Syarikat Perkapalan Terkemuka Johor...
FOO Shiou Yen menarik nafas lega. Pembentangan
selama 3 jam itu mendapat pujian hebat dan sokongan kuat
daripada ahli BOD syarikat. Dia kini menarik senyum lega
dan bergula.
Rakan-rakannya tidak henti-henti memuji akan
ketepatannya dalam menjawab lontaran hujah-hujah panas
daripada pihak BOD. Sehingga ada seorang wanita yang
tampak berkaliber sedang menunggunya di luar pintu
bilik mesyuarat sewaktu Yen mahu meninggalkan ruangan
tersebut. Yen tergamam.
“Congratulations, Mr. Yen.” Sepatah-sepatah wanita
itu menyusun ayatnya. Dia memang sengaja menunggu
semua orang beransur keluar untuk berjumpa dengan Yen
seorang sahaja.
“What are you doing here?” Persoalan utama
dilontarkan. Shiou Yen cuba menyusun puzzle dalam
otaknya. Tak jumpa jalan.
‘Farah, kakak you bercakap dengan I. Magicnya!’
Benak Yen keliru.
“Kerja.” Sepatah sahaja Faiqah membalas.
“Betul ke? Department mana?” Yen memerhatikan
Faiqah yang bersut hitam saiz XXL itu. Cuma selendangnya
sahaja digayakan warna merah jambu pekat.
Faiqah tersenyum.
Eh! Ini senyuman kali pertama Faiqah berikan
kepadanya!
“Sini. Financial Department. Head auditor. Okeylah,
I gerak dulu,” jelas Faiqah.
Yen yang keliru hanya memandang pemergian
Faiqah di hadapannya. Serius ke mereka satu syarikat? What
a small world!
Ya. Yen masih ingat lagi yang Faiqah tidak pernah
bertegur sapa dengannya. Waima untuk beri senyuman pun
tidak pernah sehinggakan kadang-kadang dia terfikir sesuatu
yang tidak elok pasal gadis itu. Nama saja jiran setaman!
Sombong! Itu yang Yen terfikir akan perwatakan
Faiqah. Tapi Farah sebaliknya pula. Ringan sahaja mulut
gadis itu menyapa dia tadi.
Farah pernah cerita yang kakak kembarnya itu tegas
orangnya, seperti Puan Jasmin. Namun Faiqah juga seorang
yang mudah lembut hati dan suka tolong orang dalam
kesusahan. Yen masih keliru. Tidak sabar mahu mengenali
perwatakan sebenar Faiqah.
Damansara Heights...
“ALONG, TOLONG adik.” Huda menguak sedikit pintu bilik
tidur alongnya. Namun gerangan yang dicari tiada di dalam
bilik itu.
Kemudian Huda menapak ke meja belajar along
pula. Buku lukisan yang terbuka itu dilihatnya ralit. Sebuah
kawasan berpokok yang terakam indah di atas kertas lukisan
itu mengusik hati Huda untuk terus mengamatinya. Alongnya
memang pandai melukis. Tapi along tak suka orang tengok
lukisan-lukisan dia.
“Oit budak!” tegur satu suara husky berada begitu
hampir dengan telinga Huda.
“Oh mak engkau kuat mengilai!” Huda yang
terperanjat terus melatah sakan. Amar Asyraf mula bantai
gelak.
“Along! Apasal tak bagi salam masuk bilik?
Terperanjat adik.” Huda menjeling manja ke arah abang
sulungnya itu.
“Eh, nak marah kita pulak! Dia tu buat apa dalam
bilik along ni? Sibuk tengok drawing along. Nak mencuri?”
Amar Asyraf marah manja adik perempuannya. Dia menutup
segera buku lukisan yang terdedah itu.
“Along memang pandai melukis. Perfect lukisan
along. By the way, siapa awek dalam red public phone tu?”
“Awek mana? Eh, budak kecik! Awak jangan nak
sibuk boleh? Mak Joyah nak apa masuk bilik along ni? Tak
malu anak dara masuk bilik lelaki. Syuh, syuh.” Amar Asyraf
sengaja mahu mengusik Huda. Tiada niat langsung pun nak
halau.
Huda hantar pandangan laser ke arah alongnya. Mak
Joyah? Nama orang sedap-sedap papa dengan mama bagi
tahu!
