MIKAYLA keluar dari kawasan dorm menuju
ke padang kawad. Meninggalkan Elda yang sedang berbual
dan beramah mesra dengan beberapa askar-askar wanita.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya yang sedikit
berserabut.
Ibu baru sahaja membuat panggilan telefon
kepadanya sebentar tadi. Memaklumkan mengenai ayah.
Bukan Ayah Nahlan yang kini merangkap ayah tirinya, tetapi
ayah kandungnya, Ayah Mirza yang telah lama menghilangkan
diri tanpa khabar berita.
Seingatnya, kali terakhir dia bertemu dengan
ayahnya ketika usianya 9 tahun. Sudah terlalu lama dia tidak
bertemu dengan ayah kandungnya itu. Yang hilang begitu
sahaja tanpa berhubung dengannya sejak peristiwa ‘malang’
itu.
Sejak itu, janji ayah untuk pulang pada hari jadinya
yang ke-10 hanya tinggal janji. Berhari-hari Mikayla murung
dan jatuh sakit merindui seorang lelaki yang dipanggil ayah
yang meninggalkannya tanpa ucapan selamat tinggal apatah
lagi kucupan akhir seperti yang selalu dilakukan oleh ayahnya.
Air mata dikesat perlahan apabila teringatkan
memori indah bersama ayah. Entah mengapa air matanya
semakin laju dan seakan tidak mahu berhenti. Hati Mikayla
sakit mengenangkan bagaimana seorang ayah sanggup
mengabaikan anak kandungnya sendiri.
Ayah Nahlan yang langsung tidak mempunyai
hubungan darah dengan dia pun melayannya sama seperti
Naura dan Naufal. Walaupun dia sekadar anak tiri sahaja
kepada lelaki itu, namun kasih sayangnya tidak pernah
berkira apatah lagi berkurang. Sedangkan ayah kandungnya
sendiri?
Mikayla masih ingat lagi hari terakhir dia bersama
dengan ayah kandungnya. Basikal baru yang dibelikan ayah
mengundang seribu satu emosi yang begitu mengujakan bagi
kanak-kanak sepertinya yang berusia 9 tahun. Dia masih ingat
pada hari itu, pagi yang begitu indah sewaktu dia berbasikal
dengan ayah di kawasan taman perumahan.
Waktu itu, ayah dan ibu sudah tidak lagi bersama.
Ada masanya ayah akan datang berjumpa dengannya dan
meluangkan waktu bersama dengannya berhari-hari lamanya.
Dan ada masanya ayah menghilang tanpa khabar berbulan
lamanya. Dan momen terakhir bersama dengan ayah adalah
sewaktu dia berbasikal dengan ayah.
Mikayla berbasikal dengan gembira sekali ditemani
ayah yang turut berbasikal juga. Dan, kerana kecuaian
Mikayla sendiri, dia telah terlibat dalam kemalangan apabila
dirinya dirempuh sebuah kereta sewaktu menaiki basikal
tersebut. Bayangan terakhir yang dia ingat tentang ayah
adalah bagaimana lelaki itu memangku tubuhnya dan
meraung sekuat hati menjerit namanya.
Sewaktu dia terlantar di hospital, tidak sekali pun
ayah menjenguk dirinya. Berhari-hari dia menanggung rindu
pada lelaki yang bergelar ayah. Ingin sekali dia mengadu
tentang suntikan doktor yang begitu menyakitkan, luka di
tubuh yang ditanggung berhari-hari lamanya dengan pedih
dan bisa yang tidak tertanggung dan juga ubat-ubatan yang
sungguh memualkan. Namun, ayah tiada untuk mendengar
segala cerita sedih itu.
Keadaannya semakin memburuk apabila dia mula
mengalami kemurungan. Tidak mahu bercakap. Malah, lebih
teruk lagi menolak segala jenis makanan yang diberikan.
Sehinggalah tiba hari itu. Itulah harinya. Hari dia
dapat mendengar suara yang begitu dirindu saban hari. Itu
pun hanya melalui panggilan telefon. Kata ayah, jika mahu
ayah pulang, dia perlu kembali sihat secepat mungkin.
Ayah tidak mahukan Mikayla versi begini; lemah dan tidak
berdaya. Ayah janji akan pulang untuk bertemu dengan anak
kesayangannya ini. Satu-satunya darah daging Ayah Mirza di
muka bumi ini.
Dek patuh dengan permintaan ayahnya, dia kembali
sihat dan dibenarkan keluar dari hospital setelah kembali
pulih sepenuhnya. Dan, sejak itu khabar ayah langsung hilang
begitu sahaja. Namun, Mikayla masih menanti ayahnya itu
sehingga ke hari ini. Buat pertama kalinya, pada hari ini ayah
menghubungi ibu. Bertanyakan tentang dia.
Air matanya dikesat lagi. Cuba untuk menenangkan
dirinya. Dia mendongak dan melihat bintang-bintang yang
bertaburan di langit yang luas terbentang. Setiap satunya
berkilauan dan kelihatan indah terletak di antara satu sama
lain.
Mikayla mencuba untuk melupakan kisah ayah
yang hilang bertahun-tahun lamanya dan kini tiba-tiba
muncul bertanyakan tentang dirinya. Namun, gagal. Dia
tertanya-tanya apa khabar dengan ayahnya? Masih segakkah
seperti dahulu? Adakah kemunculannya hanya untuk
bertanyakan tentang dirinya?
Mikayla akan pastikan lelaki bergelar ayah itu akan
terus merindui dirinya. Dia tidak akan sesekali mencari
ayahnya dan dia akan pastikan lelaki itu sendiri yang datang
kepadanya, seperti yang pernah dijanjikannya dahulu.
Sudah dipesannya kepada ibu, agar jangan sekali-kali
meminta nombor telefon lelaki itu. Jangan sesekali diberitahu
apa sahaja maklumat mengenai dirinya kepada ayah. Dia
mahu lelaki itu mencari anak kandungnya sendiri dengan
segala upayanya sendiri sebagai seorang ayah.
Hidup dan mati Mikayla, biarkan lelaki bernama
Mirza itu mengambil tahu dengan caranya sendiri. Seperti
sepatutnya seorang ayah lakukan sejak dahulu.
Tiba-tiba kedengaran suara dari walkie-talkie.
Bayangan ayah segera menghilang dari ruangan mata.
Mikayla cepat-cepat mencari dari mana arahnya suara
itu. Kelihatan Dihya’ yang sedang duduk selamba sedang
menjawab panggilan dari walkie-talkie miliknya sambil mata
tidak lepas memandang ke arahnya.
Mikayla mengesat air matanya kering-kering. Tidak
mahu lelaki itu melihat wajahnya yang sudah sembap dek air
mata.
“Dah okey?” soal Dihya’ yang bangun daripada
duduknya. Kemudian langkahnya mula mendekati Mikayla.
“Dah. Paramedik ada bagi ubat tadi. Saya dah okey
dah.” Mikayla menjawab sambil menundukkan wajahnya.
“Maksud saya, saya tanya awak dah habis menangis
ke belum?” Dihya’ bertanya lagi tanpa berselindung atau
berkias.
Mikayla masih seperti tadi. Diam dan hanya
menundukkan wajahnya.
“Mana ada saya menangis.” Perlahan saja suara
Mikayla menjawab.
“Cuba tengok wajah saya yang handsome ni bila
bercakap.” Dihya’ cuba mengusik gadis di hadapannya.
Mikayla cuba untuk menenangkan emosinya.
Sebaknya masih bersisa. Air matanya masih lagi mengalir
perlahan. Degil dan tidak mahu berhenti.
Kali ini, berkali-kali dia mengesat air matanya.
Tetap basah kelopak matanya. Wajah ayah kandungnya
begitu mengganggu fikirannya malam ini. Tahukah lelaki
itu bahawa dia terlalu merindui seorang lelaki bergelar ayah?
Begitu mudah dirinya dilupakan oleh ayah.
“Kay, kalau awak masih menangis begini, silap-silap
malam ni jugak saya hantar awak balik Cameron Highlands.
Lupakan aje kerja awak kat sini, kita balik Cameron Highlands,
okey? Saya tak senang hatilah tengok awak macam ni.”
Mendengar sahaja kata-kata Dihya’, tiba-tiba darah
Mikayla seakan menggelegak.
“Saya akan habiskan kerja saya walau macam mana
sekalipun keadaan saya. Awak atau sesiapa pun takkan boleh
halang saya!”
Mikayla bersuara garang walaupun diselangi dengan
sedu yang tak dapat ditahan. Waktu begini, dia sendiri dapat
merasakan yang dirinya sudah menyerupai perangai kapten
di hadapannya itu. Kerja nombor satu!
“Then, stop crying like a baby. The other side of you,
it’s just too cute to handle.” Dihya’ bersuara lagi.
Mikayla memandang wajah Dihya’. Renungan begitu
lagi yang lelaki solja itu pamerkan. Dia tidak dapat lari
daripada membalas renungan Dihya’ yang sedang mengukir
senyum kepadanya. Dia turut tersenyum. Senyuman lelaki
itu bagaikan ubat penenang. Meresap jauh ke dalam hati dan
menenangkan perasaannya yang berkecamuk.
Dikesat air matanya yang bersisa. Entah bagaimana
dia boleh terpujuk dengan Dihya’ dalam sekelip mata.
Perasaannya tidak begitu menyeksa seperti tadi. Tidak
terbayang kapten segarang itu boleh menjadi sebegini
gentleman dengannya. The other side of him, that no one
knows. Too sweet to handle!
“Thanks. Saya rasa saya dah betul-betul ‘okey’,
kapten. Layanan first class betul di sini. Menangis pun ada
orang pujuk,” ujar Mikayla.
Cubaan untuk bergurau atau cubaan untuk
bermanja?
“Well, ibu awak yang call saya tadi suruh
tengok-tengokkan awak.”
Mikayla memandang Dihya’. ‘What??? Mana datang
Puan Maria antara kita berdua ni, Kapten Dihya’ oii...’
“Ibu? Ibu call awak? Then, awak ada kat sini bukan
sebab nak pujuk saya? Sebab ibu saya yang suruh?” Mikayla
menyoal. Tajam pandangannya merenung anak mata lelaki
itu.
“Eh, saya pujuk awak? Oh, awak boleh anggap begitu
kalau itu buat awak rasa lebih baik dari tadi. Tapi, memang
ibu awak ada call saya tadi. Dia risaukan awak.”
Mikayla cuba menahan malu. Tak boleh ke dia
berlagak sweet sikit? Oh, my! Kenapa dia boleh jatuh cinta
dengan lelaki sebegini? Kenapa?
“Beribu-ribu terima kasih atas kerisauan ibu yang
membawa awak ke sini, Kapten Dihya’.” Mikayla berlalu
meninggalkan Dihya’ di belakangnya. Lelaki solja itu
mengejar langkahnya dan berjalan di sebelahnya melalui
padang kawad yang begitu luas itu.
“Lega saya tengok awak dah okey. I mean, okey dari
peristiwa petang tadi dan okey untuk sekarang. Kalau tak,
satu kem nanti tak tidur malam penangan Double M yang
tiba-tiba kena hantar balik Cameron Highlands.”
Mikayla tergelak kecil.
“Takkanlah sampai macam tu sekali.”
“Kalau bukan sebab Double M, tak adalah Jamal
dengan Joe jadi bodyguard awak dari pagi sampai petang.
Dewan makan tu sampai senyap sunyi dibuatnya sebab semua
sibuk nak tengok awak dari nak makan nasi sebenarnya.
Masa kawad kaki, berapa ramai yang buat-buat silap step
semata-mata nak cover awak, Cik Double M.”
Mikayla cuba mengingati semula peristiwa sepanjang
hari ini. Ya ke?
“Tak baik tau awak cakap macam tu. Anak-anak
buah awak semuanya baik-baik belaka. Awak tu yang garang
macam bapak singa. Sikit-sikit jerit nama saya. Telinga saya
ni, naik bingit dengar suara awak. Kay! Macam mak nenek
kau berjalan! Lepas tu, awak denda saya macam-macam. Buat
lompat bintang. Lompat katak. Tak baik tau!”
Tenang sahaja Dihya’ mendengar Mikayla mengadu
itu dan ini. Dia membiarkan gadis itu terus mengadu dan
bersuara kepadanya. Biar lega perasaan Mikayla. Biar lupa
sebentar pada masalah yang membelenggu.
Panggilan daripada Puan Maria memang tidak
dijangka Dihya’. Panggilan yang meminta dia untuk melihat
keadaan Mikayla yang tiba-tiba memutuskan panggilan tanpa
diketahui atas sebab apa. Hanya dinyatakan urusan keluarga
yang agak serius melibatkan Mikayla dan ayah kandungnya.
Sememangnya dia berhubung dengan Puan Maria
sejak hari pertama gadis itu menjejaki kakinya di kem ini. Nak
diharap gadis kepala batu itu untuk menghubungi ibunya?
Mimpilah sampai tahun depan! Baru second date, dah kena
tinggal dengan Mikayla. Memang gadis hati kering!
“Kalau awak nak tengok saya versi yang tak garang
dan tak pernah awak tengok, kahwin ajelah dengan saya.
Lepas tu, hari-hari awak boleh tengok muka saya yang
handsome ni.” Dihya’ cucuk jarum lagi. Bukan senang dapat
berbual begini dengan gadis itu. Ah, Mikayla... suka benar
hatinya apabila gadis itu berada dekat begini dengannya.
“Boleh kenyang ke setakat tengok muka awak yang
handsome tu?”
Dihya’ membesarkan matanya sambil bercekak
pinggang.
“Awak nak cakap gaji saya kecil dan tak mampu nak
tanggung perempuan high maintenance macam awak ke?”
Mikayla tersenyum sinis memandang Dihya’. Kelakar
melihat reaksi lelaki solja itu. Berkerut-kerut wajah lelaki itu
memandangnya. Geram sangatlah tu.
“Mana ada saya cakap macam tu. Saya bukan
perempuan tipikal yang menunggu lelaki datang meminang
dan sediakan segalanya untuk saya.”
Dihya’ tersenyum mendengar kata-kata Mikayla.
“So, awak jenis perempuan yang macam mana?”
Dihya’ menyoal Mikayla. Kembali berjalan sambil tangannya
menyeluk ke dalam poket.
“Awak suka perempuan yang macam mana?” Mikayla
tidak menjawab soalan. Sebaliknya menyoal Dihya’ kembali
dengan soalan nakal.
“Kalau boleh nak yang manja-manja macam
Anzalna.”
Anzalna? Selebriti jelita yang terkenal dengan dress
perkahwinannya yang cantik. Memang cantik dan manja.
