DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Wednesday, 17 June 2020

Encik Ulat Buku - Bab 5

“EH, Yaya? Tak gerak pergi kerja lagi ke?” soal Abang Eidlan, abang sulungku sambil menarik kerusi di hadapanku. Sejak aku bekerja dengan Ideafly Group 3 tahun yang lepas, memang aku tinggal bersama-sama keluarga abang long. Ini syarat utama mama sewaktu aku mahu menerima tawaran bekerja dalam bidang ini dulu. Mungkin mama yang jauh di Pulau Langkawi itu risau akan aku.

“Lambat sikit, abang long.” Aku sengih dan menyenduk nasi goreng ke dalam pinggan. Di tingkat atas rumah sudah kedengaran suara Kak Diyana yang sedang memujuk dan berselang-seli dengan suara Baby Umar yang sedang menangis.

“Kalau Yaya gerak lambat ni, LRT tak sesak ke? Bukan selalunya Yaya gerak awal ke?” soal Abang Eidlan lagi dan turut sama menyenduk nasi goreng ke dalam pinggannya.

“Kak Yaya dah boikot LRT tu, bang.”

Belum sempat aku menjawab, kedengaran suara Eizat, adik bongsuku yang baru sahaja melangkah masuk ke ruang makan. Terus aku menjegilkan biji mata ke arah dia yang nampak selamba.

“Boikot LRT? Kenapa? Sebab recent technical problem LRT ke?”

Eizat sudah tergelak-gelak. Mulut gelak, tapi anak mata masih pada report yang dipegangnya. Halah, halah, takkanlah waktu makan pun nak baca report kerja jugak? Aku agak mesti mama dulu terkenan dengan Albert Einstein sewaktu mengandungkan Eizat sampaikan adik aku ni jadi nerd semacam!

“Kak Yaya ni... Awww! Sakitlah kak!” Eizat mengaduh sambil menggosok-gosok belakang tangannya yang baru sahaja aku ketuk menggunakan garpu. Dia memandangku dengan riak wajah yang tidak puas hati.

“Jangan curi dengar bila akak on the phone.” Aku tayangkan garpu di hadapan wajah Eizat.

Correction, bukan curi dengar, tapi Ijat terdengar. Terrr okey! Kak Yaya ni dah kenapa main-main garpu? Nak cucuk orang ke apa?” Membulat mata Eizat memandangku. Report yang dibacanya sudah diletakkan di tepi meja.

Tiba-tiba Abang Eidlan berdeham sambil kepalanya sudah menggeleng perlahan memandang aku dan Eizat.

“Kenapa dengan korang ni?” soal Abang Eidlan memandang aku dan Eizat. Eizat buat-buat kembali khusyuk dengan report yang dibawanya tadi. Bertuah punya adik!

“Kiranya Yaya tak nak naik LRT dah?” soal Eidlan lagi.

“Hari ni macam nak naik Grab aje, abang long. Tak ada mood nak naik LRT,” jawabku sambil tersengih. Bukannya tak ada mood, tapi aku tak nak terserempak dengan si Aydin tu lagi di dalam LRT seperti selalu. Sebab aku yakin, jika aku menaiki LRT hari ni, tentu aku akan terserempak lagi dengan dia.

“Nak abang hantarkan Yaya ke ofis tak?” pelawa Abang Eidlan yang sememangnya sedang bercuti. Seorang engineer ‘minyak’ seperti dia memang rutin kerja selalunya akan ada 2 minggu di offshore dan 2 minggu di rumah. Memang Kak Diyana, isterinya seorang wanita yang sangat hebat sebab memahami dan boleh menguruskan 2 orang lagi anak-anak kecil sepanjang pemergian Abang Eidlan. Ada baiknya juga aku dan Eizat tinggal bersama-sama keluarga abang long supaya kami boleh membantu apa yang patut.

“Bukan abang long kena hantar Baby Umar ke nursery ke?”

“Abang long hantar Yaya dulu, then baru hantar Umar ke nursery. Abang nak minta Ijat hantarkan Yaya, tapi tak convenient pulak, sebab Ijat nak ke Bangi dan Yaya pulak nak ke arah Bangsar.”

“Kalau nak Ijat dropkan Kak Yaya kat stesen LRT bolehlah. Preferably stesen LRT Taman Melati, kan?” balas Eizat sambil tersenyum mengusik. Perangai mengalahkan reporter dia tu memang aku tak boleh nak terima.

“Nampak garpu ni? Ada jugak yang jadi Kassim Selamat ni.” Garpu yang berada di tangan kutayangkan kepada Eizat semula.

Sekali lagi Abang Eidlan sudah menggelengkan kepalanya memandang aku dan Eizat.

 

“KEJAP, KEJAP! Yaya sebut siapa tadi? Dr. Aydin?” soal Abang Mat yang sedang duduk di hadapanku dengan mug berasap yang pastinya penuh dengan kopi pekat.

Aku angguk sambil memandang raut wajah Abang Mat yang sudah berubah itu. Alamak, ni kenapa pulak? Tak cukup-cukup lagi dengan ‘kejutan’ semalam ke?

