DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Wednesday 18 February 2015

13 Ros Merah - Bab 8

“LU BIAR betul, bro?” Iqram angguk.

“Sorry.” Suaranya perlahan. Segan. Malu. Semuanya ada dalam diri.


“Langsung tak tau?” Damia tanya lagi. Nakkan kepastian. Iqram angguk lagi. Jujur. Kepala Damia laju menggeleng.


‘Astaghfirullahal’azim bingka ubi hangus ni. Ya Allah, selamatkan hamba-Mu yang sekor ni. Apasallah teruk benar lu ni, bro! Dah besar macam dahan pokok cengal ni pun doa makan tak tau baca ke. Buat malu budak-budak Tabika Kemas je aar lu ni.’ Damia lontar helaan perlahan. Oit! Mulut. Jaga sikit ek. Tak baik mengata orang ye Damia. Ingat kau tu bagus sangat ke. Kau pun dulu belajar baru pandai, kan. Damia telan liur. Muka rasa kena tampar
kiri dan kanan. Istighfar berlumba-lumba masuk di pintu hati. Mata hala ke wajah di depan yang macam segan dan malu besar tahap Tasik Danau Toba. Damia buat-buat tak tahu. Buat muka selamba sardin.


Dia pun tak nak nanti si bingka ubi hangus ni rasa diri dia dah rentung kena panahan mata Damia yang terperanjat tadi dek pengakuan berani mati dia tu. Jadi untuk buatkan keadaan kembali sediakala maka sebaiknya Damia tayang muka sardin dia yang sangat sinonim itu. Damia kan budak baik cap sardin ayam.


“D... saya minta maaf. Saya...”


Damia laju angkat tangan paras baru. Cantas. Dia tahu nanti mesti telinga akan dengar sesi cereka drama yang syahdu mahdu. Campur sekali dengan sesi air mata. Alah, leceh aar. Baik layan tengok hidangan depan mata yang perrgh ni. Bila la nak makan ni. Baik dia baca je la doa makan camtu. Nak tunggu bingka ubi hangus ni sah-sah, alif pun tak lepas. Seminggu pun belum tentu khatam doa dua kerat tu. Dua pasang mata mereka masih tak lepas memandang satu sama lain. Damia tayang sengih.


“Bro... tak apa. Gua baca doa. Lu dengar okey. ” Iqram angguk belatuk. Damia tahan gelak yang dah terguling dalam dada. Oit Damia, jangan gelakkan orang! Alamak... ampun. Iqram telan liur saat telinga didendang bunyi yang pertama kali dia dengar. Terkelip-kelip bijik mata. Dan dia ikut sahaja perlakuan si pipi merah di depannya ini. Habis dia baca “bunyi” yang disebut doa makan tadi, dua tapak tangan Damia dilihat dibawa ke muka. Diraup. Iqram perhati Damia yang sudah tarik bekas pencuci tangan. Iqram capai sudu dan garfu yang diletakkan di sisi.


“Err... D... ”


“Kita makan dulu, bro. Tak baik biarkan rezeki lama-lama terhidang depan mata. Lagipun gua memang dah giler lapar ni. Tahap kebulur dah ni sebab gua memang tak sarapan pagi tadi. Lepas makan nanti, gua bagi tazkirah kat lu pasal ni okey. Lu nak tanya apa-apa pun biar lepas makan. Dan satu lagi...” Damia tolak bekas cuci tangan ke tepi. Dicapai bekas bulat berisi garam. Dituangkan sedikit di jari manis lalu di disuakan ke dalam mulut. Iqram tidak berkelip memandang. 


“Kalau boleh jamah secubit garam sebelum makan. Elok ni.” Iqram angkat kening. Terkejut.

“Makan garam? Untuk apa?” Biar betul D ni. Iqram dah telan air liur. Damia geleng kepala.


“ Lu tau bro, Rasulullah akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya sebelum menikmati makanan. Sebab apa tau. Sebab garam ialah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cicah garam dari jari kita sama dengan satu liter air mineral. Kita ni kan berasal dari tanah, bro maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi  (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita. Nabi Muhammad S.A.W. juga suruh kita menjamah secubit garam sebelum makan untuk tolak 70 macam penyakit. Supaya lu sentiasa sihat walafiat. Jauh daripada sebarang penyakit. Insya-Allah. Selain daripada menjadi sumber mineral, garam ni jugak kalau lu nak tau  bro, penawar malah garam jugak dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin mengganggu manusia lemah macam lu dengan gua ni bro. Takkan lu tak nak sihat sejahtera, bro. Kan? Ni... karang lu ambil secolek lagi dengan jari manis tangan kanan lepas makan nanti. Sunnah nabi tu. Tahu sunnah?” Damia lontar redup biji mata ke wajah Iqram yang dia rasa macam terkejut tengok dinasour bertanduk warna merah kat depan mata. Iqram kebil mata. Sunnah?


