DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Monday 15 August 2016

Sesaat Cukup Bagiku - Bab 8

Mai merenung ke luar tingkap kereta Toyota Viosnya. Fikirannya kosong sejak semalam. Hatinya berdarah dan dirasakan bagaikan tidak mampu untuk diubati lagi. Belum pun hilang lagi perasaan gundahnya akibat daripada perkahwinan ini, Irfan datang dengan membawa satu lagi berita yang cukup memeranjatkannya. Lelaki yang kini suaminya ini, meminta supaya mereka tidak berkahwin atas dasar cina buta. Katanya, tidak sah dan dilaknati Allah perkahwinan sebegitu. Jadi, atas dasar apakah perkahwinan ini? Apakah mereka akan melayari perkahwinan ini seperti pasangan-pasangan biasa yang lain? 

Irfan mengatakan bahawa Syamsul sengaja memberitahunya pada saat-saat akhir sebelum pernikahan ini dilangsungkan. Katanya Syamsul amat memerlukan wang upahnya. Dia tidak mahu mereka mengubah fikiran jika diberitahu awal tentang perkara itu. Setelah semua urusan selesai, Mai dan Irfan pasti berasa malu untuk menarik balik semua yang telah dirancang ini. Sudahlah begitu, kata-kata Kak Gee yang mengganggunya sejak seminggu lalu, ketika dia menjemput teman sekolahnya ke majlis pernikahannya ini juga mengganggu fikirannya. 

“Mai ni... kenapa tak beritahu awal-awal yang Mai dah nak cari pengganti Irfan. Kalau akak tahu dari awal lagi akak boleh rekomenkan kawan akak ni. Dia ni bujang trang tang tang lagi. Akak nak cakap kepada Mai, takut Mai kata akak ni melampau pula. Baru aje bercerai dah nak kahwin lain.” 

Mai hanya diam sahaja. Dia tidak mampu berkata apa-apa. Seandainya Kak Gee tahu yang dia akan menikah kerana ada agenda lain di sebaliknya, pasti Kak Gee naik marah. 

“Mai sunyi, kak. Bila ada yang sampaikan hajatnya nak kahwin dengan Mai, Mai setuju aje,” bohongnya. 

“Macam mana Mai jumpa dengan dia?” 

“Ada kawan yang kenalkan,” jawabnya perlahan. Ah... dia berbohong lagi. 

“Dia kerja kat mana?” 

“Kerja biasa aje, kak.” 

“Yalah... kerja biasa tu kerja apa? Cikgu juga ke?” 

