Thursday, 12 May 2016

Yang Bermukim Di hati - Bab 12

“ABANG dah gila, ya?” Ini bukan kali pertama
Ameer Aazad membangkitkan soal kahwin.
Ameer Aazad ketawa kecil. Lucu dia mendengar
soalan Aina Yasmin.
“Abang kenal ke Min ni siapa? Abang tahu tak yang
Min ni masih seperti dulu? Yang tomboi, yang lasak, yang
minat memancing, yang suka panjat pokok… abang jangan
ingat sebab rupa Min dah berubah, perangai Min pun dah
berubah!” Aina Yasmin tidak tahu lagi bagaimana hendak
menyedarkan Ameer Aazad. Jenuh sudah dia menyatakan hal
yang sama. Sebelum lelaki itu menyesal di kemudian hari,
baik dia berterus terang sahaja.
Terus mati senyuman dari wajah Ameer Aazad.
Ternyata Aina Yasmin masih tidak memahami kata-katanya
melalui talian telefon baru-baru ini.
“Min tak nak abang menyesal. Abang dengan Min
memang macam enggang dan pipit. Abang tak salah dulu bila
abang cakap yang Min tak padan dengan abang. Min sedar
tu! Dan sekarang pun Min masih sedar. Min tak nak abang
terikat dengan Min hanya sebab arwah abah. Arwah abah dah
takde. Min…”
“Stop it, Min! Just stop it!!!” Ameer Aazad
melepaskan rasa terkilan dari celah gigi. Dia tidak betah
mendengar kata-kata Aina Yasmin yang penuh dengan rasa
rendah diri. Dicapainya tangan Aina Yasmin dari atas meja
dan digenggamnya erat.
Aina Yasmin terkedu. Dia kehilangan kata-kata.
Tangan kecilnya tenggelam digenggam oleh tangan besar
Ameer Aazad. Hangat. Dia cuba menarik tangannya namun
gagal. Ternyata genggaman tangan lelaki itu terlalu kuat.
‘What the…?’
Tajam mata hazel Ameer Aazad menikam ke mata
coklat cair Aina Yasmin. Entah mengapa kali ini renungan
lelaki itu memerangkapnya. Dia tidak dapat melarikan
matanya daripada ditatap tunangnya itu.
“How many times must I tell you? Berapa kali lagi
abang nak kena jelaskan pada Min?” tegang suara Ameer
Aazad. “Abang dah cakap yang abang terima Min seadanya!
Abang tak kisah Min ni siapa! Min tak faham-faham lagi ke?
Apa yang perlu abang cakap lagi supaya Min faham???” Ameer
Aazad mencuba sedaya upaya untuk mengawal nada suaranya.
Dia menyedari kelemahan tunangnya itu dan tidak mahu
Aina Yasmin menangis lagi. ‘Susah juga hendak bersabar ni
rupa-rupanya!’ Selama ini dia tidak pernah kisah kepada siapa
dia melepaskan barannya.
“Min nak abang buktikan? Sekarang jugak abang
boleh buktikan. Kalau Min setuju, abang boleh terus jumpa
mak dan abang-abang Min. Kita kahwin! Secepat mungkin!”
“Apa?” bisik Aina Yasmin. Suaranya sudah hilang
entah ke mana gara-gara penangan Ameer Aazad. Dadanya
terasa sempit. Ruang udaranya terasa sesak. Dia lemas.
“Min tak percaya pada abang, kan? Min ingat abang
masih macam dulu? Baik, sekarang abang nak buktikan pada
Min yang abang bukan macam dulu lagi. Boleh?” cabar Ameer
Aazad. Ketajaman renungannya bisa membelah dada Aina
Yasmin.
Pucat wajah gadis itu. Sekiranya Ameer Aazad serius
dengan niatnya, alamat ‘selamatlah’ dia. Bagaimana hendak
bertentang dengan wajah ibunya yang tentunya penuh
dengan seribu satu pengharapan?
Aina Yasmin menelan air liur. Perit. Pahit.
“Abang kata enam bulan?”
“Itu masa abang nak bagi peluang pada Min untuk
kenali abang dan abang sebaliknya. Tapi nampaknya macam
Min tak bersungguh-sungguh nak bagi abang peluang tu.
Min asyik bangkitkan perkara yang sama. Abang dah tak tahu
nak buat apa lagi untuk yakinkan Min.”
Aina Yasmin tunduk. Kecut perutnya. Ternyata lelaki
ini serius. Adakah ini balasan terhadap dirinya yang sering
mengungkit tentang isu yang sama? Walaupun beberapa kali
dia telah mendengar penjelasan tunangnya itu, mengapa
hatinya masih tidak dapat menerimanya? Terlampau dalam
sangatkah luka yang dipalitkan lelaki itu?
“No… jangan…” rayu Aina Yasmin. “Min belum
bersedia…” Tangan yang digenggam Ameer Aazad ditarik
perlahan. Kali ini Ameer Aazad membiarkan. “Min mengaku
yang Min susah nak percaya yang abang dapat terima Min
sebagai tunang abang. Apa yang abang cakap pasal Min
dulu dah jadi sebati dalam jiwa Min. Dah jadi macam rekod
tersekat kat dalam kepala… yang akan ulang-ulang main
benda yang sama pada setiap masa. Bukan senang untuk Min
lupakan hinaan abang pada Min dulu.” Aina Yasmin tunduk.
