Wednesday, 11 April 2018

TUKANG MASAK CIK MAFIA - BAB 2



SYED Haidar mendukung Cik Mafia masuk ke dalam klinik. Dia sedar ada beberapa pasang mata yang memandang. Namun sebaik sahaja terlihat kecederaan Cik Mafia, mereka tak ambil peduli seakan-akan faham dengan situasi yang dihadapi. Wajarlah kalau dia mendukung orang yang tercedera. Sebaik tiba di kaunter pendaftaran, dia perasan kaunter itu kosong, tiada jururawat.
“Apa yang kau tercegat ni? Baik kau turunkan aku. Kalau tak aku tumbuk karang!”
Syed Haidar memandang Cik Mafia. Dari tadi asyik ugut nak tumbuk saja. Badan kecil, muka comel tapi ganas ya amat. Dia perasan ada tahi lalat halus di bawah kening sebelah kiri gadis itu. Terletak cantik hampir ditutupi bulu kening. Kenapa tadi dia tak nampak tadi? Comel sangat. Dah kenapa pula dia asyik sebut comel?
“Cepat turunkan aku. Aku boleh daftar sendiri!”
Sibuk menilik kening Cik Mafia, Syed Haidar
terleka. Cepat-cepat dia menurunkan gadis itu sebelum dia kena tumbuk betul-betul. Seorang jururawat muncul dan menghadiahkan senyuman. Namun riak muka jururawat itu tiba-tiba berubah. Syed Haidar angkat tangan.
“Sempat lagi nak menggatal. Pergi duduk sana.”
Syed Haidar membiarkan Cik Mafia berjalan berdengkot-dengkot ke kaunter pendaftaran. Orang sombong tak perlu ditolong. Dia duduk di kerusi menunggu. Matanya melihat gadis seperti lelaki itu berjalan ke arahnya. Dibuat tak tahu. Sudah selesai dengan pendaftaran agaknya. Syed Haidar keluarkan telefon bimbit. Tentu mamanya risau kenapa dia masih belum pulang.
“Orked Adelia... sila masuk bilik satu.” Kedengaran jururawat memanggil nama seseorang.
Mata Syed Haidar masih melekat pada skrin handphone. Sedang berbalas WhatsApp dengan Datin Hanis. Saat dia risaukan Suhaila, dugaan lain yang timbul. Pengumuman tadi dia tak ambil peduli. Pesakit lain agaknya.
“Orked Adelia, sila masuk bilik satu.” Jururawat mengulangi pengumuman sekali lagi. Kali ini dengan nada lebih keras.
Syed Haidar mengangkat kepala. Jururawat yang memanggil nama Orked memandangnya dengan senyuman pelik sambil ibu jari menunjuk ke arah gadis di sebelahnya. Baru dia perasan hanya dia dan Cik Mafia yang sedang menunggu giliran. Ditoleh sebelah memandang gadis itu. Melihat pandangan tajam Cik Mafia, dia terfikir sesuatu. Takkanlah...
“Gelaklah kalau berani. Rongak gigi depan tu kang!” Cik Mafia angkat kening sebelah dengan muka garangnya. Matanya disepetkan.
Syed Haidar tutup mulut. Janganlah Cik Mafia ni tumbuk dia di sini. Hilang ketampanannya nanti. Gadis ini
pun satu, tak reti ke cakap elok-elok.
“Papah aku cepat! Nanti lambat-lambat nurse marah pulak.”
“Tadi elok je boleh jalan sendiri.” Syed Haidar tak puas hati.
“Kaki aku dah sakit sebab banyak berjalan tadi. Jangan banyak cakap boleh tak. Cepat papah aku!”
“Baik Cik Orked.” Syed Haidar menurut arahan gadis itu. Dia memapah tubuh kecil molek itu menuju ke bilik rawatan.
“Orked Adelia... hmm... cantik nama tu,” gumam Syed Haidar. Senyuman terukir di bibir.
“Panggil aku Del. Aku tak suka nama Orked!” Orked mendengus. Mujur dia sedang sakit. Kalau tidak memang kena pijak kaki mamat handsome ini.
“Nama Orked cantik,” ujar Syed Haidar yang tidak mahu mengalah. Dia suka nama Orked. Unik dan menarik.
“Kalau kau mengada-ada panggil aku Orked... bukan setakat gigi rongak, aku simbah asid kat muka kau nanti.”
Syed Haidar sengih sekilas. Nama dah cukup cantik. Rupa pun boleh tahan tapi sayang mulut berbisa. Garang sungguh! Rasa tak sesuai nama Orked dengan Cik Mafia ni. Tuan punya badan langsung tak ada ciri-ciri sekuntum bunga. Perangai tak cantik.
“Aku pernah nampak muka kau ni. Tapi kat mana ya?” Orked kerutkan dahi. Sejak tadi dia rasa muka lelaki yang melanggarnya macam biasa nampak. Tapi dia tak rasa dia kenal lelaki itu. Puas dia berfikir di mana dia pernah nampak.
