AKU ketap bibir entah buat kali ke berapa.
Samsung di genggaman, aku cengkam kuat. Rasa dah
terbakar hulu hati aku. Budak Noah ni memang tak faham
bahasa. Aku cakap tak nak tu, maknanya taklah.
Semalam, waktu aku tengah lepak-lepak depan TV,
tiba-tiba aje ada panggilan masuk. Bukan main terkejut lagi
aku apabila private number tu rupa-rupanya milik Noah.
“You dapat mana number I ni?”
“You agak?”
“Noah... jangan main-main, boleh tak?” suaraku
keras memberi amaran. Geram.
Noah gelak.
“Jangan main-main? Main apa, sayang?”
“Don’t call me again. I offkan phone.”
“Ajrun!”
“Apa???”
“Adik you tu pekerja yang
berdedikasi lagi cemerlang.
Bila I cakap nak pinjam phone, dia terus je bagi. Hmm...
you can guess what happened next... right?” Noah berterus
terang.
Huh, kurang ajar! Ada ke patut dia menggunakan
kenaifan adik aku tu untuk dapatkan apa yang dia nak. Lepas
tu, 24 jam ganggu ketenteraman hidup orang.
“I tak suka you call I. And in fact, suara you tu buat
I rasa nak muntah.”
Noah gelak sinis.
“Really? But what can I do... suara you yang manis
ni buat I tak lena tidur. Sungguh, I rindu.”
Aku mula menggigil kepala lutut saat mendengar
suara Noah yang seram itu. Huh! Tolonglah jangan nak
berbisik dalam kelambu macam ni. Tolong!!!
“Noah, please... jangan ganggu I lagi, okey.”
“I sayang you.”
Mataku membulat. Terkebil-kebil tidak percaya.
Sungguh ke telinga aku okey sekarang ni? Jantung kencang
macam nak roboh. Kalau jantung aku ni boleh ukur tahap
kelajuan gempa bumi, nescaya hancurlah semua sistem
dalam badan aku. Lambat-lambat air liur aku telan.
“I tak tahu sejak bila, tapi I sungguh sayang you. I
really mean it...”
Dan tanpa sedar, punat merah aku tekan laju. Mata
aku pejam rapat-rapat. Abaikan!
Keesokan harinya , aku ke pejabat Noah. Dalam hati,
sempat aku menitipkan doa supaya lelaki itu tidak akan
muncul di hadapanku. Aku tidak mahu dia mengganggu
tugasku sekali gus mengacau-bilaukan sekeping hati ini.
Juga tidak mahu Ajrun perasan yang bosnya sedang cuba
mendekati diriku.
Eee... aku cuba bayangkan reaksi terkejut Ajrun
kalau dia tahu Noah sudah berkali-kali menelefonku. Tak
boleh! Tak boleh! Pastilah aku akan disoal siasat oleh Ajrun
nanti.
Namun meleset sama sekali apabila Noah hadir di
ruang mata saat aku melangkahkan kaki ke ruang pejabat.
Lelaki itu tersenyum menyambut kedatanganku. Hari ini,
aku datang seorang, sekadar mahu mengusul dan memberi
keputusan mengenai perabot dan aksesori yang bakal
digunakan untuk tujuan ubah suai.
“Hai dear...” Berubah muka aku apabila Noah
selamba menuturkan ayat itu.
Aku menghadiahkannya jelingan tajam.
“Eh, you tak mahu sapa customer you?”
“Hello Mr. Noah. Nice to meet you again. I nak ke
bilik Encik Ajrun, excuse...” Aku senyum yang dibuat-buat
sebelum mula mengorak langkah.
“Ajrun is not around. You discuss dengan I.”
Laju aku menoleh. Menatapnya dengan kerutan.
Noah sekadar beriak selamba. Bincang dengan dia? Tetapi
bukankah semalam, kata Ajrun...
“Dia ada kerja kat luar. Jom, kita berbincang kat bilik
I.”
Aku masih tidak berganjak. Apakah ini salah satu
muslihat Noah untuk mendekatiku?
“Setahu I, sebelum ni I berurusan dengan Ajrun,”
kataku, masih tak berpuas hati.
“Syarikat ni I yang
punya, so anything related to it,
it’s under me. You berbincang dengan Ajrun sebelum ni sebab
I ada kerja kat luar. Hari ini, I ada kat sini.”
