah untuk kebaikan dirinya juga!
“Mummy?”
“No, Hud. Kali ini mummy tak mampu nak tolong. Mummy
dah banyak bantu Hud waktu Hud belakangkan kami berdua suatu waktu dahulu,
ingatkan lagi?”
“Tok dan mummy dah maafkan perbuatan Hud waktu
dahulu. Kami dah beri peluang Hud buat keputusan sendiri. Malah, kami dah beri
ruang untuk Hud membetulkan semua kesilapan yang lalu. Tapi sekarang, dah
terbukti yang Hud tak mampu membetulkan segalanya. Tolonglah fahami niat baik
Tok dan mummy. Bagi kami peluang pula
untuk menunjukkan jalan yang lebih baik untuk menjamin masa depan Hud. Kami berharap
sangat Hud tunaikan pula hajat Tok dan mummy.”
Sambung Datin Zara lagi.
“Come on lah Tok. Main ugut –
ugut dengan harta pusaka ini is very old school. Hud dah besar, Tok.
Kenapa nak ungkit hal – hal lalu? Biarlah Hud tentukan masa depan Hud sendiri.”
Hud Daniel mengurut tengkuknya yang terasa menegang. Mata
dikalih ke sebelah kanannya. Wajah murung Saffiya Safwa yang sedari tadi diam
membisu, direnung tajam. Cuba untuk mencari –cari apakah yang sedang berlegar –
legar di fikiran wanita yang menjadi isterinya selama 10 tahun itu.
Wajah itu
diakui masih jelita walaupun sudah mencapai usia yang sama dengannya iaitu 34
tahun. Tambahan pula ia dioles agak tebal dengan alatan kosmetik yang mahal.
Penampilan modennya, dengan blaus sifon tanpa lengan berwarna merah sepadan
dengan skirt pendek berwarna hitam.
Rambut ikalnya, tidak langsung kelihatan kekok mengapit wajah putih mulus itu.
Namun sayang, kejelitaan sahaja tidak mampu meraih kasih dan sayang apatah lagi
restu daripada orang tua.
Kesal
memikirkan sebahagian besar kesalahan itu dipikul di atas kedua bahunya. Dia
akui dia gagal mendidik Saffiya Safwa. Dia gagal mendidiknya untuk menjadi
bukan sahaja isteri solehah, tapi juga menantu pilihan! Isterinya itu ego. Langsung
tidak mahu beralah dengan orang tua. Cara hidup moden penuh budaya kebaratan
sukar untuk ditinggalkan. Sekalipun ia menjadi isu besar yang menyebabkan Engku
Junaidah dan Datin Zara tidak berkenan padanya. Saffiya Safwa kata, cara
hidupnya itu sudah sebati dengan dirinya mana boleh diubah – ubah?
Sedangkan mak
bapak aku sendiri tidak pernah kisah dengan penampilan aku? Apa yang dikisahkan
dengan mulut orang lain? Saffiya Safwa tidak suka ditegur – tegur. Hendak
diikut kemahuan orang tua ini untuk memakai baju – baju yang longgar, panjang,
dan memakai tudung? Oh my... In your
dreams old lady! Bentak hati Saffiya Safwa. Nenek sihir ini, selagi hidup
pasti akan menyusahkan aku! Semua pun tak kena pasal aku. Eleh! Kalau dah tak
suka tu memanglah semua pun salah. Sempat Saffiya Safwa menyambung tugas
hakiki, memaki Engku Junaidah dalam hati.
Satu keluhan
berat Hud Daniel keluarkan. Entah bagaimana lagi caranya hendak menyatukan
ketiga – tiga wanita kesayangannya ini. Kebuntuan yang dihadapinya ini agaknya
balasan kerana pernah melukakan hati dua orang wanita berusia ini. Balasan
kerana menikah senyap – senyap dengan Saffiya Safwa tanpa pengetahuan keluarga
sewaktu masih lagi dalam pengajiannya di London!
Konon tidak
mahu berlengah – lengah lagi! Saffiya Safwa itu menjadi kegilaan ramai di
kolej. Jenuh memikat dengan kata – kata puitis. Beribu – ribu duit juga terbang
untuk memancing perhatian wanita yang telah didamba sejak semester satu lagi.
Beg tangan berjenama, minyak wangi keluaran terhad, barangan kemas... Mujur
saja Hud Daniel ini bukan daripada keluarga yang calang – calang kayanya.
