DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Sunday, 13 March 2016

ROMANTIK RAPSODI - BAB 3

SEPERTI yang telah dijanjikan, pukul lima petang
Nani dan Taj menunggu Mr Blind Date a.k.a Hakim di cafe.
Berdebar-debar juga rasanya. Mana aku nak lari nanti kalaukalau...
isy, tak nak fikir bukan-bukan. Nanti haru jadinya. Nani
cuba memujuk hati. Tawakal ajelah.
Lagu ‘2’ dari telefon bimbit berkumandang.
“Alamak Taj dia call,” Nani panik.
“Angkat la apalagi. Kau ni macam orang buang tebiat
aku tengok.”
“Hesy, cuak siot...” Nani membetul-betulkan suaranya.
Ehem, ehemm... “Helo.”
“Hai, Nani. Awak kat mana. Saya dah sampai ni.” Suara
Hakim di hujung talian kedengaran ceria.
“Saya... saya ada dekat meja hujung berdepan dengan
kedai jual top-up.” Hatinya berdebar-debar. Tak pernah dalam
hidupnya buat kerja gila macam ni.
“Okey, saya dah nampak awak. Awak yang pakai baju
biru tudung putih tu ke?”
“A’ah... ya saya. Mana awak?” Mata Nani melilau-lilau
memandang sekitar kafeteria.
“Hai.” Tiba-tiba satu suara singgah betul-betul di
belakangnya. Nani segera menoleh. Mahu tercabut jantungnya.
“Hyun Bin?” Itu perkataan pertama yang terpacul
dari bibir Nani. Dia lihat Taj sudah ketawa mengekek-ngekek.
Kurang asam Taj. Mukanya terasa panas dan memerah. Aisey
macam mana boleh sama ni? Memang boleh jadi ahli nujum Taj
ni. Sempat hatinya mengomel.
“Sorry, I beg your pardon. What did you say just now?”
Soal Hakim kehairanan. Kaca mata hitam dibuka lalu diselitkan
pada kemeja putihnya.
“Eh, tak ada apa-apa. Awak la Hakim, eh?” Soal Nani
semula, menutup malu yang masih berbaki.
Sambil tersenyum manis, Hakim mengangguk.
Aiyoo boleh gugur jantung aku. Bisik hati Nani. Apasal
handsome sangat mamat ni? Kalau tahu tadi, aku pakai lawalawa...
Hati nakalnya tak henti-henti berkata-kata.
“Nice to meet you. Kenalkan ini kawan baik saya, Taj.”
Nani mengipas muka dengan tangan. Bahang malu sebentar
tadi belum hilang sepenuhnya. Taj melemparkan senyum dan
mengangkat tangan ke arah Hakim.
“Duduklah,” pelawa Taj.
“Baru balik kerja ke?” Nani cuba berlagak biasa.
“ Yup, dari ofis terus singgah sini.” Hakim menguntum
senyum, menampakkan lesung pipitnya yang dalam.
Tangan kiri Nani mencuit-cuit peha Taj di bawah
meja dengan harapan Taj juga memikirkan perkara yang sama
sepertinya. Haha... Hyun Bin. Masin mulut kau Taj.
Wajah Hakim iras-iras pelakon Korea kegemaran
mereka. Dahlah selalu saja berangan nak dapat pakwe macam
Hyun Bin, gara-gara kegilaan mereka menonton drama Korea!
Alih-alih hari ini Hyun Bin celup terpacak depan mata. Siapa
yang tak terkejut beruk... Ooh La La! Hati berlagu riang.
“Korang baru habis kelas?” Soal Hakim, meneruskan
perbualan antara mereka bertiga.
“A’ah. Baru habis.” Nani dan Taj menjawab serentak.
Ketawa meletus antara mereka. Apa yang lucu, dia sendiri pun
tak tahu.
“Sehati sejiwa betul korang berdua ni,” Hakim
tersenyum lagi. Dan lesung pipit di pipinya muncul lagi.
Makk aii... Tolong, tolong jantung aku nak tercabut!
Jerit Nani dalam hati. Lidahnya jadi kelu hinggakan dia tidak
ada idea, apa yang harus dia bualkan pada pertemuan ini. Hanya
Taj yang banyak berbual dengan Hakim. Nani pula sekadar
menjadi tukang angguk dan ketawa sahaja. Apa yang pasti, Nani
telah berjaya mengusir bayangan wajah Firdaus dalam hatinya
secara tiba-tiba. Ermm... Ajaib!
