Wednesday, 11 April 2018

MR & MRS LIAR - PROLOG




KERETA dihentikan di hadapan rumah itu. Putra keluar lalu memandang sekeliling. Dia terpandangkan sebuah kereta yang amat dikenalinya. Memungkinkan orang yang dicarinya ada di sini. Lama lelaki itu memandang sekeliling.
“Assalamualaikum...”
Salam lelaki itu tidak bersambut. Namun dia segera terpandangkan kasut milik orang yang dicarinya ada tersusun elok di atas tangga.
Putra menggerakkan kaki ke belakang rumah. Seketika kemudian dia berdiri bercekak pinggang sambil mencari orang yang ingin ditemuinya. Sayup-sayup pandangannya, dia terlihat seorang perempuan sedang termenung sendiri di atas tebing sungai tidak jauh dari situ. Termenung.
“Nia...” ucap Putra lantas menanggalkan kaca mata hitamnya. Langkah diatur ke arah susuk itu penuh semangat. Semakin dekat dia dengan susuk itu, semakin dia yakin itu
memang Tania, isterinya yang telah menghilangkan diri.
“Nia...” panggil Putra sambil dia menuruni bukit untuk mendapatkan isterinya.
Spontan Tania menoleh. Terkejut! Putra! Tania bangkit dari duduknya serta-merta lalu berpaling menghadap lelaki itu. Buat sedetik dua mereka hanya saling bertatapan. Dia kaku di situ.
“Kenapa you buat macam ni, Nia? I cari you selama ni. Why???” tekan Putra.
Tania berpaling sambil menggeleng. Rambut yang ditiup angin segera dikirai agar tidak menutupi wajah. “Daddy you halau I. I’m so sorry.”
Why?” Putra melangkah lagi. Mahu merapati wanita itu.
“I tipu you selama ni. Apa yang daddy you beritahu tentang I, itu memang betul. I ambil kesempatan ke atas you!”
“You ingat I tak tahu tentang itu ke?” balas Putra bersungguh.
Tania memandang semula lelaki itu. Tiba-tiba lidahnya kelu menatap renungan amat dalam suaminya.
“You ingat I peduli tentang semua tu?”
Daddy you bencikan I. I ni perempuan jahat.”
“I don’t care... I don’t care, Tania. I love you!” ucap Putra lantas mencapai jemari Tania. Wanita itu ditarik ke arahnya.
I love you,” ucap Putra sekali lagi. Kali itu dalam bisikannya. Kedua-dua belah sisi wajah Tania dipegang erat. Tania terpaku dalam pada dirinya mula terbuai oleh harapan. Tidak peduli kepada sekelilingnya, bibir perempuan itu dipagut Putra agak rakus. Macamlah mereka sedang berada di Pantai Hawai!
 “Putra...” Terdesak oleh rasa segan, Tania menolak dada lelaki itu.
“Orang tengok!” desis Tania lantas memandang sekeliling.
“I nak ambil satu bilik untuk kita malam ni. I rindu,” ucap Putra lantas menyeringai miang.
Tania menghela nafas perlahan. Sayang punya pasal, dia hanya berdiam.
“Jangan risau... I pun penipu jugak,” ucap Putra lantas dia menyeringai kepada perempuan itu.
What?” Terbeliak mata Tania memandang Putra.
“Projek tu... kita sama-sama mahu, Nia. You ingat kenapa I setuju nikah dengan you macam tu saja? You ingat I percaya bila you kata you pregnant? I buat semua tu untuk dapatkan maklumat yang kita sama-sama mahu. I dah tahu semenjak awal lagi you hanya berpura-pura, Nia. I tahu apa sebabnya you dekati I.”
“Jadi, tadi you tipulah? You kata you cintakan I!” tegas Tania bengang. Tadi bukan main manis lagi. Sampai dia terbuai.
“Tadi tu I tak tipu. Itu dulu, Nia. I dah tak peduli tentang semua tu. I nak you, Nia! Please... love me too!” Putra berkata bersungguh. Tania diam merenung tampang lelaki itu. Cair mendengar bicara lelaki itu.
“Boleh kita cari bilik sekarang? I dah tak boleh tahan geram I ni. Dah dua minggu I tak dapat peluk you. Kalau bilik kat sini penuh, dalam keretalah.” Putra menyeringai lagi.
“You ni...” gerutu Tania sebal. Tak ada benda lain dalam otak si lelaki ini agaknya.
“Cepatlah...” pujuk Putra bersungguh. Bukan main lagi jemari Tania diramasnya.
Mahu tidak mahu Tania mengekori lelaki itu. Putra segera memeluk bahu perempuan itu. Sungguh hidupnya terasa kembali bermaya.
I love you. I love you so much. Never forget that... I tak akan lepaskan you, Nia. Jangan lari daripada I lagi,” ucap lelaki itu lagi lantas mengucup pelipis sang isteri.