Dia memilih untuk membuka perasaan dalam hatinya. Biar
Ameer Aazad mengerti mengapa dia begitu.
“Min hilang keyakinan diri disebabkan kata-kata
abang tu. Walaupun Min pernah dengar macam-macam
orang kampung cakap pasal Min dulu, kata-kata abanglah
yang paling berbekas di hati Min. Mungkin sebab abang
tunang Min. Min tak tahu macam mana nak ubah tanggapan
Min pada diri Min sendiri. Bila ada orang puji Min cantik,
Min anggap orang tu penipu dan hanya nak main-mainkan
Min. Bila ada orang kirim surat atau hadiah, tanda mahu
jadikan Min teman istimewanya, Min terus buang dalam tong
sampah… sebab Min tak percaya ada orang boleh jatuh hati
pada orang yang hodoh macam Min.”
Kaku tubuh Ameer Aazad mendengar rintihan
tunangnya itu. Dia merasakan dirinya begitu hina sekali,
begitu berdosa! Inilah akibatnya menuturkan kata-kata
mengikut rasa… akhirnya badannya yang binasa. Betapa
terseksanya Aina Yasmin selama ini. Ya Allah... bagaimana
harus dia merawat luka yang telah ditaburkan terhadap
tunangnya sendiri?
“I’m so sorry….” bisik Ameer Aazad perlahan. Hanya
ucapan maaf yang bisa dilafazkan berulang kali. Sedarlah dia
mengapa Aina Yasmin sering membangkitkan isu yang sama
setiap kali mereka berbicara. Gadis itu masih tidak dapat
melupakan dan mungkin tidak bisa melupakan kata-kata
nista yang pernah dihamburkannya dulu.
“Please give me a chance to make it up to you…”
Ameer Aazad merayu lagi. Sejak bertemu Aina Yasmin, hanya
itu yang dia tahu. Meminta maaf dan merayu.
Sememangnya Aina Yasmin tiada pilihan. Dia telah
pun bersetuju dengan ‘syarat-enam-bulan’ Ameer Aazad dan
persetujuannya telah dimaklumkan kepada Hajah Amirah,
Puan Shima serta abang-abangnya. Mana mungkin ditarik
balik?
“Abang masih ada enam bulan.” Aina Yasmin
mengangkat wajah. Dia ikhlas kali ini.
Ameer Aazad menghela nafas panjang. Wajah
ayu tunangnya ditatap dengan penuh rasa terima kasih.
Mata mereka bertaut. Tersekat nafas Aina Yasmin melihat
pandangan tunangnya itu. Pandangan yang seperti
menghantar pesanan rasa sayang. Pandangan yang melekat
terus ke hati.
Hati Ameer Aazad turut merasakan debaran yang
sama. Debaran yang begitu asing bagi dirinya. Kini dia
yakin dengan perasaan yang melanda sejak mula mendengar
suara Aina Yasmin melalui telefon selama ini. Suara yang
bisa membuatkannya rindu. Suara yang bisa menggegarkan
jantungnya. Tanpa wajah. Hanya suara. Dia tidak perlu
berdolak-dalik lagi. Sememangnya, dia telah jatuh cinta…
dan perasaan itu begitu mencengkam jiwanya...
“TERIMA KASIH tunang abang, sebab sudi temankan abang
malam ni.”
Aina Yasmin mengangguk. Tangannya sudah sedia
untuk membuka pintu kereta untuk keluar. Kereta Ameer
Aazad sudah terparkir di hadapan rumah sewanya.
“Min?” seru Ameer Aazad.
Aina Yasmin memalingkan tubuhnya. “Hmmm?”
“Abang nak bawak Min jumpa bapa angkat abang. He
knows about you and he can’t wait to meet you.”
Dahi Aina Yasmin berkerut. “Min… Min seganlah…”
“Nak segan kenapa pulak? Papa okey. Dia nak sangat
jumpa dengan Min.”
“Nantilah Min fikirkan. Rasa macam tak proper
pulak.”
“Abang faham.” Ameer Aazad akur.
Kalau diikutkan adat, memanglah kurang manis
kalau si gadis yang menziarahi keluarga si lelaki. Sepatutnya,
bapa angkat Ameer Aazadlah yang datang ke rumah Hajah
Amirah jika ingin bertemu dengannya. Eh, betul ke begitu?
Rasanya itulah pesanan yang pernah dititipkan oleh Hajah
Amirah dulu. ‘Perigi tak boleh cari timba dan perigi tak boleh
terhegeh-hegeh pergi ke rumah si timba selagi keluarga si
timba tak datang rumah si perigi dulu!’
“Abang?” Giliran Aina Yasmin menyeru tunangnya.
Dia ragu-ragu untuk meneruskan niat hatinya.
“Hmmm?”
“Abang pernah tanya Min apa yang Min suka dan
apa yang Min tak suka, kan?” Teragak-agak Aina Yasmin
berbicara.