Ada yang cakap
Dato’ Hail Iskandar, daddy Hud Daniel
itu unknown millionaire! Apabila
Saffiya Safwa kata, ‘yes!’ Hud Daniel
tanpa berfikir panjang terus ajak bernikah. Sementelah tidak terlintas langsung
bahawa keputusannya itu menyebabkan banyak insan lain yang bakal terluka.
Tidak habis
dengan isu pernikahan tanpa restu. Sepuluh tahun berkahwin namun, Hud Daniel
dan Saffiya Safwa masih tidak punya zuriat. Puas berubat di dalam negara
mahupun di luar negara. Malahan, mereka berdua sudahpun melalui prosedur IUI dan IVF. Gagal. Tidak ada apa yang menjadi masalah menurut doktor,
kedua – duanya tidak menghidap sebarang penyakit atau kemandulan. Cuma belum
ada rezeki.
Hud Daniel sebenarnya
tahu, anak bukan dalam to do list
Saffiya Safwa langsung. Sebab itu, wanita itu tidak pernah bersungguh – sungguh
untuk mencuba mendapatkan anak sepertinya. Wanita itu sibuk dengan kerjayanya
sebagai pereka fesyen. Kesibukkannya keluar masuk luar negara, menyebabkan
kehadiran seorang anak hanya akan menjadi penghalang kepada kerjayanya.
Kalau ikut
hati Hud Daniel, semua itu tidak pun menjadi masalah besar. Yalah, walaupun dia
juga tidak pernah nafikan, yang dia teringin untuk menimang cahaya mata
sendiri. Tapi, sebab yang paling utama sebenarnya kerana dia ialah Hud Daniel.
Satu – satunya zuriat pasangan Dato’ Hail Iskandar dengan Datin Zara Lee
Abdullah. Dia ialah pewaris tunggal Synergy Power Corporations! Dia perlukan
zuriat untuk meneruskan legasi ini. Jauh di sudut hati, Hud Daniel juga berasa
mungkin saja zuriat dapat membaik pulih hubungan mereka sekeluarga.
“Satu tahun
Hud. Tok bagi kamu masa satu tahun untuk peroleh zuriat. Sama ada zuriat kamu
dengan perempuan ini, ataupun kamu kahwin satu lagi!”
“Tok! Kenapa
mesti macam ni? Tok tahu kami berdua memang sudah berusaha untuk mendapatkan
anak?” Hud Daniel sikit tersentak dengan kata – kata Engku Junaidah. Kata –
kata yang bagaikan halilintar membelah langit perasaan Hud Daniel. Sudah pasti
syarat itu sangat sukar baginya dengan Saffiya Safwa.
“Ini tak adil
Tok! Saffiya takkan izinkan Hud berkahwin lagi! Takkan!” Over my dead body nenek sihir! Huh! Ikutkan hati aku yang bengkak bernanah
ini, nak saja aku lenyapkan perempuan tua ini dari muka bumi! Baru puas hati
aku, bisik jahat hati Saffiya Safwa lagi. Dia memang sungguh – sungguh hendak
singkirkan aku daripada keluarga ini.
“Adil atau
tidak aku tak peduli! Kalau Hud tak bagi aku cucu dalam masa setahun ini, semua
harta aku wariskan aje kat rumah anak – anak yatim!”
“Tapi...”
“Takde tapi
tapi. Hei! Saffiya, aku bukan nak dengar kata – kata engkau! Aku sekarang
tengah tanya Hud, cucu aku! Kau diam – diam sudah!” Potong Engku Junaidah
garang.
Terjungkit
juga bahu Saffiya Safwa terkejut mendengar suara garau Engku Junaidah yang
sudah mula ber’aku ‘engkau’. Marah sangatlah tu! Datin Zara terkebil – kebil
melihat wajah ibu mertuanya yang merah menahan marah. Ligat tangannya menyapu
lembut belakang Engku Junaidah, berharap marah itu boleh reda.
“Sabar Mak...
Mak tu ada darah tinggi!”
“Hud...” Rengek
Saffiya Safwa sambil cuba meraih lengan Hud Daniel. Dah mula mengada – ngada
lah tu! gumam Engku Junaidah sambil memaling muka menyampah.
“Saffi, you’re not helping!”
“I’m not
helping? Family you yang going
crazy sekarang ni, Hud! Bukan family I!”
“Diam!” Jerkah
Hud Daniel mula memicit dahi, tangan Saffiya Safwa ditepis lembut. Serabut
kepala memikirkan keadaan sekarang.
