SPM berlalu..
Parti berakhirnya SPM dan perpisahan kawan-kawan tingkatan lima diadakan di rumah Kota. Kesemua rakan sekolah tingkatan lima diajak ke majlis itu. Orang tua Kota pula tiada di rumah kerana ke luar negara atas urusan perniagaan. Menyenangkan kerja Kota mengaturkan majlis perpisahan sekolah mereka dan merancang strategi jahat untuk mengenakan Nik Pasha. Sambil menyelam sambil minum air.
Rumah banglo milik Kota dipenuhi dengan ramai budak-budak sekolah mereka. Tidak terkecuali Nik Pasha dan Adelia. Kota atau nama lainnya, Megat Khairuddin mengadakan majlis itu untuk meraikan penat lelah mereka yang bertungkus-lumus mengharungi peperiksaan SPM. Di samping itu, dia ada agenda yang tersembunyi. Nik Pasha yang sedang berbual dengan Chempaka Rania dipandang dari jauh. Terbit rasa dendam yang tersimpan kemas. Malam ini Nik Pasha pasti malu besar. Kota akan pastikan saat kegemilangan Nik Pasha akan berakhir. Pasti! Kota senyum jahat.
Tiba-tiba muncul budak lelaki bernama Haris di sisi Kota. Mereka berbisik sesuatu. Kota cuma mengangguk beberapa kali. Apa yang dibisikkan pun tidak tahu. Bunyi muzik yang hingar-bingar membuatkan Kota dan beberapa kroni yang tidak sukakan Nik Pasha membuat agenda jahat. Satu komplot untuk membuat Nik Pasha jatuh.
Adelia dengan Karina bukan main bergaya lagi di majlis perpisahan di rumah Kota. Adelia mengenakan gaun labuh berwarna merah. Gaun yang dipilih oleh Auntie Maria. Rambut pula ditoncang satu. Wajah cuma bersolek nipis. Badan pula semakin kurus membuatkan Adelia berani menggayakan gaun merah itu. Karina pula menggayakan blaus merah dan skirt labuh berwarna hitam. Tema majlis berwarna merah dan hitam. Mereka datang dengan pakaian mengikut tema. Majoriti mengenakan warna merah pada pakaian mereka.
Adelia riang kerana SPM akhirnya berlalu juga. Apabila rakan sekolah menganjurkan parti perpisahan ini, Adelia tidak banyak soal dan terus saja bersetuju apabila Karina sepupu kepada Kota mengajaknya ke majlis itu. Harihari terakhir bersama dengan teman-teman sekolah. Selepas ini belum tentu mereka akan berjumpa lagi apabila mereka semua pergi membawa haluan masing-masing. Inilah masanya untuk bergembira membayar penat dan lelah mereka yang berusaha kuat menelaah pelajaran supaya berjaya meraih kejayaan di dalam SPM. Jadi, apa lagi..
Let’s get party, tonight! Kaki Adelia dari tadi duk tergedik-gedik mengikut alunan muzik yang rancak. Lagu Bad Romance, Lady Gaga tu! Dah macam disko pula Adelia rasakan majlis ini. Layankan aje la! Janji pandai jaga diri. Mata menyorot pandang sekeliling majlis yang berlangsung. Semua yang hadir nampaknya seronok. Maklumlah beban berat sebagai pelajar sekolah menengah telah berakhir. Sekali matanya terpandang Nik Pasha yang sedang berbual mesra dengan seorang gadis cantik.
Chempaka Rania! Budak perempuan paling popular di sekolah. Hati Adelia seakan-akan tercuit melihat Nik Pasha sedang bergelak ketawa dengan Chempaka Rania. Apa nama bunga mak bapak minah ini letak? Tiada nama bunga lainkah? Bunga raya ke? Bunga carnation ke? Bunga tahi ayam ke? Lagi bagus tu! Bunga Tahi Ayam Rania tak pun Bunga Tahi Ayam Romania ke? Pergh.. aku ni macam bengang tahap jurus lelangit ni bila tengok kemesraan mamat poyo a.k.a mangkuk tingkat tu, kenapa??!! Cemburu??? No.. no.. dan.. no.. Adelia cepat menggelengkan kepala. Awek dia ke? Mentang-mentang Nik Pasha budak lelaki paling popular di sekolah, lantas digandingannya dengan budak perempuan paling popular juga di sekolah. Klise! Adelia mencebik. Perasaannya bercelaru. Ada cemburu bertamu dalam hati sebenarnya. Susah nak mengaku.
