DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Wednesday 29 June 2016

Bahagia Dalam Rahsia - Bab 5

SEBAIK sahaja Wadi Ridhuan keluar bekerja, Datin
Wasilah segera mendapatkan Farha yang ketika itu sedang
sibuk di dapur kerana membantu Mak Hendon.
Perasaannya bercampur baur. Pelik, marah, ingin tahu
dan berbagai perasaan negatif lagi yang hadir bersarang dalam
diri. Mahu diusirnya jauh-jauh tetapi perasaan itu semakin
membuak-buak pula.
“Farha!" Panggilnya dengan suara lantang. Sepasang
mata dijegilkan ke arah gadis itu yang sedang sibuk membantu
Mak Hendon.
“Ya, Datin...” sahut Farha lambat-lambat. Sergahan
daripada Datin Wasilah mengejutkannya dan juga Mak Hendon
yang kelihatan sedang terpinga-pinga.
“Apa yang kau dah buat pada anak aku?” Soalnya
dengan menunjukkan wajah bengis.
Mak Hendon hanya terkulat-kulat memandang
sementara Farha pula sudah mengerutkan kening tanda tidak
faham dengan pertanyaan itu.
“Saya buat apa, Datin?” Soalnya.
“Kau jangan pura-pura tak tahu apa-apa. Jangan
nak berlakon baik!” Bentak Datin Wasilah sambil langkahnya
disusun untuk mendekati Farha.
“Saya betul-betul tak faham, Datin,” Farha membela
diri. Dia langsung tidak mengerti apa-apa.
Mak Hendon tidak berani hendak menyampuk
sedangkan dia sudah boleh meneka apa yang dimaksudkan
Datin Wasilah itu kerana dia terdengar pertikaman lidah di
antara Wadi Ridhuan, Datin Wasilah dan Dato’ Wan Chik di
ruang makan pada awal pagi tadi. Mungkin kerana perkara
itulah yang membawa Datin Wasilah menyoal Farha ketika ini.
“Cakap terus-terang, apa yang kau dah masukkan
dalam makanan anak aku sehingga dia tergila-gilakan kau?”
Datin Wasilah bercekak pinggang. Pada anggapannya, Farha
sudah ‘mengguna-gunakan’ Wadi Ridhuan sehingga anak
lelakinya itu menyatakan hasrat untuk memperisteri Farha.
“Saya tak faham apa yang Datin cakapkan ni,” Farha
bertentang mata dengan Datin Wasilah. Perasaannya juga
sebak tiba-tiba. Manakan tidak, selama dua tahun dia bekerja
di situ, belum pernah sekalipun Datin Wasilah memarahinya,
mengherdiknya dan memekik di hadapannya.
“Dasar budak kampung tak kenang budi. Aku ambil
kau bekerja di sini kerana aku kasihankan kau. Tapi, ini rupanya
yang kau balas pada aku? Dalam diam-diam kau menjalinkan
hubungan cinta dengan anak aku sedangkan kau pun tahu, kau
dan dia tak setaraf!”
“Kau jangan mimpi ya nak kahwin dengan Wadi.
Aku dah ada calon isteri untuk dia. Bella, anak Datin Kesuma
tu. Kau jangan pandai-pandai nak jadi pengacau pula!” Dia
menujah dahi Farha dengan kasar. Dirinya kini sedang dikawal
oleh amarah yang kian berapi.
Kemudian, dia mendekati Farha lalu menarik tudung
gadis itu sehingga membuatkan Farha jatuh tertiarap ke lantai.
Wajahnya tersembam sehingga menyebabkan dahinya tercedera
sedikit.
Mak Hendon segera mendapatkan Farha untuk
menghalang Datin Wasilah daripada terus menyakiti gadis itu.
Kini, barulah Farha mengerti. Rupa-rupanya, Wadi
Ridhuan sudah memaklumkan perkara itu kepada Dato’ Wan
Chik dan Datin Wasilah. Dia juga tidak menyangka Wadi
Ridhuan seberani itu. Sanggup pula lelaki itu menyatakan
hasrat hati untuk berkahwin dengannya di hadapan Dato’ Wan
Chik dan Datin Wasilah.
Farha tersenyum dalam tangisan. Tersenyum kerana
berasa dirinya dihargai oleh Wadi Ridhuan dan menangis pula
kerana sedang menahan sakit kesan daripada tindakan kasar
Datin Wasilah sebentar tadi.
“Hendon!”
“Ya, Datin.”