Mendengarkan balasan Noah, terpaksa juga aku
membuntutinya. Kami melintasi meja setiausahanya yang
mesra menyapa kami dengan ucapan selamat pagi.
Aku menjejakkan kaki ke bilik kerjanya. Aku kagum
dengan susun atur biliknya yang tampak sempurna sekali di
mataku. Noah segera mempelawa aku duduk.
Anehnya, sehingga beberapa minit aku
menghenyakkan punggung di kerusi, dia masih juga berdiri
tegak di sebelahku, sehingga memaksa aku mendongak ke
arahnya.
Aku tersentak. Kedudukan kami begitu rapat
sehingga wangiannya semerbak menusuk hidungku. Mata
lelaki itu merenungku dalam, seakan tidak mahu dilepaskan
sedetik pun. Aku berdeham seketika, menghilangkan rasa
celaru dan gelabah yang menjenguk tiba.
“You ni dah kenapa? Please, keep your distance. I tak
selesa.”
“I buatkan you tak selesa?” soal Noah lunak, dengan
senyum yang menguntum manis.
“Ya. You buat I rasa panas satu badan,” gerutuku
agak tinggi.
Tetapi Noah sekadar ketawa kecil.
“I sudi berkongsi panas tu dengan you. Ermmm... I
boleh beri you kehangatan kalau you nak...” sengihnya nakal.
Dadaku berombak kasar. Tanpa mengendahkan
renungannya, laptop aku buka.
“I nak tunjukkan beberapa perabot dan aksesori
untuk ruang lobi kat sana tu...”
“Kenapa you off your
phone semalam, dear? I
buatkan you tak selesa juga ya semalam?” usiknya yang
kedengaran mesra.
Aku mendecit.
“Mr. Noah, be professional please. I tak nak
campurkan urusan peribadi dengan kerja. I banyak lagi
urusan di pejabat. Tolong jangan bazirkan masa berharga I
dengan hal macam ni. I prefer to work with Ajrun if you keep
behaving like this,” ucapku tegas.
Noah kaget. Buat seketika, kami saling berpandangan
sebelum aku membuang pandang.
“Kerja boleh settle bila-bila, tapi hati I tak. I perlukan
jawapan you.”
“Jawapan apa?” Nada suaraku makin menekan.
“I love you. I dah cakap dengan you sebelum ni, kan?
I nak jawapan daripada pihak you.”
“No. The answer is no. Shall we begin our
discussion?” putusku pantas. Aku mengalih pandangan
pada laptop. Membuka folder yang sudah aku siapkan untuk
tugasan hari ini.
Noah melepaskan keluhan kasar.
“I tetap nak you. Jawapan you ya atau tak, I tetap
akan dapatkan you. By hook or by crook.”
Aku pura-pura tidak mendengar. Makin dilayan,
makin menjadi. Sudahnya Noah bergerak. Aku terpinga-pinga
tatkala dia menarik sebuah kerusi lain dan duduk di
sebelahku.
“You buat apa ni?”
“Duduk. You nak mula, kan?”
“Hei... duduk sajalah kat depan sana!” Aku
betul-betul rimas dengan gelagat Noah. Sudahlah duduk di
sebelah, dekat pula tu!
“Cik Aira, I
pelanggan you. You tak ada hak nak
tentukan mana I nak duduk. I nak you mula sekarang. I
pun tak mahu you bazirkan masa berharga you hanya untuk
persoalkan mana I nak duduk.”
Aku terkebil-kebil mendengar balasan Noah yang
berubah serius. Argh! Tentunya dia sengaja memprovokasi
aku.
“Let me review the details before we proceed.” Fail
biru di atas meja dibelek Noah.
Dek terkesan dengan nada suaranya itu, buat
beberapa minit, aku sekadar merenung kosong skrin laptop.
“Sebelum I duduk atas paha you, I rasa you boleh
mula,” perli Noah.
Aku menjelingnya. Dalam geram, perbincangan
diteruskan juga. Aku mulakan dengan pemilihan jenis dan
warna sofa, wallpaper yang mahu dilekatkan pada dinding,
centrepieces untuk bahagian sudut atau ruangan tengah dan
beberapa perkara lagi.
Buat 15 minit pertama, Noah memasang telinga
dengan teliti, tetapi untuk minit-minit seterusnya, aku
rasakan matanya lebih banyak merayap ke segenap wajahku.
