DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Thursday, 15 April 2021

Cinta Hati Mr. Aydan - Bab 4


ANIS termenung di depan cermin sambil merenung wajah sendiri. Awal-awal lagi dia sudah bangun dan mandi. Mata melirik pula ke arah katil. Melihat suami yang masih nyenyak tidur tanpa mempedulikan kejutannya tadi. Sesekali dia menarik nafas. Tiba-tiba dia rasa penat dan letih. Baru sehari bergelar isteri, ini yang dia rasa. Tiba-tiba juga hatinya rasa sayu dan sedih.

“Abang, bangun. Nanti kita solat subuh sama-sama.” Sekali lagi dia mengejutkan Syaqeer yang masih enak dibuai mimpi.

Erm...” hanya kedengaran itu dari mulut sang suami.

“Abang, bangunlah. Nanti lewat kita solat berjemaah sama-sama.” Anis cuba kejutkan suaminya sekali lagi. Dengan harapan kali ini Syaqeer akan bangkit dan menunaikan solat subuh. Tak apalah kalau tak jadi imamnya tapi sekurang-kurangnya dia menjalankan tanggungjawabnya kepada Ilahi.

Bahu Syaqeer, Anis sentuh dengan lembut. Bimbang menimbulkan kemarahan sang suami lantaran malam tadi dia tidak menunaikan kewajipan sebagai isteri. Anis tahu Syaqeer kecewa tapi hatinya lagi kecewa walaupun dia tidak meluahkannya.

Tanpa membuka mata, tangannya ditarik kuat oleh Syaqeer yang membuatkan dia terdorong menghempap dada suaminya.

“Abang,” tersentak Anis dibuatnya.

Syaqeer mengukir senyum. Menatap wajah isteri yang baru dinikahinya malam tadi.

Syhh... abang nak sarapan abang,” ujar Syaqeer.

“Sarapan? Abang kan belum solat subuh lagi. Masih awal lagi kalau nak bersarapan. Tapi kalau abang lapar, Anis boleh sediakan sarapan untuk abang sekejap lagi.” Anis benar-benar terkejut. Celik sahaja biji mata, terus minta sarapan. Dah kebulur sangat ke?

“Abang tak nak sarapan yang kena masak. Abang nak sarapan segera, yang tak perlu masak,” jawab Syaqeer bersama senyuman di wajahnya.

“Habis tu, abang nak makan apa?” soal Anis yang masih terkial-kial cuba melepaskan diri dari pelukan Syaqeer.

“Abang nak sarapan Anis sekarang, boleh? Kempunan abang tak dapat malam tadi.” Syaqeer menatap nakal wajah isterinya yang resah tak sudah.

“Abang, Anis...”

Cup! Mulutnya segera ditutup.

I want you, now. No excuse!” Kali ini Syaqeer bersuara tegas. Renungannya juga bertukar menjadi tajam. Kecut perut Anis dibuatnya.

Ketika itu juga tangan kasar Syaqeer mula meliar di tubuhnya. Anis mula menggeliat kegelian dengan setiap sentuhan itu. Dahlah dia ini jenis penggeli. Seriau bulu roma dibuatnya.

Anis cuba menolak lembut tapi nampaknya tolakannya tidak diendahkan oleh Syaqeer. Tangan kasar suaminya terus bertindak liar meneroka segenap tubuhnya. Saat ini dia hanya mampu ketap bibir. Tak berani membantah walaupun hati dah mula gundah. Perlukah dia tunaikan kehendak sang suami sekarang sedangkan sang suami pula masih belum lagi menunaikan kewajipannya yang satu itu. Kewajipan yang lebih penting dari kehendaknya yang ini.

Tubuh Anis mula ditolak, menjadikan dia berada di bawah dan Syaqeer terus mengubah posisinya. Tubuh Anis dikepung dengan tubuh suaminya. Terasa sesak nafas seketika. Pertama kali ditindih macam ni, pasti seram sejuk jadinya. Dahlah pandangan mata Syaqeer membuatkan dia rasa kering air liur.

