DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Wednesday, 19 April 2017

Cinta Asma & Ferhad - Bab 27

SINDROM penyakit angau. Pandang buku nampak
muka dia. Peluk bantal rasa macam peluk dia. Mandi pula rasa
macam tak mandi walaupun dah dua kali sabun. Makan pun
tak kenyang walaupun dah dua kali tambah. Badan pun dah
semakin berisi. Muka dah macam bulan penuh. Berseri-seri.
“Abang… Asma rasa Asma sakitlah.”
“Sakit apa? Abang tengok makin bulat muka tu.”
Masam muka Asma mendengarnya.
“Sebab itulah Asma cakap Asma sakit. Abang tahu
tak selama ni tak pernah Asma makan nasi 3 kali sehari tau.
Pulak tu setiap kali makan, nasi penuh pinggan. Tak sampai
setengah jam lapar lagi,” adu Asma.
“Laaa... baguslah. Senang hatilah tu. Lagi senang
hati abang dengar. Tak ada susah hati abang, takut sayang tak
cukup makan.”
“Tapi Asma susah hati. Badan makin gemuk. Nanti
bila jumpa abang, badan dah jadi macam tong dram. Takut
nanti abang tak kenal.”
“Hahaha...” Ferhad ketawa besar.
“Walaupun sayang dah jadi macam tong dram, abang
tetap akan kenal. Sebab apa tau?”
“Sebab apa?”
“Sebab hanya abang sahaja pernah tengok sayang
naked and explored your body.” Ferhad angkat kening.
Melalui Skype, matanya tajam memandang mata Asma.
Kemudian turun ke mulut kemudian ke bawah lagi. Di sebalik
singlet yang dipakai oleh Asma, dia masih ingat halusnya
kulit isterinya itu.
Muka Asma dah memerah. Dah terbayang saat
mereka bersama. Layanan suaminya saat mereka bersama.
Tubuh maskulin Ferhad menggamit rindunya. Dia mahu
peluk tubuh sasa itu lagi. Rindu itu menghangatkan lagi
wajahnya.
“Assalamualaikum...” Pintu bilik dibuka dari luar.
“Room-mate Asma dah balik. Okey, abang... jumpa
lagi pagi esok.”
“Okey sayang, tidur mimpikan abang.”
“Abang tak payah suruh pun memang Asma
mimpikan abang setiap malam.”
“Hahaha... muah...”
“Muah...” Asma memberikan flying kiss kepada
suaminya sebelum menamatkan perbualan mereka.
“Dah habis dah lepaskan rindu?” soal Syarifah
sengaja mengusik.
“Jealouslah tu. Asma ada cik abam sayang. Kau siapa
ada?” balas Muna.
Syarifah cebir bibir dan buat mimik muka kepada
Muna yang membelakanginya. Mengekek Asma ketawa
dengan gelagat Syarifah. Dia tutup mulut.