Mikayla buat muka. Menyampahnya dengar statement lelaki
begini. Manja-manja? Oh, my!
“Manja-manja macam mana?” soal Mikayla dengan
muka terkejut. Tiba-tiba rasa nak tahu.
Dihya’ semakin teruja melihat wajah Mikayla.
Kelakar dia melihat wajah comel itu berkerut-kerut cuba
memahami kata-katanya.
“Sibuk aje nak tahu. Kata tak suka lelaki macam
kita.” Dihya’ mengusik. Suka benar dia melihat riak wajah
Mikayla yang boleh berubah 360 darjah hanya dengan
mengusik emosinya sahaja.
Mikayla kehilangan kata-kata. Dia melajukan
langkahnya. Malu. Tak tahu nak letak di mana wajahnya saat
ini.
“Oi, cik kak! Nak pergi mana tu?” Suara Dihya’
menyoal dari belakang.
“Balik biliklah!”
Mikayla menjawab tanpa memalingkan wajahnya.
Jalan terus laju-laju tidak mahu menyambung perbualannya
lagi dengan lelaki solja itu.
“Itu nak menuju ke dorm lelaki. Bilik awak sebelah
sana.”
Dihya’ sudah menahan senyum melihat Mikayla
yang berjalan seperti gaya berkawad saja rupanya.
Mikayla menghentikan langkahnya. Dia membelok
kiri laju-laju. Tidak mahu melihat ke belakang lagi. Pasti
seronok Dihya’ mentertawakannya kali ini. Ah, kenapa lelaki
solja itu harus muncul di saat-saat begini? Sabar sajalah!
Dihya’ tersenyum bahagia, melihat gelagat Mikayla
yang tak tentu arah. Kalau benar gadis itu juga menyukainya,
sudah lama disuntingnya gadis itu menjadi isterinya.
Teringin diluahkan hasrat hati, namun dia tidak
yakin Mikayla punya rasa yang sama sepertinya. Mampukah
Mikayla bertahan dengan lelaki solja seperti dia?
Ah, malas mahu berfikir terlalu banyak. Ada jodoh,
adalah nanti. Tak mahu dikejar sangat. Nanti dia juga yang
malu.
Di sini aku melihat
Masa bahagia kita berdua
Kau dan aku
Bercinta menyimpul asmara
Mungkinkah kau juga
Merasakannya seperti aku
Terlalu cintakan kamu
Rindu yang terlerai
Setiap kalinya senyum manismu terukir indah
Jangan pergi lagi sayang
Bimbang aku engkau tiada
Menjalani hari tanpa kamu
Hanya engkau yang layak
Genggam hati yang sepi ini...
*** AKAN BERADA DIPASARAN UNTUK KELUARAN OGOS 2018**
DAPATKAN TEASER PERCUMA!
Showing posts with label Qash Irdina. Show all posts

Thursday, 20 September 2018
TQ Kapten! - Bab 9
KEESOKAN harinya, Mikayla sudah bangun
seawal jam 4 pagi. Intro sedikit depan kamera dengan Waliy
di hadapan padang kawad dan meneliti beberapa skrip yang
perlu dihafal. Shoot sebanyak yang mungkin, jadi bahagian
yang terbaik akan dipilih semasa peringkat suntingan nanti.
Physical Training (PT) dimulakan selepas sahaja solat
subuh berjemaah. Di mana mereka dikehendaki berlari dan
berkawad di dalam kawasan kem sejauh 5 km. Waktu begini
namanya sahaja yang asyik disebut-sebut. Maklumlah asyik
tersalah langkah saja. Bukan dia tak perasan wajah Waliy dan
Elda yang asyik tersenyum-senyum dan mentertawakannya.
Lari 5km dengan rentak yang sama. Bayangkanlah! Tak
tahulah macam mana rupa dia dalam dokumentari itu nanti.
Harap-harapnya Waliy tak banyak fokus gambar wajahnya
yang tercungap-cungap kepenatan. Penat weh!
Selepas berlari sejauh 5 km, mereka dikehendaki
menggalas beg seberat 25 kg. Bahagian inilah yang paling
kelakar. Sebaik saja beg itu digalas oleh Mikayla, tubuh
Mikayla terus melayang jatuh ke belakang. Berat dia, Tuhan
saja yang tahu.
Berbanggalah wahai rakyat Malaysia. Lelaki-lelaki
solja ini berlatih menggalas beban seberat ini hampir setiap
hari demi menguatkan stamina dan membina ketahanan
diri yang mantap seiring dengan disiplin diri yang perlu
diperkuatkan sebagai seorang tentera. Tidak mereka duduk
sahaja di kem dan tidak berbuat apa-apa menunggu perang
baru hendak dikerah kudrat dan keringat mereka. Banyak yang
mereka korbankan demi memastikan penduduk menghirup
udara keamanan dan kebebasan di tanah air sendiri.
Pada sebelah petangnya, Mikayla menyertai latihan
rempuh halangan. Cuba teka apa yang paling mencabar bagi
seorang wanita tika dan waktu seperti ini? Pastinya terik
mentari yang betul-betul di atas kepala. Sesiapa sahaja pasti
dapat merasakan kulit seperti udang kena bakar. Berminyak
tak payah cakaplah. Alangkah indahnya waktu-waktu seperti
ini jika dia dapat duduk dengan tenang di pejabat dengan
penghawa dingin yang sememangnya menyejukkan sehingga
menggigil tulang kaki.
Mikayla perlu melalui beberapa halangan seperti
memanjat tembok setinggi 6 kaki dan 12 kaki, monkey bar,
piramid, tangga kambing dan merangkak di bawah dawai
kawad di dalam lumpur. Seperti selalunya, nama Mikayla
sememangnya menjadi laungan semangat buat lelaki-lelaki
solja di dalam pasukannya. Terasa seperti ingin menangis
tatkala merangkak di dalam lumpur dan bajunya hampir
tersangkut pada dawai.
Dihya’? Ah, lelaki kejam itu tenang sahaja
memerhatikan dia di sebalik cermin mata hitamnya.
Sikit-sikit hanya namanya sahaja yang naik.
‘Kay! Lain yang dibuat dari yang diajar.’
‘Kay! Pantas sikit. Macam mak nenek kau berjalan.’
‘Kay! Kay, Kay, Kay!’
Sakitnya hati dia. Nak saja dia menggenggam lumpur
itu dan melumur ke muka Dihya’. Bajet handsome sangat!
Tapi, tetap ada masa yang menyeronokkan di sebalik
semua ini. Semangat berpasukan dan setia kawan. Mikayla
menjadi seperti lelaki bongsu di dalam kumpulannya. Dia
dapat merasakan semua ahli kumpulannya begitu menjaga
dan membantu setiap pergerakannya. Layanan yang begitu
istimewa. Setiap kali dijerkah oleh kapten kejam itu ada
sahaja ahli kumpulannya yang akan membantu dan cuba
menceriakan setiap langkahnya. Terutama sekali Jamal dan
Joe. Dua teman baik ini yang setia sentiasa bersama dengan
Mikayla sejak latihan ini bermula. Bukan, sejak PT pagi tadi
sebenarnya.
Jamal yang kelakar dan Joe yang dua kali lima
sengalnya. Kata-kata semangat yang tidak putus-putus
diberikan saat dia terasa seperti sudah putus nyawa. Hahaha...
Ada masanya sewaktu Dihya’ sedang fokus memerhatikan
yang lain, ahli kumpulannya akan menyuruhnya untuk skip
salah satu halangan yang agak sukar untuk dilakukannya.
Keyword yang akan disebut, ‘halal’. ‘Halal’ yang membawa
maksud menyuruhnya untuk maju ke halangan yang
seterusnya. Segarang-garang Dihya’, nakal lagi anak-anak
buahnya.
Sewaktu latihan rempuh halangan berakhir, semua
kembali berkumpul sebelum bersurai. Namun, belum
sempat Dihya’ memulakan ucapannya, Jamal sudah menjerit
namanya.
“Kak Kay! Darah!” jerit Jamal.
Mikayla terpinga-pinga. Mana datangnya darah?
Tangannya? Tak ada pula. Okey saja. Seluruh tubuhnya juga
okey saja.
Dihya’ yang mendengar jeritan Jamal segera
mendekati Mikayla rapat tanpa sebarang amaran. Ditarik
lengan gadis itu dan membawa Mikayla duduk di bawah
pokok. Kemudian disuruh Mikayla duduk untuk membuat
rawatan. Tapi gadis degil seperti Mikayla memang susah mahu
mendengar arahan dan sentiasa cuba ingkar arahannya.
“Buat apa nak suruh saya duduk kat sini? Awak nak
buat apa?” soal Mikayla. Cemas.
“Sebelum saya sendiri angkat awak pergi bilik
kecemasan, baik awak duduk dan tundukkan kepala awak,
pandang ke bawah. Jangan nak fikir macam-macam pulak.
Saya nak hentikan pendarahan kat hidung awak tu,” ujar
Dihya’.
Baru kini Mikayla dapat melihat anak mata lelaki
solja itu yang baru membuka specs mata hitamnya dan
diselitkan di poket bajunya. Wajahnya tidak segarang tadi.
Ada riak risau di sebalik wajah itu.
Mikayla duduk perlahan-lahan dan membongkok
dengan tenang seperti yang diarah oleh Dihya’. Ya, baru
ketika itu dia dapat merasakan cecair panas di wajahnya.
Rasa macam selesema saja. Cuba dikesat dengan tangannya.
Memang betullah. Tangannya ada kesan darah pekat. Banyak
juga darah yang mengalir. Macam mana dia boleh tak perasan?
Pasti hodoh sudah wajahnya ketika itu. Malunya! Baru sahaja
buat latihan rempuh halangan, takkan dah tumbang sebegini
rupa? Tengok orang lain, okey saja.
Elda di sisi meminta Mikayla agar merendahkan
bahagian kepalanya untuk menghentikan pengaliran darah di
hidung. Jamal dan Joe pula datang dengan membawa ais dan
tuala. Entah bila kala mereka berdua pergi mengambil semua
itu. Terharu melihat semua yang ada di sisinya ketika ini.
Elda mengelap tangan Mikayla yang mempunyai
kesan darah. Manakala Dihya’ menekap tuala berisi ais di
pangkal hidung Mikayla. Tuala satu lagi dibasahkan air dan
dia membersihkan wajah Mikayla dari kesan darah. Dia
melakukannya dengan teliti tanpa memandang sedikit pun
Mikayla.
“Pernah jadi macam ni tak?” soal Dihya’ kepada
Mikayla.
“Pernah masa kecik-kecik dulu. Dah besar tonjeng
macam ni tak pernah pulak.”
“Cuaca panas sangat ni. Kejap lagi awak okeylah. Tak
ada apa-apa ni. Nanti saya minta pasukan paramedik datang
tengok awak. Lepas ni, awak rehat dulu. Tak payah masuk
untuk aktiviti petang ni.”
Acah-acah ambil berat pula lelaki solja ni. Ingat
Mikayla akan cair?
“Eh, mana boleh macam tu. Saya kena habiskan
kerja saya dalam tempoh 6 hari ni.”
Dihya’ menggeleng sahaja mendengar jawapan
Mikayla. Dah sakit begini pun masih nak fikir pasal kerja lagi.
“Saya tahu awak kena habiskan tugas awak secepat
mungkin. Saya takkan biarkan awak duduk lama-lama kat
sini. Baru sehari awak kat sini...”
“Apa pulak sehari, dah dua harilah.” Mikayla
menyampuk.
Elda menampar bahu Mikayla. Dia juga tak
tahan dengan mulut mak nenek kawannya itu. Rasa nak
dicili-cilikan saja.
“Cuba jangan menjawab. Aku cubit mulut kau tu
nanti!” marah Elda. Geram dengan mulut Mikayla. Kecil tapi
kuat menjawab. Entah kenapa asyik nak cari pasal saja dengan
Kapten Dihya’. Kawan baiknya tu tak takut ke dengan mamat
yang serius memanjang ni? Karang dibuatnya mengamuk,
tak pasal-pasal Mikayla, dia dan Waliy kena halau keluar dari
kem ni. Dokumentari ke mana, kerja pun melayang. Hesy,
Mikayla ni!
“Awak berehat aje untuk petang ni. Latihan
kita cukup sampai di sini untuk hari ini. Dapatkan rehat
secukupnya. Dan kalau awak dah okey esok, kita akan
sambung untuk latihan lain yang lebih mencabar. Kalau awak
tak okey semasa hari esok, jangan mimpi saya nak bagi awak
ikut latihan ini. Awak boleh sambung untuk berada di sini
untuk tempoh berminggu-minggu lagi selama mana yang
awak mahu untuk habiskan kerja awak. Tapi, kalau awak tak
betul-betul fit untuk ikut rutin kami, sampai bila-bila pun
saya takkan benarkan awak ikut kami menjalani latihan lagi.”
Dihya’ memberi amaran.
Mikayla dapat melihat Dihya’ yang merenungnya
dalam-dalam. Kali ini, tidak berkelip matanya memandang
Dihya’.
“Kakak cantik, dengarlah cakap bos kacak. Rehat
dulu. Esok kita sambung lagi, okey?” pujuk Jamal.
Nasib baik ada Jamal yang baik hati. Cubalah Dihya’
cakap lembut-lembut macam Jamal. Susah sangat ke?
“Kalau degil jugak tak nak dengar cakap, sekarang
jugak awak boleh packing barang dan balik. Suka hati
awaklah, Cik Kepala Batu.” Dihya’ menyerahkan tuala yang
berisi ketulan ais kepada Elda. Dia terus meninggalkan
Mikayla di situ dan kembali menghadap anak-anak buahnya.
Beberapa arahan dikeluarkan dan semua orang mulai beredar.
Tinggal Mikayla berdua dengan Elda. Waliy
pun dah bersiap-siap nak berkemas untuk menyimpan
barang-barangnya. Akur dengan kata-kata Dihya’ sebentar
tadi. Isyarat tangan Elda juga memberinya arahan untuk
pulang dahulu.
“Kau nak bangun tak? Kita berehat dalam bilik
eh?” pujuk Elda. Dia kasihan dengan kawannya, Cik Kepala
Batu ni. Dahlah sakit begini, kena marah pula lagi. Tak patut
betullah Kapten Dihya’ tu.
Kadang-kadang dia pun pelik. Kenapalah kapten tu
asyik nak cari pasal saja dengan Mikayla yang cantik jelita tu.
Lelaki-lelaki lain confirm akan melayan Mikayla baik punya.
Yalah, bukan nak membawa maksud orang cantik-cantik ni
harus dilayan seperti VIP atau puteri raja, cuma janganlah
berkasar sangat.
