P
|
ANDANGAN
Aisyah langsung tak nak berkalih dari melihat pemandangan luar yang cukup asing
baginya. Betapa indah ciptaan Tuhan. Alam semesta yang terbentang indah ini
membuatkan dia mensyukuri apa yang diberi. Inilah pertama kali dalam hidupnya
dia melihat sendiri bagaimana salji turun memutih memenuhi bumi. Subahanallah…
cantiknya!
Bangunan-bangunan yang tersergam indah menambahkan
lagi rasa kagum di hati Aisyah. Jika di Malaysia dia cukup berbangga dengan
berdirinya KLCC, di sini pula orang-orangnya cukup bangga dengan megahnya
Eiffel Tower. Aisyah yang pertama kali menjejak kaki ke sini juga tidak lepas
dari rasa kagum melihat bangunan itu tersergam indah di tempatnya. Bagaikan
tidak sabar dia mahu menjejak kaki ke situ.
Tengku Iskandar yang duduk di sebelah langsung tidak
dihiraukan. Biarlah suaminya itu beranggapan dia ini manusia ‘jakun’. Memang
dia ‘jakun’ pun kerana inilah kali pertama dia sampai ke Paris. Kota cinta yang
sering diperkatakan. Tak sabar dia nak merasa bagaimana hebatnya bercinta di
kota cinta ini.
“Sayang… kita dah sampai.”
Bahunya yang disentuh sang suami membuatkan
pandangan Aisyah berkalih pada lelaki itu. Kemudian dia menjenguk pula ke luar.
“Kita tinggal kat sini ke?” tanya Aisyah bendul.
Tengku Iskandar mengangguk. Memang telah dirancang dari
awal hendak mengajak Aisyah menginap di Hotel Pullman Paris Eiffel Tour ini.
Biarlah harganya mahal asalkan hampir dengan Eiffel Tower. Dia mahu memastikan
isterinya seronok dapat melihat pemandangan Eiffel Tower dari tempat mereka
menginap nanti.
“Bestnya….”
Dengan gembira Aisyah berkata. Tak sangka mereka akan menginap di hotel yang
hampir dengan Eiffel Tower. Teruja rasa hatinya. Menanti malam, tentu
pemandangan di banguna Eiffel Tower itu secantik yang pernah dilihatnya di
majalah-majalah.
“Abang memang sengaja nak cari hotel yang dekat
dengan Eiffel Tower. Abang nak tengok sayang gembira.”
Terharu Aisyah mendengar kata-kata Tengku Iskandar.
Suaminya itu memang sering memberi kejutan terindah dalam hidupnya. Setiap
menjelang ulang tahun perkahwinan mereka, suaminya sering membawa dia bercuti
ke luar Negara. Cuma kali ini tempat percutian yang dipilih agak jauh daripada
destinasi percutian mereka sebelum ini.
Namun tanpa semua ini pun Aisyah sudah cukup gembira
dan bahagia hidup di samping Tengku Iskandar. Suaminya itu adalah
segala-galanya bagi Aisyah. Pendamping dunia dan akhiratnya.
“Aisyah dah cukup gembira berada di samping abang.
Terima kasih abang… kerana abang selalu buat Aisyah bahagia.” Tangan Tengku
Iskandar diraih lalu dikucup penuh kasih.
Tindakan ini membuatkan hati lelaki Tengku Iskandar
dipagut rasa sayu. Bahagia yang dirasa tak dapat digambar dengan kata-kata.
Hanya pada Allah dipanjatkan rasa syukur kerana mempertemukan jodohnya bersama
wanita itu.
“Jom kita masuk dalam hotel. Sayang pun tentu letih
kan sebab lama dalam perjalanan. Dah rehat nanti, abang nak ajak sayang
jalan-jalan dekat area hotel ni aje. Esok baru kita ke Eiffel Tower. Abang
tahu, sayang tentu dah tak sabar kan nak ke sana?”
Wajah Aisyah semakin ceria. Senyuman dibibir merekah
dengan mekarnya. Memang dia dah tak sabar nak menjelajah Kota Paris.
Huluran tangan Tengku Iskandar disambut. Kemudian
dia melangkah keluar dari teksi bersama-sama suaminya menuju ke lobi hotel.
Masuk ke hotel, sekali lagi Aisyah menjadi manusia ‘jakun’. Liar matanya
memerhati ruangan lobi yang begitu mewah. Tentu menginap di hotel ini juga
lumayan harganya. Aisyah tahu semua itu.
Selesai berurusan di kaunter, Tengku Iskandar meraih
tangan Aisyah agar mengikutnya ke depan lift yang telah terbuka pintunya. Di
situ seorang pekerja hotel telah siap menunggu mereka dengan menolak bagasi
masuk ke dalam lift. Ramah sungguh pekerja hotel itu.
Sementara menunggu lift yang dinaiki sampai ke
tempatnya, sempat pula dia beramah-tamah dengan Tengku Iskandar. Aisyah pula
sekadar berdiam diri. Setakat cakap orang putih yang tunggang-langgang itu,
baik dia tak payah berkata apa-apa. Memalukan diri sahaja.
“Merci.” Ucap Tengku Iskandar dalam
Bahasa Perancis yang bermaksud terima kasih kepada pekerja hotel yang telah
siap meletakkan bagasi mereka ke tempat sepatutnya.
“Vous etes les
bienvenus, monsieur. Avoir de belles vacances. (sama-sama dan selamat
bercuti.)” Balas pekerja hotel sebelum berlalu meninggalkan bilik hotel dengan
senyuman mesra.
Setelah pintu tertutup rapat, Tengku Iskandar
berpaling menghadap Aisyah yang kelihatan ralit memandang pemandangan luar.