“Kar, toilet mana?” tanya Adelia. Mata tengah berbulu, lebih baik pergi ke bilik air untuk menyegarkan diri supaya menolak jauh-jauh anasir bernama Nik Pasha.
“Jom, aku bawa kau pergi cari toilet.” Tangan Adelia ditarik masuk ke dalam rumah.
Ketika kakinya melangkah masuk ke dalam rumah, telinganya dihidangkan pula dengan alunan muzik lembut dan mendayu pula. Lagu Sephia nyanyian kumpulan dari seberang, Sheila on 7 berkumandang. Mood romantis! Di dalam rumah ramai pasangan kekasih yang duduk rapat-rapat siap berpeluk bagai. Patutlah.. mood di dalam rumah ini bukan main romantis lagi. Adelia jeling sikit nak tengok lagi panorama yang menjelikkan. Erkk!!! Hei.. apa tangan kat dalam baju tu! Ya Allah! Huh, runtuh akhlak betul! Adelia menjeling lagi sebelum membawa diri ke tingkat atas. Bilik siapa yang dibawa oleh Karina dia pun tidak tahu. Tapi, memang cantiklah dekorasi bilik ini. Adelia cepat-cepat masuk ke dalam bilik air. Apabila dia keluar, Karina tersengih dengan segelas jus oren di tangan. Adelia suka hati betul. Syabas, kawanku! Aku pun tengah haus gila ni. Sempat pula si Karina mencari minuman. Hehe.. tanpa banyak soal, satu gelas jus oren diteguk rakus untuk menghilangkan
dahaga. Fuhh.. leganya! Tapi, apa pasal ada rasa semacam ni! Gelas tak basuh bersih ke? Erkk!! Tak kut!
“Panas betul!” Karina mengibas-ngibas kedua-dua belah tangannya ke muka. Panas! Panas! Seraya itu Karina mencari alat kawalan jauh pendingin hawa. Ditekan. Tett!! Udara sejuk menerjah dan badan mula dapat merasai kedinginan. Baru nyaman! Adelia sengih. Karina pun sengih. Tanpa disangka Karina budak kaca mata tebal kemudian dengan selamba berbaring di atas katil bersaiz king itu. Bukan main penuh perasaan Karina berbaring siap buat kuak lentang dan kuak kupu-kupu di atas katil. Wah! Nampak macam seronok aje. Hati Adelia pun teringin tetapi siapalah dia. Dia bukan siapa-siapa pun dengan Kota. Lainlah Karina, sepupu dia. Bolehlah lanyak sesuka hati.
“Adel! Jomlah, baring kat sebelah aku ni,” ajak Karina sambil menepuk-nepuk tilam di sebelahnya. Adelia sengih. Boleh ke? Terliur juga. Hehe.. kat rumah saiz queen aje. Nak lompat-lompat tak dapat, der! Mahu kena sergah dengan si mangkuk tingkat Nik Pasha pula nanti.
“Boleh ke?” Segan pula nak ikut berbaring walaupun hatinya teringin sangat nak merasa keempukan katil bersaiz king itu. Besar gila katil ni! Agaknya sepuluh orang pun boleh tidur di atas katil ni.
“Jomlah, ini kan rumah uncle aku. No hal punya. Lagipun, dia orang bukannya ada kat sini pun.” Karina masih mengajak.