“Kenapa awak biarkan budak Farha ni yang sediakan
makanan untuk Wadi? Bukan ke saya dah ingatkan awak dulu?
Entah ubat guna-guna apa yang dia dah letak dalam makanan
Wadi pun kita tak tahu!”
Mak Hendon hanya tertunduk dan tidak tahu
bagaimana mahu menjawab. Dia tahu, bukan Farha yang mahu
menyediakan apa-apa makanan untuk Wadi Ridhuan tetapi
bekas anak asuhannya itu sendiri yang menyuruh.
Sejak sehari dua ini, dilihatnya Wadi Ridhuan seringkali
meminta nasi goreng buatan tangan Farha dan hati tuanya
sudah mengerti kenapa permintaan itu dibuat. Kerana dia tahu,
Wadi Ridhuan benar-benar menyukai Farha dan niat untuk
menjadikan Farha sebagai isteri adalah betul-betul ikhlas.
Seraya itu, Farha mendongak memandang ke arah
Datin Wasilah. Tuduhan yang dilemparkan Datin Wasilah itu
langsung tidak berasas. Usahkan mahu memasukkan ubat gunaguna
ke dalam makanan yang disediakan untuk Wadi Ridhuan,
jenis dan rupa ubat ‘guna-guna’ itu pun dia tidak tahu.
“Datin janganlah tuduh saya yang bukan-bukan. Saya
tahu tugas saya hanya sebagai tukang cuci dan mengemas
rumah saja. Saya tahu saya tak dibenarkan memasak tapi Encik
Wadi yang suruh. Saya terpaksa buat. Tak tergamak untuk saya
masukkan benda yang bukan-bukan ke dalam makanan Encik
Wadi supaya dia tergila-gilakan saya,” sepasang mata redup
miliknya sudah berkaca-kaca. Hanya menunggu masa sahaja
untuk merembeskan air mata.
“Habis tu, kenapa dia sanggup nak kahwin dengan
orang gaji macam kau ni? Dia sendiri mengaku depan aku yang
dia cintakan kau sedangkan selama ni, aku tak pernah nampak
dia rapat dengan kau. Kenapa dengan tiba-tiba saja!” Soalnya
lagi tidak berpuas hati. Dia beranggapan bahawa Farha tidak
mahu mengaku.
“Itu Datin kena tanya Encik Wadi sendiri. Dia ada
jawapannya,” Farha ketap bibir. Kalau diikutkan rasa hati, mahu
sahaja dia menceritakan kejadian sebenar kepada Datin Wasilah.
Tetapi, mahukah Datin Wasilah percaya? Jangan-jangan nanti
Datin Wasilah pula yang menuduhnya cuba menggoda Wadi
Ridhuan. Apabila melihat pada sikap Datin Wasilah sekarang
ini, tidak mustahil dia akan dituduh begitu.
Lagipun, dia tidak mahu terburu-buru untuk
memberitahu perkara itu kalau Wadi Ridhuan sendiri yang tidak
membuka mulut. Dia masih mahu menjaga hati semua pihak
lebih-lebih lagi Dato’ Wan Chik. Dia tahu sejarah kesihatan
Dato’ Wan Chik yang mempunyai penyakit lemah jantung.
Kalaulah Dato’ Wan Chik tahu, dia risau kalau majikannya itu
akan terkena serangan jantung pula.
Begitulah sifat murni yang ada dalam diri Farha.
Walaupun dia disakiti sekarang, tetapi dia masih mampu
memikirkan tentang perihal orang lain.
Datin Wasilah hanya berdiam diri. Bicara terakhir
daripada Farha itu menimbulkan tanda tanya tetapi dia tidak
mahu ambil peduli. Baginya, Farha yang bersalah. Farha yang
menjadi punca kenapa tiba-tiba sahaja Wadi Ridhuan berubah.
Daripada seorang lelaki yang bercita rasa tinggi
terhadap perempuan, beralih pula kepada cita rasa yang
sebaliknya. Dia benar-benar bingung. Kemudian, dia berlalu
meninggalkan ruang dapur itu tanpa menoleh lagi ke belakang
dan hanya membiarkan Mak Hendon seorang sahaja menangani
kecederaan yang sedang dialami Farha.
BUNYI loceng rumah mengejutkannya. Dia yang sedang terlena
di atas sofa, terpisat-pisat membuka mata. Jam besar antik yang
berada di satu sudut menarik perhatiannya. Sudah pukul dua
pagi!
Kenapa begitu lewat benar Wadi Ridhuan pulang ke
rumah? Apakah dia mabuk lagi? Semalam katanya sudah mahu
berubah tetapi nampaknya pada malam ini dia buat hal lagi.
