J
|
URUGAMBAR
lelaki itu galak memainkan kamera mengikut rentak gaya yang diberikan oleh
model wanita yang jelita lagi menawan di hadapannya. Semua krew di studio itu
bagaikan terpukau melihat posing yang
menarik dan bersahaja itu.
Berlainan
pula dengan seorang lelaki yang kelihatan gelisah melihat jam di dinding studio.
Pantas dia berjalan dan berdiri di tepi pintu masuk. Telefon bimbit dikeluarkan
kalut dari poket seluarnya.
Sambil
menunggu panggilannya dijawab, sebelah tangannya dikipas-kipas ke wajah. Kedinginan
pendingin hawa di studio itu tidak dapat menghalang peluh kegelisahannya itu
daripada keluar.
“Liya!
Kau kat mana ni? Lagi sejam giliran kau untuk ambik gambar tau!” Tegas Que
mengingatkan Daliya, pelakon dan model yang terkenal.
“Kau
boleh sabar tak? Aku ada hal kat luar. Apa guna aku ambil kau jadi manager kalau aku lambat sikit kau tak
boleh nak uruskan?!” balas Daliya dalam
talian. Nadanya melantun kuat membuatkan Que merengangkan sedikit telefon
bimbit dari cuping telinganya.
“Ini
bukan kali pertama tau. Dah banyak kali. Aku malu nak mintak tangguh lagi! Kau
fham tak? Aku tak kira, kau kena datang on
time jugak.” Que mencengkak pinggang. Gayanya yang lembut itu sudah tidak
mampu untuk mengawal suara lelaki sejati. Sesekali dia menoleh melihat ke
belakang. Setelah pasti tiada siapa yang hampir dengannya, dia meneruskan lagi
kata-katanya.
“Aku
tahu kau nak pergi jumpa, Khuz kan? Kau jangan cari pasallah, Liya! Kau tak
takut kena kondem lagi ke? Aku ni, dah tahu nak bina ayat apa dah nak bagi kat
wartawan. Kalau kau tak kesiankan aku, kau kesiankanlah diri kau tu,” sambung Que
lagi. Suaranya ditahan-tahan agar tidak didengari sesiapa.
“Ish…
Kau ni bising la, Que! Aku jumpa dia untuk kerjaya aku jugak tau. Kalau aku
berjaya, kau jugak yang senang, kan? Sekarang tugas kau uruskan hal kat studio.
Pandai-pandai la kau kalau aku lambat. Faham?!”
Daliya
memberi arahan lalu mematikan talian.
“Helo!
Liya… Helo!” Tangan Que semakin laju mengipas. Semakin panas terasa dirinya
dengan sikap Daliya yang suka mengambil mudah dan menyerahkan segala beban
kepada dirinya. Kalau bukan kerana Daliya tu sepupunya, dah lama dia angkat
kaki dari menjadi pengurus artis yang banyak karenah itu.
“Eh,
stop!” arah Que kepada seorang krew
yang baru melintasi dirinya. Dengan lemah-gemalai, Que menghampiri krew
perempuan yang sedang membawa sekotak tisu itu dan mencabut seberapa banyak tisu
yang boleh.
“Terima
kasih…” ucap Que lembut. Pantas dilap peluh yang meleleh di dahinya. Selendang
yang melilit leher dilonggarkan sedikit. Hairan krew prempuan itu, lalu berlalu
pergi.
“Que…!
Mana Liya?” Sergah seorang wanita dari belakang.
Que
mengukirkan senyuman terpaksa. “I dah call
dia tadi. Liya terperangkap di tengah jalan. Katanya ada accident. But no worries.
I jamin, dia akan terpacak kat sini tepat pada waktunya.” Que mereka cerita
bagi menyelamatkan keadaan. Entah berapa banyak lagi dia perlu berbohong pada
hari ini.
