DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Wednesday, 2 March 2016

ISTERI DALAM SANGKAR 2 - BAB 10




“H
OME sweet home!”
Itulah perkataan pertama yang keluar dari mulut Tengku Iskandar kala sampai ke kondominium mewah miliknya bersama Aisyah. Seminggu berada di kampung isterinya itu, hari ini mereka kembali semula ke Kuala Lumpur.
Aisyah sekadar tersenyum. “Abang nak minum ke?” tanyanya.
Tengku Iskandar yang baru melabuhkan punggungnya di atas sofa memandang wajah si isteri.
“Sayang tak penat ke nak buat air untuk abang?” pertanyaan Aisyah dibalas dengan pertanyaan.
Takde la bang. Buat air je, bukannya penat pun. Lagipun Aisyah bukannya bawak kereta. Aisyah duduk jadi penumpang aje. Abang tu yang penat.”
Tersenyum Tengku Iskandar mendengar jawapan isterinya itu. Aisyah sekarang dah fasih sangat menjawab. Bukan seperti yang mula-mula dikenalinya dulu. Asyik tunduk saja bila bersemuka dengannya.
“Okey la kalau macam tu. Abang nak jus oren. Sejuk-sejuk tau.”
Angguk. Kemudian dia melangkah ke dapur. Tak sampai lima minit, Aisyah kembali semula bersama gelas berisi jus oren di tangan.
“Abang… nah, ini airnya.”
Thanks sayang.” Ucap Tengku Iskandar seraya menyambut gelas yang dihulurkan.
Aisyah bergerak ke arah beg yang dibiarkan terletak di sudut sofa.
“Sayang nak buat apa tu?” tanya Tengku Iskandar.
“Nak bawa naik beg ni.”
“Eh, tak payah. Biar aje kat situ. Nanti abang bawa naik. Sayang meh duduk kat sebelah abang. Abang ada perkara nak tanya sayang.” Ujar Tengku Iskandar menepuk-nepuk sofa kosong di sisinya.
Aisyah akur. Punggung dilabuhkan bersebelahan dengan sang suami. “Abang nak tanya apa?”
Tengku Iskandar tersengih. Sebenarnya tiada apa pun yang nak ditanya. Sengaja dia buat Aisyah duduk di sebelahnya. Seminggu berada di kampung halaman isterinya itu, susah sangat nak dia nak bermanja dengan Aisyah. Duduk rapat-rapat seperti ini pun susah. Ada saja mata yang memerhati.
Ikutkan Tengku Iskandar, tak kisah pun kalau ada mata yang memandang. Tapi Aisyah saja yang tidak selesa. Konon segan dengan orang kampung. Macamlah orang kampung tak tahu bermesra dengan isteri sendiri. Entah-entah orang kampung lagi dahsyat dari orang Bandar.
 Tak percaya? Tengok saja anak orang kampung. Ramaikan? Mahu lima, enam orang anak mereka. Tak seperti orang Bandar, anak cuma seorang, dua saja. Kurang produktif langsung!
Dahi Aisyah berkerut melihat sengihan suaminya. Kata nak tanya sesuatu. Tapi bila ditanya boleh pula suaminya itu tersengih-sengih macam kambing gurun. Entah apa yang dimenungkan.
“Abang!” Aisyah menampar lembut lengan Tengku Iskandar.
“Hah.” Terpinga-pinga Tengku Iskandar dibuatnya. Tersentak dari lamunan.
Hisy… kata nak tanya sesuatu. Apa dia?”
Lebar sengihan Tengku Iskandar. Tangannya dipanjangkan merangkul bahu Aisyah.
“Sayang ni kan… garang sangat la sekarang. Macam Mrs. Tiger pulak.” ujar Tengku Iskandar lantas dia ketawa besar. Seronok dapat mengenakan Aisyah. Dia tahu isterinya itu menggelar dia ‘Tengku Harimau’. Kini tibalah gilirannya memanggil Aisyah ‘Mrs. Tiger’ pula.
Aisyah menjeling geram. Seronok sangatlah ‘Tengku Harimau’ itu dapat menyakatnya. Huh!
“Dah la. Aisyah malas nak layan abang. Aisyah nak pergi masak lagi bagus.” Ujar Aisyah lantas bangun dari duduknya.
Namun belum sempat Aisyah melangkah, Tengku Iskandar terlebih dahulu bertindak. Tangan Aisyah ditarik sehingga membuatkan tubuh wanita itu hilang pertimbangan dan jatuh ke ribanya.
“Abang tak akan biarkan sayang pergi. Nak tak nak, sayang kena rajinkan diri ‘layan’ abang.” Ujar Tengku Iskandar sambil mengenyit mata nakal.
Aisyah ketap bibir. Wajahnya membahang. Segan mendengar kata-kata suami sendiri. Biar sudah lama bersama, namun rasa malu pada suaminya tak pernah menghilang.
Tanpa menunggu lama, Tengku Iskandar mencempung tubuh Aisyah.
“Abang! Apa ni? Lepaskanlah Aisyah. Aisyah nak masak la. Kan tadi abang jugak yang kata dah lapar.” Rayu Aisyah minta diturunkan. Dadanya mula berdebar dengan tingkah Tengku Iskandar yang sudah melangkah mendaki anak-anak tangga.
“Memang la abang lapar, tapi abang lapar nak makan sayang. Bukannya nak makan nasi.” Selamba saja Tengku Iskandar berkata. Tubuh Aisyah diletakkan atas katil. Matanya menatap lembut wajah sang isteri.
Renungan Tengku Iskandar membuatkan hati Aisyah kian tak menentu. Hendak berkata sesuatu, namun mulutnya terkunci apabila bibir Tengku Iskandar sudah mendarat ke bibirnya. Tiada apa lagi yang mampu diperkatakan. Mereka hanyut dibuai asmara cinta yang tak ada penghujungnya.




