DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Tuesday, 1 March 2016

UNTUK SEKALI LAGI - BAB 5



Hud Daniel merenung jam di tangan. Satu jam lagi sebelum waktu keberangkatan. Malaysia akan ditinggalkan dan dia akan menuju ke Bali. A getaway. Itu permintaan Saffiya Safwa, setelah rasa sesal menujah hati selepas insiden drama di dalam pejabatnya petang tadi. Pertama kali memarah Saffiya Safwa sebegitu, rasa menyesal pula.

Sepatutnya dia lebih sensitif dengan keadaan Saffiya Safwa. Dia sudah berkorban perasaan untuknya. Demi memujuk cinta pertamanya itu, langsung sahaja Hud Daniel bersetuju untuk bercuti bersama, tanpa sebarang persediaan. Tidak tega membiarkan rajuk Saffiya Safwa berlarutan, lebih – lebih lagi dalam keadaan mereka sekarang.

Pejabat ditinggalkan tanpa pesanan kepada sesiapapun kecuali Jennifer. Itupun sekadar berpesan agar membatalkan semua janji temunya sehingga dia kembali ke pejabat. Kepada Engku Junaidah, Datin Zara dan Rose Raihanah, Hud Daniel cuma berharap mereka tidak terlalu risaukan dirinya. Malas mahu menitip pesanan, ataupun sebarang penjelasan tentang pemergiannya secara mendadak ini, bimbang hanya mengundang lebih banyak masalah.

“Hud darling... Give me your phone.”

“But, Saffi dear... What if...”

“No! You promised me, no distraction!”

“Fine.”

Hud Daniel cuma mampu mengeluh. Demi Saffiya Safwa... Ucap Hud Daniel berulang – ulang di dalam hati. Semacam mantera untuk meyakinkan hati yang mulai goyah. Kalau benar semua ini kerana cintanya kepada Saffiya Safwa, kenapa rasanya seperti menipu diri sendiri? Hud Daniel cuba melelapkan mata sejurus melabuhkan punggung di kerusi empuk penerbangan kelas pertama itu.

Semua ini memang meletihkan! Mata di kalih ke sebelah kanan, wajah jelita Saffiya Safwa direnung lembut. Tangan putih itu diraih kemudian digenggam erat. No distraction! It’s only you and me! Hanya Hud Daniel dan Saffiya Safwa. Kata – kata Saffiya Safwa kembali berulang di ingatan. Akan tetapi yang peliknya wajah yang tergambar di dalam fikiran Hud Daniel hanyalah wajah polos Rose Raihanah yang pasti sedang menunggu panggilan telefon dan menunggunya untuk pulang ke rumah bersama – sama!

####

Saffiya Safwa melirik kepada Hud Daniel yang sudah terlelap di sebelahnya. Sebuah senyuman penuh muslihat terukir dibibir. Hah! Hud Daniel masih dalam genggaman rupanya! Lega hati Saffiya Safwa. Selepas dihalau keluar oleh Hud Daniel dari pejabatnya, Saffiya Safwa hanya mampu menahan amarah yang membakar rongga dada. Rasa bimbang merajai hati. Bimbang sekiranya Hud Daniel sudah betul – betul terpikat dengan perempuan itu! Siapa sangka baru saja tangan mencapai pintu kereta Nissan Skyline merah itu, terdengar namanya dilaung satu suara yang cukup dia kenal.

Hud Daniel!

“Saffi dear...look I’m so sorry about what just happened.”

“You hurt me, Hud!”

“I know. Tell me dear, what can I do to straight things out? To earn your forgiveness?”

Saffiya Safwa membuang muka. Sedaya upaya dia cuba menahan keterujaan hati. Kalau ikut rasa sekarang, mahu saja dia berjoget riang! Yes! Tak sangka bodoh Hud Daniel ni masih tak terubat! Kedua tapak tangan Hud Daniel ditekap lembut di kiri dan kanan pipi Saffiya Safwa. Satu ciuman dilayangkan di atas ubun – ubun sang isteri.

You tahu I tak pernah ada niat untuk sakitkan hati you... I sayangkan you Saffi.”

I sayangkan you juga, Hud.”  Urgh!

