Qistina turun lebih awal daripada sepatutnya. Di tingkat bawah,
kelibat Ian Iskandar masih belum kelihatan. Dia melangkah menuju ke dapur. “Good morning, Naseem!”
Naseem sedikit terkejut apabila disapa begitu oleh
Qistina. Naseem berpaling lalu tersenyum melihat gadis itu kelihatan girang dan
lebih bermaya daripada semalam. “Good
morning, love. You’re up early?”
“I’m used to it…”
Mana tidaknya. Pada musim panas, subuh di akhir bulan Julai dalam pukul 4.00
pagi. Seusai solat subuh dan mengaji, Qistina sempat menyambung tidurnya
semula. Jadi pagi ini, dia terasa segar dan bertenaga. “Can I help, Naseem?”
“No, no…there’s no
need. Why don’t you go and wait for the boss in the living room?” cadang
Naseem.
“Oh no. I think I
should stay here. Let me clean this up for you.” Qistina menunjukkan
pinggan mangkuk yang belum berbasuh di dalam sinki.
Naseem beralah. “Well,
alright if you insist, love.” Naseem memandang Qistina yang sudah pun mula
mencuci. “You know, you speak with a
perfect English accent. Better than
mine even…”
Qistina terkedu. Pinggan di tangan hampir sahaja
terlepas. “Really? I don’t think so.”
“Hmmmm…” itu sahaja balasan daripada Naseem sebelum dia
keluar dari dapur bersama pinggan di tangan. ‘Ya Allah. Aku mesti lebih
berhati-hati. Kalau rahsia terbongkar, matilah aku...’
Tidak lama kemudian, Naseem kembali ke dapur. “The boss wants you. He’s in the living room.
I’ll bring your breakfast into madam’s
room.”
Qistina mengambil nafas dalam-dalam. ‘Ya Allah. Biarlah
ibu Ian menyukaiku. Aku tidak mahu diberhentikan sebelum tamat tempoh satu
tahun ini, ya Allah!’ Setelah doa habis dibaca, Qistina mengatur langkah menuju
ke ruang tamu. Ian Iskandar yang lengkap berkemeja biru, bertali leher dan berjaket
hitam sedang membelek surat khabar di tangan. Segak menawan. “Selamat pagi,
Encik.”
Ian Iskandar mendongak. Wajah gadis itu dilihatnya sedikit
berseri. Nampak ceria, walaupun ada garis-garis kerisauan di situ. Ian Iskandar tidak menjawab ucapan selamat
pagi Qistina. Hanya mengangguk kecil. “Come,
I’ll introduce you to my mother.” Ian Iskandar yang telah mula melangkah
tiba-tiba berhenti. Dia memalingkan tubuhnya untuk menghadap Qistina. Suatu
senyuman nakal terukir di bibir. “Bunyi macam nak kenalkan calon isteri kepada
bakal mak mentua pulak, kan?”
Membulat mata Qistina. ‘Hish dia ni! Aku dahlah nervous. Lagi nak buat lawak bodoh
pagi-pagi ni!’ Qistina hanya diam. Tidak tahu bagaimana untuk menjawab. Ian
Iskandar ketawa sendirian. Qistina sempat mencebik dan menjeling di belakang
Ian Iskandar. Geram!
Ian Iskandar mengetuk pintu bilik ibunya. Perlahan.
Ketika pintu dikuakkan, Ian Iskandar melangkah masuk diikuti Qistina. Jururawat
peribadi Puan Mariam kelihatan sedang mengemaskan tuala dan perkakas mandian
dari atas katil. Puan Mariam sedang duduk bersandar di katilnya. Katil yang
seperti di hospital. Yang boleh ditegakkan dan dibaringkan, walaupun nampak
lebih selesa daripada yang biasa dilihat di hospital. Sehelai selimut nipis
meliputi seluruh kakinya hingga ke bahagian pinggang.
“Mummy, this is
Qistina. She will be your companion.”
Sungguh lebar Puan Mariam mengukirkan senyuman membuatkan
Qistina rasa kehadirannya disambut mesra. Qistina membalas senyuman Puan
Mariam, wanita berbangsa Inggeris yang masih jelita di matanya. Rambutnya perang
dan sedikit beruban di ubun-ubunnya. Matanya juga berwarna biru. Sebiru mata
Ian Iskandar.
