ISNIN yang ceria. Nani memulakan tugas seperti biasa.
Hari ini sudah genap tiga hari Hakim tak menghubunginya.
Dia mengagak Hakim sedang mabuk kepayang dengan cinta
barunya. Biarlah kalau itu yang membahagiakan Hakim.
“Nani, bos panggil,” Tiba-tiba Fatin, P.A. big boss
terpacul di depan meja kerjanya.
“Bos panggil? Ada hal apa eh,” Nani soal Fatin. Jarang
bos panggil awal-awal pagi begini.
“Entah, dia tak cakap pulak. Tapi urgent katanya.”
“Okey, aku pergi sekarang, thanks.” Hatinya sedikit
gerun mahu berdepan dengan big boss yang cukup terkenal
seantero Mekar Events ini dengan sikap perfectionist dan hottemper.
Nani melangkah ke bilik bosnya, Umar Rayyan. Bos
aku ni pun muda lagi, baru tiga puluh satu tahun. Dengardengarnya
duda tapi tak ada anak. Hensem, kulit cerah tapi,
cerewet Nauzubillah. Sempat Nani mengomel dalam hati
sebelum mengetuk bilik Rayyan dan terus melangkah masuk.
“Morning, boss.” Nani berlagak selamba, berharap
sangat bosnya dalam mood yang baik pagi ini.
“Morning, have a seat.” Rayyan membalas sapaan Nani
tapi matanya tidak lekang memandang skrin komputer. Hampir
lima minit jugalah Nani mengeraskan diri di kerusi.
Tekunnya bos aku ni kerja.
“Nani... macam mana kerja, okey?” Soal Rayyan,
tangannya masih ligat mengetuk keyboard.
“So far Alhamdulillah bos, err bos ada perkara apa yang
nak dibincangkan? Tadi Fatin kata urgent.”
“Oh ya, I nak you jadi secretariat untuk training
yang kita organise di PD next two month.” Terang Rayyan.
Dia mengalihkan perhatian kepada Nani yang kelihatan kekok
berhadapan dengannya.
“Training apa bos?”
“Anger And Stress Management. Corus Hotel PD
minta kita anjurkan kursus ni untuk staf diaorang di peringkat
pengurusan.”
“Okey,” Nani jawab sepatah.
“Kita akan buat training tiga hari. So I nak you
contact dengan Corus Hotel PD to set the date. Nanti I akan
minta Nita tolong you pasal penyertaan, agenda, speaker dan
lain-lain. Anything you can ask Nita or Fatin or myself. I nak
bagi you exposure. So that you dapat belajar macam mana nak
uruskan event atau pun training. Okey?” Panjang lebar Rayyan
menerangkan. Nani pula mencatat pantas arahan yang diberi
oleh ketuanya itu.
“Okey, thanks bos sebab beri saya peluang ni. Saya
akan cuba buat yang terbaik,” ujar Nani bersungguh-sungguh.
Semangatnya berkobar-kobar. Rayyan tersenyum lebar.
“Oh ya, nanti I nak you submit report semasa you di
HR Department. Kalau boleh by next Monday morning dah ada
di meja I.”
“Okey, bos.”
Nani bangun dan meminta izin untuk beredar. Dia
terus mencari Nita untuk mendapatkan tunjuk ajar. Walaupun
Nita hanya setahun lebih tua daripada Nani tapi dia sudah lama
bekerja di sini. Nita bermula dari bawah selepas tamat SPM.
Tidak hairanlah kenapa dia menjadi pekerja kesayangan bos
dan telah dinaikkan pangkat sebagai eksekutif. Tengok saja cara
kerjanya yang komited dan berdedikasi. Memang layak dan Nani
kagum dengan kesungguhan Nita.
Nani kembali ke meja kerja setelah selesai berbincang
dengan Nita. Dia pantas mencapai telefon bimbitnya. Manalah
tahu kot-kot ada panggilan daripada Hakim. Hampa. Kalau
dulu setiap pagi pasti Hakim akan menghubunginya dan
menyanyikan lagu entah apa-apa dengan suara yang tak berapa
nak merdu tu. Jauh di sudut hati, dia rasa terpinggir dengan
perubahan sikap Hakim.
Mungkin selepas ini dia akan terus lupa pada aku.
