DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Wednesday 29 June 2016

Falling in Love - Bab 4

BANGUNLAH secepat mana sekalipun, arakian
juga… Eh... Arakian juga aku pakai ni?? Pergghhh... tak boleh
blah ayat yang aku pakai ni. Sekali keluar jugak ayat sastera
aku yang dah lama jugak aku tinggalkan. Tak kisahlah kau
bangun sebelum Subuh sekalipun, konon-konon nak keluar
awal sangat, konon-konon tak nak menyusahkan orang lain
dok jemput kau nak pergi kerja... Dalam erti kata lain, boss kau
sendirilah… Tapi kalau dah sezarah daripada asap bas ataupun
teksi pun takde, apa yang kau nak kata.
Ehem... Ehem... Sebenarnya nak mengata kat diri aku
sendiri. Yelah... Dari matahari belum start kerja lagi, sampailah
matahari dah masuk syifnya, sampai sekarang aku dok
tercongok kat depan bus stop ni. Bayangkanlah, selepas Subuh
aku berkejar-kejar nak ke sini, semata-mata tak nak tertinggal
dek bas, tambah tak mahu terlambat sampai ke pejabat. Alihalih,
harapan tinggal harapanlah. Harapan kini dah lebur untuk
menjadi pekerja contoh kat syarikat untuk bulan ni. Mesti
Encik Ikmal sedih ni. Dahlah datang lambat, isy…
Adoi... Adoi... Dan adoi lagi... Jam dah menunjukkan
tepat 8.30 pagi. Tapi kelibat satu teksi pun aku tak nampak
langsung! Bas lagilah, jangan harap. Pukul 9.30 pagi nanti
aku ada meeting. Isy... Sempat ke ni? Nak redah jammed lagi,
aku dari tadi asyik mengerling ke arah jam tangan. Kepala ni
dah berserabut dengan bermacam-macam benda. Aku tak tau
kenapa dengan perkhidmatan awam pada hari ni, langsung tak
ada. Takkan mogok pulak, gara-gara aku terpaksa menggunakan
khidmat mereka???
Dari tadi aku tak habis-habis tengok jam tangan.
Rasa sebal pun ada juga waktu ni. Aku rasa, nak aje aku yang
takeover drive bas atau teksi waktu ni. Cheee... Ingat aku tak
boleh bawak ke??? Orang yang dah biasa guna perkhidmatan
awam kat kawasan rumah aku ni dah mula membebel-bebel
yang bukan-bukan… Yelah... Menunggu hampir dua jam kut!
Tapi satu bayang bas atau teksi pun takde.
“Tak pernah-pernah mike mogok cenggini...?”
“Ateh… deme idok hati dan perasaan awok ni? Ikut
suke deme je nak datang pukui berapa? Awat, awok ni takde
koje lain nak menunggu deme. Awok ni... kang bos awok
pecat awok, ade deme mau bertanggungjawab??” Perghh... ‘pok
cik’ sorang ni... Namanya Jimbet... Aku pun tak tau dari mana
datang perkataan tu. Tapi bebudak selalu panggil dia Jimbet.
Dia ni memang pure orang bandar Kuala Lumpur.
Tapi entah macam mana boleh terjebak mengikut loghat Perak
‘mike-deme’ ni. Kalau betul tatabahasa dia ni, boleh la juga
aku nak terima... Ni... Tunggang-terbalik je aku dengarnya...
Memang tak salah lagi. Memang dia kipas-susah-mati Zombie
Kampung Pisang, Hantu Kak Limah Balik Rumah dengan Usop
Wilcha ni. Tu yang terikut-ikut agaknya tu.
Jimbet ni, budak sekolah lagi. Tapi, itulaaa… Sekolah
lagi jauh-jauh nun di sana. Ada yang dekat tak payah pakai
public transport, nak jugak sekolah jauh-jauh, katanya nak
berdikari... Nak naik bas awam. Berdikarilah sangat kau ni
Jimbet oiii... Bila dah waktu macam ni, mulalah menggelabah.
“Saman aje!”
“Tak payah saman... Kite bako je bas deme!” Jerit lagi
sorang.
Pergh, yang lain pun ikut sekali bersorak nak pergi
mem’bako’ public transport ni! Tak padan betullah bebudak ni!
Aku pun tak habis-habis tengok jam tangan ni.