I need you now!” bisik Syaqeer di telinga Anis. Nafasnya mula mendesah. Bibirnya mula meliar merayap di leher isterinya. Tangannya juga sudah tak tentu arah. Mula menyentuh seluruh tubuh sang isteri.

“Abang, please... sabar dulu boleh tak? Anis tak bersedia lagilah.” Anis masih cuba menolak.

“Tak bersedia? Sampai bila abang nak kena tunggu? Buat apa abang berkahwin dengan Anis kalau abang tak dapat apa yang abang nak?” suara Syaqeer mula kasar. Wajahnya berubah tegang.

Anis ketap bibir. Mula takut dengan reaksi sang suami.

“Tapi abang kan belum solat subuh lagi.” Anis cuba menolak dengan cara lembut.

“Masih ada waktu lagi. Lagipun nak solat subuh bukannya lama, dua rakaat aje kan?” Tangan Syaqeer kembali bergerak. Leher isterinya mula dikucup bertalu-talu. Lagi sekali dia menelan liur. Hati makin resah dan takut.

“Abang...”

Anis masih cuba mengelak dengan melarikan leher dari terus menjadi mangsa kucupan rakus Syaqeer. Sungguh, dia memang rasa cukup tak selesa dengan tindakan suaminya yang semakin liar.

“Anis nak abang tuntut secara baik hak abang sebagai suami atau nak abang tuntut secara kasar? Anis pilih.” Syaqeer merenung tajam wajah Anis.

Lagi sekali dia menelan liur. Mulalah pelbagai andaian muncul di benak fikiran kalau dia cuba menolak dan Syaqeer bertindak kasar terhadapnya. Takkanlah dia akan menjadi mangsa rogol suami sendiri.

“Anis tak nak abang berkasar kan?” Nada suara Syaqeer kembali lembut. Dia pamer senyum segaris. Dia bimbang kalau sang isteri terus menolak kehendaknya.

Anis pula hanya mampu memejamkan mata dan berserah. Dalam masa yang sama, hati mula berasa sayu bila mengingatkan yang suaminya lebih mementingkan nafsu dari kewajipan dia sebagai hamba Allah.

Can we proceed?” soal Syaqeer dengan nada ugutan. Menunggu jawapan yang keluar dari mulut isterinya.

Perlahan-lahan Anis mengangguk kepalanya. Nak tak nak dia terpaksa pasrah. Bimbang kalau tubuh badannya akan disakiti nanti.

 

MAJLIS PERSANDINGAN malam ini berlangsung dengan meriah di dewan hotel. Mereka sepakat untuk mengadakan majlis resepsi sekali sahaja.

“Anis, siapa perempuan yang tengah berborak dengan suami kau tu? Bukan main mesra lagi nampak hubungan mereka. Dah macam pasangan kekasih aku tengok,” komen Maisara. Dia menjeling ke arah satu sudut.

“Entah. Kawan rapat dia kut. Aku malas nak masuk campur.” Anis melepaskan keluhan. Tipulah kalau dia tak rasa cemburu melihat hubungan mesra mereka berdua.

Namun, dia dah mula tawar hati bila kena sound dengan Syaqeer malam tadi. Kisahnya sebab Syaqeer melihat Anis sedang memegang telefon bimbit miliknya. Bukan sengaja tapi dah telefon itu asyik melalak berkali-kali. Terpaksalah dia angkat. Masa itu Syaqeer ada di luar bilik. Dadanya yang masih belum hilang debar akibat mendengar suara perempuan yang sama, ditambah pula dengan tengkingan Syaqeer.

“Lain kali jangan nak pandai-pandai angkat dan pegang telefon abang. Abang tak suka hak privasi abang dicerobohi. Lagi satu, jangan nak masuk campur dalam urusan hidup abang. Abang tak suka. Faham?” marah Syaqeer dan terus merampas telefon dari tangan Anis lalu keluar dari bilik.