Gumam hatinya. Aku seronok jadi kawan dia. Biarlah, aku tak
kisah kalau dia nak bercerita tentang skandal dengan manamana
perempuan pun, aku sanggup jadi pendengar yang setia,
asalkan Hakim tak terus abaikan aku. Ah, biarlah! Entah berapa
kali hatinya berkata biar... biar...biar... Buat apa mengharap pada
yang tak sudi. Tak jadi kekasih pun tak apa, asalkan dia terus
dapat menjadi kawan Hakim. He is such a nice guy.
Nani terus menyambung tugas seperti biasa. Malas
hendak diturutkan perasaan sedih. Lagipun ada tugas
penting yang perlu dia selesaikan. Inilah peluang untuk dia
membuktikan kemampuannya pada syarikat. Dia tidak mahu
mencampur adukkan soal peribadi dan kerja. Dia mahu jadi
pekerja profesional yang boleh mengimbangi antara tuntutan
kerja dan kehidupan peribadi. Lagipun kerja juga satu ibadah
dan amanah.
Dan... sehinggalah waktu menginjak ke pukul lima
petang, Nani masih tidak menerima panggilan daripada Hakim.
Hari ini dia perlu stayback, banyak perkara yang perlu
dibereskan. Sepanjang hari dia berulang-alik ke meja Nita
bertanyakan banyak perkara yang dia tidak faham. Nasib baik
Nita rajin membantu. Pukul tujuh petang barulah dia beredar
meninggalkan pejabat. Perlahan-lahan dia mengatur langkah
menuju ke kereta. Penatnya... hari ini dirasakan sungguh
panjang. Kelisa second-hand berwarna silver itu dibuka
pintunya. Nasib baik ibunya bermurah hati membayarkan duit
muka kereta untuk memudahkan dia berulang-alik ke tempat
kerja. Tanpa berlengah, Nani terus meninggalkan perkarangan
pejabat bersama sekelumit hampa.
Nani tiba di rumah ketika senja sudah berlabuh.
Deringan telefon mengejutkannya yang baru sahaja selesai
menunaikan solat Maghrib. Nani mencapai telefon, tertera
nama Hakim di skrin telefon.
Entah apa pula cerita Hakim hari ni. Mesti dia nak
cerita kat aku betapa bahagianya dia dengan Aliyah ni. Hati
kecil Nani mengagak.
“Helo,” Nani menekan punat hijau di telefon setelah
agak lama telefon bimbit dibiarkan menjerit-jerit.
“Hai sayang, sihat?” Senangnya dia panggil aku sayang.
Dia tak tahu ke, aku terdera dengan panggilan sebegitu. Bisik
hatinya.
“Sihat, macam biasa.” Nani mengawal nada suara
agar kedengaran riang seperti biasa, seperti dia tidak langsung
kisah dengan apa yang telah berlaku. Adegan berpeluk yang
disaksikan minggu lepas menari-nari di ruang mata.
“Lama kita tak keluar, jom pergi minum nak.”
“Erm, next time kut. Hari ni saya penat la Kim,” Nani
memberi alasan.
“Alaaa... awak tak rindu saya ke?” Eeeee, nak je Nani
menjerit sekuat hati... Jangan beli jiwa aku!!!
“Hahahaha,” Nani gelak besar. Hakim, Hakim.
“Gelak pulak dia ni.”
“Habis tu nak saya cakap apa. Kalau cakap rindu kang
ada pulak yang baling saya dengan high heels karang.”
“Siapa berani buat macam tu.”
“Makwe awaklah, Aliyah.”
“Malaslah cakap pasal dia.”
“Pulak, hari tu bukan main beria cakap suka kat dia.
Apa masalahnya pulak ni?” Ooo, dah bosan baru sibuk cari aku
balik... tapi ayat itu cuma mampu terucap di dalam hati.
“Dia tu belum apa-apa dah nak lebih-lebih. Weekend
hari tu saya temankan dia shopping. Maintenance tinggi
sangatlah dia tu.” Hakim mula membebel.
“Awak kan banyak duit. Apa ada hal?”
“That’s not the issue. Kut ye pun janganlah gelojoh
sangat. Saya habis dekat lima ribu tau belanja dia shopping satu
hari tu. Kalau saya dah official jadi pakwe dia takpelah, kan.”
Rungut Hakim.