“How lovely! Come closer, dear. Let me have a look at you.”
Qistina merapati katil Puan Mariam. Dia menghulurkan
tangannya dan disambut Puan Mariam. Seperti kebiasaannya ketika bersalam dengan
orang yang lebih berumur seperti ibunya, Qistina tunduk dan mencium tangan Puan
Mariam. “Good morning, madam. Nice to meet you.” Qistina berhati-hati
dalam pertuturannya.
Sejuk hati Puan Mariam ketika tangannya dikucup gadis ayu
itu. Rindu dia kepada budaya Melayu itu. “Oh,
this is Natalie Brown, my nurse.” Puan Mariam menunjuk ke arah jururawat
tadi. Qistina menyambut tangan yang dihulurkan dengan sekuntum senyuman.
Kata-kata ucapan perkenalan berbalas sudah. Kini masa
untuk Natalie Brown beredar kerana tugasannya untuk pagi itu sudah pun selesai.
Dia akan kembali menjenguk Puan Mariam dua jam dari sekarang.
Natalie Brown sempat mengerling ke arah Ian Iskandar
sebelum berlalu. Ian Iskandar langsung tidak menyedari lirikan menggoda jururawat
tadi, namun dapat ditangkap Qistina.
“Sit, my dear,”
pelawa Puan Mariam sambil menepuk-nepuk kerusi di sebelah kiri katilnya.
Qistina mengambil tempatnya. “I’m sure we’re going to get on splendidly
together. Ian you may leave us now.”
Ian Iskandar masih tidak berganjak. Matanya redup
melihatkan kemesraan ibunya terhadap Qistina. Hatinya puas. Kini ibunya tidak
akan berasa sunyi lagi.
Puan Mariam menyedari mata anaknya yang seakan tidak
berkelip memandang Qistina. Qistina pula memandang ke wajah Puan Mariam,
membelakangi Ian Iskandar tanpa menyedari mata Ian Iskandar yang seakan terpaku
kepadanya. Puan Mariam tersenyum di dalam hati. Renungan Ian Iskandar itu
memberi seribu maksud tersirat. ‘Apalah anak teruna aku ni tenung-tenung anak
dara orang pulak ni…’
“Ian? Did you want anything else?” tegur Puan
Mariam.
Ian tersedar. “What,
mummy?”
Kali ini Puan Mariam benar-benar mengukirkan senyuman. “Won’t you be late for the office, dear?”
“Oh! Yes…right…I’ll see you later, mummy.” Ian Iskandar mengucup dahi ibunya dan
berlalu. Wajah gadis itu dipandangnya sekilas. Hati Puan Mariam bertambah
girang. Qistina langsung tidak perasan kerlingan Ian Iskandar tadi.
“Now, tell me all
about yourself. In Bahasa, please. I
want to brush up on my Malay language.
It has been a long time!”
Qistina terkejut mendengar permintaan Puan Mariam. “Madam
boleh berbahasa Melayu?”
Puan Mariam mengangguk.
“Kenapa tak cakap bahasa Melayu dengan Encik Ian?”
Qistina bertanya lagi.
“Sebab, rasa kekok. Tak biasa cakap bahasa Melayu dengan
Ian.”
Qistina tersenyum. Puan Mariam memang boleh berbahasa
Melayu walaupun pelat orang putihnya masih ada. Sebiji-biji perkataan
disebutnya dengan penuh hati-hati. Kelakar juga bunyinya. Mungkin dia akan
kembali fasih bertutur dalam Bahasa Melayu sekiranya kerap menggunakan bahasa
itu semula setelah lama meninggalkannya.
Qistina sudah pun bersedia dari semalam bahawa soalan
mengenai dirinya akan menjadi soalan pertama yang akan diutarakan Puan Mariam,
sebagai langkah permulaan untuk mengenali dirinya. Qistina menceritakan serba
ringkas mengenai dirinya yang berasal dari Kuala Lumpur. Merupakan anak bongsu
daripada tiga orang adik beradik. Mempunyai seorang abang dan seorang kakak
yang sudah berumah tangga.