“Dalam mimpi agaknya...” Syed Haidar menjawab. Mereka sudah berada di depan bilik rawatan.
“Aku mimpikan kau? Kirim salamlah. Muka bukannya handsome sangat. Apek jual sayur lagi handsome.”
“Tak kisahlah aku handsome ke tak. Bukannya kita akan bercinta. Sekarang tutup mulut, cuba jadi budak baik. Kita nak jumpa doktor ni.” Syed Haidar memulas tombol dan menolak pintu. Dia memberi laluan agar Orked masuk dahulu. Kemudian dia bantu Cik Mafia duduk di kerusi.
“Encik tolong lipatkan kaki seluar isteri encik.”
Arahan doktor membuatkan Syed Haidar terpinga-pinga. Ada rupa suami isteri ke mereka ni? Doktor ni tak nampak ke muka matang dia dan muka kanak-kanak Orked? Lagipun tak mahulah dia berjodoh dengan mafia acah-acah macam Orked ini.
“Dia bukan suami saya doktor. Dia penjahat yang langgar saya.” Selamba saja Orked menyebut. Matanya sengaja menjeling Syed Haidar yang sedang berdiri berpeluk tubuh di sebelahnya. Dah tahu tak ada kena-mengena cepatlah keluar. Sibuk berdiri kat situ buat apa!
“Kalau macam tu sila tunggu di luar ya.”
Syed Haidar mengangguk dan terus keluar dari bilik rawatan dengan hati membengkak. Sesuka hati saja Cik Mafia panggil dia penjahat.
Setelah pintu bilik rawatan ditutup, seorang jururawat datang membantu doktor. Orked membiarkan jururawat melipat seluarnya. Manakala seorang lagi jururawat menyediakan keperluan untuk mencuci luka.
“Tak sangka kan Syed Haidar versi live lebih handsome dari yang kita tengok kat TV. Fuhh, boleh ‘meletup ovari’ ni.” Jururawat yang mencuci luka Orked membuka mulut.
“Syed Haidar tukang masak tu ke? Memang handsomelah. Lepas ni nak minta selfie dengan dialah. Agak-agak dia sombong tak?” Seorang jururawat lagi
menyampuk.
“Saya ni doktor. Saya tak boleh nak bayangkan macam mana ovari meletup. Tapi memang betul-betul dia handsome.” Si doktor pula menyampuk perbualan.
Orked menutup mulutnya ketat-ketat dan membiarkan telinganya bekerja. Mendengar perbualan daripada orang yang merawatnya dengan teliti. Dia pernah dengar nama Syed Haidar. Rasanya ada antara kawan-kawan sekolah dia yang sangat meminati Syed Haidar. Tukang masak terkenal yang pernah muncul di kaca televisyen. Dengarnya lebih terkenal di luar negara. Perangai serupa penjahat itu yang orang kagum? Bagi dia memang taklah nak kagum segala bagai.
“Okey, dah selesai Cik Orked. Nanti saya akan minta nurse panggilkan Syed Haidar.” Doktor melipat kembali kaki seluar Orked.
Takpelah, saya boleh keluar sendiri.” Orked bangun perlahan-lahan. Agak sakit luka di lututnya. Dia harus belajar berjalan sendiri tanpa perlu bantuan orang lain, terutama penjahat yang melanggarnya tadi. Perlahan-lahan dia keluar dari bilik rawatan. Jururawat tadi membukakan pintu untuknya keluar.
“Cik Orked.” Syed Haidar segera mendapatkan Orked sebaik sahaja pintu dibuka.
“Aku boleh jalan sendirilah.”
“Kejap minta papah, kejap nak jalan sendiri... banyak ragam betul.” Syed Haidar mengekori Orked. Melihat kegigihan gadis itu berjalan perlahan sambil berdengkot-dengkot dia rasa geram. Lebih bagus kalau dia tolong. Cepat sikit sampai ke tempat duduk.
Orked beriak biasa. Dia tidak membalas kata-kata Syed Haidar. Malas mahu bergaduh dengan lelaki kacak idaman seantero dunia itu. Bukan dia tak perasan jururawat  
di kaunter pendaftaran sibuk mengambil gambar lelaki itu.
“Betul ke kau boleh jalan sendiri ni?” Syed Haidar jadi risau pula.
“Kau ingat aku ni lemah sangat sampai tak mampu nak jalan sendiri? Nak tunjuk hero dukung aku dengan jarak sekangkang kera ni? Simpan angan-angan nak jadi hero tu dalam poket!” Orked bersuara. Kenapalah penjahat ni sibuk nak tunjuk sikap gentleman dia.
Orked melangkah dengan agak perlahan. Bukan jauh sangat jarak bilik rawatan dengan tempat menunggu. Namun dengan kesakitan yang dia tanggung, terasa seperti jauh sangat.
“Orked Adelia, sila ambil ubat.”
Setelah memastikan Orked betul-betul duduk dengan selesa, Syed Haidar menghampiri kaunter ubat. Dia mengambil ubat sekali gus membuat pembayaran.
