“Tak ada kedai mamak pun kat sini.” Suhaila
memandang sekeliling. Dia hanya nampak sebuah restoran
Cina Muslim di hadapannya. Tidak ada kedai-kedai lain. Pintu
kereta ditolak.
“Nak buat apa kedai mamak?”
“Nak makanlah, takkan nak beli basikal pulak.”
Khalis geleng kepala. Ada saja jawapan menyakitkan
hati daripada Suhaila. Perempuan ini spesies perempuan apa
agaknya? Hendak kata ganas, boleh pula menangis sampai
tertidur. Hendak kata garang, nampak macam acah-acah aje.
Tapi mulut mengalahkan cili. Apabila bercakap, tidak pernah
hendak senangkan orang.
“Kita pergi kedai makanlah ni, awak ingat kita kat
mana? Kedai tayar ke?”
“Saya bukannya banyak duit sangat nak makan
tempat macam ni. Duit ada lima ringgit aje. Setakat nak
makan roti canai dua keping dengan teh tarik, bolehlah.”
Khalis pandang Suhaila tidak percaya. Biar betul
perempuan ini sengkek begini? Takkan tidak ada duit
langsung? Baju nampak macam branded.
“Kau kerja apa sebelum ni? Takkan tak buat simpanan
langsung?”
Suhaila garu kepala. Takkan dia hendak ceritakan
semuanya?
“Aku kerja bibik, mana ada banyak gaji. Cukup-cukup
makan aje.”
“Itulah... kerja kecil, ada hati nak beli barang
mahal-mahal. Baju kau tu, aku tengok semuanya macam
berjenama. Baju kurung siap manik dengan labuci. Lain kali
ukur baju kat badan sendiri. Kalau poket kecil, kau pergi
ajelah bundle.”
Suhaila rasa hendak cilikan aje mulut Khalis. Tapi
dia harus bersabar. Dia memandang langit. Satu kenyataan itu
tidak dapat dibuang. Memang semua pakaiannya berjenama
dan nampak mewah. Kalaulah Khalis tahu handbag yang
terletak dibahunya itu tulen, mahu tercabut biji mata Khalis
nanti.
“Bibik milenium kan...”
“Bibik milenium patutnya lagi matang. Pandai
simpan duit, bukan nak membazir macam kau ni. Dah, jangan
nak bising kat sini. Jom masuk. Aku belanja kau makan.”
Mereka berdua sama-sama masuk ke kedai yang
tertulis Haji Sharin Low Grand. Suhaila sedikit ragu-ragu
dengan Khalis. Mana tahu Khalis saja hendak kenakan dia.
Lepas makan, Khalis tinggalkan dia ke. Suhaila usir aura
negatif yang hadir. Dia patut diam dan ikut saja. Sudah lama
dia tidak makan di situ.
“Kau suka makanan Cina tak?” tanya Suhaila.
Mereka memilih meja yang agak tersorok di sudut
kedai. Khalis sedang membelek menu. Dua tiga kali sudah
khatam belek, tapi tidak juga membuat pesanan.
“Aku tak pernah makan pun,” jawab Khalis jujur.
“Habis tu, kenapa kita datang sini?”
“Sebab tempat ni tak ramai orang datang. Bolehlah
aku belanja kau makan.”
Sakit hati Suhaila mendengar kata-kata Khalis.
Ingatkan sudah bertambah baik sedikit bawa dia makan.
Rupanya sama saja. Kalaulah takdir Allah jodoh mereka
panjang, boleh ke dia merubah Khalis? Tapi, sepanjang dia
menjadi isteri Khalis, dia tidak nampak pula perangai buaya
lelaki itu.
“Meh sini aku order. Tunggu kau order, mati cacing
dalam perut aku.” Suhaila merampas menu dari tangan
Khalis.
“Kau ada alergi apa-apa tak?”
Khalis geleng.
“Kau bayar tau. Jangan lari pulak. Kalau tak bayar,
nanti aku mengadu kat Tengku Zabidi.”
“Aku bayarlah bibik. Kau makan ajelah apa kau nak.”
“Butter prawn, siakap stim soya sauce, kam heong
crab, kailan dengan salted squid. Bagi teh oolong satu.
Dengan Chinese pancake.”
“Lotus atau red bean?” tanya pelayan yang sedang
mengambil order.
“Lotus,” jawab Suhaila yakin.
Khalis terkebil-kebil melihat Suhaila. Hanya
pandang sekilas sudah hafal apa yang hendak dipesan. Macam
sudah biasa makan di situ saja. Bukankah Suhaila kata tidak
mampu makan di restoran begini?
“Kata tak mampu nak makan, tapi nampak gaya
macam dah biasa makan kat restoran Cina Muslim ni,” sindir
Khalis. Dia yang baca menu langsung tidak tahu hendak
makan apa. Tiba-tiba laju pula Suhaila membuat pesanan.