“Okey bro. Jom kita belasah dulu. Lu nak kebil-kebil mata tu, simpan dulu ek. Karang lu sambung.” Iqram tebar senyum. Tak menyangka reaksinya cekap ditangkap mata si pipi merah. 


‘Alhamdulillah. Pergh. Terbaiklah lunch gua first day kat APAC Setia Heights ni. Bertambah-tambah perrgh sebab ada orang sudi belanja gua makan besar hari ni. Gua rasa gua memang ada chance lagi nak paw bingka ubi hangus ni aar... hahaha.’

“D... ” Tangan yang dah selesai dimandikan dilap dengan tisu kasar warna merah kat depan. Dilap kemas. Bekas garam di depan ditarik lalu digoncang sedikit di hujung jari. Dengan lafaz bismillah, hujung jari manis disua ke dalam mulut. 


Damia perasaan si mata coklat seksi kat depannya ini dari tadi tak sudah-sudah tengok muka dia. Masa makan pun tadi Damia perasan jugak. Takkan la dia nganga mulut pun terpesona kut. Dia tau aar dia memang makhluk tercomel kat atas muka bumi ni. Apa boleh buat... dah rezeki dia, kan. ‘Nasib baik la lu tak ada Pot. Tidak, memang sah-sah lu hilang akal sekejap tengok bingka ubi hangus mata coklat ni. Seksi giler woo mata dia, Pot...’


“Thanks pasal doa makan... dan jugak hal makan garam tadi tu.” Perlahan sahaja nada suara Iqram. Rasa dalam diri dah tak tahu nak gambar. Pertama kali dia dihadapkan dengan situasi begini. Rasanya kala ditanya oleh pihak penyiasatan dan pematuhan dari LHDN dahulu pun dia tidak rasa sehebat ini kesan debarannya.


Damia tarik nafas dalam-dalam. Mata masih tak berkalih tengok objek hampir sempurna kat depan mata yang muka macam nak masuk dalam botol oren menyorok. Agaknya kut. Malu gamaknya. Kepala laju berputar dengan macammacam teori tak boleh nak hadam.


‘Dah besar macam gajah denak ni pun tak reti nak baca doa makan. Habis, selama ni bingka ubi hangus ni makan tak baca doa la gamaknya. Isy. Entah berapa banyaklah syaitan yang ikut terjun masuk mulut dia masa makan selama ni ek. Patutlah mangkuk ni tak nampak gua kat tepi jalan hari tu. 


Sah-sah batalion syaitan dalam badan dah butakan mata dia. Gua agaklah mesti masa tu bingka ubi hangus ni tak baca doa naik kenderaan, kan. Kalau dah doa makan lu taugeh,  mesti doa naik kenderaan pun lu hancur. Kan, bro? Gua bukan nak kutuk lu... tapi ni kan kenyataan. Fact okey!’ Damia geleng kepala. Laju.

‘Amende la lu, bro. Kensel betul aar. Baru je gua dengan Pot nak “like” lu banyak-banyak sebab mata coklat lu yang seksi tu, lu dah spoilkan hasrat hati gua yang suci murni ini.  Sayang betul! Muka memang meletup tahap nganga seminggu punya terpesona. Body... perrgh... tak tahu nak cakap tapi apa ke hal yang doa makan pun boleh sangkut. Hampeh betul aar lu bro!’ 


Tubuh ditegakkan saat tengok muka jam dinding di kaunter dah tunjuk angka dua. Dan Damia tengok Iqram spontan berdiri jugak. Damia beritahu Iqram dia dah lambat. Nak masuk untuk tukar shift lunch dengan Ekin. Iqram angguk dan senyum. Dengan isyarat dia panggil seorang pramusaji lalu bertanyakan bil. Selesai urusan bayaran, dua-dua mereka beriringan keluar.


“Thanks D sudi makan sama-sama.” Damia sengih. 


