HIDUPNYA kembali ceria dengan warna-warna
cinta Hakim. Tidurnya tidak lagi ditemani air mata. Dia bahagia.
Setiap hari, selepas waktu kerja mereka pasti keluar
bersama. Menonton wayang, jalan-jalan, makan malam
bersama. Tiada yang lebih indah daripada menghabiskan setiap
saat ditemani insan tersayang. Paling tidak, jika masing-masing
sibuk, Hakim akan datang menjemput Nani di rumah pada
sebelah malam untuk minum di sekitar Putrajaya. Mereka tidak
boleh berenggang, macam belangkas. Tidak bertemu seharian,
rindu datang bertandang menyesakkan dada.
“I miss you soo much sayang.” Ucap Hakim sewaktu
Nani membuka pintu kereta. Nani tersenyum bahagia.
“I miss you too.” Balasnya dengan hati berbungabunga.
“Hari ni sayang buat apa? Busy sangat sampai tak reply
text orang?” Audi Q5 dipandu perlahan.
“Sorry. Busy sangat, makan pun tak sempat tau. Dia
marah?”
“Tak marah, geram je. Orang tunggu tau dia reply,”
Hakim buat-buat suara merajuk.
“Alalala... sorry la. Orang nak sangat reply text dia tapi
betul-betul tak ada masa. Nak pegang phone pun tak sempat.
Lagi dua minggu... kan orang nak kena pergi PD. Banyak kerja
nak kena siapkan. Dia pun tahu kan, bos orang tu cerewet. Dah
la garang macam singa, pantang salah sikit. Teruk kena marah.”
“Dia kerja dengan orang je la... nak? Hari-hari kita
boleh jumpa. Hari-hari boleh lepaskan rindu kat dia. Dia pun
takdelah sakit hati asyik kena marah dengan bos,” usul Hakim.
Nani ketawa. Sampai ke situ Hakim ni.
“Dia ni... orang baru lagi kerja kat situ. Banyak benda
nak kena belajar. Normal la tu kena marah.” Nani menyedapkan
hati walaupun adakalanya dia tidak tahan dengan sikap Rayyan
yang selalu mencari salahnya.
“Kalau bos dia marah lagi, beritahu orang. Biar orang
tumbuk muka dia. Suka hati marah sweetie pie honey bunch
orang. Memang nak kena ni. Orang pun bos jugak, tapi takde
pulak marah-marah staf,” ujar Hakim. Geram setiap kali Nani
bercerita dia dimarahi ketuanya.
“Hahaha... dia ni. Tak payahlah cari gaduh. Dah semula
jadi perangai dia macam tu. Eh, kita nak makan kat mana ni?”
Nani mengalih topik perbualan. Cukup-cukuplah bercerita
tentang Rayyan. Otaknya sudah cukup stres dengan bosnya
yang baran itu.
“Perantau,” jawab Hakim. “Malam ni orang lapar, nak
makan banyak-banyak.”
“Makan la banyak-banyak. Orang temankan dia, ya.”
“Sayang tak nak makan ke? Orang ikat perut dari
tengah hari tau, tunggu nak makan sama-sama. Jangan cakap
dia dah kenyang.”
“Laaa, tak payah la sampai macam tu. Next time, kalau
dia lapar, makan je dulu okey. Nanti kalau sakit, orang susah
hati,” Nani serba salah. Sebenarnya dia sudah makan petang
tadi, ibu masak lauk kegemarannya. Hingga dua pinggan dia
bertambah.
Hakim angguk. Tangannya mengusap kepala Nani.
Sayangnya dia pada Nani.
Selesai makan, mereka menghabiskan masa bersantai
di Dataran Putrajaya. Melihat gelagat dan ragam manusia di
situ. Ada yang dating seperti mereka, ada yang berpiknik, ada
anak kecil bermain basikal, main skateboard, main layanglayang
pun ada.
“Jom balik, dah dekat pukul dua belas. Esok nak kerja
lagi.” Ajak Nani. Dia takut ibunya risau. Walaupun ibu tahu
hubungan dia dan Hakim, tapi dia tak nak ambil kesempatan
atas kepercayaan ibu terhadapnya.
“Dah nak balik ke? Orang tak hilang lagi rindu kat dia.”
Rengek Hakim manja.
“Esok kan kerja, sayang. Lagipun orang takut ibu risau
kita asyik balik lewat malam. Esok kan kita nak jumpa lagi.”
Nani memujuk Hakim. Sikap Hakim yang manja buat dia lebih
sayang.
“Okeylah, tapi esok kalau orang call mesti cakap at least
five minutes, tak nak dengar dia cakap banyak kerja, banyak
kerja... lepas tu terus nak letak phone.” Hakim memuncungkan
mulut.
“Ya, ya... orang janji. Jom.” Pipi Hakim dicubit manja
sebelum mereka melangkah meninggalkan Dataran Putrajaya
yang masih meriah dengan pelbagai gelagat manusia.
“I’m gonna miss you tonight, baby.” Ujar Hakim
sambil mengukir senyum menampakkan lesung pipit di pipi
kanannya. Lesung pipit yang selalu buat Nani penasaran.
