DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Thursday 4 February 2016

SAAT KAU JAUH - BAB 7




Datuk Umaira tekun mendengar idea yang dikemukakan oleh En. Syukri Hisham, salah seorang orang penting NUR Holdings. Bilik mesyuarat lembaga pengarah itu menempatkan hampir 200 orang pekerja.
“That’s all?”. Soal Datuk Umaira.
“Ya Datuk”. En.Syukri mengambil tempat duduknya.
Seperti biasa, giliran Datuk Umaira bangun.
“Ok, thank you. Mr Syukri. I do agree with Dept Head’s Syukri proposal. Like what he said, the business environment must also move into NUR Holdings. Rather than continuing with the old models, the idea of working from home is a good one. Our business productivity could be increased. But, we should not focus solely on new method. There is still the old method in place. That are feasibility and timing. Yes..timing..”. Datuk Umaira meneruskan ucapannya. Ucapan yang ringkas namun padat berisi.
Dari dahulu lagi, pemilik nama Nur Umaira itu sememangnya terkenal dengan seorang ahli perniagaan yang tegas. Tatkala dia berucap, terserlah kehebatannya sebagai tokoh korporat terkemuka. Dia seringkali membuatkan para jejaka kagum dengan kehebatan yang dimilikinya.
“I should end it with thank you but before that I would like to introduce my son, the one who will take over NUR Holdings, may be in the next four or five years”. Ujar Datuk Umaira yang menawan dalam sut birunya dengan tudung dari rona yang sama.
Rata-rata yang ada di situ tercengang. Satu kejutan buat mereka.
Pintu kaca bilik mesyuarat terbuka. Ikhwan muncul dengan kemeja putih dan kot hitam. Rambutnya tersisir rapi. Datuk Umaira tersenyum melihat Ikhwan berjalan ke arahnya. Dia mendekatkan wajah ke mikrofon.
“I kenalkan, ini satu-satunya anak saya. Ikhwan Fazail bin Yazeed. Anyway dear, you may introduce yourself”. Datuk Umaira tersengih.
Ikhwan tersenyum manis, menutup kegugupan diri. Dia perlu menjaga air muka Datuk Umaira sebagai pemilik NUR Holdings. Giliran dia pula berjalan ke mikrofon apabila Datuk Umaira memberi laluan.
“Hello.. happy to make your acquintance. I am...”. Ikhwan meneruskan bicara dengan keyakinan yang mula tumbuh sedikit demi sedikit.

“KAGUM I tengok anak lelaki you, Datuk. You mesti bangga ada anak lelaki seperti Ikhwan sebagai pewaris tunggal you”. Puji Datuk Rahman yang merupakan rakan  kongsi Datuk Umaira di beberapa syarikat cawangannya di sekitar Selangor.
Datuk Umaira membalas dengan senyuman. “Of course I do. Tapi bukan sebab dia anak lelaki. I rasa kalau anak perempuan pun, I tak pernah kisah.  I tetap bersyukur dengan apa yang Allah bagi pada I. Lelaki atau perempuan, tak ada bezanya, Datuk. Tetap juga zuriat I. Persoalannya bagaimana kita mendidik anak-anak kita untuk jadi manusia yang baik”.  Balas Datuk Umaira jujur.
Datuk Rahman terkedu. Dia hanya ada anak perempuan, yang baginya tidak boleh menjadi pewaris untuk mengambil alih syarikatnya, tetapi wanita yang berada di hadapannya ini tidak kisah sedikitpun. Lantaran itu, dia tidak pernah rapat dengan kedua-dua anak perempuannya. Anak perempuan atau lelaki...dianggapnya sama rata. Sedangkan dia?
“Lagipun, sebenarnya menjaga anak perempuan ni, besar pahalanya Datuk. Sebab banyak benda yang kena jaga. Auratnya, pergaulannya..ehmm…kalau I bercerita, takut pula you cakap I ustazah yang tak diiktiraf..”. Datuk Umaira tergelak kecil di hujung kata-katanya.
Datuk Rahman makin terpaku. Begitukah?
“Ma…. Ikh dah nak pergi ni”. Ikhwan muncul dari belakang dan berbisik di telinga. Datuk Umaira mengangguk. Dia sudah tahu Ikhwan akan berada bersama teman wanitanya dua malam. Tetapi dia sudah memberi amaran supaya menyewa dua bilik hotel yang berasingan.
Ikhwan berjabat tangan dengan Datuk Rahman sebelum meninggalkan majlis itu.





No comments:

Post a Comment