“Tukang masak...” jawabnya perlahan. Terasa agak malu dengan pekerjaan bakal suaminya itu. “Ohh... senanglah lepas ni, Mai tak payah lagi nak masak untuk dia. Dia yang masak untuk Mai, kan?” kata Kak Gee sambil ketawa. “Irfan dah tahu?” tanyanya tiba-tiba. Mai hanya menganggukkan kepalanya. Dia yang merancang semua ni, kak, detik hatinya. “Apa dia kata?” soal Kak Gee lagi. Sesaat Cukup Bagiku 86 Serba salah untuk Mai menjawabnya. Dia tidak sanggup berbohong. Tapi dia juga tidak sanggup untuk membuka rahsia ini. “Entah.” Lama kemudian dia menjawab soalan itu. “Mai tak sedih?” tanya Kak Gee lagi. Suaranya berubah daripada nada riang sebentar tadi kepada nada sayu. Pertanyaan itu membuatkan Mai sedikit tergelak. “Sedih kenapa pula?” jawabnya, masih dalam keadaan serba salah dalam hal ini. “Yalah... Irfan kan masih sayang kepada Mai. Kalau Mai kahwin, macam mana perasaan dia agaknya ya?” tanya Kak Gee seolah-olah menduga. Mai merenung jauh. Kalaulah panahan mata boleh menembuskan sehelai kertas, pasti kertas-kertas ujian anak murid yang sedang diperiksanya itu sudah tembus. Akhirnya dia mengeluh perlahan. Dia cuba meyakinkan dirinya, bahawa apa yang akan dilaluinya ini nanti adalah sesuatu yang betul. “Antara Mai dengan dia dah tak ada harapan nak balik semula, kak. Biarlah, lama-lama okeylah dia tu,” jawabnya perlahan. Dan pastinya nanti, selepas diceraikan, Mai akan dapat kembali kepadanya, kak, bisik Mai dalam hati. Begitu yakin dia saat kata-kata itu terlintas dalam hatinya. Namun kini dia seperti berasa tidak yakin dengan bisikan itu lagi. Kata-kata Irfan tentang syarat yang diberikan oleh lelaki ini supaya mereka bernikah bukan atas dasar cina buta seakan-akan telah membuatkan keyakinannya jadi goyah. Bagaimana nanti jika Syamsul tidak mahu menceraikannya? Hatinya dirasuk rasa bimbang. Ah... Mai dapat merasakan keluh-kesahnya itu dapat dirasakan oleh Syamsul. Terasa seperti sedang direnung, Mai Laila Hanni 87 mengerling seketika kepadanya. Ah... memang benar, Syamsul sedang mencuri pandang ke wajahnya. Lantas Mai melarikan matanya semula. Syamsul terus memandu dengan tenang sekali. Seakan-akan sedikit pun perkara ini tidak meresahkannya. Matanya terus merenung barisan kilang-kilang yang berderet di dalam perjalanan mereka dari Seksyen 27 ke Seksyen 10, Shah Alam. Malas untuk berfikir tentang masalah yang baru diketahuinya semalam, Mai memejamkan matanya melayan lagu-lagu yang diputarkan di radio. “Penat?” Suara Syamsul mengganggu lamunannya. Perlahan Mai membuka matanya untuk kembali menatap wajah lelaki itu. Entah mengapa satu perkataan terlintas dalam hatinya pada saat itu. Kacak... Mengapa dulu dia tidak sedar akan hakikat itu. Waktu pertama kali bertemu dulu dia terlalu leka melayan resahnya akibat daripada perbuatan Irfan. Sehinggakan waktu itu dia tidak dapat mengesan ketampanan wajah lelaki ini. Tambahan pula ketika itu dia kelihatan berserabut dengan jambangnya yang tidak dicukur dan rambutnya yang panjang mencecah ke bahu. Pertama kali dia melihat Syamsul ketika lelaki ini melangkah masuk ke masjid tempat mereka diijabkabulkan tadi, hatinya berasa sedikit keliru. Betulkah lelaki yang segak berbaju Melayu teluk belanga ini ialah Syamsul Hasni? Rambutnya sudah dipotong pendek. Jambangnya yang berserabut sudah dirapikan menampakkan ketampanannya yang sebenar. Tubuhnya yang tinggi walaupun agak kurus kelihatan segak dan sasa dalam baju Melayu berwarna hijau kepala itik. Sehinggakan sedikit pun Mai tidak perasan dengan kakinya yang tempang apabila dia berjalan. Sesaat Cukup Bagiku 88 Kak Ros yang menyewakan pakaian pengantin mereka. Pelawaan wanita separuh umur itu untuk menyediakan pelamin untuk mereka bersanding ditolak keras oleh mereka berdua. Akhirnya Kak Ros membuat keputusan supaya sekurang-kurangnya mereka mengenakan pakaian yang sedondon, yang selayaknya dipakai oleh pengantin. Dia yang memilih persalinan ini. Katanya mereka berdua kelihatan secocok dengan warna yang dipilihnya ini. Mai menggelengkan kepalanya lantas berkata, “Bukan penat dengan apa yang berlaku hari ni.” “Habis tu?” tanya Syamsul setelah agak lama diam menumpukan perhatian kepada pemanduannya. Ah... benci betul dia dengan apa yang berlaku pada hari ini sampai untuk menyebut perkataan nikah pun dia tidak sanggup, getus hati Syamsul. “Penat bila ingatkan semua yang berlaku sejak enam bulan ni. Betul-betul mencabar minda saya,” ucap Mai perlahan. Syamsul senyum. “Kalau semuanya kita hadapi dengan tenang, tentu tak penat jadinya. Tentu kita jumpa satu demi satu jalan penyelesiannya,” ucap Syamsul penuh makna. “Huh... Macam kita sekarang? Ini jalan penyelesaian yang kita jumpa untuk masalah saya ni, kan?” Syamsul diam mendengarkan kata-kata Mai itu. Kemudian dia mengangguk perlahan tanpa membalas pandang. “Mungkin suatu hari nanti kita lebih faham mengapa semua ini berlaku. Mungkin ada hikmahnya bila Allah jadikan semua ni...” ucap Syamsul perlahan.Laila Hanni 89 “Tapi bila nak selesaikan masalah kita ni, timbul masalah lain pula, kan,” kata Mai sinis. “Maksud engkau?” tanya Syamsul hairan. Dia bagaikan dapat menghidu ketidakpuasan hati Mai. Mai diam seketika. Matanya tersorot kembali kepada deretan kilang-kilang yang tersergam megah di sepanjang jalan. “Semalam Irfan beritahu yang awak tak akan lepaskan saya dalam masa terdekat ni,” kata Mai tanpa memandang ke wajah Syamsul. Syamsul menarik nafas panjang. “Kita baru saja kahwin tiga jam yang lalu, dan sekarang kita dah nak cerita pasal cerai ke?” katanya sinis. Kata-kata itu menyebabkan Mai memandang ke wajah Syamsul dengan perasaan yang agak jengkel. Dahinya berkerut. “Bukan ke itu tujuan utama saya kahwin dengan awak? Awak hanya cina buta dalam hubungan kita ni. Dah lupa?” “Pada asalnya memang macam tu... Tapi kita tak boleh lari daripada hukum, Mai. Bila kita mengaku yang kita ni Islam, kita kena ikut segala perintah yang Allah berikan. Macam juga bila kita kerja di satu-satu tempat. Bila kita dah mengaku kita kakitangan kat tempat tu, kita kena ikut peraturan tempat kerja tu, kan?” sinis Syamsul bertanya untuk mengukuhkan alasannya. Dalam mendengar kata-kata Syamsul yang panjang lebar itu, sempat lagi Mai mendengar nama manjanya meniti di bibir lelaki itu. Pertama kali lelaki ini menyebut nama manjanya, bagaikan ada getar dalam hatinya. Cepat-cepat dia Sesaat Cukup Bagiku 90 menyeka perasaan itu. Tidak mahu membiarkan perasaan yang sebegitu mula berpaut pada hati. Dia hanya ingin perasaan itu hanya berlaku apabila dia bersama Irfan. Tidak dengan lelaki lain, terutamanya dengan lelaki yang kini bergelar suaminya ini. “Masa mula-mula jumpa Irfan dulu, aku nekad nakkan upah yang dia nak berikan tu. Dengan duit tu aku boleh buka perniagaan baru. Tapi, bila aku balik, hati aku jadi tak tenang. Entah kenapa aku rasa ada benda yang tak kena. Sebab tu aku pergi jumpa ustaz yang mengajar dekat masjid tempat kita nikah tadi. Aku tanya dia, sama ada betul ke tindakan aku ni.” Syamsul berhenti seketika. Matanya menyorot sekilas ke wajah Mai yang begitu asyik merenung wajahnya. Renungan yang menggetarkan perasaannya. Perlahan dia menarik nafas, cuba menenangkan getaran dalam hatinya itu. Kemudian kembali menumpukan perhatian kepada pemanduannya. “Ustaz tu jelaskan semuanya. Haram dan dilaknat oleh Allah, katanya. Kalau aku ambil duit yang tak berkat tu untuk mulakan perniagaan, perniagaan aku nanti pasti tak akan diberkati. Aku tak nak macam tu... Sebab itulah aku jumpa Irfan dan beritahu dia awal-awal lagi. Dia setuju.” Berkerut kening Mai mendengarkan kata-kata Syamsul. “Bila awak beritahu perkara ni kepada dia?” “Hari pertama kita jumpa dulu. Aku minta dia bincang dengan engkau dan dapatkan persetujuan kau dulu. Aku tak nak ada yang tak setuju sampaikan lepas ni timbul masalah lain. Tapi dia kata engkau mesti setuju. Aku ingat dia dah bincang tentang perkara ni dengan engkau.” Mai mengetap bibir lembutnya. Perlakuan luar Laila Hanni 91 sedar yang tidak lepas daripada pandangan mata Syamsul. Makin kuat hati lelakinya bergetar. Mengapa begini mudah wanita ini menggetarkan perasaannya. Kalau dengan Imah atau wanita lain yang hadir sekali-sekala dalam hidupnya dia tidak pernah merasakan getaran sebegini. Mengapa bersama Mai mudah sekali dia kecundang? Mungkinkah kerana status sebagai isteri yang kini dipegangnya, mampu mengubah semua ini? Membuatkan dia merasakan ada sesuatu yang istimewa dalam hubungan ini berbanding dengan hubungannya dengan wanita lain? “Abang Irfan kata, awak baru beritahu dia perkara tu. Dia kata... awak yang beritahu saat-saat akhir sebelum kita nikah. Supaya saya tak batalkan. Dia kata... awak betulbetul perlukan duit tu...” katanya sambil mengeluh. Terperanjat Syamsul dengan kenyataan itu. Namun dia diamkan apa yang ada dalam hatinya. Tertanya sendiri mengapa Irfan berbohong begitu. Apa tujuannya? “Awak tak bohong, kan? Tak tipu saya, kan?” tanya Mai meminta kepastian. Dia seakan-akan tidak yakin dengan kata-kata Syamsul sebentar tadi. “Kenapa pula aku nak bohong kepada engkau?” jawab Syamsul tenang. Mai mengalihkan pandangannya. Memandang ke hadapan sambil mengeluh perlahan. “Dia... bohong saya...” kata Mai sambil terus mengetap bibirnya. Perasaan sedih kembali menyelinap masuk ke dalam hatinya. Terasa tersinggung dengan sikap Irfan. Terasa dirinya dipermainkan. Mengapa Irfan berbuat begitu? Tidakkah dia boleh berterus terang? “Mungkin dia ada sebab lain? Kita tak tahu apa yang ada dalam hatinya,” kata Syamsul perlahan.Sesaat Cukup Bagiku 92 Hatinya bagaikan terjerut. Menyesalkah Mai kerana sikap Irfan ini? Atau adakah kekesalan yang terpamer di wajahnya itu menggambarkan rasa hati yang jengkel dengan pernikahan ini? Dia sepatutnya berbincang sendiri dengan Mai sebelum mereka bernikah. Selama ini dia mempercayai Irfan akan menerangkan segalanya kepada Mai. Sedikit pun dia tidak menyangka Irfan akan membuat keputusan sendiri. “Engkau menyesal kita dah nikah?” Dia bertanya lama kemudian. Mai juga mengambil masa yang cukup lama untuk menjawab. Dan apabila akhirnya dia berkata-kata, bicaranya itu sekali lagi menjerut hati Syamsul. “Tidak... Sebab pernikahan kita ini akan dapat kembalikan saya kepada dia.” Syamsul diam sambil melayan hatinya yang terjerut dek kata-kata itu. Mai juga membisu kerana pada saat itu dia sendiri bagaikan tidak yakin dengan kata-katanya sendiri. Mereka tiba ke rumah Mai kira-kira jam 6.30 petang. Mai cepat-cepat naik ke bilik di tingkat atas meninggalkan Syamsul termangu-mangu sendirian di ruang tamu. Dia perlu menunaikan solat asar kerana waktu yang sudah begitu lewat. Syamsul telah bersolat semasa di restoran Kak Ros tadi manakala dia pula terasa agak janggal untuk solat di sana kerana suasana yang agak asing tanpa sedikit pun privasi di ruang rehat restoran tersebut. Walaupun ruang solat itu bersih, namun keadaan yang agak bersepah itu membuatkan dia rasa enggan untuk bersolat di situ.Laila Hanni 93 Dia tidak biasa dengan keadaan bersepah kerana rumahnya sentiasa berkemas rapi. Sedikit sampah pun tidak pernah dibiarkan bersepah di lantai. Pantas sekali tangannya membersihkan segala kekotoran yang ada di situ. Sikap cerewet yang sering ditegur oleh Kak Gee, sehinggakah teman sekerjanya itu selalu mengatakan bahawa dia bernasib baik kerana tidak punya anak-anak yang menyepahkan rumahnya. Kalau tidak, pasti Mai akan menjadi ibu yang cukup garang dengan sikap budak-budak yang sememangnya gemar menyepahkan rumah. Selepas mandi dan bersolat, barulah dia teringat kepada Syamsul yang ditinggalkan di ruang tamu tingkat bawah rumahnya itu. Apabila dia menapak ke bawah, dia mendapati lelaki itu tiada di ruang tamu. Dia meninjauninjau keluar. Terdetik dalam hatinya kemungkinan Syamsul Hasni sudah meninggalkan rumah itu. Mungkin tersinggung kerana ditinggalkan sendirian. Atau terasa tidak betah untuk terus menjadi suaminya. Dalam hati dia berharap supaya perkara itu berlaku. Jika boleh dia ingin perkara sebegitu berlaku. Dia tidak tahu bagaimana untuk dia melayan lelaki itu. Perlukah dia melayannya dengan istimewa selayaknya sebagai seorang suami? Atau bagaimana? Hatinya jadi serba salah. Bunyi deruan air di singki dapur menyebabkan dia sedar bahawa lelaki itu masih ada lagi di dalam rumah. Lantas dia turut ke dapur. Dilihatnya Syamsul sedang membasuh tangannya di singki. Di atas dapur sudah terjerang gulai kenduri tengah hari tadi yang sedang dipanaskan. Sebelum pulang tadi Kak Ros telah membekalkan mereka dengan juadah daripada kenduri tadi untuk mereka makan malam nanti. “Awak lapar ke?” Dia bertanya kepada Syamsul yang Sesaat Cukup Bagiku 94 tidak menyedari kehadirannya. Pertanyaan itu membuatkan Syamsul terperanjat. Cepat sekali dia berpaling ke arah Mai. Perlakuan pantas sebegitu membuatkan dia hilang keseimbangan. Kakinya yang tempang itu menyebabkan dia hampir jatuh. Cepatcepat dia berpaut pada bahagian tepi singki. Namun bahagian yang basah itu ternyata licin menyebabkan tangannya terlepas pegangannya dan hilang keseimbangan. Terus dia jatuh terduduk di lantai. Terjerit Mai melihatkan tubuh yang begitu tinggi itu jatuh di hadapannya. Cepat-cepat dia berlari mendapatkan Syamsul yang terduduk di lantai. Wajahnya menunjukkan kerisauan apabila melihat Syamsul terjatuh kerana terperanjat dengan sapaannya. “Awak tak apa-apa ke? Maaf, saya buat awak terkejut,” katanya cemas sambil tangannya memegang lengan lelaki itu. Dengan pantas dia melutut di sebelah lelaki itu dan dalam kekalutannya, kakinya tersadung pada alas kaki yang diletakkan di hadapan singki. Dia jatuh di atas Syamsul lantas tubuh mereka bersentuhan dalam keadaan yang cukup intim. Dan dengan tindakan spontan, tangan kiri Syamsul memeluk pinggang Mai dengan erat sekali. Terkesima kedua-duanya di atas lantai di hadapan singki. Buat seketika mereka hanya memandang ke dalam mata masing-masing. Pertama kali bersentuhan selepas upacara membatalkan air sembahyang pada tengah hari tadi, sedikit sebanyak ia mengundang rasa yang cukup tidak selesa dalam hati masing-masing. Lantas cepat-cepat Mai membetulkan kedudukannya supaya ada jarak antara tubuh mereka.Laila Hanni 95 “Maaf... saya... tak sengaja...” ucapnya perlahan yang agak terkejut. Matanya kembali mengerling sekilas ke wajah Syamsul yang kelihatan tersenyum selamba. Mai terasa agak malu dengan keterlanjurannya sebentar tadi. Debaran kuat memalu jantung hinggakan terasa lemah lututnya untuk terus berdiri. Lalu dia terus melutut di sebelah tubuh Syamsul yang masih terduduk di tepi singki. “Tak apa... Aku yang salah, jatuh macam nangka busuk, kan?” kata lelaki itu sambil tersenyum lagi. Pertama kali Mai melihat senyuman yang sungguh menawan itu. Selama ini keadaan di antara mereka selalunya agak tegang hinggakan dia tidak pasti bagaimana wajah Syamsul ketika tersenyum malah dia merasakan sehingga kini tidak pernah sekalipun dia melihat Syamsul tersenyum semesra itu. Selalunya dia serius dan bagaikan tenggelam di dalam dunianya sendiri, sering termenung sendirian, seperti sedang memikirkan sesuatu. Cepat-cepat Mai bangun setelah merasakan dia mampu mengawal debaran dalam hati. Dia cuba meredakan debaran itu dengan menarik dan menghembuskan nafasnya perlahan-lahan. Dia cuba berlagak tenang sambil menghulurkan tangannya untuk Syamsul berpaut. Namun, debaran itu jadi kian kencang pada saat jari-jemari mereka bersentuhan lagi. Dia dapat merasakan kembali kehangatan pelukan lelaki itu sebentar tadi. Menyebabkan wajahnya kemerah-merahan menahan malu. Sungguh dia tidak menyangka tubuh yang kurus itu mempunyai lengan yang kuat sekali. Dapat dirasakan kekuatan itu sebentar tadi. Syamsul turut bangun dari duduknya dengan bantuan Mai. Terdetik sedikit rasa malu dalam hatinya kerana Sesaat Cukup Bagiku 96 jatuh dalam keadaan yang sebegitu. “Aku ni macam lemah sangat, kan? Kena tegur sikit dah jatuh,” ucapnya untuk membuang rasa malu itu. Mai hanya tersenyum. Dia tidak mampu berkata apa-apa. Rasa debar dalam hatinya bagaikan tidak mampu untuk diseka. Lantas dia berpaling ke arah periuk di atas dapur. Gulai yang dipanaskan sudah menggelegak. “Awak panaskan gulai tu? Pandai pula awak cari periuk ni?” “Susah juga. Habis pintu kabinet tu aku buka. Akhir sekali jumpa juga. Kak Ros pesan tadi gulai ni kena panaskan. Kalau tak dipanaskan, basi nanti. Lauk lain tak apalah kalau terus masukkan ke dalam peti sejuk,” kata Syamsul selamba. Hatinya juga cukup berdebar dengan insiden sebentar tadi. Namun dia mampu menyembunyikan perasaannya dengan cukup baik sekali. Kalaupun ada terpamer sedikit debaran itu, Mai pasti tidak menyedarinya kerana sibuk melayan debaran dalam hatinya sendiri malah matanya juga turut dilarikan ke arah lain, tidak mampu menatap wajah suaminya itu. “Malam ni aku rasa tak nak makan nasi. Dah muak rasanya seharian asyik hidu bau gulai ni aje. Nanti lepas sembahyang, aku masakkan sesuatu yang istimewa untuk kita,” ucap Syamsul. Mai yang masih dalam mamai hanya menganggukkan kepalanya tanda setuju. Tangan Syamsul mula membuka pintu kabinet untuk mencari bahan-bahan yang boleh dimasak. Mai hanya memerhatikan sahaja. Terdetik dalam hatinya, betapa selesanya lelaki ini masuk ke dalam hidupnya. Tanpa segan silu dia menyelongkar isi kandungan di dalam kabinet. Laila Hanni 97 Mungkinkah tanpa segan silu juga dia akan mampu menyelongkar segenap ruang lain dalam hidupnya, dalam mindanya dan mungkin juga dalam hatinya suatu hari nanti? Dan entah mengapa kata-kata terakhir Syamsul tadi bagaikan kedengaran romantis sekali di telinganya.

