DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Wednesday, 19 April 2017

Sweet & Dangerous - Prolog


YANGON, Myanmar.
“Kamu tahu siapa lelaki asing itu?”
Ketiga-tiga lelaki itu menggeleng semata dengan muka lugu.
“Saya tidak ada menyuruh kamu memukulnya. Sekarang dia memukul kamu semula. Ini memang memalukan! Saya hanya meminta kamu bertanya tentang dia.” Wanita itu memandang tepat ke arah tiga orang suruhannya. Masing-masing tidak menjawab.
Wanita itu mendengus sebelum meminta ketiga-tiganya pergi. Hati kian tertanya-tanya siapa gerangan lelaki yang sering dilihatnya itu? Adakah benar orang itu mengekorinya? Rupa parasnya menunjukkan dia bukanlah orang tempatan. Begitu senang lelaki asing itu mengalahkan lima orang suruhannya.
Wanita itu mengangkat ganggang. Melalui talian dia meminta setiusahanya itu mendapatkan sebuah kamera baru untuknya.
Petang itu wanita itu meminta pemandunya pergi ke Restoran San Francisco. Sengaja mahu melihat jika ada lelaki itu di situ. Tepat dugaannya. Dia terpandangkan lelaki itu sedang membelek kameranya yang sudah rosak.
Buat seketika wanita itu memandang dari jauh. Agak ragu untuk mendekati sementelah masih teringat kemarahan lelaki itu kepadanya. Orang-orang suruhannya telah merosakkan kamera milik lelaki asing itu. Malah lelaki itu sempat merasa dipukul. Namun sedar yang dia telah berbuat kesilapan, wanita itu memberanikan diri untuk mendekat.
“Awak seharusnya ke klinik untuk mendapatkan rawatan.”
Lelaki itu mengangkat pandangan. Tercengang. Matanya tidak berkelip memandang ke arahnya. Entahkan terkejut. Entahkan tidak suka.
“Nampak seperti awak perlukan kamera yang baru, encik...” Gadis itu sengaja menggantung bicara.
“Fakhrul...”
Nama seperti nama orang islam, itu yang sempat dibisikkan oleh hati gadis itu. Sudah diagaknya. Namun memandang dari dekat, sungguh dia terpesona melihat sepasang mata milik lelaki itu. tajam dan dalam renungannya. Tiba-tiba dia tunduk. Malu untuk terus menadah pandangan lelaki itu. Namun satu hakikat membuatkan dia tersedar. Lelaki ini tidak seharusnya didekatinya. Apatah lagi menyimpan rasa kepadanya. Dia orang Muslim.
Gadis bernama Angelina itu cuba berlagak biasa. Agar tidak ketara rasa yang sedang dialaminya. Dia tidak kemari agar lelaki ini terus mendekatinya. Sebaliknya dia mahu mengingatkan agar menjauhinya. Kerana jalan di hadapan mereka nanti, tidaklah terbentang luas dan rata!
































No comments:

Post a Comment