Hud Daniel
sebenarnya tidak hairan dengan harta – benda Engku Junaidah dan Dato’ Hail
Iskandar. Dia percaya dengan kebolehan semulajadinya yang diwarisi daripada daddynya dalam bidang bisnes. Malahan,
dengan pengalaman menerajui Synergy Power Corporations selama ini, sudah pasti
dia juga mampu meneraju bisnes sendiri tanpa perlu bergantung kepada harta
orang tua.
Tapi, Hud
Daniel tersepit! Saffiya Safwa mahukan harta dan kedudukan itu. Harta dan
kedudukan amat penting pagi Saffiya Safwa untuk mendapat penghormatan
masyarakat sekeliling! Satu pemikiran yang tidak dapat diterima oleh Hud
Daniel. Apakan daya pemikiran itu lahir daripada minda wanita kecintaannya?
Saffiya Safwa terang – terang pernah menyatakan dia mahu Hud Daniel terus kekal
dengan Synergy. Dia perlukan lelaki hebat dalam hidupnya. Hebat, bagi Saffiya
Safwa bermakna, jadi CEO Synergy!
Tambahan pula,
apa akan jadi kepada hasil titik peluh daddynya
selama ini? Dia satu – satunya zuriat lelaki yang menjadi idola semenjak kecil
itu. Kalau bukan Hud Daniel siapa lagi yang dapat memajukan dan meneruskan
legasi ini? Tidak tega rasanya menghampakan harapan dan amanah orang yang sudah
tidak ada di dunia ini. Lagipun, bohonglah kalau dia cakap dia tidak sayang
akan Synergy.
“Fine, Tok. I’ll do it.”
“Hud!”
“Enough, Saffi! I’m doing this for you! Jangan sekali – kali lupa siapa yang tidak mahu
meninggalkan semua ini? Siapa? Tell me
Saffi! Now, let me ask you one last time Saffi. Awak sanggup tinggalkan
semua ini? Kita boleh mula hidup baru. Saya tidak perlu kahwin lagi dan awak
tidak perlu risaukan tentang hal anak. Awak
tahu saya sudah berkali – kali katakan cukup saya ada awak dalam hidup ini,
saya tidak perlu apa – apa lagi!”
“Hud, this
is not fair for me.”
“This is not
fair for me too, Saffiya.”
Jawab Hud Daniel tegas.
Mata Saffiya
Safwa mencerlung tajam ke arah Hud Daniel. Giliran Saffiya Safwa pula memicit
dahi. Mana mungkin dia sanggup meninggalkan semua ini! Harta dan kedudukan
membuatkan dirinya dihormati dan disegani dikalangan sosialit. Ini perlu dalam
usaha memajukan perniagaan fesyennya, dan Synergy Power Corporationslah kunci
untuk mengekalkan segala – galanya.
Engku Junaidah
tersenyum sinis. Ah! Perempuan ini mudah dijangka. Takkan mungkin dia sanggup
tinggalkan kesenangan ini. Alahai! Cucuku, Hud. Cubalah buka mata hati itu,
berfikirlah menggunakan akal, bukan perasaan! Perempuan ini bukan perempuan
baik. Dia hanya mahu harta Hud, kasih – sayang? Cinta? Entahkan ada ataupun
semuanya pun palsu.
Engku Junaidah
bukan bodoh. Sejurus sahaja Hud Daniel memaklumkan berita pernikahannya dengan
seorang gadis bernama Saffiya Safwa, terus sahaja Engku Junaidah menghubungi
penyiasat persendirian kepercayaan arwah suaminya, Tan Sri Abdul Karim untuk
menggali semua maklumat tentang gadis yang menjadi pilihan Hud Daniel. Huh! Hasil
penyiasatan langsung tidak mengujakan. Tidak ada yang bagus tentang Saffiya
Safwa. Entah bagaimana Hud Daniel yang cerdik itu boleh jadi bodoh dan tertipu
dengan lakonan dan persembahan Saffiya Safwa. Harap muka sahaja lawa, keluarga
juga dari keturunan yang berada, tapi, perangai macam setan!
Tapi, inilah
orang muda. Bukan mahu dengar cakap orang – orang tua! Cinta terhalang konon.