Saya Sayang Awak - Bab 15




            Sejak Arleena dibawa pulang ke kampung, rasa kasihnya kepada Arleena kian menebal. Hatinya sentiasa bernyanyi riang apabila teringatkan layanan Arleena kepadanya semasa di kampung. Persisnya si isteri melayan sang suami. Semua keperluannya akan diminta dengan Arleena. Ceria sekali hidupnya.
            “Senyum je bos.” Sapa Kak Yati apabila berselisih dengan bosnya. “Seronok kat kampung?”
            “Bestla. Rugila selama ni saya tak pernah balik kampung.”
            “Mestila best buah hati ikut sekali kan. Bos dah bagi tahu dia ke?” tanya Kak Yati lagi.
            “Belumla. Ala mesti dia tahu saya sukakan dia.” Penuh yakin jawapan Ian.
            “Jangan bos. Nanti melepas bos juga yang gigit jari.”  
            “Kalau hari-hari kita ucap, dah tak ada nilainya. Hanya pada masa dan waktu yang tepat sahaja kata-kata yang amat bernilai itu akan saya luahkan.” Ian masih menegakkan katanya.
            “Ikut sukala bos...” Kak Yati berlalu. Kita tengokla nanti. Jangan kamu yang melopong dahla. Bisik hati kecil Kak Yati.


            “Arleena jom,” ajak Mr. Ian sebaik sahaja dia bertembung dengan Arleena di luar pejabat gadis itu.
            “Ke mana?” tanya Arleena.
Rasanya dia tidak mempunyai apa-apa temujanji dengan Mr. Ian.
            “Saya belanja awak lunch.”
            “Tak pe lah bos. Saya dah janji ngan diaorang.”
            “Please Arleena. Awak dah tolong saya, tak salah saya belanja awak,” pujuk Ian Rayyan.
            It’s ok bos. Saya ikhlas tolong bos. Sekurang-kurangnya saya boleh kenal Tanjung Karang.”
            Please Arleena, kalau tak nak saya dukung kamu, jom ikut saya.” Mimik muka sedih ditunjukkan di hadapan Arleena.
            “Alahai bos ni. Lainkali tanya dulu. Jomla.” Malas dia nak bertekak. Sah-sah dia takkan menang.
            Ian Rayyan tersenyum lebar. Dapatlah dia berdua dengan gadisnya.
            “Bos boleh ke makan pedas ni?” tanya Arleena sebaik sahaja pelayan beredar dari meja mereka. Kepala ikan  merah di hadapannya membuatkan liurnya kecur.
            “Ingat saya tak boleh makan ke?”
            “Bos kan tak makan pedas. Boleh tahan ke perut tu?” setahunya Mr. Ian lebih kepada masakan barat.
            “Nak pikat awek lidah Melayu, saya kena makan semua masakan Melayu la. Saya nak latih perut saya.”
            “Bravo la bos.. mesti awek bos suka giler ngan bos. Sanggup tu demi insan tersayang.” Arleena menelan liur. Macam dia akan terlepas je.
            “Jom makan bos. Dari tadi makanan semua tak bersentuh. Nanti lewat masuk pejabat.” Ajak Arleena.
            “Nah...” Ian Rayyan menghulurkan sampul surat kecil berwarna putih kepada Arleena.
            “Apa ni bos?” tanya Arleena.
            “Buka la..” saran Ian Rayyan lagi.
            “Biar betul bos. Saya tak boleh terima. Saya tolong ikhlas.” Terjojol mata Arleena melihat jumlah angka yang tertera pada cek itu. Lebih daripada yang dijanjikan.
            “Saya pun ikhlas nak bagi awak. Ambikla. Guna time emergency.”
            “Saya mintak maaf banyak-banyak bos. Saya tolong bos ikhlas. Saya ikut bos bukan sebab saya nak duit bos. Saya syukur dapat juga saya kenal kampung bos. Kalau bos tak ajak, saya tak akan sampai ke Tanjung Karang. Bos ambik balikla cek ni,” Arleena menolak cek tersebut kepada Ian Rayyan.
            “Saya tak ambil barang yang saya dah bagi Arleena.” Berubah tegas suara Ian Rayyan.
            Ligat kepala Arleena berfikir. Dia tidak sanggup menerima wang sebanyak itu.
“Kalau bos nak kawan dengan saya, cukup dengan bos belanja saya ni.”
Arleena juga menutur dengan tegas. Kita tengok siapa yang akan mengalah. Dia menjamah nasi dalam pinggannya. Makan tanpa memandang Mr. Ian di depan. Dia tahu mata Mr. Ian tidak lari dari memandangnya.
            Arleena menilik jam Bonia di tangannya. “Jom bos. Masa rehat dah nak habis ni.” Sedikit dia tidak takut melihat muka merah Mr. Ian.
            “Bukan perempuan suka ke dapat duit. Boleh shopping.”
            “Jangan samakan saya dengan perempuan lain bos.”
            “Saya tahu. Saya pun dah agak awak tak kan terima duit saya.”