“That’s all?”
Tanya Puan Mariam. Ringkas benar gadis ini menceritakan perihal dirinya. “Sudah
kahwin?”
“Belum madam. Tak fikir lagi pasal kahwin…” ujar Qistina
sambil tersenyum.
Puan Mariam ingin bertanya lagi tetapi pintu biliknya
diketuk perlahan sebelum Naseem membukanya dengan dulang di tangan. Qistina
pantas bangun untuk membantu Naseem. Dulang diletakkan di atas riba Puan
Mariam. Naseem keluar semula untuk mengambil dulang sarapan untuk Qistina pula.
Selepas semuanya selesai, mereka menikmati sarapan sambil berbual mesra.
Puan Mariam amat senang sekali dengan kehadiran Qistina.
Sejak matanya jatuh pada raut wajah Qistina awal tadi, hatinya terasa sejuk
sekali. Kejernihan dan kesucian yang terpancar dari wajah Qistina menambat
hatinya. Sikap Qistina yang menghormati dirinya sebagai orang yang lebih
berusia daripadanya menggambarkan peribadi gadis itu yang dibesarkan dengan
cukup sempurna. Lembut tutur kata yang keluar dari bibir merah gadis itu. Tidak
hairan mengapa anak lelakinya tadi asyik merenung seraut wajah gadis di
hadapannya ini.
“Why did you take
up this position, dear?” soal Puan Mariam sambil menggigit roti bakar di
tangan.
Qistina meletakkan cawan kembali ke atas piring. “Sebab
saya tengah desperate nak cari kerja,
madam. Saya ternampak iklan untuk peluang pekerjaan ni dalam surat khabar, jadi
saya terus apply.”
Puan Mariam mengangguk perlahan.
“Madam, berapa lama Madam tinggal di Malaysia?”
“Close to thirty years!”
Qistina terkejut. Lamanya! Puan Mariam perasan riak
terkejut Qistina. “Saya kerja di British Embassy di KL masa umur saya dua puluh
tiga tahun. Kahwin dengan papa Ian masa saya dua puluh empat tahun. Ian lahir
masa umur saya dua puluh lima tahun.”
“Bila madam pulang ke London?”
“A few years ago.
Tak lama lepas accident…”
“Maafkan saya, madam. Madam terlibat dalam kemalangan?
Sebab tu ke kaki madam jadi macam ni?”
Puan Mariam mengangguk. Tiada riak kesedihan di wajahnya.
“Lepas accident, tiga bulan saya di
hospital. Lepas keluar, kakak saya ajak saya balik London. She wanted to take care of me. Dia pun sunyi lepas suami dia
meninggal. Ian pulak sibuk kerja and my other daughter Iman tak tinggal
di Malaysia. Tapi tak sampai setahun saya balik London, kakak saya meninggal.
Tapi saya dah tak larat nak balik semula ke Malaysia…saya terus tinggal di
sini. Ian pun decided to move his
business here from Malaysia, untuk temankan saya.”
Terkejut Qistina mendengarkan Puan Mariam mempunyai
seorang anak perempuan, bernama Iman. Ian Iskandar tidak pernah menceritakan
tentang perkaran ini. “Madam ada anak perempuan?”
“Yes. Dia dah
berkahwin dan ada family dia sendiri.
Dia tinggal di Paris.”
“Bestnya! Dia
selalu ziarah madam?”
“Adalah dalam dua-tiga bulan sekali…Did you know she is Ian’s twin sister?”
Ian Iskandar ada saudara kembar? Menarik! Mesti mata biru
juga macam Ian Iskandar dan ibunya.
“Tak, madam. Saya tak tau.”
“She looks nothing
like me or Ian! Dia lebih kepada muka Melayu. She looks like her father…”
Walaupun hati Qistina ingin tahu ke mana perginya bapa
Ian Iskandar, namun dia merasakan soalan itu berbentuk terlalu peribadi.
Memandangkan ibu Ian Iskandar pulang ke London untuk dijaga kakaknya, ini
bermaksud bapa Ian Iskandar tiada untuk menjaga isterinya sendiri.
“I’m sure you’ll
meet her the next time she comes down to visit me…”
“Saya tak sabar nak jumpa dengan Puan Iman. Madam ada
cucu?”
