IMAN
termenung panjang di kerusi rehat, di dalam taman mini orked milik Tengku
Faridah. Dari tadi lagi dia duduk di situ temankan Tengku Faridah berkebun. Semenjak
dia balik dari kampung ni, lain macam pula baiknya Tengku Faridah melayan dia.
Pelik pula rasanya. Dah tak marah ke?
Iman
lemparkan pandangannya pada bunga-bunga orkid yang tersusun cantik. Ada
bermacam jenis bunga dan warna. Sungguh cantik dan mempersona. Tapi kenapa Iman
rasa pemandangan yang cantik itu langsung tidak dapat menenangkan hatinya kala
ini. Kenapalah hati dia rasa gundah saja. Rasa macam ada yang tidak kena! Rasa macam...
macam kehilangan sesuatu. Tapi apa?
“Hish,
apa kena dengan aku ni?” Iman menopang dagunya ke atas meja. Puas dia cari sebab
musabab kenapa dia resah macam tu, tapi tetap tidak berjumpa dengan jawapannya.
Sudahnya, dia mengeluh kecil.
“Hai,
baru sehari pergi dah mengeluh... Rindu ke?” Tengku Faridah tiba-tiba muncul
dari belakang. Wajah nampak tenang tanpa senyuman.
Terus
tegak kepala Iman.
“Eh,
mak engku...” Iman, tersenyum kelat. ‘Bila pulak dia muncul dekat sini? Tadi
aku tengok dia dekat depan sana.’ Iman garu pipi. Berdepan dengan Tengku Faridah,
selalu bikin onar di hati Iman. Macam manalah hati Iman tidak beronar kalau
renungan mata Tengku Faridah itu macam hendak meratah tubuhnya mentah-mentah.
Seram!
Tengku
Faridah labuhkan duduknya di sebelah Iman. Sudip besi kecil, yang digunakan
untuk menggembur tanah di dalam pasu bunga tadi diletakkan ke atas meja. Muka
Iman ditatap seketika.
‘Aduh!
kenapa dia renung aku macam nak telan ni?’ Iman tunduk menekur tanah. Dada mula
dipalu debar. Walaupun ada angin sepoi-sepoi bahasa yang bertiup, Iman tetap
rasa berpeluh. Fuh!
“Iman,”
panggil Tengku Faridah sesaat.
“Ya!”
Iman panggung kepala. Mata Tengku Faridah ditentang juga dalam takut-takut.
Diam.
Iman
nampak Tengku Faridah kerut kening. Wajah yang tadinya nampak tegang dan serius
itu, tiba-tiba berubah riak menjadi mendung. Entah kenapa dengan Tengku
Faridah, Iman tidak tahu.
Melihat
keadaan Tengku Faridah begitu, Iman jadi serba salah. Mahu bertanya ataupun
tidak? Hati rasa lain macam pula. Sejak
pertama kali berjumpa dengan Tengku Faridah lagi, perasaan dia memang rasa lain
macam saja. Jauh di sudut hati kecilnya seakan terselit perasaan kasih terhadap
wanita tua itu. Seolah mereka mempunyai ikatan batin yang sudah sekian lama
terjalin.
Masing-masing
terus membisu. Lima minit berlalu, keadaan masih tetap sama. Sepi. Hanya desir
angin saja yang menyapa lembut pada wajah mereka.
“Iman...”
panggil Tengku Faridah sekali lagi. Lemah saja bunyi suaranya. Macam tersekat
di kerongkong. Mukanya juga masih sama. Masih terbias riak mendung.
“Ya.”
Iman
ukir senyuman tipis. Dalam hati masih tetap berteka-teki. Apa yang tidak kena
dengan Tengku Faridah sebenarnya?
“Tolong
terima, Ajad!” Mata Tengku Faridah jatuh tepat ke dalam anak mata Iman. Redup
matanya seakan merayu.
“Hah?”