“Bos ok tak?” tanya Arleena apabila Mr. Ian tiba-tiba sahaja bersandar pada keretanya. Berpeluh muka bosnya itu.
“Saya ok.” Terketar-ketar Ian Rayyan menjawab. Perutnya mula mencucuk. Pedih sekali. Adakah disebabkan dia makan kari tadi? Alahai perut jangan malukan dia di hadapan Arleena. Ian Rayyan tidak mampu berjalan.
“Bos.. bos...” takut Arleena melihat akan bosnya. Muka Mr. Ian pucat.
“Saya tak boleh drive Arleena. Perut saya sakit.” Terpaksa dia memberitahu Arleena. Mana mampu dia memandu dalam keadaan dia begitu.
“Bos kita ke klinik.”
Dalam terpaksa Arleena memaut badan bosnya yang hampir rebah. Tangan Mr. Ian diletakkan di belakang tengkuknya. Pinggang dipaut. Beratnya. Sehabis tenaga Arleena cuba membantu Ian Rayyan berjalan ke sebelah pemandu. Nampaknya dia yang akan memandu.
Ian Rayyan hanya menurut langkah Arleena.
“Sorry susahlan awak,” tuturnya sebaik sahaja punggung dia diletakkan di atas kerusi.
It’s ok.” Balas Arleena.
Arleena masuk ke bahagian pemandu. “Klinik mana bos?” tanyanya. Anak orang kaya pastinya mempunyai doktor peribadi. Kalau dia redah saja mana-mana klinik yang ada depan mata.
“Mana-mana jelah.” Lesu suara Ian Rayyan menjawab. Tangan masih mengusap perut.
“Kan saya dah kata bos tak boleh makan pedas. Nak tunjuk hero depan awek pun banyak cara lagi la bos. Kalau dia sayang bos, dia akan terima bos seadanya. Tak payah nak mudaratkan diri macam ni.” bebel Arleena geram.
“Stop bebel Arleena. Saya sakit ni.”

Ian Rayyan terbaring lesu di atas katil dalam bilik rawatan itu. Arleena memerhati. Geram pun ada. Dah tahu ada gastrik teruk, perut kosong pergi makan pedas. Mana perut tak meragam. Nak kejutkan Mr. Ian, rasa kesian. Sedangkan masa rehat telah tiga puluh minit berlalu. Dia tidak mahu menjadi buah mulut orang lebih-lebih lagi apabila tahu dia keluar bersama big boss. Pesanan dihantar pada telefon bimbit Mr. Ian.
Nurse, nanti pesakit ni dah sedar bagitahu saya dah balik pejabat. Apa-apa call saya ye.” Pesan dia pada nurse yang sedang bertugas.
“Ok kak. Jangan risau. Kami akan jaga suami akak.” Balas nurse yang memakai tanda nama Sasi.
Arleena hanya tersengih. Malas dia nak membetulkan tanggapan  nurse itu. I like! Sengihnya dalam hati.






















Saya Sayang Awak - Bab 14



Bilik  yang diduduki oleh Qaira dan Arleena diketuk dari keluar. Puan Serena mengejutkan mereka untuk solat subuh. Dinding kayu agak bergema juga bunyinya. Lena sekali Arleena tidur malam tadi. Letak sahaja kepala di bantal, dia pun hanyut. Terlalu letih barangkali.  
Arleena mencapai tuala yang diletakkan di rak penyidai. Menutup kepalanya. Dia keluar untuk mengambil wuduk. Melintasi ruang tidur Ian Rayyan. Matanya mencari kelibat bosnya itu. Kasihannya. Ian Rayyan kelihatan meringkuk kesejukan. Mesti dia tidak tahan dengan kesejukan malam. Rumah kampung. Malam terlalu sejuk. Tempat tidur di sebelah menyebelah Ian Rayyan telah kosong. Agaknya mereka telah bangun. Tinggal bosnya dan beberapa anak kecil sahaja. Aduhai liat juga bos ni bangun pagi.
 Arleena dan Qaira mengambil wuduk bersama. Usai solat subuh Arleena keluar semula dari bilik. Qaira menyambung semula tidurnya. Kaki diatur ke dapur. Ingin membasahkan tekaknya dengan air mineral. Kelihatan beberapa orang lelaki dan Puan Serena berada di dapur. Si lelaki sedang menunggu giliran menggunakan bilik air. Mendengar bunyi derap kaki, Puan Serena berpaling.
“Belum solat lagi?” tanyanya kepada Arleena.
“Dah...nak minum air saja.” Arleena mengambil cawan lalu menuang air mineral yang berada di atas meja.
“Boleh tolong kejutkan Ian? Yang lain semua dah bangun tu” arah Puan Serena sambil menjuihkan mulut ke arah anak buahnya yang berdiri di tepi bilik air.
Biar betul dia disuruh kejutkan bos.
Puan Serena memandang Arleena. Tiada suara yang keluar daripada mulut Arleena.
“Aunty nak kopek bilis ni. Nenek nak masak nasi lemak pagi ni.”
Faham dengan maksud Puan Serena, Arleena menganggukkan kepala.
Arleena mengatur  langkah ke arah ruang tamu. Menuju ke tempat tidur Ian Rayyan.  Macamana nak kejutkan dia ni? Arleena menggaru pelipisnya. Di mana mahu disentuhnya. Arleena berdehem. Tiada reaksi daripada Ian Rayyan. Bahu Ian Rayyan ditepuk perlahan. Nasib berlapik. Dua tiga kali dia menepuk, Ian Rayyan tetap tidak bergerak. Amboi lenanya. Arleena menguatkan lagi suara memanggil nama bosnya dan tepukan di bahu Mr. Ian.
Dari jarak dekat sebegitu membuatkan Arleena tidak keruan. Menguatkan lagi perasaannya terhadap bosnya itu. Milik siapakah hatinya ini! Matanya tidak berkalih dari menatap wajah bosnya. Sungguh mulus. Tidurnya lena persis anak kecil. Deru nafas juga teratur. Dalam mata terpejam begitu, Arleena merasakan bosnya seksi sekali. Dengan seulas bibir merah tanda tidak merokok. Cukup sempurna ciptaan tuhan. Dia ralit memerhati.
Ian Rayyan menggeliat apabila terasa badannya disentuh. Dia membuka perlahan matanya. Terperanjat apabila melihat wajah Arleena begitu hampir dengannya. Adakah Arleena yang menepuknya tadi.
“Mama bos suruh saya kejutkan bos. Orang lain semua dah bangun.”
Arleena cuba mengawal rasa gugupnya. Itulah perhati lagi anak orang lama-lama. Nasib tidak diflying kick akibat terperanjat. Dia juga terkejut melihat reaksi spontan Ian Rayyan tadi. Apabila melihat Ian duduk, Arleena bangun lalu menuju ke biliknya semula.
Agaknya bos tahu ker dia tilik mukanya tadi. Apa la ko ni Arleena. Buat malu saja. Ian Rayyan masih lagi duduk. Melihat Arleena meninggalkannya. Terbayang wajah Arleena tadi. Wajah suci waktu pagi. Sungguh ayu sekali. Hatinya semakin bergetar melihat Arleena.

