“Hoi! Sibuk
nampak?”
Hud Daniel
panggung muka, kemudian tunduk balik menghadap Macbook Air Pro meneruskan
kerjanya. Malas melayan Amirul Haikal, sahabat baiknya merangkap Pengurus
Jabatan Sumber Manusia di Synergy Power. Geram tidak dilayan, Amirul Haikal
mengambil sebatang pensel mekanikal kemudian melontar terkena tepat ke dada Hud
Daniel.
“Kau ni dah
takde keje?”
“Aku lapar ni.
Jom gi breakfast!”
“Makan je yang
kau tahu. Aku sibuk ni, check financial
report.”
Amirul Haikal
menggeleng kepala. Hud Daniel yang dikenal lebih kurang 19 tahun ini memang
gila kerja! Sejak dari rakan sekelas hingga rakan sekerja, perangai yang satu
itu tidak pernah berubah. Kalau pasal kerja, makan pun boleh lupa. Tapi,
itulah... antara Hud Daniel, Hariz Amrey dengan dia sendiri, pasal perangai
gila kerja itu juga yang menyebabkan Hud Daniel lah yang paling berjaya antara
mereka tiga bersahabat. Sungguh, walaupun Synergy Power Corporations itu adalah
hasil titik peluh Dato’ Hail Iskandar, tapi, sejak Hud Daniel menerajuinya,
Synergy Power semakin maju dari tahun ke tahun.
Hud Daniel
memang yang paling pintar dan berkebolehan antara mereka bertiga. Hud Daniel
terkenal dengan nama jolokkan ‘Mat Smart’, maklumlah 24 jam segak jaga
penampilan! Pakaian pula tidak sah kalau bukan dari jenama yang mahal. Nasib si
anak orang kaya! Kalau cakap pasal ‘Mat Romeo’ pula, itu memang Hariz
Amrey. Pencinta wanitalah katakan! Teman wanita keliling pinggang. Orang lain
hobi kumpul setem, kumpul duit syiling, si Hariz Amrey ini pula kumpul teman
wanita!
Kalau Amirul
Haikal, hmm... Sempat juga Amirul Haikal mengurut dagu tersengih nakal. Amirul
Haikal itu yang paling superb! Paling
handsome! Paling kacak! Paling smart! Pendek kata semua yang paling
lah! Perempuan kalau pandang, sumpah terus jatuh hati! Adoilaaa... Perasan
betul kau ni Haikal!
“Aduh!” Pensel
mekanikal yang dibaling kepada Hud Daniel kini melayang ke dahi Amirul Haikal
pula.
“Ko pesal ni, bro?”
“Yang kau
tersengih – sengih macam saje nak mintak penampar sulung aku tu kenapa? Buang
tebiat? Kata tadi nak makan, pegilah... Aku tak boleh ni, banyak sangat nak
kena buat!”
“Takkan habis
kerja tu, bro? Jomlah... karang
terlepas pulak nak mengorat si cantik manis pujaan hati!” Ujar Amirul Haikal
sambil tersenyum – senyum kambing.
Hailaa... Tiba
– tiba teringat dengan wanita pujaan hati. Si mata bulat yang menyebabkan
Amirul Haikal angau kebelakangan ini.
Hud Daniel
menghela nafas menyandar ke kerusi. Dalam rasa keletihan, matanya tunak melihat
telatah Amirul Haikal yang sedang mengelamun. Wajah itu tersenyum – senyum
kambing sendiri. Lain macam ni. Jangan cakap, err... Amirul Haikal jatuh cinta?
The Amirul Haikal? Orang yang paling
takut dengan komitmen dalam perhubungan? Hmm... Interesting!
“Si cantik
manis pujaan hati?”
“Haah! Budak Finance... Cun, bro! Aku dah lama intai – intai dia, tapi, itulah! Jinak – jinak
merpati, baru je nak dekat, terus terbang! Menggugat keimanan betul...” Keluh
Amirul Haikal lagi. Sudah lima bulan mencuba nasib nak memikat, nombor telefon
pun masih belum dapat!
Hailaa...
Budak Finance?
“Kau cakap
apa? Budak Finance? Budak mana
pulak?”
Janganlaa... Janganlaa...