Iman terjeda. Mata terkebil-kebil memandang Tengku Faridah. ‘Aku salah dengar
ke atau tengah bermimpi ni?’ Hati berbisik sendiri.
“Tolong
terima Ajad sebagai suami. Saya minta tolong sangat-sangat.” Suara Tengku
Faridah seakan merayu. Tangan Iman diraih laju ke dalam genggamannya. Ada debar
dalam dadanya saat telapak tangannya menyentuh tangan Iman. Terus kening Tengku
Faridah bertangkup. ‘Kenapa dada rasa berdebar ni?’ Hati kecilnya terus
berdetik.
“Err...
err, saya dengan Encik Ajad tak ada apa-apa hubungan, mak engku. Jangan salah
faham. Saya minta maaf, mak engku kalau selama ni saya dah bawa masalah dalam
rumah ni. Saya memang tak faham kenapa Encik Ajad boleh bergurau macam tu
sekali. Saya akan terangkan kepada Tengku Anis nanti.” Bersungguh Iman cuba
meyakinkan Tengku Faridah.
“Anis?”
Berkerut-kerut dahi Tengku Faridah. Kenapa pula nama Tengku Anis yang dipetik
oleh Iman. Rasanya tidak ada pula dia menyebut nama cucu saudaranya itu.
“Yalah,
dia kan kekasih Encik Ajad!” Yakin saja Iman menutur kata.
“Kekasih,
Ajad?” Makin berkerut pula dahi Tengku Faridah.
“Oh,
bukan erk?”
Iman
tersengih kecil. Kalau bukan kekasih, apa?
Tengku
Faridah menarik nafas panjang. Tangan Iman dilepaskan. Duduknya di kerusi
dibetulkan. Lama juga dia diam sebelum bersuara.
“Hmm...
Anis tu, cucu saudara saya. Dia dengan Ajad memang rapat dari kecik lagi. Dah
macam adik-beradik! Sebab tu dia orang nampak mesra sangat. Memang kalau
ikutkan saya, saya nak jodohkan mereka berdua. Tapi, Ajad mati-matian nak bernikah
dengan kamu. Saya pun tak faham kenapa! Memanglah saya tidak setuju pada
mulanya. Tapi, walau tak suka macam mana pun, saya terpaksa juga setuju.
Terpaksa juga terima kamu.” Muka Tengku Faridah nampak tegang. Serius tanpa
segaris senyuman.
Iman
terjeda. Terus mukanya terasa panas. Otaknya ligat berfungsi. Cuba menghadam
apa yang telah disampikan oleh Tengku Faridah tadi.
Okey!
Tengku Fridah tak sukakan Iman. Tapi, kenapa baru sekejap tadi dia merayu Iman
supaya terima lamaran Ajad? Memang Iman langsung tidak faham!
“Mak
engku... Kalau Mak engku tak sukakan saya, kenapa mak engku minta saya terima
Ajad, sebagai suami? Saya tak nak gali lubang masuk sendiri! Nanti terkambus
terus saya dekat dalam tu!” Tegas Iman.
“Sebab
dia memang nekad mahu bernikah dengan kamu. Kalau tidak... dia akan tinggalkan
rumah ni, dan tidak mahu menguruskan syarikat saya. Sudah bertahun lamanya
syarikat itu diuruskan oleh orang lain. Sekarang syarikat saya sedang
menghadapi masalah. Tender-tender baru sudah lama tidak masuk. Hanya Ajad
seorang yang saya ada. Saya harapkan dia untuk pulihkan semula keadaan syarikat
saya tu.” Tengku Faridah berhenti sekejap. Liur diteguk laju. Mata tertancap
penuh pada Iman.
Iman
palingkan mukanya ke arah lain. Habis tu, kenapa mesti dia yang menjadi mangsa?
Hatinya mula berasa geram. Kalau ikutkan hati yang tengah sakit, mahunya dia
bertekak dengan Tengku Faridah di situ.
