Monday, 27 June 2016

Tak Mampu Menjaga Cintamu - Bab 12

sambil menyanyi-nyanyi kecil. Gelas itu dibawa
ke ruang tamu dan meletakkannya di atas meja kopi.
Dia duduk di atas sofa sambil tangan mencapai surat
khabar yang dibeli Mawaddah pagi tadi. Hari ini dia
bekerja syif malam. Sebelum pergi bekerja, dia akan
membelek surat khabar, mendapatkan berita semasa yang
berlaku dalam dan luar negara.
Telefon bimbit di dalam beg tangan tiba-tiba
berbunyi. Anatasya pantas mencapai dan membaca
nama di skrin. Dengan senyuman, dia menekan punat
hijau.
“Assalamualaikum, ayah…” ucap Anatasya lembut.
“Waalaikumussalam. Kakak tengah kerja ke?
Maaflah kalau ayah ganggu.”
“Tak adalah, belum pergi kerja lagi. Kenapa, ayah?
Bunyi macam ada hal penting aje…” Hati Anatasya
mula rasa tidak sedap. Bagai dapat menghidu ada
sesuatu yang telah terjadi.
“Hmm… memang ada hal penting. Tapi rasanya
elok kakak balik. Kita bincang elok-elok. Payah
kalau cakap dalam telefon. Kakak pula jauh…”
Anatasya mengecilkan anak mata. Dahinya mula
dilanda kerut. “Ada hal apa sebenarnya ni, ayah?
Ayah buat kakak tak sedap hatilah…”
Terdengar tawa kecil ayahnya. “Tak ada apalah.
Kakak janganlah fikir yang bukan-bukan. Yang penting
sekarang, kakak balik dulu. Lepas tu kita bincang.”
“Hmm…” Anatasya menghela nafas panjang.
Berusaha menenangkan diri agar tidak terlalu
bimbang. “Okey, nanti kakak cuba apply cuti lagi. Kakak nak
turun pergi kerja dah ni. Kirim salam kat adik-adik ya?” ujar
Anatasya sebelum memutuskan talian.
“SAYA dengar awak ada minta cuti, nak balik kampung
Betul ke?”
Soalan daripada Rusdi itu dibalas dengan
anggukan kecil. Mata terus fokus menatap fail di depan
mata.
“Kenapa tiba-tiba aje?” tanya Rusdi lagi. Tetap cuba
mengajak Anatasya berbual dengannya.
“Tak adalah. Dah banyak kali saya minta cuti,
cuma sekarang baru diluluskan. Lagipun dah lama
tak jumpa ayah dengan adik-adik.” Mudah saja alasan
yang Anatasya berikan. Walaupun hubungan dengan
lelaki itu semakin membaik kini, dia tetap menjaga
jarak dan jurang antara mereka berdua.
“Ohh... hmm… bila awak start cuti?” tanya
Rusdi. Tidak jemu meraih perhatian Anatasya untuk
berinteraksi dengannya.
“Insya-Allah minggu depan,” jawab Anatasya
sambil menoleh ke arah Rusdi. Senyuman nipis diukirkan
buat tatapan doktor muda itu.
“Berapa lama tu?” Rusdi berminat ingin tahu. Pasti
nanti dia akan merindukan gadis itu.
“Tak lama pun. Dalam tiga hari aje…” Anatasya
berterus terang. Dia memandang jam tangannya.
“Okeylah, doktor. Saya ada kerja nak kena buat.
Lain kali kita borak lagi…” Dia tersenyum lagi dan
terus beredar pergi.
Rusdi ikut sama tersenyum. Ayat terakhir
Anatasya itu bagaikan memberi satu harapan kepadanya.
‘Lain kali kita borak lagi…’. Dia benar-benar berharap
agar ‘lain kali’ yang dimaksudkan Anatasya itu akan
menjadi kenyataan.
PUNAT hijau pada panel telefon bimbit ditekan.
Sabar dia menanti talian berjawab sambil terus
fokus memandu. Mujurlah dia menggunakan hands free,
jadi taklah terganggu pemanduannya itu. Tidak perlu
menanti lama, sudah kedengaran suara ceria Sarah
menyambut panggilannya.
“Sarah, kau busy ke?” tanya Anatasya. Nada
suaranya sama ceria dengan nada suara Sarah.
“Tak adalah. Kenapa? Ada apa-apa nak share
dengan aku ke?” Sarah macam tahu-tahu saja tujuan
Anatasya menghubunginya petang itu.
Anatasya tersengih. “Cuti aku dah diluluskan.
Minggu depan aku balik kampung,” beritahunya.
Gembira sungguh kedengaran suaranya ketika itu.
“Ya ke? Wah! Excited aku dengar, Tasya.