Perlahan Tania memeluk pinggang suaminya. Bibirnya tersenyum bahagia. Hanya lelaki ini yang diinginkannya. Tiada yang lain lagi. Asyik dengan belaian perasaan. Tidak peduli biarpun masih ada cabaran di hadapan.
“PANASNYA, YANG. Hotel apa macam ni?” keluh Tania. Sudahlah penghawa dingin seperti tidak berfungsi, tingkap semua telah dimatikan oleh pemilik hotel. Langsung tidak dapat dibuka.
“Bogel ajelah. I pun suka,” ucap Putra selamba. Tania mendengus sambil menyelak selimut. Sudah tidak tahan. Lelaki itu memanglah tidak merasa apa-apa. Dia masakan hendak berbogel tanpa seurat benang?
“Tengoklah TV tu!” desis Tania lantas bangun meninggalkan katil. Segera mencapai tuala yang berlipat lalu dia ke kamar mandi. Putra hanya buat tidak dengar kepada rungutan isterinya itu. Tetapi bola matanya sempat menjilat tubuh ramping itu sebelum dibaluti tuala.
Sedang Tania di dalam kamar mandi, kedengaran ketukan di muka pintu.
“Siapa pulak mengacau ni?” keluh Putra lantas bangkit dari katil. Segera mencapai tuala lalu dibelit di pinggangnya.
“Siapa?” soal Putra setelah pintu direnggangkan
sedikit. Hati merasa tidak sedap melihat beberapa lelaki berkopiah di hadapan pintu.
“Irham Putra Zainuddin?”
“Saya. Ada apa?” tanya Putra lagi.
“Berapa orang bilik ni?”
“Dua. Isteri saya ada di dalam.”
“Buka pintu sekarang.”
“Eh, mana boleh! Ni kawasan privasi kami. Nak kena tunjuk isteri saya pada tuan-tuan ke???” bentak Putra agak meninggi.
“Kami dari Jabatan Agama...”
“Aku peduli apa jabatan agama ke tidak. Kau nak tengok bini aku kat dalam bilik ni nak buat apa?” bentak Putra. Bummm!!! Pintu dihempasnya.
Tania terpaku memandang gelagat suaminya. “Siapa tu?”
“Orang pejabat agama nak buat spot check kat sini pulak. Dia tak minta apa-apa dokumen kita pun. Terus nak suruh buka pintu. I bagi hadiah hempas pintu kat muka dia. Baru dia tahu!” bebel Putra lantas kembali ke katil.
Tania sempat memandang ke arah pintu. Tidak pula kedengaran lagi ketukan di sana. Agaknya pegawai dari jabatan agama itu sudah serik melayan kerenah suaminya. Spontan Tania ketawa pula.
“You ni memang selamba betullah,” ujar Tania lantas mendekati lelaki itu. Tubuhnya dibaringkan di sebelah suaminya.
“Kita check out nak? I tak selesa kat sini. Panaslah,” pujuk Tania lantas menyentuh bahagian atas tubuh lelaki itu.
“I dah bayar bilik ni untuk satu malam...” jawab
Putra sekadar sambil lewa.
Tania bingkas bangkit mencapai dompetnya. Dua helai not seratus dikeluarkan lalu diberikan kepada Putra. Putra menoleh kepada isterinya.
“I nak keluar dari sini malam ni jugak. I dah tak tahan duduk dalam bilik ni,” ujar Tania bersungguh.
Putra menghela nafas perlahan. “Okeylah. Simpanlah duit tu. I tak nak,” ujar Putra lantas bangkit dari tilam.
Tania tersenyum merenung lelaki itu berlalu ke kamar mandi. Sementara suaminya masih di dalam sana, Tania menghubungi emak saudaranya.
“Wan, oghang kat Teluk Batik ni.”
Ape dibuat sampei ke situ tu, Nia oi! Idok ke nak balik ghomoh?”
Awok tok balik kut malam ni. Tunang oghang ajok tido sini,” jawab Tania perlahan.
“Ikut kamu ler, Nia oi! Jangan kamu berkela lagi udoh! Mujor tak disepoknye moke kamu tu!” jawab wanita di hujung talian itu selamba. Tania ketawa kecil. Usai berbual dengan emak saudaranya, Tania bangkit dari katil. Segera menyarung seluarnya sebelum barang-barang habis dikemaskan.
Putra tampak segar setelah membersihkan diri. Lelaki itu memandang Tania sekilas. “Dah siap?”
“Dah.”
“Kita balik malam ni,” ucap Putra perlahan.
“Ha?” Tania tersentak. Putra yang sedang mengancing seluar menoleh semula kepada isterinya.
“Kita balik malam ni.” Putra bersuara hal yang sama sekali lagi.