Mikayla pun bukan jenis perempuan gedik atau
mengada-ada yang mahukan perhatian lelaki. Dia kenal
Mikayla itu gadis yang macam mana. Kalau dia nak hidup
senang atas duit semata-mata memang mudah. Berbekalkan
wajahnya yang cantik sahaja dia sudah mampu memikat
mana-mana jutawan di luar sana dan hidup senang-lenang
tanpa perlu bersusah payah begini.
Dek perangai Mikayla yang begitu
bersungguh-sungguh yang membuatkannya jadi melekat
untuk bersahabat dengan gadis itu. Gila bekerja dan tidak
menjadikan kecantikannya sebagai bonus untuk mendapatkan
apa yang dia mahu.
“Sekejap lagilah, El. Aku nak duduk sekejap macam
ni. Kau tengok tu, bukan senang nak dapat pemandangan
macam ni. Lepak-lepak bawah pokok sambil baring atas
riba kau. Dengan angin sepoi-sepoi bahasa lagi. Hmm,
bahagianya!”
Elda tersenyum mendengar kata-kata Mikayla.
Sakit- sakit macam ni pun ada mood nak berangan. Layankan
sajalah.
“Kau betul-betul pulun nak siapkan dokumentari ni,
kan?” soal Elda.
“Mestilah kena pulun. Untung-untung dah dapat
buat dokumentari dalam negara, lepas ni aku nak mohon
untuk buat dokumentari di luar negara pulak. Yang lebih
mencabar dan boleh memberi inspirasi kepada penonton. Dan
boleh memberi kesan pada semua jiwa yang tengok apa yang
sedang kita buat ni. Aku nak penonton kita dapat satu mesej
yang mereka perlu jadi manusia yang luar biasa walaupun di
mana mereka berada. Tak kira berapa kecik pun pekerjaan
diaorang. Semuanya dikira dalam satu jumlah yang cukup
besar di sisi Tuhan.”
“Semua ini bagi aku satu rasa puas yang tak terhingga
bila aku dapat sampaikan apa yang aku alami dan usahakan
kepada semua dengan jelas dan indah. Sesuatu yang akan
dikenang sampai bila-bila. Macam aku selalu cakap kat kau.
Momen yang kita ambil dan jadikan ia dalam bentuk gambar
apatah lagi video akan jadi satu saat yang paling bermakna.
Aku memang suka sangat benda-benda macam ni. Aku enjoy
dan hargai setiap dari momen tu,” jelas Mikayla panjang.
“Kerja kita ni, bukan setakat nak impress bos dan
orang luar. Kepuasan terasa apabila ada yang tersenyum
melihat hasil kerja kita dan bila ada yang menangis kerana
kita berjaya membangkitkan elemen nostalgia dari waktu
yang berlalu. Dan, lebih hebat lagi kalau ada yang berubah
kerana apa yang telah kita sampaikan. Itu yang paling aku
rasa susahlah nak buat setakat ni,” tambah Mikayla lagi.
“Tak ada hal langsung untuk kau buat semua tu.
Kepala otak kau tu bergeliga. Memang kau akan buat sampai
dapat. Macamlah aku tak tahu. Tapi, aku peliklah. Kenapa
kau asyik kena aje dengan Kapten Dihya’ tu? Dah tu, garang
sangat dengan kau. Tak boleh ke lembut-lembut sikit?
Hangin semacam aje dengan kau. Kau pernah tolak cinta dia
ke? Atau kau ada buat salah dengan dia dalam kehidupan kau
yang lalu?”
Mikayla dan Elda sama-sama tergelak. Apalah punya
mengarut soalan Elda ni!
“Ingat lagi tak kat ‘bakal tunang’ aku yang tak jadi
tu?” soal Mikayla sambil bangun dari riba Elda. Rasa-rasanya
pendarahan hidungnya telah pun berhenti. Beku otaknya
ditekup dengan ais sejak tadi.
Elda menganggukkan wajahnya. Teruja.
“Itulah dia, mamat yang kau panggil kapten tu.”
“Gila kau!” Elda terkejut. Ternganga mulutnya
ketika itu. Patutlah, macam anjing dengan kucing saja dua
manusia berlainan jantina ini. Pantang berjumpa, mesti ada
saja nak bertikam lidah. Tak Dihya’ yang naik angin, Mikayla
yang tarik muka empat belas. Sama rentak dan tak mahu
mengalah.
Mikayla tergelak melihat reaksi Elda.
“Betullah... yang kau duk puji handsome sangat
tu; yang garang macam bapak singa dari hari pertama aku
jejakkan kaki kat kem ni.”
“Patutlah...”
“Patutlah apa?” soal Mikayla. Dia sudah bangun dan
menarik Elda untuk ikut bangun dan pulang ke kamar.
“Garang dia ada makna. Kau tahu tak, ada
masanya aku tengok dia garang. Kejap aku tengok dia
tersenyum-senyum bila tengok kau tergolek masa buat
aktiviti. Dia memang tengok kau sepanjang kau buat aktiviti,
tahu tak? Masa yang kau skip halangan tu, kau ingat dia tak
perasan? Dia buat cool aje tau. Tapi, aku memang perasan dia
memang tak lepas tengok kau satu hari ni. Tapi, bila marah,
memang kawkaw dia marah kau. Macam kau buat salah besar
aje.”
Mikayla tersengih mendengar analisis Elda.
“Biasalah tu, El. Orang cantik macam aku ni susah
orang nak lupa. Sampai tak boleh nak move on dibuatnya.
Kapten Dihya’ kesayangan kau tu semua pembawaan
sikap-sikap tak boleh move on yang buat dia asyik nak
berangin aje 24 jam tengok muka aku. Lepas tu, nak tackle
pulak susah. Dia ingat cukup aje main ayat sweet-sweet sawit
dia dengan aku? Tak ada maknanya!”
Elda buat muka. Menyampah mendengar kata-kata
masuk bakul angkat sendiri Mikayla.
“Ah, sudahlah kau. Aku doakan kau berjodoh dan
kahwin dengan Kapten Kepala Angin tu. Sesuai sangat dengan
kau, Cik Kepala Batu, Cik Kepala Angin. Berjodoh sangat!”
Mikayla memeluk Elda. Sengaja mahu menyakat
teman baiknya itu.
“Eeee, jangan peluk akulah. Kau tu dahlah kotor,
masuk lumpur. Lepas tu dengan darah kat baju kau. Eeee,
jauh sikitlah, budak busuk!” Elda menolak tubuh Mikayla.
Tidak mahu kawannya terus memeluk tubuhnya lagi. Nanti
melekat segala jenis bakteria dan kuman di tubuhnya.
“Busuk, busuk Mikayla inilah yang akan
menggegarkan ATSD dengan dokumentari paling hebat
dalam sejarah. Aku akan singkirkan Encik Ziyad yang poyo
dan rampas ATSD dari pemerintahan kuku besi. Chewah!”
“Dah, dah. Jom balik bilik. Mengarut aje dari tadi.
Muka pun dah tak serupa orang. Dah tak cantik dah Double M
yang menjadi pojaan pak cik dan mak cik di kampung. Jom,
balik mandi!” Elda menarik lengan Mikayla menuju pulang
ke kamar mereka.

TQ Kapten! - Bab 8
MIKAYLA menekan butang merah pada
telefonnya mengakhiri panggilan telefon kepada ibunya.
Sempat bertanya khabar tentang ibu, ayah dan adik
kembarnya. Semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja. Usai
berbual ala kadar, dia memaklumkan kepada ibunya tentang
beberapa perkara dan perihal dirinya yang akan berkampung
di Markas Tentera Darat Kem Terendak, Melaka.
“Wah, sampai ke sana pulak kamu tu. Kamu
beritahulah dengan Dihya’. Mana tahu dapat jumpa dia kat
sana. Boleh dia tengok-tengokkan kamu,” beritahu Puan
Maria.
“Ibu ni, kenapa pulak nak kena beritahu dia?
Cukuplah beritahu kat ibu. Itu lebih penting. Buat apa nak
beritahu orang asing macam dia? Lagipun, dia tu siapa?
Bukannya suami Kay.” Mikayla menjawab. Kemudian dia
terdiam seketika. Tiba-tiba berasa bersalah pula bercakap
begitu dengan ibunya. Ah, itulah emosi sangat! Tak patut
langsung dia meninggikan suara terhadap Puan Maria.
“Sorry, ibu. Kay tak bermaksud nak cakap macam
tu. Maksud Kay, cukuplah doa ibu mengiringi perjalanan Kay
ke mana-mana sahaja. Itu lebih afdal.”
Kedengaran tawa kecil Puan Maria di hujung talian.
“Kay, mana tahu kalau dia tu jodoh Kay yang dah
lama menunggu?”
Mikayla terdiam. Kata-kata ibunya begitu lembut
menusuk ke kalbu. Jarang ibu nak menyentuh soal jodoh
apabila berkomunikasi dengannya.
“Ibu, Kay dah nak gerak ni. Nanti Kay call ibu lagi ya.
Kirim salam semua kat rumah. Assalamualaikum ibu,” ucap
Mikayla perlahan mengakhiri panggilan telefonnya.
Mikayla melihat pintu gerbang Markas Angkatan
Tentera Kem Terendak yang tersergam indah. Sampai
sahaja di pintu masuk, kata-kata hikmat sudah menyambut
kedatangan mereka terlebih dahulu.
Kedatangan anda tidak diundang,
jika ragu sila pulang
Meremang bulu roma membaca sebaris ayat yang
begitu ‘garang’ bunyinya.
Kelihatan gagah di luarnya dua orang lelaki yang
memakai seragam tentera di pintu besar. Melihat logo
ATSD di kenderaan mereka, laju sahaja kenderaan mereka
meluncur masuk ke dalam kem tersebut. Suasana yang
redup dengan pokok-pokok besar menghiasi di sepanjang
perjalanan mereka. Kelihatan ada kenderaan tentera yang
berselisih dengan mereka. Sudah terasa aura gagah dan setia
melihat mereka beruniform tentera.
Setelah memandu lebih kurang 5 minit, mereka
akhirnya membelok ke arah bangunan pentadbiran untuk
melaporkan diri dan bertemu dengan pegawai yang akan
memberikan serba sedikit taklimat dan prosedur sepanjang
berada di dalam markas tentera.
Mikayla, Waliy, dan Elda; hanya mereka bertiga yang
diberi tanggungjawab untuk menyelesaikan dokumentari
kali ini. Yang lain berjaya mengelakkan diri dengan alasan
urusan keluarga dan sebagainya. Maklumlah, hanya mereka
bertiga yang bujang terlajak yang tidak lain dan tidak bukan
antara yang paling sesuai memikul tanggungjawab sebegini.
Sebabnya, orang bujang dikatakan tak ada tanggungjawab
dan tiada komitmen terhadap keluarga. Yalah, orang yang
dah berkahwin sajalah yang ada anak bini. Lame excuses!
“Saya dapat arahan dari pihak pengurusan yang kamu
akan menjalani rutin harian seperti seorang anggota tentera.
Jadi, saya harap kamu boleh agak rutin yang bagaimana
akan kamu lalui sepanjang tujuh hari kamu di sini. Di sini
kamu akan merasai beberapa aktiviti fizikal tentera di kem
komando yang dilakukan setiap hari untuk mengekalkan
stamina dari segi fizikal dan mental serta sentiasa bersedia
untuk menghadapi musuh negara. Lagipun, bos kamu
mahu fokusnya untuk latihan askar lelaki. Sepatutnya, dia
hantarlah wartawan lelaki. Ini dihantarnya yang perempuan.
Pelik jugak saya rasa. Tapi, tak apalah. Sekarang perempuan
pun boleh buat semua, kan? Apa yang lelaki buat, perempuan
pun boleh buat. Betul tak?”
Mikayla hanya tersenyum mendengar celoteh itu.
Semuanya Encik Ziyad punya penangan. Disebabkan lelaki
itu, dia kena berada di sini. Terpaksa juga mengikut arahan.
Sabar sajalah.
“Disebabkan kamu sampai pun dah petang. Jadi,
jumpa kamu masa roll call nanti. Saya akan kenalkan kamu
dengan pegawai yang akan berurusan dengan team kamu
secara terus. Sekarang ni, dia tak ada. Dia bawa budak-budak
dia training sampai jam 6 petang nanti. Kamu berehatlah
sementara boleh ni. Jangan lupa ambil selimut, cadar putih
dengan kelambu hijau. Tak ada tilam empuk macam kat
rumah kamu di sini ya.”
Mikayla tersengih sahaja mendengar kata-kata
Sarjan Malik. Sengaja nak menakut-nakutkan mereka
kut. Selesai mendengar beberapa perkara daripada Sarjan
Malik, mereka diberikan tempat penginapan. Mikayla dan
Elda ditempatkan di rumah tetamu. Beria-ia Sarjan Malik
memberikan penerangan kononnya tiada tilam yang empuk.
Sampai sahaja di rumah tetamu, okey saja semua. Layanan
first class! Manakala, Waliy akan ditempatkan blok lelaki.
Yang ada cuma sebuah katil bujang, sebuah lokar dan sebiji
bantal.
Masa berlalu begitu sahaja dan tepat jam 6 petang
loceng dibunyikan. Waktu makan malam! Yeay! Tak sabar
pula nak pergi makan. Perutnya tetap lapar seperti biasa
walau berada di mana saja.
Sebaik sahaja memasuki ruang dewan makan di kem
tersebut, Mikayla sudah dapat melihat deretan manusia yang
sudah beratur untuk mengambil makanan masing-masing.
Wah, ada yang lebih pantas daripada Mikayla? Hehe... okeylah
kan. Kiranya bukan dia seorang sahaja yang lapar di sini.
Tapi, askar-askar ini lapar kira logiklah kan, setelah seharian
bekerja keras. Bukan seperti Mikayla; duduk sekejap, bangun,
buka laptop, kumpulkan bahan, cari idea, buat repot. Lepas
tu, kebulur macam tak makan sepuluh hari.
Sudah kedengaran siulan-siulan nakal apabila
Mikayla memasuki dewan makan. Ada yang sudah
tersengih-sengih memandang dan cuba menegur. Mikayla
hanya mampu tersenyum. Dia sudah biasa dengan reaksi
begini. Dan dia sudah diingatkan agar tidak melayan aksi-aksi
nakal daripada mereka di sini. Biarkan seperti angin lalu.
Mereka hanya ingin menghiburkan hati yang barangkali
gusar dan sedih berjauhan dengan keluarga. Ada juga yang
mungkin kepenatan dengan latihan yang dilalui saban hari.
Makanan diambil melalui tray yang disediakan dan
lauk-pauk yang disediakan sememangnya menyelerakan.