Farha mula bermain dengan bisikan kata hatinya sendiri.
Sebaik sahaja pintu utama dibuka, terjojol wajah Wadi
Ridhuan sambil melemparkan senyuman manis kepadanya
yang sedang mengecilkan diri di belakang pintu. Dia tunduk
dan tidak mahu memandang ke arah wajah itu. Wajah yang
pernah bersentuhan dengan wajahnya tanpa rela.
“Tunggu saya balik ke?” Wadi Ridhuan menyoal dalam
nada mengusik. Dia tersengih panjang apabila melihat kelakuan
Farha yang seringkali masih takut-takut ketika berhadapan
dengannya.
Dia tahu, dia sudah melakukan satu kesalahan besar
kepada Farha tetapi buat masa ini, dia mahu mengusir jauhBahagia
jauh kekesalan itu kerana niat hatinya sekarang mahu memikat
Farha dengan cara yang betul supaya Farha benar-benar jatuh
cinta kepadanya dan satu hari nanti Farha boleh menerima
lamarannya sebelum ini.
“Dah memang tugas saya untuk buka pintu kalau
penghuni dalam rumah ni balik lambat. Tak kiralah walau siapa
pun,” sanggahnya sambil menutup kembali pintu utama itu
apabila selangkah Wadi Ridhuan masuk ke dalam rumah.
Wadi Ridhuan berdehem sedikit untuk menarik
perhatian Farha yang dilihatnya sedang berwajah lesu.
Langkah Farha yang sudah mendahului Wadi Ridhuan
tiba-tiba sahaja terhenti. Kemudian, dia berpaling.
“Encik Wadi nak minum ke? Kalau nak, nanti saya
kejutkan Mak Cik Hendon,” dia ingin berlalu tetapi langkahnya
disekat.
Wadi Ridhuan sekali lagi tersenyum.
Dari air wajah yang ditunjukkan Wadi Ridhuan, Farha
tahu lelaki itu berada dalam keadaan normal. Risau juga dia
kalau Wadi Ridhuan berada dalam keadaan mabuk lagi seperti
malam kelmarin.
“Saya tak nak minum apa-apa. Tak perlulah Farha nak
kejutkan mak saya tu. Dah pukul dua pagi ni. Kasihan dia nanti
tidurnya terganggu pulak.”
“Habis tu, Encik Wadi sekat laluan saya ni, Encik Wadi
nak apa?” Soalnya masih lagi takut-takut.
“Farha dah makan?”
“Dah, tadi.”
“Tadi tu pukul berapa?”
“Entah, tak pasti. Tapi lepas maghrib tadi saya terus
makan.”
Wadi Ridhuan membuang pandang pada jam di
pergelangan tangan. Kemudian, sepasang bebola matanya
bergerak ke atas, kiri dan juga ke kanan. Mulutnya terkumatkamit
seperti menghitung sesuatu.
“Saya anggarkan Farha makan pada pukul lapan tadi.
Sekarang dah pukul dua pagi. Dah enam jam berlalu. Farha tak
lapar?”
Dia meraba-raba perut. Pertanyaan daripada Wadi
Ridhuan tiba-tiba sahaja membuatkan perutnya berbunyi.
“Taklah. Mana ada saya lapar. Mengantuk adalah,”
sangkalnya dengan menipu diri sendiri. Sejak daripada kejadian
kelmarin, selera makannya putus tiba-tiba.
“Tapi saya lapar. Tolong masakkan sesuatu untuk saya,
boleh?” Pintanya dengan harapan Farha tidak menolak.
Farha tersentak sedikit. Kejadian yang menimpanya di
ruang dapur pagi tadi, mengingatkannya supaya tidak memasak
apa-apa lagi untuk Wadi Ridhuan. Kalaulah Datin Wasilah dapat
tahu, sudah tentu dia akan dimarahi lagi.
“Maaf. Mulai sekarang, saya dah tak boleh masak apaapa
lagi untuk Encik Wadi.”
“Eh, kenapa pulak?”
“Sebab Datin tak benarkan. Pagi tadi Datin dapat tahu
saya yang buatkan nasi goreng untuk Encik Wadi tu. Jadi, dia
beritahu saya supaya tidak melakukan tugas memasak lagi
sebab... sebab dia risau... dia risau saya penat kerana buat kerja
banyak dalam satu masa,” bohongnya panjang lebar.