“Eh, kau boleh buat derk aje. Kau tengok lagak perempuan tu. Daring dan bukan main gedik lagi. Tak segan menempel sebelah suami kau,” bebel Maisara lagi.

“Alah, Mai. Tak payah nak cakap pasal diaorang lagi. Kau temankan aku makan. Tadi aku makan sikit aje.” Anis menarik tangan Maisara. Saja mahu mengalih pandangan Maisara dari berterusan melihat pasangan itu.

“Dah, cukuplah tu. Tak payah tengok mereka tu lagi,” makin keras Anis bersuara.

Maisara mendecit. Tapi ajakan teman baiknya tetap dituruti walaupun hatinya terselit rasa terkilan.

“Mai, kau tahukan yang aku berkahwin dengan Abang Syaqeer bukan atas pilihan aku sendiri. Sebelum ni, aku tak pernah tahu pasal hubungan dia dengan mana-mana perempuan. Aku ingat kalau dia boleh terima aku, bermakna dia tak ada sesiapa. Kalau dia dah ada kekasih, takkan dia senang-senang nak terima aku,” ujar Anis sambil menggaul perlahan nasi dengan sudu.

Memang itu yang Anis rasakan sewaktu mula-mula terima Syaqeer sebagai tunang dulu. Tapi sekarang dia dah mula rasa waswas.

“Ya. Tapi tiba-tiba aku rasa tak sedap hati.” Wajah Maisara nampak resah.

Anis mengukir senyuman manis. Hakikatnya dia cuba tenangkan hati yang resah. Inikan majlis perkahwinannya. Semua orang kelihatan gembira terutama sekali orang tua mereka. Anis nekad akan bertahan selagi boleh tapi kalau tak boleh, dia akan belajar untuk reda dan pasrah. Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Tak perlu nak dikesalkan.

“Kalau jodoh aku dengan Abang Syaqeer panjang, aku terima. Kalau sekejap pun aku terima. Aku akui yang aku belum mencintai dia sepenuhnya. Aku terima dia sebab aku hormatkan orang tua aku aje. Aku tak nak kecewakan hasrat mereka yang nak sangat aku dan Abang Syaqeer disatukan. Itu aje.” Anis meluahkan perasaannya kepada Maisara.

Membulat mata Maisara mendengar pengakuan daripada teman baiknya itu.

“Kenapa baru sekarang kau luahkan benda ni? Macam ada sesuatu yang cuba kau sembunyikan.” Maisara melahirkan rasa kecewa. Anis melepaskan keluhan.

“Aku ingatkan aku boleh bahagia dengan dia tapi...” Kali ini Anis mengetap bibir.

“Kenapa ni? Muka kau tiba-tiba sedih aje ni.” Maisara mula risau melihat perubahan riak wajah Anis.

Tanpa berlengah, Anis menceritakan apa yang berlaku pada malam perkahwinan dan juga amaran Syaqeer. Entah kenapa dia tak mampu menyimpan rasa itu. Mungkin dengan cara meluahkannya, hati dia akan rasa tenang.

Maisara beristighfar.

“Aku sebenarnya takut nak hadapi perkahwinan ni. Aku takut kalau ikatan perkahwinan ni takkan kekal lama dan aku yang akan dipersalahkan nanti. Aku takut, Mai.”

Kali ini Anis memegang tangan Maisara dengan erat untuk mencari kekuatan. Maisara seorang sahabat yang baik dan pastinya dia akan sentiasa menyokong Anis.

“Kau jangan risau, Nis. Aku akan sentiasa ada dan beri sokongan untuk kau. Kalau kau ada apa-apa masalah, kau beritahu aku, okey? Aku akan tolong kau selagi aku mampu,” pujuk Maisara. Dia semakin resah. Apalagi bila melihat gelagat Syaqeer dengan perempuan tadi. Mesra semacam saja.