“No hal bro. Kalau nak belanja, ajak je gua lagi. Lu pun tau mana nak cari gua, kan. Gua memang gerenti boleh kosongkan appointment gua semata-mata untuk lu. Kalau ada urgent appointment pun gua mesti kensel. Tengok, betapa gua menghargai lu.” Iqram tabur senyum. Tercuit dengan kata-kata lucu si pipi merah yang bersahaja.

“Eh... sebelum gua lupa.” Tangan Damia laju menyeluk poket seluar. Samsung SIII hadiah daripada abah sempena ulang tahun hari lahirnya tiga bulan lepas ditarik. Jari laju selak muka skrin gadjet. Bibir ukir senyum. Haa... dah jumpa. Mata hala kembali ke arah si mata coklat seksi di depan. Iqram hanya menjadi pemerhati setiap tindakan si pipi merah yang sedang menekan sesuatu pada gadjet di tangan.


“Meh sini lu punya handphone. Gua nak sent satu benda ni kat lu. Ada bluetooth kan.”


“Nak bluetooth apa?”


“Meh je sini handphone lu tu. Bukan gua nak hantar gambar bogel pun kat lu. Wayar dalam otak gua ni masih berfungsi dengan baik.”


Iqram tahan senyum dengan kata-kata spontan gadis di depannya ini. Tangan bagai mudah sahaja menghulur iPhone 5 ke tapak tangan Damia yang terbentang. Macam kena pukau. Dilihat senyum Damia lebar. Entah apalah si pipi merah ni nak buat agaknya. Senyum tu macam very suspicious je. Iqram takzim memandang gelagat Damia yang tersenyum-senyum dengan dua mata melekat pada dua gadjet di tangan. Bila Iqram tanya lagi Damia sedang buat apa terhadap iPhonenya itu, si pipi merah ni hanya angkat kening dah sengih. Mesti ada apa-apa ni! Langkah kedua-dua mereka terus dihala ke hadapan. Suasana kiri dan kanan yang sedikit riuh tidak langsung menjejaskan perbualan kedua-dua.


“Okey dah.” Damia serahkan kembali gadjet canggih milik si bingka ubi hangus. “Haa cuba tengok file yang gua hantar tu. Lu belajar slow-slow... gerenti lu boleh hafal punya, bro. Sure lu lebih pandai nanti daripada tukang ajar tu.” Tangan sambut iPhone dari tangan Damia. Dihala mata ke skrin. Ditekan dan diselak skrin. Pandangan jatuh pada satu yang baharu dalam gadjet. 


“Upin Ipin baca doa makan???” Iqram bulatkan biji mata. Langkah terhenti sesaat. Dia lihat senyum lebar terjurai di wajah si pipi merah di sebelah. Bibir dikemam. Rasa nak ketawa dan malu saling bergumpal. Sudahnya kepala menggeleng. D... D...


“Okeylah tu. Belajar daripada contoh yang mudah. Lu ulang-ulanglah dengar, nanti mesti lu faham punya. Gua gerenti. Kerat pokok pisang punya. Budak baharu belajar ni selalu terang hati. Cepat dapat. Gua bukan tak nak ajar lu, bro. 


Karang kalau gua yang ajar, masak lu nak kena bayar pengeras. Gua tak ada bagi FOC ilmu gua ni. Maaf banyak-banyak. Kurangkurang sebijik Lexus lu yang kebaboom hari tu. Sanggup?” Budak baharu belajar? Iqram tahu ayat Damia tu tuju kat diri Iqram. Dalam hati dah lebar tersenyum. Hairan jugak malu yang tadi tebal macam kamus Oxford dah menipis.
Memang si pipi merah di depannya ini ada ilmu pukau agaknya. Tu pasal Iqram boleh susut rasa segan yang awal-awal tadi kalah gunung Himalaya.


“Mahalnya pengeras. Ilmu doa makan mahal macam tu ke?”


“Habis, lu ingat murah ke? Agak-agaklah bro. Cuba lu fikir...” Damia dah belok langkah ke laluan menghala ke premis APAC.


“Betapa dengan ilmu tu gua dah selamatkan lu daripada telan berbilion-bilion syaitan. Lu ingat senang ke nak selamatkan orang macam tu. Susah woo. Jadi lu harus tau upah mestilah setimpal dengan hasil yang lu dapat. Ada faham tuan bingka ubi ha...” Damia kemam bibir. Syoh syoh. Nasib baik tak terlepas. Tidak mahu melepas pulak dia nak dapat Lexus dari mangkuk ni.


