SEMENTARA itu, Hana sudah berada di dalam
bilik
Wafiq. Sebaik sahaja dia membuka pintu, dilihatnya
Wafiq
sedang tidur mengiring ke arah tingkap. Wafiq
berselimut
dari kaki hingga ke leher. Hanya rambut sahaja
yang
kelihatan dari belakang. Haidar pula tidak kelihatan.
“Tuan.
Ini bubur nasinya.” Dia bercakap. Bimbang
pula
kalau Wafiq tidak sedar akan bubur yang diletakkan di
situ.
Tetapi Wafiq langsung tidak berkutik. Lelaki itu tetap
mengiring
ke arah tingkap tanpa sebarang bunyi. Berdengkur
juga
tidak.
“Tuan...
saya tinggalkan bubur tuan di sini ya,”
ulangnya
lagi bercampur takut. Selalunya dia hanya masuk
ke
bilik itu sekiranya ditemani Zuwaidah. Itu pun untuk
kerja-kerja
pembersihan. Dia dan Lucy sememangnya tidak
dibenarkan
terlalu bebas keluar masuk di mana-mana bilik
tidur.
Sekali
lagi kata-katanya tidak bersambut. Dalam
keadaan
serba salah, dia menyentuh sedikit bahu Wafiq.
“Tuan...” katanya terketar-ketar. Sejujurnya
dia takut
Wafiq
melenting.
Bahu
Wafiq tersentak lalu dia menoleh ke belakang
tetapi
sebaik sahaja Hana melihatnya, Hana terus terjerit dan
terduduk
di atas lantai. Sekujur tubuhnya menggigil kuat.
“Hana?”
tegur Wafiq yang baru keluar dari bilik air.
Dia
terkejut apabila terdengar suara perempuan menjerit di
dalam
biliknya. Kemudian dilihatnya Hana sedang terduduk
di
atas lantai dengan mata yang buntang.
“Kenapa?”
Hana
toleh ke arah Wafiq yang masih bertuala.
Kemudian
menoleh pula ke atas katil yang kini kosong.
Selimut
yang menyelimuti Wafiq tadi juga elok berlipat
kemas.
Dia terpinga-pinga kerana tadi dia melihat bukan
Wafiq
yang tidur di situ tetapi Tuan Badruz.
Melihatkan
keadaan Hana yang pucat lesi, Wafiq
segera
mengagak sesuatu.
“Tak
apalah. Awak keluar dulu,” katanya tanpa mahu
tahu
apa yang telah berlaku.
Hana
kelam-kabut bangun meninggalkan bilik.
Sewaktu
tiba di tangga, dia ditegur Haidar yang baru keluar
dari
bilik bacaan.
Sekali
lagi dia terjerit dan lari selaju-lajunya turun
ke
bawah dengan peluh yang merecik-recik.
SETIBANYA DI bawah,
Hana terus mencari Lucy di bilik
basuh.
Kepada Lucy diceritakan apa yang dilihatnya tadi.
Mereka
berdua ketakutan.
“Semua
kerja dah siap?” tegur Zuwaidah yang baru
pulang
dari rumah Pak Arip. Dalam sehari, pelbagai cerita
yang
didengar sehinggakan dia sendiri sudah rasa cuak untuk
masuk
ke rumah ini. Semena-mena Hana dan Lucy pula
meromok
berdua di dalam bilik basuh. Pening kepalanya
bertambah.
Hana
dan Lucy terkebil-kebil.
“Puan,
tadi Hana...” Lucy membuka mulut.
“Kamu
dah hantar bubur pada tuan? Tuan dah
bangun?”
Zuwaidah terus teringatkan hal itu.
Hana
mengangguk laju.
“Yang
duduk berhimpit-himpit di dalam bilik basuh
ni
kenapa pula?” Zuwaidah hempas nafas.
“Tadi
Hana... Kamulah cerita...” Lucy menoleh ke
arah
Hana.
Dahi
Zuwaidah berkerut.
“Cerita
apa? Cepatlah. Sekejap lagi nak masak pula,”
gesa
Zuwaidah.
Mahu
tidak mahu, Hana menceritakan hal yang
berlaku
di bilik Wafiq. Zuwaidah terdiam lama mendengarnya.
Nampaknya
hal ini semakin menjadi-jadi. Gangguan di
mana-mana
dan pada bila-bila masa.
“Kalau
macam tu, jangan ke mana-mana seorang.
Sentiasa
buat kerja berdua.” Itu sahaja nasihat yang dapat
diberikan
Zuwaidah. Dia tahu dia tidak mampu menghalang
hal-hal
seumpama ini daripada berlaku dan dia yakin
gangguan
akan terus berlaku sekiranya tiada tindakan yang
diambil.
HAMID TIBA semula
di rumah besar ini hampir pukul 4
petang.
Sampai sahaja, dia terus mencari Zuwaidah.
“Wafiq
macam mana?”
“Dah
baik sikit. Dah makan ubat. Dah makan bubur
tapi
tak banyak.” Zuwaidah terus melaporkan satu per satu.
Melihat
wajah Hamid, terasa ringan sedikit beban di bahunya.
Lega
sedikit perasaan yang ditanggung.
“Saya
nak tengok dia dulu.” Hamid terus beredar.
