DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Monday, 14 November 2022

Jesnita - Bab 3


MALAM yang penuh persoalan. Bunyi tawa manja bercampur baur dengan bunyi muzik di atas bot mewah itu. Bergembira dan berjimba seperti tiada masalah dalam hidup. Atau sedang melupakan masalah yang membaluti mereka.

Setelah keletihan, mereka berbaring memandang ke langit yang gelap. Bayu malam mendinginkan. Berbaring di lengan sang suami menghangatkan tubuh yang terasa dingin.

“I nak pergi sana,” ucap Jesnita sambil tangannya menuding ke angkasa. Memandang bintang di langit yang gelap.

“Hah? You kata nak pergi mana?” Reaksi Zaid kedengaran hambar tanda dia keletihan dan mengantuk.

Jesnita memandang lelaki itu dengan pandangan lunak.

“I nak pergi ke bintang.”

Well, if you insist, I will call NASA tomorrow. I nak tempah roket. You’re drunk,” ucap Zaid sedikit meleret.

Jesnita memalingkan pandangan ke tepi dan mula buat muka orang meluat. Meluat dengan kepalsuan dirinya sendiri pun ada.

You always make me happy. Tapi mama tu, dia selalu cari pasal dengan I.”

“You kena faham, TE is not just our company. Tu maruah I dan mama I. She went through a lot for this company. But I tak salahkan sesiapa pun. This is all my fault dan I dah ada solution. And I think, this is the best way to settle this.”

Of course you need to settle this,” ucap Jesnita. ‘Kau kan CEO! Kenalah acting sebagai CEO,’ gerutu hati Jesnita.

Zaid diam namun jemarinya membelai rambut isterinya.

“Orang cantik macam you tak layak hidup susah. I janji I akan selesaikan masalah ni,” ucap Zaid seketika kemudian.

Gelak Jesnita terlepas spontan entah kenapa.

I’m sleepy,” ucap Jesnita lantas memejamkan mata. Malas nak dengar sembang lelaki itu. Selama ini bukan dia tidak tahu, semua masalah Zaid diselesaikan ibunya. Bagi lelaki itu, untuk menyelesaikan masalah, dia akan ambil apa saja cara yang senang.

Tidak sedar mereka berdua terlelap di situ dalam keadaan kapal itu teroleng-oleng oleh ombak. Tenang dan damai. Tiada ibu mentua puaka di situ.

Tidak lama kemudian, Jesnita tersedar daripada lena. Lengan Zaid yang merangkul pinggangnya ditolak. Dia mahu berlalu dari situ... namun dia tersedar ada sebuah kapal layar lain sedang mendekati perlahan kapal layar mereka.

Lagu instrumental yang kedengaran dari kapal layar itu membuatkan dia terkaku entah untuk berapa lama. Lagu itu seperti pernah didengarnya sebelum ini. Dari jauh Jesnita sudah dapat melihat seorang lelaki bersut hitam sedang berdiri di yatch bow. Pandangan Jesnita mengecil kerana dia cuba untuk mengecam lelaki di atas kapal itu. Namun tidak jelas. Malap.

Sementara Rafael berdiri tegak dengan dua tangan di belakangnya. Tekun memandang ke arah Jesnita yang sedang cuba mengenalinya. Kapal itu mula bergerak ke sebelah kiri mereka. Sepanjang masa itu pandangan mereka saling tidak lepas.

Jesnita mengejutkan suaminya. Mahu suaminya melihat lelaki itu. Kalau tidak salah, dia pernah berjumpa dengan lelaki itu semalam. Namun Zaid liat mahu bangun.

“You!” bentak Jesnita siap dengan goncangan ke tubuh suaminya.

Namun Zaid tidak terjaga pun. Makin nyenyak tidur membuatkan wanita itu bengang. Jesnita kembali memandang ke arah kapal layar lelaki tadi. Ia bergerak perlahan meninggalkan mereka berdua di situ.

Jesnita kaku di situ. Kehairanan dengan apa yang berlaku. Terasa seperti dia sedang bermimpi. Sayangnya dia merasa amat dingin saat ini. Tanda dia tidak bermimpi. Cara lelaki itu memandang ke arahnya memang aneh.