Ada ketikanya, dia seperti sengaja menyoal berkali-kali walhal
aku yakin dia tahu dan faham. Agaknya dia memang mahu
menaikkan darahku. Aku rasa apa yang aku sampaikan tadi,
lalu bagai angin sahaja di telinganya. Huh, suka hati
dialah!
Yang penting, kerja aku lancar.
“I setuju.”
“Yang mana satu? You lebih berkenan warna terang
atau gelap?”
“I setuju dengan kata hati I yang you memang
cantik.” Noah tersengih nakal.
Aku mengetap bibir. Dadaku berombak kasar.
“I’m done Mr. Noah.
Ada apa-apa yang you tak puas
hati, you boleh cakap dengan Ajrun. Nanti I akan explain
balik pada dia.”
Laptop aku tutup sebelum menolak kerusi. Melayani
kegilaan Noah memang satu cabaran. Perlukan kesabaran
yang tinggi.
“Aira...” Dia seperti terpinga-pinga melihat
tindakanku.
Aku mahu balik.
“Stop! Jangan dekat dengan I lagi. Tentang apa yang
I bincang dengan you tadi, I yakin... 90 peratus daripadanya
tak masuk dalam otak you. I tak nak ulang banyak kali
terutamanya kepada pelanggan yang tak beri tumpuan
macam you.”
“Aira! Aira! Okey, I minta maaf. Kita sambung?”
“Soalan terakhir I ialah, you nak pilih warna terang
atau gelap? Kalau susah sangat nak fikir, boleh pass jawapan
pada partner I. That's it for today.”
“Aira... I minta maaf. Please, jangan keluar dulu,
sayang. How about lunch together?”
“I nak keluar.” Panggilannya tidak aku hiraukan.
Ketika daun pintu dikuak, langkahku terhenti melihat Ajrun
di hadapan pintu. Tangannya kaku di hadapan. Agaknya tadi
dia berura-ura mahu mengetuk pintu.
“Hai darling... done?”
“Hai bos...”
“Hmmm... Ajrun, semuanya lancar. I suka bekerja
dengan adik you. Errr... I mean, kakak you.” Noah menjawab
laju.
“Jom Run, kita lunch,” ajakku seraya menyauk
lengan Ajrun. Sempat aku dengar Ajrun berpamitan dengan
Noah sebelum kami meninggalkan ruangan itu.
NOAH LANGSUNG tidak berhenti menggangguku. Kalau
boleh, mahu sahaja aku lenyap dari muka bumi ni, biar lelaki
itu terkapai-kapai sendiri, dan biar aku rasa aman seketika.
Sudah berkali-kali aku terpaksa on-offkan telefon pintarku
hari ni, kononnya tidak mahu mendapat gangguan daripada
lelaki itu yang terus mengacau-bilaukan kesejahteraanku.
Sampai saja ke rumah, tuan doktor gigi dah
membebel sebab bila telefon aku, selalu saja masuk ke voice
mail. Ampun pa, bukan salah akak, lelaki tu yang tak faham
bahasa Melayu.
“Aira, kenapa muka macam senteng je kau ni?” Aku
mencemik tengok Iqa yang senyum bahagia kat depan mata.
Ni masalah negara weh!
“Tak ada apa,” jawabku malas.
“Ek eleh... tak ada apa konon. Dari tadi lagi aku
tengok kau ni hilang fokus. Apasal? Sharing is caring...”
“Adalah. Malas nak story. Tak penting pun. Anyway,
lama tak jumpa kau, kan? Satu ofis, tapi tak sempat nak
jengah muka kau weh.”
Iqa gelak.
“You are right. Tapi aku ada something nak inform
kau.” Iqa sudah tarik kerusi di depan aku sebelum melabuhkan
punggung di situ.
“What is so important, dear?”
“Er... ermmm... I’m engaged.”
“What the...?” Mata aku sah-sah terbeliak, ternganga
terus aku kat situ. Hei, sampai hati tak beritahu aku.
“Bila?”
“Yesterday.”
“Kenapa tak beritahu aku?” Aku tayang muka
merajuk. Konon mengaku aku ni best friend forever, tapi
bertunang senyap-senyap. Waaa, sedihnya!
“Sorrylah. It was unplanned at all. Aku pun terkejut.
Memang tak jemput sesiapa pun. Tak apa. Nanti aku nikah,
you are the first person I'm inviting. I'll lay out the red
carpet
for you, I promise.”
“Family arrangement.” Seingat aku, teman lelaki
Iqa dah jadi exnya pada dua bulan lepas. Takkan dalam masa
sesingkat ni, Iqa dah ada pengganti? Sungguh bertuahlah
badan.