“Cik Nurul Huda Safia nak minta tolong Encik Amar
Asyraf Zulkarnain boleh?” Huda menekankan nama penuh
abangnya. Along hanya tersenyum sumbing.
“Ada pengeras. Basuh ‘Ma Lady’ along seminggu.
Luar dan dalam.” Amar mengusik adiknya lagi.
“Sampainya hati! Telefon angahlah macam ni. Biar
dia aje tolong adik.” Huda main tarik tali. Dia mahu tengok
sejauh mana abang sulungnya itu mampu memujuknya.
Ewah!
“Merajuk! Mulut dah macam muncung itik. Adik nak
along tolong apa? Isy, budak SPM ni!” Sempat lagi pipi Huda
dicubit. Cuba cakap abang mana yang tak sayang adik? Manja
ke mengada-ada ke adik tetap adik, kan?
“Adik tak faham soalan persamaan linear ni. Tolong
selesaikan sekejap.” Huda menunjukkan buku di tangannya
kepada Amar.
Amar Asyraf meletakkan buku itu di atas meja
belajarnya. Diteliti dulu soalan itu.
“Alah, kacang aje ni. Soalan budak SPM.” Amar petik
jari. Berlagak dengan adiknya.
Huda sudah mengepal-ngepal penumbuknya.
Sabarlah hati. Orang tak matang memang macam ni. Sadis
rasa hidup kalau menghadap orang yang kuat mengusik
macam along ni hari-hari.
“Memanglah. Along dah habis study. Mana aci!”
Huda tak puas hati.
“Chilllah. Soalan ni, macam ni nak selesaikannya...”
Amar Asyraf menerangkan lebih lanjut sehingga si adik
faham.
“Okey, cuba adik selesaikan along tengok.”
“Alah, kalkulator dekat bilik.” Huda tepuk dahinya.
Baru semangat nak selesaikan soalan itu depan alongnya.
“Macam mana nak belajar add maths kalau
kalkulator tak bawa. Pergi ambil cepat! Along punya pun entah
mana-mana. Adalah kut terperap dalam kotak-kotak barang
along yang baru sampai tu.” Amar Asyraf memuncungkan
mulutnya pada kotak-kotak yang berserabut dalam biliknya.
Nasib biliknya luas. Tak adalah sempit dengan kotak-kotak
yang baru sampai dari London.
“Along, bila nak kemas barang-barang along tu? Dah
seminggu kan sampai kotak-kotak tu.” Huda pun serabut
tengok banyak sangat kotak dalam bilik Amar Asyraf itu. Di
setiap kulit atas kotak itu ada tag bertulis Oxford, London
Delivery.
“Adik tolong alonglah. Along malas nak kemas nak
susun barang-barang dalam tu.” Amar buat muka manja. Tapi
riak muka si bongsu acuh tak acuh.
“Dahlah, malas nak layan! Thanks, along.” Huda
sudah mahu melangkah keluar meninggalkan abang
sulungnya. Malas nak layan!
Amar Asyraf kini bersendirian. Diperhati lama
sebuah kotak yang bertindih dengan kotak lain. Isi kotak
itu adalah barangan peninggalan arwah datuk. Amar Asyraf
tidak rela sesiapa membawa jauh barang-barang peninggalan
arwah daripadanya. Arwah ada amanat besar yang menuntut
dia untuk menjaganya.
“PUAN TAK lunch ke hari ni?” Sarah menyapa Faiqah di
pintu pejabatnya. Sedia mahu keluar makan tengah hari.
“Tak, Sarah. Awak keluar dengan Kak Siti ke? Nanti
kirim salam saya pada dia ya.”
“Insya-Allah. Mama puan buatkan bekal tak hari ni?
Saya tak nampak pun.” Sarah ramah. Dia menjenguk-jenguk
meja Faiqah. Kosong.
“Hari ni mama tak sediakan bekal.” Faiqah menjawab
ringkas.
Kebelakangan ini, jadual kerjanya terlalu padat.
Banyak kerja yang menghampiri deadline membuatkan
Faiqah tak sempat keluar makan tengah hari. Nak-naknya
annual general meeting syarikat semakin hampir. Closed
account amat penting. Dek risau gastrik menyerang, mama
bekalkan dia makan tengah hari.
