DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Tuesday, 21 July 2020

Lara Cintamu - Bab 2

USAI berpamitan dengan kedua mempelai, Zerlindah menapak perlahan-lahan ke arah lobi hotel. Dia ingin segera pulang merehatkan diri. Keretanya juga telah sedia menunggu di valet parking. Ketika menuruni tangga lobi, matanya terpaku ke arah satu susuk tubuh lelaki yang datang dari arah depan.

Wajah lelaki itu sekilas pandang dari kejauhan memukau matanya. Saat tersedar lirikan matanya dibalas dengan pandangan tajam daripada lelaki tersebut, Zerlindah cepat-cepat larikan pandangan ke arah yang lain.

Sedang dia menuruni anak tangga, tiba-tiba langkahnya dihalang. Lelaki itu! Liam Hemsworth? Gulp! Zerlindah menelan liur dengan rasa tidak percaya. Berkali-kali matanya dikerdipkan ingin benar-benar pastikan dia tak tersilap pandang.

‘Pelakon Hollywood ni buat apa kat sini?’ tanya Zerlindah hanya dalam hati.

Lelaki itu kelihatan amat bersahaja menghalang langkahnya. Dia ke kiri, lelaki itu turut ke kiri. Dia ke kanan, lelaki itu juga ke kanan. Zerlindah segera mengangkat wajah, merenung ke dalam sepasang mata lelaki itu dengan riak wajah yang keliru.

I don’t do weddings, Indah...” ucap Adam dengan suara yang garau tetapi lunak, betul-betul di cuping telinga Zerlindah.

Bau minyak wangi Ferrari yang dipakai lelaki tersebut menusuk kuat ke rongga hidung Zerlindah.

Excuse me?” tanya dia penuh hairan. Tersentak apabila ditegur begitu. Lebih-lebih lagi apabila lelaki itu memanggil dia dengan nama Indah.

I said, I don’t do weddings Indah...” ulang Adam lagi. Kali ini dengan lebih perlahan. Matanya galak merenung wajah ayu milik Zerlindah.

Do I know you?” soal Zerlindah dengan kening bertaut.

‘Mat salih celup mana pulak ni? Betul ke dia ni Liam Hemsworth, adik si Thor tu? Agaknya lelaki ni tersalah orang kut.’ Bertubi-tubi Zerlindah menyoal diri sendiri.

You don’t... but I do! The famous girl, Zerlindah. The one who everybody’s talking about all day long!” tutur Adam dengan senyuman sinis yang tersungging di bibir.

Melihat kesinisan lelaki itu membuatkan Zerlindah berasa kurang senang.

I think you have mistaken me with someone else. I don’t know you at all. Excuse me.” Cepat-cepat Zerlindah meminta diri. Dia ingin segera beredar ke arah lobi hotel. Tidak suka kisahnya dicanang oleh lelaki asing.

“Sah! Mat salih celup ni salah orang. Asyik cakap omputih dari tadi. Mesti tak faham bahasa Melayu. Entah datang dari planet mana, tiba-tiba mengaku kenal pulak. Seram!” bebel Zerlindah sambil mengorak langkah dengan lebih laju.

I can understand your Malay, very well!” teriak suara itu lagi. Langkah Zerlindah termati dengan sendirinya. Dia kaget.

“Dia faham cakap Melayu?” Zerlindah menyoal dirinya sendiri. Bibirnya digigit cemas.

I said, I don’t do weddings... but because of you, I stayed!” kata Adam dengan lantang. Dia berjalan merapati gadis itu. Zerlindah pula mengorak langkah menjauh saat mendengar derapan kaki milik lelaki tersebut semakin dekat.

Your backless dress makes you look damn sexy,” puji Adam tiba-tiba. Dia tersenyum sinis sekali lagi apabila kata pujiannya berjaya menghentikan langkah Zerlindah. Tanpa berlengah, dia mendekati si gadis sekali lagi dan berjalan mengelilingi Zerlindah sambil merenung ke atas dan bawah, persis sedang menilik tubuh gadis itu dengan teliti.

“Apa masalah you ni?” tanya Zerlindah ingin tahu. Kini mereka bertentangan mata. Seorang dengan lirik mata yang penuh celaru, seorang lagi dengan lirik mata penuh rahsia. Mata itu! Sepasang mata itukah yang galak merenungnya di dalam dewan tadi?

“You... masalah I!” Adam berterus terang.