Orked memerhatikan Syed Haidar yang sedang tersenyum dan sekali-sekala ketawa. Lelaki itu kelihatan sangat ramah. Tiada rupa penjahat pun. Mulut dia saja yang gatal nak panggil penjahat.
Dia tahu Syed Haidar seorang selebriti terkenal dan dia kagum kerana lelaki itu sanggup melayan peminatnya di sini. Alangkah bagusnya kalau dia punyai abang yang bertanggungjawab seperti Syed Haidar. Hendak jadikan kekasih, sudah tentu lelaki itu tak akan memandangnya. Awal-awal lagi mereka sudah bercakaran.
Haish... kenapa pula aku melalut sampai bab kekasih ni? Aku muda lagi kut!’
“Cik Orked... dah sampai mana ni?”
Teguran Syed Haidar membuatkan Orked terkejut. Leka memikirkan sesuatu hingga tidak perasan lelaki itu sudah berdiri di sebelahnya. Bungkusan plastik berwarna
putih di tangan selebriti itu bertukar pemilik.
“Dah sampai London kut, jumpa Daniel Craig,” jawab Orked selamba.
“Daniel Craig... awak minat James Bond ke? Biasanya orang muda macam Cik Orked ni minat Daniel Radcliff atau paling tidak Robert Pattinson. Kenal kan siapa Robert Pattinson.”
“Tak kenallah siapa Robert Pattinson...” Orked langsung tak berminat nak berbual dengan Syed Haidar tapi lelaki ini makin galak pula mengajak. Dia bukan makhluk planet Marikh yang tak kenal puntianak handsome tu. Sengaja jawab tak kenal. Malas nak layan.
“Nampaknya orang lebih kenal Edward Cullen berbanding nama sebenar dia. Kesian dia... Cik Orked tak minat dia?” Syed Haidar masih tegak berdiri di sebelah Orked. Sebenarnya dia menunggu gadis itu bangun. Kurang elok jika dia memaksa pula. Risau jika Cik Mafia mahu berehat lagi.
Orked menyepetkan mata. Tak faham bahasa betullah lelaki ini. Tak boleh ke mereka cepat-cepat keluar dari situ. Nanti timbul gosip-gosip liar pula.
“Kalau aku minat dia pun apa yang aku dapat? Dia bukan kenal aku pun.” Jari-jemari Orked bermain-main di sekitar lututnya. Dah terkorban sehelai seluar jeannya. Hendak beli yang baru memang dia tidak mampu. Kalau dia suruh lelaki ni ganti seluar dia logik tak? Sudi tak agaknya lelaki ini tunaikan permintaannya?
“Jom, kita beli seluar baru.”
“Hah?” Orked angkat muka melihat Syed Haidar. Curiga seketika. Lelaki itu pandai baca fikiran orang ke? Baru saja terlintas dalam fikirannya hendak minta ganti, lelaki itu sendiri yang pelawa. Serta-merta senyuman diukirkan. Penjahat yang budiman.
 “Baju aku pun ganti sekali tau.” Orked memaut lengan Syed Haidar. Dia perlukan bantuan lelaki itu untuk bangun. Lututnya agak sakit selepas menerima rawatan tadi.
Ewahhh... suka hati ketuk saya. Rasanya seluar je yang rosak. Baju tak ada masalah pun.” Mata Syed Haidar memerhatikan T-shirt Orked. Baru dia perasan pakaian gadis itu agak lusuh. Tangan Orked pula sedang elok melingkar di lengannya. Seperti pasangan kekasih pula.
Orked sudah pun tegak berdiri dan lengan Syed Haidar masih dipeluk kemas olehnya. Pandangan mata selebriti itu buat dia tak selesa. Tipikal lelaki kaya akan pandang perempuan miskin dengan pandangan jelik.
Shopping baju sehelai pun kedekut. Minda aku terkejut sebab kena langgar tadi. Jadi aku tuntut ganti rugi terapi minda. Ada faham?” Mata Orked tajam menikam anak mata Syed Haidar. Terasa dia sangat kerdil di sisi lelaki itu.
“Terapi minda apanya. Otak awak bergegar ke sampai perlukan terapi minda segala bagai.” Seronok pula berlawan kata dengan Cik Mafia ni. Comel bila wajah itu marah. Syed Haidar sembunyikan senyum.
“Weh... kau nak tapak kaki kiri atau kaki kanan? Tak sabar nak tengok muka handsome kau ada cap tapak kasut.” Orked ketap bibir geram. Dia berjalan perlahan mengikut rentak kaki Syed Haidar keluar dari klinik.
“Nak cium pipi pun tak sampai. Ada hati nak bagi tapak kaki. Katik tu buatlah cara katik. Tak sedar diri pulak. Kelakar betullah...” Syed Haidar ketawa perlahan. Geram pun nampak comel.
“Apa ni sebut benda mengarut depan budak kecik. Ini sudah lebih... tak dapat kaki aku bagi je tapak kasut. Apa susah. Rasanya tangan aku masih mampu nak cabut kasut lepas tu capkan kat muka kau tu.”
Hamboi... garang!” Syed Haidar membukakan


No comments:

Post a Comment