“TAJ.”
“Yup. Ada apa?” Soal Taj yang sedang leka membaca
nota Pengurusan Sumber Manusia di meja study.
“Kau rasa kan, Hyun Bin celup tu nak ke kawan dengan
aku lagi ek. Lepas jumpa hari tu, dia dah tak call aku lagi. Buruk
sangat ke aku ni ek, Firdaus pun tinggalkan aku.” Adu Nani
pada Taj. Suaranya jelas kedengaran kecewa.
“Isy, kau ni. Kau dah mula berangan pasal mamat
tu, kau dah angau dengan dia ke? Hahaha.” Ketawa Taj pecah
berderai.
Ketawa pulak Taj ni. Aku serius tengah frust, dia mainmain
pulak.
“Kau dah cukup lawa. Lantaklah. Aku tak suka kau
sebut lagi nama Firdaus bangang tu. Sebab dia, kau sedih-sedih
macam ni. Dasar jantan pengecut. Kau jangan la fikir bukanbukan
okey. Kau dah cukup semuanya, cuma jantan tu je yang
buta tak tahu menilai.” Panjang lebar Taj berceramah.
“Beb, kau suka ke dengan Hyun Bin celup tu?” Tanya
Taj lagi. Terbayang di depan matanya senyuman manis dan
lesung pipit yang menghiasi wajah Hyun Bin celup tu.
“Hahaha... Apa ke jenis soalan kau tanya aku ni. Nak
suka macam mana. Baru cakap on the phone sekali. Jumpa pun
baru sekali. Macam mana nak suka. Setakat berkawan, isi masa
lapang, bolehlah.” Tapi sebenarnya aku suka. Jawab Nani dalam
hati.
Hihihi. Dia tak nak ikut perasaan, dia tahu sebab
sebenar dia suka Hakim. Sebab wajahnya yang mirip Hyun
Bin. Ya, sebab rupa paras. Itu cuma surface. Lagipun dia yakin,
takkanlah manusia setampan Hakim akan suka padanya. Mimpi
ajelah!
Selepas pertemuannya dengan Hakim seminggu yang
lalu, Hakim tidak menghubunginya lagi. Takpelah, orang tak
nak kawan dengan kita... nak buat macam mana. Teringin juga
nak hantar mesej bertanya khabar tapi segan. Kalau tak dibalas,
kan dah dua kali malu.
Belum apa-apa aku dah melebih-lebih... Memang nak
makan penampar free ibu la jawabnya ni. Memang pantang ibu
kalau perigi cari timba! Ahh, kalau jodoh tak ke mana. Jodoh???
Aku fikir pasal jodoh? Biar betik... dengan Hyun Bin celup pulak
tu... Heeee... siapalah aku ni... Nani tersenyum sendiri.
“Haahaa... kau ni sampai mana dah tu? Suka betul
berangan dia ni. Aku bukan tunggul mak cik oi. Dah la tu, jom
study. Jangan sebab lelaki kita jadi lemah.”
“Laa Taj. Kau ni sampai ke situ pulak. Aku taklah
sebangang tu. Aku berangan ingat mak aku laa. Dia tengah buat
apa sekarang ni ek...” Nani cover line.
Nota Prinsip Pengurusan diselak. Nani tekun
menyiapkan mind map. Senang sikit nak baca nanti. Dah
tak sabar nak cari kerja lepas belajar nanti. Dia teringat offer
daripada company tempat dia praktikal dulu. Hari terakhir dia
di situ, Encik Haniff, Pengurus Sumber Manusia di situ ada
menemuinya dan menawarkan pekerjaan selepas dia tamat
belajar. Agak-agak masih on ke offer tu eh? Nani bermonolog.
Pen merah di tangan diketuk-ketuk pada meja sambil mulutnya
dimuncungkan ala-ala mulut ikan.
Nani bukanlah daripada kalangan keluarga yang
senang. Keluarganya sederhana sahaja. Sekadar cukup makan,
pakai dan berteduh. Dia anak sulung daripada tiga beradik.
Ayahnya sudah lama meninggal dunia. Seawal usianya lima
belas tahun, dia sudah menjadi anak yatim. Ibu pula kerja
makan gaji dengan kerajaan sebagai Penolong Pegawai Tadbir.