Kemudian, Mikayla bersama dengan tray di tangan menuju
ke tempat air minuman.
Sewaktu matanya melilau mencari ruang tempat
kosong, matanya menangkap satu susuk tubuh di hadapannya.
Pandangan matanya bertembung dengan lelaki yang memakai
uniform tentera di hadapannya. Terasa dirinya begitu kerdil
saat itu. Entah di mana hendak disorokkan wajahnya.
Seluas-luas muka bumi Malaysia yang berlekuk-lekuk ni,
kenapa dia harus bertemu dengan Dihya’ di sini? Tidak dapat
digambarkan perasaannya ketika itu.
‘Nak tegur ke tidak? Adui! Okey, buat cool aje. Biar
dia tegur kau dulu, Mikayla.’
Namun, sangkaannya meleset dua ratus peratus.
Dihya’ hanya berjalan melepasinya seperti tiada apa-apa yang
berlaku antara mereka. Macam tak kenal langsung! Pergh!
Pergh! Pergh!
“Weh, Kay. Kau nampak tak mamat yang baru lepas
sebelah kau tadi? Handsome gila!” bisik Elda.
Mikayla menoleh.
“Ada orang lalu ke sebelah aku tadi ke? Mana ada.
Hantu kut!” tempelak Mikayla. Geram. Berani dia buat tak
tahu dengan Double M. Ini macam ke Puan Maria nak suruh
dia call mamat tu? Jumpa macam ni pun buat tak kenal. Nak
suruh tengok-tengokkan dirinya? Macam tak mungkin saja.
‘Ya Rabbi, sakitnya hati. Arghhh!’
“Eh, kau ni. Muka aje cantik, tapi rabun macam
ayam. Aku tengok punya handsome sampai nak senget bahu
aku. Dia boleh tak nampak? Huh!” Elda membebel. Sabar
dengan kawannya itu.
Mikayla menyuap makanan dengan sakit hati.
Matanya melilau mencari bayangan Dihya’. Hampa. Tiada
bayangan lelaki itu di mana-mana. Hanya sekali-sekala
matanya bertemu dengan pandangan mata lelaki-lelaki
solja yang tersenyum-senyum ke arahnya. Dia kembali
memandang nasi di dalam tray. Ah, susahlah macam ni.
Macam mana nak tempuh hidup selama 7 hari di sini? 7 hari
saja kut. Tapi seakan semakin lambat meninggalkan setelah
pertemuan mengejutnya dengan Dihya’. Hmmm...
Roll call, 10.00 malam...
MIKAYLA DUDUK menanti dengan sabar. Dewan sudah
dipenuhi dengan ramai orang. Semuanya askar-askar
lelaki. Yalah, dah namanya pun berada di Kem Komando.
Memanglah semuanya lelaki. Mana ada perempuan. Segan
juga dibuatnya. Waliy pula sibuk merakam dengan kameranya
dari arah depan. Elda? Tengah layan soalan cepu cemas dari
kiri kanan depan dan belakang. Mikayla cuma tenang sahaja
menanti roll call dimulakan. Selalunya roll call adalah
perbarisan malam. Namun, malam ini agak istimewa kerana
meraikan kedatangan tetamu istimewa. Roll call diadakan di
kawasan dewan.
Tiba-tiba Amsyar datang mendekati.
“Hai, Kay.”
“Eh, Am! Kat sini ke?”
Amsyar menganggukkan wajahnya. Teruja dengan
kedatangan Mikayla.
“Tak sangka dapat jumpa Kay kat sini. Kalau nak
bantuan apa-apa, beritahu kat Am tau. Am sedia berkhidmat!”
beritahu Amsyar. Siap angkat tabik sekali. Dia amat terhutang
budi dengan Mikayla sekeluarga. Malah, dia mendapat layanan
yang amat mesra dan begitu baik daripada keluarga gadis itu.
Pada masa yang sama, dia berharap hubungan antara Mikayla
dan Dihya’ akan menjadi dan mempunyai perkembangan
yang positif. Kedua-duanya sepadan dan amat sesuai apabila
bergandingan bersama.
“Janji tau, jangan buli Kay kat sini!” Mikayla
tersenyum.
Tidak lama kemudian, semua yang berada di dalam
dewan berdiri tegak. Mikayla juga ikut berdiri. Dia melihat
seorang lelaki yang melangkah masuk ke dalam dewan.
Mikayla cuma mampu bertenang. Dihya’ merupakan pegawai
bertugas yang dinanti-nantikannya sejak petang tadi. Nak
cemas-cemas pun tak guna lagi. Lelaki solja itu dah berada di
depan mata. Tak sanggup pun kena hadap juga.
Mikayla kembali merenung lelaki solja itu. Ada satu
perasaan yang begitu halus menyelinap ke dalam hatinya.
Entahlah nak digambarkan bagaimana. Terasa begitu sukar
sekali saat matanya bertembung dengan pandangan Dihya’.
Cepat-cepat ditundukkan wajahnya.
Apabila semua dibenarkan untuk duduk, Amsyar
yang duduk di belakang Mikayla berbisik perlahan.
“Kay, kenal tak abang kacak kat depan tu?”
Mikayla mencampakkan gumpalan gula-gula di
tangannya ke arah belakang. Berharap ia mengenai Amsyar.
Tiba-tiba Dihya’ menjerit kepadanya.
“Kamu yang main-main kat situ, bangun!!!”
Seluruh dewan sunyi sepi. Berderau darah Mikayla.
Takkanlah Dihya’ menjerit kepadanya? Orang lain kut. Bukan
dia. Bukan dia...
“Kamu, yang rambut panjang tu.”
Tepat mata Mikayla memandang ke arah Dihya’.
Dia tahu dirinya yang dimaksudkan oleh kapten itu. Dah
dikatakan semua lelaki solja di sini, jadi mereka semua
berambut pendek. Rambut Elda pun tidaklah sepanjang
rambutnya. Hanya dia sahaja yang berambut panjang di sini.
Hanya Mikayla okey!
“Bangun!!!” jerit Dihya’ lagi.
Mikayla bangun daripada duduknya. Cuba
menenangkan perasaannya. Cuba bertentang mata dengan
lelaki solja itu.
“Apa yang saya sampaikan tadi? Boleh ulang semula?”
Serius wajahnya. Satu sisi dirinya yang tidak pernah dilihat
oleh Mikayla sebelum ini. Garang.
Mikayla menelan air liurnya. Sememangnya dia tidak
menumpukan perhatian tadi. Tiada cara lain lagi selain...
“Maafkan saya, tuan. Saya tak dapat jawab soalan
tuan.” Jujur sajalah yang memang dia tak menumpukan
perhatian tadi.
“Hormati orang yang sedang bercakap atau sedang
menyampaikan maklumat.”
“Baik, tuan.” Mikayla menundukkan wajahnya.
Malas mahu memandang wajah Dihya’. Dia duduk kembali di
tempat duduknya.
“Saya tak suruh awak duduk pun.” Dihya’ bersuara
lagi. Kini, semua mata tertumpu kepada Mikayla.
Cepat-cepat Mikayla bangun semula. Dalam hatinya
dah melatah dek sergahan Dihya’. Terperanjat Boboi!
“Maafkan saya, tuan. Lain kali saya tak buat lagi ya.
Maklumlah, budak baru belajar.”
Mikayla menghadiahkan satu senyuman paling
manis buat Dihya’ dengan lenggok suara yang paling manja.
Kedengaran ada siul-siulan nakal berbunyi-bunyi di belakang.
Sengaja Mikayla mengeluarkan suaranya yang begitu. Mahu
mengenakan lelaki solja itu. Buat-buat nak tunjuk garang
dengannya pula. Takkanlah masih marah dengan dirinya
kerana kes tempoh hari? Takkanlah tak boleh bagi muka
langsung?
Dihya’ berdeham beberapa kali cuba meredakan
anak-anak buahnya yang mula mengada-ada seperti ulat bulu
naik daun.
“Jadi, jangan main-main! Awak berada di tempat
saya, maka ikut cara saya. Di sini, kerja nombor satu. Perkara
lain nombor dua.”
“Baik, tuan!” jawab Mikayla dengan bersemangat.
Walaupun kata-kata itu seperti pernah didengari
sahaja sebelum ini, namun kerana tidak mahu terus dileteri
sebegini, dia harus mengikut rentak Dihya’ iaitu mahu dia
menjadi seorang yang mendengar arahan. Dan, tindakannya
itu terus mendapat tepukan semangat daripada rakan-rakan
solja yang lain. Ah, terus rasa bersemangat yang lain macam.
Seronok pula perasaan begini. Rasa begitu dihargai. Benar
juga seperti yang dikatakan semangat setia kawan dengan
tentera sememangnya tidak dapat dipisahkan.
“Cik Mikayla akan bersama dengan kita untuk
tempoh 6 hari lagi. Dia akan membuat latihan bersama
dengan kita dan segala rutin harian kita. Saya berharap kita
semua dapat memberikan kerjasama yang sebaiknya kepada
Cik Mikayla dan pasukannya. Cepat dia selesai di sini, cepat
dia balik.”
Ayat di hujung itu mengundang tawa daripada
anak-anak buah Dihya’.
‘Layankan saja, Mikayla. Dia nak balas dendam tu.
Nampak sangat, asyik kenakan kau saja sejak tadi. Oh, tak
puas hati punya kes nampaknya ni. Bring it on, Captain
Dihya’!’
Roll call tamat akhirnya. Semua sedang beredar
keluar perlahan dari dewan menuju ke kamar masing-masing.
Dihya’ datang mendekat setelah puas mengenakan dia
sepanjang satu jam yang berlalu. Eleh, ini Mikayla okey!
Takkan mengalah hanya kerana layanan ‘keras’ daripada
Kapten Dihya’.
“Ini ada beberapa info dan itinerary bermula esok.
Kalau ada apa-apa boleh tanya atau maklumkan kepada saya.”
Mikayla menyambut dokumen yang diserahkan
oleh Dihya’. Wajahnya disenyumkan semanis-manisnya ke
arah lelaki itu. Namun, tiada segaris senyum pun di wajah
lelaki solja itu. Ecece! Cover macholah tu. Takkanlah kerana
peristiwa ‘berbalah’ di dalam WhatsApp tempoh hari masih
terkesan dalam hati lelaki itu? Buat relaks sudah. Mana pergi
sikap lelaki itu yang begitu menyenangkan sewaktu mereka
bertemu dahulu? Charming yet sexy! Ah, tiba-tiba hari ini
jual mahal.
“Terima kasih, kapten. Nasib baik ada kapten yang
baik hati sudi membantu kami di sini. Ada apa-apa lagi?”
Giliran Mikayla pula bertanya dengan mengada-ada.
Dihya’ hanya menggelengkan wajah.
“Saya minta diri dulu, kapten.” Mikayla sempat
menjeling Dihya’. Sengaja menunjukkan perasaannya
di hadapan lelaki itu. Sesungguhnya dia protes dengan
‘ketegasan’ yang ditunjukkan oleh Dihya’ sebentar tadi. Dia
tahu lelaki itu dapat menangkap jelingannya itu. Biar dia
rasakan!
“Mikayla!”
Dihya’ memanggil namanya. Mikayla sudah
tersenyum tanda kemenangan. Bukan susah sangat nak
psiko lelaki solja ni. Baru kena jeling sikit, terus dah angkat
bendera putih. Tak susah pun nak tundukkan lelaki askar ini.
Baru kena jeling sikit tu. Belum dilemparkan senyuman yang
manis atau flying kiss ala-ala Miss World. Hahaha...
Dengan bangga Mikayla menoleh. Tidak sabar
menunggu ucapan ‘maaf’ daripada lelaki itu. Dia pun tak adalah
nak berkira sangat. Dia main-main saja tadi. Harapannya, dia
dan lelaki solja itu bolehlah berbaik semula seperti dahulu.
Tak mahu ada situasi yang tegang seperti ini. Boring dan
penat nak bermain dengan emosi yang dibuat-buat. Mesti
best kalau masa-masa dahulu dapat dikembalikan seperti
sediakala. Bergurau dan usik-mengusik seperti dulu.
“Ada apa, kapten?” Senyum manis-manis Mikayla.
Tak sabar nak tunggu jawapan daripada Dihya’. Teruja.
Dihya’ menunjukkan ke arah kaki Mikayla.
Mikayla melihat selipar di kakinya. Apa masalahnya?
Dia kembali memandang wajah Dihya’.
“Tolong jangan pakai selipar jamban awak tu lagi.
Saya tak nak tengok selipar awak tu masuk dalam dewan ni
lagi. Kalau saya nampak awak pakai lagi selipar jamban tu,
saya akan buat selipar tu jadi anting-anting kat telinga awak.
Faham?”
Merah padam muka Mikayla ketika itu. Selipar
jamban? Anting-anting? Sangkaannya meleset jauh sama
sekali. Dihya’ memanggilnya hanya bertujuan untuk
mengenakan dia sekali lagi. Lelaki itu memang takkan
lepaskan dia agaknya!
Dihya’ meninggalkan Mikayla yang terpinga-pinga.
Mikayla hanya membiarkan sahaja lelaki itu berlalu
melintasi bahunya. Sempat dia menoleh ke arah kapten itu.
Geram! Kalau dapatlah mamat tu kat dia, memang dah kena
sekeh-sekeh muka yang handsome tu; muka sombong; muka
berlagak tahap dewa tu. Mentang-mentanglah ni tempat
Dihya’, suka hati saja Dihya’ buat dia macam ni. ‘Ibu!!!
Tengoklah anak ‘dara’ angkat ibu ni. Dia buli Kay!’
Elda dan Waliy tersengih melihat gelagat Mikayla.
Masaklah Mikayla nak bertahan macam ni untuk 6 hari lagi.
Hari ni saja dah kena kaw-kaw dengan kapten itu. Nasib
badan!

TQ Kapten! - Bab 7
MIKAYLA menikmati minuman panas yang
dibawa oleh Elda dari pantri. Matanya yang mengantuk cuba
ditahan sejak pagi tadi. Menyampah sebenarnya kalau asyik
duduk di pejabat sahaja menyiapkan laporan dan artikel. Dia
lebih suka keluar mencari bahan berita daripada duduk saja
di pejabat begini membuatkan aktiviti berfikirnya tumpul dan
menambahkan lagi lemak-lemak di punggung. Ah, banyak
pula andaian-andaian karut di saat-saat begini.
“Kay, kau tak habis cerita lagi pasal ‘bakal tunang’
kau tu. Cepatlah cerita kat aku,” ujar Elda. Kerusi sudah
ditarik mendekati meja kerja Mikayla. Minuman panasnya
tidak dilupakan. Sudah tentu dia buatkan air untuk Mikayla
bukan saja-saja tapi bersebab. Semuanya sebab mahu korek
rahsia. Biar nampak ‘bijak’ sedikit perbincangan antara dia
dan Mikayla.
