DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Wednesday, 11 April 2018

KEMBALIKAN MERAH CINTAKU - BAB 4

SUASANA bising dalam banglo tiga tingkat itu benar-benar mengganggu Haydar. Jika tidak kerana ajakan Najib melepak di situ, pasti dia tidak mahu mensia-siakan masa di situ. Tapi memikirkan yang kawannya kata dia juga perlukan hiburan, dia turutkan saja.
“Parti apa ni?” soal Haydar yang kehairanan. Nak kata parti hari jadi, kenapa berlainan sangat teruja rakan-rakan yang lain? Sewaktu Najib mengajak tadi, dia sangka parti-parti biasa saja tapi bila dah sampai, terkejut juga dia melihat ada bir yang terhidang atas meja.
Bachelor party,” jawab Najib bersahaja. Wajah Haydar dipandang dalam senyum. Dia tahu lelaki itu terkejut dengan jawapannya. Lelaki suci seperti Haydar mana suka parti-parti begitu. Memang sengaja dia tidak cerita betul-betul masa mengajak lelaki itu keluar tadi. Kalau cerita, dia pasti sangat Haydar akan menolak.
Seriously?” Haydar tak percaya.
 “Dar, sekali-sekala orang macam kau pun perlukan hiburan tau. Bukan kerja 24 jam.” Najib ketawa kuat.
“Aku nak balik.” Haydar terus bangkit. Kalau setakat parti bujang, dia masih boleh terima lagi tapi kalau dah ada arak atas meja, dia tak mahu tumpang sekaki. Sekali dengan dia pun ikut berdosa sebab bersubahat.
“Relaks dulu bro, tunggu acara kemuncak. Intro pun belum lagi, kau dah nak cabut.” Najib tarik tangan Haydar yang sudah hendak berdiri.
“Jib, kau tengok sana tu, penuh dengan bir. Aku tak nak subahat Jib. Dosa sendiri pun dah banyak, nak tambah dengan dosa subahat lagi. Tak nak aku.” Haydar bangkit juga namun belum sempat dia melangkah, pintu utama banglo itu terbuka dari luar. Terus semua mata tertumpu ke situ. Seorang lelaki dan dua orang perempuan seksi berjalan masuk.
“Jemput masuk.” Lelaki yang mengiringi kedua-dua perempuan itu mengunjurkan tangannya, menjemput kedua-dua ‘bunga’ di kalangan kumbang itu masuk. Tersenyum-senyum kedua gadis seksi itu.
“Itu bintang dah sampai, kau jangan balik dulu Dar. Aku tahulah kau alim tapi tak boleh ke sekali ni aje kau langgar pantang kau tu sekejap. Enjoy apa yang terhidang depan mata, esok-esok kau taubatlah.” Kata-kata Najib menyebabkan Haydar hanya menjeling tajam. Rasa hendak diluku saja kepala kawan sekerjanya itu yang langsung tidak rasa bersalah tatkala menuturkan kata-kata itu. Dibuatnya tiba-tiba dia keras kejung dalam banglo tu, sempat ke nak bertaubat esok-esok?
Hati Haydar mendesak supaya dia angkat kaki namun punggungnya kembali melekat di sofa. Tidak dapat tidak, mata lelakinya gatal juga meneroka wajah dan tubuh perempuan seksi yang baru masuk tadi. Sedar-sedar saja
lagu yang membingit sudah dimatikan manakala lelaki tadi sudah berucap sepatah dua kata. Memperkenalkan dirinya sebagai wakil bakal pengantin lelaki yang menganjurkan parti tersebut, yang juga merupakan pemilik rumah banglo tiga tingkat itu.
Usai ucapan lelaki itu, para lelaki bersorak-sorak sambil menepuk tangan.
“Malam ni kita ada tetamu istimewa khas untuk bachelor kita yang akan menamatkan zaman bujangnya.” Tersenyum lelaki itu berkata sambil mata tunak memandang ke arah dua orang wanita yang ada di hadapannya. Peliknya, seorang daripada perempuan itu nampak seperti kurang selesa saja gayanya.
Call girls ni kita jemput khas untuk entertain bachelor boy kita.” Lanjut lelaki itu sambil ketawa, manakala yang lain-lainnya bersorak dan sambung bertepuk tangan termasuk Najib. Hanya Haydar saja yang nampak janggal dengan semua yang sedang berlaku. Arak? Call girls? Apakah semuanya ni? Sah ini parti bujang liar yang bertujuan untuk menggalakkan maksiat, sesuatu yang dia cuba jauhi sebaik mungkin.