Kalau
dia tahu akan jadi begini, dah lama dia ke rumah Daliya dan heret minah tu
datang ke studio. Kenapalah dia bodoh sangat percayakan Daliya untuk datang
sendiri, sedangkan dia tahu gadis itu memang dah bercadang mahu berjumpa dengan
Khuz?
“Ini
bukan soal on time atau tidak. Ini
soal nak make-up, nak tentukan pakaian mana yang sesuai untuk photoshoot nanti. Kita tak ada masa.
Waktu macam pun masih tak sampai-sampai lagi! I tak percaya tau jaminan You tu.
Sebelum ni macam itu jugak!” bebel wanita itu yang merupakan pengurus sebuah
syarikat majalah fesyen.
Que
menggaru kepala. Binggung memikirkan cara untuk menyelamatkan Daliya daripada
dibuang dari kontrak yang baru sahaja ditandatangani dua minggu yang lalu.
“You
beritahu dia… Kalau dia betul-betul nak teruskan kontrak ni, I nak dia datang
sekarang jugak! Banyak lagi la artis kat Malaysia ni yang boleh gantikan dia!”
kata wanita itu sebelum melangkah pergi. Ayatnya kedengaran seperti mengugut.
Sekali
lagi Que pantas mendail nombor Daliya.
*****
DALIYA
melihat skrin di telefon bimbit. Panggilan daripada pengurusnya dibiarkan dan
telefon bimbit dimatikan. Senang! Letih dia nak jawab dan dengar bebelan Que.
Urusannya ke Bumi Holdings lebih penting dari segala-galanya. Amarah di hati
tidak dapat ditanggung lagi. Dia perlu segera menyelasaikannya dengan lelaki
itu.
Cermin
mata gelap yang dipakai tidak ditanggalkan. Laju sahaja kakinya melangkah masuk
ke dalam lif. Banyak mata yang memerhatikan dirinya. Ada juga yang
berbisik-bisik sesama sendiri, namun dibuat tidak tahu sahaja.
Rambut
panjang beralun itu diperbetulkan. Skirt pendek yang dipakainya memang menarik
mata lelaki miang. Seorang lelaki di sebelahnya mengambil kesempatan dengan
mengukir senyum menggoda dan mengkenyitkan mata padanya.
Daliya
tersenyum sinis. Muka macam jalan tak siap! Ada hati nak mengurat aku? Boleh
pergi mampus la! Kutuk Daliya dalam hati.
Keluar
sahaja dari perut lif, kaki yang memakai kasut tujuh inci itu dihayun laju
memasuki ruang pejabat. Sekali lagi kehadiran Daliya memeranjatkan semua
pekerja di dalammya. Mana tidaknya, kehadiran perempuan itu selalu membuat
kecoh.
Dahulu
mungkin kehadiran Daliya sangat dinantikan. Artis popular. Siapa yang tak mahu
tengok secara real. Tapi, semuanya
berubah sejak beberapa bulan yang lalu. Semenjak mereka nampak warna sebenar
yang tersembunyi di sebalik senyuman dan kelembutan Daliya. Sangat
menggerunkan!
Myra…
Setiusaha Khuz segera bangun dari duduknya. Berderau darah sampai ke kepala
melihat Daliya semakin menghampiri.
Daliya
mengangkat cermin matanya dan diletakkan ke atas kepala. Kemudian dia mendekatkan
wajah ke arah Myra. “Bos You, ada?” soalnya.
“Aa…
ada,” jawab Myra terketar-ketar.
“Bagus,”
balas Daliya dan memberikan senyuman manis buat gadis yang sudah bertahun bekerja
di sini.
Myra
cepat menyaingi langkah Daliya yang sedang melulu ke bilik bosnya. “Cik Liya
tak boleh masuk! Encik Khuz ada tetamu.” Halang Myra.
“I
ni pun tetamu dia… Kenapa? Bos You dah black
list I dari senarai tetamu ke?” perli Daliya.