“Iman,
tolonglah terima Ajad. Tolong faham perasaan saya. Saya tak nak tengok syarikat
tu, lingkup,” rayu Tengku Faridah dengan muka penuh mengharap.
Lama
Iman terdiam. Mendengar Tengku Faridah merayu macam tu, hati dia mula rasa
tersentuh. Perasaan kasihan mula terdetik di hati kecilnya. Kenapa kalau dengan
Tengku Faridah, perasaannya selalu saja kalah?
‘Mmm...
tak salah tolong orang Iman! Nanti Allah bagi ganjaran. Ajad tu pun, bukan
teruk sangat. Cuba ajelah!’ Detik hati kecilnya.
Setelah
sekian lama membisu, akhirnya Iman akur jua. Tidak sampai rasa hatinya mahu
menghampakan permintaan Tengku Faridah. Melihat diri Tengku Faridah seolah-olah
dia melihat diri Wan Bedah. Perasaan kasih yang muncul dalam hati seakan sama. Walaupun
terasa aneh, tapi itulah hakikatnya.
“Mmm..
baiklah! Tapi saya ada syarat.”
“Apa
dia?” Laju Tengku Faridah bertanya.
“Saya
nak adakan majlis pernikahan dekat kampung. Saya tak nak buat majlis besar.
Cukuplah sekadar upacara akad nikah.”
Naik
berkerut juga kening Tengku Faridah. Mungkin fikirkan syarat yang ditetapkan
oleh Iman itu.
“Tapi,
Ajad nak adakan majlis besar-besaran. Kalau boleh dia nak semua orang tahu
tentang perkahwinan ini nanti.” Bagitahu Tengku Faridah. Memang itu yang Ajad
mahukan. Bukan boleh bantah cakap budak tu sorang. Kalau hitam katanya, tak
akan bertukar menjadi putih!
“Kalau
betul dia nak kahwin dengan saya, dia kena ikut syarat saya. Saya tetap dengan
keputusan saya.” Iman tetap berkeras dengan keputusannya.
Lama
juga masa yang diambil oleh Tengku Faridah untuk berfikir. Yalah, kena fikir
habis-habis. Buatnya Ajad tidak setuju nanti, macam mana?
“Mmm...
baiklah!” Akhirnya Tengku Faridah akur juga. Iman tersenyum senang. Baru saja
mahu membuka mulut, tiba-tiba...
“Nendaaa...
dekat sini rupanya.. Puas Anis cari tadi.” Tengku Anis tiba-tiba saja muncul
dari belakang. Bahu Tengku Faridah dirangkul erat. Ish, ada saja pengacau yang
datang!
“Anis!
Bila sampai, sayang? Baru balik dari pejabat ke?” Tangan Tengku Anis disentuh
lembut oleh Tengku Faridah. Cukup jelas menampakkan kemesraan mereka.
“Aah,
nenda. Tiba-tiba rindu dengan nenda. Sebab tu Anis singgah.” Balas Tengku Anis
dengan suara manja. Siap dengan pakej lengguk tubuh lagi.
Iman
renung Tengku Anis sejenak. Memanglah cantik! Dengan rambut karat yang dikeritingkan
di hujungnya, blaus pendek tanpa lengan berwarna putih susu, dipadankan pula
dengan skirt pendek berwarna kelabu... memang perempuan itu nampak cukup-cukup
bergaya. Saat anak matanya bertembung dengan anak mata Tengku Anis, segaris
senyuman Iman ukirkan untuk Tengku Anis.
Tengku
Anis julingkan matanya ke atas. Senyuman Iman langsung tidak dibalas. Memang
sombong gila lagaknya. Macam diva!
‘Huh!
Sombong gila!’ Gumam hati Iman. Matanya terus ditalakan ke arah lain. Kalau
Tengku Anis nak berlagak sombong, dia pun boleh. Bukan dia hendak berbaik-baik
sangat dengan pacat gedik tu. Kalau orang tak nak, dia pun tak ingin!