 

KEESOKAN HARINYA, mereka masih berada di tengah laut.

‘Kenapa dia berada di sini malam tadi? Siapakah lelaki itu?’ Hati Jesnita kerap bermonolog semenjak bertemu dengan lelaki semalam. Wanita itu termenung jauh di atas dek kapal di tengah laut itu. Fikirannya melayang jauh mencari jawapan mengapa kapal layar itu tiba-tiba datang mendekati mereka. Dia rasa ada yang tidak kena.

Tidak sedar suaminya muncul dari arah belakang.

“Sayang?” tegur Zaid.

Jesnita mula menoleh mencari arah Zaid datang.

“Buat apa termenung ni? Patutlah dalam bilik you tak ada. You buat apa dekat sini seorang?” ucap Zaid lagi. Lelaki itu tersenyum lalu duduk di sisi isterinya. Hidung Jesnita dicuitnya.

My lovely girl,” ucap Zaid nakal.

Jesnita memandang lelaki itu. Entah kenapa saat menatap dalam-dalam raut lelaki itu, dia tahu ada sesuatu yang dia tidak tahu sedang disimpan oleh suaminya.

“Zaid, I nak cakap dengan you tentang sesuatu,” ucap Jesnita.

Okay. What is it?” balas Zaid sambil terus memandang raut isterinya. Pertanyaan Jesnita tertahan oleh sesuatu yang terkurung dalam dirinya.

“Tentang semalam...”

No. I dah explain semuanya pada you. Sekarang, kita balik ya? Kita jumpa mama,” ucap Zaid memintas bicara Jesnita.

“Balik?”

Yes. I mahu selesaikan semua masalah kita,” ujar Zaid ceria.

Jesnita terus memandang lelaki itu bangun dan berlalu. Hatinya merasa hampa. Kerana bukan itu yang dia hendak luahkan sebentar tadi. Saat ini dia merasa bertambah hampa. Pulang kepada ibu mentua yang benci kepadanya? Hatinya jadi walang. Dia mahu bebas dari rumah itu segera.

Beberapa jam kemudian, mereka berdua selamat tiba di rumah.

Now tell me, what is your plan?” ucap Datin Syafinaz ketika mereka berada di ruang tamu.

Zaid tidak terus menjawab. Sebaliknya dia melihat jam tangan, seperti sedang menanti seseorang.

“Sabar, mama. Kami baru saja sampai. Penat pun tak habis lagi ni,” ucap Zaid selamba.

No! Mama tak boleh nak sabar selagi Zaid tak beritahu apa yang ada dalam kepala otak Zaid tu,” ucap wanita itu separuh mendesak.

Zaid tidak menjawab dek kerana Fauzi muncul di pintu utama.

“Kita ada tetamu,” ucap Fauzi kepada Zaid.

Mereka semua segera berpaling ke arah pintu utama. Di sana terlihat kelibat seseorang.

“Zaid Dato' Abdullah Sani... its nice to finally meet you,” ucap Rafael dengan riak wajah tenang.

Jesnita kaku begitu saja memandang lelaki itu. Segak. Macam kenal lelaki itu. Zaid menyambut mesra kedatangan tetamu misteri itu.

“Rafael, thank you for coming. Come in. Aku tak tahulah macam mana nak balas jasa baik kau,” ucap Zaid ceria menyambut kedatangan lelaki itu.

“Zaid, siapa lelaki ni?” celah Datin Syafinaz yang masih tidak tahu letak duduk cerita.

“Mama, this is Rafael. He’s from a consultant company nama...” Zaid mengecilkan pandangan. Mimik wajahnya berkerut. Cuba mengingati semula nama syarikat itu.

“MoneyMax...” celah Rafael. Dia kemudian memandang Datin Syafinaz dengan sedikit senyuman.

We’re not just a financial consultant. Our biggest portfolio is investment.” Rafael tersenyum sedikit kepada Datin Syafinaz.