“Yup... but I just love that guy. My first love...”
“Wuuu...” Aku bersorak suka.
“Siapa? Aku pernah jumpa tak?” tanya aku. Yalah,
aku mana pernah menjadi peneman Iqa setiap kali dia pergi
dating. Pendek kata, aku memang tidak pernah kenal semua
teman-teman lelaki yang pernah Iqa ceritakan kepadaku.
Aku tahu pun melalui cerita-ceritanya sahaja. Namun,
betapa untungnya Iqa, kerana dia selalu bercinta dengan
orang-orang kaya yang selalu memanjakan dirinya.
“Weh... ajaklah dating. Aku nak tengok juga taste
kau tu,” sakatku.
Iqa geleng.
“I don’t think so. Sebab aku keluar dengan dia pun
sekali dua je.”
Aku gelak.
“Sekali dua? Kau biar betul? Tak takut ke kahwin
dengan orang yang kau tak kenal hati budi ni?” tanya aku
hairan. Mungkin sebab inilah aku susah nak berteman.
“Nama pun family arrangement. Kalau dah cinta
separuh mati tu, bukannya family arrangement lagi.”
“Aku langsung tak pernah expect yang kau in the
end of the day, kahwin dengan your family's choice. Kalau
nampak gaya kau, macam akan pilih pasangan sendiri.”
Iqa gelak.
“You are not alone. Aku pun tak sangka aku jadi anak
yang patuh macam ni. Doakan aku.”
“Of course... Insya-Allah...”
Tiba-tiba aku jadi sebak sendiri. Aku bakal
kehilangan seorang lagi teman rapat. Kalau ikut pengalaman,
bila kawan-kawan yang sudah berumah tangga ni, dengan
sendirinya mereka akan kurangkan aktiviti bersama
teman-teman. Yalah, mestilah keluarga lagi dipentingkan.
Untuk itu, aku tidak menuding jari, menyalahkan sesiapa.
Cuma aku terasa sendiri, sementelah setakat ini aku pun
belum berpunya.
Hai... kalau macam ni, aku kena cepat-cepat cari
calon.
“Aku kena pergi jumpa Puan Jamiliah petang ni.” Iqa
menukar topik.
Aku mengangguk. Memang dia dah ambil alih tugas
aku itu.
“Kesian kat kau kena marah dengan Mr. Choo. Sorry,
aku tak dapat nak tolong kau.” Iqa mengusap lenganku. Aku
hanya tersenyum manis.
“It’s okay, Iqa... dah lama. Aku dah tak terfikir nak
rasa sedih kena reject dengan Mr. Choo. Lagipun mungkin
memang aku yang salah. Aku ada dengar Ruden cakap, Puan
Jamiliah okey je, tapi kita sama-sama kenal Mr. Choo, mana
dia suka kalau staf dia salah sikit. I learn a lot through
those
mistakes anyway,” ujarku lebih kepada mahu menamatkan
perbualan mengenai kemarahan Mr. Choo kepadaku.
AKU TERPANAR melihat Noah yang bersandar sambil
memeluk tubuh di keretaku. Hari ini, lelaki itu memakai
seluar slek dan baju kemeja berjalur warna jingga. Berkerut
dahiku. Apa dia buat kat sini?
“Aira!” Noah sudah mengejar apabila dia nampak
aku cuba berpusing ke belakang.
“Aira!” jerit lelaki itu lagi.
“Ada apa?”
“I nak jumpa you. Kita keluar makan, jom?”
“Tak naklah.”
“Aira, please... I call, you off phone. I nak jumpa, you
tak nak. Please, sayang...”
Hendak termuntah aku dengar dia panggil aku
sayang.
“I tak nak ada apa-apa kaitan dengan you. Please
Noah, I beg you... stay away from me.”
Aku cuba melangkah ke kereta namun nyata gagal
apabila Noah lebih pandai menghalang langkahku.
“I betul-betul dah jatuh cinta dengan you, Aira...”
kendur suara Noah. Matanya merenung tajam ke arahku.
Aku terkedu, menelan liur. “Errr... I...”
“I'm going crazy over you! I don’t know how...
please... Kalau boleh, I nak jadikan you someone special in
my life,” rayu Noah.
Tiba-tiba aku kelu dengan sikap berterus terang
Noah ini. Berani betul dia ni.