“Dr. Aydin, kan?” soal Abang Mat sekali lagi.

“Yalah, kan Abang Mat jugak yang cadangkan nama dia,” jawabku dengan kerutan di dahi.

Tiba-tiba Abang Mat ketawa. Siap menekan-nekan perut buncitnya lagi. Terpinga-pinga aku dengan reaksi Abang Mat itu.

Sorrylah, Yaya. Abang Mat silap bagi info,” balas Abang Mat selamba sambil mengunyah kuaci.

“Hah? Maksud Abang Mat?” soalku pantas sebaik sahaja aku bercerita mengenai Aydin sebentar tadi. Bahan column tak dapat, tapi malu yang aku dapat.

“Yaya sempat tak interviu Dr. Aydin tu?” soal Abang Mat tanpa mempedulikan soalanku sebentar tadi.

“Memang taklah, Abang Mat. Muka saya ni dah tak tahu nak letak kat mana sebab dah malu sangat. Saya terus ajak Neo cepat-cepat cabut dari situ. Memang dah tak pandang belakang langsung!”

Abang Mat sambung ketawa lagi.

“Sebenarnya nama mamat genius yang Abang Mat nak cadangkan untuk Yaya interviu tu Dr. Aidid.” Abang Mat sambung menyumbat kuaci ke dalam mulut. Selepas itu diteguk pula kopi pekatnya. Relaks betul gayanya seperti sedang minum kopi waktu petang sedangkan aku ni dah gelabah semacam.

“Dr. Aidid?”

“Haah. Dekat universiti tu memang ada 2 orang Math genius, seorang Dr. Aidid dan seorang lagi Dr. Aydin yang Yaya terjumpa tanpa sengaja tu. Dr. Aydin tu ajar subjek kalkulus rasanya. Dr. Aidid tu pun ajar Matematik jugak, tapi tak reti Abang Mat nak menyebutnya. Boleh tergeliat lidah!”

Kali ini kepalaku sudah terasa berpusing. Kalkulus ke, kalkulator ke, sama aje semuanya. Apa-apa yang berkaitan dengan Matematik, boleh membuatkan mataku jadi juling.

“Mana Abang Mat tahu semua ni?” Terer betul Abang Mat. Kalah geng mak cik-mak cik bawang kalau macam ni.

“Eh... anak Abang Mat kan belajar kat situ jugak. Dr. Aidid tu pun Abang Mat kenal. Cuma Abang Mat tersilap save nombor dia dengan nama Dr. Aydin. Almaklumlah, nama diaorang tu dekat-dekat. Tu yang tersalah sebut nama dekat Yaya walaupun nombor yang Abang Mat bagi tu memang nombor Dr. Aidid.” Abang Mat sambung ketawa. Seketul lagi kuih disumbat masuk ke dalam mulut.

Aku sudah terasa mahu menangis. Tak lawak, Abang Mat. Tak lawak! Takdir apakah ini???

“Ala Yaya... relakslah. Bukannya Yaya akan jumpa lagi Dr. Aydin tu, melainkan Yaya nak study kat situ. Lagipun Yaya kata interviu dah cancel, kan? So, don't worry, be happy. Esok cuba schedule balik appointment untuk interviu Dr. Aidid. Dr. Aidid tu peramah dan baik aje orangnya. Dia takkan tanya apa-apa soalan Matematik dekat Yaya.”

Banyaklah Abang Mat punya don't worry be happy! Dia memang tak tahu yang Aydin itulah Encik Ulat Buku, yang aku selalu skodeng di dalam LRT setiap pagi.

“Sebab Abang Matlah saya tak boleh naik LRT lagi lepas ni.”

“Eh, kenapa pulak? Apa yang Abang Mat dah buat?”

Aku senyap. Takkanlah nak bercerita kepada Abang Mat yang dalam diari aku penuh dengan coretan mengenai Encik Ulat Buku a.k.a. si Aydin tu? Memang akan jadi bahan gelak Abang Mat untuk tempoh setahun!

“Tapi kan Yaya, kalau Yaya dapat interviu Dr. Aydin tu sebenarnya lagi bagus. Anak Abang Mat kata lecturer dia yang tu lagi mampu menggegarkan hati student perempuan dekat situ berbanding Dr. Aidid. Confirm ramai yang akan beli majalah Oppa bulan depan nanti. Bak kata mat salih, Dr. Aydin ni spesies beauty with brain gitu.”

Aku sudah membulatkan biji mata sambil bercekak pinggang.

“Abang Mat ni! Bukan main lagi!”

Abang Mat ketawa lebih kuat.

“Esok pagi lalu depan kedai Kak Bedah tak? Abang Mat nak kirim nasi lemak.”

“Tak lalu, sebab saya nak naik Grab aje dari rumah sampai ofis.”

“Eh, kenapa pulak? Kan Yaya suka naik LRT hari-hari sambil tulis diari?”

“Tak nak tulis diari dah lepas ni.” Aku terus berlalu dari kawasan pantri, meninggalkan Abang Mat yang menggaru kepalanya memandang aku.

No comments:

Post a Comment