Wednesday, 11 April 2018

MR & MRS LIAR - BAB 1




Apa salahku hingga kau tega tinggalkanku. Jatuh rasanya langit ini.
“INI ubat demam. Ambil sesudu, dua kali sehari selepas makan. Ini pulak ubat batuk. Ambil secamca besar jugak dua kali sehari selepas makan. Dan ini pulak ubat sapu untuk hilangkan ulser. Hanya letakkan pada bahagian yang sakit sebelum makan.”
Hani mengangguk sambil membelek label pada dua botol ubat yang dibekalkan untuk anaknya itu.
“Semua sekali tujuh puluh ringgit.”
“Terima kasih,” ucap Hani setelah selesai membuat pembayaran. Segera mendapatkan anaknya yang sedang menunggu di kerusi.
Come, sayang. Kita balik,” ajak Hani sambil menghulurkan tangan kepada Daniel. Walaupun demam, Daniel itu kelihatan bertenaga. Dia bingkas mencapai jemari
ibunya.
“Nak makan apa?” tanya Hani sebelum mereka tiba di kereta.
“Kek!”
“Tengok tu, asyik makan kek aje. Manis. Tak elok untuk gigi,” sambut Hani mesra.
“Dani tak nak makan.” Lekas Daniel menggeleng. Ulser di dalam mulutnya menyebabkan dia sukar hendak makan.
“Okeylah. Kita beli kek ya?” Hani mengalah. Itu lebih baik daripada anaknya tidak mahu makan langsung. Kebetulan berselang beberapa premis kedai terdapat cawangan Secret Recipe. Jadi bolehlah mereka singgah sekejap.
“Kek coklat banyak-banyak, mummy.” Daniel menyahut ceria setelah mendengar persetujuan ibunya.
“Kali ni aje tau. Lain kali tak boleh dah.”
“Kalau macam tu Dani nak demam selalu.”
“Tengok... ni yang mummy malas ni.”
Mummy kan selalu cakap... Allah tak suka kita malas-malas.”
Hani ketawa spontan mendengar jawapan anaknya. “Pandai kenakan mummy semula ya...” gerutu Hani sambil mencubit manja pipi anak lelakinya. Daniel ketawa kecil sambil jemari ibunya dipaut erat.
Di dalam kafe itu, Hani memilih beberapa jenis kek untuk dibawa pulang. Dia turut memesan satu hidangan untuk Daniel. Ketika melayan anaknya makan di meja, Hani terpandangkan kelibat dua orang lelaki masuk ke dalam restoran itu. Salah seorangnya cukup dikenali membuatkan riak wajahnya berubah. Bimbang benar jika lelaki itu perasan kehadirannya di situ.
 “Hani?” Salah seorang lelaki itu terus menegur setelah mendekat.
“Kamil,” balas Hani sedikit terpaku terserempak dengan lelaki itu.
Kamil tidak menjawab sebaliknya matanya terus terhala ke arah budak kecil di sebelah Hani. “You apa khabar?” tanya Kamil setelah beberapa detik dia hanya memandang anak itu.
“Baik.”
Good,” sambut Kamil berserta dengan anggukan. Kemudian dia memandang ke sisinya.
“Kenalkan... ini assistant I, Jazli.”
“Hai...” sapa Jazli dengan senyum manis kepada Hani. Hani hanya membalas dengan anggukan sapaan lelaki itu.
“You kerja di mana sekarang?” tanya Kamil.
“Di Petronas Tower.” Hani hanya menjawab serba ringkas.
I see... Cuti ke ni?” tanya Kamil lagi. Sekali lagi matanya terpandangkan anak kecil yang sedang merenung wajahnya tanpa jemu.
Half day. Anak I tak sihat. Baru balik dari klinik,” jawab Hani lantas memandang Daniel. Terpandangkan renungan anak itu, Hani segera memaut bahu anaknya agar berhenti memandang kepada Kamil.
Namun Kamil tiba-tiba menyentuh pipi Daniel. Riak wajah Hani berubah sedikit. Tidak begitu gemar dengan perbuatan lelaki itu.
“Jaz, tolong belikan kek yang selalu I beli tu,” pinta Kamil sambil menyeluk poket kemejanya. Sehelai not lima puluh diberikan kepada Jazli.
Hani mengalihkan pandangan ke arah lain. Hati semakin tidak senang. Sungguh dia tidak mahu Kamil terus berada di situ. Kamil pula terus mengambil kerusi kosong di hadapan Hani.
“Lama you menyepikan diri,” ujar Kamil lembut.