Haydar ingin bangun dan keluar tetapi waktu itu semua orang sedang mengerumuni si bujang yang dirai untuk memotong kek. Dia rasa dia takkan lepas ke arah pintu sementelah kek itu diletakkan di meja tepi sebelah pintu utama. Kalau dia keluar pasti tumpuan akan beralih kepadanya pula.
Hesy, tak boleh jadi! dengusnya dalam hati.
Hendak tak hendak Haydar terpaksa bersabar sehingga masanya sesuai untuk dia cabut. Pedulikan Najib yang nampaknya seperti orang dah lupa diri. Habis upacara potong kek, lagu dimainkan semula dan masing-masing pergi ke arah meja yang terhidang pelbagai jenis makanan lalu
membuat pilihan dan duduk. Ada juga yang tanpa segan silu mengambil tin bir lalu dibawa ke ruang sofa. Dilihatnya dua orang perempuan tadi sibuk melayan bachelor boy bercakap-cakap. Seorang daripadanya memeluk erat pinggang lelaki bujang itu sambil ketawa manja.
Haydar hanya gelengkan kepala. Beginikah nilai seorang perempuan di mata lelaki? Murah dan tidak bermaruah.
“Kau nak apa-apa?” Teguran Najib membuatkan lamunan Haydar terhenti. Dia pantas berpaling ke arah Najib yang sedang memegang sepotong piza dan setin Coke di tangan.
Haydar geleng.
“Aku nak balik.”
“Relakslah, kita tengok girls tu menari dulu.” Najib juihkan bibir ke arah perempuan tadi namun Haydar langsung tidak palingkan wajah. Begini rupanya sikap Najib. Selama ini dia tidak tahu Najib seperti itu. Tahu yang lelaki itu memang ramai girlfriends tapi bahagian yang Najib ambil port tentang parti-parti bujang ni dia memang tak tahu menahu.
“Tu, kau tengok yang pakai dress merah tu.”
Haydar pandang ke arah yang dimaksudkan Najib.
“Itulah bakal adik ipar kau, anak Dato’ Hasni.” Kata Najib bersahaja. Lelaki-lelaki sepertinya kenal sangat dengan Ava. Ava seperti Paris Hilton, terkenal dengan sikap liarnya. Macam burung merpati pun ya juga, nampak jinak tapi sukar nak tangkap.
Haydar pandang ke arah anak gadis Dato’ Hasni yang diberi gelaran minah belen. Kekasih adiknya. Dilihat dari penampilan, memang tidak hairanlah perempuan itu mendapat gelaran sebegitu. Diperhati wajah perempuan itu lama. Tidak berkulit cerah, namun wajahnya sekali imbas
kelihatan seperti pelakon Hollywood, Halle Berry. Memang cantik.
“Kita tengok habis dulu, baru blah.”
“Kau nak tengok, kau tengok. Aku banyak lagi kerja lain nak buat. Aku balik dulu.” Tanpa endahkan reaksi Najib, Haydar terus angkat punggung. Dia kemudiannya berjalan menghala ke pintu, melintasi dua orang gadis yang melayan lelaki bujang tadi. Namun dia terkejut apabila salah seorang daripada perempuan itu, dipaksa untuk duduk dalam kelompok lima orang lelaki di satu sudut sofa yang lain.
Sorry guys, I bukan call girl okay.” Terdengar suara perempuan itu berkata-kata sambil menarik-narik tangannya yang dipegang erat oleh salah seorang lelaki yang kelihatan seperti sudah mulai mabuk. Lelaki itu memaksanya duduk.
“Relakslah dear... kami nak berkenalan aje, bukan nak buat apa-apa.” Sahut salah seorang daripada mereka sambil meraih tangan perempuan itu yang lagi satu.
“Please... lepaskan tangan I.” Rayu perempuan itu yang nampak seperti takut-takut.
Takut? Hati Haydar berdebat sendiri. Kalau takut takkan sanggup datang ke tempat sebegitu. Dia tersenyum sinis. Namun belum sempat dia habis berdebat...
“Helo, boleh tolong I?” tegur Ava yang sejak tadi memerhatikan Haydar berdiri lama walau sedar dia dalam ‘kesusahan’. Rasa menyesal menyelinap dalam dada apabila teringat kembali keputusannya yang bersetuju mengikut Ariana ke situ. Kalau dia tahu ramai lelaki dan perempuannya hanya mereka berdua, memang taubatlah dia tak mahu ikut. Semua ini gara-gara Helena, potong janji temu mereka malam itu sehinggakan dia bersetuju mengikut Ariana ke parti bujang entah siapa-siapa.