Setakat manalah sangat gaji kakitangan kerajaan. Nama nak
bermewah, kirim salam banyak-banyak. Untung ibunya masih
mampu nak tanggung dia adik-beradik belajar. Kalau tak, dah
kahwin agaknya dia sekarang ni. Huhu.
Hatinya dipagut hiba apabila terkenangkan arwah
ayah. Sekelip mata ayahnya pergi. Sehingga ke saat ini dia
masih lagi tidak percaya yang ayahnya sudah tiada. Semuanya
bagaikan mimpi. Terasa ayah sentiasa dekat padanya. Teringat
sehari sebelum ayahnya pergi buat selama-lamanyanya, ketika
itu hari lahir ibu. Mereka sekeluarga makan malam bersama,
tiup lilin, potong kek, makan bersuap-suap dalam suasana yang
ceria. Masih jelas terbayang kegembiraan di wajah ayahnya.
Nani menarik nafas. Terasa ada air hangat yang mengalir dari
kelopak matanya.
Malam itu, sebelum tidur ayah mengucup dahi setiap
anaknya. Disusuli dengan pelukan hangat, lama dan penuh
kasih. Nani ingat sampai bila-bila, pelukan ayah ketika itu
seperti tak mahu dilepaskan. Ayah sempat berbisik kepadanya...
suruh dia jaga adik-adik, suruh dia jangan tinggal solat, suruh
dia bantu ibu... suruh dia jadi manusia yang kuat. Ketika itu dia
tidak mengesyaki apa-apa, cuma mengangguk saja mendengar
pesanan ayah. Tak disangka, semua itu punya maksud yang ayah
saja tahu. Rupa-rupanyanya itu pesan terakhir ayah buat dirinya.
Ayah bagaikan sudah tahu dia perlu pulang pada Penciptanya.
Ahh, ayah... Along rindu... perasaan sebak mencengkam dada.
Esoknya, ayah hantar mereka ke sekolah seperti biasa.
Waktu rehat, dia tidak keluar makan, terasa tak sedap hati...
terasa ada yang tak kena... Cikgu datang mencarinya di kelas
menyampaikan berita duka yang tak diduga. Longlai lututnya
mendengar perkhabaran itu. Serta-merta dia jatuh terjelepuk
ke lantai. Baru semalam dibelai manja oleh ayah, hari ini ayah
sudah terbaring kaku tak bernyawa. Besarnya dugaan Allah
untuknya... saat dia perlukan kekuatan dan pembimbing untuk
mencorak jalan hidup... di saat itulah Allah ambil ayah pulang
kepada-Nya. Nani teresak kecil. Wajah ayah penuh ketenangan
saat dikafankan, seakan sedang tidur lena dan bermimpi indah.
Semoga ayah tenang di sana. Al-Fatihah untuk ayah.
Along takkan lupa pesan ayah. Along janji, lepas belajar
Along nak cepat-cepat kerja. Along nak bagi ibu hidup senang.
Ibu dah banyak berkorban dan bersusah payah untuk kami
adik-beradik.
Otaknya sudah terlalu jauh menerawang, sudah lupa
niat asal mahu menelaah subjek Prinsip Pengurusan. Fikirannya
terarah pada arwah ayah, pada ibu dan adik-adik. Air mata yang
masih bersisa diseka.
Alhamdulillah, berkat kesabaran ibunya Puan Hanisah,
adiknya Aman sedang melanjutkan pelajaran di UK dalam
bidang Farmasi. Adik bongsu Nani, Amna tengah mengikuti
matrikulasi di Pulau Pinang. Harap-harap sejuklah perut ibu
mengandungkan mereka. Memang dia selalu pesan pada adik-
 adik, jangan kecewakan harapan ibu yang selama ni nak tengok
anak-anaknya berjaya dalam hidup. Sebagai kakak yang sulung,
Nani nekad untuk menjadi contoh yang baik pada adik-adiknya.