Tak sabarnya nak jumpa kau! Nanti kita lepak sama
eh? Kat tempat favourite kita. Pantai Batu Burok!”
Sarah bersorak sambil ketawa riang. Teruja menanti
sahabatnya itu pulang ke kampung.
Anatasya tertawa kecil. Dapat dibayangkan
gelagat Sarah ketika itu. Mesti comel. “Okey, tak
ada hal. Nanti kita jumpa. Tapi…” Dia terjeda di situ.
Bibir bawahnya digigit-gigit resah.
“Tapi apa?” Sarah hairan.
“Hmm… sebenarnya ayah aku yang beria sangat
nak suruh aku balik. Dia cakap ada benda nak bincang. Aku
risaulah… tiba-tiba aje rasa tak sedap hati,” luah Anatasya
terus terang.
“Hesyy… janganlah fikir macam tu. Insya-Allah
tak ada apa-apa. Ayah kau saja nak kasi gempaklah tu…”
Sarah ketawa dengan kata-katanya sendiri.
Anatasya tersenyum dengan kepala tergelenggeleng.
Sarah dan ketawa, memang tak dapat
dipisahkan. Dari dulu lagi sahabatnya itu sering
menceriakan hari-harinya dengan sikap periangnya.
“Okeylah, nanti kita jumpa eh. Aku tengah drive ni.
Lain kali sembang lagi,” ujar Anatasya tanda mahu
memutuskan talian.
“Okay, all right! Bye…” Talian dimatikan. Anatasya
menghela nafas panjang. Wahai hati… bertenanglah.
Insya-Allah tak ada apa-apa. Dia memujuk diri sendiri.
“TASYA, aku tengok mamat tu dari tadi asyik pandang
kau aje. Kau kenal dia ke?” Mawaddah berbisik di telinga
Anatasya. Matanya menjeling-jeling ke arah seorang
lelaki yang berdiri tidak jauh dari tempat mereka
berdua memilih barang-barang dapur.
Anatasya menoleh sekilas ke arah lelaki yang
dimaksudkan. Lelaki itu melemparkan senyuman
kepadanya. Tanpa membalas senyuman itu, Anatasya
kembali memilih bawang yang banyak di depannya.
Namun hatinya terdetik sesuatu. Kenapa dia bagai
mengenali saja lelaki berbaju biru itu?
“Aik? Macam tu aje? Mamat tu bukan main
lagi senyum kat kau. Boleh kau tayang poker face
aje?” Suara Mawaddah kedengaran tidak puas hati.
“Dah tu nak suruh aku buat apa? Sengih
sampai telinga? Bukannya aku kenal pun mamat
tu!” Tingkah Anatasya. Wajahnya mendadak masam.
Kasar tangannya memilih bawang-bawang untuk
dimasukkan ke dalam plastik.
“At least senyumlah balik!” balas Mawaddah
bersama jelingan tajam. Geram dengan sikap keras
Anatasya bila membabitkan orang lelaki.
“Tak ada masa!” Anatasya terus berpaling. Tanpa
disengajakan dia terlanggar susuk tubuh seorang lelaki
yang tiba-tiba muncul di depannya. Terlepas plastik
berisi bawang di tangannya. Bawang-bawang di
dalamnya bertaburan di atas lantai. Anatasya
terkaku tidak bergerak untuk beberapa saat.
“Sorry, abang tak sengaja. Baru ingat nak tegur
Tasya tadi tapi Tasya dah pusing dulu. Sorry…” pinta
Naqiu. Dia tunduk mengutip bawang-bawang itu dan
dimasukkan kembali ke dalam plastik.
Mawaddah yang memandang diserang tanda
tanya. Abang? Bukankah lelaki itu anak Mak Cik
Shima? Kenapa pula membahasakan dirinya abang
dengan Anatasya? Hmm… ni mesti ada sesuatu yang aku tak
tahu. Gumam hati Mawaddah cuak.
Anatasya bagaikan baru tersedar. “Err…
tak apalah! Terima kasih aje. Jom, Dah!” Tanpa
bertangguh dia terus menarik tangan Mawaddah sambil
tangan kirinya menolak troli untuk pergi dari situ.
Mata-mata yang memandang hairan tidak dipedulikan.
Apa sajalah yang dibuat lelaki itu di tempat ini. Takkan
datang membeli barang dapur jugak kut? Ah, entahentah
Mak Cik Shima yang suruh kut. Huh, tak ada kaitan
dengan aku okey!
Naqiu pantas menyaingi langkah laju Anatasya.
Dia berhenti mengejut di depan gadis itu, membuatkan
Anatasya dan Mawaddah terpaksa juga berhenti
melangkah.