Iqram senyum. Kepala dianggukkan. Wajah dengan sepasang pipi nan merah itu ditatap. Entah mengapa dia rasa gadis di depannya semacam punya keistimewaan yang tersembunyi. Satu kelainan yang menimbulkan keselesaan. Ya, dia rasa cukup selesa dengan si pipi merah ini. 


“LU CAKAP apa beb? Si mata coklat seksi tu belanja lu lunch tadi? Lu biar betul beb?” Mata Pot dah sebesar bunga matahari. Dihempaskan duduknya pada perut sofa di sebelah Damia yang terbaring santai melayan Maharaja Lawak. Suara gelak Damia yang boleh tahan gegarannya itu sudah kebal di telinga. Mata lihat Damia yang laju kunyah kentang di tapak tangan. Pot tarik bekas dari tangan Damia. Kelongsong Jack n Jill bertukar tangan. Pot seluk tangan ke dalam bekas. Ditarik kepingan kentang lalu disua ke dalam mulut.


“Ha’ah. Betul la Pot. Apa kes gua nak kelentong lu pulak. Apasal? Lu tak percaya. Lu percaya la beb. Gua ni kan ada aura yang sangat magis. Sekali si bingka ubi hangus tu tengok gua, beribu kali dia akan ingat muka gua. Sah-sah lepas ni memang dia akan ajak gua jadi partner lunch dia. Gua orait je. Kecik tapak tangan, parking kat bawah tu gua tadahkan.” Damia hala mata sekilas ke muka Pot di sebelah. Dijala sengih lebar dengan dua kening  diangkat.


“Gua rasa nak muntah kaler indigo aar. Boleh tak?” Pot mencebik. Pecah ketawa Damia. Bergema. 


“Beb...”


“Amende.”


“Lu duduk berdepan dengan dia tadi, sure lu boleh tengok muka dia dekat-dekat, kan.”


“Memang aar. Takkan la gua nak duduk sebatu pulak. Nama pun makan bersama. Amende la lu lembab ni.” Pot ketap bibir. Isy, Damia ni.


“Sure dia handsome kan beb. Gua hari tu masa dia hantar lu balik tengok dari jauh pun gua dah boleh nampak betapa handsome maut nyer mamat tu. Kalau gua la tadi, harus gua tak makan. Kenyang tengok muka dia yang handsome tu. Kenyang tengok mata coklat dia yang seksi tu... waaaaa... bestnyer beb.” Dua tapak tangan Pot sudah melekat ke dada yang dibaluti pijama bermotifkan gambar anak beruang kecil. Damia cebik. Mata masih takzim di skrin empat segi di hadapan. 


“Gua dah agak dah. Nasib baik lu tak ada tadi. Tidak sah lu hilang akal. Satu hal pulak gua nak cari akal lu yang hilang tu.”

“Isy lu ni. Ingat gua gedik tak hinggat ke.”


“Takpe, gua faham. Lu memang gedik kalau tengok spesies mata coklat seksi ni.”


“Beb... jawab aar soklan gua tadi. Handsome kan dia?” Pot masih tidak putus asa.


“Boleh la buat cuci mata.” Pot angkat kening.


“Boleh la je? Weh...” Pot tepuk bahu Damia. 


“Mamat tu punyer handsome maut tu lu gredkan dia tahap boleh la je. Ek eleh lu beb. Adil dan saksama boleh tak?” Damia lepas nafas. Ditegakkan tubuh. Dihadapkan wajah ke wajah Pot di sebelah. Dua tapak tangan yang ada kesan kesat garam dari kentang yang dimakan tadi disapu ke paha Pot. Selamba. Pantas dua tangannya menerima habuan ketukan dan jeritan Pot. Damia buat muka tak bersalah.

“Lu tau tak Pot... bingka ubi hangus tu akan lebih handsome kalau dia pandai baca doa makan. Itu yang gua rasa la tadi.” Damia sandar kepala di leher sofa. Kenangan makan tengah hari bersama si bingka ubi hangus tadi kembali hidup dalam fikirannya. Sungguh dia terperanjat dengan pengakuan lelaki itu. Dah tua bangka pun tak reti baca doa makan ke? Isy... isy...


“Takkan la beb. Doa makan pun tak lepas.” Damia angguk kepala. Mata Pot mencerlung. Biar betul ni!

No comments:

Post a Comment