Dia sayangkan Anis sebagai kawan rapatnya. Dia tahu Anis seorang anak yang baik, lemah lembut dan sentiasa mendengar kata. Sahabatnya sanggup dijodohkan dengan Syaqeer tanpa mengetahui siapa sebenarnya Syaqeer.

 

“NAH, BUKALAH.” Syaqeer menghulurkan satu sampul surat. Dia melabuhkan punggung di atas katil.

Anis memandang seketika sampul surat di tangan. Hati tertanya-tanya surat apakah yang dia terima ini? Pelbagai andaian muncul di benak fikiran.

Akhirnya dia mengambil keputusan untuk mengeluarkan isi sampul surat tersebut. Terbuka luas matanya sebaik sahaja membaca kandungan surat itu.

“Serius, betul ni?” mulut Anis ternganga luas.

Syaqeer mengukir senyum.

“Suka?” soal Syaqeer. Mata masih menatap wajah isterinya yang masih lagi terkejut.

“Mestilah suka. Terima kasih, abang,” ucap Anis dengan perasaan gembira.

Syaqeer menepuk tangan di katil. Memberi isyarat agar Anis duduk di sebelahnya.

Anis akur dan melabuhkan punggung di sebelah Syaqeer. Masih sukar mahu menerima berita gembira ini.

“Abang harap, Anis tak kisah sebab terpaksa tinggalkan KL dan ikut abang ke Terengganu. Saudara abang kerja kat situ sebagai pengurus, jadi dia yang tolong abang dapatkan kerja untuk Anis. Kebetulan resort tu nak pakai orang,” ujar Syaqeer sambil menyentuh lembut tangan isterinya.

“Anis kan dah jadi isteri abang. Di mana suami Anis berada, di situlah tempat Anis. Kecuali abang ada niat nak ceraikan Anis sebab nak kahwin dengan perempuan lain.” Anis bersuara. Sekali gus cuba memberi peringatan kepada suaminya secara halus. Harap-harap dia akan faham maksud yang cuba disampaikan.

Sebelum ini, Anis hanya membantu mamanya yang membuka kedai kek dan bakeri. Itu pun sekadar mengisi masa lapang sahaja. Ada masanya dia belajar memasak daripada mama dan juga pembantu rumah sementara mendapat kerja tetap.

Syaqeer kelihatan tergamam. Dia menatap lama wajah isterinya.

“Kenapa cakap macam tu? Kita kan baru saja berkahwin. Baru 3 hari jadi suami isteri, takkan Anis dah cakap soal cerai.” Syaqeer bersuara bengang.

Anis cuba mengukir senyuman.

“Anis cuma cakap aje. Kalau abang tak ada niat nak ceraikan Anis, tak apalah. Kita akan terus jadi suami isteri tapi kalau abang rasa Anis ni tak layak untuk jadi isteri abang, abang cakaplah. Anis akan sedia berundur.” Anis cuba menjelaskan maksudnya dengan nada lembut. Hakikatnya dia masih terasa dengan layanan dan ugutan Syaqeer tempoh hari.

“Abang minta maaf kalau Anis terasa dengan kata-kata abang malam tu.” Hanya itu yang keluar dari mulut Syaqeer. Kemudian dia bangkit dan keluar dari bilik.

Anis hanya mampu mengeluh.

Tidak lama kemudian, kedengaran bunyi telefon milik Syaqeer yang ada di atas katil. Melihat nama Diela yang tertera di skrin telefon itu, Anis hanya buat tak tahu dan membiarkan deringan itu berhenti dengan sendiri. Nanti tak pasal-pasal dia kena marah pula.

Anis mencapai telefon miliknya. Nama Maisara terus dicari.

“Mai,” panggil Anis.

Hmm... apa hal call aku ni? Suami kau mana?”

“Dia kat luar. Aku nak beritahu kau satu benda ni.”