“Padan muka.” Ops, terlepas cakap. Nani menekap
mulutnya.
“What! Awak cakap saya padan muka?” Jelas kedengaran
suara Hakim terkejut.
“Mana ada. Saya cakap lain, awak dengar lain,” Nani
cuba berdalih.
“Saya belum pekak lagi tau.” Ujar Hakim dengan suara
yang mendatar.
“Erm, yup memang saya cakap awak padan muka pun.
Kenapa? Marah ke?” Sebenarnya Nani memang berniat berkata
begitu, biar Hakim sedar sikit. Hahaha. Puas hatinya!
“Sampai hati dia,” ujar Hakim seolah-olah hendak
merajuk.
“Yalah, next time janganlah mudah sangat termakan
pujuk, tercair hati dengan orang yang baru kita kenal.
Perempuan macam tu, suka la kejar awak sebab awak boleh bagi
dia apa yang dia nak. Lain kali kena la beringat sikit, ada faham?”
Panjang pula syarahan Nani. Geram dengan kebodohan Hakim.
“Okey, erm... ni yang buat saya sayang awak. Awak tak
macam yang lain.”
Aduh, berbisa sungguh kata-kata Hakim. Ibarat racun
yang merosakkan urat saraf Nani perlahan-lahan. Sumpah! Dia
takkan termakan lagi dengan ayat-ayat manis Hakim walaupun
dia tahu Hakim mampu buat naluri wanitanya bergetar. Nani
perlu berlagak seperti biasa. Dia perlu keraskan hati dan
bekukan perasaannya pada lelaki itu.
“Saya ikhlas jadi kawan awak, tu je. Kalau tak ikhlas
dah lama saya ambil kesempatan macam yang lain tu,” Nani
menjawab kata-kata Hakim selepas beberapa ketika dia
mendiamkan diri.
“Erm, weekend ni free tak?” Hakim ubah topik.
“Tak sure lagi. Kalau ibu tak ajak balik Rawang, free
kut.”
“Jom kita tengok wayang nak tak? Remember... awak
nak belanja saya kan bila dah dapat gaji pertama. Jangan buatbuat
lupa, okey.”
“Ada janji eh, macam mana boleh lupa ek.” Dia hampir
terlupa akan janjinya itu.
“Tak kira, Sabtu ni pukul sebelas sharp saya ambil
awak kat rumah.”
“Yalah,” Nani mengalah juga. Sudah lama juga dia
tidak keluar dengan Hakim.
“See you on Saturday sayang, bye.”
Glup... Nani telan liur. Benci bila namanya digantikan
dengan panggilan sayang. Ah, dengan semua orang dia panggil
sayang. Sweet talker! Nani merebahkan diri di atas katil.
Matanya leka memandang kipas yang sedang ligat berputar...
Seligat otaknya yang sedang berusaha mencerna kata-kata
Hakim.
Aku yakin sayangnya hanya di bibir, bukan di hati. Aku
pasti itu. Bisik hatinya.
HARI SABTU, Nani bersiap-siap untuk keluar dengan Hakim.
Teruja juga hendak berjumpa dengan Hakim walau hatinya
keras melarang supaya jangan terlalu berharap. Nani turun
ke bawah setelah selesai bersiap. Sudah pukul sebelas suku
pagi, Hakim masih belum muncul. Lambat sikit kut, ada hal
mungkin. Nani memujuk diri. Pukul sebelas empat puluh lima,
masih tiada bayang Hakim di depan rumah.
“Isy... dia ni nak keluar ke tak?” Rungut Nani.
Dia cuba menghubungi Hakim tetapi talian dimatikan.
Nani naik rimas. Dia benci menunggu dan benci orang yang
tidak tepati janji. Nani mendail sekali lagi. Kali ini ada deringan.
“Helo,” Nani pasti ini bukan suara Hakim. Dia belum
pekak. Jelas sekali itu suara perempuan. Dia membetulkan
kerongkongnya yang tersekat.
“Hakim, ada?”
“Hakim... sekejap ya, you siapa?” Ujar suara yang
kedengaran seperti baru bangun daripada tidur itu.
“Oh, I secretary dia,” belasah ajelah. Gerutu hatinya.
“Honey, call for you!” Jeritan itu jelas di
pendengarannya. Honey? Yucks!