Seketika kemudian dia memandang pula ke arah Jesnita yang memandangnya dengan riak wajah penuh tanda tanya. Mereka berdua bertatapan buat sesaat dua. Tanpa senyum! Lelaki itu hanya memandang sementara Jesnita yang masih merasa aneh dengan kehadiran Rafael semenjak kali pertama dia terlihat lelaki itu. Tatapan lelaki itu terlihat amat dalam.

Err... this is my wife, Jesnita...” ucap Zaid lantas tersenyum bangga menayang isterinya yang jelita.

Rafael tidak berkata apa-apa kepada Jesnita yang sedang mengamati wajahnya. Sebaliknya dia kembali memandang Zaid.

“Aku tahu apa yang berlaku dalam TE. Dan aku berbesar hati nak bantu kau,” ucap Rafael kepada Zaid.

Excuse me, am I invisible here? Aku tak tahu apa sebenarnya yang berlaku sekarang,” sampuk Datin Syafinaz.

Rafael tersenyum aneh. Dia memandang Datin Syafinaz pula.

It is between your son and I,” ucap Rafael. Dia memandang Zaid seketika. “Aku akan tanggung semua kerugian TE sekiranya dia terima syarat aku,” ucap Rafael lagi.

“Syarat apa?” tanya Zaid.

“Pertama, aku nak pastikan nama aku secure dalam TE. As for that, aku nak jadi share partner. 20 peratus syer dalam TE, milik aku.”

Is that all?” balas Zaid.

Lelaki itu tidak terus menjawab. Ada sesuatu yang belum diucapkan. Dia memandang Jesnita kembali. Spontan bibirnya tersenyum sedikit.

“Syarat kedua... aku nak kau ceraikan dia. Dia akan kahwin dengan aku. Syarat kedua itu ialah Jesnita.”

Jesnita yang terdengar itu segera berubah riak.

Really?” ucap Jesnita spontan.

“Apa kau cakap???” tekan Zaid mula naik berang.

You heard me,” balas Rafael dengan riak wajah tenang. Sehabis bicara, dia mendapat penumbuk sulung si Zaid.

Wajah Rafael terpaling setelah menerima hadiah daripada Zaid. Perlahan dia menoleh semula kepada Zaid. Namun riak wajahnya biasa-biasa saja seolah-olah tidak terkesan benar dengan tumbukan itu. Namun Rafael sempat mengelus hujung bibir dengan jari telunjuknya. Kesan darah pada jarinya ditunjukkan kepada Zaid. Senyumannya aneh.

“Gila! Dia isteri aku! Syarat apa yang kau bagi???” tekan Zaid meninggi.

Rafael tetap tenang. Sempat mengeluarkan sapu tangan satin dari kocek sutnya sebelum darah di hujung bibir dibersihkan. Sapu tangan itu disimpan ke dalam koceknya semula sebelum dia mendekati Zaid. Tangannya diletakkan di atas bahu Zaid.

Let me make this clear...

Everything is clear. Leave my wife out of this!” ucap Zaid tajam sambil menepis kuat tangan lelaki itu. Zaid mengertap rahang menahan marah. Masih belum puas menumbuk lelaki itu. Ketenangan di wajah Rafael menyakitkan hatinya. Sesuka hati lelaki itu datang ingin meminta isterinya. Melampau!

This is business. Don’t make this personal. Terpulang pada kau saja. TE sebuah kompeni yang bermaruah tetapi sekarang ni ada masalah besar,” ujar Rafael dengan sedikit senyuman. Sempat dia memandang Jesnita yang memandangnya dengan dua kening terangkat, seolah-olah sedang meminta penjelasan tentang kenapa dia pula yang dibabitkan dalam urusan jual beli itu.

You’re beautiful...” ucap Rafael kepada Jesnita.

Really? You tanya dia... you ingat I patung kat sini? I cantik sangat sampai you dah tak ada pilihan lain, kena ambil isteri orang?” balas Jesnita sinis.

“Apalah sangat korbankan perempuan ni untuk kembalikan TE, Zaid. Fikirkanlah...” ucap Rafael.

