450 tahun dahulu...
Wat Phutthai Sawan, Wiang Lek,
Pinggiran Sungai Chao Phraya...
KEAN menjeling wajah ketua sami yang baru
habis
bercakap dengan Raja Nara. Wajah ketua sami itu
muram
seperti banyak berfikir. Dia tidak dapat meneka
apa
yang dibincangkan sejak setengah jam yang lalu tetapi
semua
itu turut menjadikan dia tidak sedap hati. Sedang leka
berfikir,
dia dipanggil Raja Nara.
“Kamu
ke Chanthaburi sekarang juga.” Raja Nara
bertitah
tanpa bertangguh.
Dahi
Kean spontan berkerut. Pelbagai perkara
bermain
dalam kepalanya. Tempat itu tidak pernah diinjak.
Letaknya
juga jauh dari situ. Mungkin akan mengambil
masa
berhari-hari baru tiba di sana. Dia juga tidak begitu arif
dengan
daerah yang dikepung gunung dan laut itu.
Bagaikan
memahami apa yang berselirat
dalam
kepala Kean, Raja Nara memaut bahu Kean dan
mengajaknya
berjalan ke pintu wat. Dari situ mereka dapat
melihat
berpuluh-puluh pemuda sedang berlatih seni
mempertahankan
diri, Muay Boran. Di sebelah kanan wat itu
pula
berpuluh-puluh lagi pemuda sedang berlatih seni bela
diri
menggunakan senjata seperti hork, ngaw, loh dan kaan.
Semua
orang sedang gigih berlatih.
“Kamu
orang kepercayaan beta. Tak ada orang lain
yang
beta dapat amanahkan tugas ini selain kamu.”
“Perintahkan
apa saja, tuanku.” Dia rakyat yang
taat
kepada raja. Meskipun perlu menumpahkan darah dan
mengorbankan
nyawa di sisi baginda, dia bersedia meskipun
ada
kebimbangan.
“Beta
mahu kamu pergi ke sebuah desa di
Chanthaburi.
Setibanya di sana, kamu serahkan cincin beta
kepada
seorang sami bernama Tuksin Prachuab.” Sambil
berkata-kata,
Raja Nara menyerahkan sebentuk cincin
kebesaran
yang dipakainya sekian lama.
Pada
mulanya, Kean tergamam. Cincin itu diterima
dengan
rasa bingung. Titah raja semakin tidak difahami tetapi
dia
yakin titah itu mesti penting.
“Kamu
akan faham selepas itu.” Raja Nara
menambah.
“Sebaik saja selesai, kamu baliklah segera ke sini.
Kita
akan berangkat ke Muang Hang dengan secepat yang
mungkin.”
“Muang
Hang?” Kean tidak dapat menahan diri
daripada
bertanya. Mereka baru sahaja beberapa hari pulang
dari
medan perang.
“Kita
akan membantu Putera Chao Kham Kai Noi.
Dia
dalam kesulitan. Tentera Burma semakin dekat. Tentera
China
pula mula bergerak masuk dari arah Kentung.”
“Baik.”
Akhirnya Kean menerima perintah.
Walaupun
fikirannya bersimpang siur, namun titah itu tidak
mampu
dibantah. Dia percaya hal itu tentu amat penting bagi
Raja
Nara dan negara.
“Urusan
ini mesti dirahsiakan. Hanya kita berempat
yang
tahu.”
Raja
Nara menjeling ke arah ketua sami yang
memerhati
mereka berdua dari jauh. Ketua sami itu tunduk
bagai
mengiakan kata-kata raja dan sekali gus mendoakan
usaha
itu berjaya.
Selesai
sahaja Raja Nara memberi pandu arah,
Kean
segera beredar untuk bersiap-siap dan memulakan
perjalanan.
Setelah 3 hari 3 malam menunggang kuda dan
merentas
hutan tebal, dia tiba di Chanthaburi di sempadan
Cambodia.
MENGIKUT RAJA Nara,
dia harus ke sebuah desa
yang
terpencil bernama Desa Nong Buai dalam daerah
Chanthaburi.
Namun, kedudukan desa yang terasing jauh
antara
satu sama lain menyukarkan usahanya. Tambahan
pula,
kehadiran orang asing seperti dirinya menyebabkan dia
sukar
mendapatkan kerjasama.
Namun
kerana memikirkan tanggungjawab besar
yang
dipikul; membuatkan dia terus bertahan berhadapan
dengan
pelbagai kesulitan. Tetapi akhirnya dia terpaksa juga
singgah
di sebuah desa apabila menyedari yang dirinya sudah
tersesat
jauh.
“Apa
yang ada di desa itu?” Wan Jun, ketua kampung
Desa
Tammai menyoal Kean yang dibawa ke rumahnya oleh
penduduk
desa. Ada ragu-ragu terukir pada air mukanya.
“Ubat.”
Kean berhelah. “Dengarnya ada sejenis daun
yang
dapat mengubati banyak jenis penyakit. Tumbuh hanya
di
situ.”
Wan
Jun merenung sinis wajah Kean. Namun Kean
tidak
peduli meskipun tetap siap siaga.
“Desa
itu jauh dari sini. Letaknya di pinggir banjaran
gunung.
Tak ramai orang yang sanggup ke situ. Hutannya
tebal.
Banyak haiwan buas. Silap-silap, kamu bukan dapat
ubat,
tapi dapat penyakit baru.”
Kean
terdiam lama. Amaran yang diberikan Wan Jun
dirasakan
ikhlas. Bagaimanapun dia tidak punya pilihan lain.
