DAPATKAN TEASER PERCUMA!
Sunday, 16 April 2017
Bukan Encik Sempurna - Prolog
AKU duduk di atas pangkin kayu di luar rumah
mak tok sambil membuang pandang ke arah pokok rambutan
yang sedang lebat dengan buahnya yang berwarna merah
pekat. Automatik ingatanku menerawang memori zaman
kanak-kanakku dengan Luth. Sewaktu itu aku kagum
dengan Luth yang suka memanjat pokok rambutan walaupun
badannya gempal. Aku semakin kagum kerana aku ingatkan
dia budak perempuan.
Bak kata Farah, aku dan Luth umpama
‘complementary goods’ mengikut konsep ekonomi. Yalah,
saling melengkapi.
Luth suka memanjat pokok rambutan tetapi aku
takut dengan tempat yang tinggi. Cuma kami sama-sama
suka makan buah rambutan.
Aku sukakan belon yang berwarna-warni tetapi Luth
takut dengan belon. Walaupun Luth takut dengan belon, dia
masih berani menghadiahkan belon pelbagai warna kepadaku.
Luth suka makan pedas tetapi kalau aku makan
pedas, aku akan cirit-birit. Luth versi Han Han berumur enam
tahun akan menyediakan minyak panas untuk disapukan ke
perutku setiap kali aku perlu membuat lawatan berulang kali
ke tandas.
Luth suka menonton filem seram tetapi aku
sebaliknya. Cuma yang kelakar, Luth pengsan di bawah pokok
apabila kawan-kawan tadikanya menyamar menjadi hantu
pada waktu malam.
Aku melepaskan keluhan perlahan dan kembali
memandang pokok rambutan di hadapan rumah mak tok.
Sekuntum bunga raya yang aku yakin dipetik oleh mak tok
pagi tadi terletak elok di atas pangkin. Bunga raya tersebut
kupandang lama dan ingatanku menerawang semula pada
peristiwa di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan
tempoh hari.
Sempat aku memanjangkan tengkuk ke rumah
nenda di sebelah rumah mak tok tetapi rumah tersebut sunyi
sepi. Tanpa kusedari, jari-jemariku mula mencabut satu per
satu kelopak bunga keluar dari tangkainya.
“Luth tak suka Uya.” Kelopak bunga raya yang
pertama kupetik dari tangkainya.
“Luth suka Uya.” Kelopak yang kedua kupetik.
“Luth tak suka Uya.” Kelopak yang ketiga pula
kupetik.
“Luth suka Uya.” Kelopak keempat menyusul.
“Luth tak suka Uya.”
Tiba-tiba aku terasa mahu menangis apabila
mengenangkan bunga raya hanya mempunyai 5 kelopak.
Jadi, Luth tak suka aku? Luth dah give up?
“Luth suka Uya.”
Aku berpaling ke arah suara mak tok dan entah bila
mak tok sudah pun duduk di sisiku di atas pangkin kayu itu.
“Awatlah guna kepercayaan mengarut lagu ni?” soal
mak tok.
Aku hanya senyap dan membuang tangkai bunga
raya yang sudah kubotakkan ke tanah.
“Luth suka Uya dan mak tok yakin dengan tu.” Tutur
mak tok dengan serius.
Aku memandang wajah mak tok dan mak tok
mengangguk.
“Kenapa mak tok cakap macam tu?”
“Sebab Han Han kan bukan encik sempurna Uya.”
Mak tok mengoyak senyum mengusik.
“Mak tokkk...”
“Uya ingat mak tok buat projek ni bidan terjun ka?
Dak aih! Ni projek tersusun baik bak hang!”
“Maksud mak tok?”
“Han Han dah lama cari Uya.”
“Cari Uya? Nak buat apa?”
“Nak ajak kahwinlah!”
“Hah???”
“Haaa... mulut tu tutup. Nanti lalat buat jadi R&R
pulak!”
“Uya tak fahamlah, mak tok.”
Mak tok hanya tersenyum meleret. Aku sendiri tidak
mengerti maksud di sebalik senyumannya itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment