Kekecewaan itu adalah ujian hidup.
Makkah Al-Mukarramah...
BERJALAN bersama-sama ribuan umat Islam yang lain mengelilingi Kaabah. Kaki tidak pernah lemah menyeret batang tubuh yang menanggung beban kekecewaan. Bertasbih nama Allah... Dia datang hanya dengan sehelai kain putih di tubuhnya, berserah diri... reda akan ujian yang Allah beri.
Ahmad Najmi... lelaki yang memiliki segala-galanya di atas dunia ini. Dikurniakan rupa paras yang elok, dilahirkan sebagai umat Islam, anak orang berada dan dia juga orang berjaya dalam hidup.
Namun lelaki seperti dia tetap merasa diuji... dengan pengkhianatan dan keaiban. Lalu dia membawa diri jauh ke tanah tandus Saudi Arabia untuk berserah diri kepada Allah. Untuk mengadu kesedihan hatinya ini.
Bersendirian mengerjakan pula ibadah saie setelah selesai solat isyak. Sesekali dia berjalan. Sesekali dia berlari anak. Lelaki itu berdiri lama memandang bukit batu Bukit Marwa... terkenangkan ujian getir Siti Sarah bersama puteranya Ismail AS.
Ujiannya tidak sehebat itu. Dia sedar. Dia bukan nabi-nabi. Dia hanya manusia biasa yang masih banyak kelemahan. Tengah malam barulah Najmi melunaskan rukun terakhir umrah yakni tahallul. Tidak ramai orang di dalam kedai gunting itu.
“Brother...” sapa lelaki yang mencukur rambut Najmi.
Najmi mengangkat pandangan ke arah cermin di depannya. Lelaki Arab itu memandang Najmi lama.
“You look sad. Why? You come here... so close to your God and you don’t seem happy?” ucap lelaki Arab itu hairan melihat Najmi termenung. Seharusnya saat bertahallul, banyakkan meminta Allah menggugurkan dosa bersama rambut-rambut yang gugur.
Najmi tersentak dalam diam mendengar teguran lelaki itu. Lelaki Arab itu menyambung tugasnya untuk mencukur rambut Najmi sebagai salah satu rukun umrah.
“Okey. Nice,” ucap lelaki Arab itu kepada Najmi.
Oleh kerana tiada orang lain meminta untuk bertahallul, dia berdiri di depan Najmi sambil membersihkan gunting dan pencukurnya.
“I’m Abdul. What is your name?”
“Najmi. Ahmad Najmi...”
“Malaysian?” tegur Abdul setelah ternampak bendera Malaysia di beg sandang Najmi.
“Yes.”
“I know Malaysian flag. I have met a lot of Malaysians. Every day! And today I had a few visitors from Malaysia. Father and 4 sons. 2 of them are twins! Very nice of them. Giving me sadakah. Masya-Allah... May Allah grant the highest level of jannah to them,” ucap Abdul lalu mengambil kerusi untuk duduk bersembang dengan Najmi sementelah tidak ramai orang datang bergunting. Tukang gunting lain ramai untuk melakukan tugas itu.
Najmi tersenyum sedikit mendengar itu. Kata-kata Abdul itu seperti tidak masuk ke benaknya. Dia hilang fokus.
“Many people think, they come here because they want to meet Allah. They are wrong. They are here because Allah wants to meet them. Many people want to come here. But never given that opportunity. Hajj is a pillar of Islam. But people choose until they are old and no longer capable, then they want to implement the pillar of Islam. Have you done hajj?”
Najmi menggeleng lantas tersenyum pahit.
“Are you in trouble, brother? That’s why you’re here.” Abdul berkata lagi sambil pandangannya meratah wajah Najmi.
“I’m sad...” jawab Najmi rendah.
“No wonder. Let me guess... woman?”
Najmi kembali memandang lelaki Arab itu sebelum dia mengangguk.
“So, you come here to cry, to complain about the woman to Allah?” duga Abdul.
“I came here because I wanted to make peace with fate. The woman left me. I should have been married last week. But she chose another man. This is very hard for me.”
Abdul mengangguk sebelum dia menoleh kepada orang yang memberi salam kepada mereka sebagai menyapa. Abdul menjawab ramah sebelum dia kembali memandang Najmi setelah ada tukang gunting lain menyambut kedatangan pelanggan itu.
“The woman left you for another man? That is why you feel sad, brother?”
“Yes.” Najmi merenung tampang Abdul.
“What’s her name?”
“Camille...”
“You came here because you are sad about Camille. I understand. Why don’t you come here when you’re happy? What do you do when you’re happy?” balas Abdul.
Najmi terdiam membalas tatapan lelaki Arab itu, cuba mencari maksud soalan itu.
“We are lost in faith. I’m lost in faith! Sometimes God gives us a test so that we return to obedience. We return to Allah,” ucap Najmi perlahan.
“Exactly! We are lost in faith sometimes. Don’t be sad. You do not belong to her. You belong to Allah! She left you. That doesn't mean you are alone in the world. God loves those who are patient. And all Muslims here are also with you. Look around you...”
Najmi memandang ke arah orang lain. Semuanya dengan pakaian ihram.
“More people. More single women. Choose one! Let her go.”
“It’s not that easy, Abdul.”
“I know. As great as God's test is, God will eventually gather us in two places. First... here... Mekah! The most special place for Muslims. All Muslims want to come here. And we will be gathered in Masyar one day. We waited to meet Allah for more than 7 billion years. Either here or in Masyar, we will only remember one thing... God is everything to us! No woman, no dunia. Only Allah! We will leave each other one day, brother. But Allah never leaves us,” ucap Abdul lantas mengangkat jari telunjuk sebagai simbol Allah yang satu.
“You’re right,” jawab Najmi perlahan. Tersedar dia dari kealpaan setelah mendengar bicara Abdul.
“Don’t be sad, my brother. La tahzan! God invited you here. Allah knows you for who you are. God separated you from that woman. Kun Faya Kun! Be happy. You are close to God. Isn't that the happiest news for every servant of Allah?”
Kata-kata lelaki Arab itu membuatkan bibir Najmi mengorak senyuman.
“May Allah erase the sadness in your heart and replace it with an angel of the world, who will give peace in your heart. Aminn ya Rabbal Alamin!” ucap Abdul siap berdoa buat Najmi.
Tenang hati Najmi setelah berbual dengan Abdul. Langkah kakinya terasa lebih tegap. Walaupun fikirannya masih terfikirkan Camille, bekas tunangnya yang menjadi isteri orang beberapa hari lalu... namun kali ini hatinya merasa lebih tenang.
Sudah tengah malam, namun dia bersendirian merayau sekitar Masjidil Haram sebelum dia berteleku lama di Multazam. Berdoa kepada Allah agar dirinya kembali tenang. Fikirannya kembali fokus. Sesekali air mata lelakinya gugur. Bukan kerana dia sedihkan Camille meninggalkannya. Tetapi dia sedih dia di sini menangis kerana perempuan. Bukan menangis kerana rindukan Allah, bukan kerana rindukan Nabi Muhammad SAW. Dia merasakan dia hamba Allah yang tidak taat!
No comments:
Post a Comment