“Kenapa? Tak dapatlah saya merasa masakan mama
puan yang sedap-sedap tu.” Sarah kecewa. Terbayang-bayang
dia akan masakan ibu Faiqah yang sedap itu.
“Saya puasa hari ni.” Faiqah senyum segaris.
“Oh, maaf puan. Saya banyak tanya pula. Saya minta
diri dulu.” Sarah mengakui khilafnya. Terlalu ramah pun tak
cantik juga. Aduhai mulut!
“Alright Sarah. Bye.”
Sebaik hilang sahaja kelibat Sarah, Faiqah
meneruskan kerjanya. Menyemak akaun syarikat yang banyak
ketinggalan. Dek ralit dengan kerja, tanpa Faiqah sedari ada
bayang manusia yang berdiri dan setia bersandar di pintu bilik
kerjanya. Memerhatikan dia. Ralit sebentar bayangan itu.
“Astaghfirullahalazim. Terperanjat I! You ni kan...”
Faiqah beristighfar panjang. Terduduk dia semula di kerusi.
Terkejut. Dia ingin mengambil fail penghutang syarikat tapi
sebaik sahaja matanya diangkat, dia terpandangkan Yen yang
ralit memandangnya buat kerja.
“I’m sorry. Tak ada niat nak terperanjatkan you.” Yen
melangkah masuk ke dalam ruangan bilik kerja Faiqah.
“Duduklah, Yen. Selamat I tak ada heart attack
tahu.” Faiqah meneruskan tujuannya mahu mencari fail
penghutang syarikat.
Rak yang bersusun tinggi itu Faiqah perhati satu per
satu fail yang diinginkannya. Jumpa. Alamak, tingginya! Dia
ni ibarat pokok bonsai. Selalu kalau dia seorang sahaja, dia
sudah panjat kerusi kayu jati dalam bilik kerjanya itu untuk
mengambil fail-fail yang tinggi melangit di rak itu. Tapi
sekarang ini Yen pula ada di situ. Segan!
Faiqah masih mendongak dan berfikir-fikir seketika.
Tiba-tiba, bau Calvin Klein Euphoria meresap tangkai bulu
hidungnya. Sangat dekat. Faiqah memandang sisinya. Yen
berdiri begitu dekat dengannya sambil kedua tangan Yen
menyeluk kocek seluar.
“May I help you?” Yen dapat rasakan gadis rendang
di hadapannya ini memerlukan bantuan.
Tak sanggup Faiqah nak bertentang mata. Malu!
“Yang mana satu?”
“Debtor. The huge one.”
Yen memandang fail yang dimaksudkan. Banyaknya
dan semua fail tebal-tebal belaka.
“Tahun ke berapa?” Yen memanjangkan tangannya
untuk mencapai fail yang diminta. Bau minyak wanginya
menyengat lagi. Faiqah seperti terbuai-buai. Apabila soalan
yang ditanya tidak mendapat balasan, Yen memandang muka
Faiqah yang seperti terbang di awangan itu.
“Miss Faiqah, which one?”
Faiqah yang tersedar semula cepat-cepat
menunjukkan ke arah fail yang dimaksudkan. Fail itu berada
di bahagian atas kepalanya. Yen yang agak sedikit ke kanan
itu merapatkan sedikit bahunya ke arah Faiqah yang berdiri
di kirinya. Akhirnya, bahu mereka bersentuhan. Faiqah yang
terkejut dengan sentuhan itu cepat-cepat menuju ke meja
kerjanya. Menarik kerusi dan duduk tegak. Jantungnya sudah
berdebar sakan.
“Here.” Yen mengunjukkan fail yang diambilnya.
Faiqah yang masih tidak keruan itu cepat-cepat
membelek-belek fail yang diperlukan itu. Pura-pura fokus.
Eheh! Padahal nak cover malu.
“You are such a workholic person.” Satu pengamatan
Yen kepada Faiqah.
“Taklah. I biasa-biasa aje. Mama you cerita, you yang
sebenarnya gila kerja.”
“Oh no, mama! Entah berapa banyak mama
dah bongkar rahsia I pada keluarga you dan you.” Yen
menyandarkan tubuhnya di kerusi hadapan Faiqah. Tanpa
dipelawa.
“Bukan banyak mana pun. Hmm... maybe 99%?”
Faiqah menutur bersahaja.
“99%? Then, the rest 1%?” Yen menduga.