Telefon bertukar tangan apabila suara garau Hakim
muncul di talian.
“Helo,” kedengaran juga seperti baru bangun daripada
tidur. Dia tidur dengan perempuan tu, oh? Otaknya mula
berfikir-fikir.
“Hakim, it’s me Nani. Sorrylah kacau awak. Saya just
nak tanya jadi ke nak keluar ni? Kalau tak jadi, tak apa. It’s fine
with me,” Nani cuba mengawal rasa marah yang menguasai diri.
Aku dah tak ada mood pun nak keluar. Buang masa aku
je bersiap lawa-lawa. Kita sikit punya bersemangat nak jumpa
dia. Konon, pukul sebelas sharp ada kat depan rumah. Yalah
sangat. Hampassss! Jerit Nani dalam hati.
“Keluar? Oh man!! Sorry saya terlupa, sorry sangatsangat.
But sayang I don’t think I can make it today. Hakim
ada hal pulak hari ni, how about tomorrow. Promise!” Hakim
memicit-micit kepalanya yang terasa berat.
“Never mind. Tomorrow saya tak free. Sorry, bye.”
Nani terus mematikan talian.
Lupa ke buat-buat lupa? Sakitnya hati. Dia mendaki
tangga naik ke atas menukar pakaian. Dalam kepala dah fikir
macam-macam. Sedikit demi sedikit karakter Hakim mula
difahami. Womaniser, kaki minum. Erm, apalagi? Semua ciriciri
suami soleh memang tak ada dalam diri Hakim.
Yang menjadi persoalannya kenapa dia masih sukakan
Hakim? Kenapa? Kenapa dia masih berharap untuk menjadi
pendamping Hakim? Menjadi teman Hakim walau cuba
dinafikan sekeras-kerasnya. Nani betul-betul tidak tahu. Dia
tiada jawapan untuk semua itu.
Tuhan, berikan aku petunjuk-Mu. Aku tak nak jadi
perigi yang sibuk mencari timbanya. Itu bukan aku... Kenapa
bila bab Hakim aku bukan menjadi aku, yang kuat berpegang
pada prinsip diri. Kenapa aku mudah berlembut dan memaafkan
setiap perbuatannya walaupun aku sendiri yang makan hati.
Suatu masa nanti aku harap aku temui jawapan kepada setiap
persoalanku. Hatinya terasa bengkak. Nafasnya turun naik.
Geram dengan diri sendiri. Fikirannya buntu... dia betul-betul
tidak mengerti perasaannya kala ini.
Nani berkira-kira, daripada terperap di rumah dan
menambah kusut, lebih baik dia keluar dengan Taj. Dah lama
rasanya tidak bersosial. Ibu pagi-pagi sudah keluar dengan
Amna adik bongsunya ke IKEA menyambung misi minggu lepas
yang tergendala disebabkan dirinya. Nani tidak jadi menukar
pakaian. Nombor Taj didailnya. Kebetulan Taj tidak sibuk
hari ini. Nani segera memacu keretanya menuju ke Puchong
menjemput Taj di rumah.
“Nani!!!! Rindu gila nak jumpa kau.” Masuk saja ke
perut kereta, Taj terjerit-jerit melepaskan rindu. Nani turut
menjerit kegembiraan. Kereta dihalakan ke Lebuh Raya
Persekutuan. Destinasi mereka ialah Mid Valley la, ke mana lagi.
“Beb, kita makan dulu jom. Aku tak breakfast pagi tadi.
Lapar gila!” Nani menarik tangan Taj ke Pizza Hut. “Jom aku
belanja, aku baru dapat gaji ni.”
“Wah, ye ke. Jom, jom...” Beria pulak minah ni.
Pantang dengar makan free, laju je. Sempat hati Nani berdetik
tatkala melihat reaksi Taj yang terkinja-kinja.
Mereka memilih sudut yang agak terasing untuk
duduk. Konon nak privacylah tu.
“Macam mana kerja kau, okey ke? Taj memulakan
perbualan.
