Rumah mama sudah kembali sunyi. Selesai je makan tengah hari
tadi, along dan Kak Cik terus balik ke rumah masing-masing. Ye lah, esok dah
kena start kerja balik. Mama dengan abah, pastilah tengah berehat dekat bilik.
Waktu tengah hari macam ni, memang digalakkan untuk berehat sekejap. Sementara
nak tunggu masuk waktu Zohor. Alih-alih, tinggal Ain dengan Aqil je dekat ruang
keluarga ni.
Ain mencapai remote televisyen di atas sofa. Volume
televisyen diturunkan sedikit. Takut mengganggu lena Aqil. Pintu bilik yang
sedikit terbuka dipandang sekilas. Hmm..siapa lagi yang suka membiarkan pintu
bilik tak tertutup rapat macam tu kalau bukan Fuadi. Alasan dia, senang nak
dengar kalau Aqil menangis.
Lama pula Fuadi masuk ke bilik. Tadi rasanya dia nak ambik
kunci kereta je. Nak balik rumah ummi katanya. Sekarang ni, Ain dah tak perlu
nak tanya apa-apa dekat Fuadi. Automatik, apa yang dia nak buat, terus dia
bagitahu Ain. Mungkin sebab dia dah dapat agak. Kalau nak tunggu Ain tanya,
memang kempunan la jawapnya.
Ain melangkah perlahan ke arah pintu bilik. Takut kalau-kalau
Fuadi tertidur. Nanti kesian pula biarkan ummi lama menunggu di rumah.
Selalunya kalau Fuadi cakap nak balik rumah ummi waktu-waktu macam ni, ada lah
tu yang ummi nak minta tolong dengan Fuadi. Semakin dekat dengan pintu bilik,
sayup-sayup Ain dengar suara Fuadi tengah bercakap dengan seseorang.
‘Owh…tengah guna handphone rupanya.’ Tidak mahu mengganggu
perbualan Fuadi, Ain kembali menukar haluan ke arah sofa.
“Yup, abang dah bagitahu Ain. Dia okay je.”
Ain tersentap. Kaki yang baru mahu memulakan langkah terus
terhenti. Dia belum pekak untuk mendengar nama dia yang jelas meniti keluar
dari bibir Fuadi. Apa yang Fuadi dah bagitahu dia? Banyak juga yang mereka
‘gaduhkan’ pagi tadi. Tak pasti hal yang mana satu tengah menjadi topik
perbualan Fuadi sekarang ni.
Langkah kembali diatur ke arah pintu bilik. Ain tak suka nak
curi dengar perbualan orang. Tapi, bila hal dia yang menjadi topik perbualan,
memang dia tak dapat nak berkompromi. Lebih-lebih lagi bila dia pasti yang
Fuadi tengah bercakap dengan Sofea. Dengan siapa lagi Fuadi nak biasakan diri
dia ‘abang’ kalau bukan dengan Ain dan Sofea!
“Haah..Muhammad Aqil. You’ll see him soon.” Ceria sangat
suara Fuadi. Hai, dapat berbual dengan buah hati, terus melebar senyum ye. Tadi
bukan main suram muka. Nampaknya Sofea ni memang betul-betul rindukan Fuadi.
Awal pagi tadi dah call. Sekarang, bangun tidur terus cari Fuadi balik. ‘Hmm..kalau
hati dah rindu, duit bil yang melambung pun terus tolak tepi dah.’
“Nanti pukul berapa sampai sini? Abang pergi ambik.”
“Okay. Tak payah cari hotel la. Duduk rumah ummi je. Nanti
abang bagitahu ummi.”
Butir-butir suara Fuadi memang jelas. Rasanya dia tak salah
tafsir yang Sofea nak balik ke sini. Tapi, Fuadi tak ada pula bagitahu dia yang
Sofea nak balik. Ain tersenyum lemah. Apa lagi pembohongan yang Fuadi sedang
rancang ni.
‘Kenapa Sofea nak balik sini? Dia punya pengajian di UK
lambat lagi nak habis.’
Tadi rasanya Fuadi ada sebut nama Aqil. Dia nak bagi Sofea
jumpa dengan Aqil ke? Ain masih boleh terima kalau Sofea hanya sekadar mahu berjumpa dengan
Aqil. Tapi, untuk berkongsi Aqil dengan mereka, Ain tak sanggup!
‘Kreekk…..’