“Oh, fasih berbahasa Melayu rupanya. Macam nilah saudara, I... tak kenal you. Jadi, I bukan masalah you. Mungkin you tersilap orang.” Zerlindah cuba leraikan salah faham antara mereka. Dia menanti reaksi balas daripada lelaki tersebut

“I tak silap orang. Memang you orang yang I cari,” balas Adam bersama senyuman nakal yang terpeta di bibirnya.

“You cari I untuk apa? Ada business proposal ke?” Zerlindah bertanya polos. Mungkin lelaki ini mahu menawarkan pekerjaan kepadanya, fikirnya dalam diam.

Business? Tak... I cari you untuk cinta,” jujur Adam.

“Cinta? Maksud you, bercinta?” Zerlindah meminta kepastian. Tak mahu salah sangka. Mana tahu, cinta yang lelaki itu maksudkan adalah nama orang. Maklumlah, nama orang di alaf milenium ini pelik-pelik belaka. Tak mustahil jika perkataan cinta itu dipakai pada nama.

Yes, you are correct!” jawab Adam.

Membulat mata Zerlindah sebaik mendengar jawapan lelaki itu.

Then, you must be crazy! I tak kenal you, tiba-tiba you cakap you cari cinta dari I? You salah makan ubat ke apa ni?” soalnya hairan kepada lelaki asing yang sedang memeluk tubuh di hadapannya ini. Lelaki ini terlalu berterus terang.

“I tak perlukan ubat. I perlukan you.” Sekali lagi Adam titipkan bicara manis lewat bibirnya sehingga membuatkan mulut gadis itu hampir melopong.

“Jadi, you ke yang bagi I tisu dan coklat tadi?” tanya Zerlindah yakin. Dia pasti, lelaki ini yang galak merenungnya di dewan dan juga pemilik coklat tersebut. Lelaki ini agresif mendekatinya. Sama seperti yang terjadi di dalam dewan tadi.

“Siapa cakap I yang bagi you semua tu? Ada bukti?” galak Adam menyoal.

“Kalau bukan you yang bagi, siapa lagi? Kan you yang beria-ia cakap you cari cinta I?” Soalan berbalas soalan. Zerlindah berasa sedikit keliru tika ini.

“Tolong jangan perasan, boleh?” tanya Adam bersama senyuman sinis. Dia berdiri tegak sambil menyeluk kedua belah poket seluarnya.

Unbelievable! Urgh!” protes Zerlindah lantas menghadiahkan satu jelingan tajam kepada Adam. Dia dikatakan perasan? Bukan dia yang terhegeh-hegeh mencari lelaki tersebut. Terang lagi bersuluh, lelaki itu yang mencarinya. Huh!

You know what? Kalau I... I tak bagi you tisu dan coklat. I bagi you diri I!” jelas Adam dengan penuh lagak.

“Bila masa I minta diri you? Bagi percuma pun I tak naklah!” tolak Zerlindah jengkel.

“Jangan sombong sangat, Indah. Takut nanti termakan kata sendiri,” balas Adam tegas. Sedikit jengkel dengan lagak sombong gadis tersebut.

“Helo encik, you yang cari I. You yang dekati I dulu dan you yang mulakan perbualan antara kita, bukan I tau. Jadi, istilah perasan tu bukan untuk I, tapi untuk you!” ucap Zerlindah penuh sinis. Tak guna bertikam lidah dengan lelaki asing ini. Tak pasal, tanpa kenal mereka sudah bercakaran. Suasana sepi seketika.

I need to make you mine! You’re not my type but I just... have to,” ucap Adam memecahkan kesunyian antara mereka.

Try me!” cabar Zerlindah sambil mengenyitkan matanya kepada Adam sebelum mengatur langkah pergi. Nafikanlah beribu kali sekalipun, dia amat pasti lelaki itulah yang berikan dia coklat dan helaian tisu ketika majlis berlangsung sebentar tadi.

“Gila!” desis Zerlindah sendiri. Sawan agaknya lelaki itu. Tiba-tiba nak jadikan dirinya sebagai hak milik pula.

Adam berdiri tegak memerhatikan setiap lenggok kaki Zerlindah sehinggalah tubuh itu ditelan masuk ke dalam perut kereta. Buat sekian kali, bibirnya mengukir senyuman paling sinis. Seterusnya dia juga turut berlalu.

No comments:

Post a Comment