“Kau ni siapa sebenarnya?” tanya Khalis. Makin
lama isteri segeranya ini makin mengambil tempat di ruang
otaknya. Dia belum lagi berjumpa jawapan bagaimana Suhaila
boleh masuk ke bilik hotelnya.
“Aku bibik milenium.”
Balik-balik itu saja jawapan Suhaila. Milenium dan
Y2K sudah berbelas tahun berlalu. Suhaila ada rupa. Cantik
juga. Berkulit kuning langsat. Mata kecil dan comel serta
bibir yang menawan. Body pun mantap lagi. Tengok gaya,
mungkin masih anak dara. Tapi pelik, bagaimana Suhaila
boleh masuk ke dalam bilik lelaki yang tidak dikenalinya?
Siapa Suhaila sebenarnya? Gaya pemakaiannya pun
boleh tahan. Nampak bergaya. Petah bercakap. Petah dalam
bertikam lidah. Dia mesti kalah apabila Suhaila berkata-kata.
Kereta pun mewah. Oh, dia terlupa hendak tanya pasal kereta
Suhaila.
“Bibik milenium tu apa? Apa kerja kau sebenarnya?”
tanya Khalis lagi. Dia tidak puas hati dengan jawapan Suhaila.
“Kenapa kau sibuk sangat nak tahu kerja aku ni?
Bukan kau kata tak nak ambil tahu langsung ke?” Suhaila
menjawab soalan Khalis dengan soalan. Sengaja dia
mempermainkan Khalis. Memandang tepat wajah lelaki itu.
Melawan pandangan mata Khalis.
Khalis tunduk memandang meja.
“Aku kan suami kau. Takkan aku tak boleh tahu sikit
pun pasal isteri segera aku ni?” jawab Khalis. Dia bengang
kerana terpaksa menjawab soalan sedangkan soalannya tidak
berjawab. Bengang juga kerana kalah melawan pandangan
mata Suhaila.
“Wah... daebak! Kau dah mengaku aku isteri kau.
Lepas ni bolehlah kita beli periuk belanga dengan barang
dapur. Takkan kau nak biarkan isteri kau mati kebulur kat
rumah, kan? Kau pun mesti tak nak aktiviti buaya darat kau
terganggu sebab kena bawa aku keluar makan.” Suhaila
angkat kening lagi. Puas hatinya kerana dapat perangkap
Khalis.
Khalis tidak puas hati. Kenapa dia terlajak cakap
tadi? Dia sendiri yang cakap tak nak ambil tahu, tapi misteri
siapa Suhaila terlalu menarik untuk dia mencari tahu. Lebih
menarik daripada permainan tarik tali mengurat Miss Kebaya
tahun lepas.
“Yalah... nanti aku bagi kau duit. Kau pergi beli
sendiri. Tak kuasa aku nak keluar dengan kau ni. Tapi beritahu
aku dulu, apa sebenarnya kerja kau?” Khalis masih berusaha.
Suhaila senyum. Memang Khalis a.k.a. Tengku Kaz
ini suka mendesak.
“Kan aku dah cakap, aku ni bibik milenium. Aku
ambil upah buat apa saja. Buat bangunan pun boleh. Tugas
aku yang baru adalah untuk mengubah Tengku Kaz jadi
seorang lelaki yang baik.”
“Ubah aku?”
Suhaila angguk.
“Mesti papa aku suruh, kan? Aku bukan budak kecil,
kau boleh arah-arah sesuka hati untuk berubah. Kenapa kau
sanggup?”
Suhaila diam. Dia tahu Khalis bukan kanak-kanak
yang bakal dengar kata kalau kena piat telinga. Tapi harapan
Tengku Zabidi terlalu besar agar dia dapat membantu Khalis
untuk berubah.
“Macam mana kau nak ubah aku?” tanya Khalis.
Semakin menarik pula perbincangan mereka. Makanan pun
belum sampai lagi. Hanya Teh Cina Suhaila yang sampai.
“Buat kau jatuh cinta dekat aku, then... pasti kau
akan ikut cakap aku,” jawab Suhaila selamba. Dia pun tidak
pasti boleh ke tidak buat Khalis jatuh cinta. Dia tidak ada
mood hendak bercinta sekarang. Hatinya masih terluka.
“Aku jatuh cinta dengan kau? Kau ni baru failed
uji bakat raja lawak ke apa? Pleaselah... orang macam kau...
nak buka selera aku pun tak boleh. Apa lagi nak jatuh cinta.”
Khalis ketawa. Kenapa dia rasa macam ketawanya palsu?
Tipulah kalau jantungnya tidak ada sebarang perubahan
getaran apabila bersentuhan dengan Suhaila.
Suhaila angkat sebelah kening. Berlagaknya!
Malanglah siapa jadi isteri lelaki di hadapannya ini. Tiba-tiba
Suhaila mengeluh. Dialah perempuan malang itu. Dia isteri
segera yang langsung tidak diiktiraf suami sendiri.