Hah! Kembang kempis hidung Saffiya Safwa menahan ketawa. Ini kalau perempuan tak guna tu nampak, mahu dia menangis air mata darah ni! Oh! Woman... this man is mine!

Cancel rancangan temu janji dengan bomoh Esah!

Kapal terbang sudah mencecah ke langit tinggi. Suasana dalam perut kapal agak sunyi. Ramai penumpang sudah mula mengarang mimpi lena. Saffiya Safwa masih terjaga. Bibir giat mengoyak senyuman penuh makna. Lengan sasa Hud Daniel dipeluk kejap. Misi menjarakkan Hud Daniel dengan Rose Raihanah sudah bermula! A getaway konon! Kalau ikutkan hati memang malas amat nak bercuti dengan si kejung Hud Daniel. Lainlah kalau dengan Hariz Amrey!

Now that would be the real ‘getaway’!

Saffiya Safwa sempat tersengih gatal. Tapi, ini mungkin peluang untuk dia menganyam kembali hubungan mereka serapi mungkin. Pada masa yang sama kesempatan ini mesti diambil, Hud Daniel mesti dipisahkan dari perempuan itu! Apa juga rasa yang baru bertunas antara mereka mesti dicantas!

####

Sudah hampir dua jam Rose Raihanah menunggu. Kaki yang sudah mulai lenguh direnung lama. Tak lama lagi boleh bercendawan aku kat sini! Nafas dihembus kasar. Minda cuba mengulang tayang adengan lewat petang tadi yang membawa kepada pesanan supaya dia menunggu serupa tiang bendera di sini!

Sorry about that. Rose balik office dulu. Petang nanti abang call, kita balik saing. Tunggu abang tau!” Pesanan Hud Daniel masih terngiang – ngiang di corong telinga Rose Raihanah.

Selepas drama sebabak lakonan ‘madu’nya mengamuk di pejabat Hud Daniel sebentar tadi, Hud Daniel yang jelas riaknya gusar tidak sabar ‘menghalau’nya keluar. Huh! Tadi dia jugak yang panggil aku, siap dengan mood gatal lagi! Sekarang bukan main halau, nak kejar bini dia lah tu! Rose Raihanah sempat membebel di dalam hati.

“Tak payahlah abang. Susah – susah Rose balik sendiri je lah. Kereta pun asing – asing kan?”

No. Kita balik sama – sama. Tunggu abang.”

“Tak payah lah... Karang ganggu masa abang pulak. Bukannya Rose tak biasa pandu kereta!”

“Boleh tak jangan degil?”

“Degil apanya? Rose tak nak susahkan abang je.” Perlahan suara Rose Raihanah kedengaran.

“Siapa kata Rose susahkan abang? Abang kata tunggu, Rose tunggu ajelah! Apa – apa hal abang call!”

“Rose yang cakap. Sebab Rose tau diri... Tau kedudukan Rose.” Hud Daniel mendengus geram. Fikiran yang kusut bertambah bersimpul dengan sikap Rose Raihanah yang mula menunjukkan degilnya.

“I said no, means no, Rose Raihanah! Tak faham ke?! Ni apa pulak pasal tau diri? Tau kedudukan? Abang minta Rose benda yang mudah aje. Tunggu panggilan abang dan tunggu abang balik! Takkan itu pun tak faham?!Suara Hud Daniel sudah naik seoktaf. Terhenjut jugak bahu Rose Raihanah.

“Yalah.” Jawab Rose Raihanah lemah. Sabarlah wahai hati, ingat kedudukanmu! Langkah dibuka laju menuju ke luar pintu. Belum sempat tangan mencapai tombol berwarna emas itu, terasa lengan kirinya dipaut lembut.

“Rose, sorry...” Leret Hud Daniel.

Rose Raihanah merentap kasar lengannya dari pegangan Hud Daniel. Hati tiba – tiba jadi lebih sakit. Mata merenung tajam wajah suami yang tampak serba – salah. Tangan kembali mencapai tombol emas, tanpa bicara Rose Raihanah terus meloloskan diri dari pejabat yang terasa mula menyesakkan jiwa.

Dum!