Bunyi pintu yang tertolak mengejutkan Ain. Jauh sangat dia
mengelamun sampaikan tidak perasan tangan yang sudah sedikit menolak pintu
bilik ke dalam.
Sorotan mata Fuadi terus terarah kepada Ain. Jelas riak
terkejut di muka dia. Mata mereka saling berbalas pandang. Lama! Alang-alang
sudah tertangkap, Ain terus melangkah masuk ke dalam bilik. Badan disandarkan
pada dinding disebelah pintu. Handphone yang masih melekap kemas di telinga
menunjukkan yang Sofea belum selesai lagi berbicara dengan Fuadi.
“Okay. See you soon.” Setelah beberapa minit menjadi
pendengar setia, barulah panggilan dimatikan.
“Ain, kenapa duduk bersandar dekat situ je. Masuklah.” Nampak
sangat riak serba salah di muka Fuadi. Ye lah. Dah kantoi menipu. Siapa yang
tak cuak.
“ Kenapa tak bagitahu yang buah hati nak balik sini?” Terus
Ain memulakan serangan dia. Tak payah nak berlengah.
“ Ain dah dengar rupanya. Abang baru nak bagitahu.”
“Baru nak bagitahu?” Ain ketawa sinis.
“So, apa yang abang dah bagitahu Ain? I heard you told Sofea
just now that I’ve agreed with something. What is it?” Ain mengatur langkah ke
arah katil. Penat pula dia rasa bila terlalu lama berdiri.
“Ain, I’m sorry. For this time, I really need your favour.
Boleh Ain duduk rumah ummi untuk seminggu?” Kerusi meja solek ditarik supaya betul-betul berhadapan Ain.
“Hah! Why?” Pelik Ain dengan permintaan Fuadi.
“I told her. Ain setuju nak duduk rumah ummi bila dia balik
sini nanti.” Rasa bersalah sangat Fuadi nak bagitahu benda ni pada Ain. Tapi,
dia dah berjanji dengan Sofea. Lambat laun dia kena bagitahu Ain jugak.
Alang-alang Ain dah tanya, baik dia berterus terang.
“Why should I? Kenapa Ain nak kena ikut permintaan dia
pulak.” Tajam pandangan Ain pada Fuadi. Kali ni, dia tak akan mudah mengalah.
“Ain, please. It’s only for one week. Tak sampai hati abang
nak tolak permintaan dia. Dia harap sangat nak luangkan masa dengan Aqil masa
dia balik nanti.” Ain mengetap bibir perlahan. Entah kenapa tiba-tiba hati dia
rasa pilu. Fuadi tak sampai hati nak tolak permintaan Sofea? Habis yang selama
ni dia sakitkan hati Ain, sampai hati pula dia.
“That’s your problem. Ain tak nak masuk campur. Siapa suruh
pandai-pandai nak berjanji dengan dia pulak. Kalau nak tengok Aqil, datang je
lah sini. Kenapa sampai nak tengok sepanjang masa. Bukan anak dia pun.”
“Ain kan tahu keadaan Sofea tu macam mana sekarang. Dia
tengah rindukan Danish. Takkan Ain tak boleh nak tolerate dengan dia sekejap.”
Riak tak puas hati sudah mula terserlah dari air muka Fuadi.
“So, apa masalahnya. Ain tak larang dia nak jumpa Aqil.
Datang je la sini.” Ain faham perasaan
Sofea. Dia pun dah jadi ibu. Sebab tu Ain tak kisah Sofea nak tengok Aqil. Cuma
yang Ain tak faham, kenapa sampai perlu dia duduk rumah ummi. Sofea bukannya
nak duduk 24 jam dengan Aqil.
“Ain tak suka balik rumah ummi ke? Macam tak sudi je. Rumah
ummi kan rumah Ain jugak.” Ain sudah mula geram. Kenapa susah sangat Fuadi nak
faham perasaan dia sampai perlu nak kaitkan dengan ummi.
“Ain tak ada masalah nak duduk rumah ummi. Yang Ain tak boleh
terima, abang suruh Ain balik rumah ummi sebab Sofea! Takkan la benda simple
macam tu pun tak boleh nak fikir. Gaya macam terror sangat bab-bab perasaan
perempuan ni.” Keras suara Ain. Nada dia sudah naik senoktah.