Serabut pulak otak aku, Encik Ikmal macam poyo je
kata nak jemput aku bagailah... Tapi sampai sekarang, jangan
kata batang hidung, kelibat kereta dia yang made by Ford Fiesta
tu langsung tak nampak. Cakap tak serupa bikin betul boss
aku sorang ni! Satu pun tak boleh pakai, tapi buat masa nilah.
Sebelum-sebelum ni aku percayalah juga. Tapi tak semua pun
yang aku percaya.
Telefon bimbitku berbunyi lagu Janji, kedengaran.
Hah… Boss aku ni. Baru aje mengata dia kejap tadi, dah telefon
aku. Bagus betul.
“Haluu….”
“Helo, Yasmeen. I’m sorry tak dapat pick up you kat
rumah sebab I pun sekarang traffic jammed kat area Jalan
Damansara ni. Jam pun dah pukul berapa ni, sorry but I have
too. But, I dah suruh kawan I, yang juga merangkap klien kita
nanti ambil you. It’s okay, sebab dia pun akan terus ke office
kita. Klien yang kita jumpa semalam kat Le Meridien tu, Raykal.
Dia pakai Fairlady warna putih. I suruh dia ambil you sebab
rumah dia dengan rumah you sehala and rumah dia pun dekat
je dengan rumah you. Is it okay, kan? Okaylah, kita jumpa kat
office, ya?” ujar Encik Ikmal.
Aku tak sempat nak kata apa-apa, walau untuk satu
patah perkataan. Tak menyempat-nyempat dia terus aje letak
telefon. Hawau punya boss, sabo ajelah! Nasib baik dia bukan
boss besau, kalau boss besau, tak taulah aku nak kata apa.
Tak menyempat aku nak tengok habis skrin telefon
bimbit aku ni, aku dikejutkan dengan bunyi hon kereta yang
betul-betul berhenti di hadapanku. Isy... Buat aku terkejut
ajelah kereta ni. Aku ni, manalah tau sangat Fairlady tu macam
mana, tengok depan-depan pun tak pernah.
Aku tengok ajelah kereta tu, apahal pulaklah ni.
Ikutkan sebenarnya memanglah kereta kat depan aku sekarang
ni berwarna putih pun, tapi aku tak pernah nak ambil tau apa
jenama kereta ni. Tak pernah tengok pun kereta ni, aku buat
tak tau ajelah. Mataku kembali mengalih ke kanan, tunggulah
mana-mana yang patut. Bas ke, teksi ke ataupun Fairlady yang
Encik Ikmal katakan tadi.
Seketika kemudian, pemandu yang dari dalam
kereta putih yang kat depan aku ni keluar. Pakai cermin mata
hitam, sekali imbas aku macam dapat cam orangnya. Tapi, tak
mungkinlah dia. Isy… Buat kurang pandai… Buat kurang
pandai… Sekali lelaki tu bagi senyum kat aku, tak mau pandang
dia dah! Isy… Kalau tengok lama-lama nanti cair pulak aku kat
sini. Lelaki itu terus aje menghampiri aku.
“Cik Ja…” panggilnya. Isy... Macam mana dia boleh
tahu nama panggilan aku kat rumah ni? Selain keluarga aku,
saudara-mara ajelah yang tahu panggilan tu. Yang lain semua
panggil aku Yasmeen ataupun Meen. Kecuali… Hah... Lelaki
pakai kereta cap kuda berdiri tu yang dapat tangkap nama tu.
Lelaki naik kereta cap kuda berdiri tu... Tak lain tak bukan ialah
Raykal Asyraff! Dan… Encik Ikmal pun ada mention nama tu
jugak kat aku.
“Cik Ja….” Panggil lelaki itu lagi. Aku menoleh... Ya!
Lelaki tu dah tanggalkan cermin mata dia pun! Tak salah lagi...
Dialah Raykal Asyraff! Aduiii…
“Jom I hantar you pergi office. Kita dah lambat ni. Jom,
sayang,” ucapnya. Boleh pulak berjangkit penyakit sayangmayang
Encik Ikmal tu kat dia ni!
Isy… Dahlah bebudak si Jimbet tu tak habis dok
mengusha aku dengan Raykal Asyraff ni. Dan yang tak boleh
tahan tu, dia ambil briefcase yang aku pegang ni lalu diletaknya
kat tempat duduk penumpang belakang. Dia kemudian terus aje
menarik tangan aku, sekali sebenarnya. Isy… suka-suka hati aje
dia ni pegang tangan aku ni!
