KERETA dihentikan di hadapan rumah itu. Putra keluar lalu memandang
sekeliling. Dia terpandangkan sebuah kereta yang amat dikenalinya. Memungkinkan
orang yang dicarinya ada di sini. Lama lelaki itu memandang sekeliling.
“Assalamualaikum...”
Salam lelaki itu tidak bersambut. Namun dia
segera terpandangkan kasut milik orang yang dicarinya ada tersusun elok di atas
tangga.
Putra menggerakkan kaki ke belakang rumah.
Seketika kemudian dia berdiri bercekak pinggang sambil mencari orang yang ingin
ditemuinya. Sayup-sayup pandangannya, dia terlihat seorang perempuan sedang
termenung sendiri di atas tebing sungai tidak jauh dari situ. Termenung.
“Nia...” ucap Putra lantas menanggalkan kaca
mata hitamnya. Langkah diatur ke arah susuk itu penuh semangat. Semakin dekat
dia dengan susuk itu, semakin dia yakin itu
memang Tania, isterinya yang telah
menghilangkan diri.
“Nia...” panggil Putra sambil dia menuruni
bukit untuk mendapatkan isterinya.
Spontan Tania menoleh. Terkejut! Putra! Tania
bangkit dari duduknya serta-merta lalu berpaling menghadap lelaki itu. Buat
sedetik dua mereka hanya saling bertatapan. Dia kaku di situ.
“Kenapa you buat macam ni, Nia? I cari you
selama ni. Why???” tekan Putra.
Tania berpaling sambil menggeleng. Rambut yang
ditiup angin segera dikirai agar tidak menutupi wajah. “Daddy you halau
I. I’m so sorry.”
“Why?” Putra melangkah lagi. Mahu
merapati wanita itu.
“I tipu you selama ni. Apa yang daddy you
beritahu tentang I, itu memang betul. I ambil kesempatan ke atas you!”
“You ingat I tak tahu tentang itu ke?” balas
Putra bersungguh.
Tania memandang semula lelaki itu. Tiba-tiba
lidahnya kelu menatap renungan amat dalam suaminya.
“You ingat I peduli tentang semua tu?”
“Daddy you bencikan I. I ni perempuan
jahat.”
“I don’t care... I don’t care, Tania. I love you!” ucap Putra lantas
mencapai jemari Tania. Wanita itu ditarik ke arahnya.
“I love you,” ucap Putra sekali lagi.
Kali itu dalam bisikannya. Kedua-dua belah sisi wajah Tania dipegang erat.
Tania terpaku dalam pada dirinya mula terbuai oleh harapan. Tidak peduli kepada
sekelilingnya, bibir perempuan itu dipagut Putra agak rakus. Macamlah mereka
sedang berada di Pantai Hawai!
“Putra...”
Terdesak oleh rasa segan, Tania menolak dada lelaki itu.
“Orang tengok!” desis Tania lantas memandang
sekeliling.
“I nak ambil satu bilik untuk kita malam ni. I
rindu,” ucap Putra lantas menyeringai miang.
Tania menghela nafas perlahan. Sayang punya
pasal, dia hanya berdiam.
“Jangan risau... I pun penipu jugak,”
ucap Putra lantas dia menyeringai kepada perempuan itu.
“What?” Terbeliak mata Tania memandang
Putra.
“Projek tu... kita sama-sama mahu, Nia. You
ingat kenapa I setuju nikah dengan you macam tu saja? You ingat I percaya bila
you kata you pregnant? I buat semua tu untuk dapatkan maklumat yang kita
sama-sama mahu. I dah tahu semenjak awal lagi you hanya berpura-pura, Nia. I
tahu apa sebabnya you dekati I.”
“Jadi, tadi you tipulah? You kata you cintakan
I!” tegas Tania bengang. Tadi bukan main manis lagi. Sampai dia terbuai.
“Tadi tu I tak tipu. Itu dulu, Nia. I dah tak
peduli tentang semua tu. I nak you, Nia! Please... love me too!” Putra
berkata bersungguh. Tania diam merenung tampang lelaki itu. Cair mendengar
bicara lelaki itu.
“Boleh kita cari bilik sekarang? I dah tak
boleh tahan geram I ni. Dah dua minggu I tak dapat peluk you. Kalau bilik kat
sini penuh, dalam keretalah.” Putra menyeringai lagi.
“You ni...” gerutu Tania sebal. Tak ada benda
lain dalam otak si lelaki ini agaknya.
“Cepatlah...” pujuk Putra bersungguh. Bukan
main lagi jemari Tania diramasnya.
Mahu tidak mahu Tania mengekori lelaki itu.
Putra segera memeluk bahu perempuan itu. Sungguh hidupnya terasa kembali
bermaya.
“I love you. I love you so much. Never
forget that... I tak akan lepaskan you, Nia. Jangan lari daripada I lagi,”
ucap lelaki itu lagi lantas mengucup pelipis sang isteri.