“Just one.
Lelaki, tiga tahun. Lasak betul!”
Qistina tergelak. Dia tiada anak saudara. Abang dan
kakaknya masih belum bersedia untuk berkeluarga. Masih tidak puas berseronok dengan
kehidupan duniawi agaknya.
“Mesti comel, kan madam?”
Puan Mariam tersenyum. Dia terus teringatkan cucu yang
seorang itu. Rindu dia kepada Daniel. Ingatan Puan Mariam kepada Daniel
terganggu apabila Naseem kembali masuk ke dalam bilik untuk mengambil kembali dulang
sarapan. Qistina juga membantu. Seusai berkemas, Qistina mencapai surat khabar
yang sudah sedia terlipat di atas meja kecil bersebelahan dengan katil Puan
Mariam.
“Saya bacakan surat khabar sekarang, ke madam?”
Puan Mariam mengangguk. “Mesti Qistina tertanya-tanya
kenapa saya tak boleh baca sendiri kan? Sebenarnya, saya boleh baca sendiri,
tapi rumah ni sunyi sangat. Saya saja nak dengar suara orang lain dalam rumah
ni.”
“Sebelum ni tak pernah ada peneman ke, madam?”
“Hanya kakak saya. Bila saya complain pada Ian saya sunyi, dia yang mencadangkan saya mengambil
seorang companion. Saya sebenarnya
dah tak tau macam mana lagi nak bagi tau pada Ian yang saya sebenarnya nakkan
menantu untuk menemani saya…tapi Ian ni terlampau sibuk dengan kerja dia. Sekejap
sini, sekejap KL. Tak pernah nak bagi saya seorang menantu…” Semakin lancar
Puan Mariam bertutur dalam Bahasa Melayu. Semakin berkeyakinan.
Qistina hanya diam. “Tapi sekarang Qistina ada menemani
saya. Saya suka!” Qistina membalas senyuman ikhlas Puan Mariam. Gembira hatinya
diterima sedemikian rupa.
Seperti yang diarahkan Ian Iskandar, Qistina mula membaca
surat khabar kepada Puan Mariam. Pelbagai berita di dalam negara dan juga
berita dunia. Puan Mariam tekun mendengar. Kekadang dia menggelengkan kepala
apabila mendengar berita mengenai peperangan dan kematian.
Sedang Qistina membaca, Puan Mariam dapat meneka sesuatu.
Gadis di hadapannya membaca surat khabar berbahasa Inggeris dengan begitu
lancar sekali. Terkadang, tanpa sedarnya, intonasi dan cara sebutan sesuatu
perkataan itu menyamai intonasi dan sebutan lidah warga British sendiri. Selama
lebih satu jam, Qistina membaca surat khabar kepada Puan Mariam dan
sambil-sambil itu, mereka membincangkan isu-isu berita yang dibaca. Pendapat
Qistina ditanya dan didengar. Ternyata gadis ini begitu bijak di matanya.
Memberikan pendapat-pendapat yang bernas lagi logik. Memberikan ulasan-ulasan
yang mencabar mindanya.
Dengan kelancaran membaca dan bertutur dalam bahasa
Inggeris, berserta ulasan-ulasan bernas daripada gadis itu, Puan Mariam pasti yang
Qistina adalah seorang yang berpelajaran. Mustahil dia belajar setakat sekolah
menengah sahaja. Cuma mengapa gadis itu mengambil keputusan untuk bekerja
sebagai seorang peneman?
Gadis itu begitu ringkas menceritakan hal peribadi serta
ahli keluarganya. Tidak jelas siapa ibu dan bapanya. Mungkin dia menyimpan
rahsia. Namun Puan Mariam tidak bersangka buruk dengan Qistina. Hatinya
mengatakan gadis di hadapannya seorang gadis yang baik. Sangat baik. Sebaik untuk
dijadikan menantunya, mungkin?