I’m busy with my life,” sambut Hani sedikit hambar. Seboleh-boleh enggan memandang wajah lelaki di hadapannya itu.
I can see that,” komen Kamil lantas kembali memandang Daniel. Tidak sangka, anak itu sudah besar kini.
“Dah kahwin?” tanya Kamil lagi. Hani hanya menggeleng. Kamil pula diam sambil merenung wanita di hadapannya itu.
How old is he now?”
Seven years old,” jawab Hani rendah. Entah kenapa hatinya pedih mendengar soalan Kamil.
What is your name?” tanya Kamil kepada anak itu.
“Daniel Darwin,” jawab anak itu lantas tersenyum.
Entah kenapa Kamil terpaku merenung wajah anak kecil itu. “Beautiful name,” sambut Kamil perlahan.
Tanpa berkelip matanya merenung tampang anak itu. Terkesan lesung pipit di pipi anak itu setiap kali dia mengukir senyum. Dia tahu Hani memiliki lesung pipit pada kedua-dua belah pipinya.
“Dah kenyang? Kita balik,” ajak Hani kepada anaknya. Daniel hanya mengangguk.
I’ve got to go,” ucap Hani kepada Kamil pula. Mahu tidak mahu Kamil mengangguk biarpun hati ingin menahan wanita itu dari terus pergi.
May I walk with you?
 What for?” balas Hani pantas. Buat sesaat dua mereka berdua pegun dan saling memandang begitu saja di tepi meja itu.
You don’t want to see me? You’re not happy seeing me?” ucap Kamil perlahan.
Seeing the man from my past standing infront of me, should I feel happy? You tak takut langsung terjumpa I kat sini? Oh... who would believe me anyway. Am I right?” Hani segera membalas.
Bicara sarat kesinisan itu lekas sahaja memercikan bara di hati Kamil. Namun langkah Jazli yang kian mendekat membuatkan bicara Hani itu tidak dapat dibalasnya.
“Okeylah. You nak balik, baliklah,” balas Kamil perlahan. Hani terus menarik tangan anaknya tanpa menjawab apa-apa.
Who’s that?” soal Jazli setelah Hani berlalu. Dari tadi dia benar-benar mahu tahu siapa perempuan cantik itu. Penampilannya cukup sopan namun tetap terserlah anggun biarpun berhijab. Tampak seperti wanita alim.
Ex-girlfriend Putra.”
Oh... I see. She is beautiful. So, is she married?”
Nope.” Kamil menjawab selamba.
So, dia janda?”
“Dia tak pernah kahwin. Anak tu anak luar nikah,” jawab Kamil membuatkan Jazli ternganga sekejap. Sungguh tidak sangka.
“Anak luar nikah?” Ulang Jazli masih dalam reaksi kaget dan tidak percaya. Kamil hanya diam sebelum dia mula mengatur langkah ke pintu kafe itu.
“Anak tu anak luar nikah Putra ke? Eh, perempuan alim macam tu pun boleh ada anak luar nikah? Teruknya!”
komen Jazli sambil mengekori bosnya itu.
Kamil ketawa kecil setelah dia menoleh kepada Jazli. Tawa yang mengundang beribu makna. “Kau rasa benda tu pelik ke?” balas Kamil tanpa menjawab dengan jelas.
Jazli sudah mula mengerti akan letak duduk cerita. Sementelah dia tahu sedikit sebanyak tentang khabar angin tentang perangai buruk lelaki bernama Putra itu. Dengan sikap kaki perempuannya, tidak hairanlah kalau ada wanita yang telah melahirkan anak luar nikah lelaki itu!
TAKLIMAT DI dalam mesyuarat itu telah berakhir. Para ahli mesyuarat bingkas bangun meninggalkan kamar mesyuarat. Namun Tania diminta menunggu seketika. Sementara menunggu Ketua Eksekutif Kewangan, CEO dan Pengarah Urusan berbincang, Tania memandang sekeliling. Perhatiannya kembali semula kepada tiga manusia itu setelah Tan Sri Falaq selaku Pengarah Urusan bangkit dari kerusinya lalu keluar.
“Tania, come closer,” panggil Puan Sri Karmila sambil melambai Tania. Tania terus bangun lalu mendekati wanita itu.
Sit,” pinta Puan Sri Karmila dengan riak wajah serius. Sekali lagi Tania hanya akur tanpa kata.
Listen... tentang tender projek pembinaan Kota Cyber tu, I nak you uruskan.”
Me?” wajah Tania berubah sedikit. Terkejut besar.