Mata
Iman kemudiannya tertancap pada sebatang tubuh milik Kak Mona yang semakin
menghampiri mereka. Nampak macam tergesa-gesa pula lagaknya.
“Mak
Engku, ada panggilan telefon untuk mak engku,” bagitahu Kak Mona sebaik sahaja
dia berdiri di hadapan mereka.
“Oh,
ya... ke? Emm, sayang duduk dulu ya. Nenda masuk ke dalam sekejap.” Tengku
Faridah terus bangkit dari duduknya, bergegas masuk ke dalam rumah untuk
menjawap panggilan telefon. Kak Mona membuntuti Tengku Faridah dari belakang.
Semasa berselisih dengan Iman, sempat juga dia mencuit Iman. Isyarat mata
diberikan kepada Iman. Tahu benar Iman dengan Tengku Anis tidak sebulu.
Baru
saja Iman mahu mengangkat punggung dari situ,
“Kau
nak pergi mana?” Tanya Tengku Anis dengan riak muka sombong. Iman direnung dari
atas sampai ke bawah. Kemudian bibirnya dicebik.
“Emm,
masuk dalam. Dekat luar ni tiba-tiba pulak
rasa panas.” Iman berdiri sambil tangannya dikibaskan ke muka. Senyuman manis
menguntum di bibirnya. Saja mahu memerli pacat gedik. Geram pula dia tengok.
Berlagak diva tak ingat!
“Kau
tunggu kejap! Aku nak cakp sikit.” Tahan Tengku Anis. Tangan Iman ditarik kasar
supaya duduk semula di kerusi.
“Eh,
apa kes kau ni? Nak main kasar pulak!”
Naik berkerut dahi Iman.
“Aku
memang tak suka kau. Tau tak? Aku memang menyampah gila-gila dengan kau! Aku
memang sakit hati dengan kau!” Tutur Tengku Anis dengan mimik muka yang geram.
Nampak dadanya beromabk kencang. Kembang kempis hidungnya.
“Jadi?”
Iman
jongket kening sebelah. Riak muka masih tenang. Tapi dalam hati, hanya Allah
saja yang tahu.
“Jadi?
Kau boleh tanya aku, jadi?” Mata Tengku Anis mencerlung tajam. Macam nak
tertanggal biji matanya merenung Iman. Ketenangan yang Iman pamerkan kali ini
benar-benar membakar hatinya.
“Hmm...
saya rasa, saya dah tak ada urusan dengan Cik Anis. Kalu dah tak ada apa-apa,
saya masuk dulu ya?” Iman masih sama. Masih tenang.
“Kau
ni, memang dasar perempuan tak sedar diri kan? Datang sebagai orang gaji, lepas
tu pikat anak orang kaya sebab nak hidup senang! Entah dari keturunan mana
engkau ni. Mak, bapak sendiri pun tak tahu asal-usul! Kau dengan mak su kau tu
sama aje. Entah jampi apa yang kau baca dekat Ajad tu!” Lancang sekali tutur
Tengku Anis. Memang dia sakit hati yang amat dengan Iman.
Selama
ini dia sudah berangan-angan mahu bersuamikan Ajad. Tiba-tiba saja Ajad mahu
berkahwin dengan Iman. Perempuan kampung yang low class. Memang tercabarlah dia.
Telinga
Iman tiba-tiba rasa berdesing. Amboi, bukan main lancang lagi mulut pacat gedik
ni. Kalau nak hina dia saja memang Iman tak kisah. Tapi bila dah babitkan
keturunan dia. Babitkan mak dan ayah dia, memang Iman angin.
Nafas
ditarik dalam. Kemudian, perlahan-lahan dia lepaskan. Kemarahan yang mula
menyapa dirinya cuba dikawal sebaiknya. Agak-agaknya, kalau dia bergusti dengan
pacat gedik tu dekat sini, siapa yang menang?