“Apa dia, kau dah pregnant ek?” Maisara dah gelak-gelak.

“Gila kau, Mai. Baru 3 hari aku kahwin, takkan dah mengandung,” marah Anis. Agak-agaklah kalau nak tanya pun!

Maisara ketawa mengekek-ngekek.

“Dan yang pasti kau bukan anak dara lagi kan? Kan?” usik Maisara.

“Memanglah tapi apa yang aku nak beritahu ni hal lain.” Akhirnya Anis mengaku juga dengan rasa segan.

“Amboi, mengaku juga ya! Seronoklah tu? Dah berapa kali kau kena mandi wajib dalam tempoh 3 hari ni?” Maisara tak habis-habis menyakat temannya.

“Maisara!!! Kau ni kan...” Anis mengetap bibir. Geram sungguh dengan teman baiknya yang suka mengusik.

“Okey. Aku tak nak usik lagi. Tadi kau cakap nak beritahu aku sesuatu kan? Apa dia?” soal Maisara. Nadanya sudah bertukar serius.

“Aku dah dapat kerja,” ujar Anis dengan rasa teruja.

“Wau, tahniah. Kerja kat mana?”

Maisara juga turut teruja. Dia tahu Anis berharap sangat dapat kerja dalam masa terdekat ini walaupun dah bergelar isteri. Bosan katanya kalau asyik terperap dekat rumah dan hanya menunggu suaminya pulang dari kerja.

“Kat Terengganu. Kerja kat sebuah resort.”

Hmm... baguslah. Tapi yang tak bagusnya kau akan berjauhan dengan aku nanti. Susahlah aku nak jumpa kau lepas ni.” Dalam nada teruja, terselit nada sedih.

“Alah, tak apa. Kita boleh berhubung dengan telefon. Kau pun, satu hari nanti akan berkahwin juga. Mesti kena ikut suami kau kan?” Anis cuba memujuk.

Mereka terus berbual sehinggalah Syaqeer muncul di dalam bilik. Anis terus mematikan talian.

Hmm, dah habis berborak?” soal Syaqeer.

“Dah.”

Syaqeer mengambil telefonnya. Dia mengeluh perlahan dan kembali meletakkan telefonnya lalu merapati isterinya.

“Malam ni abang nak tuntut upah sebab abang dah tolong isteri abang ni dapatkan kerja,” ujar Syaqeer bersama senyuman.

Anis dah mula mengetap bibir.

‘Asyik nak minta hak dia saja. Sikit pun tak fikirkan perasaan aku sebagai isteri. Rela atau tidak,’ desis hati Anis.

“Tak baik tau kalau seorang isteri menghampakan permintaan suaminya,” bisik Syaqeer di telinga sang isteri. Bukan dia tak faham reaksi Anis. Tapi dia tak mahu ambil peduli perasaan isterinya, perasaan dia yang perlu diberikan keutamaan. Sebagai isterinya yang sah, Anis perlu menurut semua kemahuannya.

Anis tetap diam.

Syaqeer mula memeluk tubuh Anis. Dia mengucup dahi isterinya. Anis hanya diam dan membiarkan setiap perlakuan Syaqeer.

Bimbang akan menimbulkan kemarahan Syaqeer kalau kehendaknya tidak dilayan. Anis tahu Syaqeer seorang yang panas baran. Sedang mereka asyik melayan perasaan, terdengar deringan telefon milik Syaqeer.

“Abang, telefon abang berbunyi.” Anis cuba bersuara. Hati dah mula tak keruan bila tindakan Syaqeer semakin agresif.

Hmm... biarlah. Kerja kita ni lebih penting daripada panggilan telefon tu,” balas Syaqeer. Tangannya semakin aktif bertindak dan akhirnya tubuh isterinya dicempung dan dibawa ke katil.

Anis hanya akur. Mengikut sahaja perlakuan sang suami tanpa sebarang bantahan.

No comments:

Post a Comment