“Tak sempat nak bertunang, dah putus pun. Tak ada
apa nak cerita lagi.” Mikayla sambung menaip di komputernya.
Dia tergelak kecil mengingatkan peristiwa semalam. Macam
mimpi saja dapat keluar sekali lagi dengan lelaki solja dan
macam mimpi juga kena ‘tinggal’ macam tu dengan lelaki
askar itu.
Elda tersedak. Terkejut mendengar jawapan Mikayla.
“Eh, takkan macam tu aje? Kau keluar dengan dia
kan malam tadi?”
Bukan dia tak tahu betapa menggelabahnya Mikayla
sewaktu bersiap hendak pulang ke rumah selepas bertemu
dengan lelaki solja itu di lif pejabat semalam. Betapa gembira
dan gediknya kawannya ketika itu. Mikayla dan ‘bakal
tunang’nya itu berjaya mengenakan Encik Ziyad begitu saja.
Malah, lelaki solja itu telah mengajak Mikayla untuk keluar
berdua menikmati makan malam.
“Mungkin tu yang terakhir kut.” Pendek sahaja
Mikayla menjawab. Jari-jemarinya berhenti menaip.
Bayangan lelaki solja itu melintas dalam mindanya beberapa
kali. Ada sedikit rindu yang mencarik-carik hatinya.
Elda seakan tidak mempercayai jawapan Mikayla.
“Aku tak percayalah. Kalau dah jodoh, tak ke mana.
Mulut aku ni masin tau. Aku dapat rasakan yang kau bakal
berkahwin di bawah rimbunan pedang. Dengan dia segak
memakai seragam putih dan kau pakai dress kembang
ala-ala princess. Confirm Encik Ziyad resign terus dari
ATSD. Hahahaha... Amanlah hidup aku lepas ni.” Elda ketawa
seorang diri.
Mikayla melihat temannya yang senget itu
berangan-angan. Dia tersenyum mendengarnya. Bayangan
Dihya’ kembali mengganggu. Terbayang Dihya’ dengan
pakaian uniform tenteranya sewaktu bertembung dengan
lelaki itu di hadapan pintu lif.
“Aku tak rasa aku akan jumpa dia lagi,” ucap Mikayla.
“Eh, mana tahu. Dunia ni luas terbentang. Kuasa
Tuhan menentukan segalanya. Kalau dah ditakdirkan kau
dengan dia, hujung dunia sekalipun kau akan bertemu
dengan dia semula. Yang penting bukan dengan Encik Ziyad!
Hahahaha...”
“Choi!!!” Mikayla dan Elda bergabung menyebut
perkataan yang sama.
“Semua! Ada meeting department sekarang. Encik
Ziyad panggil semua masuk meeting. Jangan lambat!” Ajib
membuat pengumuman dari pintu biliknya. Terdengar
keluhan semua. Termasuklah Mikayla dan Elda.
“Ini semua kau punya pasal. Siapa suruh kau sebut
nama dia!” marah Mikayla. Dia mula mencapai apa yang
patut di atas meja kerjanya. Mejanya dikemas ala kadar dan
dia mula bergerak bersama Elda menuju ke bilik mesyuarat.
“Lain kali tak naklah sebut nama dia. Kita kena cipta
satu nama khas untuk dia,” ujar Elda sambal memperlahankan
suaranya.
“Nama khas?”
“Disebabkan dia tu menggedik semacam aje dengan
kau, aku namakan dia kucing jantan.”
Meletus ketawa Mikayla. Okey, itu memang kelakar.
Elda menampar bahu Mikayla.
“Kucing jantan? Apa teruk sangat nama yang kau
bagi tu?” Mikayla menekup mulutnya.
“Yalah, kucing jantan kan meleset aje kerjanya.
Samalah macam dia tu. Sikit-sikit Mikayla, my dear. Meow!”
Elda membuat suara gatal si kucing jantan.
Tergelak-gelak Mikayla mendengarnya.
Semakin mereka menghampiri bilik mesyuarat,
suasana semakin sepi. Kelihatan Encik Ziyad sudah
menunggu di kerusi utama. Serius sahaja wajahnya. Mikayla
cuma buat tak tahu dengan renungan tajam bosnya itu.
Mesyuarat dimulakan dan semua perkembangan
dibincangkan untuk perancangan sempena bulan
kemerdekaan yang bakal tiba. Maka, beberapa rancangan
televisyen dirombak serba sedikit demi menyesuaikan konsep
kemerdekaan dalam rancangan yang bakal disiarkan. Malah
ada antara mereka sudah dikerah untuk mencari bahan
yang berkaitan dengan tokoh kemerdekaan dan menjejak
kembali tokoh-tokoh tak didendang dalam sejarah mencapai
kemerdekaan suatu ketika dahulu untuk ditemu ramah
tentang sejarah dan pengalaman mereka. Deadline sudah
ditetapkan dan masing-masing mula cemas memikirkan
tugasan mereka.
“Mikayla, awak akan take over slot Dokumentari
Perdana ATSD. Dokumentari Khas ATSD bersama dengan
Pasukan Elit Tentera Darat. Semua dah arrange. You akan
shoot di sana dan merasai kehidupan sebagai seorang tentera.
Well, I know you’ll be happy to hear this. Since ‘bakal tunang’
you tu pun pegawai tentera, bukan?”
Waktu itu, Mikayla tak tahu nak letak mukanya di
mana. Habis pecah rahsianya sekarang. Sudahlah, dia cuma
berpakat dengan Dihya’ untuk menipu Encik Ziyad. Biarlah
cerita itu bermula dan berakhir antara dia, Dihya’ dan Encik
Ziyad. Memang kedengaran klise. Yalah, idea dari novel
Melayu tangkap lentok yang berlambak di pasaran dan juga
drama Korea.
So what? Dah itu saja idea yang terlintas dalam
fikirannya pada waktu itu. Sekarang tengok apa yang dah
jadi. Tak pasal-pasal satu department dah tahu cerita yang
dia bakal bertunang. Tak sangka Encik Ziyad akan bertindak
sebegini. Sangkanya, lelaki itu akan makan hati dan terus
mengangkat kaki dari mengejarnya. Boleh pula Encik Ziyad
buka tembelangnya di dalam mesyuarat yang melibatkan
semua orang di dalam jabatannya. Ini namanya, bunuh diri.
Semua mata di bilik mesyuarat sedang memandang
ke arahnya. Pasti dia akan dihujani dengan persoalan tentang
bakal tunang yang tak sempat ditunangkan dengannya.
‘Siapa bakal tunang you? Amboi, tak beritahu kita
orang pun? Bakal tunang you seorang pegawai tentera? Siapa
dia? Ceritalah sikit? Ada gambar dia tak? Kami nak tengok!’
Mikayla sudah mula membayangkan soalan-soalan yang bakal
ditanya oleh rakan-rakan sekerjanya.
Masaklah dia kali ini. Dihya’ pun dah ke laut. Baru
semalam dia ‘bergaduh’ dengan lelaki itu. Macam mana kalau
Encik Ziyad dapat tahu tentang misi hubungan palsunya
bersama Dihya’? Inilah masalahnya bila dia banyak songeh.
Calling Captain Dihya’ for back-up!
“Kay, boleh buat ke tak ni???” jerit Encik Ziyad ke
arah Mikayla. Bilik mesyuarat bagaikan dilanggar garuda.
Sunyi sepi tanpa suara.
“Boleh, Encik Ziyad.” Lemah suara Mikayla
menyahut. Dia memandang Elda. Elda hanya mampu
tersengih-sengih memandangnya. Kenapa dia yang kena buat
dokumentari ni? Dokumentari tentang tentera pula tu. Tak
ada dokumentari lain yang lebih sesuai ke?
“Bagus. Saya tak nak dokumentari robot yang
common macam yang biasa kita tengok di televisyen.
Pengacara bercakap dan membebel dari belakang tabir. Saya
nak Kay join latihan ketenteraan yang disediakan di sana.
Biar penonton dapat rasa susah senang you untuk buat
dokumentari ni. So, saya dah panjangkan tempoh dari tiga
hari kepada seminggu. You akan join mereka makan, tidur
dan bekerja untuk tempoh seminggu,” ujar Encik Ziyad
panjang lebar.
Mikayla memandang Encik Ziyad tidak berkelip. Dia
menoleh ke arah Elda yang berada di sebelahnya. Betulkah
apa yang didengarinya? Seminggu?
Elda menganggukkan wajahnya. Mengiakan apa
yang diucapkan oleh Encik Ziyad.
“Kahwin terus ajelah dengan ‘bakal tunang’ kau
kat sana, Kay!” sampuk Waliy di hujung sana dan disambut
dengan deraian tawa oleh rakan-rakannya yang lain.
Mikayla cuba berlagak tenang. Tidak mahu
kegusarannya dikesan oleh sesiapa. Jatuhlah egonya jika dia
naik marah atau melatah dalam situasi begini.
‘Senyumlah manis-manis, Mikayla. Kau akan
menyahut segala cabaran yang diberikan dan hasilkan yang
terbaik dari setiapnya. Selagi kau boleh senyum kat sini,
senyumlah. Sebelum tugas kau bermula di Markas Tentera
Darat Kem Terendak, Melaka!’
DIHYA’ MEMBUKA lokar miliknya. Uniformnya yang selesai
digosok digantung ke dalam almari. Sewaktu mengemas
lokarnya yang sedikit bersepah, gambarnya bersama dengan
Mikayla terletak elok di sebalik baju yang digantung. Diambil
gambar itu. Kelihatan seperti Mikayla tersenyum ke arahnya.
Dihya’ tersenyum sendirian melihat gambar gadis itu yang
tersenyum manis di sisinya.
Teringat akan Mikayla, hatinya kembali terluka.
Tak adalah parah sangat pun. Cuma bisanya mencengkam
jiwa. Senyum itu menggamit perasaan rindu pada gadis itu.
Keterujaan Mikayla untuk bergambar di kereta Volkswagen
berlegar dalam fikirannya. Seakan terngiang-ngiang suara
gadis itu memanggilnya agar turut bergambar sekali
dengannya. Ah, Mikayla. Entah gadis itu teringatkan dirinya
sepertimana dia teringatkan Mikayla.
“Wah, kapten... saya kenal perempuan ni tau. Dia
selalu keluar kat TV. Gambar Double M ni. Cantiknya dia!
Macam mana kapten boleh bergambar dengan dia?” soal Jamal.
Tak sangka ketua mereka yang tenang dan cool bertemankan
gadis sehebat Double M. Ini baru betul diam-diam ubi berisi.
Dihya’ cepat-cepat menyimpan gambar itu semula
ke dalam almari lokar miliknya. Namun, Amsyar yang datang
dari arah belakang sempat merampas bingkai gambar itu dan
berlari ke arah tengah Dorm Alpha 1. Kelihatan rakan-rakan
yang lain sudah mengerumuni Amsyar. Masing-masing mahu
mengetahui apakah rahsia yang sedang cuba disorok oleh
Kapten Dihya’. Lelaki yang cukup disegani dalam kalangan
mereka.
“Pergh! Tak sia-sia aku tinggalkan kau berdua
dengan Double M. Dapat kau berdating dengan Puteri
Gunung Irau seharian diselimuti kedinginan alam semula
jadi dan kehijauan hamparan daun teh di sebalik bukit.”
Amsyar mengusik Dihya’.
Kata-kata itu disambut dengan sorakan daripada
teman-teman yang menghuni Dorm Alpha 1. Bangga kerana
lelaki sehebat Dihya’ berjaya memiliki Double M yang amat
dikenali kerana kecantikan dan kepetahannya berbicara di
kaca televisyen.
Dihya’ pantas mencapai gambar tersebut dari tangan
Amsyar. Mukanya sudah merah padam menahan malu.
Habis rahsianya pecah dan sudah diketahui semua penghuni
Dorm Alpha 1. Nama saja semuanya lelaki, mulut tempayan
masing-masing boleh tahan juga sebenarnya. Siapa kata
lelaki tak layak jadi kepochi? Inilah contoh-contoh yang ada
dalam Dorm Alpha 1.
“Gambar aje pun. Tak ada apa sangatlah.” Dihya’
menjawab.
“Alamak, bunyi macam orang kecewa aje. Kapten
yang handsome segak bergaya macam ni takkanlah kena
reject dengan Double M kut? Come on, Double M tu. Dahlah
cantik, manis. Dia punya suara boleh buat kita tak tidur
malam dibuatnya.”
“Kalau kapten dapat tackle Double M, kita orang lari
bawa guni pasir sambil nyanyi lagu Selamat Pengantin Baru
7 hari 7 malam untuk 50 round keliling dorm nanti,” cabar
Jamal.
Amsyar menolak bahu Jamal. Bukan Amsyar sahaja,
malah yang lain turut melakukan perkara yang sama. Ada
yang mengambil bantal dan melemparkannya ke muka Jamal.
“Woi! Kau nak, buat sorang-soranglah. Jangan sebut
kita orang. Gilalah kau Jamal! Orang kahwin nak makan nasi
minyak dengan ayam masak merah. Kau makan gula pasir
nanti!” jerit Amsyar.
Yang lain ikut mentertawakan Jamal.
“Alah, macam kapten boleh dapat? Ini muka dah
macam ayam berak kapur aje ni. Confirm terkeluar pusingan
pertama,” kutuk Jamal lagi.
“Double M tak nak pun tak apa. Kapten Emily dah
ada dalam senarai menunggu yang teratas.” Ramli pula
menyampuk sambil berbaring di atas katilnya. Semua yang
ada di situ ketawa mendengar nama Kapten Emily.
Kapten Emily antara salah seorang pegawai wanita
yang cukup menonjol dalam bidang ketenteraan udara. Muda
dan putih melepak. Beliau terkenal dalam kalangan tentera
darat. Siapa sangka wanita yang mempunyai ketinggian
umpama model itu akan menyertai angkatan tentera. Kapten
Emily juga antara juruterbang pejuang wanita dalam bidang
ketenteraan.
Kehebatan wanita itu terserlah tatkala menyarung
uniform juruterbang dan G-suit untuk misi penerbangan.
Pernah menunjukkan kehebatannya memimpin sebuah
formasi pesawat Skyhawk yang dianggotai oleh juruterbang
lelaki dalam upacara sambutan hari kemerdekaan dan saat
tersebut adalah satu pencapaian bagi seorang juruterbang
wanita. Dan sehebat-hebat wanita itu, belum tentu dia dapat
menundukkan hati seorang lelaki bernama Kapten Dihya’ bin
Alauddin.