Aku kebingungan. Apakah Noah sedang melamarku?
Kata-kata cinta itu terasa meresap ke hati. Aku tidak dapat
menelah hati sendiri. Sukakah aku kepada lelaki yang bukan
sebangsa denganku ini? Apakah perasaan aku terhadap Noah
yang jelas bukan seagama denganku?
“Kalau tak boleh?” balasku menahan rasa gugup.
Noah tersenyum kecil. Aku mula menggeletar
apabila bibirnya rapat ke telingaku.
“I nak bolehkan juga. What do you think?”
Aku menjauhkan diri. “Noah, please... jangan
macam ni. I tak selesa. I tak rasa kita boleh jadikan
hubungan
ni something special. Let’s just be friends. Okay?”
cadangku.
“Macam mana I nak expect you only as a friend
kalau memang I dah rasa lebih daripada tu?” bentak Noah,
tidak bersetuju.
Aku melepaskan keluhan.
“Banyak benda yang menghalang, Noah.” Sungguh,
sebenarnya itulah yang sentiasa bermain dalam fikiranku saat
dia melontarkan rasa hati dulu. Mana mungkin kami bersama
jika terlalu banyak perbezaan. Yang paling menyesakkan
dadaku ialah mengenai agama. Sanggupkah dia?
Noah menatapku.
“Apa maksud you, Aira? Oh God... maksud you,
Ajrun? Ajrun tak suka you dengan I ke?” Noah bulatkan mata,
tidak percaya. “Aira dear, kalau pasal Ajrun, you tak perlu
risau. I akan slow talk dengan dia,” pujuknya.
“Ini bukan pasal Ajrun. Dan adik I tu tak ada kaitan
pun dalam hal ni.”
“So, apa masalahnya?” Noah bertanya dengan
pandangan kosong.
Aku membisu. Apakah aku sedang memberi jawapan
ya kepada lamaran Noah apabila aku memanjangkan isu ini?
“Jom cari tempat makan. Then, kita akan bincang
lebih lanjut,” putus Noah apabila aku sekadar berdiam diri.
“Mana kereta you?”
Noah melempar sengih. Tanpa menjawab
pertanyaanku, dia bergerak ke bahagian sisi kereta aku, di
sebelah kiri. Dia ketuk pintu di bahagian penumpang.
“I tumpang you ya, sayang...”
“Noah!” Aku jelas tidak senang apabila dia
pandai-pandai sahaja membuat keputusan tanpa berbincang
terlebih dahulu denganku.
“I tak bawa kereta, cousin I datang hantar tadi.
Ermmm... nanti you cuma perlu hantar I balik ke pejabat. No
worries. I rasa Ajrun takkan terserempak dengan kita. Kalau
itu yang you bimbangkan sangat.”
Aku diam. Lagi-lagi Ajrun. Aku tidak faham kenapa
Noah merasakan Ajrun menjadi masalah antara aku dan dia
padahal pada pandanganku, masih ada lagi yang lebih besar.
Aku terus masuk ke dalam perut kereta. Noah
tersenyum kecil apabila aku akur dengan keinginannya itu.
“SO, I rasa kita boleh mula...” Noah menyisip latte panas di
hadapannya.
Aku mengetap bibir. Dari mana harus aku mulakan?
Dalam keresahan, aku membuang pandang ke luar restoran.
Aku sebenarnya masih belum pasti dengan kata hati sendiri.
Mungkin aku sekadar suka-suka sahaja dengan Noah.
Mungkin kerana kekacakannya, mungkin juga kerana
terlalu banyak babak yang terjadi antara kami membuatkan
jantungku berlagu irama setiap kali mata kami bersabung
pandang.
“I tahu you pun rasa apa yang I rasa, kan Aira?” teka
Noah tidak lama selepas itu.
Pipi aku kemerahan dengan serkap jarangnya.
“I tahu you mungkin tak percaya macam mana I
boleh jatuh hati secepat ni, tapi I tak rasa mustahil pun.
I’m
telling you now, dear... I betul-betul nakkan you. I know
this
is love...” Noah terus mengungkap rasa hati yang tak
tertahan.
Aku menelan liur.
“Tapi Noah... kita... kita tak sama...” jelasku.
“What?” Noah pandang aku.
“Apa yang tak sama? You nampak I ni macam vampire
ke?” Noah bergurau dengan gelak di hujung kata-katanya.
Aku memandang tepat ke anak mata Noah.