Yup.” Puan Sri Karmila mengangguk yakin.
“Kenapa saya? Kenapa tak suruh Abang Kamil?” tanya Tania agak hairan. Kamil itu anak tunggal kepada
wanita ini. Tidakkah nanti akan timbul pertelagahan antara dia dan Kamil?
“I suruh you. Ada sebabnya,” balas wanita itu serius.
“Tapi ini projek besar, Puan Sri. I tak ada pengalaman.”
“Belum apa-apa, dah bagi alasan! I nak you uruskan sampai dapat. Cara macam mana, I tak mahu tahu. Yang I tahu I nak tender tu dapat pada kita,” ujar wanita tanpa mempedulikan apa yang diucapkan Tania.
Tania menghela nafas perlahan sebelum dia mendekatkan diri ke meja. “Tak syoklah macam ni, mak long. Nanti Nia dengan Abang Kamil bergaduh,” ujar Tania rendah.
“You buat aje apa yang mak long suruh. Tentang Kamil you tak payah risau. Mak long akan selesaikan tentang dia. Dah dua tahun, syarikat Tan Sri Zanuddin yang menang tender-tender besar. Kita hanya dapat yang ciput-ciput. Ini tak boleh jadi. Mereka guna cara kotor, kita pun guna cara yang sama! Projek ni projek jangka masa panjang. Nilainya lebih seratus 100 juta. Kita tak boleh lepaskan macam tu aje. You ada empat bulan saja,” ucap Puan Sri Karmila bersungguh.
“Okeylah.” Seterusnya Tania bangkit. Puan Sri Karmila memandang gadis itu seketika.
“Nia, I nak you pastikan kita yang dapat tender tu. Bukan Tan Sri Zainuddin yang dapat. Putra, anak Tan Sri Zainuddin. Dia tu kaki betina. You dekati dia.”
“Dekati dia? Untuk apa?” balas Tania semakin tidak mengerti.
“Janganlah nerd sangat, Tania. Nak menang tender ni you kena tahu berapa yang mereka tawarkan! You perempuan. Ada rupa cantik apa gunanya? Inilah masanya you tunjukkan kemampuan diri you yang sebenar. You dapatkan tender tu. I akan naikkan you ke jawatan pengarah,” ujar wanita anggun itu sebelum dia bangkit meninggalkan Tania di situ.
Kembali ke bilik kerjanya, Tania termenung panjang. Hairan dengan tindakan emak saudaranya itu memilih dia yang menguruskan tentang itu. Apa maksud Puan Sri Karmila tadi juga dia tidak tahu. Ada bau-bau kurang senang dalam bicara wanita itu tadi. Tetapi dia takut hendak membantah.
Puan Sri Karmila bukan sekadar emak saudaranya. Tetapi wanita itulah yang membesarkan dia selama ini setelah ayahnya masuk penjara. Satu-satu emak saudaranya yang hidup kaya raya setelah berkahwin dengan anak hartawan. Tempiasnya terkena juga kepada dia.
Tan Sri Falaq, suami kepada emak saudaranya itu amat baik orangnya. Seorang lagi emak saudaranya yang masih menetap di Perak, hanya hidup sederhana sebagai orang kampung.
“Nak dapatkan maklumat tender tu macam mana ya?” ucap Tania perlahan. Dia tahu maklumat itu adalah rahsia besar yang tidak seharusnya diketahui pesaing. Mana mungkin dia berjumpa dengan lelaki bernama Putra itu dan bertanya begitu saja.
“Nak kena pikat si Putra tulah agaknya. Eeiii... tak kuasanya!” rengus Tania seorang diri.
Lelaki bernama Putra itu dia tidak begitu kenal. Dan dia yakin Putra juga tidak mengenalinya. Tetapi walaupun begitu, entah kenapa dia menyampah dengan lelaki persis itu. Asalkan kaya, kacak... mesti nak kena jadi kaki perempuan. Tipikal sungguh!
Tania bangkit dari kerusinya. Sempat mengintai ke luar sebelum pintu biliknya dirapatkan. Setelah punggungnya dilabuhkan semula ke kerusi, Tania menarik papan kekunci komputernya. Mula melayari Internet untuk mencari maklumat tentang lelaki itu.
Hmm... suka berparti sana sini. Bluwekkk!” desis Tania meluat melihat gambar Putra bersama beberapa
lelaki dan wanita di dalam sebuah kelab. Turut ada beberapa gambar Putra lepak di sebuah kafe ternama bersama teman-temannya yang begitu selamba menayang gelas bir. Ramai juga pengikut-pengikut laman sosial Putra. Rata-ratanya perempuan memberi komen menggoda tentang gambar itu sedangkan komen mereka langsung tidak dibalas oleh Putra.