Gadis penuh rahsia seperti Qistina haruslah ditangani
dengan cara lain. Satu daripada cara yang dapat difikirkan adalah dengan membuatkan
dirinya rasa terperangkap dan akhirnya terpaksa berterus-terang. Namun, dia
tidak bercadang untuk memerangkap Qistina sekarang. Dia punyai banyak waktu
lagi untuk meluangkan masa bersama Qistina. Mungkin juga Qistina sendiri akan
berterus-terang dengannya apabila hubungan mereka menjadi lebih rapat suatu
hari nanti.
Rutin harian Puan Mariam tidak banyak berbeza. Natalie Brown
akan masuk selang dua jam untuk membantu Puan Mariam membuang air dan
sebagainya. Puan Mariam dimandikan pada waktu pagi sebelum sarapan, dan pada
waktu petang. Selepas minum teh pada jam 11.00 pagi, Puan Mariam akan berehat
dan tidur sebentar sebelum makan tengah hari. Ketika itu, Qistina akan
meninggalkan Puan Mariam bersendirian dan membuat halnya sendiri. Kadang-kadang
dia memerap di dalam biliknya. Kadang-kadang dia akan ke dapur membantu Naseem.
Natalie Brown pula tidak begitu mesra untuk dijadikan teman berbicara.
Salah satu tugas Natalie Brown adalah untuk membantu Puan
Mariam melakukan senaman untuk kakinya. Puan Mariam jarang mahu menonton
televisyen yang ada di dalam biliknya, melainkan untuk menonton berita. Qistina
setia menemani sekiranya ada rancangan yang ingin ditontonnya.
Namun ada satu permintaan Puan Mariam yang tidak disangkanya.
Setelah makan tengah hari bersama di dalam bilik Puan Mariam, Puan Mariam telah
memintanya untuk mengambilkan wuduk untuknya agar dia boleh mengerjakan solat
Zuhur. Rupanya, sebelum ini, Naseem atau Ian Iskandarlah yang akan mengambilkan
wuduk untuk Puan Mariam. Terharu Qistina melihatkan Puan Mariam masih tidak
melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim, walaupun dia difahamkan
bahawa Puan Mariam hanya memeluk agama Islam ketika ingin berkahwin dengan bapa
Ian Iskandar. Fahamlah dia kini syarat yang dikenakan untuk calon yang dicari
untuk menjadi peneman Puan Mariam dahulu mestilah beragama Islam.
Qistina selesai dengan tugasnya pada pukul 5.30 petang.
Sebelum dia keluar dari bilik Puan Mariam, dia akan menyalami dan mengucup
tangan Puan Mariam. Puan Mariam hanya mampu tersenyum. Senyuman penuh dengan
rasa terharu.
Natalie Brown juga akan meninggalkan rumah keluarga Puan
Mariam pada jam 5.30 petang dan akan kembali keesokan paginya. Keperluan Puan
Mariam sepeninggalan Natalie Brown akan dijaga oleh Naseem. Hari Sabtu dan Ahad
pula, tugas-tugas Natalie Brown akan dilakukan oleh jururawat gantian.
Selepas tugasnya selesai, Qistina akan menggunakan masa
yang terluang sementara menunggu makan malam untuk menyelesaikan hal-hal
peribadi, seperti mencuci pakaian, menggosok dan sebagainya. Teringin sangat
untuk mendengar suara Timah, namun dia harus bersabar. Hari Sabtu nanti,
selepas tamat waktu kerjanya, dia bercadang untuk keluar bagi mendapatkan sim
kad yang baharu untuk telefon bimbitnya. Kemudian bolehlah dia berhubung dengan
sahabatnya itu.
Hendak menulis surat pun, dia masih tidak tahu alamat
rumah Puan Mariam ini. Qistina mengeluh. Mungkin soalan itu boleh ditanya
secara terus kepada Ian Iskandar malam nanti. Memikirkan makan malam bersama
Ian Iskandar nanti, wajah Qistina terus berubah menjadi suram. Kenapalah dia
perlu makan malam dengan lelaki itu? Tidak selesa langsung!
Seperti malam pertama, Ian Iskandar banyak merenung gadis
yang hanya tunduk sambil menikmati makan malamnya. Kalau Ian Iskandar tidak
memulakan perbualan, Qistina akan kekal menyepi. Dia hanya akan menjawab
sekiranya Ian Iskandar bertanyakan soalan kepadanya.