Fuadi tergamam! Ya, Ain betul. Dia tak sedar yang hati Ain
juga perlu dijaga. Tapi, dia tak rasa permintaan dia tu susah sangat Ain nak
ikut. Untuk seminggu je. Takkan la Ain tak boleh nak berkorban. Lagipun, dia
rasa sedikit sebanyak, dia dan Ain perlu
bertanggungjawab atas keadaan Sofea sekarang. Kematian Danish, ada
kaitan dengan mereka. Tapi, nak mengungkit tentang kematian Danish, dia tak
sampai hati. Takut Ain makin terluka.
Ya, siapalah mereka nak menolak ketentuan Allah. Danish
meninggal, sudah ketentuan Allah. Tapi, setiap yang berlaku, pasti ada
penyebabnya. Bagi dia, kematian Danish adalah kerana kecuaian mereka semua,
termasuklah Ain!
Teringatkan Danish, kelopak mata dia mula berkaca. Danish
yang membesar di depan mata dia. Dari
zaman bayi, sehinggalah perkataan ‘papa’
mula terungkap dari bibir comel Danish. Semuanya masih kekal terpahat dalam
ingatan. Kalau dia pun merasakan rindu yang sebegini rupa, apatah lagi Sofea
yang melahirkan Danish.
Melihatkan Fuadi yang sedikit tersentap dengan ayat kasar
dia, Ain beristighfar panjang. Ya Allah! Nampaknya dia sudah mula pandai
berkasar bahasa dengan suami sendiri. Ini bukan diri dia yang sebenar.
“Ain, I’m not giving you a choice. Pagi esok kita balik rumah
ummi.”Tahu yang keputusan dia bakal mengeruhkan lagi keadaan dia dan Ain. Tapi
Fuadi terpaksa. Untuk sekali ini sahaja. Kalau bukan mereka, siapa lagi yang
harus bertanggungjawab atas kesedihan yang Sofea sedang rasakan sekarang.
Ain tersenyum lemah. Terasa sakit sangat hati dia dengan apa
yang baru keluar dari mulut Fuadi. Betapa besar pengaruh Sofea sampaikan Fuadi
sanggup ketepikan perasaan dia. Sekarang dia mula tertanya-tanya. Di mana
letaknya kedudukan dia dalam hati Fuadi. Kalau sebelum ni dia masih meletakkan
harapan pada Fuadi, tapi sekarang dia sudah mula ragu-ragu dengan keyakinan dia
sendiri.
“Abang boleh nak bagi arahan sesuka hati. Tapi, keputusan
tetap pada tangan Ain. So, Ain dah decide yang Ain takkan balik rumah ummi.”
Perlahan suara Ain. Tak mahu lagi berkasar dengan Fuadi.
“Ain!..please..” Tangan dia tiba-tiba dicapai Fuadi. Terasa
lembut elusan tangan Fuadi di genggaman dia. Mungkin mengharapkan hati Ain akan
lembut selembut elusan tangan dia.
Melihatkan keadaan Fuadi yang merayu pada dia, hati Ain makin
sakit. Fuadi yang sebenar bukan begini perangainya. Demi Sofea, sanggup Fuadi
merendahkan ego dia merayu pada Ain.
Rasa sakit di hati makin tak terbendung sampaikan kelopak mata dia sudah
mula terasa panas.
Perlahan genggaman Fuadi pada tangan dia dileraikan. Sekali
lagi hati Ain terluka. Entah berapa banyak luka lagi yang Fuadi nak tinggalkan
pada hati dia.
“Ain dah buat keputusan. Fullstop!” Usai berkata-kata, Ain
mula bangun untuk melangkah keluar dari bilik. Sudah tak betah untuk
berlama-lama di situ.
Fuadi hanya mampu memandang langkah Ain yang berlalu keluar
dari bilik. Kecewa sangat dia rasa. Tapi tak tahu kecewa untuk apa sebenarnya.
Sama ada kecewa dengan Ain yang tak cuba memahami dia, atau kecewa dengan diri
dia sendiri yang tak cuba untuk memahami Ain.
Walau macam mana sekalipun, dia kena bawak Ain dan Aqil balik
ke rumah ummi jugak. Nampaknya, dia terpaksa guna cara lain.
‘I’m really sorry, Ain.’
eeeeeeeeee..... GERAM GERAM GERAM
ReplyDeleteMcm mna nk dptkan novel ni yer... Ada lagi ker... Gerammm betoii tgk laki tu ishhhh
ReplyDelete