DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Wednesday, 11 April 2018

TAKRUT - BAB 3


450 tahun dahulu...
Wat Phutthai Sawan, Wiang Lek,
Pinggiran Sungai Chao Phraya...
KEAN menjeling wajah ketua sami yang baru
habis bercakap dengan Raja Nara. Wajah ketua sami itu
muram seperti banyak berfikir. Dia tidak dapat meneka
apa yang dibincangkan sejak setengah jam yang lalu tetapi
semua itu turut menjadikan dia tidak sedap hati. Sedang leka
berfikir, dia dipanggil Raja Nara.
“Kamu ke Chanthaburi sekarang juga.” Raja Nara
bertitah tanpa bertangguh.
Dahi Kean spontan berkerut. Pelbagai perkara
bermain dalam kepalanya. Tempat itu tidak pernah diinjak.
Letaknya juga jauh dari situ. Mungkin akan mengambil
masa berhari-hari baru tiba di sana. Dia juga tidak begitu arif
dengan daerah yang dikepung gunung dan laut itu.

Bagaikan memahami apa yang berselirat
dalam kepala Kean, Raja Nara memaut bahu Kean dan
mengajaknya berjalan ke pintu wat. Dari situ mereka dapat
melihat berpuluh-puluh pemuda sedang berlatih seni
mempertahankan diri, Muay Boran. Di sebelah kanan wat itu
pula berpuluh-puluh lagi pemuda sedang berlatih seni bela
diri menggunakan senjata seperti hork, ngaw, loh dan kaan.
Semua orang sedang gigih berlatih.
“Kamu orang kepercayaan beta. Tak ada orang lain
yang beta dapat amanahkan tugas ini selain kamu.”
“Perintahkan apa saja, tuanku.” Dia rakyat yang
taat kepada raja. Meskipun perlu menumpahkan darah dan
mengorbankan nyawa di sisi baginda, dia bersedia meskipun
ada kebimbangan.
“Beta mahu kamu pergi ke sebuah desa di
Chanthaburi. Setibanya di sana, kamu serahkan cincin beta
kepada seorang sami bernama Tuksin Prachuab.” Sambil
berkata-kata, Raja Nara menyerahkan sebentuk cincin
kebesaran yang dipakainya sekian lama.
Pada mulanya, Kean tergamam. Cincin itu diterima
dengan rasa bingung. Titah raja semakin tidak difahami tetapi
dia yakin titah itu mesti penting.
“Kamu akan faham selepas itu.” Raja Nara
menambah. “Sebaik saja selesai, kamu baliklah segera ke sini.
Kita akan berangkat ke Muang Hang dengan secepat yang
mungkin.”
“Muang Hang?” Kean tidak dapat menahan diri
daripada bertanya. Mereka baru sahaja beberapa hari pulang
dari medan perang.
“Kita akan membantu Putera Chao Kham Kai Noi.
Dia dalam kesulitan. Tentera Burma semakin dekat. Tentera
China pula mula bergerak masuk dari arah Kentung.”
“Baik.” Akhirnya Kean menerima perintah.

Walaupun fikirannya bersimpang siur, namun titah itu tidak
mampu dibantah. Dia percaya hal itu tentu amat penting bagi
Raja Nara dan negara.
“Urusan ini mesti dirahsiakan. Hanya kita berempat
yang tahu.”
Raja Nara menjeling ke arah ketua sami yang
memerhati mereka berdua dari jauh. Ketua sami itu tunduk
bagai mengiakan kata-kata raja dan sekali gus mendoakan
usaha itu berjaya.
Selesai sahaja Raja Nara memberi pandu arah,
Kean segera beredar untuk bersiap-siap dan memulakan
perjalanan. Setelah 3 hari 3 malam menunggang kuda dan
merentas hutan tebal, dia tiba di Chanthaburi di sempadan
Cambodia.