“Tapi Double M lagi cantiklah. Kau pernah tengok
tak rancangan dia kat ATSD? Cantik gila dia tu. Mata bulat
macam anak patung. Dia punya senyum, bikin kencing
manis, tahu tak? Dia punya manja, lenggok dia... memang
meremang bulu roma. Aku pernah jumpa dia depan-depan.
Memang real punya cantik,” back-up Amsyar.
“Kapten Emily pun cantik apa? Tinggi, lawa, bijak
dan antara yang paling power dalam team dia. Sama hebat
dengan kapten kita tau!” tambah Joe pula.
“Oi, kalau bercakap pasal perempuan... memang
hidup masing-masing ya? Kamu, Jamal! Dah cukup dah duit
nak kahwin dengan makwe kamu?” soal Dihya’. Garang.
“Belum, tuan!” jawab Jamal.
“Kamu, Amsyar. Duit hantaran dah cukup dah?” soal
Dihya’ lagi. Kali ini, lebih garang.
“Sikit lagi, tuan!”
“Dah cukup ke belum?”
“Belum, tuan!” Amsyar menjawab dengan sepenuh
hatinya. Memang tak cukup pun. Huhu... siapa suruh tak
menjawab soalan?
“Joe, kamu dah berpunya ke belum?”
“Belum, tuan!” Perlahan sahaja jawapan Joe. Ada
yang sudah terbahak-bahak mendengar jawapan daripada
mulut Joe.
“Ramli, kamu dah mengantuk ke belum?”
“Belum, tuan!”
“Bagus. Sekarang kamu semua pergi dari Dorm
Alpha 1 sampai Dorm Delta 5. Buat 20 pusingan sambil bawa
bantal dan nyanyi lagu Tenda Biru. Beranganlah kau semua
kahwin dengan anak dara orang selagi duit tak cukup!” arah
Dihya’ sambil berjalan ke arah lokar miliknya dengan gambar
di tangan.
Laju sahaja anak-anak buahnya kembali ke katil
masing-masing untuk mengambil bantal. Bantal diletakkan
di atas kepala dan masing-masing mula berlari keluar
dalam satu barisan panjang. Kedengaran lagu Tenda Biru
berkumandang di luar Dorm Alpha 1. Tak pasal-pasal kan dah
kena denda.
Kalau bab membahan, memang nombor satu
budak-budak ni. Suka sangat mengenakan dia. Dia pun tak
adalah jahat atau sengaja nak tunjuk garang dengan anak-anak
buahnya. Cuma, nak mengalih perhatian mereka daripada
terlalu membicarakan tentang dirinya dengan Double M dan
juga Kapten Emily. Cukuplah Double M. Jangan pula nak
disambung jodohnya dengan Kapten Emily. Dia dan kapten
itu hanyalah sekadar teman biasa. Tidak pernah dia menaruh
perasaan terhadap gadis itu.
Kedengaran nyanyian sendu anak-anak buahnya
mengelilingi dorm. Geli hatinya mendengar nyanyian
mereka. Cukup bersemangat dan penuh sikap setia kawan.
Tanpa undangan, diriku kau lupakan
Tanpa utusan, diriku kau tinggalkan
Tanpa bicara, kau buatku kecewa
Tanpa berdosa, kau buatku merana
Ku tak percaya, dirimu tega
Nodai cinta, khianati cinta...

TQ Kapten! - Bab 6
MIKAYLA berlari menuju ke arah Toyota Hilux
milik Dihya’ yang sedia menunggu di hadapan rumah
sewanya. Kelihatan lelaki itu menunggu di tepi kenderaannya.
“Dah siap? Sempat mandi tak tadi?”
Mikayla menjeling Dihya’. Suka sangat mengusik
dia. Memang dia lewat sedikit pulang tadi. Biasalah ada
kerja-kerja yang diminta secara tiba-tiba untuk disiapkan.
Mujurlah sebelum jam 7 malam dia berjaya menghabiskan
kerja-kerja yang diberikan. Kelam-kabut jugalah meredah
kesesakan jalan raya di Kuala Lumpur. Menjadikan dia lewat
selama 15 minit dari janji temu mereka buat kali ‘kedua’.
“Sibuklah! Jom kita gerak. Awak nak bawa saya pergi
mana?” Saja buat-buat manja sikit. Sikitlah!
Dihya’ mengusap dagunya.
“Nak makan atau tengok wayang?”
“Makan!” Pantas sahaja Mikayla menjawab.
“Dah agak dah,” ucap Dihya’. Dia membukakan pintu
kereta buat Mikayla.
“Dah tahu tanya lagi.”
“Saja nak test suara orang lapar.” Dihya’ mengusik
lagi.
Mikayla hanya buat-buat tak dengar saja. Malas
hendak melayan.
Dihya’ membawa Mikayla menikmati makan malam
di sebuah restoran di Kuala Lumpur. Malam yang dihabiskan
dengan berbual-bual di meja makan. Itu mungkin lebih baik
daripada menonton wayang. Waktu berlalu begitu sahaja
tanpa perbualan antara mereka.
“Saya nak tanya awak sikit, boleh?” Dihya’
memulakan bicara.
“Dah agak dah.” Mikayla membalas dengan muka
berkerut.
“Macamlah awak tahu apa yang saya nak tanya.”
“Tengok muka awak pun dah tahu yang awak
memang tak sabar-sabar nak bahan saya pasal kejadian siang
tadi, kan?”
Dihya’ merenung Mikayla.
“Awak tengok muka saya? Mesti awak tenung muka
saya yang handsome ni dari tadi, kan?”
Mikayla memandang lelaki solja di hadapannya.
Cemas! Macam mana pula dia boleh tahu? Kalau ya pun, tak
payahlah tegur.
“Dah kita berdua aje kat meja ni. Memanglah saya
tengok muka awak, awak tengok muka saya. Takkanlah saya
nak tengok bumbung restoran atau ikan kat dalam akuarium
tu kut?”
Dihya’ masih merenung ke arah Mikayla.
‘Haih, lelaki ni...’ Speed jantung Mikayla semakin
meningkat.
“Cuba explain pasal Encik Ziyad tu tadi. Apa masalah
awak dengan dia?” Dihya’ mengubah topik. Sebelum Mikayla
tarik muka empat belas akibat usikannya, lebih baik dia
bertanya soalan lain.
“Saya tak ada masalah dengan dia. Sejujurnya yang
saya boleh cakap, saya tak selesa dengan Encik Ziyad. Cara
dia bercakap dengan saya bukan sebagai seorang bos. Cara
dia bercakap, cara dia layan dan pandangan dia membuatkan
saya tak selesa. Tapi, saya memang suka bekerja kat sana. Saya
tak nak ada apa-apa masalah dengan dia. Dan pada masa yang
sama saya nak enjoy dengan pekerjaan saya. Sebab tu, saya
buat macam tu tadi. Awak janganlah fikir yang bukan-bukan
pasal saya tau,” ujar Mikayla. Dia melihat Dihya’ yang tenang
mendengar penjelasannya.
“Betul ke awak tak ada apa-apa perasaan kat Encik
Ziyad tu? Okey jugak dia tu. Good looking, tinggi dan ada
style. Korean look some more!”
“Minta simpanglah. Tolonglah jangan kaitkan
saya dengan dia. Saya memang alergi dengan dia, tahu
tak?” Mikayla merayu. Tidak sanggup membayangkan
kehidupannya dengan Encik Ziyad. Ya ampun, lelaki maskulin
konon. Perangai jemah sangat; sikit-sikit Mikayla, sikit-sikit
ATSD tu bapa dia punya, sikit-sikit, my dear. Yucks!
“Tak pasal-pasal orang handsome macam saya kena
jadi bakal tunang awak. Kesian dengan bakal tunang saya
nanti.”
Terus berubah air muka Mikayla mendengar
kata-kata yang lahir daripada bibir Dihya’.
‘Bakal tunang dia? Dia dah nak bertunang ke?
Patutlah garang semacam saja bila keluar dari lif di ATSD
tadi. Dah berpunya rupanya. Tapi, masih berpelesiran dengan
kita. Oh, Mikayla. What you have done?’
“Maafkan saya. Saya tak tahu yang awak dah nak
bertunang. Kalau saya tahu, saya tak buat macam tu tadi.”
“Itulah, saya pun tak tahu bakal tunang saya tu siapa.
Nanti kalau saya dah jumpa bakal tunang saya, saya akan
explain kat dia. Tapi, kalau benda macam ni jadi kat bakal
tunang saya, saya memang marah sangatlah. Saya akan terus
kahwin dengan dia. Tak payah bertunang bagai. Lepas tu,
memang Encik Ziyad tu makan penumbuk sayalah.”
Mikayla cuba memahami ayat yang dituturkan oleh
Dihya’. Macam putar belit sikit.
“Awak tak tahu bakal tunang awak tu siapa?”
“Sebab saya handsome sangat kut, perempuan pun
takut nak dekat.”
Mikayla ketawa besar. Perasan juga Dihya’ ni.
‘Oh, dia belum berpunya rupanya. Sajalah tu nak up
status dia yang single tu, kan? Hmm, ada peluang lagi ni.’
Mikayla menahan tawa dalam hati.
“Awak cakap macam orang gila, tahu tak? Gaya cakap
macam ada tunang. Tapi tak tahu siapa.”
“Nak buat macam mana, dah saya ni handsome
sangat. Betul tak?”
Mikayla tidak menjawab. Jawab dalam hati saja.
‘Memang awak handsome pun. Tapi, kalau saya
cakap nanti awak hilang akal.’
“So, tangan awak macam mana? Dah okey?” Dihya’
bertanya kepada Mikayla. Kelihatannya Mikayla tidak lagi
membalut tangannya.
“Tangan saya ni dah boleh tumbuk orang dah.
Tapi saya belum pernah lagi tumbuk orang tau. Jangan
sampai muka awak yang handsome tu jadi mangsa.” Mikayla
menunjukkan penumbuknya kepada Dihya’.
Dihya’ melihat sahaja Mikayla yang menunjukkan
penumbuknya yang kecil itu. Gerak-geri gadis itu mencuit
hatinya. Pasti dia akan merindui hari ini; bergurau senda dan
mengusik Mikayla.
Bagaimana nanti jika dia dipanggil untuk menyertai
pasukan pengaman ke Lubnan untuk menyambung misi
United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) suatu
hari yang entah bila dia sendiri pun tidak tahu. Dia juga akan
berjauhan dengan gadis itu untuk tempoh yang agak lama.
Entahlah bila lagi dia akan bertemu dengan ‘bakal tunang’
atau ‘bakal isteri’ bernama Mikayla binti Mirza. Sukarnya
untuk meninggalkan gadis yang baru sahaja dikenalinya.
Baru beberapa kali sahaja mereka berjumpa.
Sebagai tentera, dia harus sentiasa bersedia dan
bersiap siaga menerima arahan. Apa atau di mana sahaja
mereka sedang lakukan, apabila ‘semboyan perjuangan
bergema’, segala-galanya harus dilupakan. Sebagai insan
biasa, sentiasa ada perasaan rindu pada yang ditinggalkan.
Malah ada sahaja cerita-cerita pilu daripada anak-anak
buahnya yang menyatakan betapa sebahagian besar daripada
mereka tidak sempat menerima ucapan selamat tinggal atau
kucupan akhir dari sang isteri dan anak-anak yang dikasihi.
Sesuatu yang tidak pernah dirasainya sebelum ini.
Apalah ada dengan kehidupan lelaki solja bernama
Kapten Dihya’? Bapanya sendiri merupakan seorang anggota
tentera dan ibunya pun sudah tiada. Maka, segalanya tampak
mudah bagi dirinya setiap kali dia dihantar ke mana-mana
pelosok dunia sekalipun.
Pernah juga kedengaran cerita sedih bagaimana
mereka meninggalkan isteri yang sedang sarat mengandung
demi memenuhi tanggungjawab pada negara.
Kata mereka, keyakinan kepada Tuhan itu melebihi
segala-galanya. Rindu dan rasa cinta pada yang ditinggalkan
itu tidak pernah sia-sia kerana ia sentiasa segar mekar
mewangi di dalam doa-doa yang dititipkan di setiap ruang
waktu ketika menghadap Tuhan Yang Satu. Bahasa Tuhan
dengan kalimah agung-Nya memberikan kekuatan luar
biasa buat mereka semua. Hanya Tuhan sahaja yang mampu
menundukkan jiwa-jiwa yang gelisah dan berduka kerana
rindu yang sekali-sekala datang mencabar.
Bergelar sebagai seorang anggota tentera, bukan
sahaja memerlukan kekuatan fizikal semata-mata. Malah
menuntut kekuatan mental bagi menghadapi sebarang
kemungkinan.
Sejak bertemu dengan bidadari bernama Mikayla
binti Mirza, Dihya’ belajar apa itu erti rindu. Keinginan untuk
memiliki itu begitu kuat sejak mengenali gadis itu. Gadis
itu bukan biasa-biasa. Berjaya menambat hatinya dengan
sikapnya yang terlebih berani, rapuh dan mudah dijangka.
Apa perempuan di dunia ini sememangnya dicipta untuk
menjinakkan jiwa-jiwa lelaki seperti dia? Yang dulunya kosong
dan aman tanpa insan bergelar wanita. Tidak memerlukan
perasaan yang menakutkan seperti ini. Dia mula sayang. Dia
mula rindu. Dia mahukan Mikayla binti Mirza.
Tiba-tiba Dihya’ mendapat satu pesanan ringkas
melalui telefonnya. Lamunannya terhenti. Panggilan
‘penting’ di saat dia sedang berdua dengan Mikayla. Usai
membaca pesanan ringkas itu, Dihya’ kembali memandang
Mikayla dengan pandangan teragak-agak.
“Saya ada urusan kerja. Saya kena gerak sekarang,”
ujar Dihya’ dengan berhati-hati. Tidak mahu melukai Mikayla.
Namun, dia terpaksa kerana ‘panggilan’ sebentar tadi.
“Sekarang? Tapi makanan kita belum sampai lagi.”
Dihya’ menganggukkan wajahnya. Ah, sukar sekali
untuk menghadapi situasi begini.
“Kita tapau makanan tu. Saya hantar awak balik
terus.”
“Awak nak pergi mana?”
Dihya’ hanya tersenyum. Tidak mampu untuk
menjawab soalan gadis itu.
Mikayla memandang wajah Dihya’ menanti jawapan.
Namun, hampa. Ah, dia lupa. Bukankah lelaki itu pernah
berkata tempoh hari; kerja nombor satu, awak nombor dua.