DI SANA, Ferhad senyum sendirian. Lepas rindu buat hari
ini. Pelan yang perlukan kelulusannya diperhati tanpa
rasa. Masih lagi terbayang wajah manis isterinya. Semua
tentang Asma membuatkan hatinya merana rindu. Dua
minggu berpisah terasa macam dua tahun. Rasanya dia patut
pertimbangkan untuk pulang ke tanah air lebih awal. Pulang
untuk selamanya. Jika dulu dia tiada sebab untuk tinggal
di Malaysia. Sekarang sebabnya dah ada. Ada isteri sedang
menantinya di sana.
“Awak dah berubah.”
Tersentak Ferhad apabila mendengar suara halus
menegurnya. Dia angkat wajah dan pandang ke depan. Di
hadapannya, Tiffany berdiri sambil memerhati kelakuannya.
Ferhad senyum.
“Saya rasa saya macam biasa. Apa yang berubah?”
“Wajah awak berseri-seri seperti orang dilamun
cinta.”
Ferhad ketawa besar. Ketara nampaknya dia tengah
bahagia sekarang. Tapi sakit menanggung rindu.
“Dilamun cinta dengan tanah air sendiri tak salah,
kan? Saya kan baru balik ke mari. Rindu dekat kampung
tak habis lagi. Rupanya bila saya jarang balik, banyak benda
yang saya ketinggalan. Menghabiskan masa bersama orang
yang saya sayang, bila saya tinggalkannya pula, terasa sangat
sakit menanggung rindu. Tapi bahagia. Saya rasa saya
patut pertimbangkan untuk pulang ke tanah air saya untuk
selamanya.”
Tiffany terkejut.
“Awak nak tinggalkan saya?” soalnya dalam suara
bimbang.
“Taklah. Awak kawan baik saya. Selamanya kawan
baik saya. Jadi tak ada istilah tinggalkan awak. Bila-bila masa
nanti awak boleh datang lawat saya.”
“Tapi saya akan kehilangan awak.”
“Hahaha. Apasal awak emosional ni?” Ferhad geleng
kepala. Tak faham dengan sikap Tiffany yang agak ketara
perubahannya sejak dia kembali.
Tiba-tiba dia teringat pada peristiwa di Lapangan
Terbang Heathrow dua minggu lepas.
“Akhirnya awak kembali. Saya rindukan awak.”
Tiffany menerpa dan memeluknya erat.
“Saya pun rindukan awak,” balas Ferhad. Janggal
dengan keadaan intim mereka di khalayak ramai.
“Lama awak cuti kali ini. Saya ingat awak tak nak
balik ke sini lagi. Telefon dan WhatsApp saya jarang awak
balas.”
“Saya sibuk dengan keluarga saya di sana, Fany. Maaf
sebab tak sempat nak angkat panggilan awak. Lagipun tentu
bil telefon awak mahal kalau selalu telefon saya.”
“Untuk awak, saya tak pernah berkira.”
“Awak ni kenapa? Pelik sangat.”
“Haaa...” Tiffany tergamam. Sebab rindu punya pasal
dia terlepas laku mempamerkan apa yang terpendam selama
ini.
“Tak ada apa-apa. Jom balik. Saya masak istimewa
untuk awak hari ini.”
“Ah... saya pun rindukan masakan awak, Fany.”
“Ferhad...” Panggilan Tiffany yang kuat itu
mematikan ingatan Ferhad. Dua tiga kali Tiffany panggil tapi
Ferhad tidak memberi respons.
“Ya... Ooo, maaf. Ada sesuatu tengah saya fikirkan.
Ada apa awak masuk ke bilik saya ni?”
“Pelan untuk high end apartment belum siap lagi.
Saya tengah semak draf terakhir. Petang nanti saya bagi awak,”
beritahu Ferhad untuk menutup malunya, mengelamun tadi.
“Awak bercakap dengan siapa tadi?” tanya Tiffany.
“Keluarga saya.”
“Sampai tak sedar saya masuk ke bilik awak? Awak
bercakap dengan Fatin ke?”
Ferhad geleng kepala. Kemudian dia fokus kepada
pelan di hadapannya.
Tiffany diam. Dia kecewa dengan respons Ferhad.
Tapi dia bukanlah orang yang mudah putus asa.
“Boleh kita tidur sebilik malam ni? Hampir dua
minggu kita tak bersama. Friends with benefit.”
Terhenti gerakan tangan Ferhad apabila
mendengarnya. Dia angkat muka dan tengok Tiffany duduk
di hadapan. Kaki disilangkan menampakkan paha gebunya.
Baju kemeja satin yang dipakai sengaja dibuka tiga butang
teratas. Tiffany seorang yang cantik dan seksi. Dia tak nafikan,
selama ini dia suka melihat tubuh seksi itu. Lebih-lebih lagi
tanpa pakaian. Mereka mempergunakan satu sama lain untuk
memuaskan nafsu masing-masing. Hubungan mereka tidak
melibatkan cinta tapi nafsu.
Tapi sejak kehadiran Asma dalam hidupnya,
nafsunya telah mati apabila melihat tubuh seksi perempuan
lain di depannya. Dia hanya dambakan tubuh Asma untuk
memenuhi nafsunya. Sehingga hari ini, setiap lekuk tubuh
Asma sahaja yang diingati. Kemulusan kulitnya membuatkan
dia tidak pernah jemu.
“Saya rasa Tiffany, kita patut berhenti
mempergunakan satu sama lain. Awak patut keluar dengan
lelaki lain. Jangan harapkan saya lagi. Alex, Steven dan
Robert sentiasa harapkan cinta awak. Awak patut bagi mereka
peluang.”
“Tapi...”
“Kita kawan baik, Fany. Status itu tidak akan berubah
sampai bila-bila. Awak patut ingat itu.”
“Saya tahu. Tapi tak salah kan kawan tidur bersama?
Tiada cinta, tapi kita boleh puaskan nafsu masing-masing.”
Ferhad geleng kepala.
“Saya nak berubah, Fany. Hubungan tanpa nikah
dilarang dalam agama saya. Saya tahu saya bukan penganut
agama yang baik. Tapi mulai hari ini saya mahu berubah jadi
lebih baik. Saya harap awak faham.”

No comments:

Post a Comment