“Rahsia cinta you.” Faiqah berseloroh.
“Yes! I love my mama. Sebab dia tak berani bongkar
rahsia I.” Yen tergelak pula. Lesung pipitnya berlekuk.
“Amboi, takut sangat I tahu. Ada apa-apa ke?”
“Dah namanya secret, then let it be a secret.” Yen
memilih untuk berahsia.
Faiqah pun tidak mahu cungkil hal peribadi
lebih-lebih jika tuan punya badan sendiri pun tak mahu
bercerita.
“By the way, you buat apa kat sini? Tak pergi lunch?”
Faiqah mengubah topik mereka.
“I should ask you the same question, Miss Faiqah.
What are you doing here? Go take your break. Find your
favourite meal and enjoy it!” Yen memandang Faiqah tepat.
Kalau suka kerja pun ada had Cik Faiqah oi.
“Mana ada soalan berbalas soalan Encik Shiou Yen.
Soalan berbalas jawapan.”
“Same goes to you. Awak tak jawab lagi soalan saya,
Cik Faiqah.” Yen mengangkat-angkat keningnya.
Faiqah tergelak. “Okeylah, I puasa hari ni.”
“Oh puasa... Puasa apa?” Yen tahu puasa itu apa
sebab dalam kalangan keluarga jauhnya ada yang memeluk
Islam. Tapi setahu dia ini bukan bulan puasa.
“Puasa ganti.” Ringkas sahaja Faiqah bercerita.
“Kenapa dan untuk apa?” Yen seperti berminat
untuk tahu lebih lanjut.
“Bulan puasa hari tu ada hari I tak boleh puasa
sebab period. So, I tetap kena ganti puasa sebelum masuk
bulan puasa next year. Macam yang I buat sekarang.” Faiqah
menutup fail penghutang yang dibelek-beleknya tadi. Yen
sudah ajak berbual sesuatu yang serius ni.
“Oh, I see...”
“Okay, back to my question just now. What are you
doing here?”
“Saja nak lepak dengan you.”
“Yen, betul-betullah... I tanya betul-betul you
main-main pulak!” Faiqah membuka semula fail debtornya.
Yen yang melihat, cepat-cepat menutup semula kulit
keras fail itu. Terperanjat Faiqah. Yen pandang Faiqah tepat.
“I jumpa Sarah dekat bawah. Katanya you tak turun
makan. I tanya kenapa, dia cakap biar I tanya you sendiri
lebih tepat,” terang Yen panjang lebar. Senyuman manis
dilontarkannya.
“Oh... can I continue with my work, Mr. Foo Shiou
Yen?” soal Faiqah bersahaja. Dalam hati hanya Tuhan sahaja
yang tahu betapa berdebar-debarnya dia. Yen memang
datang dengan niat nak berjumpa dia. Selama ini kami tak
pernah rapat pun apatah lagi mahu berbual panjang macam
saat ini. Faiqah sudah berdebar-debar memikirkan segala
kemungkinan.
“Okeylah, you pun macam tak suka I datang ganggu
you kan. I baliklah. Lagipun, I tak curi masa kerja you. I
datang waktu rehat you. You yang tak ikut etika kerja. So,
good luck with your work.” Yen bernada seperti merajuk.
Lantas dia bangun mahu meninggalkan Faiqah.
Entah macam mana Faiqah boleh menyambar
tangan kiri Yen yang dilapik kemeja warna biru lembut itu.
Spontan!
“Yen, I minta maaf. You merajuk ke? Betul jugak apa
yang you cakap tu. You tak curi masa kerja I pun. You datang
waktu rehat I.”
Yen masih lagi berdiam diri. Dia pun terperanjat
dengan aksi spontan Faiqah itu. Menyedari yang Yen tak
berkata apa, Faiqah segera melepaskan tangan kiri Yen.
“I kena balik PTP, Faiqah. Tinggal beberapa minit
saja lagi masa rehat habis.” Yen melihat jam tangannya.
Faiqah pun turut menjengah ke arah jam dinding
biliknya. Akhirnya, dia mengangguk perlahan. Mengizinkan
Yen pergi.
Sebelum pergi, Yen tersenyum senang bersama
lekuk di pipinya yang kelihatan. Faiqah memegang dadanya.
Ada getaran di situ. Tergoda akan lekuknya lesung pipit Yen.
No comments:
Post a Comment