            Arleena membancuh air teh dan kopi untuk sarapan pagi itu. Qaira sedang menghidangkan nasi lemak di atas meja makan. Harum sekali aroma nasi lemak. Membangkit selera Arleena. Nenek, datuk dan beberapa orang lagi mak cik sedang duduk memenuhi meja makan.
“Kita hidang kat bawah jelah yang selebih ni,” beritahu Arleena pada Qaira.
“Ambik tikar kat belakang almari sana.” Beritahu nenek pada Qaira.
“Baik nek,” jawab Qaira.
Sepupu Qaira yang lelaki telah duduk mengadap menunggu hidangan. Terasa segan pula Arleena apabila diperhatikan begitu. Mana pula bosnya ini masih tidak kelihatan.
“Abang dah bangun belum? Tak masuk dapur ni.” tanya Qaira.
Arleena hanya mengangkat bahu. Tidak tahu di mana lelaki itu berada ketika ini. Takkan masih tidur lagi.
“Kita tunggu diaorang habis makan dulu la ya.” Saran Arleena kepada Qaira. Segan pula hendak duduk bersama mereka. Dahla semua lelaki.
            Belum sempat Qaira menjawab, kelihatan Ian Rayyan datang ke dapur. Kacaknya. Walaupun Ian Rayyan hanya mengenakan kain pelikat dan baju melayu sahaja. Pandai pula mamat saleh ni pakai kain pelikat. Kelihatan hujung rambutnya masih basah. Ian Rayyan mengambil tempat di sebelah Arleen. Alahai dia ni. Kenapa tak duduk sebelah adiknya sahaja.
“Awak nak makan sekarang ker?” Tanya Arleena.
Setahunya bosnya tidak makan awal pagi. Lagi satu boleh ker mamat ni makan nasi lemak?
“Abang nak makan apa?” Qaira bertanya kepada abangnya. 
            Ian Rayyan serba salah. Matanya hanya melihat nasi lemak yang terhidang. Apa yang hendak dimakannya. Kalau mintak lain agak-agak kena kutuk tak. Dahla malam tadi jenuh dia diusik oleh sepupunya. Matanya memerhati ke arah meja. Mencari kelibat mamanya. Tiada pula. Kalau tak, boleh juga dia mengendeng dengan mamanya. Takkan nak minta Qaira sediakan telur masak separuh untuknya. Kecoh nanti minah ni. Sekadar untuk mengalas perut. Bukan berlagak tapi perutnya akan sakit apabila makan hidangan berat pada waktu pagi.
“Mama mana?” tanya Ian Rayyan kepada adiknya.
Qaira memandang ke arah meja. Mamanya tidak kelihatan. Hanya papanya sahaja yang ada.
            “Kenapa?” tanya Qaira kembali.
 “Buatkan abang telur masak separuh ngan baked bean.” Pinta Ian Rayyan kepada adiknya. Dah tak ada orang lain nak minta tolong. Takkan nak susahkan Arleena. Ian Rayyan merendahkan suaranya takut didengari orang lain.
 Dato’ Kamarudin hanya memerhati tingkah anaknya. Melihat reaksi cemberut anak terunanya memandang nasi lemak sudah tahu apa dalam fikiran si anak bujangnya. Bukannya dia tidak tahu perangai Ian Rayyan. Alahai anak bujangnya itu. Apa yang dipinta dari si adik. Nak tergelak apabila melihat si abang membuat muka simpati kepada si adik. Dahla si adik hati kering. Dia tahu sejak sampai semalam lagi Qaira sering membuli abangnya itu. Nasib ada Arleena sebagai pelindung.
Dato’ Kamarudin hanya memerhati. Melihat keadaan anak bujangnya, dia rasakan keputusan meminta Ian Rayyan pulang adalah tepat sekali. Tengok sekaranglah anak bujangnya itu kekok dengan suasana kampung. Ikut perangai jahatnya mahu saja dia humbankan Ian Rayyan ke dalam tali air. Biar dia rasa bau lumpur. Kenal lintah dan pacat. Biar dia tahu asal usulnya.
            Arleena hanya menjadi pemerhati dua beradik itu tolak menolak.
“Ala..abang ni.. Ni kampungla.. makan aja lah nasi lemak ni. Kat sini mana ada baked bean or sosejla..” malas pula rasanya melayan karenah abangnya.
Sedangkan dia dengan Arleena masih belum menjamah hidangan. Tunggu turn. Mata masih mengantuk lagi ni. Dia tahu hari ini tenaga banyak hendak digunakan.
            Ian Rayyan masih merengek kepada adiknya.
Arleena menahan gelak. Kelakar pula rasanya melihat bosnya bersikap begitu. Boleh tahan juga bosnya itu.
Ian Rayyan beralih memandang Arleena. “Kalau nak gelak, gelak sajalah. Jangan nak buat hidung kembang macam tu.” Selamba badak Ian Rayyan menegur.
Dua tiga orang sepupunya memandang Arleena. Mereka tergelak kecil.
Arleena menarik muka. Hampeh malukan dia saja.
“Awak tolong carikan biskut atau roti untuk saya.” Tidak  jalan dengan adiknya, Arleena pula menjadi mangsa.
Arleena menggeleng.
Ian Rayyan membulatkan mata ke arah Arleena. Dalam kami saling membalas pandang, Puan Serena masuk ke dapur.
Ian Rayyan menarik nafas lega. Penyelamatnya sudah datang. Dia menjelirkan lidah kepada Arleena. Spontan saja tingkahnya. Tersentak Arleena.
            Bingkas Ian Rayyan bangun mendapatkan mamanya. Dipeluknya bahu mamanya.
“Mama tolong carikan abang biskut or what everlah..not nasi lemak please.” rayu Ian Rayyan kepada mamanya.
Dato’ Kamarudin tersengih melihat aksi manja anak bujangnya. Walaupun umur dah meningkat, kadang-kadang ada juga sikap keanak-anakkan. Macam manalah kalau anaknya sudah berumah tangga nanti.
Ian Rayyan mengambil tempat di sebelah papanya. Kerusi yang baru sahaja dikosongkan oleh pak ciknya.
            “Tak nak jamah nasi lemak?” tanya si papa kepada anak bujangnya.
Ian Rayyan hanya menggeleng kepala.
“Ian tak makan nasi lemak ker? Rugi la.” Nenek bersuara.
Semua mata memandang Ian Rayyan. Ada yang tersengih. Ian Rayyan hanya mengacip bibir.
“Dia dari kecil tak boleh makan berat waktu pagi. Nanti perut dia meragam. Nak pula sambal macam ni.” Puan Serena menjawab bagi pihak anak sulungnya.

“Arleena pun tak makan nasi lemak juga ker?” tanya nenek kepada Arleena apabila melihat Arleena belum makan lagi.
Arleena tersentak. Tidak disangka dia pula yang ditanya. Macam la dia ada kaitan dengan bosnya.
“Makan nenek. Sekejap lagi. Tunggu diaorang ni habis dulu.”
“Ooo...ingatkan kamu pun sama tak makan pedas.”
Arleena memandang ke arah Mr. Ian. Bosnya itu membuat isyarat kepada Arleena. Alahai nak air lain lagi ker. Dia tahu apa yang diminta oleh bosnya itu. Banyak betul pantang larang bosnya ini. Kopi dan teh tidak diminumnya. Tapi neslo boleh pulak. Susah nak bawak masuk majlis ni.
Arleena bangun. Dia bergerak ke arah almari yang menempatkan barang-barang untuk membancuh air. Susu di dalam peti ais diambilnya. Melihat tingkah Arleena, Puan Serena sudah tahu. Mesti dipinta oleh anaknya. Setahunya Arleena minum sahaja apa yang dihidangkan. Tidak banyak kerenah. Nampaknya Arleena begitu mengikut arahan si bosnya. Dah macam isteri melayan suami pula. Wajah dipaling ke arah anak bujangnya.
Ian Rayyan mengadap hidangan dengan tertib. Merah juga telinganya apabila digiat ketika Arleena meletakkan air neslo di hadapannya. Apa nak kisah, janji perutnya kenyang. Sesekali matanya menjeling Qaira. Menayangkan rasa kemenangan di pihaknya. 
“Pukul sebelas semua bersiap. Nanti kita muatkan sahaja ke dalam kereta siapa-siapa. Tak perlu bawak banyak kereta.” Datuk memaklumkan agenda pagi nanti.
Riuh rendah bunyi suara. Masing-masing mengatur kereta siapa yang hendak digunakan. Arleena dan Qaira hanya melayan nasi lemak di hadapannya. Baru sekarang mereka dapat menjamah hidangan.
“Sedapnya nasi lemak ni.” Ujar Arleena.
“Sedap kan? Nenek memang pandai masak. Tambah lagi kak jangan malu-malu.”
“Malu rugi,” jawab Arleena.