“Namanya Rose
Raihanah! Fuh! Sebut nama je dah menggetarkan jiwa!”
Bini aku!
“Jom! Aku
teman kau breakfast! Move!” Hud
Daniel bangkit pantas, dompet Louis
Vuitton dan Iphone dicapai.
Haisy! Tak boleh jadik ni, kena pantau pergerakkan diorang ni, ni lah akibat
berahsia sangat, habis bini aku nak kena sebat kawan sendiri!
####
Keadaan
Synergy Cafe, cafe yang dibuka khas di dalam Synergy Power Corporations untuk
para pekerjanya agak sibuk pagi itu. Rose Raihanah memanjangkan leher seolah –
oleh mencari seseorang. Nasi goreng di hadapan dikuis – kuis bosan. Mana laki
aku ye? Tak sarapan ke? Tak takut sakit perut ke? Karang gastrik pulak. Aku
jugak yang susah! Ke sarapan kat luar? Angau kau ni Rose, baru je berapa jam
keluar dari rumah sama – sama. Takkan dah rindu?
“Ehem! Takkan
tengok aje? Tak nak makan? Diet ke? Ko carik sape ni? Boyfriend kau ke?
Tak info aku pun kau start nak
bercinta?”
Sarinah
menarikan kening nakal, tertanya – tanya sekiranya teman sekerjanya itu mencari
kelibat mamat dari Jabatan Sumber Manusia tu! Yalah, setakat ni, hanya mamat tu
saja yang bertahan berusaha memikat anak dara yang seorang ini. Yang lain tu,
belum bertanding dah tersingkir!
“Diamlah!”
Rose Raihanah buat muka bosan. Takkan nak bagitau Sarinah aku ni tengah cari
suamiku, sang CEO? Mau sawan pompuan ni! Lepas tu, mesti dia cekik batang leher
aku buat lepas marah. Hahaha.
“Hekeleh!
Sentap pulak. Menyampah!” Gumam Sarinah sambil menyuap kasar mi goreng ayam
kegemarannya.
Rose Raihanah
memang tidak punya ramai kawan rapat di tempat kerja. Sarinah, itulah satu –
satunya teman bergurau senda mahupun bertikam lidah selama dia berkerja di
Synergy Power. Ramai yang mengata Rose Raihanah itu memang lawa orangnya, tapi,
sombong! Jangankan hendak memikat, baru nak berkenalan bertanya nama pun belum
tentu lepas! Sarinah pun jadi rapat sebab perangai tidak tahu malunya yang
menempel dengan Rose Raihanah, dari awal perkenalan mereka hingga sekarang.
Alasannya? Konon sebab susah mencari teman yang sehati sejiwa.
Rose Raihanah
itu, hanya orang tertentu sahaja yang tahu peribadinya yang sebenar. Mungkin
sebab kedudukan anak tunggal dalam keluarga, tidak ada pula sanak saudara yang
lain menjadikan Rose Raihanah terlalu selesa dengan dunia sendiri. Bilangan
orang yang boleh dipanggil kawan pun boleh dibilang dengan jari.
“Hoi! Kau cari
siapa sebenarnya ni? Dari tadi tertoleh – toleh, karang kepala jadi teleng baru
kau tak tau! Sia – sia aje bersanding kepala senget sebelah!”
“Takdelah...
kau makan je lah sibuk je.” Jawab Rose Raihanah perlahan.
“Kau carik
mamat Human Recource tu ye? Biasa time camni, biasanya ada je dia tu
menempel dah cam saka kat engkau!” Seloroh Sarinah mengekek – ngekek ketawa.
“Haisy!
Takdelah... mana ada, ko jangan merepek eh? Dengar oleh orang nanti, jadi salah
faham pulak! Lagi parah kalau empunya diri dengar, karang perasan tak habis
setahun!”
“Sape yang
perasan tak habis setahun?”
Rose Raihanah
menoleh ke belakang. Haisy! Macam diseru – seru pulak mamat ni! Eh? Abang!
Wajah serius itu dipandang sekilas sebelum tunduk menghadap nasi goreng yang
tidak luak sedari tadi. Walaupun gembira melihat yang ditunggu – tunggu sudah
datang, terbesit juga rasa cuak melihat gandingan sang suami di sebelah.