“Kalau
Cik Liya nak jumpa Encik Khuz, Cik Liya kena buat appointment dulu,” beritahu Myra biarpun sudah masuk berpuluh kali
dia mengeluarkan ayat itu kepada wanita yang tak reti bahasa di hadapannya ini.
“I
tak tahu la, sama ada I yang bodoh atau You yang bodoh. Dah sah-sah kalau I
buat temu janji, bos You akan lari daripada nak berjumpa dengan I. Tepi!”
Bahu
Myra terus dilanggarnya dan meneruskan langkah menuju ke bilik Khuz.
Perbualan
Khuz dan Rayna yang rancak itu terhenti setelah pintu tiba-tiba dikuak seseorang.
“Encik
Khuz, saya minta maaf. Saya dah beritahu Cik Liya yang…”
Belum
sempat Myra menghabiskan penjelasannya, Khuz mengangkat tangan supaya Myra
berhenti. Melihat sahaja Daliya yang berdiri berpeluk tubuh sambil menjeling
itu dia sudah tahu, perempuan itu memang payah untuk dihalang. “Tak apa, Myra.
Awak boleh keluar.”
Myra
mengangguk dan perlahan menutup pintu bilik sebelum beredar.
“Owh,
inilah tetamu You?!” Perli Daliya sambil memandang tajam ke wajah Khuz.
“Baguslah kalau dua-dua ada. Lagi senang I nak bercakap,” ujar Daliya. Rayna
bangun dari duduknya. Dia sudah tahu apa yang dimaksudkan oleh Daliya.
“You
ni kenapa, Liya? Dari dulu tak puas hati dengan I. You cemburukan I dengan
Khuz, kan? I tak pernah ada hubungan istimewa dengan Khuz la! Takkan tak
faham-faham lagi?!”
“Tak
ada hubungan istimewa konon…” Daliya ketawa mengejek. Geli hati dia mendengar
penafian yang keluar dari mulut Rayna. “Sampai sekarang pun You masih nak
menafikan? I ni tak buta dan tak bodoh tau! Jadi, jangan ingat You boleh
perbodohkan I!”
Khuz
sudah tidak tahan mendengar Daliya memekik di hadapannya. Dia tidak boleh
berdiam diri. Dia yakin, perkara akan jadi lebih teruk jika dibiarkan. Silap
hari bulan, polis dan ambulans yang datang.
“Liya…!
Can You stop it?!” Marah Khuz.
Pandangannya kini beralih kepada Rayna.
“I’m so sorry, Rayna. I rasa lebih baik You
pergi sekarang,” ujar Khuz dengan harapan, Rayna memahami keadaannya sekarang.
“Cepat
la berambus! Buah hati You dah halau tu. Ke..., You ni pekak?” Sindir Daliya. Sengaja
mahu menyakitkan hati Rayna.
“Ops! Sorry. I lupa pulak yang artis popular macam You ni mustahil la
pekak, kan? Tapi, You ingat ye? Orang yang suka rampas jobs orang lain macam You ni takkan lama populariti dia,” tambah
Daliya lagi.
Tanpa
sebarang balasan, Rayna berlalu keluar. Menelan pahit segala tuduhan dan
kata-kata sindiran yang dilemparkan oleh Daliya. Dia tahu, Khuz tidak
menghalaunya, malah cuba untuk melindungi dirinya. Hanya Khuz yang betul-betul
faham dan tahu siapa Daliya yang sebenarnya.
Khuz
bangun dan berjalan menuju ke sofa yang terdapat di dalam biliknya. Dia duduk
di situ sambil memerhati Daliya yang masih berlagak berdiri sambil berpeluk
tubuh.
“You
tak malu ke, Liya? Setiap kali You datang ke pejabat I, you nak marah-marah. Ada
saja hal yang You tak puas hati dan datang sini nak serang I. You dah lupa,
yang kita ni dah bercerai? You dah hilang hak untuk datang sini sesuka hati You!”
kata Khuz.
Sudah
dua dia bercerai dan selama itu juga Daliya sering bertandang ke pejabatnya
membuat kacau. Sering menyalahkan dirinya jika ada yang mengganggu kariernya
sebagai seorang artis.