MENGIKUT RAJA Nara, dia harus ke sebuah desa
yang terpencil bernama Desa Nong Buai dalam daerah
Chanthaburi. Namun, kedudukan desa yang terasing jauh
antara satu sama lain menyukarkan usahanya. Tambahan
pula, kehadiran orang asing seperti dirinya menyebabkan dia
sukar mendapatkan kerjasama.
Namun kerana memikirkan tanggungjawab besar
yang dipikul; membuatkan dia terus bertahan berhadapan
dengan pelbagai kesulitan. Tetapi akhirnya dia terpaksa juga
singgah di sebuah desa apabila menyedari yang dirinya sudah
tersesat jauh.
“Apa yang ada di desa itu?” Wan Jun, ketua kampung
Desa Tammai menyoal Kean yang dibawa ke rumahnya oleh
penduduk desa. Ada ragu-ragu terukir pada air mukanya.
“Ubat.” Kean berhelah. “Dengarnya ada sejenis daun
yang dapat mengubati banyak jenis penyakit. Tumbuh hanya
di situ.”
Wan Jun merenung sinis wajah Kean. Namun Kean
tidak peduli meskipun tetap siap siaga.
“Desa itu jauh dari sini. Letaknya di pinggir banjaran
gunung. Tak ramai orang yang sanggup ke situ. Hutannya
tebal. Banyak haiwan buas. Silap-silap, kamu bukan dapat
ubat, tapi dapat penyakit baru.”
Kean terdiam lama. Amaran yang diberikan Wan Jun
dirasakan ikhlas. Bagaimanapun dia tidak punya pilihan lain.
Dia tidak akan pulang selagi tugas itu tidak terlaksana. Dia
malu untuk menunjukkan muka kepada raja. Dia juga mahu
menjaga segala yang telah diusahakan selama ini termasuk
maruah dan nama baik keturunannya. Pulang dengan tangan
kosong tidak ubah mengakui dirinya seorang pengecut dan
tidak boleh diharapkan.
“Tunjukkan saja jalan. Akan aku usahakan.”
Hati Kean sudah tetap. Tekadnya masih utuh.
Lagipun takdir hidup manusia tidak sama. Susah bagi orang
lain, belum tentu susah bagi dirinya yang sudah acap kali ke
medan perang.
“Aku cadangkan engkau bawa salah seorang
penduduk desa ini. Namanya, Pongpanet. Dia pemburu yang
handal. Dia saja yang biasa ke banjaran gunung. Tapi...”
Kean mengangkat muka.
“Dia seorang yang bisu dan pekak.”
“Ganjarannya?” Kean senyum pahit. Sekilas kilat di
langit sudah tahu jatuh hujannya di mana.
Wan Jun menunjukkan 5 batang jari.
Kean segera faham. Diseluk uncang di dalam
bajunya, dikeluarkan 5 biji tikal; logam perak yang menjadi
mata wang. Dia percaya, 5 biji tikal itu mencukupi untuk
ditukar dengan beras. Kemudian dia menambah 5 biji tikal
lagi untuk mengambil hati Wan Jun.
Wan Jun langsung tersengih. Disuruh orang
rumahnya pergi mencari Pongpanet dengan segera. Petang
itu juga, Kean dan Pongpanet meneruskan perjalanan dengan
sedikit bekalan makanan. Mereka berdua terus menuju ke
banjaran gunung yang dipanggil, Gunung Khitchakut.

SETELAH 2 malam berjalan merentasi beberapa buah
kampung dan hutan, mendaki bukit dan menuruni lembah,
mereka tiba di tepi sebuah jeram yang berair jernih. Di situ
mereka berdua turun dari kuda untuk membasahkan tekak
dan mengumpulkan air minuman.
Pada saat itu, Kean mula tertanya-tanya. Setelah
hampir seharian menunggang kuda, dia masih tidak melihat
sebuah desa pun di sepanjang perjalanan. Hanya hutan tebal,
denai-denai kecil dan sesekali terserempak dengan haiwan
buas. Hatinya mula diusik ragu.
Cup! Bunyi parang Pongpanet menetak putus kepala
seekor ular sawa sebesar lengan mengganggu khayalan Kean.
Darah yang bercucuran keluar dari badan ular yang terputus
dua diteguk rakus oleh Pongpanet. Menyedari yang Kean
sedang memandangnya, lantas Pongpanet menghulurkan
badan ular itu ke arah Kean.
Kean menggeleng.
“Hei!” Kean mencuit bahu Pongpanet yang sedang
leka melapah kulit ular di atas sebongkah batu di tepi jeram.
Meskipun dia tahu Pongpanet tidak boleh mendengar, namun
dia harap Pongpanet tahu apa yang menguasai fikirannya saat
ini.

Gerak bibir dan mimik wajah Kean segera difahami
Pongpanet. Dia angguk. Kemudian, menyarung parang ke
sarungnya semula. Tubuh ular sawa tadi dicampak ke dalam
semak. Kulitnya dibawa lalu diikat di belakang kudanya.
Kean memerhati tindak-tanduk Pongpanet dengan
teliti. Sungguhpun Pongpanet begitu, dia tetap berwaspada.
Sekiranya Pongpanet khianat, dia tidak teragak-agak untuk
membunuh Pongpanet.
“Aaa... aaa...” Pongpanet mengeluarkan bunyi seraya
menunjuk-nunjuk ke arah sebatang denai yang hampir
ditutupi pohon-pohon renek. Denai itu tidak jauh daripada
tempat mereka menambat kuda.
“Kenapa?” Kean tidak jelas.
“Aaa... aaa...” Pongpanet beria-ia mengajak Kean
mengikut arah yang ditunjukkan tadi.
Keraguan dalam hati Kean masih ada tetapi dia
turutkan sahaja ajakan Pongpanet. Setelah berjalan beberapa
langkah, dia dapati denai itu berakhir di kaki sebiji batu besar.
Dari situ dia mendongak.
Apa yang dilihat hanyalah deretan batu kapur yang
curam; membentuk bukit-bukit yang tinggi. Sewaktu masih
terfikir-fikir apakah tujuan Pongpanet membawanya ke situ,
Pongpanet sudah mula memanjat batu itu dengan tangkas.
Dia mengikut tanpa banyak soal.
Setibanya di puncak batu besar, barulah dia dapat
melihat beberapa buah gua yang berada di permukaan lereng
pergunungan itu. Ada yang besar; ada yang kecil. Rupanya
Desa Nong Buai itu sebuah desa di lereng gunung. Sedang
leka memerhati, dia tersedar ada 2 orang lelaki sedang
memerhatikannya dari luar salah sebuah gua di situ. Mereka
berpakaian seperti biku. Dia percaya dia sudah tiba di tempat
yang dicari-cari.
Tanpa berlengah, Pongpanet terus menuju ke

No comments:

Post a Comment