Pulang dari pejabat tadi, Ian Iskandar terus mendapatkan
ibunya. Tidak sabar dia ingin mengetahui pendapat ibunya tentang gadis itu.
Ternyata ibunya amat menyenangi gadis itu. Ian Iskandar mendapat pujian daripada
ibunya kerana telah membuat pilihan yang tepat. Cuma dia pelik dengan cara
ibunya mengukirkan senyuman kepadanya apabila mengatakan Ian Iskandar ‘telah membuat pilihan yang tepat.’
Seolah-olah ada maksud tersirat di situ.
“So how was your
first day?”
Qistina melangut. Sepasang mata biru itu mula membuatkan
dia tidak tenteram.
“Okey, Encik. Tak ada apa-apa masalah.” Qistina menjawab
perlahan. Dia tunduk kembali.
Ian Iskandar mengeluh perlahan. Susah betul hendak
mendengar suara gadis itu.
“Awak ni memang macam ni, ke?”
Qistina hairan. Wajahnya didongakkan sekali lagi. “Macam
ni macam mana, Encik?
“Suara awak mahal sangat ke? Awak tak boleh nak elaborate ke setiap balasan awak tu?”
“Maaf, Encik. Errr…mungkin saya jetlag…” Qistina beralasan. Panahan mata Ian Iskandar membuat
Qistina tidak senang duduk. Menerbitkan debaran di dada. Reaksi yang tidak
difahaminya.
“Alasan! Awak kalau keluar dating, takkan senyap macam ni?” Ian Iskandar cuba mengorek rahsia
hati Qistina.
Seumur hidup Qistina, dia hanya pernah keluar berdua dengan
Remy sahaja. Sebelum ini, dia akan pastikan yang dia akan keluar beramai-ramai,
walaupun pada asalnya dia dijemput untuk keluar bertemu janji oleh mana-mana pelajar
lelaki yang berminat dengannya. Namun, kerana dia tidak mahu memberi harapan
palsu kepada mereka, dia akan mengajak rakan-rakan yang lain untuk turut serta,
sama ada untuk menonton wayang, menjamu selera atau sebagainya.
“Saya…saya sebenarnya tak biasa pergi dating Encik. Saya tak biasa keluar
berdua dengan lelaki…” Qistina merasa segan.
Entah mengapa Ian Iskandar merasa amat senang hati
mendengar balasan Qistina itu. Lega! “Awak ni memang pendiam ke?”
“Tak jugak, Encik. Saya cuma rasa kekok dengan orang yang
saya tak kenal…” jelas Qistina.
“Awak suka ibu saya?” Ian Iskandar masih menyoal.
“Suka, Encik. Saya senang menemani ibu Encik.” Ian
Iskandar dapat melihat keikhlasan di wajah gadis itu.
“Saya nak mintak tolong dengan awak, Qistina…” pinta Ian
Iskandar.
Qistina meletakkan sudu yang berada di tangan di atas
pinggan. Dia memandang ke wajah Ian Iskandar. Permintaan Ian Iskandar tadi
dibuat dengan suara separuh merayu. Qistina tertanya-tanya apakah pertolongan
yang dimaksudkan Ian Iskandar tadi.
“Ada apa, Encik?”
“Seperti yang awak tau, Natalie adalah jurururawat
peribadi ibu saya. Kalau tak de Natalie, mummy
tak akan nak buat senaman untuk kakinya seperti yang diarahkan doktor. Dia
langsung tak kisah. Doktor peribadi mummy
pulak akan datang melawatnya dua kali seminggu. Hari Jumaat dan hari Selasa.
Doktor ada menasihatkan agar ibu saya membuat satu lagi operation di kakinya, tapi dia berkeras tak mau. Ada mummy cerita pasal kenapa dia tak boleh
berjalan pada awak?”
“Ada, Encik. Accident
katanya.”
“Memang accident.
Mummy yang bawak kereta. Kaki dia tersepit
teruk. Mummy jadi lumpuh. Masa kat
hospital pun, operation kaki je dua
kali. Sebelum operation yang ketiga
dibuat, mummy balik ke London. Puas
saya dah pujuk dia, namun dia berdegil. Dia tak mahu operate lagi. Saya pun tak tau kenapa…”
“Jadi, Encik nak saya buat apa?”
