DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Thursday, 23 February 2017

Jujurlah... Sayang! - Bab 1



“JADUAL aku full sangat hari ni. Sorry... tak
boleh join lunch.” Aku memberi alasan. Tapi sememangnya
aku sibuk tahap Gaban hari ni. Okey. Hesy... letih ya ampun.
“Ala... tengah hari ni tak boleh, petang nanti lepas
balik kerja bolehlah.”
“Heh... helo... petang buat apa? Baik aku makan kat
rumah je sambil landing kat atas katil. So, jawapan dia tak
boleh,” tegasku.
“Please?” Suara di hujung talian bukan main gedik.
Aku terus menjuihkan bibir.
“Jangan gedik-gedik dengan akulah. Tak tergoda
langsung.” Aku buat-buat marah.
“Ra... boringlah aku lunch sorang.”
“Apa hal pulak dengan kau ni? Tiba-tiba jadi forever
alone ke? Catch up with a friendlah, sayang. Biasa tak pernah
ajak aku lunch. Buang tabiat ke?”
 “Hesy... diaorang semua pergi sitelah. Aku
sorang-sorang je kat dalam ofis ni...”
Aku buat muka. Melampaulah tu kalau dia sorang
kat dalam ofis yang besar gedabak macam tu.
“Pergi invite bos kau. Kau cakap kau nak belanja
dia.”
“Wah... teruk gila cadangan kau. Tak pasal-pasal aku
kena kuda dengan bos.”
Aku ketawa rancak.
“Tak apa, kau kan suka tunggang kuda. Ops...
Masalahnya, kuda pulak yang tunggang kau kali ni ya...”
“Kau mengarut apa ni, Ra?” Suara Ajrun dah naik
satu oktaf.
Aku menekup mulut menahan gelak.
“Semua suggestion aku tak sesuai dengan jiwa kau.
Dahlah, oi. Aku nak sambung kerja aku yang terbengkalai
sejak pagi tadi ni haaa... Malam inilah, kita dinner sama-sama.
Kat rumah.”
“Yalah! Yalah... aku baru nak bermanja tengah hari
ni.”
“Nak bermanja ke nak minta belanja?” usikku.
“Ha... tu bagus juga. Poket dah kopak sejak beli Vios
ni. Minta belanjalah, yang...”
“Dalam mimpi bolehlah...” Nak minta belanja
konon, aku sendiri pun dah mula sesak hujung-hujung bulan
ni walau duit tak ke mana sangat pun.
Ajrun tergelak. Dia tahu yang aku sekadar bergurau
dengannya. “Okeylah, Ra... See you tonight. Bye.”
Aku mengangkat kening. Hesy... adik aku sorang ni,
merajuklah tu. Adik? Aku mengangkat bahu. Betullah. Ajrun
Azim tu adik aku tapi rasa adik tercinta tu dah boleh dinaik
taraf macam abang. Sebab selalunya aku rasa akulah yang
terlebih manja dengan adik yang seorang itu. Dan Ajrun tu
pun suka sangat memanjakan aku. Okay, fine... Whatever it
is... we are twins.
Opsss... Aira Al-Imani dan Ajrun Azim... Cantik tak
nama kami berdua ni?
No answer... but then ma and pa said so.
“Hoi... apa berangan pagi-pagi ni?” Iqa berdiri
tegak seraya bercekak pinggang di depan aku. Kening
diangkat-angkat dengan riak muka nakal.
“Pardon? Banyaklah kau punya pagi.”
Kami saling berpandangan seketika sebelum
menghamburkan tawa.
“Betullah...” Tanpa dipelawa, Iqa menarik kerusi dan
duduk dengan eloknya di depan aku.
“Apa?”
“Syarikat ni memang ada masalah pendawaian
elektrik.”
“Huh?” Aku buat muka blur.
“Traffic jammed bilik aku tadi. Aku... so hot. Rasa
dah travel kat Maghribi. Alahai... memang nasib badanlah
kan.”
“Padan muka kau. Hari tu mengumpat kat bilik
sebelah. Hah, kan dah kena...”
“Yalah, yalah.” Iqa mengaku kalah. Malas melawan
lagi.
“Aku rasa nak quit.” Iqa buat keluhan panjang.
“What do you mean by nak quit? Mung gilo ke apo?”
Hah, kan dah terkeluar loghat Kelate pekat nenek datuk aku
yang dirindui kat Pasir Mas tu.
“Entah... penatlah hidup macam ni...”
“Habis tu, kau nak balik kampung tanam jagung
ke?” Aku gelak jahat.
Iqa buat muka bengang dengan ayat kawan dia ni.
“Aku nak kahwin dengan lelaki kaya. Nanti aku boleh
goyang kaki kat rumah je...” Iqa tayang sengih.
Aku gelak lagi. Tahu sangat dengan Iqa yang
sungguh-sungguh materialistiknya itu. Ciri lelaki idaman
dia, satu aje... kaya tahap billionaire. Sungguh sadis impian
gadis cantik sorang ini.
Tapi bila dikenang-kenang... Iqa boleh mencapai
impiannya yang melampau tu. Muka cantik, baik pula tu.
Aku sendiri memang awal-awal mengaku kalah kalau ada
yang suruh kira berapa ramai lelaki yang pernah jadi teman
istimewa Iqa. Ramai nak mampus. Diulangi... nak mampus,
okey! Tak macam aku, satu habuk pun tak ada.
Iqa juga sememangnya keturunan anak orang kaya...
jadi maknanya, dia ni nak menyambung generasi dengan
kekayaanlah. Kalau ikut cerita Iqa tu, mak cik dan pak cik dia
memang kaya. Jadi sepupu-sepupu dia tu pun ikut sama kaya.
“Nanti bila aku dah jadi mem besar, kau orang
pertama yang akan jejak kaki ke rumah aku dengan sambutan
luar biasa. Aku hampar red carpet untuk kau.” Iqa buat
kening double jerk.
“Whateverlah... red carpet ke blue ke yellow ke
kelabu asap ke, I don’t care. Daripada kau cakap benda-benda
tak penting dalam hidup ni, apa kata kalau kau belanja aku
makan petang ni? Tu baru betul,” ujarku.
“Ecece... Sungguh tak membantulah kau ni Aira.”
Aku gelak sahaja dengan keluhan Iqa.

