Ayuni termenung di birai katilnya.
Sesungguhnya apa yang dilalui seharian cukup membuatkan sendi-sendinya
lemah seolah-olah baru lepas melakukan kerja berat. Sejak pulang dari kerja tadi, otaknya ligat
memikirkan semula kata-kata Taufik.
Sebagai seorang wanita yang belum berpunya, sepatutnya hatinya akan
berbunga-bunga keriangan apabila lelaki sesegak dan sekacak Taufik, ditambah
dengan jawatan yang disandangnya itu meluahkan rasa cinta kepadanya, tetapi
tidak bagi Ayuni. Mungkin disebabkan dia
permah melalui peristiwa dikecewakan.
Kata-kata luahan
hati Taufik dirasakan seperti sebiji batu besar sedang menghimpit
kepalanya. Dia benar-benar kusut. Memang Taufik tidak memaksanya dan sanggup
mendengar apa saja keputusannya, tetapi dia tetap memikirkan pro dan kontra
dari keputusannya.
“Hei Ayu, apahal
kau ni? Termenung lagi?” sergah Hanis
yang entah dari mana munculnya.
“Astaghfirullah….hei Hanis, kau ni tak boleh ke beri
salam dulu atau ketuk pintu tu dulu sebelum masuk. Ni tak, masuk macam pencuri. Nasib baik aku takde sakit jantung,
kalau tak dah keras aku kat sini” Balas Ayuni agak marah akibat terkejut dengan
kehadiran Hanis.
Itulah satu perangai Hanis yang paling dibencinya. Suka menyergah dan memeranjatkannya dan seperti
biasa, Hanis akan terkekeh-kekeh ketawa bila melihat Ayuni terkejut.
“Sorrylah
kalau kau terkejut tapi dah berbuih mulut aku beri salam dan dah naik bengkak
tangan aku mengetuk, tapi langsung tak berjawab. Aku ingatkan kau dah pengsan kat dalam bilik
ni” Hanis menjawab dengan ketawanya yang masih berbaki. Kemudian dia menyambung lagi.
“Oh ye…macamana kerja kau hari ni? Ok? Maaflah, aku tak sempat pun nak contact kau tadi sebab hari ni aku
betul-betul busy” Sambung Hanis.
“Semuanya ok” Jawab Ayuni pendek.
Dia malas nak ceritakan apa yang berlaku. Seboleh mungkin dia hendak melempar jauh-jauh
segala apa yang terjadi hari ini tapi mana mungkin?
“Aikk…ok je? Lain macam je nada kau ni Ayu? Come on
Ayu, jangan nak tipu aku. Aku kenal kau
bukan baru sehari dua. Ni mesti ada yang
tak kena kan? Dari dalam kereta waktu balik tadi, kau asyik
diam aje tambah lagi muka kau yang dah macam cemberut tu, ok apa bendanya?” Telah
Hanis.
Ayuni sedar bahawa dia memang tidak boleh menyembunyikan
apa-apa dari rakan baiknya itu. Semua
gerak-gerinya seolah-olah boleh dibaca Hanis.
Ada ilmu
psikik agaknya. Ayuni menghela nafas panjang. Dia mencari kekuatan untuk menceritakan
kepada Hanis.
“Ni semua pasal
bos-bos kau tulah. Hishh..naik pecah
kepala aku nak fikir perangai sekor-sekor” Marah benar Ayuni rasanya
kepada dua orang lelaki itu hingga memanggilnya ‘seekor’, tapi berani di
belakang sajalah. Di hadapan mereka,
Ayuni hanya menikus.
“Siapa? Encik
Hisyam atau Encik Taufik” Tanya Hanis pelik.
“Ahh..dua-dua
sekalilah. Macam manalah aku boleh dapat
bos macam diorang tu. Aku ingatkan dapat
bos yang handsome boleh menambah
semangat aku bekerja, tapi lain pulak jadinya.
Rasa macam nak berhenti kerja adalah….” Omel Ayuni.
“Kenapa pulak dengan diorang tu? Dia buat apa dengan kau? Setahu aku, bos-bos handsome tu selama ni ok aje.
Takde pulak staf yang tension
sampai nak berhenti kerja disebabkan diorang.
Makin bersemangat nak kerja lagi adalah.
Siap berangan-angan nak jadi makwe
diorang lagi tau! Tapi sayangnya kedua-duanya memang single but not
available…..” Terang Hanis untuk menjelaskan keadaan.
“Single but not available? Macam mana tu?” Soal Ayuni pelik yang nampak
semakin berminat.
“Yelah….maksud aku Encik Hisyam tu memang single tapi
not available sebab dia dah bertunang…..dan Encik Taufik pulak memang
dah lama jadi single tapi sejak jumpa kau dia kata dia pun not
available….” Balas Hanis bersungguh-sungguh.
“Eh, apa kena-mengena dengan aku pulak? Kau jangan nak pandai-pandai scandalkan
aku pulak ye!” Balas Ayuni kurang senang kerana padanya penerangan Hanis
mengenai status kedua-dua lelaki itu langsung tidak menarik minatnya.
“Aku nak tanya
kau ni. Kenapa kau tak pernah cerita yang
salah seorang yang interview aku hari
tu, ialah Encik Hisyam. Nak tercabut jantung aku tau bila aku tahu
yang kutuk aku masa interview tu CEO
syarikat and then siap cakap kat aku,
bukan dia yang nak sangat ambil aku bekerja” Ayuni melahirkan rasa tidak puas
hatinya kepada Hanis.
“Encik Hisyam cakap macam tu?” Hanis agak terkejut.
“Habis tu, kau cakap apa pada dia?” Tanya Hanis lagi
tidak sabar.
“Apa lagi, temperature
aku pun mulalah naik. Aku sound dia baliklah. Aku cakap kat dia, kalau dah dia big bos tak terima aku, siapa lagi yang
boleh bagi arahan pada dia. Belum sempat
dia jawab, tiba-tiba Encik Taufik masuk.
Kalau Encik Taufik tak masuk tadi, aku rasa aku dah ‘blah’ dari syarikat
tu” Cerita Ayuni penuh perasaan.
Hanis menarik nafas lega. Mujurlah Encik Taufik menjadi penyelamat,
kalau tidak Ayuni pasti sudah kehilangan pekerjaan. Hanis masak sangat dengan perangai Ayuni,
dalam kelembutannya, terselit sikap tegasnya.
Ayuni sanggup melakukan apa sahaja termasuk melepaskan jawatan yang amat
diharapnya itu, jika maruah dirinya tercalar.
“So, maknanya
sekarang Encik Taufiklah yang jadi hero kau hari ni ye? Kan
aku dah kata yang Encik Taufik tu memang sukakan kau sangat sebab tu dia sanggup
buat apa saja untuk kau” Hanis senyum meleret.
Dia tumpang gembira, bila Encik Taufik menjadi
penyelamat Ayuni.
Ringan saja mulut Ayuni hendak menceritakan apa yang
Taufik luahkan padanya tadi, tetapi Ayuni cuba tahan dirinya dari bercerita
kepada Hanis. Dia mahu memikirkan dengan
caranya sendiri tanpa dipengaruhi oleh Hanis kerana dia tahu Hanis pasti akan
berpihak kepada Taufik, kecuali jika dia sendiri sudah tidak mampu lagi untuk
berfikir, barulah dia akan berkongsi dengan Hanis.
Wahai hati, sabarlah!
No comments:
Post a Comment