DARI sofa di ruang tamu, Nik Pasha agak tergamam melihat Adelia yang baru turun dari tingkat atas. Penampilan Adelia yang buat Nik Pasha tergamam. Rugged gila! Tak padan dengan bertudung. Adelia mengenakan T-shirt berwarna putih Hard Rock Cafe mengikut bentuk badan dipadankan dengan jaket kulit berwarna merah. Seluar jean skinny berwarna biru hitam. Tudung lilit dengan corak berbunga merah jambu, hijau dan kuning. Ceria dan sweet aje warna tudung tu. Baju, jaket dan skinny jean nampak cool dan menarik terletak di
badan Adelia. Nik Pasha perhatikan perempuan itu sudah pandai bergaya kini. Terlalu cantik! Membuatkan Nik Pasha terpanar dengan keindahan ciptaan Allah. Menarik. tertarik. Mata Nik Pasha sempat memerhatikan Adelia mengelek sebuah helmet full face dan tanda tanya bermain dalam benak Nik Pasha. Motor? Itu yang berada dalam fikirannya sekarang.
badan Adelia. Nik Pasha perhatikan perempuan itu sudah pandai bergaya kini. Terlalu cantik! Membuatkan Nik Pasha terpanar dengan keindahan ciptaan Allah. Menarik. tertarik. Mata Nik Pasha sempat memerhatikan Adelia mengelek sebuah helmet full face dan tanda tanya bermain dalam benak Nik Pasha. Motor? Itu yang berada dalam fikirannya sekarang.
“Kak, nak balik ke?” soal Nik Airil terus bingkas bangun dari sofa. Matanya sempat menjeling ke arah abang sulungnya yang tidak berkelip memandang kakak iparnya sedari tadi. Huh, baru tau siapa kakak ipar Aril? Nak bandingkan dengan Cik Darwina abang tu tak dapat der.. nak lawan! kutuk Nik Airil dalam hati.
“Aah, esok akak kerja pagi. Direct sampai Ahad.” Adelia memberitahu sebab kenapa dia harus pulang awal ke rumah sewanya dan tidak bermalam di rumah keluarga mertuanya itu.
“Nak balik dah, Yaya?” soal Maria yang baru keluar dari dapur lalu pergi mendapatkan Adelia. Lantas, dipeluk menantunya dengan mesra. Nik Pasha pandang tanpa bersuara. Dalam hati betapa mesranya mereka semua dengan Adelia. Cemburu juga apabila melihat kemesraan itu. Macam orang asing pula dia di dalam rumah ini. Aku ke dia yang orang luar sekarang ni? Tengok tu! Berlagak betul! Semua orang di dalam rumah ini sayangkan dia. Huh, meluat pula Nik Pasha dibuatnya. Hilang terus kekagumannya kepada Adelia sebentar tadi.
“Yalah, mama! Esok pagi nak kerja,” ujar Adelia dengan manja. Lantas dicium pipi mama tersayang.
“Careful bawa motor tu.” Maria memberi peringatan terhadap Adelia supaya berhati-hati. Naluri keibuan bimbang dengan keselamatan Adelia ketika merempit di jalan raya. Merempit tu..
“You know me.. mama! Bawa macam semut. Don’t worry!” Adelia berlawak lantas tersengih. Macam semutlah sangat! Dalam masa sepuluh minit! Gombak dan Serdang cepat aje sampai. Lebuhrayakan melambak!
“Semutlah sangat, kak!” Nik Airil menunjal lembut dahi Adelia dengan manja. Adelia tergelak. Well..
“Whatever.. janji dengan mama bawa motor dengan berhati-hati. Sampai call mama.” Macam semut ke? Macam lipas ke? Janji selamat sampai. Dia sudah tidak kuasa nak membebel tentang had kelajuan memandu dengan Adelia. Bukan nak dengar pun! Sepuluh minit lagi, berbunyilah deringan telefon cakap dah sampai. Apa lagi, merempitlah si Adelia sempit.
“Okey, janji! Ma, Yaya balik dulu tau!” Tangan Maria disalam dan dicium. Kemudian, Nik Airil pula bersalam siap cium tangan Adelia. Adik yang baik.. hehe..
“Kirim salam dengan papa. Yaya tak dapat nak tunggu papa balik solat dari surau. Esok kerja pagi, uniform pun belum iron lagi ni,” pesan Adelia. Maria angguk mengerti pesanan menantunya itu.