“Okey. Seronok. Sebab aku buat macam-macam kerja
sekarang ni. Sebelum confirm aku kena rotate dulu setiap
department. Bos nak semua staf dia tahu setiap aktiviti kat
company tu. Kau ingat lagi tak Encik Rayyan? Aku pernah
cerita kat kau pasal dia, masa aku praktikal kat situ dulu. Ingat
tak? Kan orang kat ofis tu gelarkan dia singa jadian. Sekarang ni
dengar cerita, dia dah menduda. Duda meletup. Dahlah hensem,
kaya, macam mana la dia boleh divorce dengan bini dia. Pelik
aku.” Mulut Nani rancak bercerita macam bertih jagung.
“Amboi engkau kalau bercerita mengalahkan mak
nenek,” Taj ketawa besar.
“Dah bercerai Encik Rayyan tu. Kesiannya. Tu la kan,
rupa dan harta tak menjamin kebahagiaan rumah tangga.
Eh, Hyun Bin Celup kau apa cerita pulak. Kau masih contact
dengan dia ke?” Soal Taj sambil menyudu mushroom soup ke
mulut.
“Aku still lagi contact dengan dia tapi sekadar kawan
jelah.” Ada sendu di hujung ayat itu.
“Lain macam je bunyi ni. Kau dengan dia ada apa-apa
ke? Kau tak nak share dengan aku ke beb.” Cekap betul sensor
otak si Taj ni menghidu kecelaruan di jiwa Nani. Nama pun
kawan baik, kan. Taj memang dah faham sangat setiap gerakgeri
dan tingkah laku sahabat karibnya itu.
“Mana ada apa-apa. Aku dengan dia memang berkawan
je pun. Tak lebih, tak kurang.” Pandangan dialihkan ke luar
melihat gelagat orang yang lalu lalang. Kepala yang tak gatal
digaru.
“Big fat liar. Kau ni dah pandai rahsia-rahsia pulak,”
tempelak Taj. “Hah, ni mesti kau dah jatuh chenta kat mamat
tu, kan. Tell me la kawan, come on. If I were in your shoes, aku
pun gila bayang gak kut dengan mamat tu. Hensem tu.” Ujar
Taj lagi. Sup cendawan di hadapannya sudah licin.
“Eh, kau ni dah tak faham Bahasa Melayu ke apa. Nak
aku cakap Cina baru nak faham ke nenek?”
“Try la cakap... aku nak dengar,” Nani dan Taj ketawa
juga akhirnya.
Nani memang kalah dengan Taj. Akhirnya diceritakan
juga apa yang terjadi antara dia dan Hakim. Rahsia dah
terbongkar di tangan Taj.
“In the first place aku nak tanya kau, of all great guy,
why him? Kalau kau dah tahu perangai dia macam tu? Aku rasa
kan, baik kau jangan rapat sangat dengan mamat tu. Eee, tak
sangka dia macam tu, kan. Tahu la dia tu hensem tapi jangan
la salah guna anugerah Tuhan tu. Kalau aku jadi kau, aku tak
kawan dengan dia lagi dah. Bikin semak kepala je,” Taj membuat
rumusan daripada cerita Nani.
“Tak tau la Taj. Aku pun pelik dengan diri aku ni.
Kenapa aku boleh suka nak berkawan dengan dia. Entah, aku
rasa dia ada something yang buat aku suka kat dia tapi aku tak
tahu apa. Masa aku nampak dia kat IKEA hari tu, memang aku
rasa sedih sangat, remuk hati aku ni.”
“Nani, kau ni dah terkena magic spell Hakim ke? Kau
janganlah lebih-lebih suka kat dia. Aku risau nanti kau yang
frust sorang-sorang. Dia takpelah awek keliling pinggang.
Orang macam tu mana tahu hargai perasaan orang. Dia tahu
nak seronok je. Kau jangan sedih-sedih sebab dia. Aku tak suka.
Cukuplah kau kecewa masa couple dengan Firdaus bangang tu
dulu.” Panjang lebar Taj memberi tazkirah hinggakan nama
Firdaus, bekas teman lelaki Nani pun terkait sekali.
“Itulah yang aku tengah struggle sekarang ni. Wei,
dah la cakap pasal dia. Jom cari tiket wayang,” Nani terus ke
kaunter bayaran, selesai membuat bayaran dia beredar dari situ.
Taj membuntuti dari belakang saja.
Aku keluar ni nak hilangkan kecelaruan jiwa, alih-alih
duk bercerita pasal dia. Makin celaru jadinya... Haru! Bisik hati
Nani.
No comments:
Post a Comment