Kata-kata itu menambah kemarahan Zaid. Dia menerpa ke arah Rafael lalu jerutan tali leher lelaki itu dicekaknya.

“Aku takkan buat macam tu pada isteri aku! Aku sayang dia. Dan kalau kau ingat maruah aku boleh dibeli dengan duit, kau dah salah! Sekarang aku nak kau berambus dari sini dan fikir balik apa yang kau dah cakap!” ucap Zaid dengan kertapan gigi tanda kemarahannya meluap-luap.

“Isteri kau berharga lebih jutaan ringgit. Fikir baik-baik. Kau boleh cari perempuan lain,” ucap Rafael langsung tidak terkesan dengan amaran yang diberikan oleh Zaid.

“Jadi, kenapa kau nak isteri aku???” Zaid cuba menumbuk Rafael lagi namun dihalang oleh Datin Syafinaz.

“Zaid, enough!”

Jesnita pula agak kaget mendengar apa yang diucapkan oleh Rafael. Dia tidak bersuara apa-apa, sebaliknya mengamati lelaki yang entah dari mana munculnya.

“Kau tak ada banyak masa. Kau tak ada banyak pilihan. Sama ada kau terima syarat aku atau kau tengok TE tu jatuh dan isteri kau yang jelita hidup sengsara,” ujar Rafael. Dia melepaskan pegangan Zaid pada tali lehernya.

Rafael mengeluarkan name cardnya lalu dihulurkan kepada Jesnita. Kerana dia tahu Zaid tidak akan menyambut pemberiannya itu.

Take it,” ucap Rafael.

Namun Jesnita segera berpeluk tubuh.

“You ada depan I beberapa hari lalu,” ucap Jesnita kepada lelaki itu. Dia memaksudkan kejadian lelaki itu terlanggarnya selepas dia meninggalkan tempat kerja adiknya.

“I rasa you akan lebih kerap jumpa I lepas ni,” balas Rafael.

Jesnita mula mengambil kad dari tangan lelaki itu.

Tanpa kata-kata pamitan, Rafael berlalu meninggalkan mereka semua yang masih terpaku di situ.

Zaid mendengus sebelum meninggalkan Jesnita bersama mamanya dan Fauzi. Jesnita mula merasa agak tidak selesa saat direnung ibu mentuanya. Sudahnya dia juga ikut berlalu untuk naik ke tingkat atas.

Di atas, Jesnita duduk di birai katil. Tidak dipedulikan suaminya berada di mana kerana saat ini dia merasakan jemalanya penuh persoalan. ‘Kenapa dia sebut tentang aku dalam urusan tu?’ Soalan itu bergema dalam fikiran Jesnita.

Jesnita masih ralit memikirkan tentang apa yang berlaku tadi. Segala-galanya bersimpang-siur dalam fikirannya. Dari mana datangnya lelaki itu, dia tidak tahu. Jesnita diam sediam-diamnya kerana dia agak terkejut mendengar apa yang diucapkan Rafael tadi.

“You kenal ke Rafael tu?” Suara Zaid menerpa ke pendengaran Jesnita membuatkan wanita itu terkejut. Dia pantas menoleh mencari batang tubuh Zaid. Entah bila Zaid muncul di kamar itu, dia tidak sedar.

“I tanya you kenal dia tak?” Nada Zaid kedengaran amat dingin.

“Ta... tak.” Jawapan Jesnita kedengaran agak gugup.

“Manalah tahu dia pernah jadi peminat you. You dulu kan...”

“I apa?” sanggah Jesnita tanpa sempat Zaid melontarkan kecurigaannya.

“I apa, Zaid? Cakaplah! I perempuan murah? Itu yang you nak cakap?” duga Jesnita dalam nada tajam. Kemarahannya bangkit.

Zaid diam memandang isterinya.

Say it,” cabar wanita itu dengan pandangan kesal.

“Kalau you tak kenal dia, kenapa dia boleh cakap tentang you?”

You’re the one who brought him here. Now you’re asking me about him???” Meninggi suara Jesnita serta-merta. Dia mendekati suaminya.