            “Jom pergi gym.” Ajak Harith sebaik sahaja Ryzal menyambut panggilannya.
“Ko tak keluar dengan Nina ker?” Tanya Ryzal.
 “Nina balik rumah parent dia. Arleena pun tak ada kan?” tanya Harith balik. Sebab itulah dia mengajak kawannya itu ke gym. Terasa badanya telah naik. Tidak sempat hendak bersenam.
            Terdiam Ryzal dengan pertanyaan Harith. Berubah mukanya. Nasiblah mereka bercakap di talian. Kalau tak pastinya Harith akan perasan perubahannya.
 “Ok..nanti aku jumpa ko kat gym.” Ujar Ryzal sebelum menamatkan perbualan mereka.
Ke mana pula Arleena? Arleena tidak memaklumkan apa-apa semasa mereka berjumpa semalam. Dia mendail nombor Arleena. Tidak berjawab. Dia mendail lagi. Masih lagi sama. Panggilannya masih tidak bersambut. Dia menghantar mesej kepada Arleena. Hatinya tidak tenteram.

“Akak tak bersolek ker?” soal Qaira. Baginya walaupun Arleena tidak mengenakan make up, wajahnya tetap cantik. Amat cantik. Geram melihat wajah Arleena. Dahla wajah Arleena tidak dicemari sebarang kesan jerawat.
“Meh Qaira make up akak.”
“Betul ker boleh make up?”
Arleena hanya mengenakan make up ketika menghadiri majlis-majlis sahaja. Kebiasaan Arleena lebih suka mengenakan lip glos dan foundation sahaja. Ada orang menawarkan diri, nak juga dia menadah muka. Lagipun dia suka cara Qaira make upkan mukanya sendiri. Nampak natural sahaja. Kena pula dengan kulit putih gebu Qaira.
Arleena menadah mukanya kepada Qaira. Melihat cara Qaira menyolek dirinya sendiri tadi dia percayakan kepada Qaira.
 “Jangan tebal-tebal tau.” Pesannya kepada Qaira.
 “Relaksla akak. Muka akan dah cantik. Qaira Cuma tambah-tambah sikit saja.”
Telefonnya Arleena berdering.
“Nak angkat ke kak?” Tanya Qaira.
“Tak pelah. Qaira teruskan je. Nanti akak call kawan akak tu balik.”
Qaira menyudahkan solekannya. Dia meminta Arleena melihat cermin solek. Terpegun Arleena melihat wajahnya.
“Cantiknya akak.”
Terasa kembang hidung mendengar pujian Qaira. Bukan nak bangga diri tapi dia rasakan wajahnya berlainan sekali. Cun jugak dia ek. Anak sape la ni haha..kalau Nina tengok ni mesti ternganga mulut...
“Siapa sebenarnya pengantin ni?”
Arleena mengusik Qaira. Keningnya dijongket.  
“Tengokla siapa jurusoleknya.” Qaira juga tidak mahu kalah.
“Eleh, dah model semula jadi lawa.” Nampaknya masing-masing tak nak mengalah. Akhirnya dua-dua ketawa besar.
Arleena mengambil tas tangannya. Lupa untuk melihat gerangan yang menelefonnya tadi. Mereka keluar dari dalam bilik. Jam menunjukkan hampir sebelas pagi. Pukul sebelas sudah hendak bertolak. Kami keluar sambil bergelak ketawa. Sampai di ruang tamu Arleena tercengang. Kenapa masing-masing senyap memandang dia dan Qaira ni.
Antek ye acik... nak awenn..”
Suara dari budak kecil yang memakai kemeja biru laut. Entah siapa namanya. Cute juga budak ni dengan rambut ala mohawknya. Trend rambut budak-budak sekarang. Amboi laju pula mulut budak ni. Menarik perhatian mereka yang berada di ruang tamu. Tak pasal-pasal Arleena menjadi tontonan mereka.
 “Ni siapa pengantin? Cantiknya.” Mak Ngah bersuara.
Yang lain mengangguk. Setuju dengan pendapat Mak Ngah mereka.
Alahai lawa sangat ke dia ni. “Ishh... mana ada Mak Ngah.. Qaira ni ha gatal nak solekkan saya.” Arleena cuba menutup rasa malu.
Ian Rayyan dan Abang Zainal naik ke ruang tamu. Dari tadi mereka menunggu di bawah. Apabila dirasakan lambat, mereka berdua naik ke atas semula. Ternganga Ian apabila melihat Arleena. Subhanallah.. cantiknya dia. Laju hatinya berdegup. Tidak pernah dia melihat Arleena bersolek demikian. Menyerlahkan lagi kecantikannya. Tidak jemu mata memandang.
“Mak Ngah tahu la awek kamu cantik, tak payah nak ternganga macam tu.”
Bahu Ian Rayyan ditepuk oleh Mak Ngahnya. Tidak disangka perbuatannya dilihat Mak Ngahnya. Untuk menutup rasa malunya Ian Rayyan hanya tersengih sahaja.
“Ni dah kalahkan pengantin.” Abang Zainal pula bersuara.
Dia amat terpesona dengan kecantikan ciptaan Ilahi di hadapannya. Nasiblah dia akan berkahwin sekejap lagi.
Berdesing telinga Ian Rayyan apabila mendengar kata-kata sepupunya itu. Amboi dah nak kahwin gatal lagi. Apasal la Arleena ni cantik sangat.
Kemunculan nenek ke ruang tamu menghentikan perhatian mereka kepada Arleena. Masing-masing bangun untuk bergerak ke rumah pengantin. Nasiblah barang hantaran awal-awal lagi telah disusun dalam kereta. Arleena menarik nafas lega. Segan  kerana dari tadi hanya dia yang menjadi fokusnya. Tak disangka mereka mengagumi kecantikannya. Kalau macam ni sah-sah la aku cantik. Haha. Angkut bakul sendiri nampaknya.
Arleena perasan dengan wajah tegang Ian Rayyan. Apa yang tak kena pula ni. Arleena mengekori Qaira ke kereta papanya.
 “Ian pandu ye. Ikut saja kereta yang lain. Rumah pengantin tak jauh pun.” Dato’ Kamarudin menyerahkan kunci kereta ke tangan anak bujangnya. Ian Rayyan menyambut kunci kereta yang dihulurkan oleh papanya.
Ian Rayyan masih bengang apabila Arleena menjadi perhatian mata-mata sepupunya. Ini belum lagi di tempat majlis kahwin nanti. Baginya Arleena hanya layak dipuji olehnya. Dia tidak suka orang lain melihat Arleena dengan maksud ingin memiliki. Faham sangat dengan pandangan orang lelaki ni.
Qaira mencuit Arleena. Dia  menjuihkan mulut ke arah abangnya. Arleena hanya mengangkat bahu. Bermaksud dia tidak tahu apa-apa.  Qaira tersengih. Mesti kes cemburu. Tapi mereka hanya kawan. Takkan cemburu kot. Tidak banyak perbualan dalam kereta. Masing-masing fokus melihat kereta saudara yang lain. Takut tertinggal. Maklumlah orang yang memandu Alphard ketika ini agak terganggu emosinya.
Setengah jam perjalanan mereka telah sampai ke rumah pengantin perempuan. Rombongan mereka telah disambut oleh pihak pengantin perempuan. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Kini mereka menikmati hidangan pengantin ditempat yang telah disediakan untuk rombongan pengantin lelaki, Ian Rayyan mendekati Arleena. Kerusi kosong sebelah Arleena ditariknya. Badannya dirapatkan ke arah Arleena.
“Kenapa pakai macam ni?”
Dari tadi dia tidak dapat menahan perasaannya. Marah kerana Arleena terlalu cantik. Tajam matanya merenung Arleena. Arleena berpaling setelah mendengar Ian Rayyan berbisik di telinganya. Terasa semacam.
Matanya menangkap renungan tajam Mr.Ian Rayyan. Angin apa pula ni. Tegang sekali mukanya.
“Kenapa pula?  Saya pakai biasa saja. Apa salah dengan baju saya. Bukan seksi pun.” Jawab Arleena.
“Lain kali jangan pakai baju ni.”
Baju kurung moden yang dipakai Arleena dirasakan mengikut badan. Nampak setiap lekuk badan Arleena. Nasiblah badan Arleena kurus sahaja.
Malas Arleena hendak melayan perangai bosnya itu. Dia meneruskan suapannya. Qaira disebelah hanya tersengih. Dia dapat mendengar perbualan abangnya tadi. Apa la abang dia ni. Awal-awal lagi dah kongkong. Macam manala kalau dah jadi suami nanti. Mintak-mintakla diaorang ni ada jodoh. Biarpun abang hanya mengaku mereka rakan sekerja, Qaira dapat rasakan ada aura tersembunyi antara mereka berdua.
            Sepanjang majlis, Ian Rayyan tidak melepaskan Arleena walau sedetik. Di mana Arleena berada, pastinya dia ada disebelahnya. Kadang-kadang tangannya memegang pinggang Arleena. Berapa kali Arleena menepisnya. Takut dilihat oleh saudara mara yang lain. Buat malu sahaja. Tengok saja lah ketika acara bergambar bersama pengantin tadi. Acap kali tangan Ian Rayyan berada di pinggangnya. Arleena menepis takut hatinya tewas. Dia tidak mahu bermain dengan perasaannya. Apa tah lagi hatinya bertambah sayang terhadap Ian Rayyan  setelah melihat wajah Ian waktu subuh tadi. Masih terbayang wajah Ian ketika itu. Begitu kudus. Tapi sayang Ian tidak pernah meluahkan perasaan kepadanya. Hanya dia menyintai Ian dalam diam. Cinta ke suka? Dia pun confius. Yang pasti hatinya akan berirama apabila berada bersebelahan dengan Ian Rayyan.

