Mukaku
masam mencuka. Rafael pula berdiri dipagar dengan muka bengang. Haikal dan Era
sudah aku tumpangkan di rumah jiran. Aku hanya buat bodoh sahaja melihat
ketegasannya. Aku tidak akan mengalah kali ini.
“
Kita akan pergi dengan kereta I, Bashira”. Ucapnya.
Aku
menjongket bahu. “Saya tak nak naik kereta buruk awak tu. Kalau awak nak pergi
dengan kereta awak, so just go, I will
drive myself and follow you, okay”.
“Kereta
buruk?”. Muka Rafael berkerut. “Bashira, you jangan sakitkan hati I. You tahu
tak I beli kereta ni berapa puluh ribu?”.
“Tak
nak tahu. Okay, can we stop now? Saya
rasa elok kita gerak sekarang. Saya nak undur kereta ni”.
Aku
membuka pintu kereta namun tangan sasa Rafael menghalang. Dia mengetap bibir
geram. Aku menyembunyikan senyum. Begini rupanya bosku geram.
“This time, you win dear..”. Bisiknya di telingaku. Aku menelan liur, menahan
debar. “ Biar I drive kereta baru you
ni..”.
Aku
tergelak, tahu yang dia menyindirku. Dia menjeling tajam.
“I
nak bawak you jumpa parents I
nanti..”. Ujar Rafael bila kereta sudah bergerak di jalan raya.
“Ahh..”.
Aku terperanjat. “Kenapa tak beritahu saya? Awak ni!! Lain kali beritahu la
awal-awal. Saya takut la”.
Dia
menoleh ke arahku. “You nak takut apa?”.
Aku
menggaru kepala yang tidak gatal. “Macam mana kalau parents awak tak suka saya?”. Aku
mulai bimbang akan penerimaan orang tua Rafael. Aduh! Matilah aku kali
ini !
“You
jangan risau, Bashira… They will say
nothing. Dia akan terima you. Lagipun, I tak kisah apa yang diorang nak
fikir pasal you. Yang akan kahwin tu I..”.
Aku
jadi tidak senang mendengar nada suaranya yang agak menjengkelkan bagiku. Tapi
aku sekadar membisu.
“Kita
nak cari cincin kat mana ni?”.
“Surprised”.
“Bashira!!”.
Panggil Rafael.
Aku
menoleh dan mengangkat kening.
“Masa
kahwin dulu, you bersanding tak?”.
Aku
pelik dengan soalannya. “Tak… masa tu kan masing-masing tak kerja. Mana cukup
duit. Awak?”.
Rafael
tergelak kecil. “Lagilah tak. I hanya buat akad nikah and that’s all. Kawan I je yang datang. One of them is Hasif. So, since
kita tak pernah bersanding. Why don’t we
try”.
“Kita
dah bincang tentang ni”.
“Biar
I yang tanggung semuanya. I cuma nak kita rasa macam mana duduk atas pelamin. I
tahu you pun teringin nak cubakan”.
“Kita
dah tak ada masa. Lagipun membazir sahaja. Beribu-ribu duit habis hanya untuk
pelamin. I don’t think it is a good
idea”.
“I still want to make
it”.
“Rafael!!!”.
Aku bersuara tegas. Dia tergelak.
“Shira…”.
Aku
terpaku tiba-tiba dengan panggilan itu. “Awak panggil siapa ni?”.
“You
la.. Mulai hari ni I nak panggil you Shira.. nickname from Bashira..could I?”.
“Saya
tak biasa la. Panggil saja Lina”.
“No.. nanti abang-abang you panggil, you
ingat I pula. I want to be the special
one in your heart”.
Hatiku
mulai berdebar-debar mendengar ucapan romantis itu.
“I
tahu kita masih belum kenal hati masing-masing. You pun tak cintakan I. Tapi I
mahu kita cuba.. cuba mencintai antara satu sama lain. I mahu perkahwinan ni
adalah perkahwinan kali terakhir dalam hidup I. I nak you jadi permaisuri hati
I”.
Aku
menggenggem jemariku. Kata-katanya sungguh syahdu. Betapa besar harapan Rafael
agar kami sama-sama membina hati, menguatkan rasa. Ya Allah.. semoga dia lelaki
terakhir dalm hidupku.. Hatiku berbisik perlahan.
“Insyallah!”.
“Jom..kita
dah sampai..”.
Aku
terkebil-kebil melihat kedai emas di hadapanku. “Rafael, kita nak beli kat sini
ke?”. Aku menjerit ke arahnya.
“Of course…kat
mana lagi”.
“Tapi
mahal kat sini.. tak naklah..”.
“No way..come”. Rafael
membuka pintu kereta untukku.
Aku
berpeluk tubuh. “Kita balik!!”.
“Kenapa
degil ni? I nak belanja you cincin ni tahu. Cepatlah keluar..”.
“Tak
payah nak bagi ayat menggoda sangat.. Saya cakap tak nak beli kat sini”.
“Jangan
sampai I dukung you masuk kedai”. Aku terkejut bila dia mengacah-ngacah mahu
memeluk tubuhku. Aku pantas keluar dari kereta sambil meghadiahkannya jelingan
tajam.
“This time, you win
dear”.
Dia
membulatkan mata sebelum tersenyum geli hati. Aku tergelak kecil.
No comments:
Post a Comment