“Oh, ibu saya cakap macam tu, ya?” Wadi Ridhuan
menduga. Entah kenapa, dia dapat merasakan bahawa
penjelasan Farha itu adalah satu penipuan semata-mata.
Daripada air wajah Farha saat itu, dia mengesyaki sesuatu tetapi
buat masa terdekat ini dia malas mahu bertanya.
Apabila disoal begitu, Farha sekadar mengangguk.
“Kalau macam tu, apa kata kalau kita makan di luar.
Nak tak?” Wadi Ridhuan membuat usul.
“Kita? Tapi saya tak lapar. Encik Wadi pergilah makan
sorang-sorang. Lagipun dah lewat macam ni, masih ada lagi ke
kedai makan yang dibuka?”
“Ada satu kedai makan ni menjalankan perniagaan
sampai ke pagi. Ia mula dibuka pada jam 12 tengah malam.
Jomlah temankan saya.”
“Saya tak mahulah. Tak elok kalau kita keluar berdua.”
Apabila mendengarkan jawapan itu, Wadi Ridhuan
mulai naik geram. Segala apa yang dia minta daripada Farha,
seringkali ditolak mentah-mentah oleh gadis itu.
“Tak elok kenapa pulak? Eh, awak ni banyak songeh
betullah. Saya ni boleh dikatakan majikan awak juga tau? Awak
kena ikut arahan saya. Kalau tak, saya pecat awak. Awak nak
macam tu?” Wadi Ridhuan mengugut sambil menyembunyikan
senyum. Sengaja dia menggunakan panggilan 'awak' kepada
Farha untuk membuatkan lakonan marahnya benar-benar
menjadi.
Dia tahu di mana kelemahan Farha. Apabila dia sebut
sahaja tentang perkara itu, tentu sahaja Farha akan menggeleng
laju.
Memang tepat sangkaan Wadi Ridhuan, Farha kini
sedang membulatkan mata sambil kepalanya juga turut
digelengkan beberapa kali.
“Kalau tak mahu kena pecat, jom ikut saya,” dia
menarik tangan Farha dengan selamba.
Belum sempat Farha hendak berkata apa-apa, Wadi
Ridhuan sudah memimpin tangannya. Langkah kakinya
terpaksa dihayun laju agar seiring dengan langkah kaki lelaki
itu.
Apabila sudah berada di dalam kereta, baru Farha
sedar yang dia hanya berseluar trek dan memakai t-shirt biasa.
Dia meraba-raba pula pada bahagian atas kepalanya.
Fuh, selamat! Dia sudah bertudung tetapi tudung itu
agak singkat kerana berukuran S dan bukannya berukuran M
yang sering dipakainya ketika keluar rumah apabila mengikuti
Mak Hendon ke pasar.
“Kenapa dengan Farha ni? Nampak macam tak selesa
aje?” Soal Wadi Ridhuan sambil menoleh seketika ke arah Farha
yang dilihatnya sedang gelisah.
“Encik Wadi...”
“Ya, sayang...”
Farha terpempan. Panggilan ‘sayang’ yang terkeluar
daripada mulut Wadi Ridhuan membuatkan sepasang mata
redupnya membulat lagi.
Wadi Ridhuan hanya tersenyum. Panggilan ‘sayang’
itu bukannya sengaja dibuat-buat tetapi ia terpacul dengan
sendiri. Kemudian, satu idea nakal muncul tiba-tiba.
“Farha...”
“Ya...”
“Berapa umur Farha sekarang?”
“21 tahun.”
“Bagus...”
“Bagus?” Dia menoleh ke arah Wadi Ridhuan yang
sedang tekun memandu.
“Memandangkan Farha terlalu muda dari saya, Farha
kena panggil saya ‘abang’ tau,” Wadi Ridhuan tersengih di
hujung bicara.
“Abang?”
“Bagus. Teruskan panggil saya dengan panggilan
macam tu, ya?” Perasan! Kutuk Farha dalam hati. Farha ketap
bibir. Belum sempat dia mahu mengajukan soalan lain, Wadi
Ridhuan tiba-tiba memotong laju.
Sampai di kedai makan yang terletaknya kira-kira
sepuluh kilometer dari kediaman mereka, Wadi Ridhuan
mencari tempat duduk yang agak jauh daripada pelanggan lain.
Farha hanya mengekori dari belakang. Sepasang
matanya liar memerhati keadaan sekeliling. Terdapat lampulampu
kecil berwarna-warni yang dililit di bahagian batang
pokok-pokok kelapa itu menarik perhatiannya. Dia tersenyum.