Pintu dihempas kuat. Hud Daniel meraup wajah kasar. Kasihan pula melihat wajah suram wanita yang mula bertapak di dalam hatinya itu.

Kesudahannya, jam sudah masuk pukul tujuh petang. Tiada panggilan daripada Hud Daniel. Kelibat encik suami juga tidak kelihatan. Sudah masuk dua jam Rose Raihanah menunggu Hud Daniel di tempat letak kereta menara Synergy. Kereta – kereta kakitangan yang memenuhi petak tempat letak kereta mula berkurangan. Langit makin gelap, Maghrib sudah hampir. Rose Raihanah mengeluh lagi. Tunggu dalam kereta, aircond pulak buat hal!

Panasnya Subhanallah! Macam dalam ketuhar! Badan melekit berpeluh – peluh minta disirami air. Tunggu kat luar kereta pulak ini lah bahananya, mahu tercabut pinggang dengan tempurung lutut!

Jari runcing mula mendail nombor encik suami lagi. Yang ke entah berapa puluh kali! Panggilan tidak berjawab. SMS tidak dilayan. Satu jam yang lalu Rose Raihanah sempat menghubungi Jennifer, pembantu peribadi Hud Daniel. Malangnya wanita kacukan Serani Tionghua itu hanya mengulang pesanan terakhir Hud Daniel tentang pembatalan temujanjinya.

Tiada pesanan tentang ke mana dia pergi atau bila dia akan kembali ke pejabat. Hmm... Rose Raihanah mengeluh buat kesekian kalinya. Skrin Nokia E71 dipandang sayu. Rasa hati hendak menidakkan bicara akal yang menyatakan Hud Daniel sedang bersama dengan Saffiya Safwa. Barangkali sedang memujuk.

Tangan dibawa ke dada sebelah kiri. Sakit. Kenapa ada rasa sakit? Rose Raihanah mengeluh lagi. Tangan laju menepuk dahi berkali – kali. Bodoh! Yang kau sakit hati kenapa? Itu kan isteri dia? Jangan lupa, isteri yang dicintainya! Berapa kali mahu diulang supaya hati ini makan ajar? Jangan sekali – kali lupa, tidak mungkin akan ada perasaan lain selain daripada rasa tanggungjawab antara Hud Daniel dan Rose Raihanah! Jangan berani lupa Rose bahawa kau dinikahi kerana satu sebab, dan sebab itu bukan cinta!

Mata mula rasa pedih dan panas. Sakit menjadi sayu. Rose Raihanah menyandarkan badannya ke pintu Myvi miliknya itu. Tangan melurut lagi dada sebelah kiri. Apa rasa ini? Baru sebulan menikah, takkan begitu mudah dia jatuh cinta? Jatuh cintakah? Kalau bukan cinta jadi apa? Kenapa rasa sakit bila mengenangkan Hud Daniel bersama dengan Saffiya Safwa? Cemburu? Kata orang cemburu itu bunga – bunga cinta. Betulkah? Apa bengap sangat kau ni Rose Raihanah! Tangan sekali lagi laju menepuk dahi, dengan harapan kali ini semua angan – angan berkubur saja.

“Fokus Rose Raihanah, fokus! Jangan jadi lemah begini!”

“Uiks! Jangan ditepuk dahi tu sayang... Karang bengkak tak cantik macam ikan flowerhorn!”

Rose Raihanah pantas menoleh. Mata dijuling ke atas. Adoyaiii... Mamat ni lagi! Dah lah aku ni mood tak berapa nak elok. Haisy! Tanpa mempedulikan Amirul Haikal, Rose Raihanah terus saja masuk ke perut kereta. Kunci kereta dipulas. Eh! Lain macam bunyi ni. Apesal tak boleh nak start pulak ni?

“Hah! Kan dah kena daulat. Abang ni keturunan di Raja tau? Baru je nak sakitkan hati abang nan halus lagi sensitif ini, kereta sayang dah tak boleh nak start! Lain kali, jangan main elak – elak daripada jumpa abang lagi tau?” Tanpa segan Amirul Haikal sambil tersengih – sengih selamba masuk dan duduk di sebelah Rose Raihanah.

“Kete sayang rosak, eh?”