Tapi, kenapa sekarang? Dia baru saja tunjuk penumbuk kat
lelaki solja itu dengan niat untuk bergurau. Takkan tiba-tiba
terus kena tinggal? Haih. Memang secara teknikalnya kerana
urusan kerja Dihya’ yang tiba-tiba itu. Tapi, Mikayla masih
ada banyak lagi benda yang ingin ditanya dan diceritakan
dengan lelaki itu. Tak sangka second date mereka berakhir
begitu.
Akhirnya, Mikayla mengalah. Sengaja ditunjuk
rajuknya dengan tidak mahu membungkus makanan yang
telah dipesan. Sempat juga dia menyindir Dihya’.
“Awak kena gerak cepat, kan? So, jangan buang masa
nak tapau makanan tu!”
Berubah air muka Dihya’ ketika itu. Biar padan
muka dia.
Dihya’ cepat-cepat membayar harga makanan
dan mereka berdua beransur pulang. Sepanjang di dalam
kereta, masing-masing mendiamkan diri. Mikayla tunjuk
rajuk. Dihya’ buat muka bengang. Langsung tiada adegan
pujuk-memujuk antara mereka. Dan, yang paling best, Dihya’
sempat tapaukan makanan tadi dan makanan itu diberikan
kepada Mikayla. Tanda dia sempat memulangkan paku buah
keras kepada gadis itu.
“Membazir amalan syaitan!”
Eh, dah bagi cakap macam tu pula! Mikayla
menghantar pemergian Dihya’ dengan hati yang sakit.
Begitulah kisah second date mereka.
Mikayla menarik nafas panjang-panjang. Patutkah
dia makan makanan pemberian Dihya’ ini? Atau haruskah
dimasukkan ke dalam mulut tong sampah saja? Tong sampah
sudah ada depan mata saja ni.
Mikayla tidak sampai hati untuk membuang
makanan itu. Kuaja, kuaja, kuaja! Dia kena makan makanan
ni sampai habis. Agar terbukti bahawa dia tidak membazirkan
makanan. Dan, Mikayla bukan syaitan. Arghhh! Geramnya
dengan lelaki solja itu!!!
Cepat-cepat dia masuk ke dalam rumah. Ditukar
persalinannya kepada sepasang baju tidur dan kembali
semula ke ruang tamu untuk menikmati makanan tadi di
hadapan televisyen. Tiada rancangan yang menarik pun di
televisyen. Ditukar-tukar siaran beberapa kali dan akhirnya
dia melekat menonton rancangan Running Man. Okeylah
tu, buat penghibur hati yang berduka lara. Sedih tau second
date jadi begini. Rasa macam frust menonggeng. Walhal,
bukannya mereka bercinta pun.
Bungkusan makanan dibuka perlahan. Makan yang
dipesan oleh Dihya’ ialah Nasi Goreng Tomyam dan dia pula
memesan Mi Kung Fu. Tiada selera nak makan. Simpan
dalam peti ais sajalah. Esok-esok boleh panaskan. Tapau bawa
pergi ofis pun boleh. Hai, end up duduklah sorang-sorang di
depan televisyen.
‘Apalah nasib kau, Mikayla. Hah, itulah menggedik
sangat nak keluar dengan lelaki solja. Terimalah nasib kau!’
Kemudian, telefon Mikayla berbunyi. Pesanan
WhatsApp masuk. Daripada Dihya’.
‘Eh, kata sibuk sangat. Ni sangat sempat pula
berWhatsApp bagai!’
Jangan simpan makanan tu sampai
esok. Makanlah sementara masih
panas.
Mikayla terkejut. Macam tahu-tahu saja dia memang
berhajat nak simpan makanan itu untuk dimakan pada esok
hari.
Makanan pemberian Dihya’ dipandang seketika.
Sedih pula rasa hati. Hah, tahu pun dia tengah merajuk.
Digelengkan kepala menghadap skrin telefon miliknya.
Sibuk memikirkan hendak balas apa. Entahlah. Dia kecewa.
Pertemuan mereka berakhir begini dan mereka bermasam
muka sebelum berpisah tadi.
Okey.
Maafkan saya.
Untuk apa?
Sebab tak sempat nak buat confession
tadi.
Mikayla mengeluh perlahan. Pengakuan apa? Sukar
untuk dipercayai. Dia kelu. Tidak tahu mahu membalas
dengan ayat yang bagaimana. Ingin saja dia bertanya dengan
lebih lanjut. Tapi apa yang akan terjadi selepas ini? Masihkah
mereka akan berhubungan sebegini rupa? Dia sendiri tidak
yakin dengan perasaannya sendiri.
Lagipun Dihya’ yang melayannya umpama puteri.
Walau ternyata dia memang senang berada dekat dengan
lelaki solja itu, namun dia takut untuk memiliki perasaan
yang begini. Ah, lelaki... boleh percaya dengan semudah
inikah?
Lupakan aje. Selagi kerja awak nombor
satu.
Butang hantar ditekan. Entahlah, sama ada
benar tindakannya itu ataukah itu hanya sekadar rajuknya
dengan lelaki itu? Bagaimana Dihya’ mampu menjaga dan
mencintainya jika dia bukanlah yang pertama dalam hidup
lelaki askar itu?
Pada mulanya, Mikayla tidak kisah. Namun selepas
apa yang berlaku pada malam ini, dia jadi keliru. Apakah
perasaannya yang sebenar? Cinta? Cinta yang mesti berada di
sisinya selalu? Ataukah cinta seperti lelaki solja? Sekejap ada,
sekejap hilang. Ah, malas mahu memikirkannya. Kalau dah
tidak berjodoh nak buat macam mana?
Bukan awak yang tentukan.
Saya tahu. Maafkan saya. Cuma saya
masih tak mahu jadi nombor dua.
Saya faham.
Jaga diri.
Terima kasih sudi keluar dengan saya
tadi.
Mungkin itu yang terakhir.
Okey.
Dihya’ meletakkan telefonnya di sisi. Sungguh dia
tidak menyangka pertemuan mereka akan berakhir begini.
Kecewa hatinya dengan kedegilan Mikayla. Ucapan ikhlasnya
tidak mendapat balasan langsung. Keras sungguh hati gadis
itu. Mikayla tidak seharusnya memintanya untuk memilih.
Bukan semua perkara boleh dicampuradukkan hanya kerana
emosi.
Keluhan dalam dilepaskan. Mungkin tiada jodoh
antara mereka. Cinta gadis itu terlalu mahal untuk lelaki
sepertinya. Bayangan Mikayla datang mengganggu. Mencalar
emosi dan ego lelakinya.
Bisa waktu ini kuhentikan?
Saat sedekat ini denganmu
Kau yang manis
Mencuri hatiku begitu saja
Rapuh aku menanggung rindu yang gila ini
Separuh mati menanti hari berlalu
Hanya untuk kamu
Nikmati tawa senyum manismu
Menggoda aku dengan renung semanja itu
Jangan pernah ragu
Aku cintakan kamu
Gadis seberani besi
Aku gilakan kamu...

TQ Kapten! - Bab 5
MIKAYLA menghadap komputer di hadapannya.
Artikel yang ditaipnya sejak 15 minit yang lalu masih gagal
dirangka. Malah dia tersekat pada sebaris ayat yang tidak
mampu untuk disempurnakan. Kepalanya masih memikirkan
lelaki solja itu.
Sebaik mereka pulang dari kebun lavendar petang
itu, dia tidak berjumpa lagi dengan Dihya’. Sepanjang malam
Dihya’ tidak muncul di rumahnya untuk makan malam.
Mungkin lelaki itu segan. Atau mungkin lelaki solja itu beli
makanan di luar. Atau merajuk? Takkanlah tisu sangat hati
lelaki solja itu hendak merajuk dengannya?
Keesokan paginya, Mikayla mendapat tahu Dihya’
sudah bergegas pulang bersama Amsyar. Lelaki itu sempat
berjumpa dengan ayah dan ibu. Walhal, dia ada sahaja di bilik
dan masih belum tidur. Takkanlah tak boleh ucapkan selamat
tinggal dengan cara yang lebih baik kepada dirinya? Dihya’
pergi begitu sahaja tanpa sepatah kata. Sakit pula hatinya.
Yang dia tahu, keretanya yang tersadai di RnR sudah terletak
elok di hadapan rumah ibunya pada pagi itu. Kata ibu,
Dihya’ dan Amsyar yang bersusah payah mengambil kereta
Myvi berwarna putih pada malam sebelum mereka berdua
berangkat pulang. Sebab itulah, mereka berdua tidak muncul
di rumah pada malam tersebut.
Tak sempat nak ucap terima kasih. Sengaja nak buat
dia menanggung rasa bersalah sebegini rupa. Maklumlah,
layanannya yang dingin sewaktu pulang dari kebun lavendar
masih terkesan dalam hati. Lelaki solja tu memang, kan! Saja
nak buat dia teringat-ingat. Nombor telefon pun tak sempat
nak minta. Sakit pula hati dia ni.
“Hoi!” Elda mengetuk meja Mikayla dengan
tangannya sekuat hati. Dari tadi dia lihat gadis itu melamun
saja. Tidak pernah melihat Mikayla versi begitu. Takkanlah
tak baik lagi sakitnya?
Mikayla merenung tajam Elda yang tersengih-sengih
seperti kerang busuk. Kalau kena penampar memang sia-sia
persahabatannya dengan Elda selama ini. Dia mendengus dan
kembali menghadap komputer di hadapannya.
“Kau ni dah kenapa? Dari tadi aku tengok kau
termenung. Satu paragraph pun tak berjalan. Apa yang kau
taipkan tu? Apa masalah kau ni? Muka macam ayam berak
kapur?”
Elda menegur sambil tangannya laju mencapai sebiji
gula-gula di atas meja Mikayla yang sentiasa ada. Bukan dia
tak tahu, kawan baiknya tu memang ada hipoglisemia. Jadi,
memang dia standby benda yang manis-manis sekiranya dia
mula menunjukkan tanda-tanda hipoglisemia.
Mikayla memusingkan kerusinya menghadap Elda.
Dia memandang ke kiri dan kanannya. Elda turut mengikut
gerak-gerinya melihat ke kiri dan ke kanan. Risau. Dah kenapa
dengan Mikayla yang tiba-tiba kelihatan mencurigakan?
“Kau cakap dengan aku betul-betul. Kau dah buat
apa kali ini?” soal Elda terlebih dahulu sebelum sempat
Mikayla memulakan bicara.
Mikayla mencubit paha Elda.
“Kau dengar dulu apa yang aku nak cakap boleh tak?”
Geram dengan soalan bukan-bukan daripada rakannya itu.
Elda menganggukkan wajahnya. Kembali fokus
mendengar apa yang ingin diperkatakan oleh Mikayla.
“Aku ada jumpa sorang lelaki ini. He is a soldier.”
Mikayla mula berbicara. Elda merupakan temannya yang
paling rapat. Yang tahu segala cerita mengenai dirinya.
“Wow, a soldier! Menepati cita rasa kau tak?” Elda
mula tayang muka gatal.
Mikayla bersandar di kerusinya. Cuba membayangkan
lelaki solja itu.
“Dia... okeylah. Not bad.” Mikayla mula
tersengih-sengih memandang Elda.
Elda sudah tidak keruan mendengar penjelasan
Mikayla.
“Baik kau cerita dengan aku cepat. Mesti hot gila,
kan? Aku tahu beb. Kau punya sengih memang lain macam.
Ceritalah lagi, wei!” desak Elda. Tidak sabar mahu mendengar
dengan lebih lagi mengenai lelaki solja itu.
“Dia yang selamatkan aku masa aku kena ragut hari
tu. Masa aku pengsan sebab hipoglisemia, dia juga yang bawa
aku jumpa doktor. Dan, dia yang bawa aku balik kampung
hari tu.”
Elda macam nak gila mendengar cerita Mikayla.
Mikayla menceritakan dari awal hinggalah ke
akhirnya. Tiada satu babak pun yang tertinggal.
“Masya-Allah, sister. Romantik, dramatik dan
fantastik sungguh kisah kau. Mana nak jumpa lelaki macam
tu zaman ni. Lelaki macam Encik Ziyad tu berlambaklah, wei.
So, macam mana dengan kau sekarang? Kau contactlah dia.
Cakap terima kasih. Minta maaf sekali.”
Mikayla menarik muka mendengar kata-kata Elda.
“Thank you for your advice, sister. Masalahnya, dia
pergi pun tak ada sepatah kata atau ucapan selamat tinggal.
Macam mana nak dapat nombor telefon dia? Aku rasa itulah
pertemuan terakhir aku dengan lelaki solja tu. So, takkan ada
second date dengan dia lagi lepas ni. Aku rasa macam dalam
mimpi aje bila jumpa lelaki macam dia.”
“Kesian kau, Kay. Tragis, sadis dan forever alone
nampaknya kau lepas ni. Mungkin orang-orang macam Encik
Ziyad aje yang tinggal untuk orang macam kau.”
Dengar saja nama Encik Ziyad, terus tegak tubuh
Mikayla. Terbayang Encik Ziyad yang poyo dan gila kuasa tu.
Terus sahaja menggelegak emosinya.
“Eh, mulut kau jangan nak choi sangat tau. Lelaki
macam tu layak makan penampar aku aje tau. Dia jangan
ingat ATSD ni company bapak dia, dia boleh buat ikut suka
hati. Tolonglah jangan sebut nama dia boleh tak? Dia tu
macam jin. Kau seru aje nama dia, memang muncullah dia
nanti. Semaklah dengar nama dia. Eh, kau ni pun!”
Mikayla melihat wajah Elda yang sudah berubah
kelat semacam. Keningnya cuba digerakkan untuk memberi
klu. Elda menggelengkan wajahnya. Dah cakap dah jangan
sebut nama lelaki itu. Memang pantang diseru. Ini semua
salah Elda. Mikayla tahu Encik Ziyad berada di belakangnya
kini. Dia bangun dari kerusinya dan memusingkan tubuhnya.
“Hi, dear. Elda, go back to your place. Please!” Encik
Ziyad mengeluarkan arahannya. Dia menatap wajah Mikayla
yang sudah lama tidak ditemuinya. Gadis idamannya di ATSD.
Elda mencicit kembali ke tempat duduknya. Tinggal
Mikayla seorang diri menghadap ‘masalah’ yang tidak
diundang.
“Dear, I dengar you sakit. Sebab tu you ambil cuti
hari tu. Macam mana keadaan you? Dah okay ke?”
Mikayla merenung Encik Ziyad di hadapannya.
Betul ke lelaki macam Encik Ziyad sahaja yang tinggal untuk
gadis seperti dia? Mikayla memejamkan matanya. Tidak! Tak
mungkin! Matanya dibuka kembali. Hanya Encik Ziyad masih
di hadapannya. Bukan lelaki solja itu.