Berjam-jam melayari Internet, rasanya langsung tidak memberi sebarang faedah kepada dia. Tidak tahu bagaimana caranya untuk menunaikan arahan emak saudaranya itu.
What I’m supposed to do? Aduh... peninglah,” keluh Tania sudah mula buntu. Dia tidak pandai dalam hal-hal begini. Tiba-tiba ada ketukan di muka pintu dan seseorang menjengah.
Holla, mi amor...” sapa satu suara jantan tapi ala-ala pondan.
Tania segera mengangkat pandangan. Seorang lelaki segak dengan kemeja berwarna pink dan tali leher hitam kelihatan sedang menyeringai di celahan pintu biliknya.
Busy ke?” tegur lelaki itu.
Busy sangat!” jawab Tania separuh memerli.
Mi amor, this is for you,” ucap Jazli sambil dia berjalan melenggang-lenggok berjalan ke arah meja Tania.
“You beli?”
Euuww... tak kuasa I nak habiskan duit gaji I belikan untuk you. Kamil yang belikan tadi lepas kami habis lunch,” ujar Jazli dengan lenggok ayunya.
Tania menghela nafas perlahan. Lambat-lambat dia mencapai bungkusan bertulis Secret Recipe itu. “Why bother? I tak pesan apa-apa pun,” ucap Tania seolah-olah Kamil yang berada di hadapannya kini.
He loves you,” komen Jazli.
 “Dia sepupu I, Jaz. Mati I kalau Puan Sri dengar,” ujar Tania benar-benar tidak senang. Jazli hanya mencebik sedikit.
“Ya ke you takut Puan Sri dengar? Atau you ada hati pada orang lain,” usik Jazli lantas menyeringai.
“Dia sepupu I. You tak fahamlah! Jangan gosipkan I dengan Kamil. I tak suka!”
“Tak ada hati dengan Kamillah tu namanya. Kesian Kamil,” jawab Jazli selamba. Tania menjeling lelaki di hadapannya itu. Tidak laku benarkah dia sampai perlu digosipkan dengan sepupu sendiri?
“Jaz, I nak tanya sesuatulah. You kan kaki clubbing ni semua...” Tania segera mengubah topik. Bercakap tentang hal dia dan Kamil begitu membosankan. Muak namanya asyik dikaitkan sebagai bakal isteri Kamil.
Yup. So?”
“You kenal Putra Zainuddin tak?” tanya Tania lembut.
Spontan Jazli meletakkan jemarinya di mulutnya yang terlopong kecil. Buat-buat terkejut mendengar nama itu. “Itu jantan jangan percaya, you! Tak boleh pakai. Semua perempuan dia peluk. Semua perempuan dia buat geli-geli!” komen Jazli bersungguh.
Tania tergelak mendengar bicara Jazli itu. “Mana you tahu ni? You pernah nampak ke?” balas Tania tidak serius.
“I tahulah. I selalu jumpa dia. I tahu kelab mana dia selalu pergi. Slattern House... situ tempat kesukaan dia,” balas Jazli bersungguh, seolah-olah terlalu banyak yang hendak diceritakan tentang lelaki bernama Putra itu kepada Tania.
Bawak I pergi sana, Jaz.”
“Eh, you biasa pergi kelab ke?” soal Jazli agak  
terkejut dengan permintaan itu.
“Sebab I tak biasalah I ajak you!” tegas Tania.
“Nak buat apa sibuk nak pergi clubbing ni semua? Sana tu bahaya, you. You pergi dengan I... end up you terbangun dari katil orang yang you tak kenal. You nak ke? Eee... bahaya you,” balas Jazli bersungguh. Tania terdiam tiba-tiba. Seram untuk membayangkan semua itu. Memang bahaya!
“You nak pergi jugak ke? Kalau nak... I boleh bawakkan. Tapi kena pandai jaga diri tau. I tak jamin apa-apa. Apa-apa jadi, jangan salahkan I,” ujar Jazli lagi.
“I ajak kawan I sekali,” putus Tania. Dia rasa lebih selamat jika bersama dengan Vivian, kawan akrabnya.
“Bila? Sabtu ni boleh? I pun dah lama tak ke sana,” sambut Jazli mula bersemangat.
Tania segera mengangguk. Jika dia tidak berusaha memulakan, segala-galanya tidak akan berhasil.

No comments:

Post a Comment