Rose Raihanah membuang muka ke luar tingkap kereta. Alahai! Mamat ni, memang muke tembok betul! Sah – sah tak kene layan dia boleh pulak masuk dalam kete aku!

“Ntah! Tak boleh nak start pulak...” Rose Raihanah menjawab juga. Buat masa sekarang keretanya lagi perlu diberi perhatian. Hari dah makin gelap. Orang pun dah makin kurang. Manalah tau mamat ni boleh tolong? Baik jangan nak menyombong sangat Rose Raihanah!

Amirul Haikal sambung sengih lagi. Uiks! Ada respond! Ini sudah bagus! Keep up Amirul Haikal!

Try start lagi sayang...” Rose Raihanah akur.

“Tak boleh lah... Hmm... Karang paksa – paksa meletup pulak! Naya je!” Rose Raihanah mula mengeluh. Macamana nak balik?

“Dah lah, tinggalkan aje kete kat sini. Karang abang call mechanic untuk check kete sayang. Jom!”

“Jom?”

“Yalah... Kete ni tinggal kat sini, jadi sayang nak balik camne? Abang hantarlah!”

“Eh! Tak payah kot. Rose boleh naik teksi.” Tolak Rose Raihanah sopan. Karang tak pasal – pasal jadi gosip! Amirul Haikal menggelengkan kepala.

“Teksi? Waktu – waktu begini? Di kawasan pejabat kita ni? Bahayalah... Dah! Mari abang hantar je. Bukan abang nak buat apa pun. Takkan takut, kot? Hari dah makin lewat karang sampai rumah tengah malam pulak!” Terdiam juga Rose Raihanah. Betul juga, bahaya naik teksi sorang – sorang waktu begini.

“Jap. Rose ambik beg tangan dulu.” Amirul Haikal tersenyum lebar. Alahai pujaan hati! Peluang sudah mari! Laju Amirul Haikal membuka pintu kereta Mercedes Benz C 200 K nya.
Rose Raihanah menyelinap masuk ke kerusi penumpang di hadapan.

“Terima kasih ye Encik Amirul Haikal sebab tumpangkan Rose.” Ucap Rose Raihanah ikhlas.

“Amboi! Panjangnya nama abang sayang sebut. Pesal tak bubuh nama ayah abang sekali?”

“Err...”

“Panggil abanglah sayang...” Leret Amirul Haikal.

“Boleh tak Encik Haikal jangan panggil saya begitu?”

“Panggil macamana?”

“Sayang!”

“Ye, sayang...”

“Encik!”

Sorry... sorry... Ingat sayang panggil abang tadi!” Rose Raihanah mula buat muka. Gedik betul mamat ni! Amirul Haikal sambung gelak. Seronok sungguh mengusik pujaan hati ini!

“Ok... ok... Tukar panggilan, err... Darling?”

“Encik!”

“Ok... ok... Honey!

“Huh!”

“Tak suka jugak? Emm... Baby?”

“Ewww...” Makin kuat gelak Amirul Haikal. Bersungguh – sungguh Rose Raihanah membuat muka tidak puas hati.

“Ok... yang ni mesti best, Precious?” Rose Raihanah geleng kepala. Karang macam watak si Smeagol aka Gollum kat dalam movie Lord of The Ring je!

Angel?”

“Rose! Panggil je Rose! Pleaseeee...” Naik meremang bulu roma Rose Raihanah mendengar semua panggilan – panggilan sayang itu. Huh! Boleh naik paras gula! Ketawa Amirul Haikal meledak lagi.

Fine! I panggil you Rose. Tapi, dengan syarat?” Amirul Haikal angkat kening. Rose Raihanah memeluk tubuh. Apalagi mamat ni?

“Rose takkan panggil Encik Haikal, abang okey?”

Amirul Haikal gelak lagi. Hailaa... Senak perut!

“Yalah... yalah... I baru je nak feeling – feeling pun tak boleh! Drop the ‘encik’ panggil Haikal je, okey?” Rose Raihanah menganggukkan kepala tanda setuju.

“Pinky promise?” Amirul Haikal lantas menyua jari kelingking kanannya. Rose Raihanah mencebik.

“Tak sudi, haram!”

Ketawa Amirul meledak lagi.









No comments:

Post a Comment