Tiba-tiba Encik Ziyad mahu meletakkan tangannya
di dahi Mikayla. Namun pantas dia berundur ke belakang.
Cuba mengelak tindakan Ziyad.
“I okey aje. I kan dah masuk ofis. Itu bermaksud
I dah okey.” Jawab Mikayla satu-satu. Tanda protes dengan
kelakuan Encik Ziyad.
Encik Ziyad menarik tangannya dan menyeluk
poket seluarnya. Dia merenung Mikayla. Kecantikan Mikayla
memang tiada tandingannya. Sudah lama dia menyimpan
perasaan terhadap gadis itu. Namun, Mikayla bukanlah gadis
sembarangan. Satu ATSD mengenali gadis lincah ini. Silap
percaturannya, dirinya juga yang malu.
“Lega I dengar you cakap macam tu. Come on, cakap
aje dengan I kalau bos you si Ajib tu bagi banyak sangat kerja.
Kesian you. Sampai jatuh sakit dibuatnya. Please, Kay. I akan
selalu ada untuk you. Kalau you ada apa-apa masalah. You
boleh beritahu I. I akan sentiasa support you, okey?”
Mikayla membalas senyuman Encik Ziyad dengan
tidak rela hatinya. Dia tidak mahu mencari apa-apa masalah
dengan Encik Ziyad seboleh mungkin. Dia hanya mencari
rezeki di sini dengan kudratnya sendiri. Dengan hasil
usahanya sendiri.
“Okeylah, I pergi dulu. Nak jumpa Tan Sri Tony
Fernandes. Ada lunch appointment dengan dia. Bye sayang.”
Mikayla mengetap bibirnya. Geram! Suka hati dia
saja nak bersayang bagai. Sabarlah, Mikayla. Jangan sampai
mamat tu nanti makan penampar sudah. Masa tu, baru dia
tahu langit tinggi ke rendah.
Setelah Encik Ziyad hilang dari pandangan matanya,
Mikayla kembali duduk di kerusinya.
“Bye sayang.” Ada sahaja suara-suara di belakang
yang mula berbunyi. Memang kena bahanlah. Dah tentu satu
ofis pasang telinga tadi.
Mikayla mengambil bantal kecil di belakangnya dan
membalingnya ke arah Elda. Dia tahu antara suara-suara
yang bersahut-sahutan dengan perkataan sayang adalah
Elda. Rakan-rakannya sudah mula berbunyi dan menyambut
panggilan sayang di antara satu sama lain. Macam ayam-ayam
di kampung sahaja. Yang seekor berkokok, ada yang jadi
tukang sambung. Kalau bab menyakat memang bagi kat
diaorang sajalah!
Elda mentertawakannya.
Mikayla hanya mampu menggeleng saja. Tiba-tiba
imej Dihya’ melintas sesaat dalam ingatan. Ditarik nafasnya
panjang-panjang untuk beberapa kali. Bahaya ni! Dah kenapa
duk teringat kat orang yang tak ingat kat dia? Lintasan wajah
lelaki itu datang lagi dengan senyumannya yang menggoda.
Ah, sudah-sudahlah tu Kay!
Dua minggu kemudian...
MIKAYLA MENGELUH di ruang menunggu bilik siar raya
ATSD. Suka hati saja main batalkan penggambaran untuk
hari ini. Dah dekat sejam dia menunggu, baru nak beritahu
penggambarannya untuk slot khas berkaitan kes pendatang
asing di Melaka telah dirombak semula. Tak bolehkah
beritahu lebih awal? Macam-macam dia boleh buat hari ini.
Jam menunjukkan 3.30 petang. Sewaktu Mikayla
baru hendak bangun dari sofa berwarna merah hati tersebut,
telefonnya berbunyi. Sebaris nombor yang tidak dikenali
menghubunginya. Siapa pula ni? Mikayla tidak berfikir
panjang dan dia menjawab sahaja panggilan tersebut.
“Helo.”
“Assalamualaikum, Cik Mikayla. Dihya’ Alauddin di
sini.”
Mikayla terkedu mendengar suara itu. Lelaki solja di
talian?
“Helo.” Suara dia di hujung talian memanggilku
kembali ke alam nyata.
“Waalaikumussalam. Encik Dihya’ apa khabar?”
Kedengaran suara garau dia di hujung talian
membuatkan Mikayla lega. Entahlah, lega yang tak dapat
digambarkan dengan kata-kata.
“Saya sihat. Awak? Sibuk tak?”
Mikayla menahan debar di dada.
‘Untuk awak, saya sanggup buat-buat tak sibuk, tahu
tak?’ Rasa macam telah berlaku keajaiban dunia yang ke-8
apabila Dihya’ kembali menghubunginya. Ingatkan mereka
sudah terputus hubungan sampai bila-bila.
“Saya okey aje. Cuma sibuk sikit.” Perbualan yang
agak kekok. Sepatah yang ditanya, sepatah dia menjawab.
“Tak outstation hari ni?”
“Biasalah, jadual kerja tak menentu. Kebetulan
hari ni saya memang ada di ofis. Nak ajak saya keluar, cakap
ajelah.” Mikayla mula tersenyum-senyum.
“Oh, baguslah. Hmm, habis kerja pukul berapa ni?”
Dihya’ bertanya.
Mikayla? Dah macam nak melompat-lompat saja
rasanya. Tapi, tak bolehlah. Buatnya akak kerani kat depan
bilik siar raya tu nampak cakap apa pula. Cepat-cepat Mikayla
menekan butang lif.
“Pukul 6 petang.”
“Malam ni buat apa?”
Mikayla tergelak kecil. Begitu juga Dihya’.
“Awak nak ajak saya keluar ke?”
“Saya cuma nak ingatkan awak jangan merayau
seorang diri waktu malam.”
Mikayla menelan air liurnya. Setepek Dihya’
mengenakan dia. Berjaya juga membuatkan dia malu sendiri.
Mati-mati diingatkan lelaki itu nak ajak keluar bila dah mula
tanya macam-macam. Sabar sajalah.
“Oh, terima kasih atas ingatan tulus ikhlas awak
tu.” Mikayla menjawab dengan menekan suaranya tanda
geram. Eh, lambat pula lif ni nak sampai. Ditekan butang lif
berkali-kali dengan muka bosan. Bosan menunggu lif dan
semakin bosan dengan perbualan telefonnya dengan Dihya’.
Kedengaran suara Dihya’ ketawa di hujung talian.
Mikayla pun sekali berjangkit tersenyum seorang diri
di hadapan lif. Sebaik sahaja pintu lif terbuka, Mikayla
tergamam.
Dihya’! Lelaki solja itu muncul di hadapannya dengan
memakai seragam tentera. Masya-Allah, brother. Betulkah
lelaki solja ini ada di hadapannya? Ya, dia sememangnya
kacak. Cuma seragam tentera yang tersarung di tubuhnya
membuatkan dia berganda-ganda lebih kacak dan kemas
seperti selalunya.
Dihya’ tersenyum di hadapannya. Matanya tepat
merenung mata Mikayla.
“Awak buat apa kat sini?” soal Mikayla. Terkejut.
“Saya kena jawab melalui phone jugak ke?” soal
Dihya’ semula. Masih lagi dengan renungannya yang
menikam kalbu.
Mikayla ketawa. Cepat-cepat dia masuk ke dalam lif
dan mematikan telefonnya. Gembira tidak terkata melihat
Dihya’ berada di hadapannya tanpa perlu diseru puja.
“Saya ada urusan jugak kat sini. Baru aje habis. Saya
teringat yang awak kerja kat sini, jadi saya cuba nasib aje.
Manalah tahu selebriti ATSD ni tak sudi nak jumpa saya lagi.”
Mikayla ketawa lagi. Kemudian, dia mencebikkan
wajahnya.
“Takkanlah saya berani nak buat macam tu kat anak
‘dara’ angkat ibu saya ni?” sindir Mikayla.
Giliran Dihya’ pula ketawa besar dengan usikan
Mikayla.
“Mana awak dapat nombor telefon saya?”
“Ibu awak yang bagi kat saya.”
“Dan, baru hari ini awak nak call saya?” Mikayla
menampar perlahan lengan lelaki itu dengan fail di tangannya.
“Kerja nombor satu. Awak nombor dua.”
Pergh, jawapan dia... padu sangat! Tak habis-habis
nak kenakan orang. Eeee, Dihya’ ni kan! Entah mengapa
jawapan itu seakan menyejukkan hati Mikayla yang panas
membara sebentar tadi. Tak mengapalah dia yang nombor
dua. Asalkan nombor satu bukan perempuan lain. Hehehe.
“Jom keluar malam ni?”
Mikayla merenung mata lelaki solja itu. Macam tak
percaya lelaki itu sedang mengajaknya keluar.
“Ada orang pesan dengan saya jangan merayau waktu
malam.” Mikayla sengaja mengenakan Dihya’.
“Merayau dengan saya, apa salahnya. Tak bahaya
pun. Kalau ada apa-apa yang berlaku saya boleh selamatkan
awak.”
Mikayla tersenyum. Begitu juga Dihya’.
“Awak kena ambil saya malam ni. Jangan lambat!”
Mikayla memberi amaran sambil tersenyum manja.
“Yes ma’am. I will.” Dihya’ menjawab.
Mikayla memeluk failnya. Hatinya kembali
berbunga-bunga. Sebaik sahaja pintu lif kembali terbuka,
muncul Encik Ziyad. Terus berubah mood romantik sebentar
tadi menjadi tragis.
‘Ah, masa macam inilah dia nak muncul!’
“Hi, dear. How are you? Susah betul nak jumpa you
dua tiga hari ni. Berapa kali dah I turun ofis you, tapi you
selalu tak ada. Frust tau. Nak kerja pun hati tak senang,” ujar
Encik Ziyad.
Tolonglah jangan buat statement macam tu depan
lelaki solja ni, boleh? Nanti apa pula yang Dihya’ fikir apabila
melihat semua ini. Mesti lelaki tu ingat dia pervert. Eh,
pervert tu melampau sangat. Takut nanti Dihya’ ingat yang
dia perempuan jenis melayan. Aduh, Encik Ziyad ni kan!
“Saya sibuk. Kalau ada apa-apa, Encik Ziyad boleh aje
call, kan? Tak payah susah-susah sampai macam tu sekali.”
“You tahu kan I ni dah lama...” Belum sempat Encik
Ziyad menghabiskan kata-katanya Mikayla menyampuk.
“Encik Ziyad, saya nak kenalkan seseorang dengan
Encik Ziyad. Kebetulan Encik Ziyad ada kat sini, biarlah saya
kenalkan lelaki kat sebelah saya ni. Nama dia Dihya’ Alauddin.
Dia... bakal tunang saya. Kebetulan sangat-sangat dia ada
urusan di sini, sebab tu dia datang jumpa saya. Sweet kan dia
ni, Encik Ziyad? Saya terharu sangat-sangat. Bukan senang
nak jumpa dia ni. Lepas tu, suka sangat buat surprise macam
ni.” Mikayla berkata-kata dalam satu nafas. Pantas namun
jelas.
Keadaan sunyi tiba-tiba. Encik Ziyad terdiam. Dihya’
hanya membisu. Mikayla mengerlipkan matanya beberapa
kali ke arah Dihya’, cuba meraih simpati, mengharapkan
lelaki solja itu memahami tindakannya.
Harapannya tinggi. Ini sahaja peluang yang dia ada
untuk menyingkirkan Encik Ziyad buat selama-lamanya.
Sekurang-kurangnya apabila Encik Ziyad tahu yang dia sudah
berpunya, takkanlah lelaki itu nak ganggu dia lagi, kan?
Jadi, hidupnya akan lebih aman selepas ini. Tanpa gangguan
‘memualkan’ daripada bosnya itu.
Dihya’ menghulurkan tangannya kepada Encik
Ziyad.
“Nama saya Dihya’. Encik Ziyad, bukan?” Dihya’
menyapa Encik Ziyad terlebih dahulu.
Encik Ziyad dilihat teragak-agak untuk menyambut
huluran tangan Dihya’ Namun, akhirnya disambut juga
huluran salam perkenalan daripada lelaki yang memakai
seragam askar itu.
“Ziyad. Big boss Mikayla.” Encik Ziyad
memperkenalkan dirinya. Bongkak. Seperti selalunya.
“Oh Encik Ziyad, saya Kapten Dihya’. Bakal tunang
dan bakal suami Mikayla,” jawab Dihya’ dengan senyumannya
yang manis menggula itu. Aww!
Waktu itu Mikayla tahu, ego Encik Ziyad pasti
menggelegak habis mendengar jawapan Dihya’.
‘Nasib kaulah, Encik Ziyad. Rasa nak
melompat-lompat saja sambil menjerit yes, yes, yes!’
Pintu lif terbuka akhirnya.
“Jumpa lagi, Encik Ziyad. Jom, sayang.”
Mikayla menelan air liurnya mendengar kata-kata
Dihya’. Sayang? Kata-kata yang mengundang senyum kelakar
di wajah Mikayla. Nak tergelak, tapi ditahan dengan senyum
ala sweet-sweet gitu. Kenapa real sangat lakonan Dihya’ hari
ni? Namun, dia cuba untuk menahan perasaan ingin tahunya.
Cepat-cepat dia mengikut Dihya’ yang sedang menunggu.
Encik Ziyad? Apa lagi, masam mencuka wajahnya ketika itu.
Pintu lif kembali tertutup dan Mikayla menarik nafas lega.
Dihya’ menoleh ke arah Mikayla.
“Saya kena gerak segera. You owe me an explanation
for that!” ujar Dihya’. Tegas.
Mikayla mengangkat tabik hormat. Sungguh, dia
amat terhutang budi dengan pertolongan Dihya’ kali ini.
Aman sudah hidupnya selepas ini. Moga-moga tiada lagi
gangguan daripada Encik Ziyad.
“Yes, captain. See you tonight. Don’t be late okay!”
Dihya’ mengangguk dan berlalu pergi. Sempat
tersenyum manja melihat telatah Mikayla.
Mikayla menghantar Dihya’ pergi melalui
pandangan matanya. Fail di tangannya dipeluk kuat. Cuba
untuk menyembunyikan rasa hatinya. Renungan Dihya’ yang
begitu memukau sebelum meninggalkan dia di sini. Pertama
kali dia melihat lelaki itu dengan uniform kerjanya. Segak.
Dan seperti yang dikatakan sebelum ini, Dihya’ kelihatan
berganda-ganda kacaknya. Masya-Allah, brother!

Subscribe to:
Posts (Atom)