DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Wednesday, 11 April 2018

KEMBALIKAN MERAH CINTAKU - BAB 8



SEKALI lagi Najib buat perangai. Kali ini dia mabuk di kelab malam pula. Jika tidak kerana panggilan telefon daripada ibu Najib dua jam lepas, tidak ingin Haydar jejakkan kakinya ke kelab itu. Namun nada merayu wanita yang melahirkan Najib itu membuatkan hati anaknya lirih lalu dia mengiakan saja apabila wanita tua itu meminta bantuannya supaya mengambil Najib di kelab malam.
Liar mata Haydar memerhati sekeliling. Dia mencari kelibat Najib. Tidak sampai 10 minit, dia sudah nampak tubuh kurus tinggi milik lelaki itu. Terhuyung-hayang menari tak ingat dunia di pentas tarian. Haydar hanya geleng kepala. Macam mana lelaki yang cukup kasih sayang ini boleh jadi begini? soalnya kepada diri sendiri.
“Jib, Jib... ” tegur Haydar sambil menepuk belakang Najib. Terpaksa dia kuatkan suara hendak melawan bunyi kuat lagu yang sedang berkumandang.
“Hei Dar! Kau buat apa kat sini? Nak join aku?” soal Najib sambil menjerit.
 Join kepala hotak kau!’ Sumpah Haydar dalam hati.
Nak saja Haydar menyumpah Najib, dia bukan datang hendak menyertai tapi dia datang nak ajak Najib pulang. “Mak kau call aku, suruh tolong ambik kau.” Sambut Haydar lagi.
“Oh okey, kejap lagi... aku nak menari kejap.” Terhuyung-hayang tubuh Najib bergoyang, sudah tidak seperti orang menari lagi gayanya. Memang mabuk teruk gamaknya.
“Jomlah Jib...” ajak Haydar lagi. Dia dah mula malu apabila ada beberapa mata sudah memandang dia lain macam, terutamanya apabila dia mula meraih tangan Najib. Nak mengelakkan tanggapan buruk orang terhadapnya, Haydar cuma senyum. “Ini adik saya...” katanya.
Sejurus dia berkata begitu, terus dia menarik kasar tangan Najib kasar menuju ke keretanya. Malu muka hanya Tuhan saja yang tahu.
“Macam-macam hallah kau ni Jib,” ujarnya sejurus menolak tubuh Najib ke dalam kereta. Nampak saja kurus, beratnya... masya-Allah!
Haydar hidupkan enjin sejurus masuk ke kereta lalu terus dipecut menuju ke rumah ibu Najib. Dah besar panjang begini pun masih menyusahkan ibu bapa, bebel Haydar dalam hati.
Sejurus tiba di rumah Najib, Haydar memapah tubuh sahabatnya keluar sehingga masuk ke dalam rumah.
“Terima kasih nak...” ucap ibu Najib kepadanya.
“Sama-sama mak cik,” jawab Haydar sopan. Kenapalah Najib buat perangai walaupun ada ibu sebaik ini. Kalau dialah, pasti dia akan sedaya upaya membahagiakan ibunya.
“Tolonglah nasihatkan anak mak cik. Mak cik pun tak tahu nak buat apa dengan perangai dia yang satu ni...”
keluh ibu Najib lagi.
“Insya-Allah mak cik. Esok masuk ofis, saya jumpa dia.” Janji Haydar dan berjalan menuju ke pintu hadapan.
“Dar...” panggil Najib yang separa sedar.
Haydar dan ibu Najib berpaling serentak.
“Kau tolong ambil balik dompet dengan phone aku tertinggal kat kaunter tadi.” Kata Najib antara dengar dan tidak.
Hesy! Dalam mabuk pun sempat lagi ingatkan telefon dan dompet. Haydar geleng kepala.
“Tolong ya nak, maafkan anak mak cik.” Haydar jadi tidak sampai hati. Dia yang tidak pernah merasai kasih sayang seorang ibu, terus lembut hati. Tambahan lagi dengan mata sayu wanita tua itu, makin lemah jadinya. Kalau tak difikirkan wajah lembut itu, nak saja dia debik sekali wajah Najib.
“Saya ambilkan.” Haydar senyum, berharap agar ibu Najib tidak perlu risaukan apa-apa. “Esok saya pulangkan pada dia di ofis.” Sambungnya.
“Terima kasih banyak-banyak nak...” Kesal dengan sikap anak sendiri sehingga terpaksa menyusahkan orang.
“Sama-sama.” Angguk Haydar lalu berjalan ke kereta.
“Esok, siap kau Jib...” gumam Haydar sejurus dia pecut keretanya ke kelab malam semula.
Tiba saja di kelab malam, Haydar terus pergi ke kaunter. Usai mendapatkan dompet dan telefon Najib yang kebetulan disimpan oleh penjaga kaunter, Haydar terus berjalan menuju pintu keluar. Namun sebelum sempat dia sampai, dia terdengar suara perempuan meminta tolong. Pantas Haydar berpaling. Kecil betul dunia ini. Lagi-lagi perempuan ini yang dia jumpa