 “HELO, SAYANG...” Ajrun merebahkan tubuh di katil aku.
Aku yang baru sahaja selesai solat isyak mengerutkan kening.
“Kau jangan nak buat adegan lucah tak tentu hala
kat dalam bilik aku ni.” Keras suara aku. Apa taknya... adik
aku yang sorang ni pakai boxer aje tengah malam yang kelam
ni. Huh! Tersangat-sangatlah menyakitkan mata dan hati
serta semua sistem kat dalam tubuh.
“Lucah apa ke jadahnya pulak? Aku tak layan blues
okey, nanti sah kena tikam dengan pa. Five minutes, dear.”
Ajrun buka tutup buka tutup lima jari sebelah kanan dan
terus pejam mata.
“No way!!!” Aku menjerit kuat sebelum melibas
kepala Ajrun dengan bantal di atas katil.
“Ala, kejaplah... please.” Ajrun merengek manja
sambil menggosok-gosok kepala yang tak berapa nak sakit
itu. Lepas tu dia terus tutup mukanya dengan bantal. Okey,
ni maksudnya aku kena tidur kat luar malam ni. Bukannya
senang nak kejut Ajrun yang sorang tu kalau dah tidur.
Memang dasar tidur mati!
“Run! Bangun... syuh! Pergi tidur bilik sendirilah...
Apa masalah kau ni menyemak kat bilik aku pulak?”
Sedetik. Dua detik. Tiada reaksi.
Dengan muka merengus, aku mengambil bantal dan
tibai kepala si adik yang kononnya kacak menawan tu lagi
sekali. Padan muka. Aku bulatkan mata bila Ajrun tak bagi
tindak balas. Aku gelengkan kepala. Dah tidur ke? Cepatnya!
Aku terus berjalan ke luar bilik. Sumpah, aku tak
rela nak tidur sebilik dengan Ajrun. Waktu kecil-kecil dulu,
tak apalah sebab kira halal. Ni dah besar panjang tak ada
maknanya!
“Buat apa kat sini malam-malam ni?”
Huh... Kus semangat. Aku mengurut dada saat
melihat kelibat pa di sebelah yang hanya berkain pelekat dan
berbaju t-shirt hitam.
“Pa... adik tidur bilik akak. Bengang betullah akak.”
Aku dah mula buat drama, mengadu kepada pa tersayang
dengan gaya sedih walaupun tak adalah sedih sangat.
Pa mengorak senyuman melihat gaya anak manjanya
ini. “Kenapa tak kejutkan adik? Akak tu pergilah tidur bilik
adik.”
“Hesy... pa.” Aku besarkan anak mata. Lagak tidak
percaya. “Takkan tak tahu adik tu kalau tidur... cicak berak
atas kepala pun tak sedar. Akak takkan tidur bilik dia...
bersepah macam baru lepas kenduri. Pengsan jugak akak kat
dalam tu nanti.”
Pa gelak. “Habis tu, nak tidur kat sini ke?”
“Ermmm, terpaksalah, pa... Tak apa-tak apa, akak
okey je. Esok akak balas dendam dekat adik. Pa pergilah
tidur.” Aku dah letak bantal atas sofa, kat ruang tamu yang
tak berapa luas ni.
“Akak.”
“Yup.” Aku panggung kepala.
“Esok pa nak pinjam kereta adik, nanti akak tolong
hantar adik pergi kerja ya?”
Ternganga pula aku kat situ.
“Apa, pa? Hesy... tak naklah pa.” Aku dah mula
merengek. “Akak kan tengah sakit jiwa dengan adik ni. Esok
akak nak perang dengan dialah, pa.”
“Kereta pa masuk bengkel, ma pulak nak pergi Bangi
esok. Kalau akak nak hantar pa, tu namanya kerja gila, kan?
So, lagi baik akak hantar adik... lagi dekat dengan tempat
kerja akak. Ke akak nak bagi pa pinjam kereta akak?”
Aku menggaru kepala. Perlahan-lahan aku geleng
kepala. Pa nak pinjam kereta aku tu, maksudnya aku kena
naik kereta Ajrunlah kan? Lagilah 87 juta kali tak mungkin!!!