Is this how you solve TE’s problem??? Sekarang you curiga pada I!” tekan Jesnita lantas menarik baju suaminya.

Okay. Okay. Stop, baby! Stop!” ucap Zaid lantas memegang dua tangan isterinya. Jesnita ditarik ke arahnya lalu dipeluk. “I’m sorry. I tak sepatutnya cakap macam tu pada you. I’m so stressed,” ucap Zaid perlahan. Berharap wanita itu akan mengerti tekanan yang sedang memuncak dalam dirinya dengan masalah yang memberat jemalanya.

I can’t think straight. I need some rest. Esok kita bincang dengan mama, okey?” ucap Zaid lembut dan lunak.

“Ah, mama you tu!” Jesnita menolak tubuh suaminya.

“Apa dia boleh buat selain salahkan I? Itu aje idea yang dia ada,” ucap Jesnita siap dengan cebikan meluat.

Zaid menggeleng tanda tidak mahu mendengar sebarang bantahan lagi. Dia sudah penat.

“Masalah ni takkan selesai kalau kita asyik bergaduh, sayang. I need you. I need my mom too,” ucap Zaid.

 

SESUNGGUHNYA SEMENJAK kemunculan lelaki bernama Rafael itu, keadaan rumah itu jadi amat tegang. Pertengkaran berlaku lagi antara Datin Syafinaz dengan Jesnita. Sebelum ini kerana duit. Kali ini kerana Rafael pula.

“Keputusan apa yang mama tanyakan ni?” ucap Zaid, pura-pura bingung apabila mamanya menuntut jawapannya tentang syarat kedua Rafael itu.

Don’t beat around the bush. You know what I’m talking about,” balas Datin Syafinaz. Berharap dia akan mendengar jawapan yang menggembirakannya. Sudah lama dia sakit jiwa disebabkan menantunya itu. Kalau boleh dia mahu anaknya menceraikan Jesnita hari ini juga! Dia mahu menantu yang boleh bawa untung kepada mereka. Bukannya gold digger macam Jesnita itu.

No! Zaid takkan ceraikan Jesnita,” balas Zaid.

Then come up with a plan! I’m behind you as long as TE kembali stabil,” ucap Datin Syafinaz sambil mengangkat bahu.

Jesnita hanya diam memandang ibu mentuanya itu. Seronok dia mendengar ibu mentuanya bercakap tentang syarat kedua Rafael seolah-olah dia tunggul di situ. Depan mukanya, ibu mentuanya memujuk Zaid agar bersetuju dengan syarat kedua Rafael. Namun kemudian pandangannya dibalas oleh Datin Syafinaz membuatkan dia jadi pelik. Tidak dapat membaca apa erti pandangan Datin Syafinaz kepadanya.

“Kau kenal Rafael tu?” tanya Datin Syafinaz.

No,” balas Jesnita siap dengan gelengan.

Are you sure?” balas Datin Syafinaz lantas menyilangkan tangan di dada. Curiga dengan jawapan Jesnita.

You heard me,” balas Jesnita dengan riak wajah tidak berperasaan.

“Habis tu macam mana Rafael tu boleh petik nama kau sebagai pertaruhan? Sama ada you sedar atau tidak, masa depan TE ada dalam tangan you,” ucap Datin Syafinaz lagi.

What are you trying to say? Mama nak Zaid ceraikan Jes ke?” balas Jesnita selamba. Senang benar dua beranak ini selesaikan masalah. Serahkan dia kepada Rafael, maka masalah Temenggung Emas selesai. Begitu rupanya cara otak businesswoman seperti Datin Syafinaz berfikir.

Zaid segera mencelah.

No! I takkan buat macam tu. And mama, pleaselah... biarkan Zaid settlekan hal kompeni. Leave it to me!”

Are you trying to make a joke? Leave it to you?” ejek Datin Syafinaz pada bicara anaknya itu.

Once, mama pernah bagi sepenuhnya kepercayaan kepada Zaid untuk handle dan majukan lagi syarikat tu. Look where we end up,” tambah Datin Syafinaz. Seinci pun dia tidak percaya Zaid mampu selesaikan masalah yang berlaku dalam Temenggung Emas.