Gandingan yang agak bahaya!
Hmm... Selalu
jugak encik suami makan dan minum di sini dengan teman baik dia tu? Eh? Mamat
tu tau tidak aku ni bini kawan dia, hah? Tapi, hari nikah dulu aku tak nampak
pun batang hidung dia.
“Eh! Encik
Haikal. Datang nak sarapan ke? Eh! Dah datang ke kafe, takkan nak berperang
pulak kan? Hehehe... Tuan Hud pun ada? Jem... jemput makan, tuan?” Pelawa
Sarinah berbasa – basi. Kalut jugak tiba – tiba saja dikunjungi oleh orang yang
terakhir hendak dijumpa di dalam bangunan pejabat ini!
Beberapa
pasang mata tertumpu ke arah mereka berempat. CEO Synergy Power mencemar duli!
Walaupun jarang, bukanlah tidak pernah langsung Hud Daniel duduk bersama – sama
pekerjanya menikmati juadah di kafe itu. Namun, kehadirannya pasti akan menerbitkan
rasa cuak juga di hati para pekerja yang terlalu menghormatinya.
“Boleh kami join?”
Tidak menunggu
jawapan Rose Raihanah dengan Sarinah, selamba Amirul Haikal mengambil kerusi
bersebelahan dengan Rose Raihanah. Pinggan nasi lemak dan secawan kopi O di
letak perlahan di atas meja. Rose Raihanah menjulingkan mata ke atas. Ulat bulu
dah naik daun!
“Abang Haikal
duduk sebelah Rose, bolehkan sayang?”
Burr!!!
Tersembur kopi
dari mulut Rose Raihanah dan Hud Daniel serentak. Masam muka Sarinah dan Amirul
Haikal menjadi mangsa semburan air kopi. Mujur sudahpun suam – suam, kalau
tidak tak pasal – pasal masuk hospital.
“Sorry...”
Aduhai!
Bersayang segala, mamat ni carik pasal betul tau! Mata mencari wajah cemberut
yang terpaksa mengambil tempat bersebelahan dengan Sarinah yang jelas sedang
kumat – kamit menyumpah Rose Raihanah.
“Takpe
sayang... Rose Raihanah punya pasal, ape pun abang sanggup! Err... Aku gi washroom dulu, bro? Karang tak pasal – pasal kena hurung dek semut! Kalau Rose
Raihanah yang hurung, takpe gak!” Seloroh Amirul Haikal sambil mengenyit mata
kepada Rose Raihanah.
Rose Raihanah
mula buat muka. Gatal betullah mamat ni... Depan laki aku pulak dia buat
perangai ulat bulu dia. Karang ada jugak yang makan kasut perempuan saiz 7!
“Aku pun nak
gi cuci muka dulu aaa, orang pakai mask
mahal – mahal, aku pakai mask kopi!
Dari mulut engkau pulak tu! Err... excuse
me Tuan Hud.” Pamit Sarinah sempat menghantar jelingan tajam kepada Rose
Raihanah. Hud Daniel mengangguk kepala sambil senyum segaris. Hilang sahaja
kedua ‘mangsa’ tadi, pandangan dikalih ke wajah sang isteri yang sedang
berusaha menahan ketawa.
“Gelak...
Gelak!” Pecah jugak ketawa Rose Raihanah lepas saja kata – kata akhir keluar
dari mulut Hud Daniel. Hud Daniel sembunyi senyum. Bahagia menggebu – gebu di
ruang hati melihat keceriaan wajah Rose Raihanah. Betullah apa yang Amirul Haikal
kata, si cantik manis pujaan hati!
Apa kena
dengan hati ni?
“Kesian
diorang kan, abang? Tak pasal – pasal mandi dengan air kopi.”
“Padanlah
dengan muka, yang sorang nampak sangat muka busybody,
yang sorang lagi bukan main merenyam dengan isteri abang!” Rose Raihanah tarik
muncung.
“Tak baik cakap
macam tu dekat diorang. Diaorang setakat bergurau, kot?” Leretnya perlahan.