“I
tak pernah lupa la, sebab I yang mintak cerai. Patut la senang sangat You
setuju nak ceraikan I. Ini semua sebab Rayna tu, kan?” tuduh Daliya tanpa
berlapik lagi.
“Kalau
I cakap tidak pun, You percaya ke? Tak, kan? I dah terlalu masak la dengan
perangai You! Semuanya tak kena di mata You. Rayna tak ada kena mengena dalam
hal kita. Apa yang You nak sebenarnya ni?” tanya Khuz.
“I…
Kalau saja-saja nak datang sini jumpa You, memang I takkan jejak kaki kat sini
tau. I datang, sebab You sengaja bermain api. Kita bercerai secara baik dan
janji takkan ganggu hal masing-masing. Tapi, You! Mungkiri janji dengan mengganggu
life I!” sekali lagi Daliya menuduh.
Nyaring sekali suara itu menyapa telinga Khuz.
Khuz
tersenyum sinis. Sungguh dia tak faham apa yang dimaksudkan oleh bekas
isterinya itu.
Khuz
mengangkat dua jarinya dan ditunjukkan kepada Daliya.
“Dah
dua tahun kita bercerai tau? Selama itu jugak, You yang selalu datang ke pejabat
I. I pun dah tak ingin lagi la nak ambil tahu pasal hal You. Sekarang, You
beritahu I siapa yang ganggu siapa?” Soal Khuz.
Dia
sudah penat. Ini bukan kali pertama dia dituduh, malah sudah berkali-kali.
“You ingat, I tak tahu
yang You ni orang yang berpengaruh. You boleh aje hasut pengarah-pengarah yang
tawarkan I jadi watak utama supaya bagi tawaran tu pada Rayna, kan? I tahu, You masih berdendam dengan I. You
marah sebab I yang mintak cerai! I tak dapat bagi apa yang You nak, kan? You
memang tak boleh nak tengok I senang!” tengking Daliya.
“Cukup,
Liya!” jerkah Khuz. Dari tadi dia cuba bersabar dengan setiap tuduhan Daliya.
Ingatkan bila dah bercerai, tak perlu la lagi dia bertekak dengan gadis itu.
Tapi, fikirannya ternyata meleset.
“I
dah penat dengan You ni! You ingat I ni tak ada kerja lain selain nak ganggu
hidup You ke? You dengar sini! I tak pernah berurusan dengan mana-mana pengarah
sekalipun! Apatah lagi nak menghasut. Kalau I nak buat, dah lama I jatuhkan You
dari dunia seni You tu!”
Daliya
terdiam. Terdetik di fikiran apa yang dikatakan oleh Khuz ada benarnya. Siapa
tidak kenal dengan lelaki yang bernama Hasbi Khuzairy ini, anak tunggal seorang
jutawan iaitu Datuk Junaidi. Jika benar Khuz mahu menjatuhkannya, sekelip mata
sahaja lelaki itu boleh melakukannya.
Tidak!
Khuz tetap bersalah. Mungkin dia tak jatuhkan aku secara drastik, tapi secara
perlahan-lahan. Dia memang nak siksa aku!
“Tak
payah la You nak sembunyi, Khuz. Sebelum ni, I tak pernah ada masalah dalam
kerjaya I pun. Tapi, semenjak bercerai dengan You, macam-macam yang berlaku.
Punca siapa lagi, kalau bukan You puncanya?!” Daliya masih lagi mempertahankan
dirinya. Dia tidak boleh mengaku kalah. Khuz harus berhenti dari menganggu
hidupnya.
Kepala
digelengkan beberapa kali. Khuz bangun menghampiri Daliya. Kedua belah
tangannya dimasukkan ke dalam poket. Cakap apa pun, ada saja yang dibalas oleh
Daliya. Dia sudah buntu dan tidak tahu lagi cara untuk berhadapan dengan orang
yang tidak mahu faham.