 Excuse me, boleh saya tahu kenapa ni?” soal Haydar apabila dia datang mendekat. Seorang lelaki sedang memegang tangan Ava dan enggan melepaskan.
“Perempuan ni degil. Aku dah bayar, dia tak nak ikut aku balik.” Kata lelaki itu sebagai jawapan kepada Haydar.
“Hei, tolong sikit! You cuma belanja I minum saja tadi okey!” marah Ava apabila lelaki itu memaksanya mengikut pulang setelah membayar minumannya tadi.
“Ya, aku belanja minum sebab nak ajak kau balik. Kau ingat kalau aku tak ada niat macam tu, aku nak belanja?” Sinis nada lelaki itu dengan tangan yang masih memegang tangan Ava.
“Setakat belanja tak sampai 50 ringgit, kau nak ajak aku teman kau tidur?” Kali ini Ava pula memulangkan paku buah keras. Hilang sudah bahasa sopannya. Direntap tangannya sampai terlucut.
“Habis tu kau nak berapa? Seribu, dua ribu?”
Menyirap darah Ava mendengar penghinaan lelaki itu. Terus diangkat tangannya tinggi, hendak menampar wajah lelaki itu. Namun belum sempat tangannya mencecah pipi kasar lelaki itu, ada tangan kekar yang menghalangnya.
Haydar pegang erat tangan Ava. Nasib baik sempat sebelum gadis itu bertindak menampar lelaki di hadapannya ini. Kalau berlarutan, dia tidak pasti apa jadi pada nasib Ava. Dari tadi dia jadi pemerhati saja.
“Lepaslah! Biar I ajar sikit mulut lancang jantan ni!” Ava meronta-ronta bila Haydar masih tidak melepaskan tangannya. Tadi lelaki itu, sekarang Haydar pula.
Nyata lelaki tadi tergamam. Tidak menyangka barangkali Ava akan jadi segarang ini.
“Kau nak tampar aku?” Lelaki itu ingin mendekat dengan tubuh Ava. Mana-mana lelaki pun pantang dicabar
dan dia tidak takut dengan tamparan seorang perempuan. Cuma dia lega lelaki yang masih memegang tangan Ava ini menggagalkan rancangan perempuan itu. Jika tidak perlulah dia mengajar Ava.
“Relaks bro, biar saya uruskan perempuan ni...” Enggan melanjutkan konflik itu, Haydar masuk campur. Kalau dibiarkan bukan gadis ini yang menang. Silap-silap hari bulan Ava yang pengsan dikerjakan lelaki ini. Dia perhatikan saja wajah garang Ava. Garang tak bertempat! kata Haydar dalam hati.
Haydar mendekati lelaki itu dan membisik sesuatu di telinganya. Seketika kemudian, lelaki itu tersenyum sinis sambil menjeling Ava.
Good luck!” Katanya dalam senyum sinis lalu meninggalkan Haydar yang masih memegang tangan Ava.
Ava yang kehairanan sudah memandang wajah Haydar. “You cakap apa pada dia?”
“Adalah,” jawab Haydar pendek. Tangan Ava ditarik supaya mengikutnya ke kereta. Tidak penting apa yang dia katakan kepada lelaki tadi. Apa yang penting, dia bawa Ava pulang. Tak elok perempuan seperti Ava menghabiskan waktu lewat malam di tempat begini. Kalau tidak kenal gadis itu, dia tidak hairan tapi sudah beberapa kali dia bertemu dengan Ava. Entah kenapa, hatinya ini mula mengambil berat biarpun gadis itu nampak seperti gadis liar yang tidak layak mendapat perhatian begitu.
“You cakap apa pada dia?” soal Ava lagi. Terdorong tubuhnya mengikut langkah Haydar.
Haydar tidak menjawab, sebaliknya dia hidupkan alarm kereta, membuka pintu dan mendorong tubuh Ava supaya masuk.
Ava tidak puas hati. Dia tahu ada sesuatu yang Haydar ucapkan sehingga lelaki tadi melepaskannya. Dia pasti sangat
tadi, lelaki itu hendak menerkamnya tetapi tidak jadi apabila Haydar berbisik sesuatu.
“Haydar, I tahu you ada ucap sesuatu pada dia tadi. Apa yang you cakap?” Ava elus lengan Haydar yang sedang memegang stereng kereta. Tidak dapat dengan cara keras, dia cuba cara halus.
Haydar sebenarnya baru hendak masuk gear namun melihatkan telatah Ava, dia layankan dahulu.
“Saya cakap, saya akan bawak awak ke tempat sunyi, rogol awak. Lepas tu tikam awak dan buang mayat awak dalam sungai,” jawab Haydar dalam jelingan tajam. Yang sebenarnya dia menyimpan senyum dalam hati. Ava nak sangat menguji dia kan... sekarang siapa yang kena uji?
Keras kejung tangan yang tadinya mengelus lengan Haydar. Ava tarik segera tangannya lalu mengecilkan tubuhnya di tempat duduk sebelah. Takut! Haydar yang disangkanya mudah ditebak, rupanya cukup sukar dibaca!  

No comments:

Post a Comment