“Dah lama
kenal Haikal? Mesra betul nampak sampai berabang, bersayang?” Hmm... ada nada
yang agak janggal di situ. Takkan jealous
kot, Hud Daniel?
“Mana ada!
Rose tak pernah pun layan sangat Encik Haikal tu, dia sendiri bahasakan diri
abang. Ini kali pertama dia panggil Rose sayang.” Bantah Rose Raihanah
perlahan. Tangan jadi ringan menyuap nasi ke dalam mulut. Maklum, ‘sajian pembuka
selera’ dah ada?
“Habis, takkan
berani Amirul Haikal menyimpan harapan kalau setakat bertepuk sebelah tangan?
Kalau Rose tak melayan sebelum ni?” Hud Daniel mengangkat kening.
“Harapan?
Harapan apa pulak ni? Apa maksud abang?”
“Maksud abang,
jaga diri tu, ingat diri tu dah jadi isteri orang. Don’t break my trust, Rose Raihanah.” Rasa tersekat butir nasi di
saluran kerongkong. Rose Raihanah pantas meneguk kopi yang berbaki.
“Rose tahu,
Rose isteri orang, tapi, abang jangan lupa, orang lain tak tahu hakikat yang
satu ini! Di mata orang Rose Raihanah ini masih bujang, abang! Jadi, jangan
pulak salahkan Rose kalau ada orang nak mengurat, hati orang bukan Rose yang
pegang!” Rose Raihanah terus bangkit meninggalkan Hud Daniel yang masih
terpinga – pinga di meja makan.
“Aik? Dia
pulak yang marah? Bukan sepatutnya aku yang sentap tengok orang lain mengurat
bini aku?” Gumam Hud Daniel sendiri. Pening betul lah!
####
“Oitt! Rose... call for you!” Laungan Ms. Monica menggetar cuping telinga Rose
Raihanah.
“Coming!” Rose
Raihanah bergegas keluar dari bilik fotokopi Jabatan Kewangan Synergy Power,
kemudian terus menuju ke kubikelnya. Gagang telefon di atas meja dicapai
pantas.
“Hello! Rose Raihanah bercakap,”
“Hello! Mrs. Rose Raihanah, I’m Jennifer from the CEO
office. Mr. Hud Daniel would like to meet you at his office, Now.”
Erk?
“Sorry, Jennifer, by any chance do you know what is the
purpose of this meeting? If it’s in regards of work, since I’m only an
assistant, I personally think thay it would be more appropriate for Mr. Hud to
meet Ms. Monica instead. By the way, she is available in the office.”
“Oh! Mr. Hud clearly asked for you, Mrs. Rose Raihanah.” Rose Raihanah merenung gagang telefon. Kenapa pulak ni?
Tak penah – penah panggil masuk pejabat dia, buang tebiat ke apa lelaki tu? Aku
ni dah lah tengah dalam mood merajuk. Ya, Allah! Mulut kau ni Rose Raihanah!
Laki engkau tu!
Eh? Terbesit
sesuatu di ingatan Rose Raihanah. Tadi, si Jennifer itu panggil dia dengan
gelaran apa?
Mrs. Rose Raihanah?
Pertama kali
Rose Raihanah jejak kaki ke tingkat ini, yang hanya menempatkan pejabat CEO
Synergy Power Corporations. Keluar saja dari perut lif, kaki seperti diurut
dengan kelembutan permaidani mewah tebal, yang pastinya diimport dari luar
negara. Gah! Amboi! Kemain luas tingkat ni, fikir Rose Raihanah. Boleh golek –
golek buat penggambaran filem sambil nyanyi lagu hindustan! Kehadiran Rose
Raihanah disambut oleh penyambut tetamu dengan senyuman segaris kemudian
memberi isyarat untuk Rose Raihanah terus saja masuk ke ruangan pejabat di
belakangnya.
Seorang gadis
manis yang kemas memakai kemeja beige
lengan pendek dengan skirt hitam
paras lutut menghentikan jari – jemarinya yang sedang asyik menari – nari di
papan kekunci komputer. Saat menyedari orang yang ditungu sudah sampai, Jennifer
mengangkat muka kemudian melayangkan senyuman menawan. Tangan dihulur untuk
bersalaman.