“Kita tak sebangsa...” Perlahan aku menuturkan
kata.
Demi mendengarkan ucapan aku, Noah memicingkan
mata sebelum tawanya terletus. Dia ketawa terbahak-bahak.
“Aira, sayang... that excuse is ridiculous. Itu bukan
masalahnya pun. Takkan you tak pernah tengok orang couple
dengan lain bangsa? Oh God! Can't you find a better reason?”
“And our religion...” sambungku dan kali ini tawa
Noah serta-merta mati. Dia memandangku tajam.
Selang tiga minit Noah menyepikan diri, suara
garaunya kedengaran.
“Okay, fine. I dah faham. So, ini pasal agama.”
“Ya!” jawabku tegas.
“Aira, come on... kenapa you nak sesakkan kepala
pasal tu? Tak perlu terlampau fikir panjang. I faham, kita
berbeza tapi to have a relationship, we need to put that
matter aside first. Nanti kita bincang balik pada masa yang
sesuai.”
Aku melepaskan keluhan panjang. Kata-kata
Noah tidak sedikit pun menyenangkan hatiku. Dia tetap
meninggalkan tanda tanya tentang perbezaan yang wujud
antara kami. Aku langsung tidak jelas akan keinginannya.
“Let’s give ourselves a try, Aira. I yakin dengan kata
hati I. You juga cintakan I. Am I right, my darling?” Suara
Noah bertukar romantis. Aku tidak keruan.
“I tak nampak masa yang sesuai, Noah. Kalau boleh,
I nak kita jelas tentang semua ni. I...”
“How would I explain to you, Aira? I was born a
Christian and I need time to really think about this,
okay...”
Aku mengangguk. Pastilah aku mengerti, bukan
salah Noah dilahirkan sebagai seorang yang beragama
Kristian dan aku juga sesungguhnya tidak memaksa. Cuma
aku risau akan hala tuju hubungan ini jika aku menjanjikan
ikatan antara kami. Lebih baik tidak punya apa-apa jika
kecewa dan derita kemudian hari.
“So, macam mana dengan kita?” Noah senyum
manja dengan matanya yang tunak merenungku.
“Macam mana apa?” Sengaja aku menduga hatinya.
Noah buat muka.
“Sayang, janganlah buat-buat tak faham. Where do
we go from here? You setuju tak kalau I nak you jadi
girlfriend
I?”
Aku tersentak sekali lagi dengan tingkah Noah yang
begitu berterus terang. Aku menelan liur yang terasa kelat.
Bagaimana harus aku lafazkan sedangkan hati ini belum
pasti?
“I tak boleh bagi jawapan sekarang. Give me some
time,” pujukku.
Noah menggeleng. Aku mengerutkan dahi. Apa
lagi yang mamat ni nak? Aku dah minta masa, kira okeylah
daripada tak ada apa-apa.
“I dah bagi you masa, Aira. I rasa masa tu dah cukup
untuk you fikir. Jangan tipu diri sendiri. I tahu you juga
ada
hati pada I, kan?” tebaknya.
Aku sudah mulai panas punggung. Pandai pula dia
ni mengagak.
“How sure are you?”
“As sure as the stars.” Pantas Noah menjawab,
namun mengundang gelakku. Terkekeh-kekeh aku ketawa
sehingga aku nampak riak muka tidak puas hati Noah, aku
menekup mulut. Ops! Nampaknya aku dah melampau.
“Seronok gelak nampak,” sindirnya. “Nasib baik
cantik!”
Aku mencebik mendengar pujiannya itu.
“Sejak bila you pandai berpuitis ni?”
“Sejak I kenal seorang Aira... kakak pekerja I, Ajrun.”
Aku membisu, membuang pandang ke luar. Tidak
tahu jawapan apa yang sesuai. Aku benar-benar tidak keruan.
Wajarkah aku bertanya pendapat Ajrun? Ah! Tak! Tak! Mati
aku kalau Ajrun tahu pasal ni. Aku tak naklah bersoal jawab
dengan Ajrun.
“Kira jadi ya, sayang?” Soalan Noah mencantas
khayalanku.
“One.”
Apa ni? Apa yang jadi?
“Two.”
Apa yang 2?
“Three.”
“Noah...”
“Okey, sayang... kira jadi. I dah kira sampai 3, you
diam je. Maknanya you setuju, kan?”
Aku terpinga-pinga.
“Kira jadilah ya, sayang.”
No comments:
Post a Comment