Kemudian, dia terus bukakan pintu kereta untuk aku.
Dia masih lagi tersenyum. Aku macam terpinga-pinga aje.
Sebenarnya aku fikir banyak benda, mesti ada CNN tak berbayar
akan sebarkan berita terbaru ni kat satu taman tentang aku
dengan seorang lelaki hensem yang tak boleh blah ni pergi kerja
naik kereta Fairlady. Perghh... Mesti tersebar luas ni!
Aku terus masuk ajelah kereta dia ni. Kedengaran lagulagu
Korea yang berkumandang. Isy... apasal pulak lagu Korea
ni memanjang, sekali baru aku perasan, dia cucuk pendrive
rupanya. Aku tengok kat display yang dekat dengan dashboard
kereta ni, nak tengok apa tajuk lagu ni. Ohh... My Everything by
Lee Min Ho! Perghh… Skandal aku tu. Memang aku minat kat
dia habis-habisan dengan mangkuk Korea ni, sejak cerita Boys
Over Flower punya pasallah pun.
“Erm... Betul ke Lee Min Ho yang nyanyi lagu ni?”
soalku.
“Betullah Lee Min Ho yang nyanyi. Kenapa?” balasnya
pula. Tak sangka pulak lelaki yang ala-ala maskulin macam
dia ni layan lagu Korea yang penyanyinya boleh tahan hensem
jugak termasuklah Lee Min Ho ini.
Ohh... Lee Min Ho... tak sangka kau nyanyi lagu ni...
Aku terus bertambah cintan dengan kau. Oh... tidakkkk… Lee
Min Ho... Kalaulah kau ada kat sini, kau nyanyikanlah lagu ni
untuk aku. Hanya untuk aku... Alangkah bahagianya hidup
aku... Lee Min Ho Oppa… Saranghae!
Eh... Ehh... Jangan berangan lebih sangat, kau jangan
lupa pulak lelaki yang dok kat sebelah kau tu bukan Lee Min
Ho. Bukan!!! Dia adalah Raykal Asyraff. Nanti kau terlebih-lebih
mendayu-dayu dengar lagu Lee Min Ho ni, tak pasal-pasal kau
ingat mangkuk sebelah kau Lee Min Ho. Wake up, Yasmeen
Zalikha!
“Tak ada apa-apa,” jawabku. Hik... Hik... Nasib baik aku
boleh kawal diri, gila sangat aku dengan Lee Min Ho ni... Susah
beno rasanya.
“You minat Lee Min Ho, ek?” tanyanya pula.
Aku diam tanpa memberikan sebarang jawapan. Dia
hanya tersenyum. Aku malas nak tengok muka dia. Daripada
aku tengok muka dia, lebih baik aku tengok kat luar.
“Helo, Mal. Aku dah ambil dia, kejap lagi kami sampai.
Apa? Ohh... Postpone pulak ke? Oh... Kau still stuck kat situ?
Ohh... It’s okay... Yup... Okay... Okay... Bye,” aku curi-curi
dengarlah jugak. Tapi malas nak menyampuk.
“Meeting kita pagi ni kena postpone ke pukul 11 pagi.
Ikmal pun still stuck kat Damansara, ada accident lori dengan
kereta katanya. Tak boleh nak bergerak langsung, so he need
to find another alternative. Ikmal ada pesan dengan I, bawa
you pergi breakfast dulu. If you don’t mind?” cadangnya. Tapi,
asalnya cadangan Encik Ikmal pun.
“Up to you,” balasku ringkas.
“No... Up to you actually,” balasnya pula. Haiksss...
Aku pulak? Dah Encik Ikmal yang mengarahkan untuk berbuat
demikian, aku ikut ajelah.
“Saya ni hanya menurut perintah, apa yang bos saya
kata, saya ikut ajelah. Asalkan tak lebih daripada seorang pekerja
dengan majikannya dan sebagai seorang kawan,” kataku.
“Okay, kita pergi breakfast dulu,” ajak Raykal Asyraff.
Menurut ajelah dengan bakal ‘boss kedua’ ni. Huhuhu…

No comments:

Post a Comment