“Hi! Mrs. Rose Raihanah, how do you do? I’m Jennifer, PA
to Mr. Hud Daniel. Can I offer you something to drink? Coffee or tea?”
“Thank you, but I’m fine Jennifer. Perhaps you can inform
Mr. Hud Daniel that I’m here?”
“In that case you may enter his office right away, he’s
been expecting you! By the way...”
Jeda.
“Congratulations on your wedding!” Rose Raihanah angkat kening.
“Mr. Hud told me about the wedding before I gave you a
call just now! Don’t worry, your secret is safe with me.” Sambung Jennifer lagi sambil mengenyit mata. Rose
Raihanah Cuma mampu angguk kepala dan membalas senyuman Jennifer teragak –
agak.
“You’ll be seeing me a lot afterwards Mrs. Rose
Raihanah!”
Pintu bilik
pejabat mewah tingkat 14, tingkat teratas Menara Synergy Power Corporations
diketuk perlahan. Terdengar sayup – sayup suara garau dari dalam pejabat
mempelawanya masuk. Kaki diheret masuk ke dalam ruangan itu. Di sebalik sebuah
meja separa bulat yang kelihatan mewah dan sangat besar, kelihatan Hud Daniel
yang tekun menghadap komputer ribanya. Kepala sedikit ditunduk, meneliti
dokumen – dokumen di atas meja.
“Duduk.”
“Ada apa yang
boleh saya bantu tuan?” Perkataan ‘tuan’ sengaja ditekan. Rimas juga melihat
tidak ada tanda – tanda Hud Daniel berhenti menghadap komputer ribanya.
Sedangkan dia masih lagi berdiri tegak serupa patung, tak pun tiang bendera!
Buang masa aku ajelah! Rose Raihanah mengeluh kuat tanpa sedar.
“Marah lagi?”
Rose Raihanah
mengangkat muka, cuba mencari wajah yang baru saja menutur kata. Hud Daniel
menghela nafas panjang, tangan kanan menongkat dagu seraya memberi isyarat mata
supaya Rose Raihanah duduk di hadapannya. Rose Raihanah masih lagi teragak –
agak, apa perlu semua ini?
“Duduklah kat
kerusi tu... Ke nak duduk kat atas riba abang? Biar yang abang pangku?” Usik
Hud Daniel yang sedaya upaya menahan senyum melihat telatah isterinya yang
jelas merajuk lagi. Cepat – cepat Rose Raihanah mengambil tempat duduk. Muncung
itik sudah keluar sedepa. Alahai! Cute
pulak bini aku ni buat muka!
“Muncung tu
kenapa? Nak minta cium ke?” Wah! Sedaya – upaya Rose Raihanah menahan rasa
cuak. Mata yang sedia bulat semakin membesar. Apesal pulak laki aku tetiba buat
scene merenyam kat dalam office ni?
“Abang ni
kenapa? Salah makan ubat ke?” Pecah ketawa Hud Daniel menjadi jawapan kepada
soalan Rose Raihanah.
Aduhai!
Isteriku...
“Come!” Ajak
Hud Daniel sambil menepuk – nepuk pehanya.
“Abang nak ape
sebenarnya ni? Rose ada kejelah kat bawah...”
Melihat Rose
Raihanah yang masih cemberut dan jelas enggan menerima ajakan Hud Daniel, Hud
Daniel terus saja bangkit menuju ke arah Rose Raihanah. Lengan isterinya
ditarik lembut, menuju ke sofa yang memang tersedia di dalam pejabat mewahnya
itu.
Tangan kanan
melingkar di atas bahu Rose Raihanah. Tangan kiri pula erat menggenggam jemari
mulus itu. Rose Raihanah memberanikan diri bertentang mata dengan pemilik rusuk
kirinya itu.
“I’m sorry, my dearest wifey...”
Rose Raihanah
terkesima sebentar. Matanya terkebil – kebil seolah terpukau dengan tutur kata
Hud Daniel. Kata – kata itu, walaupun hanyalah ringkas, tapi, nadanya penuh
mengasyikkan. Sementelah ayat itu diucap ketika Rose Raihanah berada dalam pelukan
Hud Daniel. Seolah – olah memberi harapan kepada Rose Raihanah bahawa mungkin
ada secubit perasaan yang bermukim untuknya dalam hati lelaki itu.