Terkejut Haydar dengan teguran itu. “Saya tak nak terlibat.”
Ava terkejut. Terbuntang biji matanya. Wah, ini pun kategori jantan tak guna juga ke, dayus spesies teman lelakinya; Harraz. Wajah pun serupa Harraz juga, bisik hatinya. Ada perempuan nak kena rogol depan mata, dia kata tak nak terlibat? Tak boleh jadi ni. Ava terus berlari dan memeluk tubuh lelaki itu.
“You kena selamatkan I,” ujar gadis itu. Tidak merayu, lebih kepada arahan. Daripada dipeluk lima lelaki sekali gus, dia memilih untuk memeluk seorang lelaki. Untung-untung selamat daripada lelaki-lelaki mabuk tadi.
Haydar terkejut bukan kepalang sebab tiba-tiba dipeluk perempun begitu. Dia rasakan bagai terkena renjatan elektrik. Spontan tubuh gadis itu ditolak. Tindakan lelaki itu membuatkan Ava membuat telahan spontan. Lelaki itu bukan lelaki biasa. Lelaki itu langsung tidak mengambil kesempatan! Lelaki itu tidak sama seperti lelaki lain.
“I tahu you lelaki budiman dan lelaki budiman takkan biarkan perempuan lemah macam I kena rogol.” Lanjut Ava yang perasan riak terkejut pada wajah lelaki itu. Dipeluk perempuan saja kut, bukannya dipeluk hantu, omel Ava dalam hati.
Haydar tidak pedulikan kata-kata gadis itu sebaliknya dipandang wajah Najib yang sedang terlopong memandangnya. Tanpa lanjutan kata, Haydar terus keluar ke pintu utama namun cepat saja perempuan itu mengekor di belakangnya.
“Hei, nanti dulu!” panggil Ava yang berlari anak mengejar langkah lelaki yang dipeluknya spontan tadi. Terus dipaut lengan lelaki itu sehingga terhenti langkah lelaki itu.
Haydar pantas berpaling memandang wajah gadis itu. “I don’t mean to be rude tapi rasanya tak sopan perempuan macam awak peluk lelaki bukan muhram macam saya.” Ditolak tangan gadis yang memaut lengannya.
 “Tolong hantar I balik,” pohon Ava apabila lelaki itu berjalan meninggalkannya di belakang. Jarang-jarang dia jumpa lelaki yang dingin begitu, tidak mempedulikan perempuan seksi dan yang penting sekali tidak mengambil kesempatan walaupun peluang terbuka luas. Itu yang dia berani menggedik dengan lelaki itu.
Terhenti langkah Haydar. Apa hal nak kena hantar bagai ni? bebelnya dalam hati.
Kenapalah dalam dunia sekarang masih ada perempuan yang begini. Yang tidak takutkan lelaki, yang tanpa usul periksa mudah mempercayai spesies bernama lelaki.
“Boleh kan?” soal Ava selamba. Dimaniskan wajahnya supaya lelaki di hadapannya ini tergoda namun lelaki itu hanya tersenyum sinis sambil menggeleng kepala dan terus meninggalkan dia terkulat-kulat sendiri.
Terbuntang mata Ava memerhatikan tingkah lelaki yang iras seperti Harraz. Punyalah manis dia lemparkan senyum, selamba saja lelaki itu tidak mengendah. Tak boleh jadi ni.
Sejurus Haydar buka pintu, Ava terus terpa masuk ke dalam kereta lelaki itu, membuatkan sekali lagi lelaki itu terkejut.
“Like it or not, you are going to send me home handsome.” Ava duduk selesa. “Bila nak jalan ni? Panas tahu tak?” soal Ava apabila kereta yang dinaiki masih belum dihidupkan enjinnya. Dia bukakan sedikit butang baju kemejanya dan skirt pendeknya ditarik supaya hilang rimas.
Haydar tertelan air liur namun cepat-cepat dia capai kot dari kerusi belakang lalu dicampak atas paha Ava yang terdedah.
Perempuan begini yang Harraz nak jadikan isteri, memang silap betul! kata Haydar dalam hati. Ini memang spesies tak tahu malu, bisiknya sendiri. Dihalau pun masih mengekor.
“Saya ni lelaki normal dan iman saya tak kuat mana. Kalau tak nak jadi apa-apa, tolong sopan sikit.” Haydar hidupkan enjin kereta dan masukkan gear.
Ava ketawa halus. “Alimnya you ni.”
Mampukah lelaki sopan ni nak apa-apakan dia? Jeling dia pun tidak, inikan nak robek baju dia? Mustahil! desis hatinya.  

No comments:

Post a Comment