Khusyuk benar nampaknya isterinya itu. Sampaikan dirinya juga tidak dihiraukan.
“Sayang….” Pinggang Aisyah dipeluk dari belakang.
Sebuah kucupan dihadiahkan ke pipi sang isteri.
“Hmmm….”
Balas Aisyah lembut. Dibiarkan saja tindakan Tengku Iskandar yang memeluknya
dari belakang. Dia suka setiap kali Tengku Iskandar memeluknya begitu. Terasa
dirinya dimanjakan.
“Dari tadi abang tengok sayang asyik pandang pemandangan
kat luar tu aje. Muka abang ni pun sayang dah tak sudi nak pandang. Kesian
abang… mentang-mentanglah abang dah tua, sayang tak pandang pun muka abang
lagi.” Kata-kata Tengku Iskandar lebih kepada rasa merajuk. Mana tidaknya,
isteri lebih suka memerhati pemandangan Kota Paris daripada dirinya.
Hendak tergelak Aisyah mendengar suara rajuk
suaminya itu. Sesekali suaminya itu merajuk, memang mencuit hati wanitanya.
Pantas Aisyah memusingkan tubuhnya menghadap si suami. Tangannya naik ke
pinggang suaminya yang mula cemberut. Dibalas pelukan suaminya itu dengan erat.
Wajah kacak sang suami juga dipandang penuh rasa cinta yang mendalam.
Lima tahun telah berlalu. Namun pada pandangan
Aisyah suaminya masih tampan seperti dulu. Usia suaminya yang telah menjangkau
tiga puluh tiga tahun itu membuatkan kematangan lelaki itu kian terserlah.
Apatah lagi dengan ‘goatee’ yang
tersimpan rapi dan kemas. Menyerlahkan lagi ciri-ciri lelaki dewasa yang
dimiliki. Jadi tidak hairanlah walau telah beristeri sekali pun tetapi suaminya
itu tetap menjadi pujaan ramai wanita di luar sana.
“Siapa kata abang dah tua? Baru tiga puluh tiga
tahun la bang.”
“Ye la…
tua la tu kalau nak dibandingkan dengan sayang yang baru nak masuk dua puluh
lima tahun. Kalau orang tak kenal sayang ni isteri abang, tentu dia orang
ingatkan sayang ni belum kahwin lagi.” Balas Tengku Iskandar. Kini nadanya
berubah cemburu. Jarak usia antara dia dengan Aisyah membuatkan dia terasa
dirinya ini telah meningkat tua. Padahal hakikat sebenar dia bukanlah tua mana
pun.
“Hisy…
abang ni ke situ pulak. Biarlah kalau
orang sangka Aisyah ni belum kahwin lagi ke apa. Yang penting… Aisyah tahu yang
Aisyah ni isteri abang. Bantal peluk abang, kan?” sengaja Aisyah bergurau
begitu. Senyuman nakal terukir pada bibirnya mungil.
Mendengar isterinya menyebut perkataan bantal peluk,
senyuman gatal terukir pada bibir Tengku Iskandar. Hilang sudah rajuknya.
“Kebetulan sayang dah sebut pasal bantal peluk ni…
apa kata kita rehat dulu. Dah puas rehat nanti, abang ajak sayang keluar jalan-jalan.
Nak tak?” matanya dikenyit nakal kepada sang isteri. Membuatkan wajah Aisyah
merona merah.
“Abang ni… gatal la!” tangan Aisyah menumbuk dada
bidang Tengku Iskandar. Segan bila Tengku Iskandar mengusik dia seperti itu.
“Gatal abang pun dekat sayang sorang aje la.”
“Ye la
tu….” Aisyah mencebik. Cuba menguji hati suaminya.
“Betul. Sumpah!” Tengku Iskandar mengangkat tangan
lagak orang berikrar. “Jom la sayang, kita rehat.”
Namun belum sempat Tengku Iskandar menarik tangan
isterinya, Aisyah pantas bertindak. Dia berlari menjarakkan diri dengan Tengku
Iskandar.
“Uwek! Tak
nak! Aisyah nak mandi. Abang rehatlah dulu.” Nakal Aisyah menjelir lidah kepada
sang suami.
“Oh… sayang nak larikan diri ya. Meh sini!”
Tengku Iskandar berlari mahu mendapatkan Aisyah semula.
Namun belum sempat dia meraih semula tangan isterinya itu, Aisyah telah
menghilang di sebalik pintu. Ditutup rapat pintu bilik air tempat dia
menyembunyikan diri daripada sang harimau. Suara ketawanya juga kedengaran.
“Sayang… buka pintu ni.” Bertalu-talu Tengku
Iskandar mengetuk pintu.
“Tak nak!” balas Aisyah bersama tawa riang. Seronok
dapat mengenakan suaminya.
“Takpe…
sayang tak nak buka ya. Kenakan abang ya. Takpe…
takpe… kali ni kalau abang dapat
sayang, abang tak bagi lepas walau sesaat pun. Sayang tahulah nasib sayang bila
keluar nanti.” ugut Tengku Iskandar dari luar.
“Tak kisah. Yang penting Aisyah dah menang. Aisyah
nak mandi. Nanti abang penatlah tunggu Aisyah mandi lama-lama.” Ejek Aisyah
senang hati. Gelak tawanya juga jelas menyapa halwa telinga Tengku Iskandar.
Membuatkan lelaki itu mengetap bibir kerana berjaya dipersendakan isteri
tercinta.
‘Dia kenakan aku ya. Takpe… lepas ni tahulah nasib dia macam mana.’ Hati Tengku Iskandar
memasang tekad. Dia tak akan melepaskan Aisyah bila keluar nanti. Mana boleh
kalah dengan isterinya yang menggoda itu.
No comments:
Post a Comment