Kalau yang dibawa tu penyejuk hati tidak apa, ini? Membakar perasaan sepanjang
masa! Pakaian menjolok mata, tidak tahu hormat orang tua. Ini, tangan tua yang
sudah hampir luluh dari tulang ini bukan pernah disalam, dicium! Jangankan dia,
Datin Zara ibu mertuanya sendiri tidak pernah dapat penghormatan itu. Lagipun,
bukan dia tidak tahu Saffiya Safwa ini ada hubungan sulit dengan kawan rapat
Hud Daniel yang bernama Hariz Amrey itu.
Sudah banyak
bukti – bukti yang diterima daripada Malek Reduan, si penyiasat persendirian.
Gambar – gambar pasangan itu berpeleseran di kelab – kelab malam elit ibukota, bercuti
bersama ke luar negara. Banyak! Cuma Engku Junaidah tidak sampai hati
menghamparkan bukti kecurangan Saffiya Safwa di hadapan Hud Daniel. Tidak
sanggup hati tuanya melihat kekecewaan Hud Daniel nanti. Yang paling penting,
dia takut cucunya akan patah hati dan pergi membawa diri. Untuk orang tua
sepertinya, itulah yang paling menakutkan!
“Baiklah, saya
setuju Hud berkahwin lagi satu. Tapi, dengan satu syarat.” Engku Junaidah
tersenyum menang. Aku nak tengok sejauh mana si Saffiya ini hendak meneruskan
permainan ini.
“Walaupun kau
tak layak nak letakkan syarat, tapi, aku nak senangkan sikit hati kau. Hah! Apa
syaratnya?” Saffiya Safwa menceber geram dengan ayat sinis Engku Junaidah itu.
Takpelah nenek sihir, hari ni hari kau. Besok – besok, telinga kau pulak aku
bakar!
“Perempuan
yang bakal menjadi madu saya biar saya sendiri yang pilih!” Ujar Saffiya Safwa
tenang. Namun, jelas ada sesuatu di dalam fikirannya. Pasti sesuatu itu bukan
benda yang baik!
“Jangan harap!
Kalau engkau yang pilih silap – silap yang sama spesis dengan engkau. Perangai
tak semenggah. Biar aku yang pilih kali ini siapa yang bakal jadi ibu kepada
cicit aku!” Pangkas Engku Junaidah, memaksa Saffiya Safwa menggumam sendiri
sambil menyambung sesi memaki dalam hati. Baru saja hendak berniat untuk
mengupah mana – mana perempuan untuk menjadi isteri baru Hud, konon supaya
senang aku kawal. Malang betul nenek sihir ini pula potong jalan aku. Agaknya
dia dah hidu perancangan aku.
Hud Daniel
menarik nafas dalam – dalam. Telinga tidak menyangka Engku Junaidah dengan
Saffiya Safwa sudahpun mula bertekak untuk mencari calon isteri barunya! Ya, Allah,
I cannot imagine mylife can be so
complicated!
“Tok, please. Saffi tolong diam. Tok, Hud akur
kali ni dengan permintaan Tok. Hud mengalah. Bukan kerana hendakkan harta
pusaka itu, tapi, lebih kepada ingin menyelamatkan Synergy, dan cuba untuk
memuaskan hati Tok dan mummy.”
“Alhamdulillah.”
Engku Junaidah meraup wajah tuanya.
“Mengikut apa
yang Tok katakan tadi, Tok nak Hud dapatkan zuriat dalam masa setahun.
Sekiranya Hud gagal dapatkan anak dengan Saffi, Hud akan bernikah satu lagi. Betul?
Baiklah. Hud terima. Tapi, dengan syarat.”
“Syarat lagi?”
“Ini soal
hidup, Hud, Tok.”
“Baiklah. Tok
setuju. Apa syaratnya?”
“Hud mahu Tok,
mummy dan Saffi jangan masuk campur
dengan apa – apa juga tindakan ataupun pilihan yang Hud buat! Tentang calon,
tentang perkahwinan, tentang kehidupan Hud dengan isteri baru itu, sekiranya
Hud terpaksa berkahwin lagi satu. Promise
me, this. Kalau tidak Hud akan lenyap diri daripada semua orang! Mark my word, promise me!”
“Baiklah...”
Hud Daniel
mengeluh. Misi mencari isteri baru mesti bermula sepantasnya. Tahu benar,
Saffiya Safwa pasti tidakkan mahu, malah mencuba untuk mendapatkan anak. Dia
lebih suka melihat aku bernikah lagi satu agaknya daripada kehilangan semua kekayaan
dan nama ini! Muka diraup kasar.
Follow with the flow, Hud! Itu saja yang kau boleh buat, buat masa ini.
No comments:
Post a Comment