MINGGU INI Nani agak sibuk. Minggu depan hari Selasa hingga
Jumaat dia akan berada di Port Dickson untuk program yang
sudah dijadualkan. Selama empat hari dia akan berjauhan
dengan Hakim. Ah, rindulah nanti. Dia senyum sendirian.
Angau!
Bila teringat PD, ngilu hatinya teringatkan kemalangan
yang pernah menimpa. Bila teringatkan PD juga, dia teringatkan
perubahan tingkah laku bosnya. Rayyan sekarang lebih mesra
dengan staf, tak macam dulu. Sikit-sikit nak naik angin. Cuma
dengan dia saja Rayyan selalu melenting. Terputus wayar kut
masa accident hari tu! Isy, cepat-cepat dia mengusir pandangan
tidak enak tentang bosnya itu. Dia pun adakalanya tidak faham
dengan mood swing Rayyan yang mengalahkan perempuan.
Ada ketika mereka baik umpama kawan, ada masanya mereka
seperti musuh. Pantang tersilap sikit terus diherdik Nani tanpa
belas kasihan.
Waktu rehat dia tidak keluar makan. Banyak kerja
yang masih belum beres. Nani ke pantri membancuh kopi.
Sekembalinya ke meja, dia lihat Rayyan tercegat di work
stationnya bersama sekotak KFC. Dia memandang ke kiri dan
kanan, bimbang ada mata yang melihat. Fuh, nasib baik semua
keluar makan. Kalau tak, tebal muka kena tengking depan
orang! Apa lagi dia nak marah aku ni? Glup! Nani telan liur.
“Nah, I belanja you,” ujar Rayyan sambil menghulurkan
kotak KFC kepada Nani.
Nani teragak-agak untuk menyambutnya. Mimpi apa
belanja aku KFC ni? Gumam hatinya.
“Ambillah, I tengok you dah dua hari tak lunch, so
tadi lepas jumpa client I singgah jap beli ni untuk you,” Rayyan
mengukir senyuman. Senyuman yang menjadi kegilaan teman
teman sepejabatnya. Horrible Boss With The Killer Smile.
Hmmm, buat tajuk novel pun bagus ni!
“Erm, susah-susah je bos. Saya dah buat kopi,” Nani
serba salah. Dalam hati dia mengucap lega. Baik pula dia hari
ni. Mood swing betul! Sempat dia mengutuk.
“Okey, I letak atas meja ni. Kalau you lapar, you
makanlah,” Rayyan meletakkan kotak KFC di atas meja kerja
Nani dan berlalu.
“Bos”
Rayyan berpaling.
“Thanks.”
Rayyan sekadar tersenyum dan berlalu.
Telefon bimbit Nani berdering. Dia tahu itu panggilan
daripada Hakim.
“I just call to say I love you,” kedengaran nyanyian
sumbang Hakim di hujung talian. “Sayang, dah makan?”
“Baru nak makan. Dia dah makan?” Terhibur Nani
mendengar suara kekasih hati.
“Tengah makan la ni, tiba-tiba teringatkan sayang
saya dah makan ke belum.” Cair hati Nani dipanggil dengan
panggilan sebegitu. Hakim memang pandai bab-bab memikat,
memang dia akui dia selalu tewas dengan kata-kata cinta Hakim.
“Dia tolong makan untuk orang sekali boleh? Hehehe,”
Nani menggigit-gigit kukunya. Perasaan bahagia mengisi setiap
genap penjuru hatinya.
“Sayang nak makan apa, orang tolong makan. Erm,
kalau macam ni... cepatlah orang gemuk asyik nak kena makan
untuk dia je. Boleh jatuh saham ni,” Hakim mengusik.
“Kenapa jatuh saham pulak? Nak merajuklah macam
ni. Gemuk pun orang sayang jugak. Nak jual saham kat siapa
lagi? Ingat pesan orang, dia tak boleh pandang atau jeling
mana-mana perempuan pun, tau!” Nani bersikap obsesif.
“Don’t worry baby. Orang hanya pandang dia je, takde
orang lain dah. Okeylah malam nanti orang call lagi eh. Nak ke
office daddy, ada kerja sikit. Take care, love you sweetie pie.”
“Okey, orang pun nak sambung kerja ni. Love you too.
Take care, bye.”
Talian diputuskan. Nani tersengih-sengih sampai ke
telinga. Tanpa sedar, gelagatnya diperhatikan Rayyan di sebalik
dinding. Selama ini dia betul-betul tidak tahu hati Nani sudah
terisi. Hampa. Itu saja yang dirasakan ketika itu. Cintanya
untuk Nani baru hendak bercambah di hati...
Rayyan meraup mukanya. Dia mengeluh perlahan.
Menyesal dengan tindakannya mencuri dengar perbualan
Nani. Langkahnya diperlahan semasa terdengar telefon bimbit
Nani berdering tadi. Perasaan ingin tahu melonjak-lonjak
menyebabkan dia bersembunyi di balik dinding. Alangkah
bagus kalau aku tidak tahu... Dia mengeluh lagi. Langkah
longlai diatur ke biliknya.
No comments:
Post a Comment