TERSENGIH-SENGIH Tengku Iskandar memandang Aisyah yang sedang menyenduk nasi ke dalam pinggannya. Masih terkenang kehangatan tadi. Setiap kali bersama, Aisyah sering menyembunyikan wajah. Inilah punca dia begitu sayangkan Aisyah. Sikap pemalu isterinya itu mengikat hati lelakinya. Aisyah dengan sifat malu memang tak dapat dipisahkan.
Melihat sengihan sang suami, Aisyah mengetap bibir. Dah arif sangat dengan senyuman si harimau miang itu. Nak dilekuknya saja kepala suaminya agar kembali ke dunia asal. Tapi, dia tak mahu jadi isteri derhaka.
“Yang abang sengih-sengih ni apasal?” tegur Aisyah kurang senang diperhatikan begitu. Rimas!
“Abang suka tengok sayang rambut basah macam ni. Cantik and sexy. Rasa macam nak lagi, lagi dan lagi! Tak puas rasanya.” ujar Tengku Iskandar bersama senyuman nakal. Cakapnya tak pernah berlapis. Main belasah sahaja.
Aisyah ketap bibir. Suaminya kalau bercakap memang begitu. Main lepas saja. Nasib baik cuma mereka berdua di kondo ini. Bayangkan jika ada orang lain, tak ke memalukan cakap macam itu?
Hisy… abang ni kan… gatal! Tak reti nak cakap benda yang elok ke? Asyik cakap benda tak senonoh je. Abang ni semakin hari, semakin gatal Aisyah tengok.” Gumam Aisyah. Punggung dilabuhkan atas kerusi dengan bibir sudah memuncung macam itik betina.
“Menggatal dengan isteri abang yang comel ni aje pun. Bukannya dengan orang lain. Kalau dah menggatal dengan orang lain tu, lain pulak ceritanya.”
“Abang berani ke nak menggatal dengan orang lain?” Aisyah buat muka garang.
“Kalau sayang izinkan.” Tengku Iskandar tayang sengih.
Pantas Aisyah mencubit lengan Tengku Iskandar. Dipulas kuat-kuat sehingga meninggalkan kesan merah akibat sepit ketamnya yang berbisa itu.
Auch… sakit la sayang.” Tengku Iskandar mengadu manja. Lengannya digosok-gosok. Boleh tahan penengan sepit ketam isterinya. Sampai merah kulitnya yang putih ini.
“Tau pun sakit. Kalau abang cuba nak menggatal dengan orang lain, memang siap abang Aisyah kerjakan.”
“Aisyah nak kerjakan abang ke? Abang rela….” Seraya itu Tengku Iskandar mendepangkan tangan luas-luas tanda rela.
Eiii… geram la dengan abang ni! Dahlah, cepat baca doa makan. Aisyah dah lapar ni.”
Tengku Iskandar menurut. Tangan ditadah lalu doa makan dibaca. Suasana makan malam mereka berdua berlangsung meriah. Sesekali, dia mengusik isterinya dengan menggesel kakinya ke kaki Aisyah. Membuatkan Aisyah melatah dan dia ketawa suka.





No comments:

Post a Comment