Adelia apa lagi pucuk dicita, salad mayonis coming. Dengan tidak membaca bismillah, bamm! Menghempas badan dengan nikmatnya di atas katil bersaiz king ni. Dah rasa macam KING sangat ni! Pergh, syok gila! Lembut.. nyaman.. selesa.. rasa nak tidur pula. Hmmm.. hmm.. hm.. comforter yang rasa dingin dan so.. comfortable tu ditarik menutupi badannya. Karina di sebelah langsung tidak dipedulikan. Menikmati. Mata dah memberat. Sayup-sayup suara kedengaran di telinga. Apa ni? Kacaulah..
“Budak tu dah tidur ke?” soal seseorang. Karina angguk kepala.
“Okey, kau keluar! Ini pasport ke Paris. Nanti tunggu aku di KLIA,” sambung suara itu lagi.
“Ak.. aku.. tak sampai hatilah K. Aku dan dia BFF tau.” Karina ragu-ragu.
Kota yang sedang berdiri di tepi katil memandang Karina dengan tajam. Karina cuak. Takut dengan panahan mata Kota yang seperti bilahan pedang. Perasaan menyesal bertandang. Adelia tidak bersalah tetapi malangnya terheret sama dalam konspirasi jahat Kota untuk menjatuhkan Nik Pasha.
“Jangan nak sabotaj plan aku, ek! Aku dah plan cantik ni nak balas dendam kat prince perasan bagus tu!” marah Kota dengan suara ditekankan. Adelia yang berselubung dengan comforter begitu pulas dengan lenanya. Sesekali bibir mungil gadis itu seakanakan berkata sesuatu tetapi tiada suara yang terkeluar cuma desahan nafas halus. Terliur juga Kota melihat wajah Adelia yang kelihatan ayu sekali. Tak sangka gadis yang gemuk dulu dah kurus sekarang. Mata Kota begitu ligat memerhati wajah Adelia yang dirasakan terlalu cantik malam ini.
“Tapi..” Karina masih takut-takut dan susah hati. Adelia dipandang dengan perasaan bersalah sangat-sangat. Tengok tu! Kan main suci lagi Adel tidur. Kasihan BFF aku. Hati Karina berbolak-balik.
“Tak ada tapi-tapi. Ini pasport kau. Nak ke Paris tak? Seronok tu. Aku tak pernah ajak mana-mana girl pergi Paris tau. Kau sorang aje,” pujuk Kota lembut. Karina didakap erat. Sambil membelai belakang Karina dengan lembut.
Karina yang terlalu menyayangi Kota terpaksa mengorbankan BFFnya demi cintanya yang mendalam kepada Kota, sepupunya sendiri. Maafkan aku,Adel! Aku tiada pilihan.
Tiba-tiba Adelia meracau dalam tidurnya. Siap ketawa mengekek seperti ada orang menggeleteknya. Karina yang sedang didakap oleh Kota menoleh laju. Aik!! Tadi bukan main lena tidur sekarang boleh pula tergelak-gelak. Kota cuma tersengih.
“Pil tu dah absorb sepenuhnya. Revenge time! Kar, ada baiknya kau balik rumah dan bersedia untuk ke Paris malam ni,” ujar Kota. Karina harus pulang. Gadis itu tidak harus berada di situ. Kota bimbang Karina akan merosakkan rancangan jahatnya nanti.
“Okey.. okey..” Dengan berat hati Karina berlalu.
Kota menggesa Karina supaya beredar dengan segera. Karina terpaksa menurut. Apabila kelibat Karina sudah tidak kelihatan, Kota cepat menyeluk saku mencari telefon bimbit.
“Okay, guys! Everything is ready. Budak bedebah tu dah lalok belum?” tanya Kota cuba mencari kepastian yang Nik Pasha sudah berada dalam separuh sedar atau belum.
“Bagus! Bagus! Bawa budak bedebah tu masuk. Chempaka Rania kau letak dalam bilik aku.” Begitu terperinci rancangan Kota untuk menjatuhkan Nik Pasha. Kasihan Chempaka Rania dan Adelia kerana terpaksa terheret sama di dalam dendam Kota.
No comments:
Post a Comment