Cantik sekali. Bisik hati kecilnya.
Senyuman yang melebar pada bibir mungil Farha
itu menarik perhatian Wadi Ridhuan. Hati lelakinya bagaikan
terbuai apabila melihat kecomelan yang terserlah pada seraut
wajah Farha apabila si gadis tersenyum begitu.
Ah, kalaulah masa dapat diputar kembali, tentu sahaja
saya akan memiliki Farha dengan cara yang halal dan bukannya
memiliki Farha dengan cara paksa seperti sebelum ini. Terdetik
ungkapan tersebut di hatinya saat itu.
Selesai mereka menikmati makanan yang dipesan,
baru kini Wadi Ridhuan menyedari akan sesuatu.
“Farha, kenapa dengan dahi tu?” Soalnya ingin tahu.
Kesan luka dan sedikit calar yang terdapat pada dahi Farha
membuatkan hatinya berasa bimbang.
“Oh, err.. saya tergelincir dalam bilik air tadi. Lepas
tu kepala saya terhantuk pada dinding,” jawabnya dengan
memberikan jawapan yang menipu.
“Dah sapu ubat ke?” Wadi Ridhuan menyoal lagi.
“Belum,” balasnya sambil menunduk. Pandangan
sepasang mata polos milik Wadi Ridhuan itu benar-benar
membuatkan dia berasa tidak selesa.
“Kenapa belum? Farha nak tunggu abang yang
sapukan ke?” Wadi Ridhuan mengulum senyum. Dia sengaja
hendak mengusik dan turut sama membahasakan dirinya
dengan panggilan ‘abang’ apabila berbicara dengan Farha.
Dia sedar, mulai dari sekarang dia mesti melatih
dirinya untuk menggunakan panggilan mesra itu kerana tidak
lama lagi dia bakal menjadi suami kepada Farha. Begitulah niat
ikhlasnya untuk menebus kembali kesilapan terhadap Farha
dan sekaligus mahu membuatkan Farha memiliki kedudukan
yang lebih tinggi di sisinya iaitu kedudukan sebagai seorang
isteri.
Farha menggeleng. Telahan Wadi Ridhuan itu benarbenar
jauh terpesong. Dia menunggu lelaki itu untuk menyapu
ubat pada dahinya? Oh, tidak sekali-kali. Dia sebenarnya
terlupa dan pertanyaan daripada Wadi Ridhuan itu tadilah
yang mengingatkannya kembali pada kecederaan kecil yang
dialaminya itu.
“Geleng kepala pulak. Jawapan tak bagi. Erm, lepas
ni abang nak bawa Farha ke klinik 24 jam di bandar Kota
Bharu. Jom,” dia mula bingkas dari tempat duduk. Farha hanya
mengangguk dan tidak pula hendak membantah.
Selepas pulang dari klinik, Wadi Ridhuan segera
memecut keretanya supaya tidak terlalu lewat sampai ke
rumah. Farha yang sedang berada di sebelah seat penumpang
sudah terlena kerana terlalu mengantuk.
Sejurus sahaja sampai ke rumah, dia tidak mengejutkan
Farha yang masih tidur kerana berasa kasihan untuk berbuat
begitu. Dia tahu Farha kepenatan kerana bekerja seharian di
rumahnya.
Di tambah lagi dia membawa Farha keluar makan
pada lewat malam, sudah tentulah gadis itu terlalu mengantuk
jadinya. Kemudian, dia mengambil keputusan untuk
mencempung tubuh kecil itu masuk ke dalam rumah. Kunci
pintu utama yang terdapat di dalam poket seluar trek Farha
diambilnya perlahan-lahan.
Usai membaringkan Farha di atas sofa, dia duduk
bersila di hadapan gadis itu. Plaster yang di tampal oleh doktor
pada dahi Farha tadi mula menarik perhatiannya. Kemudian,
dia menggeleng sekali dua.
“Apalah yang abang nak buat dengan awak ni, Farha.
Abang ikhlas nak kahwin dengan Farha tapi nampaknya ibu
membantah. Ayah pun sama. Kalaulah ditakdirkan Farha
mengandung, abang terpaksa lakukan sesuatu. Walau terpaksa
berkahwin dengan Farha tanpa pengetahuan ibu dan ayah
pun, abang rela asalkan maruah Farha terbela dan abang juga
dapat menebus kembali kesilapan itu,” dia tunduk menekur
lantai untuk seketika lalu mengejutkan Farha supaya gadis itu
menyambung tidur di dalam bilik.

No comments:

Post a Comment