DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Wednesday, 16 October 2019

Mocha Girl - Prolog



Kita bertemu dan bercinta
Bukan kemahuan kita
Namun hati tidak pernah menyapa dengan isyarat
Dalam senda hati mengetuk rasa
Dalam benci rindu menyapa
Tanpa diduga cinta kita yang bisu menjadi satu
Ditakdirkan menjadi satu ikatan yang kukuh
Dan ia bermula daripadaku
Walau engkau menolak
Percayalah kepadaku
Jika aku gadismu
Maka kau lelakiku jua syurgaku...

II
SEJAK KALI pertama dia melihat wajah itu jantungnya
berdegup laju. Hatinya yang selama ini sepi, mula menyanyi
riang dengan hanya mendengar gelak tawa si dia. Dulu
bibirnya sukar melakar senyum tetapi kini sebaliknya. Tanpa
isyarat, tanpa syarat, hanya kerana dia!
Sepasang matanya melirik ke arah si dia. Bibirnya
menguntum senyum lagi. Kini di setiap genap ruang hanya
wajah manis si dia yang menyapa mata. Bagaikan pungguk
rindukan bulan, wajah itu sering kali menjadi teman
mimpinya.
Untuk meluahkan rasa, lidahnya terasa berat untuk
berkata. Namun, kadangkala cemburu hampir memusnahkan
kewarasan diri. Setiap hari dia menyulam mimpi yang indah
bersama si dia. Berangan membina mahligai indah. Tanpa
menyedari ada sesuatu yang bakal merubah hidup mereka.
Jika dulu dia mahukan si dia sentiasa di hadapan
mata, kini dia mahu wajah itu pergi jauh daripadanya. Dia
benci melihat mata yang indah itu memandang sayu ke
arahnya. Dia tidak mahu simpati sesiapa. Tambahan lagi
apabila bibir merah itu menyatakan...
“Marry me.”
Perkataan keramat yang amat dia ingin tuturkan
dahulu kini menjadi sumpah baginya. Tegar sungguh si dia
meluahkan kata-kata itu sedangkan dia kini tidak berdaya.
Apakah maksud si dia? Apakah kerana dia begini, maka si dia
sanggup menawarkan diri hidup bersama? Atau itu hanyalah
kerana simpati semata?
“Kau tak nak pertimbangkan permintaan dia?”
Pandangan tajam jatuh pada tubuh yang sedang
duduk berhadapan dengannya.
“Bodoh! Kau gila nak aku pertimbangkan permintaan
mengarut dia?” dengusnya. Kenapa semua orang memaksa
dia menerima luahan si dia? Tidak tahukah si dia hakikat
yang dia kini...
Mustahil dia mampu berikan kebahagiaan kepada
si dia, sebaliknya dia akan menyeksa si dia. Dia tidak mahu
melihat wajah manis itu dilapisi mendung. Sungguh
mencacatkan pemandangan indah itu.
“Dia mencintai kau!”
“Dia tak mencintai aku! Dia cuma kasihankan aku!
Dah! Aku tak nak dengar lagi. Kau keluar!” jeritnya kuat.
Benci!
Jangan suruh dia lakukan sesuatu yang akan
menyeksa hidupnya dan juga si dia. Dia bukanlah kejam. Ya,
memang dia mahukan si dia, tapi bukan dalam keadaan dia
yang sekarang. Bukan!!!

No comments:

Post a Comment