           
            Keadaan di rumah nenek agak sibuk. Kaum lelaki sedang mendirikan khemah. Kaum perempuan pula sibuk di dapur. Esok akan diadakan majlis di pihak pengantin lelaki pula. Masing-masing sibuk menjalankan tugas. Arleena menyusun bahan basah yang dibeli ketika pulang tadi ke dalam peti ais. Bahan itu akan digunakan untuk hidangan makan beradap esok.
            Arleena melangkah ke dalam bilik. Ingin melihat handphonenya. Sejak sampai semalam rasanya dia belum melihat lagi telefonnya. Asyik melayan Qaira sahaja. Ruang senggang ini barulah dia teringatkan telefonnya. Dia membuka kunci di skrin. Banyaknya mesej dan miss call. Salah satu miss call dari Ryzal. Alamak dia lupa nak bagitahu Ryzal. Dia mendail nombor Ryzal.
            “Awak kat mana?” Belum apa-apa Ryzal dah menyoalnya.
“Assalamualaikum..” sengaja ingin mengenakan Ryzal. “Saya ikut bos balik kampung dia. Ada majlis kahwin.” Terang Arleena.
“Kenapa pula awak perlu ikut. Awak ada hubungan dengan diakah?” Rasa tidak enak mula timbul di hati Ryzal. Kenapa Arleena perlu mengikut bosnya. mereka mempunyai apa-apa hubungan kah?
“Dia tak pernah pulang ke kampung. Dia  minta saya temankan. Sekurangnya dia ada kawan hendak berborak.” Terang Arleena lagi. Bunyi nada suara Ryzal agak lain. Macam marah saja. Ingat dia ni kekasih ker nak marah-marah.
“Tak ada orang lain ker nak temankan dia?”
“Yang awak nak marah ni kenapa?”
Mendengar suara Arleena sedikit tinggi menyedarkan Ryzal atas keterlanjurannya. Mana mungkin dia menyekat pergerakan Arleena. Apatah lagi mereka hanya berkawan.
“Bila awak balik?” Ryzal cuba mengubah topik. Tidak mahu timbul pertelingkahan.
“Malam esok. Ok la awak, saya ada kerja ni. Nak tolong diaorang masak.”
Arleena menamatkan perbualannya. Hangin juga dengan sikap Ryzal. Belum apa-apa dah mengongkongnya.
            Ryzal merenung handphonenya. Terasa keadaannya sedikit tergugat. Kenapa Arleena boleh mengikut bosnya sedangkan sebelum ini jenuh dia mengajak Arleena berjumpa mamanya, tapi ditolak Arleena. Ryzal perlu melakukan sesuatu. Dia tidak mahu Arleena terlepas dari tangannya. Dia bertekad untuk memiliki Arleena secepat mungkin. Selagi belum mempunyai ikatan yang sah, dia berasa tidak selamat. Dia tidak mahu gadis pujaannya terlepas ke tangan orang lain.
           
Niat Arleena hanya berbalas mesej dengan Nina, tapi akhirnya dia yang tertidur. Deringan di handphonenya mengejutkan dia. Dia mencapai telefon. Butang hijau ditekan. Nama Ian tertera di telefonnya.
“Awak kat mana?”
Dari tadi puas Ian mencari Arleena tapi bayangnya tidak kelihatan. Melilau dia mencari. Hanya adiknya sahaja yang menyibuk di bawah khemah.
“Dalam bilik.” Arleena menjawab ringkas. Suara serak-serak Arleena menunjukkan dia baru bangun tidur.
 “Amboi tidur ke? Orang tengah sibuk kat bawah ni. Cepat turun bawah.” Arah Ian Rayyan kepada Arleena.
Arleena melihat jam di tangannya. Agak lama juga dia tertidur. Setelah mengemaskan bajunya, dia memakai tudung. Hanya tudung Alya Sarah sahaja. Sarung sahaja. Cukup senang. Antara jenama yang disukainya.
            Arleena mengatur langkah ke arah khemah apabila terpandang Qaira dan bosnya berada di situ.
“Baru bangun princess?”
Tegur Ian Rayyan setelah melihatnya. Tersengih-sengih mereka yang berada di situ.
Arleena mencebik. Bau kuah laksa penang menyucuk hidungnya. Qaira sedang khusyuk makan. Amboi tak pusing kiri kanan. Arleena mengambil kerusi kosong di sebelah Ian Rayyan.
“Makan laksa?” tanya Ian Rayyan.
Arleena mengangguk. Sedikit mamai. Ian Rayyan bangun dan mengambil laksa untuknya. Air sirap juga disua. Bagus punya layanan.
“Terima kasih. Bos tak makan?”
“Tunggu awak suapkan.”
Tersedak Arleena mendengar kata-kata Ian Rayyan. Dahla tika itu dia menghirup kuah laksa. Perit tekak. Laju tangan mencapai gelas air sirap.
Ian Rayyan menggosok belakang Arleena.
“Asal gelabah sangat?” Ian Rayyan menyoal sambil ketawa. Baru tegur sikit. Kalau ajak kahwin macam mana la keadaan gadisnya ini.
Tanpa disedari ada mata-mata yang memerhati tingkah mereka.
“Betul ker mereka berdua tu tidak mempunyai hubungan?” tanya Mak Ngah kepada Puan Serena.
“Ikut kata mereka, kawan pejabat.”
Kali pertama Puan Serena melihat Arleena hatinya telah berkenan. Ingin dibuat menantu. Naluri seorang ibu, terdapat keserasian antara mereka berdua. Dia amat berharap anaknya itu berjodoh dengan Arleena. Sepanjang berada di sini dilihat Arleena begitu pandai membawa diri. Malah Arleena juga pandai masak. Cukup sempurna untuk menjadi calon isteri. Ralit dia memerhatikan tingkah anak bujangnya dan Arleena. Nampak serasi dan sepadan. Ian Rayyan menguasai dan Arleena hanya mengikutnya. Ada tolak ansur antara mereka.
“Kakak berkenanla dengan Si Arleena tu. Sayang along tu baru habis sekolah. Kalau ada anak jantan besar, kakak dah masuk minang si Arleena tu.” Kata Mak Ngah.
“Tak payah tunggu akak. Saya ni yang cop dulu. Itu pun kalau la anak teruna saya tu berkenan.” Jawab Puan Serena. Dah berebutkan si Arleena pulak.