 “Dah malam, yang. Esok aje kenapa? You baru sampai. Tak penat ke?” rungut Tania lantas mendekati suaminya itu.
“I okey. Dua minggu ni I selalu ponteng kerja. Tak masuk ofis disebabkan you. Jadi kita kena balik cepat,” ucap Putra.
“Oh... tadi tak ingat pulak nak balik cepat.”
Spontan Putra menoleh kepada isterinya. Tania mencebik sedikit.
“Okey. I tak bantah cakap you. You tak suka,” ujar Tania rendah.
“Tahu pun,” ujar lelaki itu lembut.
Come here, my lady...” Lelaki itu menarik pinggang Tania lalu didakapnya erat. Terkapai-kapai Tania tatkala tubuhnya melekap di hadapan badan lelaki itu.
“Ada masa nanti kita balik semula ke sini. I datang sini semata-mata untuk bawak you balik dengan I,” ujar Putra sedikit lunak.
“Kereta I macam mana?”
“I suruh orang ambil nanti,” ujar Putra lantas bibirnya dilekapkan ke pipi Tania sekali dua.
Daddy you?” tanya Tania lagi.
“Biarkan dia. You isteri I. Dengar cakap I. Bukan cakap dia,” balas Putra lantas melepaskan tubuh wanita itu.
Tania memandang Putra yang berlalu ke arah hujung katil. Lelaki itu mengambil baju T yang sudah disediakan untuk dipakai. Memikirkan ayah mentuanya itu, dia jadi risau pula. Dia tahu lelaki itu semenjak awal mengesyaki dia tidak jujur kepada Putra.
“You tahu kan... I betul-betul sayangkan you,” ujar Tania tiba-tiba.
 “I tahu, sayang.” Putra menoleh sekilas dan senyum.
“Jangan ceraikan I,” ucap Tania lagi lantas menerpa ke arah Putra. Pinggang lelaki itu dipeluknya dari belakang.
“I tak akan buat macam tu, Nia. Jangan merepek,” balas Putra bersungguh. Pelukan Tania segera dilepaskan.
“Jom?” ajak Putra lantas berpaling kepada isterinya. Begnya segera diangkat dari atas katil. Namun ketika dia meraba poket belakangnya, kosong! Sedangkan seingatnya dompetnya tidak pernah dikeluarkan dari poketnya semenjak tadi. Pantas Putra memandang ke arah Tania yang masih berdiri di tempat yang sama.
Tania ketawa kecil sambil menayang dompet lelaki itu.
“Tangan tu kalau tak panjang, memang tak sah!” rengus Putra lantas kembali semula untuk mendapatkan dompetnya.
“Janganlah marah. I saja usik you.”
“Nasiblah pencopet yang ni cantik. Kalau tidak...” desis Putra lantas mencapai dompetnya semula. Dia terlupa Tania memang cukup pandai mencopet barang peribadi orang dengan cara mengalihkan perhatian begitu.
Jam 10 malam itu, mereka sudah memulakan perjalanan ke Kuala Lumpur setelah singgah di rumah Wan Basyariah. Tania meninggalkan keretanya di rumah emak saudaranya. Perjalanan dari Lumut ke Kuala Lumpur bakal mengambil masa empat atau lima jam.
“Betul ke orang kata jalan ni berhantu?” tanya Putra tiba-tiba. Ketika itu mereka sedang melalui jalan kampung yang agak sunyi.
“You ni...” ucap Tania meninggi tiba-tiba.
“Apa? I tanya...” ujar Putra lantas menoleh kepada Tania. Mahu tergelak melihat riak wajah tidak senang di
wajah isterinya.
“Masa macam nilah sibuk nak tanya,” rungut Tania perlahan.
“Oh... tak boleh tanya sekarang. Hantu tu tak suka I tanya tentang dia atau you yang takut?” ujar Putra lantas ketawa kecil.
“You jangan cakap besar, Putra. Hantu suka dengan orang yang suka cakap besar.”
“Mana ada I cakap besar. I cuma tanya, Nia.”
Tania menjeling. Mulalah risau semacam apabila Putra menghidupkan hal itu. Dia pun biasa mendengar cakap orang yang jalan ini berpenunggu. Sering mengakibatkan kemalangan maut.
“Jangan tidur. Temankan I,” ucap Putra lantas mencapai jemari Tania. Tania sekadar mengangguk. Nafas dihela dalam. Gemar dengan pewangi yang dikenakan lelaki itu. Baunya memikat.
“Kalau I tanya sesuatu, boleh tak?” soal Tania.
“Apa?”
“Macam mana you tahu yang I tipu you selama ni?”
Putra menoleh kepada isterinya seketika. Entah kenapa bibirnya tersenyum sendiri. Mula mengimbau detik bagaimana semuanya bermula.

No comments:

Post a Comment