Nik Pasha terangkat kening. Budak ni kerja apa agaknya? Uniform? Askar ke? Siap bawa motor lagi. Askar kut? Tak pun polis kut? Yalah, nampak lasak aje naik motor. Itu yang nampak cool aje minah ni sekarang. Tidak terfikir oleh Nik Pasha yang sebenarnya Adelia seorang jururawat.
Adelia pandang sekilas ke arah Nik Pasha yang sedang tekun menonton TV dan langsung tidak menoleh ke arahnya yang rancak berborak dengan mama dan Aril. Yalah, aku ni siapa? Terasa juga hatinya. Sepanjang keberadaannya di rumah ini lelaki itu langsung tidak berkata apa-apa pun terhadapnya. Nak memerli atau bertekak seperti dulu-dulu memang taklah. Nak tanya khabar secara baik-baik jauh sekali. Sombong gila! Hm.. bawa dirilah kalau macam ni. Bawa diri balik ke rumah. Ngeeee.. Sebentar kemudian, terdengar deruman motosikal berkuasa besar keluar dari pekarangan rumah. Nik Pasha teringin juga melihat motosikal jenis apa yang dibawa oleh Adelia tetapi dia segan. Sudahnya dia hanya mengadap TV.
NIK Pasha tidak lena tidur teringatkan budak Hippo. Berubah betul budak tu sekarang. Pergi London Weight Management ke apa ni? Kurus melampau pula dia lihat. Bentuk badan begitu menggiurkan kalah supermodel. Malah bertudung pula sekarang. Fesyen tudung apa yang diikuti budak itu pun dia tidak tahu. Enam tahun berada di luar negara dan pulang ke tanah air inilah pertama kali dia melihat fesyen bertudung sebegitu. Cantik walaupun berbelit-belit. Terpanar melihat wajah Adelia dengan pemakaian tudung begitu. Terlalu cantik, tidak perlu menunjukkan rambut ikal mayang atau blonde. Begitu indah!
Tidak menyangka Adelia menjadi terlalu cantik sekarang. Nik Pasha tidak tahu apa perasaannya kini setelah melihat Adelia. Masihkah mahu meneruskan niatnya untuk bercerai? Nik Pasha bingung. Darwina? Nik Pasha cuba selami hatinya dalam-dalam. Cintanya hanya kepada Darwina. Ya! Cintanya hanya untuk Darwina. Nik Pasha tetapkan hati. Dia tahu apa yang membuatkan dia susah hati sekarang dan sukar untuk meneruskan niat untuk bercerai. Hanya kerana tarikan fizikal yang ada pada Adelia. Hatinya menjadi berbelah bahagi. Nik Pasha nekad hasrat untuk bercerai akan diteruskan. Lagipun, nanti dia akan memulakan posting housemanshipnya di hospital. Kesibukan bekerja di hospital pasti akan membuatkan dia lupa kepada perempuan itu. Peluang untuk bertemu muka pasti kurang. Selepas enam bulan, semuanya akan berakhir dengan penceraian. Ya, pasti!
Adelia sedang menyeterika uniformnya. Sambil menyeterika boleh pula dia teringat kat Nik Pasha. Bertambah kacak pula suaminya itu. Cair hatinya! Hm.. kacak pun bukan suaminya sukakan dirinya pun. Masih tetap seperti dulu. Membenci..
Siap bawa balik awek cantik tu. Sudah tentu kekasih hati lelaki itu. Bakal doktor juga seperti Nik Pasha. Adelia sedar itu strategi halus daripada Nik Pasha supaya dia sedar diri. Nak dibandingkan dengan dirinya setakat jururawat aje, memang jauh bezanya. Adelia mula merasa rendah diri. Sedar! Fighting, Adelia! Jururawat pun, okey apa! Kerjaya yang murni, juga seperti doktor kerana bekerja merawat orang yang sakit. Positive thinking!
Kalau Nik Pasha nak mengakhiri pernikahan mereka dengan penceraian, Adelia reda. Adelia sudah lama bersedia sebenarnya. Hm.. Dahlah, lebih baik dia tidur daripada ingatkan suami yang tak pernah nak ingatkan dirinya, gumam Adelia. Tangannya cepat menyeterika uniform supaya cepat selesai. Mata dah mengantuk, bantal dah memanggil. Nik Pasha, selamat malam! Sekian, pantun dua kerat berterabur.