            “Lepas makan kita ronda kampung.” Bagitahu Ian Rayyan.
“Aik.. dah serasi dengan kampung ker?”
Qaira  ketawa mendengar kata-kata Arleena. Merah muka abangnya.
“Apa ni main cubit-cubit. Jatuhla saham saya macam ni.” Marah dia pada Ian. Suka sangat dia disentuh.
“Tak payah nak jaga saham sangatlah,” ujar Ian Rayyan.
“Akak lepas ni kita pergi kat tali air. Best tau.” Tokok Qaira.
            Rumah nenek terletak ditengah-tengah sawah. Tiupan angin tenang sekali. Sekeliling padi sedang menghijau. Saujana mata memandang. Terapi minda ni. Melihat sawah padi terbentang luas membuatkan minda tenang. Dari datang semalam Arleena telah teruja dengan pemandangan yang memukau ini tetapi belum kesempatan untuk menghayati pemandangannya.
            Usai makan, mereka bergerak ke tali air. Hanya berjalan kaki saja. Riuh rendah masing-masing mengusik. Apatah lagi dalam kumpulan itu hanya dia dan Qaira sahaja perempuan. Empat orang lagi lelaki. Sudah pasti mereka berdua menjadi mangsa. Arleena senang melihat gelagat Ian Rayyan. Nampaknya dia boleh bergaul dengan sepupunya. Malah kadang-kadang dia yang paling kuat mengusik. Kasihan Qaira sering menjadi mangsanya.
            Berbagai aksi dibuatnya. Ian Rayyan menjadi mangsa untuk mengambil gambar mereka. Masing-masing menunjukkan pelbagai aksi ketika bergambar. Merakam kenangan terindah di sini. Selepas ini belum tentu bila dia akan datang lagi. Cukup sayang hendak meninggalkan tempat ini.
Dalam sibuk mereka bergambar, Ian Rayyan mengangkat badan Arleena. Dengan aksi hendak melemparnya ke dalam tali air. Disebabkan rasa terkejut dengan aksi Ian, Arleena memeluk leher Ian. Mendekatkan badannya dengan Ian. Qaira tidak lepaskan peluang merakamkan gambarnya.
Terkejut beruk dengan aksi Ian. Tidak disangka Ian akan mengangkatnya. Laju degupan jantungnya. Teruk dia disakat. Merah padam mukanya. Hidung kembang kempis menahan geram. Baru dia tahu Ian Rayyan ni nakal juga orangnya.
Puas bergambar, mereka duduk di tali air. Kaki terjuntai ke bawah. Aksi seperti remaja belasan tahun saja. Cukup santai. Siapa sangka di situ adanya pemilik hotel terkemuka, jurutera dan juga arkitek. Hanya Arleena sahaja pekerja biasa.
“Kalau makan kuaci best juga ni. Macam zaman kecil-kecil dulu.” Sepupu Ian bersuara.
“Saya tak pernah rasa suasana begini.” Tutur Ian Rayyan.
Terasa rugi. Hatinya tersentuh melihat kehijauan sawah padi di depannya. Hidupnya sebelum ini di bandar besar. Di kelilingi tembok batu. Kadang-kadang musim salji dia akan meluncur dengan sepupu-sepupunya.
 “Itulah abang. Suka sangat duduk di luar negara. Adik pertama kali datang sini dah suka dengan suasana kat sini. Sebab tu adik nak duduk kat Malaysia.”
 Qaira mengenakan abangnya. Bukan dia tidak tahu sebelum ini bukan main liat abangnya hendak pulang ke Malaysia. Macam-macam alasan diberikan kepada papa mereka.
“Bukan tak tahu Qaira, orang tu kan tak tahan panas. Tak makan pedasla. Lupa asal usul. Mat saleeeh la sangat.” Tokok Arleena lagi.
Teringat dia dengan sikap Ian Rayyan semasa awal-awal dia bekerja di Hotel Grenz. Satu hotel tahu perangai big boss mereka.
Geram Ian Rayyan dengan Arleena. Dia mengepit kepala Arleena dan dilukunya kepala Arleena perlahan.
 “Apa ni bos main kepala. Bayar zakat ni tau.”
Arleena geram dengan sikap bosnya. Hampir senja barulah mereka bergerak pulang. Dari tadi Arleena menahan rasa. Hari ini, Ian Rayyan begitu senang menyentuhnya.
Rumah nenek riuh rendah sekali. Hari ini majlis di sebelah pengantin lelaki pula. Dari awal pagi lagi Arleena telah bangun. Dia ingin membantu Puan Serena menyediakan hidangan makan beradap. Seperti semalam, tugasnya membuat pencuci mulut. Turut dibantu oleh Qaira. Ralit dia memerhati Puan Serena menghias masakan. Hiasannya sama cantik dengan hidangan di hotel.
            Setelah menyiapkan kerjanya, Arleena bergegas ke bilik air. Ingin bersiap. Kalau lambat nanti rumah nenek akan dipenuhi oleh jiran-jiran yang datang menolong. Segan pula dia nanti. Lebih-lebih lagi bilik air berada di bahagian dapur.
            Arleena menilik pakaiannya dalam cermin. Hari ini dia juga mengenakan kurung moden berwarna kelabu. Tudung juga dari warna senada. Kalau ditegur Ian Rayyan tidak tahulah dia hendak pakai apa. Hanya baju itu sahaja yang ada. Dia tidak membawa baju yang banyak. Malam nanti mereka akan berangkat pulang. Esok masing-masing akan bekerja.
            Keluar dari bilik Arleena bertembung dengan Qaira.
“Cantikla baju akak.” Qaira kagum dengan Arleena.
Walaupun Arleena bertudung tapi penampilannya sentiasa menarik. Apa yang dipakai begitu secocok dengan tubuhnya.
 “Akak tak nak Qaira make upkan ker?” tanya Qaira.
“Tak nakla.. banyak kerja nanti muka berminyak-minyak. Buruk pula nanti.”
Hari ini tentulah banyak kerja yang akan dilakukan. Kalau pakai make up buat rimas saja nanti.
            Arleena mencari Ian Rayyan. Selepas sarapan tadi dia tidak nampak kelibat lelaki itu. Mungkin berada di bawah bersama dengan kaum lelaki yang lain. Arleena menjenguk melalui tingkap. Melihat suasana di laman. Nampaknya tetamu telah hadir. Kelihatan tetamu telah berada di khemah. Arleena mengalih pandangan ke arah kiri. Arah khemah kaum lelaki yang ditempatkan untuk memasak. Pandangannya bertaut dengan Ian. Oo...dia ada di sana. Ian melontarkan senyuman kepadanya. Arleena membalas. Arleena bersyukur kerana Ian Rayyan telah bermesra dengan sepupunya. Nampaknya dia tidak kekok lagi.
            Cantiknya dia. Desis hati Ian Rayyan. Dia suka melihat penampilan Arleena. Tudung berbelit-belit tapi menarik. Hari ini Arleena tidak mengenakan make up. Itu yang melegakan hatinya. Dia tidak mahu Arleena menjadi perhatian lelaki lain. Tetamu semakin ramai. Sekejap lagi pengantin akan sampai. Ian Rayyan berkalih dari tempat memasak. Mengatur langkah ke arah rumah neneknya. Matanya melilau mencari Arleena. Cepat benar Arleena hilang.
            Banyak mata memerhati Arleena. Walaupun dia tidak mengenakan make up tapi dia tetap juga menjadi perhatian. Ian Rayyan bertambah geram dengan Arleena. Semalam sudah ditegur akan tidak memakai baju seperti itu lagi. Baju potongan badan menampakkan susuk tubuh Arleena. Dari tadi Arleena begitu sibuk mengambil gambar pengantin. Dia menarik Arleena agar jauh sedikit dari pelamin.
“Kenapa pakai baju macam ni lagi?” tegur Ian Rayyan. Merah sekali mukanya.
“Apa masalah bos ni. Bukan saya pakai seksi pun.” Ujar Arleena sambil menilik pakaian di badannya. Longgar ke dia rasa. Arleena geram dengan bosnya. Takkan la bajunya pun hendak ditegur. Dah ini saja bajunya yang ada.
Ian Rayyan merenung tajam ke arah Arleena. “Tak payah nak tayang body depan orang. Duduk saja diam-diam.”
“Apa kena dengan bos ni.” Arleena menunjukkan muka bengang. Tidak faham dengan angin kus-kus bosnya.
            Arleena bengang dengan Ian Rayyan. Segala geraknya dikawal dan diperhati oleh Ian Rayyan. Kalah mata helang. Tajam memerhati sampaikan dia naik rimas. Pantang dia melayan tetamu lelaki mula Ian Rayyan akan menempel dekatnya.
            Ian Rayyan perasan perubahan muka Arleena. Tak kisahla Arleena hendak marah dengannya. Janji tiada lelaki lain yang melihat Arleena. Sakit hatinya melihat mata-mata lelaki yang tidak berkalih memandang Arleena. Walau berbaju kurung menutupi tubuhnya, baginya Arleena kelihatan seksi.
            Sepanjang majlis Arleena mengelak dari bertembung dengan bosnya itu. Seolah perang dingin tercetus antara mereka berdua. Dia sengaja menyibukkan diri di dapur. Malas nak bertelagah dengan Mr. Ian. Mata Mr. Ian tajam memerhatinya. Bukan tak pernah dia pakai baju sebegini di hotel. Tak pernah pun ditegurnya. Padahal soal baju saja pun.
“Aleen kenapa tak pergi ke depan. Diaorang semua sedang bergambar.” Tegur Puan Serena yang baru masuk ke dapur.
“Tak pe aunty. Aleen tolong kat dapur ni aje.”
            “Akak...jom kita bergambar..” laung Qaira dari pintu yang menghala ke dapur.
“Akak banyak kerja ni. Korang pergilah ambik gambar,” balas Arleena.
                “Jomla kakak. Semua orang tunggu akak tu.” Panggil Qaira lagi.
Asal la pula orang tunggu dia. Dia bukannya sedara diaorang pun. Arleena meninggalkan kerja-kerja di dapur. Bingit mendengar jeritan Qaira.
            Semua saudara mara siap berkumpul  di depan pelamin. Arleena menyelitkan badan di sebelah Qaira. Mata tidak sempat memerhati di mana Mr. Ian Rayyan berada. Pelbagai aksi digayakan.
            “Suka ye bergambar?” tanya satu suara hampir dengan cuping telinga Arleena.
Mamat ni ada kat belakang ke tadi? Macam mana dia tak perasan. Perlahan Arleena berpaling. Dijeling sekilas.
            “Dik,” panggil Ian Rayyan pada Qaira. “Ambilkan gambar abang dengan kakak manis ni,” jeling Ian Rayyan pada Arleena.
            Qaira tersengih. Serasi sungguh mereka berdua.
Okay lovebirds...smile..” arah Qaira bersama DSLR di tangannya.
            Merah pipi Arleena mendengar kata-kata Qaira. Apatah lagi Ian Rayyan di sebelah telah ketawa kuat.
            “Dah jangan nak mengada,” marah Arleena apabila diarah membuat pelbagai aksi. Ini pun hatinya hampir meloncat keluar berada hampir dengan Ian Rayyan. Lemah lutut dengan bau haruman yang dipakai oleh si jejaka.  Belum lagi sesekali tangan Ian Rayyan menyentuh pinggangnya. Kononnya mengikut arahan si photographer. Walaupun berlapik, Arleena tetap tidak suka.