Sudahnya Suhaila hanya mampu menundukkan
wajah. Dia sudahlah nampak hina di mata Saiful, tidak
mungkin pula dia nampak sempurna di depan lelaki bongkak
ini.
“Okey... aku terima cabaran kau. Kalau kau mampu
buat aku jatuh cinta pada kau, aku akan buang segala tabiat
buruk aku. Dan aku janji, akan jadi suami terbaik.” Khalis
mengangkat tangan kanannya seakan-akan bersumpah.
Suhaila angkat kepala. Betapa egonya manusia
bernama Tengku Khalis Aiman a.k.a. Tengku Kaz ini.
“Aku akan pastikan kau jatuh cinta pada aku.” Suhaila
menerima cabaran Khalis walaupun dia agak ragu-ragu.
Mencari pengganti Saiful belum terlintas dalam fikirannya.
Tapi apa salahnya buat suami sendiri jatuh cinta, kan?
“Dan... untuk jadi adil, kalau aku pun berjaya buat
kau jatuh cinta pada aku... aku nak kau lenyap dari depan
mata aku,” ujar Khalis.
Suhaila berfikir sejenak. Dia sedar dirinya langsung
tidak sepadan dengan Tengku Kaz yang hebat. Sebab itu Khalis
bersungguh-sungguh mahu menyingkirkannya. Bukan salah
Tengku Khalis pun kalau membencinya. Beberapa hari yang
lepas, mereka adalah orang asing. Takdir menentukan mereka
bersatu sebagai suami isteri.
“Okeylah, aku setuju. Tak susah pun, sebab kau tak
ada langsung ciri-ciri suami idaman aku.” Suhaila bersetuju.
Apabila dia sudah dapat rumah dan kerja lain nanti, dia akan
cakap yang dia sudah jatuh cinta terhadap Khalis. Barulah dia
boleh lari dengan senang hati.
Giliran Khalis pula angkat kening. Suhaila memang
tidak pandai jaga hati orang. Kata-kata Suhaila tadi sangat
menyakitkan hatinya. Dia yang handsome dan berharta bukan
lelaki idaman? Rasanya berebut perempuan hendak menjadi
isterinya. Laluan hidup mereka bakal jadi lebih menarik
selepas ini. Bukan susah hendak memikat perempuan. Dia
pasti Suhaila akan mudah jatuh cinta kepadanya.
“Yeay! Makanan dah sampai. Jom makan.” Suhaila
bertepuk tangan sebaik sahaja pelayan menyajikan pelbagai
lauk di atas meja. Seleranya terbuka luas melihat ikan siakap
stim di atas meja.
“Tak reti baca doa ke? Yeay pulak. Aku tahulah kau
kebulur.”
Suhaila senyap. Muka ceria sudah bertukar muka
segan. Khalis menadah tangan berdoa. Suhaila pun turut
menadah tangan.
“Malas betullah aku nak makan ikan. Kenapa kau
minta ikan? Udang pun ada. Semua lauk yang aku malas nak
makan.”
“Tadi tak cakap nak makan ayam. Kau patut cuba ni.
Sedap tau siakap stim ni. Butter prawn pun sedap.” Suhaila
mula mengambil sedikit lauk dan diletakkan ke dalam
pinggannya.
“Ikan ada tulang. Udang kena kopek kulit. Malaslah
aku. Sebab tu aku suka western food,” jelas Khalis. Sudu dan
garpu ditolak ke tepi. Berdenting bunyinya.
Suhaila mencebik mengejek. Anak manja macam
inilah... semua malas!
“Tak reti makan Chinese food, sibuk datang sini buat
apa?” rungut Suhaila. Dia mengambil sedikit ikan yang tiada
tulang dan diletakkan ke dalam pinggan Khalis.
Khalis tersenyum lebar.
“Macam inilah baru betul bibik milenium.” Khalis
gelak.
Suhaila buat tidak tahu. Dia malas nak order lauk
lain, sebab itu dia tolong Khalis.
“Aku nak tanya ni, kereta sebelah kereta aku tu siapa
punya? Apa kerja kau sebenarnya?” soalan yang sama lagi.
“Itu upah aku sebab buat bangunan. Dah, jangan
banyak tanya. Makan aje.”
“Kau buat bangunan apa? Bangunan Lego?”
Suhaila sakit hati. Asyik pandang rendah
kemampuannya. Khalis tidak kenal siapa dia. Kalau Khalis
kenal, mahu dia menyorok tujuh hari tujuh malam menahan
malu. Lantaklah! Hendak buruk sangka suka hati Khalislah.
Suhaila tidak jawab soalan Khalis. Tangannya masih
ligat membuang kulit udang untuk Khalis.
“Lepas habis makan kita masuk ofis kejap. Aku ada
hal sikit.”

No comments:
Post a Comment