Perlahan Tania memeluk pinggang suaminya.
Bibirnya tersenyum bahagia. Hanya lelaki ini yang diinginkannya. Tiada yang
lain lagi. Asyik dengan belaian perasaan. Tidak peduli biarpun masih ada
cabaran di hadapan.
“PANASNYA, YANG. Hotel apa macam ni?” keluh Tania. Sudahlah penghawa dingin seperti
tidak berfungsi, tingkap semua telah dimatikan oleh pemilik hotel. Langsung
tidak dapat dibuka.
“Bogel ajelah. I pun suka,” ucap Putra
selamba. Tania mendengus sambil menyelak selimut. Sudah tidak tahan. Lelaki itu
memanglah tidak merasa apa-apa. Dia masakan hendak berbogel tanpa seurat
benang?
“Tengoklah TV tu!” desis Tania lantas bangun
meninggalkan katil. Segera mencapai tuala yang berlipat lalu dia ke kamar
mandi. Putra hanya buat tidak dengar kepada rungutan isterinya itu. Tetapi bola
matanya sempat menjilat tubuh ramping itu sebelum dibaluti tuala.
Sedang Tania di dalam kamar mandi, kedengaran
ketukan di muka pintu.
“Siapa pulak mengacau ni?” keluh Putra
lantas bangkit dari katil. Segera mencapai tuala lalu dibelit di pinggangnya.
“Siapa?” soal Putra setelah pintu
direnggangkan
sedikit. Hati merasa tidak sedap melihat
beberapa lelaki berkopiah di hadapan pintu.
“Irham Putra Zainuddin?”
“Saya. Ada apa?” tanya Putra lagi.
“Berapa orang bilik ni?”
“Dua. Isteri saya ada di dalam.”
“Buka pintu sekarang.”
“Eh, mana boleh! Ni kawasan privasi kami. Nak
kena tunjuk isteri saya pada tuan-tuan ke???” bentak Putra agak meninggi.
“Kami dari Jabatan Agama...”
“Aku peduli apa jabatan agama ke tidak. Kau
nak tengok bini aku kat dalam bilik ni nak buat apa?” bentak Putra. Bummm!!!
Pintu dihempasnya.
Tania terpaku memandang gelagat suaminya.
“Siapa tu?”
“Orang pejabat agama nak buat spot check kat
sini pulak. Dia tak minta apa-apa dokumen kita pun. Terus nak suruh buka
pintu. I bagi hadiah hempas pintu kat muka dia. Baru dia tahu!” bebel Putra
lantas kembali ke katil.
Tania sempat memandang ke arah pintu. Tidak
pula kedengaran lagi ketukan di sana. Agaknya pegawai dari jabatan agama itu
sudah serik melayan kerenah suaminya. Spontan Tania ketawa pula.
“You ni memang selamba betullah,” ujar Tania
lantas mendekati lelaki itu. Tubuhnya dibaringkan di sebelah suaminya.
“Kita check out nak? I tak selesa kat
sini. Panaslah,” pujuk Tania lantas menyentuh bahagian atas tubuh lelaki itu.
“I dah bayar bilik ni untuk satu malam...”
jawab
Putra sekadar sambil lewa.
Tania bingkas bangkit mencapai dompetnya. Dua
helai not seratus dikeluarkan lalu diberikan kepada Putra. Putra menoleh kepada
isterinya.
“I nak keluar dari sini malam ni jugak. I
dah tak tahan duduk dalam bilik ni,” ujar Tania bersungguh.
Putra menghela nafas perlahan. “Okeylah.
Simpanlah duit tu. I tak nak,” ujar Putra lantas bangkit dari tilam.
Tania tersenyum merenung lelaki itu berlalu ke
kamar mandi. Sementara suaminya masih di dalam sana, Tania menghubungi emak
saudaranya.
“Wan, oghang kat Teluk Batik ni.”
“Ape dibuat sampei ke situ tu,
Nia oi! Idok ke nak balik ghomoh?”
“Awok tok balik kut malam ni.
Tunang oghang ajok tido sini,” jawab Tania perlahan.
“Ikut kamu ler, Nia oi! Jangan
kamu berkela lagi udoh! Mujor tak disepoknye moke kamu
tu!” jawab wanita di hujung talian itu selamba. Tania ketawa kecil. Usai
berbual dengan emak saudaranya, Tania bangkit dari katil. Segera menyarung
seluarnya sebelum barang-barang habis dikemaskan.
Putra tampak segar setelah membersihkan diri.
Lelaki itu memandang Tania sekilas. “Dah siap?”
“Dah.”
“Kita balik malam ni,” ucap Putra perlahan.
“Ha?” Tania tersentak. Putra yang sedang
mengancing seluar menoleh semula kepada isterinya.
“Kita balik malam ni.” Putra bersuara hal yang
sama sekali lagi.
“Dah
malam, yang. Esok aje kenapa? You baru sampai. Tak penat ke?” rungut Tania
lantas mendekati suaminya itu.
“I okey. Dua minggu ni I selalu ponteng kerja.
Tak masuk ofis disebabkan you. Jadi kita kena balik cepat,” ucap Putra.
“Oh... tadi tak ingat pulak nak balik
cepat.”
Spontan Putra menoleh kepada isterinya. Tania
mencebik sedikit.
“Okey. I tak bantah cakap you. You tak suka,”
ujar Tania rendah.
“Tahu pun,” ujar lelaki itu lembut.
“Come here, my lady...” Lelaki itu
menarik pinggang Tania lalu didakapnya erat. Terkapai-kapai Tania tatkala
tubuhnya melekap di hadapan badan lelaki itu.
“Ada masa nanti kita balik semula ke sini. I
datang sini semata-mata untuk bawak you balik dengan I,” ujar Putra
sedikit lunak.
“Kereta I macam mana?”
“I suruh orang ambil nanti,” ujar Putra lantas
bibirnya dilekapkan ke pipi Tania sekali dua.
“Daddy you?” tanya Tania lagi.
“Biarkan dia. You isteri I. Dengar cakap I.
Bukan cakap dia,” balas Putra lantas melepaskan tubuh wanita itu.
Tania memandang Putra yang berlalu ke arah
hujung katil. Lelaki itu mengambil baju T yang sudah disediakan untuk dipakai.
Memikirkan ayah mentuanya itu, dia jadi risau pula. Dia tahu lelaki itu
semenjak awal mengesyaki dia tidak jujur kepada Putra.
“You tahu kan... I betul-betul sayangkan you,”
ujar Tania tiba-tiba.
“I
tahu, sayang.” Putra menoleh sekilas dan senyum.
“Jangan ceraikan I,” ucap Tania lagi lantas
menerpa ke arah Putra. Pinggang lelaki itu dipeluknya dari belakang.
“I tak akan buat macam tu, Nia. Jangan
merepek,” balas Putra bersungguh. Pelukan Tania segera dilepaskan.
“Jom?” ajak Putra lantas berpaling kepada
isterinya. Begnya segera diangkat dari atas katil. Namun ketika dia meraba
poket belakangnya, kosong! Sedangkan seingatnya dompetnya tidak pernah
dikeluarkan dari poketnya semenjak tadi. Pantas Putra memandang ke arah Tania
yang masih berdiri di tempat yang sama.
Tania ketawa kecil sambil menayang dompet
lelaki itu.
“Tangan tu kalau tak panjang, memang tak sah!”
rengus Putra lantas kembali semula untuk mendapatkan dompetnya.
“Janganlah marah. I saja usik you.”
“Nasiblah pencopet yang ni cantik. Kalau
tidak...” desis Putra lantas mencapai dompetnya semula. Dia terlupa Tania
memang cukup pandai mencopet barang peribadi orang dengan cara mengalihkan
perhatian begitu.
Jam 10 malam itu, mereka sudah memulakan
perjalanan ke Kuala Lumpur setelah singgah di rumah Wan Basyariah. Tania
meninggalkan keretanya di rumah emak saudaranya. Perjalanan dari Lumut ke Kuala
Lumpur bakal mengambil masa empat atau lima jam.
“Betul ke orang kata jalan ni berhantu?” tanya
Putra tiba-tiba. Ketika itu mereka sedang melalui jalan kampung yang agak
sunyi.
“You ni...” ucap Tania meninggi tiba-tiba.
“Apa? I tanya...” ujar Putra lantas menoleh
kepada Tania. Mahu tergelak melihat riak wajah tidak senang di
wajah isterinya.
“Masa macam nilah sibuk nak tanya,” rungut
Tania perlahan.
“Oh... tak boleh tanya sekarang. Hantu tu tak
suka I tanya tentang dia atau you yang takut?” ujar Putra lantas ketawa kecil.
“You jangan cakap besar, Putra. Hantu suka
dengan orang yang suka cakap besar.”
“Mana ada I cakap besar. I cuma tanya, Nia.”
Tania menjeling. Mulalah risau semacam apabila
Putra menghidupkan hal itu. Dia pun biasa mendengar cakap orang yang jalan ini
berpenunggu. Sering mengakibatkan kemalangan maut.
“Jangan tidur. Temankan I,” ucap Putra lantas
mencapai jemari Tania. Tania sekadar mengangguk. Nafas dihela dalam. Gemar
dengan pewangi yang dikenakan lelaki itu. Baunya memikat.
“Kalau I tanya sesuatu, boleh tak?” soal
Tania.
“Apa?”
“Macam mana you tahu yang I tipu you selama
ni?”
Putra menoleh kepada isterinya seketika. Entah kenapa bibirnya
tersenyum sendiri. Mula mengimbau detik bagaimana semuanya bermula.
No comments:
Post a Comment