“Saya nak awak cuba pujuk ibu saya untuk melakukan operation tu. Harapan untuk dia berjalan
kembali lebih cerah…” Wajah Ian Iskandar berubah keruh. Pasti sedih
mengenangkan nasib ibunya.
Qistina diam. Dia cuba memikirkan mengapa Puan Mariam nekad
untuk tidak mahu dibedah lagi. Mesti dia ada sebab-sebabnya sendiri. Mustahil Puan
Mariam tidak mahu berjalan lagi, seandainya pembedahan ketiga membolehkan dia
berjalan semula.
“Encik, selepas dua kali operation tu, macam mana keadaan ibu Encik?”
Ian Iskandar mengeluh. Masih teringat bagaimana peritnya
si ibu menanggung kesakitan ekoran kesan pembedahan. Segala pergerakan begitu
menyeksakan. Ketika melalui pembedahan kedua pula, ibunya mengalami komplikasi
tekanan darah tinggi. Hampir sahaja Ian Iskandar kehilangan ibunya. Mungkin
disebabkan itu ibunya tidak mahu dibedah lagi.
“Not good,
especially during the second operation. We almost lost her…”
Qistina melihat garis-garis kesedihan di wajah Ian
Iskandar. Hatinya tersentuh. Dia seolah-olah dapat merasakan kesedihan yang dirasakan
lelaki itu. Pelik!
“Mungkin sebab tu ibu Encik tak mau dibedah lagi. Saya
cuba, Encik. Tapi berilah saya sedikit masa untuk lebih mengenali ibu Encik
dulu. Nampak pelik pulak kalau baru je mula bekerja, saya dah mula ungkitkan
isu pasal pembedahan kaki dia…”
Ian Iskandar mempertimbangkan cadangan Qistina. Dia
memahami logik di sebalik cadangan itu lalu bersetuju. “Baik…saya faham.
Manalah tau ibu saya akan mengikut cakap awak pulak, kan? Cakap saya dia tak
nak dengar dah…” Ian Iskandar tersenyum. Dada Qistina kembali berdebar melihat
senyuman Ian Iskandar…‘Kenapa dengan aku ni?’
Qistina pantas bangun dan mengangkat pinggannya. “Encik,
saya ambilkan kopi Encik kejap…” dan terus berlalu meninggalkan Ian Iskandar
terpinga-pinga di tempat duduknya.
‘Kenapa pulak dengan dia ni? Tiba-tiba je dia lari?’
Apabila ditinggalkan berseorangan dengan secawan kopinya,
Ian teringat kembali kata-kata ibunya petang tadi. “She’s a very intelligent girl, Ian. She reads the paper better than
some of the newscasters I’ve seen on TV. She has her own opinions. She speaks
her mind. What else do you know about her?”
“Not much mummy.
She is a very private person. She won’t volunteer any information unless I
ask...”
“Hmmmm…it’s okay,
Ian…we have to respect her privacy, right?
But I’m sure in time, I will get to know
her a litlle better…”
Sejak pertama kali Qistina bertutur bahasa Inggeris
ketika sesi temubual di pejabatnya di Kuala Lumpur lagi, Ian Iskandar sudah
mengesyaki Qistina bukan seorang yang cuba digambarkannya. Detik hatinya tidak
pernah salah. Kini ibunya pula mempunyai perasaan yang sama.
Yang pasti, Ian Iskandar tidak dapat melupakan gadis itu
walaupun sesaat, sejak dia melangkahkan kaki keluar dari rumah ibunya untuk ke
pejabat pagi tadi. Ingatannya akan tertaup kepada wajah gadis itu, senyumannya,
kegelisahannya dan kesedihan melalui pancaran matanya. Mengapa dia tidak tentu
arah sejak bertemu gadis itu? Apakah kuasa sakti yang ditaburkan gadis itu
kepadanya. Lenakah tidurnya malam nanti? Ah, perasaan yang datang itu sungguh
asing baginya. Tidak dipinta namun tidak terhalang. Haruskah dibiarkan sahaja
perasaan itu menular tanpa batasan? Ian Iskandar tidak tahu…
No comments:
Post a Comment