Dia
tidak akan pulang selagi tugas itu tidak terlaksana. Dia
malu
untuk menunjukkan muka kepada raja. Dia juga mahu
menjaga
segala yang telah diusahakan selama ini termasuk
maruah
dan nama baik keturunannya. Pulang dengan tangan
kosong
tidak ubah mengakui dirinya seorang pengecut dan
tidak
boleh diharapkan.
“Tunjukkan
saja jalan. Akan aku usahakan.”
Hati
Kean sudah tetap. Tekadnya masih utuh.
Lagipun
takdir hidup manusia tidak sama. Susah bagi orang
lain,
belum tentu susah bagi dirinya yang sudah acap kali ke
medan
perang.
“Aku
cadangkan engkau bawa salah seorang
penduduk
desa ini. Namanya, Pongpanet. Dia pemburu yang
handal.
Dia saja yang biasa ke banjaran gunung. Tapi...”
Kean
mengangkat muka.
“Dia
seorang yang bisu dan pekak.”
“Ganjarannya?”
Kean senyum pahit. Sekilas kilat di
langit
sudah tahu jatuh hujannya di mana.
Wan
Jun menunjukkan 5 batang jari.
Kean
segera faham. Diseluk uncang di dalam
bajunya,
dikeluarkan 5 biji tikal; logam perak yang menjadi
mata
wang. Dia percaya, 5 biji tikal itu mencukupi untuk
ditukar
dengan beras. Kemudian dia menambah 5 biji tikal
lagi
untuk mengambil hati Wan Jun.
Wan
Jun langsung tersengih. Disuruh orang
rumahnya
pergi mencari Pongpanet dengan segera. Petang
itu
juga, Kean dan Pongpanet meneruskan perjalanan dengan
sedikit
bekalan makanan. Mereka berdua terus menuju ke
banjaran
gunung yang dipanggil, Gunung Khitchakut.
SETELAH 2 malam
berjalan merentasi beberapa buah
kampung
dan hutan, mendaki bukit dan menuruni lembah,
mereka
tiba di tepi sebuah jeram yang berair jernih. Di situ
mereka
berdua turun dari kuda untuk membasahkan tekak
dan
mengumpulkan air minuman.
Pada
saat itu, Kean mula tertanya-tanya. Setelah
hampir
seharian menunggang kuda, dia masih tidak melihat
sebuah
desa pun di sepanjang perjalanan. Hanya hutan tebal,
denai-denai
kecil dan sesekali terserempak dengan haiwan
buas.
Hatinya mula diusik ragu.
Cup! Bunyi parang
Pongpanet menetak putus kepala
seekor
ular sawa sebesar lengan mengganggu khayalan Kean.
Darah
yang bercucuran keluar dari badan ular yang terputus
dua
diteguk rakus oleh Pongpanet. Menyedari yang Kean
sedang
memandangnya, lantas Pongpanet menghulurkan
badan
ular itu ke arah Kean.
Kean
menggeleng.
“Hei!”
Kean mencuit bahu Pongpanet yang sedang
leka
melapah kulit ular di atas sebongkah batu di tepi jeram.
Meskipun
dia tahu Pongpanet tidak boleh mendengar, namun
dia
harap Pongpanet tahu apa yang menguasai fikirannya saat
ini.
Gerak
bibir dan mimik wajah Kean segera difahami
Pongpanet.
Dia angguk. Kemudian, menyarung parang ke
sarungnya
semula. Tubuh ular sawa tadi dicampak ke dalam
semak.
Kulitnya dibawa lalu diikat di belakang kudanya.
Kean
memerhati tindak-tanduk Pongpanet dengan
teliti.
Sungguhpun Pongpanet begitu, dia tetap berwaspada.
Sekiranya
Pongpanet khianat, dia tidak teragak-agak untuk
membunuh
Pongpanet.
“Aaa...
aaa...” Pongpanet mengeluarkan bunyi seraya
menunjuk-nunjuk
ke arah sebatang denai yang hampir
ditutupi
pohon-pohon renek. Denai itu tidak jauh daripada
tempat
mereka menambat kuda.
“Kenapa?”
Kean tidak jelas.
“Aaa...
aaa...” Pongpanet beria-ia mengajak Kean
mengikut
arah yang ditunjukkan tadi.
Keraguan
dalam hati Kean masih ada tetapi dia
turutkan
sahaja ajakan Pongpanet. Setelah berjalan beberapa
langkah,
dia dapati denai itu berakhir di kaki sebiji batu besar.
Dari
situ dia mendongak.
Apa
yang dilihat hanyalah deretan batu kapur yang
curam;
membentuk bukit-bukit yang tinggi. Sewaktu masih
terfikir-fikir
apakah tujuan Pongpanet membawanya ke situ,
Pongpanet
sudah mula memanjat batu itu dengan tangkas.
Dia
mengikut tanpa banyak soal.
Setibanya
di puncak batu besar, barulah dia dapat
melihat
beberapa buah gua yang berada di permukaan lereng
pergunungan
itu. Ada yang besar; ada yang kecil. Rupanya
Desa
Nong Buai itu sebuah desa di lereng gunung. Sedang
leka
memerhati, dia tersedar ada 2 orang lelaki sedang
memerhatikannya
dari luar salah sebuah gua di situ. Mereka
berpakaian
seperti biku. Dia percaya dia sudah tiba di tempat
yang
dicari-cari.
Tanpa
berlengah, Pongpanet terus menuju ke
No comments:
Post a Comment