“NGEKlah kau ni.” Ajrun gelak bila aku menyekeh
kepalanya.
“La... kenapa, tak betul ke aku cakap? Kau tu dahlah
tak cantik. Eh Ra, aku rasa kau kena kahwin cepat-cepatlah...
nanti dah makin tua, makin tak laku.”
Aku yang tengah memandu kereta dengan kelajuan
90 km sejam, mengerling tajam pada Ajrun.
“Kau sedar tak yang kau tengah mengata orang yang
sama umur dengan kau ni?”
“Eh... kita sama umur ek?” Ajrun gelak. Haip!
Buat-buat tanya pulak.
“Aku tahulah... No reminder needed. Tapi orang tak
kisah pasal lelakilah, Ra. Kalau umur 40 tahun tak kahwin
lagi pun okey. Tambah-tambah lelaki macam aku yang tak
dijangkiti tanda-tanda penuaan. Lagipun, aku dah ada Reen
tau.”
Reen, atau nama panjang teman wanita Ajrun itu
ialah Reen Ashikin. Ajrun mengenali Reen ketika melancong
ke Arab Saudi bersama Auntie Mack. Reen ketika itu bertugas
sebagai jururawat di salah sebuah hospital di Arab Saudi.
Tetapi sudah tiga bulan Reen kembali ke tanah air dan
bertugas di sebuah hospital swasta di Kedah.
“Untuk pengetahuan am kau, kalau umur 40 baru
nak kahwin, nanti bakal anak-anak kau merangkap bakal
anak-anak saudara aku tu akan jadi tak berapa cerdik macam
kau. Faham?”
Ajrun buat muka blur.
“Maksud kau apa? Aku tak fahamlah kau cakap apa
ni.”
“Betullah. Sperma kau tu dah tak berapa sihat nanti.
Anak-anak kau pun ikut sama.”
Ajrun gelak geli hati.
“Aku rasa kau dah gila. Ma dengan pa yang jadi doc
pun tak ada nak kata apa macam kau. Dan paling penting, tak
mengeluarkan fakta yang paling tak boleh diterima masuk
otak ni.” Ajrun perli aku sambil melihat pada skrin telefon
bimbitnya.
Aku buat bodoh sahaja. Lebih baik tumpukan mata
pada jalan. Malas nak melayan Ajrun yang bising macam ayam
kena kejar dengan musang. Suka hati kaulah nak percaya
cakap aku ke tak.
Hari ni terpaksalah aku hantar Ajrun ke pejabat.
Petang nanti pun aku kena ambil Ajrun. Wa... sah aku balik
lambat hari ni. Dari pejabat aku nak U-turn ke tempat kerja
Ajrun memang selalunya sesak.
Aku kerling jam tangan. Dah pukul 7.15 pagi.
Hailah-hailah... lambatlah aku sampai kerja hari ni
nampaknya.
“Aku nak turunkan kau kat mana?” soalku bila dah
selamat sampai di kawasan pejabat Ajrun.
Ajrun mengambil beg bimbitnya di tempat duduk
belakang.
“Depan tu je, Ra. Bagi signal kanan.”
Bila kereta dah berhenti, Ajrun membuka pintu
kereta. Aku dan dia saling berpandangan. Kemudian, aku
hulurkan tangan, kemudian disambut Ajrun yang sekadar
menepuk kasar tapak tangan aku.
“Dah lama tak salam dengan kakak tercinta rupanya.
Bye,” kata Ajrun.
Ajrun gelak sebelum menutup pintu kereta. Aku juga
turut mengukir senyuman. Betullah tu! Dulu, kalau nak balik
sekolah atau universiti selepas cuti, dah jadi amalan wajib
untuk Ajrun cium tangan aku selaku kakak sulung walaupun
beza keluar daripada perut ma hanya dua tiga minit je. Tapi
bila dah besar ni, bila nak bersalam, terasa kekok pula.
Belum pun sempat aku membelok ke kanan, kereta
hitam dari belakang meluncur laju. Aku tersentak. Geram!
Sepantas kilat, tapak tanganku menekan hon. Hesy! Beri
isyarat yang tindakan si pemandu kurang berhemah itu
mengundang bahaya.
Dan ponnn!
Aku mengetap bibir. Berani dia hon balik ya? Tak
bertauliah punya pemandu. Patutnya kena daftar untuk ambil
lesen kereta lagi sekali, rungutku sebal.

No comments:

Post a Comment