Hud Daniel
merenung dalam mata berwarna coklat milik isterinya itu. Mata bersinar itu
memukaunya sedari mula awal perkenalan mereka. Kadang – kadang rasa keliru pula
dengan rasa hati ini. Apakah yang mula berladung di dalam sanubari ini?
Mungkinkah ianya cinta? Tapi, bolehkah cinta lahir dengan sekelip mata? Tangan
spontan mengelus pipi mulus Rose Raihanah, kemudian dengan sekilas Hud Daniel
melayangkan ciuman ke ubun – ubun si isteri.
“I could stare into your eyes all day, and still believe
they are the most beautiful eyes in the whole world.”
Waktu itu juga
pintu pejabat Hud Daniel dibuka dari arah luar dengan keras. Tersentak Hud
Daniel dan Rose Raihanah melihat wajah yang terpacul dari arah pintu. Muka
Saffiya Safwa merah padam melihat aksi si suami dan madunya itu.
“Wow! I didn’t know we are filming a romantic movie right
in here? Dah takde tempat
lain nak bercengkerama dengan bini muda, Hud Daniel?” Soal Saffiya Safwa sinis,
mata menjeling Rose Raihanah yang teringa – inga kehilangan punca.
Ooo... Drama
tragis bakal bermula! Watak antagonis dah muncul. Rose Raihanah mengetap bibir
menutup rasa cuak yang menjengah. Otak cuba menayang semula teknik – teknik
silat yang pernah dibelajar sewaktu sekolah menengah. Manalah tahu perlu pulak
nak buka bunga – bunga silat lepas ni?
“Sorry, Mr. Hud, I’ve tried to stop her...” Wajah Jennifer jelas diselubungi serba – salah, berdiri
di samping Saffiya Safwa. Kurang asam betul perempuan ni! Buat pejabat ni macam
laki die punya aje! Eh? Bukankah memang pejabat ni laki dia yang punya!
“It’s okay Jennifer, you may go now. Please close the
door behind you.” Tutur Hud
Daniel kelihatan tenang sahaja sambil bangkit menuju ke mejanya.
“Bila balik
Saffi?”
“Don’t you ‘bila balik Saffi’, me Hud! I want to move out from that hell! Orang tua tu memang saja nak
menyakitkan hati I!” Hud Daniel masih
lagi buat muka selamba. Sudah kalis dengan sikap biadap Saffiya Safwa.
“Kenapa lagi
ni? Hmm...? Apalagi yang tak puas hati ni?”
“Kenapa you tanya? Eh! Kenapa perempuan ni
diajak tinggal sekali dengan kita? I
tau ni mesti keje orang tu tu kan? Tak cukup orang tua tu menyemak dalam hidup you ngan I sekarang nak tambah sorang lagi?”
“Orang tua
yang you cakap tu, Tok I Saffi. Mind you words when you’re talking about Tok.” Lembut bicara Hud
Daniel masih tidak cukup untuk menyejukkan hati seorang Saffiya Safwa. Sebaliknya,
rasa kagum pula yang lahir di hati Rose Raihanah melihat sisi Hud Daniel yang
satu ini. Sabar sungguh dia menghadapi karenah perempuan biadap ini.
“I don’t give a damn, Hud! I want to
move out! I benci ngan orang tua tu!”
“Cukup –
cukulah, Saffi. Ini pejabat, bukan rumah. You balik dulu.”
“I tak
peduli, I nak you selesaikan semua ini sekarang jugak!”
“Shut up! Saffi! Get your face away from this office!
Now!” Jerkah Hud Daniel.
Terundur setapak Saffiya Safwa ke belakang. Inilah pertama kalinya Hud Daniel
meninggikan suara kepadanya. Mata melotot melihat Hud Daniel dan Rose Raihanah
bersilih – ganti.
This is bad! Really, really bad, Saffiya Safwa!
“You’re too much Hud Daniel!” Saffiya Safwa mengorak langkah sambil menghentak –
hentak kaki menuju ke pintu. This is not
over, woman! Korang belum kenal siapa Saffiya Safwa!
No comments:
Post a Comment