“Kenapa
You tak nak salahkan diri You? You tu yang tak berdisiplin. Siapa nak tawarkan
You bekerja, kalau pelbagai masalah You sendiri yang timbulkan. Terkinja sana sini.
You datang sini, biar semua orang bergosip cakap You masih tergilakan bekas
suami. You tak malu ke?” tanya Khuz. Nada suaranya juga diperlahankan. Kering
tekaknya asyik meninggikan suara.
Sudah
terlalu banyak gosip dan berita-berita yang kurang enak didengar. Semuanya
berpunca dari bekas isterinya itu. Tapi, dirinya yang tidak ada kena mengena
ini jugaklah yang dipersalahkan.
“Sudah
la, Liya. You balik la, dan tolong jangan datang sini lagi. Hubungan kita dah
tamat. You teruskanlah dengan kerjaya You yang tercinta tu. Kalau You tak cari
pasal, semua ni takkan terjadi,” tambah Khuz lagi. Hati Daliya semakin sakit
dan panas. Tangannya digenggam rapat menahan marah.
“Baik! I pergi dari
sini. Tapi, You kena ingat. I pergi bukan bermakna I mengalah dengan You. I akan
cari bukti bahawa You la orang yang cuba nak jatuhkan I,” ujar Daliya.
“Silakan, Cik Daliya…”
balas Khuz dengan senyuman.
Sebaik sahaja Daliya
lesap dari pandangan. Senyuman yang terukir juga lenyap. Rambutnya diraup.
Kelihatan jelas sekali riak di wajahnya juga bertukar. Masih ada cinta di
hatinya buat Daliya. Seandainya Daliya tahu betapa sukarnya dia menghadapi
perpisahan ini. Bagaikan hilang separuh hatinya.
Intercom ditekan. “Myra…
Masuk bilik saya sekejap.” arah Khuz.
“Baik, Encik Khuz.”
Terdengar suara Myra membalas dari intercom.
Beberapa saat kemudian.
Sekali ketuk sahaja, Myra terus masuk dengan membawa buku jadual. Dilihat wajah
bosnya itu, dia yakin pasti tercetus lagi peperangan di dalam bilik ini. “Are you okay, Encik Khuz?” tanya Myra penuh
rasa simpati.
“Saya tak rasa, saya
akan nampak okey selepas berjumpa dengan artis popular macam tu untuk entah
keberapa kalinya,” balas Khuz bersahaja.
Myra tersenyum. Dia
faham maksud di sebalik kata-kata bosnya itu. “So, ada apa Encik Khuz panggil saya?” soal Myra.
“Untuk esok dan lusa,
saya nak awak batalkan atau tangguh semua mesyuarat yang ada. Saya nak balik Ipoh
sekarang,” arah Khuz.
Myra membelek-belek
jadual Encik Khuz yang telah dicatatkan di dalam nota. “Tapi, Encik Khuz. Mesyuarat
dengan kontraktor-kontraktor untuk projek kita di Indonesia tu dah banyak kali
tertangguh. Mesyuarat ni penting dan Encik Khuz tak boleh nak tangguhkan lagi,”
terangnya.
Khuz bangun dan
mencapai kotnya yang tergantung. Diambil pula briefcase yang terletak di atas meja. “Tak ada apa yang lebih
penting daripada keluarga saya. Tangguhkan juga temujanji saya dengan Datin
Azizah petang ni,” pesan Khuz sebelum keluar meninggalkan biliknya.
Myra mengeluh.
Nampaknya, terpaksalah dia memerah otak sekali lagi bagi mancari tarikh yang
sesuai untuk menggantikan mesyuarat-mesyuarat yang bakal ditangguhkan.
Sebelum keluar, sempat
Myra mengemas meja bosnya. Dua gelas yang dihidangkan Myra untuk Khuz dan Rayna
semasa mereka berborak tadi diambil dan dibawa keluar bersama.
No comments:
Post a Comment