Daripada
air muka Zuwaidah, dia tahu ada sesuatu yang
sedang
berlaku di rumah ini. Dia risau kalau tidak melihat
dengan
mata sendiri.
“Tuan
Haidar ada bersama Tuan Wafiq.” Zuwaidah
memaklumkan
sebelum Hamid beredar jauh.
Hamid
angguk faham. Dia sudah tahu daripada
pengawal
yang bertugas malam tadi. Dia gembira dengan
kedatangan
Haidar. Sedikit sebanyak Haidar boleh menemani
Wafiq
dalam tempoh yang kritikal begini. Tidaklah Wafiq
kesunyian.
“Nanti
saya nak bercakap dengan awak,” katanya
sebelum
naik ke tingkat 2 mencari Wafiq.
Zuwaidah
angguk patuh.
“MY
YOUNG man... what happened?” Hamid terus bertanya
sebaik
sahaja terlihat wajah Wafiq di atas katil. Haidar pula
sedang
duduk di sofa, membaca majalah.
Wafiq
tersenyum pahit. Meskipun suhu badannya
sudah
turun berbanding pagi tadi, namun dia tahu demamnya
masih
belum kebah. Masih terasa sakit di sini sana dan pening
kepala
yang belum hilang. Nafas yang dihembus juga masih
panas.
“Orang
takut makan ubat, memang macam itu, pak
cik.”
Haidar bangun menghulur salam kepada Hamid.
Huluran
salam itu disambut Hamid sebelum duduk
di
birai katil di hujung kaki Wafiq. Kaki Wafiq yang masih
berselimut
disentuh. Masih berbahang hingga ke luar selimut.
“Kalau
sakit kenalah makan ubat. Itu ikhtiar. Tuhan
suka
hamba-hamba-Nya yang berusaha.” Hamid hela nafas
berat.
Dia cukup kenal sikap Wafiq sejak kecil.
Wafiq
bergumam.
“Ayah
kamu dah tak ada. Mulai sekarang kamu mesti
jaga
diri kamu sendiri. Usia pak cik pun tak jauh beza dengan
ayah
kamu. Mungkin esok lusa, giliran pak cik pula pergi.
Siapa
nak tengok-tengokkan kamu?”
“Jangan
cakap macam tu, pak cik.” Haidar tersengih
memujuk.
Wafiq
tersenyum nipis. Nasihat Hamid meresap ke
dalam
hati. Dia tahu dia tidak boleh mengharapkan sesiapa
lagi
untuk menjaga dirinya. Semua orang ada kesibukan
masing-masing;
ada tanggungjawab lain.
“Sikit
saja ni. Esok lusa baiklah.” Dia membalas.
Dia
tidak mahu sesiapa pun risau tentang dirinya. Dia sudah
besar.
Dia boleh berdikari.
“Demam
rindu kut?” Haidar tersengih.
Wafiq
tidak membalas. Kepala masih berdenyut tetapi
dalam
keadaan begini, dia semakin merindui ayahnya. Kalau
dulu,
setiap kali dia sakit ayahnya akan tidur menemaninya.
“Kalau
esok tak banyak berubah, kita panggil Uncle
Bashir
semula, okey?” Hamid meminta persetujuan Wafiq
tetapi
dia harap Wafiq cepat pulih. Masih banyak hal-hal yang
perlu
diuruskan.
“Okey.” Wafiq tidak membantah.
“Pak
cik masuk bilik dulu. Nak solat asar.” Hamid
minta
diri setelah berpuas hati dengan keadaan Wafiq. Dia
juga
mahu mandi dan bertukar pakaian sebelum bercakap
dengan
Zuwaidah pula.
“FIQ,” PANGGIL Haidar
selepas Hamid meninggalkan bilik
itu.
Wafiq
yang sedang membelek telefon di tangan
hanya
mengangguk tanpa memandang. Setelah 3 bulan tidak
memegang
telefon bimbit, dia kekok. Seolah-olah terlalu
banyak
perkara yang perlu ditapis dari pandangan mata.
“Aku
nak tanya ni,” sambung Haidar.
“Tanyalah.”
Wafiq masih tidak menoleh ke arah
Haidar.
Matanya leka menatap status-status di halaman
Facebook.
Ternyata dalam masa 3 bulan, terlalu banyak
perkara
yang berlaku dalam kalangan kawan-kawannya.
Ada
yang sudah berkahwin, ada juga yang sudah meninggal.
Pesanan
di aplikasi WhatApps dan telegram sudah mencecah
ribuan
angka.
“Kenapa
kau tidur kat lantai pagi tadi?” Haidar terus
pada
perkara pokok. Sejak menjumpai Wafiq terlentang di
atas
lantai, hatinya rasa terkilan.
Pertanyaan
Haidar membuatkan Wafiq tergamam
seketika.
Dia tutup telefon lalu mencampakkannya ke tepi.
Dia
termenung teringatkan kejadian malam tadi. Hatinya
perlahan-lahan
menjadi sayu.
“Kau
pengsan ke?” Haidar masih berteka-teki.
Wafiq
menafikan tetapi tetap enggan menceritakan
*** AKAN BERADA DIPASARAN UNTUK KELUARAN JUN 2018**
*** AKAN BERADA DIPASARAN UNTUK KELUARAN JUN 2018**
No comments:
Post a Comment