Sepasang suami isteri itu diam. Namun Jesnita tergelak dalam hati. ‘Tahu pun anak kau tu tak cerdik, Datin Syafinaz. Selalunya kau salahkan aku. Kau ingat aku boleh ke habiskan 50 juta dalam setahun?’ ucap hati Jesnita sendiri.

“Kalau tak kerana gold digger macam kau ni, mungkin sekarang keluarga ni lebih kaya dari sekarang,” ucap Datin Syafinaz.

“Mama!”

Jesnita terpanar. Namanya dipetik lagi oleh ibu mentua tercinta! Dia buat-buat tercengang dengan bola mata memandang ke arah kiri dan kanan.

“Kenapa mama tak habis-habis nak salahkan Jes...”

Belum sempat Zaid habis berbicara, Jesnita terus bangun dari situ. Tidak kuasa hendak mendengar lagi.

“Nanti bila you all dah ada keputusan, panggil Jes ya,” ejek Jesnita sebelum dia naik ke tingkat atas.

Jesnita membawa telefon masuk ke kamar mandi sambil mendail nombor Sahara. Hanya beberapa saat perbualan itu. Dia meminta untuk berjumpa esok. Wanita itu berjanji akan datang awal.

 

JESNITA SUDAH bersiap ketika suaminya masih berbungkus di dalam selimut. Dia sempat memandang lelaki itu.

Hmm... kompeni dia dah nak melingkup, bukannya dia nak pergi selamatkan kompeni tu. Dia membuta lagi! Anak mak!” ucap Jesnita sendirian saat memandang Zaid bukan main nyenyak lagi tidur. Wanita itu meninggalkan rumah tanpa disedari oleh Datin Syafinaz. Dia memandu ke pejabat itu semula.

Yes, madam?” tanya Sahara setelah Jesnita muncul di depannya.

I need to know about this company and the CEO’s background,” ucap Jesnita sambil meletakkan satu kad di atas meja Sahara.

Sahara memandang kad itu.

“You nak I yang cari atau...”

“I nak hal ni dirahsiakan. I tak mahu sesiapa jejaki I. I rasa ada sesuatu tentang lelaki ni yang I perlu tahu,” ucap Jesnita.

“Okey. I akan contact Sally,” ucap Sahara.

Good. Do it fast,” ucap Jesnita biasa.

I will, madam.”

Jesnita pergi ke satu bilik di dalam pejabat itu. Setelah masuk, dia menutup pintu dan menghidupkan komputer.

Lets see what I can learn about you, Rafael.” Jesnita sempat meletupkan jemarinya sebelum dia mula menaip sesuatu di komputer itu.

Wanita itu menaip di skrin agak lama. Mencuba beberapa cara sehinggalah dia terlihat di skrin komputer itu kamera orang di sana sedang terpasang di skrin komputernya tanpa disedari oleh lelaki itu.

Handsome banyak mamat ni,” ucap Jesnita sambil memandang lelaki itu yang tidak menyedari dirinya sedang diperhatikan Jesnita.

What do you want from me, mister?” bisik Jesnita lantas mencapai earphone lalu dipasang ke telinga. Dia menguatkan suara untuk mendengar apa yang dibualkan oleh orang di sana.

Jesnita mencapai kertas dan pena lalu dia menulis beberapa nama di atas kertas itu. Kemudian dia lihat lelaki itu bangun daripada kerusinya dan keluar. Jesnita segera menghentikan perbuatannya menggodam masuk ke komputer lelaki di sana itu. Tidak mahu orang di sana sedar komputernya sedang dicerobohi orang.

Jesnita bangun lalu keluar. Kertas itu diletakkan di atas meja Sahara.

Sahara memandang kertas itu. Tertera nama Dayana dan Emran.

Make sure Sally gets this,” ucap Jesnita sebelum dia melangkah ke arah pintu.

Wanita itu berdiri seketika di luar pejabat itu sambil memandang sekeliling. Sesudah itu dia berlalu mendapatkan keretanya.  

 

No comments:

Post a Comment