“Hmm...
Cik Anis. Saya tak tahu apa masalah Cik Anis.. Tapi, kalau Cik Anis tak puas
hati, boleh bincang dengan Ajad sendiri. Saya masuk dulu!” Iman bingkas bangun
dan terus berlalu dari situ. Jika berlama lagi di situ, dia bimbang kalau-kalau
dia tidak dapat mengawal diri.
“Wooi...
perempuan! Aku belum habis lagi ni. Woiii..!!” Laung Tengku Anis lantang.
Memang dia pantang kalau orang buat tak tahu saja pada dia.
Iman
terus menonong. Sedikitpun dia tidak menoleh ke belakang. Liur diteguk laju.
Kenapa soal mak dan ayahnya yang Tengku Anis bangkitkan? Hati batu Iman
tiba-tiba tercuit hebat. Mata yang selama ini mahal dengan air mata, mula bergenang.
Pedih!
Nama saya Lena, saya ingin menggunakan kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada doktor yang hebat saya yang benar-benar membuat hidup saya yang menyeronokkan satu hari ini. Ini lelaki yang hebat DR IREDIA membawa suami saya kembali kepada saya, saya mempunyai tiga kanak-kanak yang indah untuk suami saya. Kira-kira empat tahun yang lalu, saya dan suami saya telah menjadi satu pergaduhan yang lain sehingga dia akhirnya meninggalkan saya untuk seorang wanita. Saya rasa hidup saya telah tamat dan anak-anak saya fikir mereka tidak akan melihat bapa mereka lagi. saya cuba untuk menjadi kuat hanya untuk anak-anak tetapi saya tidak boleh mengawal rasa sakit yang menyeksa hati saya, hati saya dipenuhi dengan kesedihan dan kesakitan kerana saya benar-benar cinta dengan suami saya. Setiap hari dan malam i menganggap beliau dan sentiasa ingin dia akan datang kembali kepada saya, sehingga satu hari i bertemu rakan baik saya yang juga dalam keadaan seperti saya tetapi masalah beliau adalah bekas teman lelaki yang dia mempunyai kehamilan yang tidak diingini untuk dan teman lelakinya enggan bertanggungjawab dan dibuang itu. dia memberitahu saya bahawa saya adalah kes kecil dan bahawa saya tidak perlu bimbang tentang hal itu sama sekali, jadi saya bertanya apa penyelesaian kepada masalah saya dan dia memberikan saya alamat e-mel orang yang hebat ini. i telah meragui jika orang ini adalah penyelesaian, jadi saya dihubungi lelaki yang hebat ini dan dia memberitahu saya apa yang perlu dilakukan dan i perbuatan mereka semua, beliau memberitahu saya menunggu selama dua hari dan bahawa suami saya akan datang merangkak di kneels untuk mohon ampun saya jadi saya dengan setia itu apa yang manusia besar ini meminta saya untuk melakukan dan yang pasti selepas dua hari saya mendengar ketukan di pintu, dalam terkejut besar saya i nampak dia di kneels dan i terkedu, apabila dia melihat saya, semua dia menangis dan meminta saya untuk pengampunan, dari hari itu, semua kesakitan dan kesedihan di dalam hati saya terbang, sejak itu saya dan suami saya dan anak-anak yang indah kami gembira dan kita hidup sebagai satu keluarga. Sebab itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada DR IREDIA pertolongannya. Ini lelaki besar yang dibuat saya untuk memahami bahawa tidak ada masalah di bumi yang tidak mempunyai penyelesaian jadi jika anda tahu bahawa anda mempunyai masalah yang sama atau mana-mana masalah yang sama, saya akan menasihati anda untuk datang terus ke lelaki yang hebat ini. Hubungi dia dengan e-mel ini (drirediaherbalhome@gmail.com) dia ada untuk membantu anda.
ReplyDelete