Taj... hmmm, Taj ataupun nama penuhnya Mumtaz
Hayati memang sahabat yang baik. Terlalu baik dan
memahami. Dia anak orang senang tetapi tidak pernah sama
sekali bermegah dengan apa yang dia ada. Sebab itulah Nani
masih kekal berkawan dengan Taj. Daripada hari pertama
menjejakkan kaki ke UPM sampailah ke saat ini, sudah di tahun
akhir, memang Tajlah kawan yang paling setia. Ketawa bersama,
menangis bersama. Tambahan pula mereka berdua merupakan
coursemate. Perangai pun lebih kurang. Memang senang nak
ngam. Cuma... mungkin dah lumrah anak orang berada, tidak
tahan bila diuji dengan kesusahan.
Lagu ‘2’ menjerit dari telefon bimbit mematikan
lamunannya yang panjang.
Nani tengok jam. Sudah menjejak ke pukul satu pagi.
Makhluk manalah yang salah dail nombor aku time-time
macam ni. Takkan Firdaus call aku kut! Orang tengah feeling
sedih ni, kacau betul. Gumam Nani.
Dia lihat skrin telefon, tertera nama Hakim. Mood yang
sedih tiba-tiba bertukar ceria. Nani tersengih-sengih. Ingat dah
tak nak kawan dengan aku lagi!
“Helo.” Ujar Nani dengan suara yang paling lembut...
“Helo, saya mengganggu ke?” Tanya Hakim.
“Takdelah, belum tidur lagi. Tengah study,” Nani
menjawab walaupun tak ditanya sedang buat apa.
“Ooo ye ke? Bila final?”
“Next week.”
“Erm... tinggal beberapa hari je lagi. Good luck okey.
Study elok-elok.”
“Thanks, Hakim.”
 buat Nani berdebar.
“Alhamdulillah, sihat. Awak?” Nani senyum-senyum.
Rambutnya yang panjang dipintal-pintal. Hihi teringat muka
Hakim yang macam Hyun Bin tu... hensem!
“Saya tak berapa sihat. Seminggu demam, langsung
terbaring je. Kerja kat office berlambak pulak tu.”
“Laaa kesiannya awak. Ni dah sihat ke?” Nani tersengihsengih.
Dia sudah dapat jawapan kenapa Hakim tidak lagi
menghubunginya sejak pertemuan pertama tempoh hari. Nak
juga mamat ni kawan dengan orang macam aku ya. Kembang
sekejap hatinya.
“Dah okey sikit, cuma sakit tekak belum hilang. Erm,
habis study nanti apa plan Nani?”
“Duduk rumah tunggu orang datang meminang.”
Jawab Nani spontan tanpa berfikir panjang. “Erk!”
“Kalau macam tu, nanti saya suruh mummy ngan
daddy masuk meminang awak, okey.”
Pucat bibir Nani mendengar kata-kata Hakim. Rasa
macam tak cukup oksigen sampai ke otaknya. Dia tahu Hakim
bergurau sebab dia pun bergurau! Tapi entahlah, darahnya
berderau.
“Hahaha... saya gurau jelah Hakim,” Nani ketawa
menutup malu sendiri. Bibirnya yang kemerahan digigit-gigit.
“Kalau Nani nak tahu, this is my first time berkawan
dengan perempuan pakai tudung. Macam tak logik, kan. But it’s
true.” Tiba-tiba Hakim membuat pengakuan.
“Kawan-kawan semua free hair ke?”
“Kawan perempuan semua free hair. Kakak saya
pun free hair. Mummy saya pun baru je setahun dua ni pakai
tudung.”
 “Oh, ye ke?” Dia belajar sesuatu yang baru tentang
Hakim hari ini.
“Bila dah habis final, boleh kita keluar? Tengok wayang
ke, lepak-lepak ke.”
“Tengoklah macam mana nanti. Kalau free saya
beritahu awak.”
“Okey, saya tunggu. Nani...” Garau suara Hakim
memanggil nama Nani.
“Ya,” Nani menjawab sepatah. Isy, alergi betul dengan
mamat ni. Suara dia pun dah cukup buat aku rasa nak pengsan.
Huhuhu... Omel Nani dalam hati.
“Ada masa saya call lagi okey. Pergilah sambung study.
Take care, bye.”
“You too... take care, bye!” Nani letak telefon. Dadanya
bergetar hebat. Kenapa eh... Dia senyum sendirian dan akhirnya
terlena sampai ke pagi. Mimpi indah bersama Hyun Bin.
Hihihi... Angau. Plan asal hendak mengulang kaji memang dah
tinggal plan jelah. Nani... Nani...

No comments:

Post a Comment