PAGI-PAGI Adelia memecut motosikalnya ke hospital. Inilah kali pertama Adelia membawa motosikalnya ke tempat kerja. Kalau bukan kerana Suzuki Swiftnya masih di pusat servis kereta, Adelia tidak akan membawa motosikalnya ke tempat kerja. Tidak sesekali! Jururawat bawa motosikal berkuasa tinggi tidak pernah dibuat sepanjang bekerja di hospital ini. Hatta, motosikal RXZ pun tidak pernah kelihatan. Setakat Modenas, EX5, Skuter EGO ramailah yang bawa. Adelia tahu pagi yang masih gelap macam ini, tidak ramai orang lagi di kawasan hospital. Memudahkan dirinya untuk bergegas ke wad. Adelia meletakkan motosikalnya di kawasan parkir motosikal yang disediakan khas untuk staf hospital. Motosikal dikunci dengan betul supaya terjamin keselamatan motosikal kesayangannya.
Adelia perasan ada seorang lelaki berdiri tidak jauh daripadanya juga membawa motosikal berkuasa tinggi sepertinya. Motosikalnya, pergh.. Ducati Monster berwarna merah tu.. memang menarik gilalah. Adelia kagum.
Lelaki itu pula terpandang-pandang akan dirinya seperti tidak percaya pula. Maklumlah, jururawat bawa motosikal macam ni mana pernah nampak. Apa? Salah ke? Adelia tidak ambil pusing. Dia harus segera ke wad. Lagi dua puluh minit hendak ke pukul tujuh. Syifnya bermula tepat pada pukul tujuh pagi dan dia tidak mahu terlambat. Lagipun, nak singgah sebentar membeli sarapan di kafe.
Adelia beruniform kemas berwarna putih dengan tudung bawal berwarna putih juga berline biru di kepala menandakan identitinya sebagai jururawat di hospital kerajaan. Di badannya masih tersarung jaket kulit berwarna merah. Tubuhnya nampak langsing dengan penampilan berjaket. Di tangannya pula memegang helmet full face. Adelia berjalan. Gayanya nampak terlalu ranggi.
Lelaki tadi masih memandang langkah Adelia. Nampak sangat di wajah lelaki itu kekaguman dengan gaya jururawat bermotosikal berkuasa tinggi. Adelia pula menapak yakin sehingga ke kafe untuk membeli sarapan. Adelia perasan ramai staf hospital memandang pelik ke arahnya. Adelia? Bo layan.. hehe..
Selepas membeli sarapan di kafe dan punch card, Adelia menapak ke lif pula. Sambil menunggu di lif, Adelia sempat mengemaskinikan statusnya di Facebook.
Check-in: Hospital Serdang via Galaxy Notes.
Hehe.. berlagak betul nak via.. via.. Adelia masuk ke dalam lif. Sebelum sempat lif tertutup, ada tangan seseorang begitu berani menahan pintu lif daripada tertutup rapat. Hei.. tak sayang tangan ke kalau tersepit? Terjenggul seorang lelaki masuk ke dalam lif. Adelia perasan lelaki itu agak terkejut melihat dia juga berada di dalam lif yang sama. Lelaki bermotosikal berkuasa tinggi tadi rupanya. Tapi, tak payahlah nak terkejut bagai macam tu. Adelia buat selamba aje la.
Lelaki itu tersenyum ke arahnya. Adelia sekadar membalas senyum dengan nipis yang terlalu nipis. Setakat nak jaga hati lelaki itu daripada terasa malu. Dari tepi, Adelia sempat menilik sekilas lelaki itu. Nampak macam berbangsa Cina aje mamat ni? Putih macam berbangsa Cina aje? Cina ke? Adelia cuba meneka. Mungkin kut! Tengok-tengok, ada macam muka siapa, ya? Pelakon Cina tu.. ish, aku ni sempat lagi nak menilik anak orang. Buat mamat tu perasan tak ke malu? Tadi berlagak sombong sangat. Senyum macam tak nak senyum sampai mamat tu malu sendiri tadi.
Okey, terus buat selamba aje la! Sampai ke tingkat empat, mamat tu keluar tanpa pandang dia pun. Malu ke? Ada aku kisah! Ngeeee... Adelia pula bila sampai ke tingkat lapan, apalagi, dengan bersemangat waja untuk berkhidmat untuk masyarakat Adelia melangkah walaupun dia tahu keadaan wad pasti mencabar seperti biasa.
No comments:
Post a Comment