Ameer Aazad mengangguk. Wajah Aina Yasmin yang
sedikit takut-takut ditatap lembut.
Aina Yasmin memberanikan diri menatap wajah
Ameer Aazad.
“Ermmm… Min tak suka lelaki berjambang,”
perlahan Aina Yasmin menyuarakan pendapatnya. Terluah
jua.
Kening Ameer Aazad terjongket mendengar
pengakuan tunangnya itu. Spontan juga tangannya naik ke
muka. Menyentuh rahang dan pipi yang dipenuhi bulu yang
sentiasa dijaga rapi.
“Abang rasa, kalau abang cukur semua jambang
abang ni, Min tak sudi nak pandang muka abang.” Ameer
Aazad berterus terang. Pandangan jijik daripada teman
wanitanya dulu sebaik sahaja dia sedar daripada koma selepas
kemalangan yang menimpa dirinya, kembali ke ruang mata.
Parut hodoh yang mencemar wajahnya perlu disembunyikan.
“Kenapa abang cakap macam tu? Abang nak
sorokkan parut kat muka abang tu ke?” Dengan selamba Aina
Yasmin membangkitkan tentang parut di wajah Ameer Aazad.
Walaupun cuba disembunyikan, seseorang itu masih boleh
melihatnya, apatah lagi sekiranya Ameer Aazad berada dekat
di hadapan mata.
Tersentak Ameer Aazad jadinya. Tidak pernah ada
seorang pun yang berani menyebut tentang hal parutnya
secara terang-terangan selama ini. Mereka cuma berani
menyebutnya di belakangnya sahaja, mengumpat dan
mencerca. Dia kelu tiada jawapan.
“Nampaknya kita berdua sama je,” keluh Aina
Yasmin.
“Maksud Min?” Ameer Aazad tidak mengerti.
“We are both ashamed of how we look.”
Ameer Aazad menarik nafas. Kebenaran yang begitu
menyakitkan. ‘Macam mana dia tahu?’
Aina Yasmin tersenyum tawar.
“Dari kecik, Min tak pernah kisah pasal apa orang
cakap pasal Min. Min pekakkan je telinga sebab Min sedar
apa yang ada pada Min semuanya kurniaan daripada Allah.
Sampailah hari lepas kita bertunang… bila Min dengar
sendiri pendapat abang pasal Min… lepas tu barulah Min rasa
malu… malu dengan paras rupa Min.”
Ameer Aazad memejamkan matanya. Tidak mampu
memandang ke wajah sayu tunangnya itu. Malu dia dengan
apa yang pernah dilakukannya dulu.
“All this while, I let your opinion of me ruled the
way I lived my life… now you are doing exactly the same
thing! You are letting other people’s opinion of your face rule
your life! Don’t make the same mistakes I did… you’ll live
to regret it.” Sebaik meluahkan kata-kata itu, Aina Yasmin
melangkah kaki keluar dari perut kereta.
Ameer Aazad tergamam di tempat duduknya.
Dia melihat Aina Yasmin hilang di balik pintu utama. Dia
berasa begitu terkesan dengan kata-kata Aina Yasmin.
Bagai meramas-ramas jantungnya sehingga membuatnya
tercungap-cungap seolah-olah ketandusan udara.
Gadis itu baru berusia dua puluh tiga tahun. Enam
tahun lebih muda daripadanya. Namun dia merasakan dirinya
banyak kekurangan berbanding gadis itu. Gadis itu sebenarnya
lebih tabah dan lebih kuat daripadanya. Bertahun-tahun Aina
Yasmin dicemuh dan dihina dek kerana dirinya yang tidak
sempurna seperti gadis-gadis lain. Namun dia tetap tabah
dan tidak pernah menyesali kurniaan Allah kepadanya.
Sehinggalah orang yang menghinanya merupakan tunangnya
sendiri.
Berbanding pula dengan dirinya, dia baru sahaja
menerima nasib yang sama sejak dua tahun yang lalu. Sekejap
sangat jika dibandingkan dengan apa yang pernah dilalui
oleh Aina Yasmin, dan semestinya tidak seteruk hinaan yang
diterima gadis itu. Dia hanya menerima pandangan jijik atau
geli daripada orang yang pernah mengenalinya dulu. Mereka
tidak berani mencemuh di hadapannya. Itu pun dia sudah
terasa. Maka disembunyikan parut yang hodoh itu melalui
tumbuhan bulu-bulu di wajahnya.
Kata-kata Aina Yasmin memang benar. Dia
membenarkan pandangan orang lain mempengaruhi cara
kehidupannya. Dia mula berubah sikap kerana perubahan
dirinya ekoran kemalangan itu. Dia memilih untuk
menyisih teman-temannya kerana mereka terlebih dahulu
menyisihnya. Mengapa? Hanya kerana kehadiran parut di
wajahnya? Karut!!!
Ameer Aazad akhirnya meneruskan pemanduan.
Dia perlukan nasihat dan pandangan seseorang yang begitu
 bermakna dalam hidupnya. Dia terus memandu…

No comments:

Post a Comment