“Tasya, lama tak jumpa Tasya. Tasya sihat?” tanya
Naqiu. Senyuman manis menghiasi bibirnya.
Anatasya langsung tidak memandang. “Sihat.
Tak nampak ke?” Kasar suaranya menjawab.
“Ohh… Hmm… Kalau abang ajak Tasya minumminum
dulu, nak?” Naqiu mencuba nasib walaupun tahu
peluangnya sangat tipis.
“Thanks, but no thanks!” Anatasya menarik
tangan Mawaddah untuk beredar tetapi Naqiu lebih
pantas menghalang.
“Kalau tak hari ni pun, maybe lain kali. Boleh?”
Naqiu belum mahu putus asa. Malah, dia tidak mahu
putus asa.
“Hari lain sibuk. Bila-bila masa pun sibuk. Jom
balik, Dah! Hilang mood nak beli barang!” Anatasya
terus beredar tanpa menarik tangan Mawaddah.
Trolinya tadi hanya ditinggalkan saja di situ. Terkocohkocoh
gadis itu mengikut langkahnya.
Naqiu mengeluh hampa. Terasa bahunya ditepuk
seseorang, dia menoleh.
“Kau nampak sendiri, kan? Macam mana kasarnya
kasarnya dia dengan aku…” Suara Naqiu jelas kecewa.
Azid menghela nafas. Memang dari tadi dia
memerhatikan tingkah Anatasya bersama temannya.
Apabila dia melemparkan senyuman, gadis itu hanya
tayang muka kayu. Tahulah dia betapa Anatasya sangat
anti dengan kaum lelaki.
“Sabar, Aqi. Jangan putus asa,” nasihat Azid
tanpa jemu.
Dan Naqiu terus mengeluh tanpa hujungnya.
Kalau nanti Anatasya tahu tentang pinangan yang sudah
dihantar ke rumah gadis itu, apa agaknya yang akan
berlaku? Nampaknya, dia perlu bersedia fizikal dan
mental untuk berdepan dengan kemarahan Anatasya
nanti.
MAWADDAH merenung Anatasya dengan mata mengecil.
Sabar menanti penjelasan gadis itu yang sedari tadi tidak
habis-habis tersengih.
Anatasya menghalakan pandangan ke arah
televisyen yang sedang menayangkan drama Kisah
Cinta. “Dah, cuba kau tengok Shaheizy Sam ni.
Handsome juga, kan?” Sengaja dia bertanya,
mengalih topik.
“Aku bukan cakap pasal Shaheizy Sam ke, Nazim
Othman ke, Aeril Zafril ke… Aku sekarang tengah
bercakap pasal Naqiu, anak Puan Shima!” tekan Mawaddah
dengan nada geram. Geram kerana Anatasya jelas mainmain
menjawab soalannya.
“Hmm… Nazim Othman pun handsome
jugak. Kalau Aeril Zafril…”
“Tasya!!!” Suara Mawaddah naik meninggi.
Anatasya pantas menekup telinganya. Sengihan
panjang terukir di bibirnya. “Okey, okey… Tanyalah apa kau
nak tahu.” Dia mengalah akhirnya. Tiada guna berlengahlengah.
Mawaddah pasti akan tetap menagih jawapan.
“Apa hubungan sebenar kau dengan anak Mak Cik
Shima tu?” Mawaddah mengajukan soalan dengan wajah
serius.
Anatasya tersandar di sofa. Berdiam diri
sesaat dua sebelum menjawab, “Kawan aku masa zaman
kampus.”
“Tipu!” Mawaddah enggan percaya. Lagaknya kini
ibarat seorang anggota polis menyoal siasat seorang
saspek kes bunuh.
Anatasya mengeluh. “Kawan aku. Tapi dia bukan
satu kampus dengan aku. Aku kenal dia masa aku masih
belajar.” Dia membetulkan ayat agar
lebih jelas.
“Habis tu kenapa dia bahasakan diri dia abang
dengan kau?” Mawaddah masih belum puas hati.
“Entah. Tanyalah dia.” Mudah jawapan Anatasya.
“Kau nak aku tanya dia betul-betul ke?” ugut
Mawaddah geram.
Anatasya mengangkat tangan. “Okey! Okey!” Dia
menegakkan tubuh, duduk menghadap Mawaddah. “Dia…
bekas kekasih aku! Puas hati?”
Mendengarkan itu, Mawaddah terdiam. Terkunci
mulut tanpa kata.
“Sekarang dah faham, kan? So jangan tanya apaapa
lagi. Good night!” Anatasya bangun dan berjalan laju
masuk ke biliknya. Hanya itu yang mampu diceritakan. Dia
bimbang jika dia terus bercerita, air matanya akan menitis
lagi.

No comments:

Post a Comment